Day 9 – Jalan-jalan naik Romantic Train, Bamboo Grove dan Fushimi Inari
Shrine di Kyoto
Sungai yang berarus deras dan berbatu
Di Togetsuko Bridge
Gambar castle di fushimi inari
Kaki ketam
Sotong
Sotong fresh untuk dibakar
Hasil laut sperti kerang dll
Keadaan sibuk di Kuromon Ichiba Market Street
Replika ketam besar di depan restoran
Menu ketam bakar
Kaki ketam yang siap dihiris rapi
Acara membakar kaki ketam
Menu nasi pun ada....
Canal Dotonbori di waktu malam
Baby Aakif tersenyum gembira di atas flight dari Kansai ke KL
Pada pagi Jumaat bertarikh 23 December
2016, kami melangkah keluar bilik hotel dan check-in agak lewat. Dari hotel
kami menarik luggage menuju ke ke station train Kanazawa untuk ke Kyoto pula. Di
station Kanazawa kami masih menggunakan Hokuriku Takayama Travel Pass untuk
menaiki train JR Ltd. Express Thunderbird 17 (Direct non-stop) dari Kanazawa ke
Kyoto yang mengambil masa perjalanan 2 jam 30 minit sahaja. Setibanya di Kyoto
Station kami ke Terminal Info Counter yang bertentangan dengan Kyoto Station
untuk membeli Kyoto Sightseeing One day Pass Card - All-day Pass berharga ¥1,200
(Adult) dan ¥600 (Child) yang boleh digunakan untuk menaiki city buses &
subway di mana kegunaannya adalah unlimited untuk tempoh 1 hari.
Tiket di Kyoto dan osaka
Setelah itu kami menaiki train
Karasumaru Line dari Kyoto Station menuju ke Karasuma Oike Station untuk menghantar beg di
apartment Jan-dals 2 Bedroom Apartment near Karasumaoike beralamat di 191-4-503
Nakahori-cho, Nakagyo-ku, Central Kyoto, Kyoto, Japan 6040844. Apartment ini
kami telah tempah di web agoda.com berharga Y10,481 (RM417) semalam termasuk hotel
tax, servise tax & cleaning.
Kami merujuk peta kawasan apartment di central kyoto yang diprint
dan melintas jalan menuju ke apartment tersebut. Sampai di seberang jalan kami disapa
oleh seorang lelaki tua Jepun yang menegur kami lalu nampak ingin membantu kami untuk
mencari apartment tersebut. Pada masa yang sama juga kami menghantar e-mail
kepada tuan rumah dan dia pantas reply memberitahu apartmentnya telah tersedia
untuk kami masuk dan pintunya tidak berkunci. Rupa-rupanya Uncle tadi membawa
kami ke pondok polis yang berdekatan sambil meminta anggota polis tersebut
menunjukkan arah yang betul untuk ke apartment tersebut.
Setelah mendapat penerangan jelas dari anggota polis tersebut kami pun
sampai di apartment dan menuju ke pintu rumah tersebut. Arigatou gonzaimasu
Uncle & pak cik polis…… Kami membuka pintu rumah tersebut ternyata ia memang
dibiarkan tidak berkunci dan apabila masuk kami menjumpai kuncinya terletak di
atas meja di ruang tamu. Kami berpuas hati dengan ruang tamu yang sederhana luas jika dibandingkan bilik-bilik di Tokyo, Nagano dan
Kanazawa di mana bilik tidurnya hanya muat-muat untuk 2 katil double bed sahaja. Tetapi di ruang tamu disediakan toto untuk
dihampar sekiranya pengunjung hendak berbaring atau tidur di ruang tamu.
Setelah solat jamak dan berehat sebentar, kami menuju semula ke station subway untuk meneruskan perjalanan ke Station JR Saga Arashiyama. Setelah sampai ke station tersebut kami berjalan ke train station bersebelahannya sahaja. Di station klasik tersebut kami berataur untuk membeli tiket train berharga Y620/pax untuk menaiki Sagano Romantic Train dari Torokko Saga Station menuju ke Torokko Komaeka Station. Romantic train tersebut melalui kawasan hutan yang mempunyai daun berwarna-warni dan relnya betul-betul di tepi sungai yang berarus deras dan berbatu.
Setelah solat jamak dan berehat sebentar, kami menuju semula ke station subway untuk meneruskan perjalanan ke Station JR Saga Arashiyama. Setelah sampai ke station tersebut kami berjalan ke train station bersebelahannya sahaja. Di station klasik tersebut kami berataur untuk membeli tiket train berharga Y620/pax untuk menaiki Sagano Romantic Train dari Torokko Saga Station menuju ke Torokko Komaeka Station. Romantic train tersebut melalui kawasan hutan yang mempunyai daun berwarna-warni dan relnya betul-betul di tepi sungai yang berarus deras dan berbatu.
Sungai zoom dari dalam Romantic Train
Suasana dalam coach Romantic Train
Station Umahori
Setelah sampai di station
terakhir kami berjalan menuju ke station JR Umahori untuk menaiki train ke JR Saga
Arashiyama semula. Dari station tersebut kami berjalan menuju ke Togetsuko Bridge
melalui kedai-kedai souveniour, kedai makan dan juga kedai pakaian. Kami sempat
berhenti untuk membeli buah-buahan dan juga aiskrim perasa buah di salah sebuah
kedai di situ. Kami bergambar di beberapa sudut di Togetsuko Bridge yang sesak
dengan orang ramai lalulintas.
Gadis Jepun mengayakan pakaian tradisional geisha kyoto
Hirup udara segar di Togetsuko Bridge
Gaya Along di Togetsuko Bridge
Gaya famili kami di atas Togetsuko Bridge
Dari Togetsuko Bridge kami
berjalan menuju ke Bamboo Groves yang mempunyai walking path di mana para pengunjung
akan menikmati keindahan alam semulajadi dengan rimbunan pohon buluh yang
tersusun cantik apatah lagi di malam hari ketika Kyoto Light Up Event
(Kyoto Arashiyama Hanatouro) yang diadakan pada 2 minggu terakhir bulan December
di seluruh Arashiyama area. Setelah melalui Bamboo Groves kami meneruskan
sahaja perjalanan kami berpandukan waze terus ke Station JR Saga Arashiyama
semula. Dari situ kami menaiki train menuju ke JR Inari Station untuk pergi ke Fushimi
Inari Shrine 伏見稲荷大社 pula yang terletak hanya berdekatan JR Inari Station tersebut.
Para pengunjung perlu masa yang agak lama sekitar 2 - 3 jam sekiranya ingin
berjalan-jalan ke semua kawasannya yang sangat luas dan ada juga kawasan yang
perlu mendaki dan menuruni bukit. Tetapi para pengunjung tidak perlu
tergesa-gesa kerana ianya dibuka 24 jam dan boleh keluar masuk pada bila-bila
sahaja.
Zoom pokok buluh di Bamboo Grove
Setelah merakamkan beberapa foto
kenangan di sekitar Fushimi Inari yang bercahaya pada malam itu, kami pun
beredar untuk balik ke bilik apartment. Sesampainya di apartment kami hanya makan
ala kadar dengan masak sendiri di dapur bilik apartment sebelum berehat dan
tidur.
Pintu gerbang di Fushimi Inari
Ramai pengunjung sehingga malam di Fushimi Inari
Day 10 – Perjalanan dari Kyoto ke
Osaka
Pada pagi Sabtu 24 Decemeber
2016, kami keluar awal dan berjalan menuju ke Karasuma Oike Station dan membeli
tiket manual di Tiket Vending Machine (TVM) untuk ke Kyoto Station. Setelah
itu, kami menaiki train menuju ke Osaka dengan menggunakan Hokuriku-Takayama
Pass. Setibanya kami di Osaka, kami menggunakan Osaka Amazing 3 days pula untuk
menaiki train subway menuju ke Nodahanshin di mana tiket Osaka Amazing masih
boleh digunakkan. Di station Nodahanshin kami perlu berjalan kaki dalam jarak
yang dekat ke Noda Station pula dan di situ kami membeli tiket manual di Tiket Vending
Machine (TVM) untuk Hanshin Main Line menuju ke station Amagasaki di mana
terletaknya bilik apartment AK Biz Cozy Apartment beralamat di 5-69
Showa-Minamidori, Amagasaki, Hyogo, Amagasaki, Osaka, Japan 660-0882, OSAKA.
Bilik tersebut kami tempah di agoda.com dengan harga Y17,980/RM870 untuk 3
malam. Kami sangat berpuas hati dengan apartment baru dan keadaan bilik yang
sangat luas dan selesa yang boleh muat sehingga lebih 10 orang.
Kedaan ruang tamu dan dapur apartment AK
Big Cozy
Bilik tidur apartment AK Big Cozy di Amagasaki, Osaka
Setelah itu, kami kembali ke
Amagasaki station untuk ke Noda Station dan transit di Nodahansin Station menuju
ke Namba station pula untuk ke Restoran Ramen Honolu yang famous di media
sosial. Kami makan tengahari dengan beberapa pengunjung dari Malaysia yang katanya sudah dua kali datang ke Jepun dan tidak pernah melepaskan peluang datang makan di Restoran Halal Ramen Honolulu tersebut.
Restoran Ramen Honolu dekat Namba station
Menu Ramen Honolu yang famous....
Jalan dari Namba station ke Restoran Ramen Honolu
Bergambar di depan Jalan ke Restoran Ramen Honolu
Setelah itu kami menuju ke station
Asakusa pula untuk ke Kuromon Ichiba Market Street terletak di 2 Chome-4-1
Nipponbashi, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0073, Japan. Kami berjalan di
deretan kedai yang rata-rata menjual seafood yang dibakar lalu singgah di kedai
buah-buahan untuk membeli buah anggur dan pisang sahaja.
Kuromon
Ichiba Market Street
Ketam bakar
Buah strawberi
Buah anggur yang manis
Makanan laut
Sekitar
jam 7.00pm kami berjalan mencari restoran yang menjual ketam di mana terdapat
replika ketam besar di depan signboard kedainya iaitu Restoran Kanidoraku
Dotonbori-higashi かに道楽
道頓堀東店 beralamat
di 1 Chome-1-3 Dōtonbori, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0071, Japan. Dengan
bantuan seorang pekerja yang boleh berbahasa Inggeris, kami meminta chefnya
menyediakan masakan ketam bakar dan set nasi yang halal tanpa alcohol dan
sebagainya. Kami makan dengan berselera di bilik khas hanya kami sekeluarga
sahaja dalam suasana ala ninja jepun di restoran mewah yang cajnya agak
mahal.
Di depan Restoran Kanidoraku
Berjalan-jalan di area Dotonbori
Setelah kekenyangan kami berjalan-jalan
sekitar canal di dotonburi. Kami singgah untuk minum teh tarik di kedai Kenny Asia
tetapi terdapat notis di pintunya tertulis tidak lagi menerima pelanggan kerana full reservation pada malam itu.
Menjelang malam pula kami menuju
ke HRC Osaka yang terletak dekat dengan Hommachi Station (Chuo Line), Minami
Area beralamat di 〒541-0054
Osaka Chuo-ku Ito Building 1F, 3-6-14 Minami-Hommachi. Kami mendapati ramai
pengunjung sedang lepak di HRC Osaka pada malam Krismass. Setelah selesai
shopping, kami menaiki train balik ke station Amagasaki untuk berehat dan tidur
selesa di AK Big Cozy Apartment, Osaka.
Di depan restoran Kenny Asia milik rakyat Malaysia
HRC Osaka
Day 11 – Kemeriahan taman tema
Universal Studio Japan (USJ) Osaka dan Teh Tarik Kenny Asia Japan, Dotonburi
Pada awal pagi Ahad 25 December 2016, kami keluar berjalan ke station Amagasaki untuk ke Station Universal City. Reservation untuk USJ, Osaka kami tempah dan print slipnya dari web klook.com. Kami berjalan mengikut signboard arah ke USJ, Japan melalui deretan kedai-kedai lalu singgah di GAP Outlet yang sedang menawarkan promosi murah. Setelah berbelanja t-shitrs dan seluar untuk anak-anak kami berjalan ke arah pintu entrance ke USJ dan melepasi kawalan keselamatan yang sangat mudah dan cepat. Anak-anak sangat gembira bertemu beberapa karektor watak-watak kartun di USJ dan membeli Bob the Minion yang diisi penuh dengan pop-corn. Kami berehat di sekitar park sementara menanti anak-anak bergilir bermain permainan dan masuk ke studio 3D yang menayangkan filem aksi dan kartun. Kami menghabiskan masa seharian di USJ dan keluar setelah semua berpuas hati dan keletihan. Setelah melalui pintu keluar kami singgah di kedai HRC Osaka yang terletak berhampiran pintu besar USJ dan membelek-belek t-shirts yang designnya memang sama dengan yang terdapat di HRC Osaka.
Di hadapan GAP outlet di pintu masuk USJ
Sabar menunggu yang lain sedang shopping
Bangunan di USJ
Antara watak karektor kartun di USJ
Kanak-kanak bermesra dengan karektor kartun di USJ
Bergambar sebelum shopping
Ramai pengunjung di USJ
Kedai yang menjual barang Harry Potter
Kemeriahan di USJ
Sibuk ke sana sini di dalam theme park USJ
Gaya bagaikan puteri...
Berehat selepas shopping toys
Sibuk ke sana sini di dalam theme park USJ
Gaya bagaikan puteri...
Berehat selepas shopping toys
Makan dan minum time...
Kostum gaya seorang pengunjung USJ
Pokok krismass
Zoom the globe....... USJ, Osaka
Watak Spidey menjadi tarikan kanak-kanak
Bangunan kedai dalam USJ
Bob Minion... Ahahaaa....
Perarakan yang sungguh meriah
Acara perarakan di USJ
Harry Potter... antara spot tarikan pengunjung ke USJ, Osaka........
Pengunjung ramai sehingga menjelang waktu malam di USJ......
Kami mengambil keputusan untuk pergi
lagi ke sekitar Kuromon Ichiba Market lagi dan sesampainya di situ kami mendapati
kebanyakan kedainya telah pun ditutup. kami singgah di Restoran Kenny Asia dan bertuah
pada kunjungan kali ini kerana masih ada tempat kosong untuk kami berlima lalu
memesan teh tarik dan beberapa menu nasi goreng. Kami sempat bergambar dengan pemilik
restoran dan merakam gambar isterinya membuat teh tarik special untuk kami.
Cayalah sis…….
Kenny Asia Halal Malaysia
Teh tarik special di Restoran Kenny
Asia
Bergambar bersama Mr Kenny Asia
Setelah kekenyangan menikmati
nasi lemak dan minum teh tarik, kami berjalan ke train station untuk balik ke
hotel. Kami berkemas dan update beg-beg supaya senang dan tidak terganggu
semasa di kaunter airport nanti.
DAY 12 – Flight Osaka ke KL
Pada pagi Isnin 26 December 2016,
kami bangun awal pagi dan setelah berkemas bilik kami menuju ke station
Agamasaki untuk ke Airport melalui Namba station. Setibanya di station Namba,
kami membeli tiket train ke airport di TVM dengan bantuan staff di kaunter
train tersebut. Train ke airport mengambil masa selama sejam juga kerena
lokasinya yang agak jauh dari Osaka. Jadi, tips yang kami boleh sarankan supaya
anda merancang perjalanan untuk sampai awal di airport. Train ke Kansai Airport
akan melalui kawasan tanah seperti ditambak dan juga jambatan menuju ke airport.
Penduduk tempatan bersenam di kawasan station Amagasaki
keletihan kerana perlu bangun seawal pagi
Train menuju ke Namba Station
Tiket train ke airport
Kami menaiki ke aras departure
untuk check in luggage setelah merujuk paparan skrin yang disediakan berdekatan
laluan lif. Setelah selesai urusan check-in di kaunter kami mencari restoran halal
yang letaknya hanya di aras bawah hall tersebut di mana kami perlu turun dengan
menggunakan escalator ke aras 3 dan terus menuju ke restoran halal tersebut
yang tidak jauh dari tangga tersebut. Kami melihat tanda halal terpampang di
pintu masuk restoran dan tanpa berlengah lagi terus duduk lalu memesan menu
mengikut pilihan dan selera masing-masing.
(Tips : Kami telah check-in di
web dan print boarding slip sebelum datang ke Jepun lagi. Sila simpan dan
asingkan dengan folder lain agar tidak tercicir ye)
Menu di restoran halal airport Kansai (aras 3)
Menu masakan Jepun yang dicuba dan sedap
Setelah menjamu selera, kami
beratur untuk masuk ke pintu pemeriksaan keselamatan dan imegresen untuk ke
gate sebelum berlepas dengan pesawat AirAsia X D7 533 pada jam 11.00am yang terbang
pulang ke Kuala Lumpur Di atas flight kami juga menikmati makanana seperti nasi
lemak Pak Nasir dan beberapa menu yang telah ditempah di web AirAsia yang lebih
murah dan mendapat diskaun pre-order.
Setelah selamat mendarat di KLIA pada
pukul 5.30pm kami solat jamak sebelum balik ke rumah dengan penuh kesyukuran dan
seribu kenangan di negara matahari terbit itu. In sha Allah jika diberi rezki
dan peluang kami akan kembali lagi ke daerah yang lain pula di negara Jepun. In
sha Allah. Aminnn…….