Sunday, 31 July 2016

Europe Trip 3 : (Part 3) –Drive to Gerome, Meneroka Valley & UG City sekitar Gerome serta Pengalaman Menaiki Belon Panas di Cappadocia

Pengalaman Memandu ke Gerome

Pada hari Selasa 15 Mac 2016, setelah breakfast dengan bekalan yang dimasak di dapur apartment Konsept Cankaya, kami menyerahkan kunci bilik dan mengangkut beg ke dalam kereta masing-masing. Kami mula bergerak meninggalkan kota Ankara setelah setting GPS ke lokasi Tuz Golu iaitu sebuah tasik garam yang besar terletak di tengah perjalanan menuju ke Ankara. Setelah memandu hampir sejam setengah melalui jalan D750, kami pun sampai di kawasan R&R Tuz Golu berdekatan Tuzgölü Restoran di Şereflikoçhisar/Ankara. Sebaik sahaja parking kereta kami keluar meluru ke tandas kerana cuaca pada pagi itu tersangat sejuk ditambah lagi dengan tiupan angin di tepi tasik Tuz Golu dengan permukaan air tasik yang luas dan terhampar sejauh mata memandang. Kami mendekati café di Tuz Golu kemudian masing-masing memesan jus delima/pamo dan cay/teh panas. Untuk mengurangkan kesejukan kami masuk ke kedai serbaneka di sebelah café sambil meninjau-ninjau produk kraf dan bahan-bahan yang terhasil dari garam tasik Tuz Golu tersebut. Kami keluar dari kedai tersebut lalu menuju ke tasik Tuz Golu yang terdampar luas di hadapan kami. Kami berjalan menghampiri tepi tasik sehinggakan kaki menjejaki gigi airnya sambil zoom dan mengambil gambar spot-spot yang menarik.
Di depan apartment Konsept Cankaya

Sekembali dari tepi tasik, anak-anak menuju ke tandas untuk membasuh kaki yang terpalit dengan selut dan tanah dari tasik Tuz Golu. Semasa berada di parking, kami melihat beberapa kereta peronda polis meninjau-ninjau kawasan tasik Tuz Golu dan kami berpuas hati terhadap langkah-langkah mempertingkat keselamatan di negara mereka ketika keadaan keselamtan yang tidak menentu. Kami bergerak meninggalkan tasik Tuz Golu menuju ke Gerome dengan berpandukan GPS melalui jalan D750/E90. Kami memandu dengan berhati-hati di jalan tanpa toll sambil menikmati ladang-ladang dan permandangan indah sepanjang perjalanan dari tasik Tuz Golu menuju ke Gerome. Sebelum tiba di persimpangan menuju ke Gerome, kami singgah di sebuah restoran berhampiran station minyak di bandar Aksaray untuk lunch dan solat. Anak-anak sempat bermain di playground berhampiran station minyak sementara menunggu orang dewasa bergilir-gilir solat dan ke toilet.
(Tips– Sila bawa air minuman dan kudapan agar tidak membosankan di sepanjang perjalanan. Jika tertidur anda pasti terlepas view permandangan yang indah di spot-spot tertentu……)

Map dari Ankara via Tuz Golu menuju ke Gerome

Bergerak dari Ankara ke Tuz Golu

View permandangan indah ke Tuz Golu

Menghampiri perhentian di Tuz Golu
 
 Angin sejuk bertiup kencang di Tuz Golu
 
Bergaya tersendiri di tepi Tuz Golu
Tuz Golu

Papan tanda Tuz Golu
Meneruskan perjalanan dari Tuz Golu ke Gerome / Cappadocia

Berhenti sebentar di Station minyak

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Gerome yang berbaki tidak sampai sejam sahaja lagi. Setelah melintasi pekan kecil kami membelok menuju ke jalan masuk ke kawasan bertanah gersang dan bergunung ganang sebelum selamat sampai di pekan Gerome. Kami mencari parking berhampiran kedai-kedai dekat perhentian bas untuk bertanyakan lokasi Hotel View Cave. Setelah mendapat info dari salah seorang pekedai di situ kami memandu mendaki bukit sehingga sampai di jalan kecil dan sangkaan kami ianya adalah jalan sehala lalu menelefon hotel untuk mendapatkan lokasi sebenarnya. Kami akhirnya dijemput oleh salah seorang staff hotel tersebut yang hanya menunggang motosikal scrambler untuk menunjukkan arah ke hotel tersebut. Kami sangat teruja apabila sampai di Hotel View Cave beralamat di Goreme Kasabasi Gaferli Mahallesi Mudur Sokak no: 4, 50180 Goreme, Turkey. Phone +905072950229 yang dibina berkonsepkan design gua batu yang kami tempah di web booking.com dengan harga RM1,330/2N untuk 3 bilik (harga termasuk breakfast). Staff hotel tersebut mempromosi ballon panas kepada group kami dengan menawarkan harga Eur100/pax dengan caj tambahan Eur20/group untuk menaiki ballon panas pada esok pagi dan kami bersetuju dengan tawarannnya yang agak berbaloi itu. Setelah mengeluarkan barang-barang ke dalam bilik hotel masing-masing kami keluar dengan memandu sebuah kereta sahaja untuk menerokai beberapa valley di Gerome.
 
Merancang aktiviti di Cappadocia, Gerome
 
Kunci bilik View Cave Hotel

Suhu di Cave View Hotel pukul 3.00 petang
Baby Aakif ceria walaupun kesejukan
Kami sempat singgah di Pasabag untuk meninjau gua-gua batu dan view gunung ganang yang cantik di kawasan tersebut. Terdapat banyak juga gua-gua yang mungkin ditebuk oleh penghuninya suatu ketika dahulu dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Baby Aakif dan Damia berjalan-jalan sekitar Pasabag

Batu-batu berbentuk mushroom di Pasabag

Sungguh ceria di Pasabag

 Pohon berbunga di Pasabag
 
 Laluan selesa di Pasabag
 
 Bergambar kenganan beramai-ramai di Pasabag

Bergambar famili di Pasabag
Posing ceria di Pasabag walaupun letih berkelana

Gaya Damia di Pasabag

 Gua buatan di sekitar bukit Pasabag
 
 Keadaan gua di bukit yang ditebuk di Pasabag
 
 Salah satu kapsul yang tetap utuh di dalam bukit Pasabag
 
 Bukit batu mushroom di Pasabag
 
 Landskap cantik di Pasabag
 Gerai souveniours di Pasabag

Zoom bukit batu di Gerome Valley


Tumbuh-tumbuhan di Gerome Valley

Zoom view Gerome Valley
Bukit Batu di Gerome Valley
Unta di Gerome Valley
Bukit Batu yang cantik dan mempersonakan

Setelah penat berjalan-jalan di Pasadag dan beberapa buah valley di Gerome, kami berpatah balik dan singgah di Restoran Nazar Borek untuk dinner. Terdapat kemudahan kedai laundry tidak berapa jauh dari restoran tersebut jika anda ingin meninggalkan pakaian untuk dibasuh. Kami sungguh berselera menikmati sajian yang disediakan oleh chef Restoran Nazar Borek di mana hidangannya sungguh enak dan sanagat berbaloi (highly recommended) untuk dicuba. Silalah mencuba ais krim di depan restoran tersebut dan bersedialah dengan usikan dan gelak ketawa ketika anda cuba mengambil ais krimnnya. Haha……
Chef Restoran Nazar Borek adalah orang yang istimewa
Anatara hidangan istimewa dan enak di Nazar Borek
Setia menanti pelanggan ais krimnya
Baby Aakif diusik penjual ais krim

Bergambar kenangan bersama ais krim istimewa

Setelah menjamu selera kami singgah di kedai souveniours hanya bersebelahan restoran tersebut sambil shopping fm, poskad, souveniours yang tersangat murah di Gerome sehinggakan ada yang berpesan agar tidak meminta diskaun lagi dari tuan kedai terebut. Selepas semuanya berpuas hati dengan dinner dan shopping, kami balik ke hotel untuk berehat setelah berjalan seharian melalui tanah gersang berbatuan……... dadada.. dadadada… dadada.. dadadada….. teringat nada irama lagu Ebiet G. Ade - berita untuk kawan……

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di
a
kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
http://musiklib.org/Ebiet_G_Ade-Berita_Kepada_Kawan-Lirik_Lagu.htm


Menerokai Underground City – ‘Derinkuyu Underground City’

Pada hari Rabu 16 Mac 2016, seperti yang direncanakan semalam kami bangun seawal subuh dan menunggu staff hotel tersebut untuk menjemput kami ke van yang akan membawa kami ke pejabat pengurusan ballon panas yang hanya 10min sahaja dari hotel kami. Kami diberi penerangan oleh staff ballon panas tersebut tentang cuaca dan tipuan angin yang sesuai dan sekiranya tiupan angin terlalu kuat melebihi 8mph penerbangan hari itu akan dibatalkan. Sementara menunggu keputusan kebenaran pelepasan bagi penerbangan pada hari itu, para pengunjung boleh menikmati jamuan breakfast yang disediakan. Ketika menikmati breakfast kami dikejutkan dengan pengumuman yang penerbangan ballon panas pada pagi itu dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan kami terpaksa datang lagi ke situ bagi mencuba nasib untuk hari esok pula, itu pun bergantuung kepada keadaan cuaca dan tiupan angin juga. Kami pulang semula ke hotel dan menyambung breakfast di roof top hotel pula.

Setelah berehat sambil breakfast, kami mengambil keputusan untuk menrokai Derinkuyu Undergorund City yang terletak di bandar Derinkuyu tak berapa jauh dari Gerome. Ketika kami sampai keaddan di Underground City tersebut masih lengang dan terus membeli tiket di kaunternya lalu meminta kebenaran staff tersebut agar dapat menyediakan bilik untuk ibu kami berehat apabila kami mendapat info yang Underground City itu mempunyai banyak level dan perlu naik turun tangga pula. Semasa ingin memasuki pintunya, tiba-tiba sekumpulan pelancong China menyerbu pintu dan kami pun mengikuti kumpulan mereka untuk turut serta menerokai Underground City tersebut.

Tercungap-cungap jugalah kami menuruni tangga dan kadangkala terpaksa membongkokkan badan kerana terpaksa membolosi ruang yang sempit. (Tips – kanak-kanak dan orang tua tidak digalakkan untuk masuk ke Derinkuyu Underground City kerana terdapat ruang yang sempit dan anak tangga yang curam)
Perjalanan ke Derinkuyu Underground City
Zoom view permandangan sepanjang jalan ke Underground City

 Bersama pelancong lain

 Salah satu kapsul di dalam Underground City

 Lubang besar antara lorong-lorong dalam Underground City

Harus berjaga-jaga kerana ada bahagian aras bumbung yang rendah

 
Bergambar kenangan dahulunya adalah di tengah bandar Derinkuyu Underground City
Antara laluan di dalam Derinkuyu Underground City
Derinkuyu Underground City yang menakjubkan pengunjung

Menjelang tengahari kami meninggalkan bandar Derinkuyu Undergorund City untuk ke Pigeon Valley pula. Kami memandu sehinggalah sampai ke persimpangan dan selekoh yang curam sementara terdapat banyak struktur pigeon di atas taing-tiang. Kami memberhentikan kereta untuk mencari spot-spot yang mennarik untuk bergambar sambil menikmati tiupan angina sejuk di Pigeon valley tersebut. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Uchisar Castle pula. Di sini terdapat kedai menjual souveniuors, fm dan t-shirts yang boleh dibeli jika berkenan di mana designnya mempunyai gambar khusus lembah-lembah di Gerome dan ballon panas Cappadocia. Kami juga dapat melihat ada bumbung rumah yang masih lagi ditutupi ais menandakan suhu di situ masih di bawah tahap beku. Ada di antara kami hanya berehat di dalam kereta kerana enggan memanjat bukit dan tangga menuju ke Uchisar Castle terutamanya Baby Aakif dan neneknya hanya mampu zoom Uchisar Castle dari kejauhan sahaja.
 
 Cuaca sejuk di Pigeon Valley
 
Banyak burung merpati di Pigeon Valley
 

Pigeon Valley

Zoom burung merpati yang bertenggek di atas kayu di Pigeon Valley

 Zoom view Uchisar Castle dari bawah

 Bergambar kenangan backgorund Uchisar Castle

 Jalan ke puncak Uchisar Castle

 Tangga-tangga mendai ke Uchisar Castle

 Bendera Turkey berkibar megah di puncak Uchisar Castle

 Bergambar kenangan di Uchisar Castle

Kedai Souveniours di pintu masuk Uchisar Castle
Gambar berdeatan Uchisar Castle
Menjelang petang kami meninggalkan Uchisar Castle untuk ke Restoran Nazar Borek semula untuk makan. Selepas makan kami terus ke hotel untuk berehat sementara ada juga di antara kami yang keluar menikmati permandangan waktu petang di Cappadocia.
 Hotel ditutup sementara untuk renovation
 
 Nostalji Cave Suit Hotel & restoran

Bergambar kenangan di tangga Cappadocia Cave Suites

Hotel-hotel batu yang terdapat di Gerome



Sebahagian hotel batu yang masih utuh walaupun tidak digunakan lagi
Landskap yang menarik di jalan-jalan sekitar hotel
Signboard merah tertulis 'DYMM SPB Yang Dipertuan Agung dari Malaysia menginap di sini'

Hotel Cave Suites antara hotel yang eksklusif di Gerome

Hotel yang cantik
Hotel yang tenang dan damai apatah lagi ketika matahari muncul dan terbenam
Ukiran seni halus di pintu hotel yang klasik dan cantik
Roof top hotel untuk menyaksikan matahari muncul dan terbenam

Pengalaman Menaiki Ballon Panas Cappadocia dan Zoom view Gerome Valley

Pada pagi 17 Mac 2016, kami sekali lagi bangun seawal subuh dan bergerak ke pejabat Universal Ballon, Turkey untuk mencuba nasib dan berharap agar dapat terbang dengan Ballon Panas di Cappadocia. Kami berjumpa dengan sepasang suami isteri warga Singapura yang tinggal di hotel yang sama dan menyertai group kami untuk menaiki ballon panas pada pagi itu. Nasib kami bertuah pagi itu setelah dimaklumkan bahawa penerbangan ballon panas hari itu dibenarkan meandangkan cuaca yang baik. Setelah selesai breakfast kami dibawa ke tapak ballon panas yang telah tersedia dikembangkan separuh dan dari jauh lagi nampak jelas nyalaan apinya yang terang benderang di awal pagi itu. Kami diarahkan masuk ke dalam bakul yang disediakan dan diberi penerangan serba ringkas tentang penerbangan ballon panas pada hari itu. Semasa di atas ruang udara kami dapat melihat semakin banyak ballon panas semakin tinggin memenuhi ruang udara Cappadocia.
Seawal pagi menuju ke pejabat Hot Air Balllon di Cappadocia
Universal Ballon Cappadocia
Bergambar kenangan di pejabat Universal Ballon
Hot Air Ballon mula diisikan gas
Hot Air Ballon bersedia untuk terbang......
 
Jom terbang bersama Hot Air Ballon
 

Berikut antara gambar-gambar kenangan kami ketika detik menaiki Hot Air Ballon dan zoom lembah-lembah di sekitar Cappadocia..... 'bawalah kami terbang.... yeayyyy!!!!!!!....................'


 

 













 
 






















 



 



 
Berselfie ketika di ruang udara Cappadocia......






 
 

Menurut pilotnya ballon panas tersebut boleh diterbangkan setinggi 600m mmengikut tahap kemahiran pilotnya dan keadaan cuaca. (Tips : Harga ballon panas boleh mencecah setinggi RM1000/pax ketika musim panas. Jika anda berminat untuk naik ballon panas dengan harga yang lebih berbaloi bolehlah contact warga Turkey yang mengusahakan Travel Agency iaitu Tours4Turkey - Mr Ismail Gumus).

Setelah hampir 2 jam berada di ruang udara Cappadocia kami mendarat dengan selamat di suatu tanah lapang dan diberi cenderahati oleh pilotnya. Kami dihantar balik ke hotel untuk menikmati breakfast yang telah tersedia di restoran roof top hotel tersebut. Kami breakfast bersama sepasang suami isteri warga Singapura tadi sambil mendengar pengalaman perjalanan mereka dari Istanbul dan singgah di Pamukkale dulu iaitu destinasi kami selepas ini. Kami diberitahu suhu di Pamukkale lagi sejuk jika dibandingkan dengan Gerome mungkin kerana letaknya lagi hampir dengan Lautan Aegian. Selepas memuatkan barang-barang ke kereta masing-masing kami setting GPS ke lokasi Hotel Ozturk, Pamukkale dan memulakan perjalanan dari Gerome sekitar jam 10.00am untuk menempuhi jarak sejauh 615km selama 7 jam masa pemanduan.
Jus dan makanan dihidangkan setelah mendarat
Krew-krew sibuk berbincang walaupun setelah selamat mendarat
Bergambar kenangan bersama pingat pernerbangan masing-masing

Setelah berhenti untuk mengisi fuel dan ke toilet kami meneruskan perjalanan dan singgah di stesen minyak untuk makan bekalan yang dibawa. Ada di antara kami yang makan di dalam kereta kerana cuaca di situ sungguh sejuk walaupun di tengahari. Dari Gerome kami melalui jalan free toll D300 melintasi signboard menunjukkan arah bandar-bandar seperti Aksaray, Konya, Aksehir, Uluborlu, Dinar sehinggalah sampai ke bandar Denizli sebelum masuk ke highway menuju ke Pamukkale. Kami juga ditahan beberapa kali di highway untuk pemeriksaan keselamatan oleh anggota polis dan askar Turkey yang membenarkan kami meneruskan perjalanan apabila mendapati kami adalah pelancong di negara mereka. Sesampai di Denzili kami juga sesat kerana GPS masih menggunakan jalan lama di mana jalan tersebut tidak lagi tembus ke highway baru. Silalah guna highway jika anda sampai ke bandar Denizli untuk menuju ke Pamukkale.

 Map dari Gerome via Konya menuju ke Pamukkale, Denizli 
 
Perjalanan meninggalkan Cappadocia untuk ke Pamukkale
Perjalanan yang agak jauh dari Gerome ke Pamukkale via Konya

Zoom permandangan gunung-ganang bersalji melepasi Konya untuk ke Pamukkale
Perjalanan teratur berpandukan GPS koordinat menuju ke Pamukkale
Menjelang senja kami sampai di Hotel Ozturk, Pamukkale beralamat di Pamuk Mah. Fevzi Cakmak Cad. 33/2 Pamukkale, 20280 Pamukkale, Turkey. Phone +902582722116, GPS - 037° 54.862, E 29° 7.089 yang ada kolam renang di depannya yang kami tempah di web booking.com dengan harga RM971/2N untuk 3 bilik (harga termasuk breakfast). Pemilik hotel tersebut bernama Ismail Ozturk mempromosi tour trip ke Hierapolis dan Traventine kepada group kami dengan menawarkan harga Eur100/group termasuk transport dan ditemani pemandu pelancong yang akan bersama kami sepanjang berada di Traventine esok pagi lalu kami menerima tawarannnya yang agak berbaloi itu tanpa berfikir panjang lagi. Setelah mengeluarkan barang-barang ke dalam bilik hotel masing-masing kami hanya makan makanan yang dipesan di hotel tersebut kerana ingin berehat sahaja setelah seharian merentasi jalan yang sangat jauh. Sebelum masuk tidur kami meminta Ismail Ozturk menyediakan portable heater memandangkan suhu pada waktu malam di Pamukkale sangat sejuk.

Nantikan pengalaman kami berjalan di celah-celah runtuhan kota Hierapolis & berkaki ayam menyusuri denai-denai air kolam air panas Traventine yang berkalsium dan berwarna putih…… Jom!