Hari 1 – Trip to Ipoh
Pada hari Khamis 16 Julai 2020, sekitar jam 3pm kami bertolak ke Ipoh atas urusan kerja sambil berjalan-jalan cari makan di bandaraya berkenaan. Sebelum bertolak ke Pulau Pinang, kami singgah di Kedai Serbaneka 7-Eleven untuk membeli roti, air, gula-gula dan jajan sebagai bekalan untuk melapik perut dan juga menghilangkan mengantuk dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sekitar 3 jam mengikut masa yang diberikan oleh waze. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandaraya Ipoh berjalan lancar kerana tidak banyak kenderaan menggunakan lebuhraya memandangkan bukan hari cuti umum lagi pun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun bulan Disember 2020; jadi sebarang mesyuarat, kerja lawatan tapak dan perhimpunan secara besar-besaran dikurangkan serta tidak digalakkan oleh Kerajaan namun sekiranya perlu diadakan haruslah mengikuti Prosedur Operasi Standard / Standard Operation Procedure(SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Gambar – hotel (Rating – 8.7/10)
Setelah memandu hampir selama lebih kurang 3 jam kami pun sampai ke Tol Simpang Pulai untuk keluar dan terus menuju ke Station 18, Ipoh kerana Hotel M Boutique terletak di 15-23, Jalan Pengkalan Barat 35, Taman Pengkalan Jaya, Station 18, 31650 Ipoh, Perak. Jalan dari Simpang Pulai ke Station 18 adalah merupakan jalan yang sempit dan berliku-liku melalui kawasan kampung dan lading-ladang kelapa sawit jadi perlulah memandu dengan berhati-hati terutamanya jika mengikut belakang lori atau treler. Jika betul-betul dipastikan selamat barulah boleh memecut untuk memotong kenderaan lain atau pun lori treler dan sebagainya. Lagipn keadaan jalan yang sempit dan sederhana tahap penyelenggaraannya kerana ada lokasi di mana jalan sedang diperbaiki dan diluaskan.
Hiasan di lobby hotel
Perjalanan dari Simpang Pulai ke Station 18 mengambil masa sekitar 20 minit dan apabila sampai di Kawasan tersebut kami terus mencari parking berhampiran hotel. Kawasan tersebut telah dibangunkan Shopping Complex Aeon dan Tesco manakala 20 tahun dahulunya hanya ada sebuah shopping kompleks di Bangunan Pengkalan Emas Mall, di simpang Station 18 tersebut. Hotel terletak betul-betul di sebelah Aeon dan boleh pergi hanya dengan berjalan kaki sahaja. Setelah mendaftar dan check-in, kami membawa beg pakaian masing-masing lalu menaiki lif menuju ke tingkat 2. Hotel tersebut sangat unik kerana jika dilihat dari luar ianya dipenuhi dengan tingkap-tingkap dan dinding-dinding kayu rumah lama. Manakala di dalam bangunan tersebut pula terdapat banyak hiasan dan lampu-lampu yang berbagai dengan corak design berkonsepkan zen moden. Terdapat banyak sofa dan kerusi untuk para tetamu lepak dan berehat. Hotel M Boutique Station 18 kami booking di Booking.com berharga RM288 sahaja untuk 3 hari 2 malam.
Setelah membuka pintu bilik
hotel, kami amat terpegun dengan hiasan bilik tersebut lengkap dengan sofa,
peti ais dan TV serta terdapat peralatan elektrik yang lain dan juga disediakan
banyak socket elektrik di mana mudah bagi kami yang perlu menggunakan notebook masing-masing
untuk bekerja.
Setelah berehat dan solat jamak, kami keluar ke lobby hotel dan berjalan kaki menuju Aeon Station 18 untuk tapau makanan dan juga kopi Starbuck untuk dibawa balik ke bilik hotel. Setelah sampai di Aeon kami scan MySejahtera dan membuat pesanan kopi di kaunter Starbuck dan juga tapau makanan dan juga membeli roti dan air di salah sebuah kedai di situ. Malam itu kami berehat sambil menonton TV dan makan makanan yang ditapau di bilik hotel.
Hari 2 – Jalan-Jalan Streets Arts, Ipoh
Pada pagi Jumaat 17 Ogos 2020, kami
mengambil keputusan untuk breakfast roti dan air yang dibeli semalam di kedai serbaneka kerana
plan untuk makan tengahari di Greentown, Ipoh. Setelah selesai urusan kerja
pagi itu, kami keluar menuju ke Greentown dan singgah di Restoran Greentown Dimsum
Cafe yang terletak di 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak
lalu memandu masuk ke tingkat bawah basement parking di bangunan tersebut. Setelah scan Mysejahtera,
kami duduk di slah sebuah meja di luar restoran tersebut sambil menunggu meja
di dalam kedai tersebut dikemaskan oleh pekerjanya. Setelah siap kami masuk dan
memesan menu Dim Sum dan juga air.
Bermacam-macam menu terpampang gambar hidangan makanan yang besar di dinding restoran tersebut atau pelanggan boleh merujuk senarai menu dan pasti akan terliur dan teringin untuk mencuba kesemunya oleh penggemar Dim Sum apatah lagi
pengunjung yang baru pertama kali sampai ke restoran tersebut. Memang terasa sedap apabila menyuapkan hidangan masing-masing yang masih panas-panas dan sangat menyelerakan.
Sekitar jam 4pm kami menuju ke Lorong
Panglima (Concubine Lane) yang famous dengan Street Arts dan juga terdapat
banyak spot street foods yang sangat terkenal dan viral. Kami berjalan kaki
menuju ke Rumah Terbalik atau 'Ipoh Upside Down World' yang terletak di 55, Jalan Tun
Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak. Apabila melangkah masuk di kaunternya pun sudah ada perkara-perkara anih yang kelihatan kerana kesemua barang di situ kebanyakannya sudah diterbalikkan 180 darjah. Terdapat bermacam-macam ruang di setiap tingkat dari bawah hingga ke tingkat 4, memang best dapat melayan anak-anak yang kelihatan gembira dengan aksi dan gaya seperti yang diarahkan oleh pekerja di situ sambil mereka mengambil gambar dari handpone milik pengunjung. Terima kasih dik kerana membuat kami gembira seisi keluarga.....
Setelah itu kami berpatah balik
menuju Kafe Harry Potter atau Platf9rm Coffee & Brew CafĂ© – Ipoh yang terletak
di 22, Lorong Panglima (Concubine Lane), 30000 Ipoh, Perak. Di sepanjang Lorong
Panglima (Concubine Lane) tersebut terdapat banyak kedai dan warung yang
menjual makanan dan minuman serta pakaian mengikut fashion muda-mudi zaman
sekarang. Boleh mencuba makanan dan minuman yang ada dijual di sepanjang lorong
tersebut terutamanya kepada pengunjung yang baru kali pertama sampai ke Ipoh. Walaupun terpaksa berjalan kaki namun anak-anak tidak merungut kerana terdapat banyak barang-barang yang asyik ditinjau sepanjang melalui lorong tersebut. Rabun mata jugalah sehingga tidak dapat memilih barangan yang kesemuanya mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri. Silalah berkunjung ke Lorong Panglima (Concubine Lane) untuk merasai keasyikan berjalan kaki sambil meninjau-ninjau keunikan barang jaualan dan juga panorama di sekitar kawasan tersebut.
Kami juga melalui Kafe Plan B, Ipoh yang terletak di 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak. Kafe tersebut terletak hanya beberapa meter dari Lorong Panglima (Concubine Lane) dan merupakan bangunan lama yang dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang rendang dan bercabang memberi suasana yang redup dan menjadi pilihan para pengunjung untuk bergambar. Kelihatan terdapat sekumpulan fotoghraper yang sedang membuat shooting gambar pengantin di kawasan sekitar kafe tersebut.
Setelah itu, kami menuju ke Restoran
Saranghae Ipoh Silibin yang terletak di 61, Laluan Jelapang Selatan, Taman Keledang
Jaya, 30100 Ipoh, Perak dengan berpandukan waze. Pada mulanya kami sampai ke
lokasi di Kampung Dato Ahmad Said, Majoi dan apabila bertanyakan salah seorang
penduduk di situ dia memberitahu restoran tersebut dahulunya memang di situ
tetapi telah berpindah ke Silibin. Restoran ini terkenal dengan menu laksa
sarang burung dan juga beberapa jenis laksa yang boleh dicuba seperti di dalam
menu. Penggemar laksa sudah semestinya perlu singgah di restoran ini untuk menikmati sendiri kesedapan menu laksa mengikut pilihan dan selera masing-masing. memang recommended dan singgahlah ye di Restoran Laksa Sarangahe, Ipoh Silibin (Rating - 4.8/5.0).......
Setelah perut penuh dan kekenyangan akibat makan laksa, menghirup kuahnya yang pekat dengan telur sarang yang amat lazat dan enak, kami pun bertolak
balik ke hotel untuk berehat sambil berkemas kerna perlu bertolak balik ke KL semula esok.
Hari 3 – Singgah Melawat Bangunan
Bersejarah Kellie’s Castle dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur
Pada pagi Sabtu 18 Ogos 2020, kami
mengambil keputusan untuk breakfast di Restoran Mee Kari Daud Mat Jasak yang
terletak di G2, Jalan Datoh, 31650 Ipoh, Perak. Kedai tersebut terletak di
foodcourt menuju ke Masjid Negeri Perak yang mengambil masa dalam 20 minit dari
Station 18. Terdapat ramai pengunjung ketika kami scan Mysejahtera dan ada meja
yang masih kosong dan dibenarkan untuk kami duduki oleh pekerejanya. Setelah
itu kami beratur untuk membuat pesanan dan membayar menu yang dipilih mengikut
selera masing-masing.
Mee Kari Daud Mohd Jasak (Rating - 4.2/5.)
Kami juga berpeluang untuk singgah di Kedai Buku Excess Book dan Muzium Yasmin @ KongHeng yang terletak di 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak merupakan dahulunya adalah bangunan bank sebelum ditukarkan menjadi kedai buku 2 tingkat. Setelah berlegar-legar sambil meninjau-ninjau buku-buku yang menjadi pilihan dan dibeli kami tak terasa masa berlalu begitu cepat dan tidak terasa pula kerana mungkin hiasan dan design di dalam kedai terebut yang menzahirkan mood untuk membaca dan juga suasana santai di dalam setiap ruangnya.
Signboard di luar Kedai Book Xcess
Hiasan dalaman kedai yang banyak ruang santai dan leka zoom buku-buku di raknya
Buku-buku dan permainan jadi pilihan.....
Setelah puas makan mee kari dan bersantai memilih buku-buku di Book Xcess, kami pun kembali semula
ke hotel untuk berehat seketika sementara ada yang ingin menggunakan tandas
sebelum check out setelah kekenyangan breakfast tadi. Setelah semuanya bersiap dan berkemas, kami membawa beg masing-masing dan check out lalu memandu meninggalkan hotel terebut untuk singgah makan tengahari di Restorab
Tasik Raban yang terletak di No. 92, Medan Station 19/2, Station 18, Taman
Pengkalan Jaya, 31450 Ipoh, Perak hanya bersebelahan Tesco Station 18 sahaja.
Dahulunya kami pernah makan di restoran ini di tepi Tasik Raban, Kuala Kangsar
di mana singgah untuk makan tengahari terutamanya musim cut perayaan sama ada dalam
perjalanan balik dari Kota Bharu ke Taiping dan sebaliknya. Terdapat banyak
lauk-pauk terhidang di dalam restoran yang berkonsepkan layan diri. Kami juga
sempat membeli buah-buahan yang dijual di atas sebuah lori di sebelah restotan
tersebut.
Menu layan diri di Restoran Tasik Raban (Rating - 4.6/5.0)
Setelah siap menjamu selera di
restoran itu, kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur menggunakan
laluan yang berbeza iaitu menuju ke Jalan Gopeng, Batu Gajah dan membelok ke arah
Kellie’s Castle yang memgambil masa selama 20 minit dari Station 18. Kami
sampai di tempat meletak kereta dan membeli tiket untuk masuk ke Kellie’s
Castle tersebut. Kelihatan ramai pengunjung yang telah sampai berulang alik ada
yang baru tiba dan masuk dan ada juga yang kelihatan keletihan baru turun dari
Kellies’s Castle tersebut. Kellie’s Castle terletak di atas bukit merupakan
bangunan istana lama bertingkat yang perlu menaiki anak tangga sehingga ke Menara
atau bumbung tertinggi. Menurut kisah daripada maklumat yang ditulis dan dipaparkan di dinding istana
tersebut, terdapat banyak bilik di istana dan ada lorong-lorong rahsia berbentuk
tangga yang sempit di mana boleh juga digunakan oleh pengunjung. Setelah memasuki bilik utama,
kami mencuba tangga rahsia yang sempit itu menuruninya sehingga ke bahagian
belakang istana tersebut. Teringat kami tangga kecil di Menara Condong Pisa di
Italy, boleh ikuti kisah kami menaiki dan menuruni anak tangga yang sempit melalui kisah blog Trip ke Europe - Italy di Pisa,Italy.
Setelah hampir 2 jam berlegar-legar
di bangunan Kellie’s Castle sehingga memanjat sampai ke puncak menara tertinggi, kami pun berpatah balik dan turun semula lalu singgah ke kawasan Food Court dekat parking untuk membeli air kerana kehausan sambil berehat seketika bagi melepaskan lelah setelah giat memanjat dan menuruni anak-anak tangga di istana tersebut.
Dalam perjalanan balik ke Kuala
Lumpur, kami terlihat terdapat Restoran Tasik Raban di tepi highway PLUS berdekatan
Kawasan Tol Gopeng. Kami juga melintasi beberapa gerai durian di sepanjang jalan yang akhirnya kami pun membuat keputusan untuk berhenti di salah sebuah gerai sekiramya ternampak lagi gerai menjual durian di dalam perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur. Kami pun berhenti di salah sebuah gerai menjual durian di
Gopeng untuk makan durian kampung.
Setelah siap makan durian kampung di Gopeng, kami meneruskan perjalanan dan masuk semula ke lebuhraya PLUS menuju ke Kuala Lumpur, di mana setelah menempuhi perjalanan hampir 3 jam kami telah selamat sampai ke rumah. Syukur Alhamdulillah....... Begitulah kisah kami trip makan-makan di gerai street food, restoran dan juga zoom streets arts di Lorong Panglima (Concubine Lane), Bandaraya Ipoh serta mengunjungi Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak yang bersama family yang merupakan detik dan kenangan sangat best dan pasti menjadi suatu kenangan bersama yang tak akan dilupakan. Kami berharap agar diberi peluang
untuk bersama-sama lagi menghabiskan masa percutian seisi keluarga dan berdoa
agar diberi kesihatan yang berpanjangan di musim PKPP. Kami berharap akan menempuhi
perjalanan ke negara-negara lain pula setelah Covid19 lenyap di mukabumi setelah
pintu sempadan dibuka di trip di tahun-tahun mendatang tapi tidak pasti lagi
bila masanya keadaan kesihatan dan keselamatan Kembali seperti dahulu. Amin3x.
Jom berdoa dan bertabahlah.……
|