Day 1 – Perjalanan ke Sempadan Bukit Kayu Hitam & Memandu masuk ke
Hatyai, Thailand
Kisah ini adalah memori plan family
trip kami, Aakif dan Geng Sejid yang menjadi acara tahunan sejak 2 tahun lalu manakala
ini adalah merupakan kali pertama trip melibatkan jalan-jalan ke luar negara. Untuk
permulaan, kami memilih trip memandu ke Hatyai, Thailand bersempena awal musim cuti
sekolah 2018 serta dengan tujuan jalan-jalan santai cari makan di sekitar bandar Hatyai. Mungkin
selepas ini akan muncul pula idea trip fly ke oversea pula, Insha Allah.... Amin. Untuk trip ke
Hatyai ini, kami telah memulakan plan dengan mengadakan meeting di Wira Seafood
Gombak untuk merancang plan perjalanan dan menetapkan tarikh trip ke Hatyai 2-3
bulan sebelumnya lagi. Namun di saat-sat akhir kawan-kawan Aakif tidak dapat
join pula. So, tinggallah dua family sahaja yang akan meneruskan cabaran pada
kali ini terdiri dari 5 Dewasa dan 2 Kanak-Kanak.
Link untuk lihat trip sebelumnya, Jalan-Jalan Geng Sejid sambil makan-makan di Kuantan klik
Link untuk lihat trip sebelumnya, Jalan-Jalan Geng Sejid sambil makan-makan di Kuantan klik
Pada petang Jumaat tanggal 23
November 2018, selepas balik dari office kami sekeluarga terus bersiap makan malam
dan solat maghrib di rumah sebelum bertolak menuju ke arah Tol Sg Buloh lebih
kurang pada jam 9.30 malam dengan menyusuri Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menghala
ke utara dan menuju ke sempadan negara di Bukit Kayu Hitam. Mengikut
perkiraan masa Waze perjalanan kami akan mengambil masa sekitar 6-7 jam
mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana dijangkakan akan berlaku
pertambahan kenderaan akibat musim cuti sekolah baru sahaja bermula. Dalam perjalanan kami
hanya singgah sebentar minum kopi O di hentian R&R Sg Perak pada jam 12.00
tengah malam dan juga di R&R Gurun pada jam 2.00 pagi untuk berehat dan
tidur sebentar sekitar 30 minit bagi menghilangkan rasa mengantuk dan
mengembalikan kesegaran untuk meneruskan pemanduan ke Bukit Kayu Hitam.
Setibanya di Bukit Kayu Hitam
kami langsung ke Hentian Naluri Aman – Duty Free Shop dan mendapati hanya terdapat
beberapa kumpulan orang ramai yang baru turun dari bas serta beberapa kereta
persendirian memenuhi ruang kedai untuk meyelesaikan urusan insuran dan form
yang berkaitan sebelum memasuki border Malaysia-Thai nanti. Kaunter di hentian
itu sibuk pada mulanya kerana hanya terdapat seorang pekerja sahaja sehingga dibuka
satu lagi kaunter sejam kemudiannya. Kami duduk menantikan urusan itu selesai
dan melihat kelibat orang ramai yang silih berganti ada yang baru sampai dan
ada juga yang meninggalkan kawasan tersebut untuk menghala ke border.
Hentian Duty Free Shop - Naluri Aman di Bukit Kayu Hitam
Urusan insuran dan form putih sebelum ke border
Urusan insuran dan form putih sebelum ke border
Setelah urusan di kaunter selesai,
kami menuju ke Masjid Bukit Kayu Hitam untuk solat sunat sementara menunggu
waktu subuh di masjid tersebut. Setelah solat subuh, kami berpatah balik untuk
mengisi minyak petrol di Petronas Bukit Kayu Hitam yang dibuka tepat jam 7.00
pagi. Kami terpaksa menunggu di pump masing-masing sementara menunggu pekerja
stesen minyak itu datang untuk memulakan operasinya. Memang gigih dan berbaloi
usaha ini kerana harga minyak di Thailand mahal berbanding di negara kita. Mujurlah
selepas sahaja kami parking barulah kenderaan lain yang agak banyak mula
bersesak untuk beratur dan kelihatan ada juga yang beredar kerana mungkin tidak
berminat untuk turut beratur. Haha….
Setelah bergembira dapat mengisi
minyak hingga full tank, kami pun menuju ke checkpoint di border
Malaysia-Thailand di mana kami mula beratur dari traffic light di simpang Masjid
Bukit Kayu Hitam lagi mengekori deretan kebanyakannya bas pelancong yang sudah
lama beratur seawal sebelum pukul 6 pagi lagi. Sebaik sahaja melepasi traffic
light tesebut nasib kami amat baik kerana pegawai polis tersebut mengarahkan
semua kereta menggunakan lorong kontra sehingga terus ke laluan kaunter/pondok checkpoint Immigration Malaysia. Di situ kami menyerahkan passport sambil menurunkan
tingkap kereta bagi memudahkan officer menguruskan proses departure sambil mengecam wajah
kami seorang demi seorang. Setelah semuanya selesai kami pun memandu melepasi
border Malaysia untuk masuk ke lane kaunter/pondok checkpoint Immigration Thailand pula di
mana di situ pemandu dan semua penumpang kena turun dari kenderaan. Pegawai
Immigration Thailand mengambil form putih Inland (Masuk) dan wang sebanyak
THB40 untuk caj pelancong masuk dengan kereta mungkin, dan mengecop passport
serta form putih Outland (Keluar) lalu menyerahkan dokumen tersebut semula.
Selepas melepasi kaunter Immigration kami diarahkan untuk parking di tepi jalan
sambil owner kereta perlu membawa geran Original atau Copy ke pejabat Kastam
Thailand yang tertera signboard ‘Custom Declaration’ untuk mengisi form Kastam bersertakan pengesahan geran kenderaan.
Setelah selesai urusan
immigration dan kastam Thailand, barulah kami meneruskan perjalanan masuk ke pekan Sadao
untuk membeli sim card DTAC berharga THB150 bagi memudahkan penggunaan Waze, Whatsapp,
calling dan juga internet. Kami mengambil keputusan untuk singgah dan breakfast
di restoran Halal Dim Sum Zalina dalam perjalanan menuju ke hotel di pekan
Hatyai. Setibanya di situ kami membelek-belek list menu sebelum memesan makanan
dan minuman mengikut pilhan masing-masing.
Setelah menikmati makanan dim sum
yang agak enak sebagai berakfast hari itu di mana sesunggunya kami jarang makan menu dim sum
di negara kita kerana mungkin bukan termasuk di dalam menu favourite keluarga
kami agaknya, kami pun meneruskan perjalanan semula ke Hotel Grand Plaza Hatyai
beralamat di 24/1
Saneha Nusorn Rd, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
yang terletak sebelah Lee Gardens Street Market untuk early check in. Hotel
tersebut mempunyai kemudahan basement parking tetapi kena tinggalkan kunci
kereta kepada penjaganya kerana terdapat banyak kereta pengunjung hotel yang
bersesak keluar masuk. Kami telah menempah 2 bilik dengan harga RM120/room
semalam di Booking.com kerana Family Suit yang berharga RM 200/room telah pun penuh
di musim cuti sekolah tersebut. Setelah checkin lebih kurang jam 10.30am, kami
pun berehat dan tidur sementara menunggu waktu zohor untuk solat jamak sebelum
plan keluar explore pekan Hatyai.
Kami turun untuk ke shopping
kompleks berhampiran hotel iaitu Odean Central Plaza, Lee Garden Plaza dan beberapa
kompleks sekitarnya sebelum berunding dengan driver Tuk Tuk untuk carter khidmat
Tuk Tuk sehingga ke malam dengan permulaannya untuk pergi ke Floating Market
Khlongkae. Jangan risau tentang Tuk Tuk kerana terdapat banyak Tuk Tuk parking
di depan hotel yang sangat mudah untuk menuju ke spot-spot pilihan pelancong. Boleh
berunding untuk mendapatkan harga pakej untuk menggunkan khidmat Tuk Tuk ke
mana-mana destinasi spot pelancong dan restoran Halal sekitar Hatyai serendah
THB300 sehingga THB1000 mengikut pakej-pakej pilihan masing-masing.
Sesampainya di Floating Market Khlongkae tersebut masing-masing menghampiri perahu-perahu yang sedia berbaris menanti di gigi air sementara memesan makanan mengikut selera. Setelah itu kami duduk di salah sebuah pondok sambil menikmati pelbagai makanan yang telah dibeli tadi.
Setelah semua makanan dihabiskan
kami mula berjalan balik ke parking Tuk Tuk untuk bergerak ke Asean Night Market
Hatyai pula yang terletak di Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai,
Chang Wat Songkhla 90110, Thailand untuk
acara shopping. Sementara pasangan kawan kami tadi terpaksa berpatah balik ke
hotel untuk pergi semula ke Immigration Thailand kerana semasa di border tadi mereka
masuk tanpa melalui urusan kastam selepas kami menceritakan kisah-kisah kami di
border pagi tadi.
Sementara itu, kami sekeluarga
pula meneruskan sesi shopping di Asean Night Market di mana terdapat banyak
baju, seluar, beg, toys, kasut dan berbagai lagi pilihan yang mengujakan
anak-anak.
Kemudiannya, dari situ kami
berjalan menuju ke Central Festival Hatyai yang jaraknye sekitar 600m sahaja dari
Asean Night Bazar tersebut. Di situ terdapat kedai Payless dan Sport Wear di
mana Along shopping kasut dan baju sukannya manakala Mama dan Kakak Damia pula
shopping kasut Jelly Bunny di mana rata-rata outlet menawarkan potongan harga
dari 40% sehingga 70%. Kami juga berkunjung ke outlet Duty Free di tingkat
basement untuk membeli keropok Lays dan air minuman untuk dibawa balik ke bilik
hotel.
Sale sedang berlangsung.....
Setelah selesai shopping kami call driver Tuk Tuk untuk mengambil kami di depan Central Festival Hatyai dan menghantar kami ke depan lobby hotel. Setelah membayar pakej Tuk Tuk pada hari itu kami pun berlegar-legar di kawasan hotel tersebut sekitar Lee Garden Street Market sambil membeli makanan di stall terutamanya udang galah yang kelihatan kemerahan selepas digoreng panas-panas.
Seekor udang galah goreng
Day 2 - Shopping dan Jalan-Jalan
Di Hari Minggu di Hatyai
Pada pagi Ahad 25 November 2018, sekitar
jam 9.00am kami baru turun ke lobby hotel untuk mencari Tuk Tuk dan pergi breakfast
di warung nasi kerabu Chabura tetapi oleh kerana ramai pengunjung pada hari
minggu tersebut kami hanya sempat mengambil nasi kerabu kosong sahaja tanpa
lauk-pauk. Selepas breakfast kami menuju ke plaza Big Market Hatyai di mana
terdapat banyak gerai beg, baju, seluar dan sebagainya. Kami membeli beg Anello
saiz besar dengan harga THB950 dan beberapa pakaian ‘superhero’ seperti
superman, batman, spiderman, dinasour, transformer dan lain-lain lagi serta
untuk perempuan pula ‘hello kitty’, princess dan sebagainya kebanyakkannya design kesukaan kanak-kanak
belaka.
Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami
meninggalkan bazar tersebut menuju ke Restoran Al Rahman yang beralamat di Tambon Hat Yai, Amphoe Hat
Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Restoran ini berselebelahan
dengan kaunter bas Alisan Ekespress ke Malaysia dan bertententangan juga dengan
Restoran Halal Rocky Hatyai. Semasa kami tiba di kedai tersebut hanya ada
beberapa orang pelanggan sahaja lalu kami memesan makananan nasi putih, ikan
masak 3 rasa, tomyam dan beberapa menu yang lain. Tuan kedai tersebut memang
peramah dan suka berjenaka.
Setelah selesai makan tengahari,
kami meminta pemandu Tuk Tuk menghantar kami semula ke hotel untuk berehat dan
solat. Dia diminta datang semula untuk mengambil kami sekitar jam 4 petang
nanti. Kami sempat membeli udang yang baru digoreng dan juga pulut manga yang
lemak manis di depan Lee Gardens untuk dinikmati di bilik hotel nanti sambil
berehat.
Menjelang petang kami turun ke
lobby hotel untuk pergi ke Wine Village di mana terdapat kandang arnab,
kambing, kuda dan kolam ikan. Kanak-kanak berebut untuk memberi makan kepada
haiwan-haiwan tersebut sehinggakan ada yang tidak memperdulikan kerenah kanak-kanak
lagi akibat terlalu kekenyangan. Untungnya haiwan-haiwan tu…. Haha…
Setelah selesai berlegar-legar di
Wine Village, sekitar jam 5 lebih kami bergerak ke Floating Market Khlongkae
lagi untuk makan malam. Masing-masing membeli menu dari perahu-perahu tersebut
sementara menunggu pondok kosong. Setelah menikmati makanan masing-masing dan
bershopping ala kadar di gera-gerai sekitarnya kami menaiki semula Tuk Tuk
untuk pergi ke Greenway Night Market.
Greenway Night Market terletak di Tambon Hat Yai, Amphoe Hat
Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand tetapi kami hanya berlegar-legar
di gerai-gerai tersebut kerana di situ banyak dijual design baju dan seluar ala
hip hop seperti yang terdapat di Camden Market, London.
Khlongkae Floating Market night view
Makan di gerai sambil berborak
Setelah hampir jam 9.30 malam
kami menahan Tuk Tuk di depan jalan tersebut untuk kembali ke hotel dan
berehat sambil ada yang makan dan minum serta mencuba pakaian yang telah dibeli.
Day 3 – Jalan-Jalan Cari Makan – Lunch di Kai Tod Decha dan Dinner di Steamboat
Grill Hatyai serta mengunjungi kem Gajah di Chang Puak Camp, Hatyai
Pada pagi hari Isnin 26 November
2018 kami bangun awal dan menaiki Tuk Tuk menuju ke Restoran DimSum Chabura
yang terletak di Amphoe
Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Menu-menu di Dim Sum Chabura ni
lagi sedap dan enak jika dibandingkan dengan menu di Restoran hari pertama kami
makan ketika baru sampai ke Hatyai. Sebab tu lah pengunjung ke restoran ini
sangat ramai namun layanan servis memang cepat. Sebaik sampai di restoran
tersebut kami pun menyerbu masuk ke ruang dalam untuk menempah meja terlebih
dahulu. Selepas mendapatkan nombor meja barulah kami menuju ke kaunter di depan
restoran untuk mendaftarkan nombor meja dan terus mengambil dulang bagi
mengutip cawan-cawan dim sum yang tersedia disusun di atas meja panjang.
Pilihlah cawan-cawan mengikut selera masing-masing ye. Apabila anda rasa sudah
mengcukupi dan tidak lagi tamak, barulah anda hulurkan dulang yang berisi
cawan-cawan dim sum tersebut kepada pekerja kitchen untuk distimkan. Anda tak
perlu tunggu kerana hidangan anda akan dihantar oleh pekerja restoran ke meja
anda mengikut nombor yang didaftarkan tadi. Selamat menjamu selera…..
Menu DimSum Chabura
Pelanggan yang ramai duduk 'book' meja masing-masing
Pelanggan ambil tray dan nombor meja di kaunter sebelah kitchen
Menu Dim Sum yang boleh dipilih mengikut selera
Tray menu Dim Sum yang dipilih setelah didaftar di kaunter nombor meja
Searh tray dan nombor meja kepada pekerja kitchen
Kitchen yang luas untuk stim dim sum
Dim sum akan dihantar ke meja oleh pekerja restoran
Side menu DimSum Chabura
Pelanggan yang ramai duduk 'book' meja masing-masing
Pelanggan ambil tray dan nombor meja di kaunter sebelah kitchen
Menu Dim Sum yang boleh dipilih mengikut selera
Tray menu Dim Sum yang dipilih setelah didaftar di kaunter nombor meja
Searh tray dan nombor meja kepada pekerja kitchen
Kitchen yang luas untuk stim dim sum
Dim sum akan dihantar ke meja oleh pekerja restoran
Side menu DimSum Chabura
Setelah siap breakfast kami
mengarahkan Tuk Tuk untuk ke pasar Sintisuk Hatyai Market yang tak jauh dari
hotel kami. Di sini kami membeli kekacang dan buah-buahan sebelum balik semula
ke hotel untuk berehat dan solat.
Menjelang pukul 1 tengahari kami
pun bertolak ke Restoran Kai Tod Decha yang untuk lunch di mana menu
istimewanya adalah nasi goreng ayam yang sangat sedap. Selepas menikmati
hidangan yang sangat sedap terutama nasi goring ayam, ikan 3 rasa dan beberapa
menu yang rata-ratanya memang sedap, kami pun menruskan perjalanan menuju ke
Chang Puak Camp yang terletak di Tambon Nam Noi, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110,
Thailand untuk menonton aksi gajah.
Setelah berlegar-legar di camp
tersebut sambil memerhati kerenah gajah-gajah yang diberi makan dan ada juga pengunjung
yang menaiki gajah serta ada yang mencuba bermain game-game yang disediakan di
camp tersebut, kami pun menaiki Tuk Tuk semula untuk menuju ke Khlogkhae
Seafood Grill Halal Buffet yang mengambil masa hampur 30 minit dari camp
tersebut.
Aakif sedang memberi anak gajah makan
Anak gajah sudah kenyang
Aakif memberi gajah besar makan
Gajah mengambil pisang dengan belalai
Aakif dan ATV bergaya lasak
Kami sampai di restoran tersebut
pada jam 5 petang dan masih banyak meja yang kosong. Jangan terburu-buru kerana
terdapat banyak tempat duduk di dalam kawasan restoran yang sangat besar
ruangnya. Bayarannya adalah mengikut kepala dengan dewasa THB300 dan kanak-kanak
THB100 sahaja.
Medan ikan bakar
Meja dipenuhi hidupan laut yang fresh
Pilihlah ikut selera anda...!
Memang best dan leka jika membakar ketam
Kepah dan udang fresh senang dibakar
Pilihan pelbagai jenis salad
Nasi goreng, mee goreng dan lain-lain
Sos pedas dan manis.....
Set grill arang di atas meja
Pelanggan di Restoran Khlonghae Seafood Grill Halal Buffet
Setelah menjamu selera dengan tahap
kekenyangan yang melampau, kami kembali ke hotel untuk berehat dan ada yang
masih bertenaga untuk turun berjalan-jalan di sekitar hotel.
Day 4 –Persiapan
untuk memandu balik dari Hatyai ke Kuala Lumpur
Pada pagi hari Sealasa 27
November 2018 adalah merupakan hari terakhir kami di pekan Hatyai dan kami
bersiap-siap dan mengemas backpack masing-masing yang sarat dengan
barang-barabg shopping dan juga timbunan pakaian yang dibawa. Kami turun
breakfast dekat hotel di Restoran Salma yang terletak hanya 300m dari hotel
tersebut.
Selesai breakfast kami
menggunakan masa-masa terakhir untuk shopping buah-buahan seperti mangga, mata
kucing dan sebagainya serta pulut manga lemak manis sebagai buah tangan untuk
dibawa balik ke Kuala Lumpur. Lebih kurang jam 10 pagi kami mengambil kunci
kereta dari pekerja hotel dan memuatkan semua bagasi ke dalam kereta. Kami
balik dengan sebuah kereta kerana kereta kawan kami tidak dibenarkan masuk ke
Thai kerana masalah pendaftaran kastam Thailand katanya. Sebenarnya, setelah
mereka pergi ke border Thai-Malaysia, mereka terpaksa keluar dan parking kereta
di border dan masuk semula ke Thai tanpa kereta tempohari, terpaksalah mereka
menggunakan kereta sewa dari Sadao ke Hatyai dan telah sampai sekitar jam 10
malam. Tips – kepada pengunjung yang membawa masuk kereta ke Thai silalah
pastikan anda mengisi form Custom Declaration dan disahkan oleh pejabat kastam
semasa masuk dan keluar di border Thai ye.
Setelah sampai di border
Thai-Malaysia kami drop mereka di parking depan tandas hadapan bangunan
immigration kerana mereka harus berbaris melalui kaunter immigration di dalam bangunan
tersebut manakala kami terus memandu ke laluan kereta dan berhenti di kaunter
immigration di mana pemandu dan juga penumpang kesemuanya kena turun untuk
urusan passport secara bergilir. Setelah itu kami melalui laluan kereta di
kaunter kastam pula dan di sini hanya owner kereta sahaja yang perlu turun
untuk menyerahkan form Kastam Declaration dan urusan keluar kereta.
Setelah melepasi immigration dan
kastam Thai kami menunggu mereka di parking dekat batu border dan selepas
mengambil mereka kami pun meneruskan perjalanan dan berhenti di parking border
untuk mereka mengambil dan mengisi bagasi ke dalam kereta. Kami meneruskan
perjalanan untuk menghampiri kaunter immigration, kastam dan pemeriksaan
keselamatan di border Malaysia untuk urusan masuk ke BKH. Kami melepasi
pemeriksaan tersebut dengan cepat kerana tidak banyak bas dan kereta di hari
biasa mungkin akan mengambil masa lama sekiranya di waktu peretengahan cuti
sekolah atau cuti umum nanti.
Kami memandu sehingga ke R&R
Gurun dan berhenti untuk lunch dan solat sebelum meneruskan perjalanan menuju
ke KL dengan perjalanan yang sangat lancar membolehkan kami sampai pada jam
6.30 petang.
Begitulah kisah trip perjalanan
santai family dan anak-anak di awal cuti sekolah 2018. Sekali lagi kami ingin
menegaskan sesungguhnya masa bersama keluarga amat bermakna dan menjadi
kenangan indah sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, amat berbaloi untuk meluangkanlah
masa yang sesuai dan bawalah keluarga bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami
di zoomdglobe ke destinasi seterusnya. Jom….!!