Monday, 21 January 2019

Family Trip ke Melaka - Menyusuri Sg Melaka River Cruise, Jalan-Jalan Jonker Walk dan Makan Asam Pedas Kak Su, kuih keria, coconut shake Klebang serta seafood ikan bakar


Day 1 – Perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Kisah ini adalah memori family trip jalan-jalan ke Melaka untuk naik River Cruise dan bershopping di Jonker Walk bersempena cuti sekolah penggal akhir 2017. Kami memang meminati destinasi percutian ke Melaka kerana terdapat pelbagai aktiviti family yang boleh dilakukan di negeri tersebut. Alhamdulilah, kali ini kami akan menyusuri Sg Melaka dan jalan-jalan di Jonker Walk. Kisah ini kami badaikan berdasarkan gambar-gambar yang dirakamkan namun mengambil masa yang agak lama dek kerana kesibukan. Jom layan kisah kami di Melaka ye…...
    
Pada pagi Jumaat tanggal 30 Disember 2017 kami sekeluarga bertolak menuju ke Melaka menggunakan Lebuhraya PLUS. Mengikut perkiraan masa Waze perjalanan akan mengambil masa sekitar 1 1/2 jam mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana berlaku pertambahan akibat musim cuti sekolah penggal akhir 2017 ini. Seperti biasalahlah pesanan kami agar berhentilah minum kopi O di mana-mana hentian R&R untuk mengelakkan rasa mengantuk dan mengembalikan kesegaran untuk meneruskan pemanduan ke destinasi masing-masing. Penginapan kami pula telah ditempah di Booking.com yang mepunyai banyak rangkaian hotel seluruh dunia dan sangat mudah pula .

Sekitar jam 9.00am kami telah pun sampai ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung Melaka di alamat Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka yang terletak berdekatan dengan Dataran Pahlawan. Oleh kerana masih pagi lagi masakan asam pedasnya belum siap dan kami hanya memesan nasi lemak ayam goreng sahaja.

Menu dimakan bersama nasi lemak & ayam goreng

Hotel murah di sebelah restoran

Selepas breakfast, kami memandu mendekati Jonker Walk dan mencari kawasan parking kereta di celah-celah Jalan Kota Laksamana yang semakin sesak dan sempit setelah kelihatan berduyun-duyun orang ramai berjalan pergi dan balik. Di Jonker Walk kami berjalan ke kedai Mamee yang terletak di 46 & 48, Jalan Hang Jebat, Melaka, 75200 Melaka dan shopping snek serta produk Mamee sambil melawat muzium di dalam bangunan tersebut. Terdapat juga bahagian dapur dan kelas masakan di mana pengunjung kanak-kanak diberikan sesi khas penerangan dan promosi mengenai produk keluaran Mamee dengan lebih detail.

 Mamee Monster yang setia menunggu pengunjung

 Kitar proses produk di kilang Mamee


Mamee Cafe

 Signboard arah dalam Kedai Mamee

 Workshop di 1F 

 Pengunjung boleh melihat Workshop dari luar tingkap kaca 

 Sudut menunggu di Kedai Mamee

 Berehat bersama Mr Potaeto

 Pek promosi produk-produk Mamee 
   
Selepas itu kami masuk café kopi pure untuk mencuba kopi-kopi yang terdapat di situ. Kedai kopi tersebut agak sempit tetapi unik dengan pameran barang-barang dapur lama yang klasik dan terjaga rapi.

Macam-macam kopi yang telah dipesan


Santai di meja kedai kopi

 Kedai kopi yang dihiasi periuk belanga klasik

Menjelang tengahari, kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Plaza Dataran Pahlawan Megamall yang terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir sementara menunggu check in hotel bermula jam 2.00pm nanti tetapi kami berhasrat untuk checkin lewat sekitar jam 4.00pm nanti. Sekitar jam 1.00 tengahari kelihatan kaum lelaki mula meninggalkan pejabat dan shopping kompleks untuk menuju ke Mesjid Kampung Keling yang terletak di Jln Hang Lekiu.

 Sejerah Mesjid Kampung Kling dekat Jonker Walk

Solat Jumaat di Mesjid Kampung Kling

Setelah selesai solat jumaat, kami bertemu di roundabout Bandar Hilir depan Muzium Sejarah dan Melaka Clock Tower untuk berjalan-jalan sekitar Jonker Walk di sebelah Hard Rock Café ke arah A Famosa. Kelihatan banyak beca-beca cantik dihiasi pelbagai corak berwarna-warni meluncur laju membawa penumpang ke sana ke mari mengelilingi lalauannya di sekitar Bandar Melaka.

 Berehat sebentar setelah kepenatan berjalan di Jonker Walk

Sungai Melaka sekitar Jonker Walk

Selepas itu, kami menuju ke Bangunan The Shore Shopping Galery yang terletak di Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Malacca berhampiran jeti Cruise Sg Melaka. Di bangunan tersebut kami menaiki escalator menuju ke Muzium 3D Interactive yang mempunyai watak-watak superhero seperti Jedi Star Wars, Spiderman, Batman dan lain-lain lagi. Anak-anak terpesona masuk ke muzium tersebut kerana boleh meniru aksi-aksi superhero sambil bergambar.   


Ruang lepak di pintu masuk Muzium 3D Interactive

Spiderman memanjat dinding

Meniru aksi spiderman 

 Diapit oleh bodyguard dari angkasa

 Pak cik Mario

Geng minion 

Setelah puas berlegar di dalam muzium tersebut, kami pun menuju ke Hotel M2 Boutique yang terletak di No 17, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, 75000 Melaka untuk checkin sekitar pukul 4.00pm dan masuk ke bilik untuk berehat berehat dan mandi manda. Kami mengambil keputusan untuk keluar makan di restoran yang berdekatan dengan hotel sahaja untuk menjimatkan masa dan dapat meneruskan aktiviti menyusuri sungai Melaka pada waktu malam nanti. Kami menuju ke Restoran LeQue yang terletak dengan Shopping Kompleks Aeon Melaka lalu memesan makanan mengikut pilihan menu masing-masing.

 Hotel M2 Boutique, Melaka

 Kaunter Hotel M2 Boutique

Ruang lepak di Hotel M2 Boutique 

 Minuman yang dijual di hotel 

 Snek dan biskut

 Kemudahan microwave dan air panas disediakan

 Nombor bilik yang sangat unik

 Laluan yang selesa dan bersih ke bilik

 Bantal dan tilam yang empuk

Katil 2 tingkat yang disukai kanak-kanak


Hotel-hotel pilihan di Melaka;-
i)  Rama-Rama Designaner yang terletak di No 15 Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, Melaka                Tengah, 75400 Melaka
ii) Atlantics Residence Melaka yang beralamat di A-11-09, 75300 Melaka, Malaysia 

Setelah selesai makan kami naik semula ke hotel sementara menunggu waktu untuk menaiki Cruise Sg Melaka pula sekitar jam 9.00 malam. Apabila kami sampai di jeti Melaka Cruise River di sebelah The Shore Shopping Gallery sahaja, sudah terdapat beberapa family yang duduk di kerusi menanti bot manakala di didalam sungai telah kelihatan bot-bot membawa penumpang masing-masing berselisih laju sehinggakan membuat air sungai berkocak dan berombak kecil sehinggakan terbuai-buai bot yang tersadai di tepi jeti tersebut.

Mengambil tempat free seat dalam bot 

Melihat lampu-lampu warna-warrni di tepi sungai 

Pengunjung asyik menikmati keindahan Sg Melaka 

Cruise Sg Melaka 

Jeti bot mengambil dan menurunkan penumpang

Setelah menaiki bot tersebut masing-masing mengambil tempat duduk dan bersedia untuk menyaksiakan panorama di sepanjang Sungai Melaka. Dari dalam bot kelihatan view penempatan yang disusuli dengan lampu yang terang benderang serta warna-warni bangunan yang menceriakan lagi malam yang samar-samar bila melalui kawasan yang tidak berlampu. Angin malam bertiup ditambah lagi dengan kelajuan bot sehinggakan kadang-kadang terpecik air membasahi lantai bot dan tempiasnya hingga ke muka pengunjung.  
  
Bangunan plaza di tepi Sg Melaka 

Trek monorel sejajar dengan Sg Melaka 

Promosi karnival Sg Melaka 

View bangunan tinggi dari cruise 

Jambatan ala Raito Bridge, Venice...

 Medan selera di tepi Sg Melaka

Jambatan Pasar yang merentasi Sg Melaka

Panorama malam yang sangat cantik

Bangunan lama yang dilukis mural di dinding 

Cafe di tepi Sg Melaka 

Dinding-dinding bangunan dilukis pelbagai cork mural 

Lampu-lampu yang menerangi Sg Melaka 

Biasan warna-warni lampu di permukaan air Sg melaka 

View night cruise menyusuri Sg Melaka 


HRC Melaka

Sungai Melaka

Berjalan ambil angin malam di tepian Sungai Melaka

Cahaya terang benderang dari jambatan

Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Menyusuri sungai Melaka

Setelah hampir 2 jam menyusuri sungai Melaka dengan bot kami dibawa kembali ke jeti tadi dan terus balik ke hotel semula ke hotel untuk berehat dan tidur.

Day 2 - Jalan-jalan sekitar Melaka  

Pada pagi Sabtu tersebut kami keluar agak lewat kerana mengambil kesempatan bercuti untuk berada di bilik hotel sehinggakan breakfast pun kami hanya tapau dari foodcourt yang terletak di Jalan Tun Ali 4, Kampung Bunga Paya Pantai, 75300 Melaka dan berdekatan dengan dermaga jeti cruise Sungai Melaka sahaja. Kami hanya makan roti canai dan nasi lemak pada pagi itu.

Sekitar jam 10.00 pagi kami keluar menuju ke arah highway PLUS dengan berpandukan Waze menghala ke arah selatan untuk mencuba nasi Restoran Nasi Kambing 40 hari di Yong Peng Johor yang memekana masa 1 jam 45 minit dengan jarak pemanduan 135km dari Melaka. Pada jam menghampiri 12 tengahari, kami pun sampai di restoran tersebut dan kelihatan ramai pengunjung yang parking kereta dan menyerbu restoran tersebut. Kami pun turut beratur untuk memesan makanan walaupun dalam keadaan yang kelam kabut sehinggakan pekerja di situ pun nampak macam stress dan muka ketat sahaja. Justeru itu, kami berpendapat lebih berbaloi untuk pergi ke Restoran Bamboo Sg Kelah yang lebih mesra pelanggan. Hahaha....

Hidangan set menu nasi kari kambing 40 hari

Selepas menjamu selera kami pun berpatah balik ke highway PLUS menuju ke Melaka untuk menikmati kuih keria yang ditapau dan juga the famous Coconut Shake di Klebang. Kami lepak santai di restoran Klebang Coconut Shake dengan menu nasi lemak sambil melihat gelagat para pengunjung yang snagat ramai di hujung minggu.

Gerai kuih keria 

 The Famoue oconut Shake Klebang 

Nasi lemak dan kuih muih 

Ais krim tembikai 

Menjelang petang kami balik ke hotel untuk solat dan berehat sementara menunggu dinner sudah tentu menu seafood menjadi pilihan ramai sekiranya bertandang ke Melaka. Kami memilih Restoran  Medan Ikan Bakar di Pernu untuk menjamu selera pada malam itu.

 Gerai-gerai di hadapan laluan masuk ke restoran medan ikan bakar

Menu seafood

Dinner ikan bakar


Day 3 - Tapau asam pedas Kak Su bekalan balik ke KL

Pada pagi minggu Ahad 31 Disember 2018, kami bangun lewat juga sambil berehat di hotel. Kami  breakfast tapau menu nasi lemak yang dibeli di gerai sekitar bandar Melaka sahaja.

Sekitar jam 10.00am kami checkout hotel dan menuju ke arah Restoran Asam Pedas Kak Su yang menjadi pot penting kami sekiranya ke Melaka untuk makan tengahari malah tidak ketinggalan untuk tapau asam pedas dan dibawa balik sebagai ole-ole ke KL nanti. Restoran Kak Su juga ada menyediakan ayam panggang pasu yang enak dan sangat sedap sekiranya dimakan dengan menu asam pedasnya. Selepas makan tengahari, kami membeli ais krim durian yang sangat sedap dimakan ketika cuaca panas. Memang recommended asam pedas, ayam panggang pasu dan ais krim durian... terbaik.   


 Restoran Asam Pedas Kak Su 



 Ramai pengunjung ke Restoran Asam Pedas Kak Su 



 Beratur memesan air krim durian.... 



 Cubalah ais krim durian... ada hanya ketika bermusim...  



 Ais krim durian.... 



Ayam Pasu Kak Su



Setelah menjamu selerra kami menuju ke Freeport A Famosa Premium Outlet yang terletak di alamat Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Malacca. Terdapat pelbagai outlet seperti di Johor Premium Outlet, Mitsui Premium Outlet dan juga Genting Premium Outlet yang pernah kami singgah sebelum ini. Kanak-kanak sangat teruja dan riang kelihatan bermain di playground dan sudut-sudut permainan yang disediakan sementara pengunjung juga boleh merakamkan gambar detik-detik berkunjung di teppi kolam, kincir angin Belanda dan sebagainya.    

 Freeport A Famosa Premium Outlet



Kak Damia dan baby Aakif gembira 



Baby Aakif repeat naik kuda... 
 View air pancutan dan kincir air

 Kakak Damia terkenang Kampung Zaanse Schans

Pelantar kincir air yang menjadi tumpuan pengunjung 

 View yang damai seolah berada di Amsterdam

Bunga tulip putih seperti di Keukenhof... haha....  




Begitulah kisah trip perjalanan santai family dan anak-anak ke Melaka sempena cuti sekol;ah penggal akhir  2017. Sesungguhnya benar sekali pandangan kami terhadap masa yang diperuntukkan bersama keluarga amatlah bermakna dan pastinya menjadi kenangan indah sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, jangan teragak-agak ye untuk luangkanlah masa yang sesuai dan bawalah keluarga anda bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di zoomdglobe ke destinasi seterusnya. Jom….!