Monday, 1 May 2017

Keistimewaan Homestay Zoomdglobe depan Pasar Malam Cameron Highlands (Barrington Sqaure, Golden Hills)

Syukur Alhamdulillah, impian kami termakbul dan menjadi nyata apabila Homestay Zoomdglobe di Cameron Highlands telah sedia menerima tetamunya bermula 28 April 2017.

'Selamat datang ke Homestay Zoomdglobe'

Homestay Zoomdglobe terletak di Golden Hills yang merupakan lokasi strategik di Cameron Highlands terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang iaitu hanya 2km dari Brinchang dan 5km dari Tanah Rata. Cameron Highlands pula terletak di tanah tinggi pergunungan banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia menghubungkan negeri Perak dan Pahang yang mudah untuk diakses dari Utara, Selatan, Timur dan Barat. Terdapat 4 jalan utama ke Cameron Highlands iaitu 2 akses dari barat iaitu dari Ipoh/Simpang Pulai dan Tapah serta 2 juga akses dari timur iaitu dari Gua Musang dan Kuala Lipis/Raub.

Exit Tapah di Lebuhraya Plus Utara Selatan sekiaranya dari KL 

Jalan Tapah-Cameron Highlands berbukit yang menyajikan kawasan pergunungan yang hijau dan air terjun 

Exit Simpang Pulai di Lebuhraya Plus Utara Selatan sekiaranya dari Utara atau KL
 
 Jakan Simpang Pulai ke Bukit Raja lebih selesa dan luas dengan 2 lorong
 
Papan tanda menghampiri kampung Orang Asli
 
Oleh kerana lokasinya yang strategik dan mudah diakses maka Cameron Highlands sangat sesuai menjadi transit, tempat percutian dan tumpuan serta menjadi pilihan semua golongan termasuk para pelancong dari dalam dan luar negara. Tambahan pula, persekitaran gunung-ganang yang masih menghijau menyajikan suatu permandangan alam semulajadi flora dan fauna yang cantik dan tenang serta masih kekal menjadi habitat kepelbagaian bio untuk serangga, unggas, burung dan hidupan lain juga.      
Serangga yang boleh dijumpai di Cameron Highlands

Dengan ketinggian 1829m dari aras laut, Cameron Highlands sentiasa nyaman dan indah dengan purata suhu sejuk sekitar 100c hingga 200c serta rasailah kelembapan dan kesegaran yang amat sesuai untuk suasana percutian yang santai dan sihat.   
Suasana permandangan pagi dan zoom yang sangat indah
Suasana yang tenang, damai dan sunyi sesuai untuk percutian 
Homestay Zoomdglobe adalah merupakan sebuah Studio 1 bilik tidur & 1 bilik air dengan ruang tamu + balcony dan dapur + balcony di tingkat 4 Apartment Barringgton Square yang sesuai untuk  keluarga muslim yang ingin singgah bercuti di Cameron Highlands.
Antara tarikan utama Homestay Zoomdglobe adalah lokasinya yang terletak depan pasar malam Cameron Highlands yang menjadi tumpuan para pengujung yang mencari pelbagai sayur-sayuran, makanan dan minuman, pakaian, souveniour  dan sebagainya. Selain daripda tarikan tersebut, terdapat juga pelbagai kemudahan yang selesa di Apartment Barrington Square iaitu kedai Runcit My Groceries, kedai Serbaneka 7 Eleven (24 hours), dobi layandiri, restoran dan sewa basikal dan sebagainya.    

Homestay Zoomdglobe menyediakan 1 katil Queen, 2 sofa bed, toto, almari/drawer, kelengkapan memasak dan dapur gas, meja makan, TV dan Astro Njoi, kipas, peti ais, mesin basuh, built in water heater, ampaian di balcony tertutup, private parking, 24hrs security, kad akses ke main lobby dan parking, lif, public cctv dan rooftop garden. Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di Homestay Zoomdglobe terutamanya keluarga muslim silalah 
Whatsapp  018-398 2781 / 012-6727 850/825
Homestay Zoomdglobe, Barrington Square @ Golden Hills, Cameron Highlands (depan Pasar Malam Cameron Highlands). 
Selamat Bercuti ke Cameron Highlands. 
 
Gerbang ke Barringgton Square, Golden Hills

Ruang tamu yang cantik dan balcony yang luas

2 sofa bed yang lembut dan selesa

Ruang tamu yang lapang dan cerah


Lukisan map zoomdglobe


Meja makan dan bar yang simple 

Bilik tidur yang privacy

Perabot yang unik dalam bilik tidur

Peralatan memasak, iron dan vacum 

Dapur gas dan peti ais

Washing machine

Ampaian di balcony bahagian kitchen 

Private parking di basement untuk Owner dan Visitor

Homestay Zoomdglobe di Block A, Barringgton Square

Apartment Barringgton Square

Lif

Security 24hrs dan Public CCTV

Kedai Serbaneka 7-Eleven di Barrington Square

Kedai dobi di kawasan Golden Hills


Untuk mengetahui lokasi-lokasi aktiviti pilihan di Cameron Higlands sila klik Hotspot Zoomdglobe di Cameron Highlands

Nota / Pengumuman : Tarikh 1 Ogios 2017
Operasi Homestay Zoomdglobe dihentikan kerana rumah apartment kami telah disewa oleh keluarga guru yang mengajar di Cameron Highland bermula dari 1 Ogos 2017. Harap Maklum dan Mohon Maaf di atas sebarang kesulitan.  

AKAN DIBUKA KEMBALI !!!
 Homestay Zoomdglobe AKAN DIBUKA semula mulai Cuti Sekolah MAC 2018. Silalah tempah sekarang!!!
Whatsapp - 018-398 2781  /  012-6727 850 / 825 

zoomdglobe
29/1/2018