Saturday, 5 March 2016

Europe Trip 1 : (Part 3) – Netherland : Jelajah Kota Amsterdam dan perkampungan Zaanse Schans dan Volendam

Berkunjung ke Perkampungan Zaanse Schans dan bersiar sekitar I Amsterdam, Rijk Muzium dan HRC

Pada pagi 3 June 2014 jam 7.00am, kami berjalan ke Station Amsterdam Central. Pengangkutan awam senang didapati di Amsterdam dan menjadi pilihan pelancong seperti tram, sneltram, bas, train, teksi dan sebagainya. Sementara penduduk tempatan pula amat gemar berbasikal sehinggakan kelihatan orang berbasikal di setiap ruang yang kita kunjungi di Amsterdam. Harga tram pass untuk 24hrs & 1 hr boleh dibeli terus dari driver tram berharga 24 hrs - Eur7.50/org & 1 hr - Eur2.80. Pass dikira mengikut jam dari start touch di scanner/validate dan berakhir 24jam akan datang tanpa kira hari yang berlainan. Berbaloi kerana boleh naik dan turunlah beberapa kali dalam masa yang ditetapkan. (Tips : Silalah cuba fresh orange juice yang diperah sendiri menggunakan mesin di sudut kedai serbaneka di dalam station, memang fresh & sedap menikmatinya dalam suasana cuaca yang sejuk....) .

Fresh orange juice, Pergh.... nikmatnya tak terkata

Kami bercadang untuk menggunakan train ke Zaanse Schans lalu masuk ke Station Amsterdam Central untuk mencari yellow ticket machine di station dan membeli return ticket berharga EUR5.60/pax. Train dari Amsterdam Central akan bertolak dari Platform 7a menghala ke arah Alkmaar dan turun di Station Koog-Zandijk untuk ke perkampungan Zaanse Schans. Apabila turun di Station Koog Zandijk kami melalui bawah subway untuk cross rel keretapi di atas dan teruskan perjalanan setelah naik anak tangga station. Agak jauh juga kena berjalan dan kelihatan di sebelah kanan terrace house manakala di sebelah kiri adalah kilang coklat dan di hujung simpang jalan juga ada kedai coklat, setibanya di hujung jalan belok kiri dan teruskan berjalan lagi sampai hujung simpang dan kelihatan windmill di sebelah kanan jalan, setibanya di situ kena belok kanan pula. Sejurus selepas membelok kita akan sampai ke jambatan (boleh angkat) yang menyeberang terusan, selepas jambatan, di sebelah kiri ialah kampung Zaanse Schans.

Berjalan kaki dari Station Koog Zandijk ke Zaanse Schans
Posing tepi jalan ke Zaanse Schans (dijamin tidak terasa penat)
Jambatan ke Zaanse Schans

Deretan rumah di gigi air

Jambatan boleh angkat untuk laluan bot dan kapal melintas

Di kampung tersebut terdapat rumah-rumah klasik lama yang masih digunakan di samping penduduknya menjalani aktiviti seharian dengan mengusahakan perusahaan kecil-kecilan hasil tenusu, coklat, keju dan sebagainya. Di situ juga terdapat beberapa rumah windmill yang masih utuh dan berfungsi sehingga kini (anda boleh masuk dan naik ke atas windmill tersebut dengan entrance fee yang sangat minimal). Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati kopi panas di kiosk café di tengah-tengah kampung itu dalam keadaan tiupan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa yang sangat nyaman dan mendamaikan para pengunjung. Jika anda ke sini, cubalah secangkir kopi dan rasailah kenikmatannnya tersendiri yang tidak akan dapat dilupakan seumur hidup. Memang terbaik! Setelah itu, kami ke rumah yang mengusahakan kasut kayu yang terkenal di Netherland dan tidak lupa untuk merakam detik kenangan manis berkunjung ke situ dengan bergambar dengan kasut kayu giant yang sungguh sinonim.


Zoom dari jalan utama Zaanse Schans
Kincir angin di Zaanse Schans

Lake Zaanse Schans yang mendamaikan

Along & adik berposing depan kincir angin di Zaanse Schans
Gembira tak terkira melihat sendiri rumah kincir angin di Zaanse Schans

Lepak di Zaanse Schans

Trylah secawan kopi... Highly recommended yea.

Produk local cheese di Zaanse Schans

Terompah giant Zaanse Schans, ada lagi yg bersaiz besar????

Kedai terompah Zaanse Schans

Zoom jambatan angkat dari Zaanse Schans
Setelah itu, kami berjalan menuju semula ke Station Koog-Zandijk untuk balik ke Amsterdam Central. Pada belah petang pula, dengan berpandukan map yang dibawa kami bercadang untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar di sekitar kota Amsterdam. Boleh juga menggunakan tram 12 dan stop di station Van Balestraat untuk ke lokasi tumpuan pelancong iaitu I AMSTERDAM. Anak-anak amat bergembira kerana dapat bergambar dekat I AMSTERDAM dan bermain di playground di sebelah kolam air. Kelihatan ramai para pengunjung juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan berbagai lagak dan gaya di huruf-huruf yang membentuk I AMSTERDAM tersebut.

I AMSTERDAM yang rugi kalau tak dikunjungi
Ramai pelancong bergambar di I AMSTERDAM

Playgroud bersebelahan I AMSTERDAM


Relek jap di taman sebelah I AMSTERDAM
Kami melalui Max Euwe Plein dan berehat di taman berdekatannya. Max Euwe Plein dibuka dari jam 12.00pm - 4.00pm dan terletak tak jauh dari I AMSTERDAM. Setelah berehat dan membeli minuman di kedai serbaneka dekat situ, kami berjalan ke melewati Muzeum Van Gogh dan hanya bergambar di sekitarnya sahaja. Waktu muzium dibuka adalah dari jam 9.00am - 6.00pm dan terletak tak jauh juga dari I AMSTERDAM. Selepas itu kami berjalan ke Rijksmuseum Amsterdam dan melewatinya sambil bergambar. Muzium tersebut dibuka dari jam 9.00am - 5.00pm dan terletak di sekitar I AMSTERDAM juga. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan dalam misi mencari Hard Rock Café. HRC akan dibuka mulai jam 11.30am - 1.00am. Di depan HRC kami lihat ramai orang berkerumun rupa-rupanya mereka sedang bermain catur gergasi di ruang luas di tengah-tengah kawasan tersebut. Selepas selesai shopping kami berjalan balik ke hotel.
 
Posing di taman dekat Muzeum Van Gogh


Berkunjung ke Volendam & Edam dan Kemeriahan di Madame Tussauds, Amsterdam

Keesokannya pada 4 June 2014, setelah breakfast kami berjalan menuju ke station Amsterdam Central kemudian melalui station tersebut untuk ke bahagian belakang station di mana terdapat platform untuk bas. Aktiviti hari itu adalah menaiki bas untuk mengunjungi perkampungan Volendam & Edam iaitu sebuah perkampungan di tepi laut. Setibanya kami di Amsterdam Central, kami menuju ke platform bus Arriva di mana tiket Waterland boleh dibeli di atas bas dengan harga Eur9/day. Bas Arriva yang melalui Volendam adalah Bas bernombor 110, 120, 118 & 373 manakala bas yang melalui Edam pula adalah bas bernombor 110, 112, 114, 116, 117 & 118. Setelah menaiki bas kami meninggalkan kota Amsterdam melalui kawasan-kawasan pinggir kota dengan tanah ladangnya yang sangat cantik. Apabila sampai di Volendam, kami menuju ke arah kedai serbaneka untuk membeli payung kerana hari mendung dengan hujan renyai-renyai disertai pula dengan kesejukan dan angin bayu laut yang bertiup kuat. Walau bagaimanapun itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjalan mengekori orang ramai menuju ke deretan kedai di tepi laut. Kami bersiar-siar sambil berfoto dan shopping tshirts, souveniours dan FM di deretan keda-kedai di tepi jalan dan menghadap laut.

Deratan kedai di Volendam

Kedai bunga segar di Volendam
Berjalan-jalan di Volendam

Angin bertiup kuat dan sangat sejuk di tepi laut Volendam

Pusat aktiviti kemasyarakatan warga tua di Volendam

(Info : Sebelum sampai di pekan Volendam kami melalui Volendam Museum di Zeestraat 41 dan anda boleh singgah di situ sekiranya berminat).

Jika anda berkunjung ke Volendam silalah berkunjung ke kedai yang menyediakan sut pakaian lengkap orang Volendam di Foto de Boer - Haven 82, Foto Zwatherd - Haven 12 dan Fotoshop Volendam - Heven 102. Kami juga menyaksikan banyak kapal-kapal kecil dan perahu nelayan berlabuh di dermaga yang disediakan. Apabila sampai di hujung jalan kami berpatah balik ke bas stand di pekan Volendam untuk meneruskan perjalanan ke Edam pula. Sesampainya di station bas terakhir di Edam kami turun dan dari map yang kami bawa pekan Edam masih jauh lagi sekiranya ingin berjalan kaki. Memandangkan cuaca tidak berapa bagus kami mengambil keputusan untuk berehat sambil bersiar-siar sekitar station bas tersebut sementara menunggu bas bertolak balik ke Amsterdam Central.

Menjelang tengahari kami menaiki bas untuk ke kota Amsterdam semula bagi meneruskan aktiviti jelajah jalanan kami di Kota Amsterdam. Sebelum menghampiri station bas Amsterdam Central kami turun di simpang jalan yang terdapat sebuah restoran halal arab bagi menikmati lunch. Ketika itu hujan rintik-rintik mulai turun dan kami sempat berehat dan makan sebelum hujan kembali reda. Setelah cuaca kembali cerah, kami gigih berjalan berpandukan map melalui deretan kedai-kedai dan menyusuri terusan/canal untuk ke Madame Tussauds. Terdapat dataran luas di depan Madame Tussauds di mana sangat ramai orang bersantai dan terdapat juga pelancong yang menaiki kereta kuda di situ. Kami ke kaunter untuk mendapatkan tiket masuk bagi membolehkan kami bersua dengan personaliti dan selebriti yang terkenal seluruh dunia. Madame Tussauds dibuka mulai jam 9.00am - 5.30pm. Kami hanya memilih selebriti tertentu sahaja untuk merakamkan gambar dan bergaya memandangkan kami pernah berkunjung ke Madame Tussauds, Hong Kong dan juga Wax Museum, Gold Coast di Australia.

Happy jugalah dapat berfoto macam princes 


Bergaya ala Bond.....

Idola bintang bolasepak kegemaran Along

Ngukah bangunan tinggi Madame Tussauds

Setelah puas berlegar-legar di dalam Madame Tussauds kami bersiar-siar di sekitar kota Amsterdam sambil berjalan balik ke hotel setelah penat berjalan jauh pada hari itu. Seperti biasa kami amat bertuah kerana terjumpa restoran halal di sekitar hotel di mana rupa-rupanya terdapat banyak restoran halal di belakang hotel kami. Kami berehat sambil berkemas-kemas untuk check-out keesokannya bagi menaiki train laju menuju ke kota Paris pula.

Ikuti kemeriahan kami menjelajah kota Paris dan nikmati keindahan kota cinta tersebut dalam entri seterusnya………….