Wednesday, 27 September 2017

Trip ke Surabaya, Indonesia (Jawa Timur)

Day 1 (29 Ogos 2017) – Ke Surabaya & Bromo

Percutian kami kali ini seakan tidak terancang kerana jatuh pada cuti sekolah bermula 23 Ogos 2017 sehingga 3 September 2017, hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 pada 31 Ogos 2017 dan cuti hari raya EidulAdha 1439H (Korban) pada 1 September 2017. Manakala Sukan SEA KL pula bermula pada 16 Ogos 2017 dan berakhir pada 30 Ogos 2017. Ceritanya adalah begini…. Kami telah membuat booking untuk 4 orang tiket flight AirAsia di web dengan harga RM1700 return (termasuk makanan pra-bayar) tanpa merujuk kepada calendar di mana waktu itu jugalah cuti sekolah penggal ke-2 jadinya apabila menyedarinya kami pun membuat tempahan untuk tiket along yang berada di asrama dengan harga RM500 return (tanpa makanan pra-bayar). Kami mencari quotation Pak Supir termasuk pakej ground dari kenalan yang pernah berkujung ke sana termasuk hotel untuk 5 hari 4 malam di Bromo (1 malam), Malang (1 malam) dan Batu (2 malam) dan menyediakan budget serta itinerary yang ringkas sahaja.

Gambar trip bersantai kami ke Surabaya adalah tanpa Kamera Digital Canon lagi di mana kami hanya menggunakan camera Iphone 7 dan Oppo sahaja. Camera tu pun dah berhabuk di galeri wardrobe  kami gara-gara tidak berminat membawa muatan yang berat lagi. Hehe

Sebelum berangkat kami menelefon Pak Didik yang akan membawa kami ke destinasi zoom terpilih sepanjang berada di kota Surabaya, Bromo, Malang dan Batu nanti. Pak Didik boleh dihubungi melalui no. telefonnya atau WhatsApp +62 821 65051446.

Pagi-pagi sekitar jam 5.30am lagi pada 29 Ogos 2017, kami dah berkemas dan bersiap sedia turun dari rumah ke LCCT dengan memandu sendiri dan bercadang untuk meninggalkan kenderaan di Park n Ride Putrajaya Sentral. Setelah memandu sekitar 10 minit, kereta kami melanggar batang besi skru driver di atas jalan dan tayar bocor setelah angin keluar dengan cepatnya. Kami memandu terus ke station minyak dalam 200m serta dan cuba mengisi angin tapi usaha kami hampa kerana ternyata tayar yang bocor teruk tidak boleh menampung angin lagi. Apa lagi dengan pantasnya Abah terus menukar tayar bocor tersebut dengan tayar spare di bawah lampu station minyak yang terang benderang cuma mengambil masa sekitar 15-20 minit sahaja. Setelah siap, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya Sentral. Setelah meletakkan kenderaan di parking, kami bergegas laju ke kaunter ERL dan membeli tiket. Setibanya di LCCT kami terus sahaja ke kaunter AirAsia dan beratur untuk check-in luggage dan boarding pada jam 8.00am dan sempat solat subuh sebelum naik flight ke Surabaya pada jam 9.30am.
Train awal pagi ERL Transit dari Putrajaya Sentral ke KLIA2

Flight XT321 mendarat di Juanda International Airport pada jam 12.05am waktu tempatannya. Kami menikmati breakfast makanan prabayar yang dipesan dan Baby Aakif pula ingin memesan set airport AirAsia tetapi malangnya set tersebut telah kehabisan stock dan berjanji untuk membelinya ketika flight balik ke KL nanti. Sabar ye alahai anak omak……

Setelah mendarat kami melalui kaunter pemeriksaan keselamatan dengan mudah dan cepat. Cuma di kaunter imegresen bersedialah sekiranya ditanya berapa hari anda akan berada di Surabaya dan menunjukkan booking tiket flight balik semula ke KL sekiranya diminta, kerana kami memberitahu imegresen tersebut bahawa kami akan berada selama 5 hari je di Surabaya dan menunjukkan printed tiket flight balik dan juga boarding pass. Setelah itu, kami mengutip beg di ruang bagasi lalu kami berjumpa dengan Pak Ady yang sudah pun tercegat di pintu arrival airport dengan tag nama dan telah bersedia untuk membawa kami putar-putar di Surabaya.


Menunggu Pak Supir mengambil mobil di Juanda International Airport

Pak Ady memaklumkan sekali lagi bahawa Pak Didik tidak dapat menjemput kami kerana sakit mata dan kebetulan juga menziarahi kematian ahli keluarganya. Suasana sangat meriah di sesetengah tempat dengan bendera Indonesia yang baru sahaja meraikan hari Merdeka pada 17 Ogos 2017 lalu. Oleh kerana telah menghampiri tengah hari kami meminta Pak Ady membawa kami ke restoran untuk mengisi perut kosong.


Sepanjang jalan ke Surabaya....  

Kami berhenti di Restoran Padin (Bu Dewi Achmad) yang menghidangkan masakan nasi dengan ikan dibakar serta digoreng dan kelihatan sungguh enak. Kami hanya pilih makanan yang ringkas sahaja dan minumam air jus jeruk kerana masih terasa kekenyangan makan di atas flight tadi. Kelihatan gambar-gambar selebriti dan orang kenamaan yang pernah menikmati makanan di restoran tersebut termasuklah Afgan.
Berehat di restoran ini sambil minum air jus jeruk

Setelah menjamu selera, kami meminta Pak Ady membawa kami ke toko membeli belah di mana kami memberitahunya yang kami hendak membeli baju kemeja dan seluar untuk dipakai ke office. Pak Ady membawa kami ke Jambatan Merah Plaza Mall (JMP) dan kami bagai seakan-akan berada di kawasan Tanah Abang di Jakarta cuma kawasan JMP tidaklah sesibuk di Jakarta.

Selepas bershopping, solat jamak dan makan ais krim di JMP, destinasi kami selepas itu adalah meneruskan perjalanan ke Bromo sekitar jam 4.30pm dan dijangka akan sampai ke Homestay Istana Petani di Bromo sekitar jam 9.00pm.

Setelah membelah kedinginan malam dan semakin mendaki jalan ke Bromo, kami pun sampai ke Homestay Istana Petani dan check-in dua bilik masing-masing bersaiz Deluxe di mana pintunya bersebelahan sahaja. Kerana keletihan kami mengambil keputusan untuk tidur awal sahaja di homestay dan akan berjumpa semula dengan Supir Jeep pada keesokan paginya seawal jam 3.00am untuk melihat sunrise dan kawah gunung. 

Day 2 (30 Ogos 2017) – Sunrise di Gunung Bromo, Menunggang Kuda ke Kawah Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik di Bromo dan Melawat Safari dan Kampung Warna-Warni Jeodipan di Malang

Seawal jam 3.00 pagi kami telahpun bangun tanpa sarapan kami dijemput oleh Pak Alim yang memandu jeep untuk membawa kami ke Gunung King Kong bagi meninjau sunrise di Gunung Bromo. Kami semua telah siap masing-masing dengan baju winter coat kerana difahamkan cuaca di atas gunung boleh menghampiri 0 degree. Perjalanan kami membelah kedinginan pagi dengan menaiki jeep mengambil masa sekitar 1 jam dan Pak Alim memberitahu waktu matahari terbit adalah sekitar jam 4.30am. Jeep Pak Alim terus mendaki dan tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan dan kelihatan banyak jeep beratur panjang menghala ke puncak dan ada juga yang parking di kiri kanan jalan. Setelah menghampiri waktu subuh Abah dan Along menuju ke surau yang diberitahuk lokasinya oleh Pak Alim yang tidak berapa jauh dari parking jeep untuk solat subuh. Surau terletak berhampiran selekoh pejalan kaki atau trak menuju ke Bukit King Kong di mana terdapat kawasan lapang sebagai lokasi untuk meninjau sunrise di Gunung Bromo. Kami berjalan kaki sekitar 15min dan ternampaklah ramai pengunjung yang awal-awal lagi telah tiba dan sedang menanti detik-detik untuk merakam view sunrise di Gunung Bromo.
 
Panorama sunrise di Gunung Bromo

Foto-foto lain detik sunrise di Gunung Bromo.....







Track di KingKong Hill untuk zoom sunrise di Gunung Bromo 


Jeep-jeep yang membawa pelancong melihat Gunung Bromo
Setelah itu, kami dibawa oleh Pak Alim menuruni bukit ke arah kawasan berpasir yang lapang dan kelihatan dari jauh segerombolan kuda sedang menanti ketibaan kami. Setelah menempah 4 ekor kuda, kami pun menunggangnya ke kaki bukit di mana terletaknya tangga untuk ke kawah gunung berapi. Kami mamakai mask kerana angin kuat bertiup di kawasan berpasir tersebut. Semasa menunggang kuda janganlah berasa gusar dan takut kerana tuannya akan turut serta mengemudi kudanya dengan berjalan kaki sahaja sambil memegang tali kuda tersebut.

Menunggang kuda untuk ke kawah gunung berapi

Zoom ke parking jeep dari puncak kawah gunung berapi



Tangga curam untuk ke puncak kawah gunung berapi....


Gambar di puncak kawah gunung berapi
 
Setelah sampai di kaki gunung tersebut, kami turun dari kuda dan terpaksa mengumpulkan kudrat untuk memanjat anak tangga yang sangat curam untuk ke kawah gunung berapi. Pengunjung dinasihatkan agar berhati-hati memijak anak tangga yang berpaasir kerana dikhuatiri tergelincir nanti. Setelah menggagahi memanjat dan beberapa kali bberhenti rehat, kami pun sampai ke puncak di mana terdapat kawasan kecil seperti pelantar di lereng permukaan kawah gunung berapi tersebut. Dari atas kelihatan asap dan bunyi kuat seperti enjin pesawat dari dalam kawah tersebut.     

Setelah bergambar ala kadar dan berehat sebentar kami pun melangkah menuruni semula anak-anak tangga untuk mendapatkan kuda-kuda yang menanti di bawah. Kami menaiki kuda untuk kembali semula ke jeep Pak Alim yang menunggu dan parking di kawasan kami menaiki kuda tadi.
Riders of Bromo

Setelah bergambar bersama-sama kuda yang kami naiki, kami pun meneruskan perjalanan merentasi padang pasir untuk ke Bukit Teletubbies pula. Kami berselisih beberapa buah jeep yang sibuk ke sekitar kawasan lembah tersebut membawa pengunjung ke lokasi masing-masing dan sesekali membelah tiupan angin kuat yang menerbangkan pasir-pasir halus. Sesampainya di bukit tsrebut, kami hanya memerhatikannya dari kejauhan dan mengambil photo berlatarbelakangkan bukit yang beralun dan menghijau.   
 Panorama di bukit Teletubbies
 
Bukit-bukit hijau di Teletubbies
Dari bukit Teletubbies, kami menuju ke lokasi terakhir iaitu ke kawasan pasir berbisik. Setelah tiba di lokasi tersebut, kami mendapati ianya adalah kawasan berpasir gersang dengan tiupan angina yang sepoi-sepoi bahasa dan sungguh menenangkan dengan suasana dilitupi awan dan langit yang luas kebiru-biruan dan berlatarbelakangkan gunung-ganang di sekelilingnya serta beralaskan pasir-pasir yang keperang-perangan…….. sungguh menakjubkan. Masha Allah…..


View di kawasan pasir berbisik

Akhirnya, kami menaiki jeep Pak Alim untuk berpatah balik menuju ke Homestay Istana Petani semula untuk packing, berkemas dan mandi-manda. Setelah check-out kami menikmati breakfast di cafe bersebelahan receptionist sambil menunggu Pak Ady. Semasa menikmati breakfast, muncul Pak Didik untuk menuntut separuh bayaran wang pakejnya sementara separuh lagi akan dibayar semasa di airport sebelum kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur nanti.

Sekitar jam 10.00am muncul Pak Ady untuk membawa kami ke Malang pula. Destinasi kami selepas itu adalah untuk ke Safari Prigen yang mengambil masa lebih kurang 2 ½ jam perjalanan. Oleh kerana destinsi ini tidak termasuk ke di dalam pakej Pak Didik kami perlu membayar fee masuk sekitar Rp55,000/4pax. Sebaik sahaja nampak pintu gerbang Safari Prigen, anak-anak sudah teruja untuk melihat pelbagai haiwan liar tanpa keluar berjalan kaki. Rupa-rupanya masih jauh lagi jarak  entrancenya dari pintu gerbang di jalan besar. Setelah melalui kawasan sawah padi dan mendaki bukit kami pun berhenti untuk membeli lobak merah untuk dijadikan makanan binatang di dalam safari nanti. Selepas drive thru dan membayar fee masuk, kami tiba di section pertama safari dan disambut oleh  haiwan-haiwan yang sungguh jinak seperti seladang, burung, zebra dan lain-lain lagi yang menanti oleh-oleh yang kami bawa.  Setelah itu kami melepasi pintu auto untuk masuk ke section yang menempatkan haiwan liar yang ganas seperti beruang, harimau, singa dan lain-lain lagi dan kami dinasihatkan agar tidak memberi makananan kepada haiwan-haiwan ini. Di section ini kami lihat beberapa kereta ranger yang parking untuk menjaga haiwan-haiwan tersebut dan juga memantau keselamatan para pengunjung. Setelah itu kami keluar melalui pintu automatik untuk ke bahagian seterusnya yang juga mempatkan haiwan-haiwan jinak seperti rusa, zirafah, gajah dan sebagainya.

 Entrance ke Taman Safari Prigen
 
Carot untuk diberi makan kepada haiwan

 
Antara haiwan penyambut tetamu......
 



Berselera betul makan carot ....

 
Berhati-hatilah apabila berada di kawasan haiwan buas berkeliaran..... 
 
 Beruang

Harimau belang...
 
Harimau belang putih
 
Singa sedang bersantai 

Kawasan seterusnya adalah haiwan yang jinak dan tidak merbahaya.....

  Rusa dan kijang....
 





Unta


Zebra

Sekawan Gajah
 
Zirafah

Menghampiri pintu keluar kami singgah di parking berdekatan Baby Zoo untuk membawa anak-anak singgah di fun city dan membeli coin untuk mereka bermain permainan sekitar kawasan tersebut.

Gambar di fun city (Baby Zoo)......


 
Setelah puas bermain di situ, kami meneruskan perjalanan ke Malang untuk bermalam di sana mengambil masa selama lebih kurang 3 jam perjalanan dari safari Prigen. Setibanya di Malang, kami singgah di Kampung Warna-Warni Jeodipan untuk melihat rumah-rumah lama yang dahulunya kawasan perumahan yang tidak terurus dan kotor, namun dengan usaha dan inisiatif penduduknya mereka memulihkan kembali kawasan tersebut dengan mengecat dan membaiki semula struktur lama untuk dijadikan kawasan tumpuan pelancong. Untuk masuk ke kawasan perumahan kini dikenakan sedikit bayaran ye dan telah termasuk di dalam pakej Pak Didik.    
 Lorong-lorong sempit  
 Warna-warni di Kampung Jeodipan
 Zoom penduduk gotong royong membersih kampung
 
Keretapi melintas bukit di belakang Kampung Warna-Warni Jeodipan

Setelah berlegar-legar di jalan-jalan kecil seakan-akan laluan di Venice dan Amsterdam, kami pun meneruskan perjalanan ke hotel dan singgah di Indormart untuk membeli roti, mee segera dan air sebagai bekalan malam itu. Kami checkin di hotel Lucy di Malang untuk semalam sahaja dan keesokannya kami akan meneruskan perjalanan ke kota Batu pula.

Day 3 (31 Ogos 2017 : Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60) – Mesjid Turen (Pondok Pasantren Salafiyah) dan Pantai BaleKembang

Di Malaysia adalah merupakan cuti umum untuk menyambut hari Kemerdekaan Malaysia ke 60. Kami mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-60, #sehatisejiwa kepada seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja berada. Pada pagi-pagi hari lagi kami telah check out dan breakfast bagi meneruskan perjalanan ke kota Wisata Batu. Tetapi, destinasi pertama pada hari ke-3 adalah ke Mesjid Turen (Pondok Pasantren Salafiyah) dengan hanya mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan. Mesjid Turen dibina bertingkat-tingkat secara berperingkat dengan ketinggian sehingga mencecah 10 lantai dan mempunyai mempunyai ruang-ruang solat, kiosk perniagaan, ruang istirehat, bilik-bilik penghuni Pondok Pasantren Salafiyah, aquarium, mini zoo dsb. Terdapat senibina dan ukiran yang sangat tersendiri bercirikan khat-khat dan pembinaan tradisional tempatan yang sungguh unik dan cantik. Identiti binaan dan ukiran yang terdapat di masjid Turen menunjukkan ciri-ciri keaslian seni khat Islam dan budaya tersendiri penduduknya yang sudah semestinya dipelihara dan diwarisi oleh generasi mendatang.    

Gambar di depan Mesjid Turen (Pondok Pasantren Salafiyah)........



Entrance ke Pondok Pasantren Salafiyah
 
 Mini air terjun di Pondok Pasantren Salafiyah
 
 Landskap yang cantik dan bersih di Pondok Pasantren Salafiyah
 
 Sudut berfoto dengan seni ukiran yang cantik di dalam Mesjid Turen 
 
Ruang solat utama di dalam Mesjid Turen

 Anak tangga di tepi kolam ke Kiosk Jualan tingkat 8,9 & 10 Mesjid Turen

 Kantin di sudut Mesjid Turen
 
 Kaunter Info & Infak Mesjid Turen (Pondok Pasantren Salafiyah)
 
 Entrance ke Mesjid Turen (Pondok Pasantren Salafiyah)

Setelah meninjau-ninjau ke hampir semua sudut di Masjid Turen, kami sempat solat sunat dan berehat sambil sebentar setelah keletihan memanjat dan menuruni tangga sehingga ke lantai tertinggi sekali, kami keluar ke parking untuk mencari Pak Ady. Kelihatan Pak Ady menunggu kami di gazebo berhampiran parking lalu kami menaiki kereta untuk meneruskan perjalanan ke pantai BaleKambang yang agak jauh juga sekitar 2 jam perjalanannya.  

Di pantai BaleKambang kami melihat ombak laut yang agak besar dan angina bertiup kencang di mana terdapat signboard melarang pengunjung untuk mandi-manda. Kami ke sebuah pulau kecil yang menempatkan candi seperti yang terdapat di Bali. Kami berehat sebentar di sebuah warung sambil menikmati air kelapa muda (ais degen). 

 Zoom.....   I am BaleKambang
 
 Jambatan di pantai BaleKambang
 
 Panorama berlatarbelakangkan candi BaleKambang
 
 Bersantai di pantai BaleKembang
 
Ais degen (air kelapa) fresh....

Di dalam perjalan menuju ke kota Batu kami singgah di tepi jalan untuk membeli buah salak menurut Pak Ady hanya ditanam di sekitar kawasan tersebut. Setelah membeli kami meneruskan perjalanan ke kota Wisata Batu yang mengambil masa hampir 3 jam perjalanan.

Dalam perjalanan balik ke Batu, kami berhenti makan lewat tengahari di sebuah restoran yang mempunyai pelbagai menu ayam bakar, ayam kampong, ayam goreng dengan sambal yang pedas. Berselaralah kami makan kerana mungkin sangat lapar akibat letih berjalan mungkin ….

Selepas  menjamu selera kami langsung ke Homestay O3 di kota Batu untuk check in bagi penginapan selama 2 malam. Pada malam itu kedengaran sahut-sahutan suara takbir raya EidulAdha berkumandang dari masjid berdekatan sekitar homestay tersebut untuk menyambut hari Raya EidilAdha esoknya pada hari Jumaat, 1 September 2017. Sementara itu, along pula mengadu sakit perut dan abah juga terasa tak selesa mungkin kerana tersalah makan bermungkinan sambal yang pedas di restoran tadi.

Day 4 (1 September 2017 : Hari Raya EidulAdha) – Coban Rondo Waterfall, Omah Kayu, Kandang Kelinchi dan Muzium Angkut 

Hari ini merupakan hari kebesaran umat Islam di mana merupakan Hari raya EidulAdha. Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin dari perantauan. Pada awal pagi 1 September 2017 itu, Abah dan Along bersiap sedia menunggu Pak Ady untuk menunaikan solat hari raya yang akan bermula pada jam 6.00am di Mesjid Rohimah yang berdekatan Homestay O3 tersebut. Kami bertiga berjalan kaki sahaja auntuk ke masjid untuk mengelakkan macet atau kesesakan lalulintas. Setelah menyempurnakan solat dan mendengar khutbah dalam Bahasa standard Indonesia, kami pun pulang ke homestay untuk breakfast.
Takbir dan solat raya EidulAdha 1439 di Mesjid Rohimah

Setelah breakfast kami meneruskan perjalanan ke Coban Rondo Waterfall yang tinggi seperti air terjun Si Piso-Piso di Medan dan air terjun Ngarai Sianok (Sianok Canyon) di Bukit Tinggi, Padang. Sebelum sampai ke air terjun, kami singgah di kawasan permainan outdoor yang terdapat aktiviti seperti labirin, memanah dan lain-lain lagi. Kami hanya mencuba permainan di labirin dan memanah sahaja dan meneruskan perjalanan ke Coban Rondo Waterfall.

 Air terjun coban rondo.......








Air terjun Coban Rondo mempunyai lagendanya tersendiri kerana dipercayai menjadi tempat persembunyian sang puteri untuk menunggu suaminya yang telah terkorban di atas batu besar berdekatan air terjun itulah puteri tersebut  menunggu suaminya saban hari.








Di kawasan parking di Coban Rondo terdapat warung-warung menjual makanan, minuman, permainan dan sebagainya. Kami berehat sebentar di salah sebuah warung sambil menikmati jagung bakar dan minum kopi.

Makan jagung bakar & menghirup kopi o ....... 



Kemudian, kami mula bergerak meninggalkan Coban Rondo untuk ke Omah Kayu dan Taman Langit pula yang terletak di lereng bukit dan di tanah tinggi. Kepada pencinta alam sekitar memanglah tidak boleh melepaskan peluang ke tempat ini kerana kebanyakan binaan dan jalan hanyalah menggunakan kayu dan jalan tanah merahj sedia ada dan semulajadi sahaja. Kami menasihati anda jika berkiunjung ke sini di musim hujan, berhati-hatilah dengan keadaan jalan yang licin dan berkemungkinan boleh berlaku kejadian tanah runtuh di lereng-lereng jalan yang tiada ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. 
 
Zoom panorama hijau di Omah Kayu..........





 
Zoom Taman Langit di puncak bukit.......








 

Menjelang tengahari, kami ke Taman Kelinchi untuk meninggalkan Mama, Baby Aakif dan Kakak Damia dengan altiviti memberi makan kepada arnab-arnab di Taman Kelinchi tersebut sementara Pak Ady, Abah dan Along pergi menunaikan solat jumaat di sebuah masjid yang berdekatan. Khutbah Jumaat kali ini dibaca dalam Bahasa Jawa dialek tempatan dan kami tidak faham langsung apa yang disampaikan oleh khatib cuma di awalnya tajuk khutbah adalah berkaitan dengan penjagaan dan pendidikan anak-anak.

Setelah selesai solat Jumaat, kami kembali ke Taman Kelinchi dan kelihatan Baby Aakif dan Kakak Damia sugul kerana arnab-arnab tersebut telah kekenyangan kerana menerima ramai pengunjung pada hari cuti umum tersebut sehinggakan dibawa balik lobak merah yang dibeli sebelum masuk tadi. 

Ceria di Taman Kelinchi.......







Kami bergerak ke destinasi selanjutnya iaitu ke Muzium Angkut dan juga Floating Market hanya di tempat yang sama iaitu bersebelahan sahaja. Setelah parking kami masuk ke Muzium Angkiut terlebih dahulu di mana terdapat pelbagai kenderaan klasik dipamerkan di bangunan 3 tingkat itu.

 Bergambar di tingkat bawah Muzium Angkut
 

Merakamkan gambar di tingkat 1, Muzium Angkut







 
Pengangkutan udara heli dan pesawat di bahagian luar tingkat 1, Muzium Angkut






Kenderaan tentera di Muzium Angkut
 



 
Kenderaan bomba dan polis di Muzium Angkut
 






Zoom panaroma kota-kota dunia di Muzium Angkut

 Menaiki vespa di Kota Rome

 Santai di tembok Berlin, Germany

 Ronda-ronda kota Paris
 
Jalan-jalan di kota London






Laluan keluar melalui gerabak keretapi

Kami menjamu selera di Restoran Cheng Ho yang mempunyai logo halal di atas kapal di Floating Market, Batu sementara Baby Aakif ulang alik naik turun gerabak di Train CafĂ© di situ.
Menu lunch di Restoran Cheng Ho

Floating Market, Batu

Dalam perjalanan balik ke homestay kami singgah di kedai serbaneka Indomart untuk membeli bekalan pada malam terebut dan memberitahu bahawa kami tidak bercadang untuk keluar lagi ke Batu Night Spectacular (BNS) ala-ala theme park dan I-City kerana keletihan dan Along tidak berapa sihat kerana sakit perut.

Day 5 (2 September 2017) – Coban Rais, Ladang Epal dan Kampung Pujon Kidul/Sawah Padi dan Flight AK363 balik ke KL 

Pagi-pagi lagi kami sibuk mengemaskini dan update beg memansangkan hari ini adalah merupakan hari terakhir kami berada di Surabaya dan akan berlepas pulang ke KL tengahmalam nanti. Semasa breakfast di ruang makan Homestay O3, terdapat jurujual yang dating ke homestay untuk menjual t-shirts, yogust dan susu kambing, keropok epal dan nangka. Setelah membeli t-shirts dan keropok kami meminta jurujual untuk membuat packing bersama buah salak untuk memudahkan check-in luggage di airport nanti.



Setelah memulangkan kunci di kaunter receptionist, kami bertolak ke Coban Rais yang mengambil masa lebih kurang 45min. Sesampainya di parking kami menaiki motor sepeda  untuk ke kaki bukit di mana terletaknya taman bunga untuk mengambil foto.  
 
Panorama di puncak taman bunga Coban Rais....


 

Oleh kerana kami mendapati panorama dan suasana persekitarannya adalah sama dengan Omah Kayu & Taman Langit lagi pun Along dan Abah masih sakit perut, kami pun mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Pak Ady membawa kami semula ke pekan Batu untuk mencari Apotek (Farmasi) untuk membeli ubat sakit perut. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Ladang Epal Batu yang terletak hanya beberapa minit sahaja dari pecan Batu. Setelah parking, kami menaiki van khas yang membawa kami ke ladang epal. Baby Aakiflah yang paling gembira kerana buah-buah epal yang banyak dan sangat rendah memudahkann kerjanya untuk memetic epal-epal tersebut. Setelah menimbang kesemua epal yang dipetik hampir 7 kilo jugalah kami pun beredar ke van untuk meneruskan perjalanan ke lokasi lain bagi memenuhi masa yang berbaki sehingga jam 3.00pm di mana Pak Andy memaklumkan masa yang sebaiknya untuk kami bertolak ke airport untuk boarding jam 8.00pm.

Detik-detik memetik epal di ladang agro Batu....






Lokasi kami seterusnya dalah ke Kampung Pujon Kidol yang dijadiikan pusat pelancongan di mana terdapat kolam ikan, kolam udang, restoran, aktiviti outdoor seperti ATV, scrambler, menunggang kuda dan sebagainya. Oleh kerana telah hampir tengahari, kami berehat sambil makan tengahari di sebuah restoran di tengah sawah padi. Walaupun hidangan ayam dan sambalnya serta masakan lain nampak enak serta lokasi restoran di tengah sawah yang sangat mendamaikan, Abah dan Along tidak dapat menikmati  makanan tersebut kerana masih terasa sakit perut. Setelah digagahi akhirnya semua makanan yang terhidang habis dimakan juga. Nasihat kami agar berhati-hatilah ketika makan di restoran apabila berkunjung ke Surabaya kerana sambalnya boleh membuat anda sakit perut dan terbantut percutian anda nanti. Ingat!
Panorama sawah dan ladang di Desa Wisata Pujonkidul, Batu ......

 
 Sawah padi menghijau dan damai

Bunga-bunga matahari yang ceria
 
Aktiviti berkuda untuk pengunjung
 
 Pondok-pondok istirehat sambil makan dan minum
 
Menu lunch di restoran sawah padi Pujon Kidul, Batu
 
Panorama yang cantik dan indah.....








Setelah solat di surau dekat cafe tersebut, kami beredar ke parking untuk bertolak ke Surabaya sekitar pukul 2.00pm. Di sebuah warung di Kampung Pujon Kidul kedengaran bait-bait indah dan merdu lagu puisi dendangan Abiet G.Ade yang seolah-olah melambai-lambai untuk mengiringi perjalanan dan mengucap selamat pulang untuk kami kembali ke KL. Lagu dan lirik yang pastinya anda pernah dengar ini sangat sinonim dengan destinasi zoom kami kali ini ke Surabaya….
Setiap waktu engkau tersenyum
Sudut matamu memancarkan rasa
Keresahan yang terbenam
Kerinduan yang tertahan
Duka dalam yang tersembunyi
Jauh di lubuk hati
Kata katamu riuh mengalir bagai gerimis
Seperti angin tak pernah diam
Selalu beranjak setiap saat
Menebarkan jala asmara
Menaburkan aroma luka
Benih kebencian kau tanam
Bakar ladang gersang
Entah sampai kapan berhenti menipu diri

Kupu kupu kertas
Yang terbang kian kemari
Aneka rupa dan warna
Dibias lampu temaram
Membasuh debu yang lekat dalam jiwa
Mencuci bersih dari segala kekotoran
Aku menunggu hujan turunlah
Aku mengharapkan badai datanglah
Gemuruhnya akan
Melumatkan semua kupu kupu kertas

Kupu kupu kertas
Yang terbang kian kemari
Aneka rupa dan warna
Dibias lampu temaram

Kami tiba di airport Juanda sekitar jam 7.00pm dan sempat untuk menghabiskan duit Rp dengan minum kopi O sambil berehat dan solat. Setelah check-in luggage dan boarding kami akhirnya boarding ke gate 8 di Juanda Airport. Namun, seperti waktu arrival dan masuk dahulu, anda juga perlu bersedia menghadapi kerenah dan perangai imegresen di Juanda Airport yang tidak mesra dan menghormati pelancung khususnya dari Malaysia. Layan je dan follow je…. Lepas tu bye-bye lah. Hehe. Walau bagaimana pun kami sedikit pun tidak merasa gusar kerana kami jadikan ia sebagai suatu pengalaman untuk meneruskan perjalanan Zoom kami ke negara-negara lain nanti.
 Minum kopi sementara menunggu flight boarding

Penerbangan kami pada Sabtu 2 Ogos 2017 flight AirAsia AK363 pada pukul 9.45pm dan kami selamat mendarat di LCCT pada Ahad 3 Ogos 2017 sekitar jam 1.30am.  Baby Aakif gembira kerana hajatnya dituruti untuk membeli set airport AirAsia.

Selepas urusan imegresen dan pemeriksaan luggage oleh Kastam, kami book GrabCar dari pintu 2 arrival untuk ke Park n Ride Putrajaya Sentral dengan caj RM45 sahaja. Kami sangat berpuas hati dengan servis Grab Car dan recommended salah satu alternatif transport yang jimat dan cepat kepada sesiapa sahaja terutama yang gemar melancong. Kami sekeluarga sangat girang dengan destinasi di Surabaya dan pastinya kami akan kembali lagi ke Indonesia untuk destinasi seterusnya iaitu ke Lombok dan zoom lagi lain-lain tempat menarik di sana. Insha Allah. Amin

Ikuti pengembaraan kami dan zoom destinasi-destinasi menarik lain di Indonesia dan juga ke Eropah nanti, jika ada rezki dan diizinkanNya lagi. Insha Allah….……