Thursday 9 June 2016

Europe Trip 3 : (Part 2) – Turkey : Berjalan di Kota Istanbul, Shopping di Koza Han Market dan Bermain Salji di Uludag, Bursa Serta Berkereta Dalam Salji Lebat dari Bursa ke Ankara

Kota Istanbul – Kami Datang…..!

Pada pagi Sabtu 12 Mac 2016, kami bangun seawal jam 6.00am kerana teruja plan aktiviti seharian pada hari itu untuk zoom & view kota Istanbul secara berkumpulan seramai 11 orang di mana ibu, abang dan kakak serta ipar dan anak-anak yang telah sampai ke Istanbul pada 10 Mac 2016 lagi. Kami telah merancang schedule 9 hari perjalanan drive kereta mengelilingi Turkey seawal December 2015 lagi dengan merujuk beberapa blog seperti blog ahmadtakbir, kakkep, hermanrawi, fidablackjourney, sarengahsam, kasihrosli dan hermawan yang mempunyai banyak info dan panduan tentang Turkey. Kami ingin merakamkan ucapan penghargaan ribuan terimakasih kerana sudi berkongsi info sebagai panduan sepanjang perjalanan kami di Turkey.


Istanbul – kami datang……..! Setelah breakfast seawal jam 7.00am di roof-top restoran Hotel Old City Sultanahmet sambil menikmati zoom permandangan kota Istanbul yang dipenuhi bangunan di tepi laut yang sangat cantik. Kami berjalan kaki dengan berpandukan map yang diambil dari kaunter hotel menuju ke Haghia Sopia di mana kami telahpun mengatur melalui WA untuk berkumpul di depan pintu utama Haghia Sopia. Sebelum itu kami singgah di kedai runcit berdekatan hotel untuk membeli sim kad telefon bergharga TL80 yang mengandungi pakej call berserta internet. Untuk memudahkan perjalanan secara berkumpulan dan menjimatkan kos entrance fee ke muzium kami telah memnempah group tiket di web Muse dengan harga TL80/pax untuk Haghia Sopia, Topkapi Palace & Topkapi Apartment. (Tips : Warga tua yang menaiki wheelchair boleh masuk ke semua muzium di atas secara percuma).


Zoom Istanbul sambil breakfast di atas roof-top
Setelah berkumpul di depan pintu utama Haghia Sopia, kami terus melalui pintu utama dengan tiket yang telah diprint dan disusun, cuma perlu diberikan kepada petugas di pintu tersebut untuk discan terlebih dahulu. Kelihatan sangat ramai pelancong dari serata dunia berebut-rebut semasa membeli tiket dan juga di pintu utama Haghia Sopia. Setelah masuk kami mencari toilet berdekatan pintu tersebut apabila diminta oleh anak-anak. Angin bertiup sangat kuat dalam cuaca yang sngat sejuk. Setelah berlegar-legar di ruang bawah sambil snap foto kami ke tingkat atas pula. Semasa di Haghia Sopia kami terserempak ramai juga pelancong yang datang dari Malaysia dan berbual-bual seketika bersama mereka. Ternyata ada beberapa student Malaysia yang belajar di Turkey sedang menemani bekas guru-guru mereka dahulu. Setelah puas menerokai setiap ruang di Haghia Sophia kami keluar dan menuju ke Topkapi Palace dengan berjalan kaki kerana jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pintu keluar Haghia Sopia. Sepanjang perjalanan kami melihat peniaga di gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan barangan menggunakan pelbagai kaedah dan gaya untuk menarik perhatian pelancong.

Berkumpul di depan Haghia Sopia
Bergambar kenangan di depan Haghia Sopia
Pintu masuk utama ke Haghia Sopia
Ruang utama Haghia Sopia dengan pelbagai ukiran menarik
Laluan utama ke tingkat atas Haghia Sopia

Ukiran dinding yang unik di Haghia Sopia

Ruang tingkat atas Haghia Sopia
Mula-mula kami memasuki ruang Topkapi Palace yang merupakan sebuah muzium yang menyimpan pelbagai koleksi sejarah tamaddun islam yang sangat bernilai seperti janggut Nabi Muhammad (SAW), pedang-pedang Nabi Muhammad (SAW) dan pahlawan Islam serta sahabat dan juga barangan kegunaan Rasulullah dan sahabat. Setelah siap mengunjungi semua bahagian Topkapi Palace kami keluar untuk masuk ke pintu Topkapi Apartment yang hanya beberapa langkah sahaja dari pintu keluar Topkapi Palace. Sebaik sahaja masuk kami melihat rekaan corak haiasan dinding dan siling bumbung dengan pelbagai warna-warni yang sangat menarik. Suhu di dalam ruang-ruangnya sangat mendamaikan di mana terbahagi kepada beberapa ruang kediaman di dalamnya. Kami sampai ke bahagian serambi yang sangat luas mengadap laut dan terdapat juga air pancutan di situ. Kelihatan ramai pelancong masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merakamkan saat-saat manis berkunjung di situ.

View depan Topkapi Palace

Bergambar kenangan di jalan utama ke Topkapi Palace
Ukiran dinding Topkapi Palace yang sungguh cantik

Rehat sebentar sebelum ke Topkapi Apartment

Taman di Topkapi Palace

Taman indah di perkarangan Topkapi Palace

Muzium di Topkapi Palace

Berehat sebentar di taman Topkapi Palace

Singahsana raja di Topkapi Apartment

Ukiran berkilauan singgahsana raja

Girang ketika berjalan melangkah keluar Topkapi Palace
Menu lunch di Istanbul berdekatan station tram Sultanahmet
Setelah melewati pintu keluar Topkapi Apartment kami menuju ke surau yang terletak berhampiran station Sultahnahmet untuk solat jamak. Selepas selesai solat kami menikmati makan tengahari di Restoran berhampiran station Sultahnahmet. Makanan sangat sedap dan sungguh meneyelerakan serta disusun teratur dari jauh sudah mempersonakan setiap orang lalu lalang melintasi depan restoran tersebut. Setelah selesai lunch dan berehat sebentar kami masuk ke station tram Sultahnahmet kali ini menggunakan 1 pass kad seperti kad Touch n Go tetapi perlulah dipastikan bahawa jumlah baki kadnya cukup untuk perjalanan tertentu. Dari station tram Sultahnahmet kami menuju ke station tram Karakoy untuk tujuan berjalan-jalan di tepi laut dan juga menaiki Bhosporus Cruise. Oleh kerana ibu kami perlu berjalan dengan wheelchair maka kami membatalkan hajat untuk ke Galata Tower di mana perlu menaiki funicular dan tunnel. Cuaca di tepi laut berdekatan station Karakoy sangatlah sejuk sehinggakan ibu kami terpaksa memakai 2 lapis baju sejuk. Kami singgah di sebuah restoran di bawah jambatan untuk minum kopi dan cay panas sambil menunggu jadual cruise yang berlepas setiap jam. Kami mengambil keputusan untuk menaiki cruise yang bertolak pada jam 4.00pm. Setelah selesai minum dan berehat, kami berjalan menyeberangi jambatan untuk ke jetty Bhosporus Cruise di Eminonu. Semasa berada di atas jambatan kelihatan ramai orang duduk berehat dan memancing ikan sambil diperhatikan oleh ramai orang yang melintasi jambatan tersebut termasuklah dari group kami. Kami juga menyapa beberapa orang yang sedang memancing sambil meninjau jumlah tangkapan di dalam bekas masing-masing menjadi rezki mereka pada hari itu.

(Tips : Download Istanbul tram map/print untuk memudahkan perjalanan ke destinasi tertentu dan selalulah pastikan jumlah baki kadnya agar sentiasa cukup).

Bergambar kenangan di atas jambatan
Aktiviti memancing di atas jambatan

Antara pemancing tegar di Istanbul

Berehat sambil menimati kopi panas

An evening in Istanbul...
Berborak sambil menikmati secawan kopi
Deretan kedai di bawah jambatan
Zoom Haghia Sopia
Setelah menghampiri jetty Bhosporus Cruise, kami bergegas mendapatkan tiket dan terus menaiki ferry yang telah siap sedia untuk berlepas. Kami berpecah untuk mencari tempat duduk kosong di celah-celah orang ramai manakala ada juga yang terpaksa mencari tempat duduk di tingkat atas ferry. Tetapi setelah beberapa minit kami lihat mereka pun turun ke ruang tingkat bawah kerana angin kuat bertiup sangat sejuk lagi pun ruang duduk adalah terbuka di tingkat atas. Seperti biasa penumpanng boleh memesan secawan kopi dan makanan di kantin tetapi memandangkan keadaan penumpang yang sangat ramai memerlukan tahap kesabaran yang teramat tinggi. Haha

Tempat duduk yang sentiasa penuh dalam Bhosporus Cruise

Zoom Istanbul dari Bhosporus Cruise
Bergambar kenangan di tingkat atas Bhosporus Cruise

Angin laut bertiup dan sangat sejuk di ruang terbuka tingkat atas Bhosporus Cruise
Dalam perjalanan balik ke hotel penginapan keluarga kami iaitu Hotel Dersaadet, Istanbul kami singgah makan di restoran atau food court berhampiran dengan Arasta Bazar. Untuk ke Arasta Bazar, kami menaiki tram semula dan turun di station tram Sultahnahment dan berjalan melepasi Blue Mosque sehingga sampai ke Arasta Bazar. Selepas menikmati dinner di restoran tersebut, kami singgah di beberapa kedai di Arasta Bazar untuk membeli teh sultan dan juga berbagai teh perisa lain. Staff di kedai tersebut sangat baik melayan kami sehinggakan pelbagai perisa teh dicuba. (Tips – harga teh tersebut akan menjadi lebih murah sekiranya dibeli dalam kuantiti yang banyak dan berkumpulan. Harga teh sultan boleh mencecah sehingga RM200-RM300 sekilo).


Foodcourt di Bazar Arasta
Berehat di foodcourt Bazar Arasta
Setelah shopping teh, kami berjalan menuju ke Hotel Dersaadet yang terletak beberapa meter sahaja dari Arasta Bazar tesrebut. Kami berehat sebentar sambil berbual di bilik hotel dan dari hotel tersebut, kami berjalan balik dengan berpandukan map ke Hotel Old City Sultahnahmet mengambil masa lebih kurang 20min. Pada malam itu, kami bersiap dan berkemas serta mengasingkan barangan yang tak perlu dibawa seperti lukisan, fm, souveniours dan sebagainya untuk ditinggalkan di stor hotel.


Pengalaman Memandu ke Bursa serta bermain Salji di Uludag & Shopping di Koza Han

Pada hari Ahad 13 Mac 2016, setelah selesai breakfast di restoran Hotel Old City Sultanahmet yang terletak di aras roof-topnya, kami meninggalkan barangan serta lukisan yang dibeli di Istanbul dan Greece di stor hotel tersebut lalu menaiki teksi yang ditempah oleh pihak hotel berharga TL20 untuk ke Hotel Dersaadet. Dari Hotel Dersaadet kami menaiki airport shuttle yang telah ditempah oleh abang Jih semalam dengan caj lebih kurang Eur40. Kami perlu sampai di Antartuk International Airport dalam jam 10.00am untuk mengambil kereta sewa di arrival hall. Kereta sewa telah kami tempah mmodel MPV Hyundai Starex Royale muatan 9 orang dengan harga sekitar Eur500/car selama 9 hari. Nasib kami sangat malang keranan terpaksa menungu lama di luar airport dalam cuaca yang sangat sejuk namun wakil dari syarikat kereta sewa iaitu Active Rent Car tidak muncul-muncul walaupun berlegar-legar selama 30min mencari mereka di sekitar arrival hall airport. Kami akhirnya dibantu oleh seorang wakil pengusaha kereta sewa di airport tersebut yang menelefon pejabat Active Rent Car dan memaklumkan kepada kami bahawa wakil syarikat tersebut sudah dalam perjalanan namun kami terpaksa menunggu lama di depan kaunter Turksel di arrival hall tersebut. Setelah hampir sejam kami menunggu barulah kelihatan wakil syarikat Active Rent Car datang menjemput kami untuk mengambil kereta yang diletakkan di kawasan parking berbumbung airport tersebut. Setelah memeriksa kereta kami mendapati kereta sewa tersebut hanya mempunyai sticker toll tanpa disediakan baby seat dan juga GPS lalu kami menggesa mereka untuk menyediakan peralatan tersebut juga kerana GPS amatlah penting di sepanjang perjalanan kami nanti memandangkan kami tidak pernah menjejaki kaki ke bumi Turkey serta sama sekali tidak tahu selok belok jalan di Turkey. Mereka memberi alasan yang mereka tidak tahu tentang perkara tersebut sedangkan di dalam senarai booking yang dibawa tertera pesanan kami yang detail termasuk tarikh dan waktu collection kereta. Mereka membawa kami ke pasaraya berdekatan untuk membeli baby car seat dan juga GPS dan setelah delay selama 2 jam barulah kami dapat bergerak ke Bursa sekitar jam 12.00pm. Kami merasa amat kecewa terhadap kelalaian syarikat Active Rent Car yang tidak mesra pelanggan dan berniat menipu serta mengambil kesempatan kepada pelancong luar. Kami jadikan pengalaman pahit ini sebagai langkah berhati-hati di masa hadapan nanti di mana kami akan lebih berhati-hati sekiranya ingin menempah kereta sewa di mana sangat penting memilih syarikat yang lebih profesional seperti Syarikat Sixth yang menyediakan kereta sewa semasa kami memandu di England dahulu.



Kereta sewa model MPV Hyundai Starex Royale
Sticker toll HGS


Gps yang menunjuk jalan ke serata Turkey

Setelah setting lokasi GPS ke Bursa, kami memulakan perjalanan menuju ke Bursa dengan melalui jalan D575 melalui toll dan menggunakan Ferry apabila sampai di Eskihisar Feribot Yolu, Gebze untuk menyeberangi Lautan Marmara ke Bursa. Harga ferry tersebut adalah TL65/car. Apabila sampai di seberang sana, kami meneruskan perjalanan mengunakan jalan E881 menuju ke Bursa. Sebaik sahaja sampai di pasar Koza Han, Bursa kami mencari parking kereta dan berjalan ke masjid berhampiran untuk solat jamak sebelum memulakan aktiviti berjalan-jalan dan shopping. Kelihatan juga beberapa anggota polis yang siap bersenjata berkawal di sekitar pasar Koza Han kerana keadaan keselamatan di Turkey tidak dapat diramalkan setelah kejadian bom meletus di Istanbul sebulan yang lepas.

 Map route dari kota Istanbul ke Eskihisar Feribot Yolu, Gebze




Keadaan di jetty ferry
 
 
Map Bursa 

 
Bendera Turkey tersergam di Bandar Bursa
Bunga tulip mekar di bandar Bursa

Semetara itu, ramai orang berkata kain sutera di pasar di Koza Han Market ini adalah sangat bagus kualitinya dan berbaloi. Kami berlegar-legar di sekitar pasar tersebut sehingga menjelang malam dan kemudiaanya singgah di sebuah restoran di pasar tersebut untuk dinner. Setelah selesai makan kami menuju ke Bursa Residen dan menelefon wakil apartment terebut yang telah sedia menanti untuk memberi kunci dan menunjuk bilik apartment di tingkat 17. Apartment Bursa Residen telah ditempah menggunakan web agoda.com berharga RM730/night/group. Anda boleh WA juga jika ingin bertanyakan tentang apartment Bursa Residen di no +905306102560.


Penjual sibuk di pasar Koza Han

Jalan ke pasar Koza Han
Bangunan pasar Koza Han berekabentuk klasik
Bergambar kenangan di pasar Koza Han

Pengunjung berpusu-pusu di pasar Koza Han
Kompleks pasar Koza Han yang berbumbung dan selesa
Dinner di restoran Yaprak Doner, Koza Han Market
Kami mengekori wakil apartment tersebut yang menjemput kami di simpang jalan lalu dia berjalan kaki menuju ke block apartment manakala kami memperlahankan kereta mengikutinya dari belakang, tiba-tiba sahaja kami ditahan oleh kereta peronda polis yang curiga dan melihat kami meninjau-ninjau jalan dan apartment tersebut. Namun setelah dijelaskan oleh wakil apartment Bursa Residen tersebut mereka beredar serta merta. Setelah sampai di bilik kami dikejutkan tentang berita terkini terdapat ledakan bom di Guvenpark, Ankara di mana Ankara adalah destinasi kami keesokannya. Lalu kami mengubah schedule untuk berada lama di Bursa iaitu ke Uludag dan shopping di Koza Han sekali lagi serta bertolak lewat ke Ankara hanya singgah untuk bermalam sahaja. Kami berhubung melalu Whatsapp dengan wakil apartment Ankara untuk memberitahu masa ketibaan kami yang lewat malam esok dan meminta agar beliau sedia menunggu untuk memberi kunci di Ankara nanti. Pada malam itu kami tidur nyenyak juga walaupun hati berbaur kerisauan insiden Ankara kerana keletihan dan kesejukan apatah lagi dengan keadaan hujan lebat yang turun di bumi Bursa.

Bermain Salji tebal di Uludag & shopping di Kozahan Bursa

Pada pagi Isnin 14 Mac 2016, main highlight untuk hari ini ialah ke Uludag, Bursa dan menaiki cable car ke puncaknya serta ada di antara kakak yang ingin meneruskan aktiviti shopping lagi di pasar Koza Han. Setelah bersarapan dengan roti yang ditapau semalam serta makanan lain yang serba ringkas manakala kakak-kakak pula menyediakan makanan untuk ditapau buat bekalan seharian nanti, kami menyerahkan semula kunci kepada wakil apartment Bursa Residen dan meninggalkan apartment tersebut dalam rintik-rintik hujan yang mula turun. Setelah menetapkan gps lokasi bagi Uludag cable car kami bergerak perlahan-lahan dan sekitar 20min kami telah sampai di parking kawasan cable car Uludag dalam keadaan hujan.

Signboard ke cable car Uludag
Kami mengharungi hujan untuk masuk ke station cable car Uludag dan membeli tiket berharga sekitar TL45/pax untuk ke puncaknya. Seorang peniaga wanita di gerai berhampiran kaunter memberitahu kami serta berpesan agar berpakaian winter yang sesuai kerana salji dijangka akan turun dengan lebat semasa kami berada di puncak nanti. Kami berpecah menjadi 2 kumpulan untuk menaiki kapsul cable car yang boleh memuatkan sekitar 6-7 orang. Semakin tinggi cable car naik, kelihatan salji memutih menutupi lereng bukit. Angin kuat bertiup dan cuaca sungguh sejuk sekali sehinggakan kami sampai di station pertengahan stop untuk transit ke cable car yang akan membawa penumpang terus ke puncak pula. Di dalam station transit tersebut terdapat banyak kedai yang menjual pakaian, restoran, café, souveniours dan sebagainya. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk masuk ke toilet dalam keadaan sejuk dan hujan yang masih belum berhenti. Ada juga di antara kami yang masuk ke kedai tertentu untuk shopping barangan yang berkenaan sama ada buah-buahan, pakaian, kain, souveniours dan ada juga berada di café untuk menghirup kopi panas. Semasa keluar di station transit untuk ke bahagian menunggu cable car ke puncak Uludag, perasaan kami semakin teruja ketika melihat salji lebat mulai turun dan tanpa melepaskan peluang kami bermain salji sambil berfoto di sekitar station transit tersebut.
Menaiki cable car Uludag

Bergambar kenangan di kedai aras transit cable car
Longgokan sabun fruit flavour
Riang dan teruja naik cable car
Deretan kedai di aras transit cable car Uludag
Salji yang baru jtuh ke bumi Bursa

Bergambar kenangan dalam salji yang sedang turun
Langkah pertama membina Olaf

Setelah puas bermain salji dengan pelbagai aksi, kami meneruskan perjalanan dengan cable car untuk ke puncak Uludag pula. Apabila sampai sahaja di puncak kami mendapati salji turun dengan lebat sekali dan kami semakin teruja untuk mengambil foto di kawasan berdekatan dengan station cable car di puncak Uludag tersebut. Oleh kerana tidak tahan dengan suhu yang terlalu sejuk ditambah pula dengan salji tebal yang turun berserta dengan tiupan angin kuat kami terpaksa beberapa kali keluar masuk ke station cable car berulang kali untuk menyambung kembali aktiviti bermain salji dan berfoto. Sementara yang lain bershopping di kedai-kedai dalam station cable car puncak Uludag dan ada juga yang berehat sambil menikmati kopi panas, beberapa keluarga bergilir-gilir keluar ke kawasan berdekatan station supaya tidak terlepas peluang merasai sendiri salji turun sambil berfoto dengan pelbagai aksi. Terdapat sebuah kedai serbaneka di mana kami membeli keropok Lays dengan harga yang murah untuk menjadi bekal ketika menaiki cable car nanti. Semua yang berkunjung ke situ terasa riang dan berbaloi….
Salji semakin lebat di aras puncak Uludag

Zoom kawasan sekitar yang mula dilitupi salji
Bergambar kenangan di puncak Uludag (berhampiran station cable car)

Menahan kesejukan dalam salji
Berehat sebentar sebelum bermain salji lagi
Station cable car puncak Uludag selesa dan bersih
Aksi Damia terbaring atas salji
Berehat dalam salji... haha

Salji tebal turn seperti kapas
Salji di sana sini....

Setelah puas bermain salji, kami terpaksa berpecah dua kumpulan untuk menaiki kapsul cable car untuk turun semula ke station transit di bawah. Apabila samapi di station transit, kami sekali lagi berhenti dan keluar ke kawasan sekitar dan berdekatan dengan station cable car tesebut untuk bermain salji dan mengambil gambar lagi.

Dalam cable car turun dari puncak Uludag
Baby Aakif menahan kesejukan
Meninjau salji yang turun dari atas kapsul cable car
Baby Aakif mengunyah keropok Lays sementara sampai ke station
Kapsul cable car yang selesa dan sangat berbaloi

Setelah berpuas hati dengan gambar-gambar yang dirakamkan dalam suasana bersalji itu, barulah kami menaiki kapsul cable car seterusnya untuk turn ke station cable car di bawah. Sebaik sahaja sampai di parking kereta, kami mengambil keputusan untuk makan bekal yang dibawa sebelum meneruskan perjalanan menuju ke pasar Koza Han untuk bershopping lagi. Sebaik tiba di parking yang agak jauh juga dari Koza Han Market, abah terpaksa menemani baby Aakif yang nyenyak tidur setelah kepenatan bermain salji di Uludag sementara yang lain meneruskan aktiviti bershopping dan berjalan-jalan di sekitar Koza Han Market.
Buah-buahan segar di Pasar Koza Han
Rugi kalau tak merasa buah-buahan fresh
Kedai dalam pasar Koza Han
Shopping sakan kakak ni
Deretan kedai-kedai di Koza Han
Shopping lagi....
Berjalan atas track tram yang hanya sesekali melintas dekat Koza Han


Pengalaman Memandu dalam Salji ke Ankara

Setelah hampir menjelang petang, kami setting gps menuju ke Ankara lalu bergerak meninggalkan Koza Han Market melalui jalan D200/E90/D200 tanpa toll. Hujan mulai turun semasa kami memulakan perjalanan ke Ankara dan di pertengahan jalan ketika melalui kawasan tanah tinggi kami terpaksa memperlahankan kereta kerana menempuhi hujan salji yang turun lebat. Agak kekok juga memandu apabila pandangan dihujani salji putih yang tajam menghentam cermin hadapan kereta kami. Pemanduan kami pada malam itu mengambil masa 5 jam untuk sampai ke Ankara.

Map Kotaraya Ankara 

Menjelang pukul 12.00pm kami sampai di Ankara apartment Konsept Cankaya di alamat Aşağı Öveçler Mahallesi, 1322. Caddesi (6. Cd.) 30/11, 06460 Çankaya/Ankara, Turkeydan lantas menelefon wakil apartment Ankara untuk mengambil kunci. Kami diberikan 3 bilik yang besar lengkap dengan dapur dan peralatan untuk memasak. Setelah membuat bayaran melalui kad kredit kami check in apartment Ankara yang telah ditempah di booking.com berharga RM600/night/group. (Tips : Silalah berhubung dengan wakil apartment untuk memberitahu masa ketibaan anda agar anda tidak membuang masa tertunggu-tunggu bagi mendapatkan kunci bilik apartment dan menempah parking bagi yang memandu).

Ikutilah perkongsian jelajah perjalanan kami seterusnya ke Gerome, menerokai bandar lama bawah tanah (Undergorund City) dan pengalaman terbang di ruang udara Cappadacia dengan menaiki belon panas. Cappadocia, tunggulah kami datang!!!.….. Jom.

No comments:

Post a Comment