Berikut adalah aktiviti dan lokasi hotspot yang kami recommend, namun anda akan sentiasa terpikat dengan aktiviti-aktiviti lain juga nanti apabila anda berkesempatan mengunjungi Cameron Highlndas.
Tempat Makan
· Café Lorong – lunch dan dinner
Cubalah makanan vege dan jus buah-buahan mengikut selera dan keinginan anda.
Menu yang pelbagai di Café Lorong. Recommend try Nasi Goreng Cendawan....
· Anjer Corner shell out – dinner
Terletak di persimpangan jalan utama ke apartment Homestay Zoomdglobe, Barrington Square hanya 200m sahaja dari Goden Hills
· Steamboat – dinner
Terdapat banyak restoran steamboat di jalan utama berdekatan apartment Homestay Zoomdglobe, Barrington Square
Menjual beraneka jenis masakan dari berbagai kabin dan dimakan di bawah satu bumbung.
· Restoran the Mint (Ground Floor, Block B, Barrington Sqaure) – breakfast, lunch and dinner
Nasi lemak original dan mee goreng sentiasa menjadi pilihan anak-anak.
· Restoran Nik Ikan Bakar – lunch dan dinner
Premis utama di belakang Mesjid Brinchang manakala cawangan barunya di sebelah Hotel Wan Alisya. Menyediakan masakan ala pantai timur seperti tomyam, ikan bakar dan pelbagai jenis resepi mengikut citarasa anda
· Foodcourt sebelah Maybank dan Cameron Fair, Tanah Rata –
breakfast, lunch dan dinner
Shopping
· Kedai Runcit My Groceries (Ground Floor, Block A, Barrington Sqaure)
Pelbagai keperluan asas ada dijual di sini.
· Pasar Malam Cameron Highlands, Sg Ruil (depan Barrington Square, Golden Hills)
Lokasi tumpuan utama sekiranya ke Cameron Highlands dan sekiranya terlepas peluang perlu datang lagi dan sekiranya telah singgah perlu repeat lagi ye. Beroperasi dari sekitar jam 4.00pm sehingga 10.30pm untuk setiap malam minggu dan public holiday serta setiap malam di musim cuti sekolah. Pasar malam terletak di Jalan Sg Ruil berhadapan dengan apartment Homestay Zoomdglobe. Terdapat kemudahan surau yang terletak di hujung jalan pasar malam dan juga tandas berbayar berdekatan kawasan Komuniti Orang Asli Sg Ruil yang baru dan moden. Menjual pelbagai hasil sayuran dan buah-buahan mentah dari ladang dan hutan seperti buah strawberry, jagung mutiara, limau, sayur-sayuran, petai dan madu lebah original manakala pelbagai makanan yang dimasak dan sedia untuk dimakan. Pasar malam ini sungguh meriah dan sesak di hujung minggu, public holiday dan di musim cuti sekolah.
Pasar malam sesak dipenuhi pelancong ketika musim cuti
Air Jagung dan air teh vanilla memang best...
Air berbagai perisa dan sedap...
· Pasaraya Jimat (K.Sinathamby) di Brinchang
Pelbagai keperluan harian yang perlu semuanya terdapat di sini.
Pasaraya Jimat terletak di sebelah Balai Bomba & Petronas di Brinchang
· Sayur-sayuran segar di Kea Farm
Pelbagai sayuran segar dari ladang seperti broccoli, kubis, tomato, lobak dsb dengan tawaran harga sememangnya sangat berbaloi sehinggakan menjadi tumpuan utama pelancong dan sangat sesak ketika cuti panjang.
Dapatkan harga special sayur-sayuran segar di gerai Auntie Viral (bersebelahan Cafe Lorong)
Hotspot Tempat Menarik
· Big Red Strawberry Farm (K.Sinathamby)
Big Red Strawbery Farm adalah satu lokasi kemestian untuk dilawati semua pengunjung ke Cameron Highlands dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Terletak di Bandar Brinchang, ia merupakan tempat yang ideal untuk melawat ladang strawberry, kaktus, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Singgahlah dan luangkan masa anda berjalan di sekitar taman berbumbung dan nikmatilah snek sihat dan minuman di kafenya.
Cafe Big Red Farm menjual makanan ringan, strawberi yang segar, milkshakes, strawberry sundae, jus, aiskrim, muffin, tart, teh, skon dan salad segar dari ladang.
Dibuka setiap hari dari 8.30am - 6.00pm. Parking dan masuk adalah Percuma.
Hasil tangkapan kami di Big Red Strawbery Farm
Menu sihat makan sayuq...
· Taman Lavender
Lavender Garden terletak di Tringkap dekat Kg Raja. Untuk masuk melihat kebun dan
pohon lavender yang berwarna-warni, pengunjung dikenakan tiket dan waktu operasinya
adalah seperti berikut;
Terletak di alamat ~ Lavender Cameron, Tringkap, Cameron Highlands (05-4961 208) berdekatan Kg Raja.
Waktu Operasi : setiap hari (Isnin - Khamis : 9am-6pm & Jumaat - Ahad : 9am-7pm)
Harga tiket : Dewasa - RM5 & Kanak-kanak - RM3
· Ladang Teh Boh Sg Palas
Ladang teh ini diuruskan oleh Syarikat Ladang Teh Boh Cameron Highlands, kawasan penanaman teh dengan pemandangan yang sungguh indah, damai dan nyaman - terbentang luas saujana mata memandang.
Gelombang bukit-bukau dengan jaluran tanaman teh yang menghijau seluas 8,000 ekar seperti karpet hijau dan gelombang hijau. Kenderaan ringan sahaja dapat menyusuri jalan yang agak sempit, berliku dan ada ketikanya perlu membunyikan hon apabila melalui selekoh tajam.
Percutian anda ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang teh tertua ini. Anda pasti tertarik dengan panorama Ladang Teh Sungai Palas dan akan kembali lagi untuk mengingati nostalgia tersebut kerana ianya pasti meninggalkan kenangan terindah dalam hidup anda.
· Cameron Valley Tea House dan serta lain-lain Tea House sekitar Cameron Highlands
Cameron Valley Tea house terletak di Kuala Terla iaitu antara Tringkap dan Kampung Raja. Terdapat banyak
tea house yang lain dan perlu dicuba juga ye....
· MARDI
Taman Agro Teknologi MARDI dibuka setiap hari dari jam 8.00am - 5.00pm. Hari Isnin tutup kecuali
cuti sekolah.
Taman Agro Teknologi MARDI dibuka setiap hari dari jam 8.00am - 5.00pm. Hari Isnin tutup kecuali
cuti sekolah.
Kami mempunyai unit homestay Studio 1 bilik + 2 sofa bed (Ruang Tamu), 1 bilik air, Dapur - untuk disewa.
Homestay Zoomdglobe, Barrington Square @ Golden Hills, Cameron Highlands (depan Pasar Malam Cameron Highlands).
Whatsapp 018-398 2781 / 012-6727 850/825.
Homestay Zoomdglobe, Barrington Square @ Golden Hills, Cameron Highlands (depan Pasar Malam Cameron Highlands).
Whatsapp 018-398 2781 / 012-6727 850/825.
Untuk maklumat lanjut sila klik Keistimewaan Homestay Zoomdglobe depan Pasar Malam Cameron Highlands (Barrington Sqaure, Golden Hills)