Hari 1 – Trip KL ke Cherating
Pada hari Sabtu 23 Oktober
2021, kami bertolak menuju ke Cherating dengan perasaan yang sungguh gembira
setelah sekian lama berada spertinya terkurung di dalam rumah sepanjang tempoh PKPD selama lebih
kurang 6 bulan bermula dari bulan Mac hingga September 2021 dan kenganan yang pastinya diingati adalah terpaksa beraya
di rumah masing-masing. Trip kali ini Along tidak dapat ikut serta kerana telah
mendaftar masuk ke Kampus UiTM Dengkil pada pertengahan September 2021. Sebelum
bertolak ke Cherating, kami singgah di Petronas R&R Highway Karak untuk
membeli roti dan air sebagai bekalan dalam perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur
ke Cherating akan mengambil masa sekitar 3 ½ jam lebih mengikut masa yang diberikan
oleh Waze. Keadaan jalan adalah lancar dan tidak banyak kereta di lebuhraya
memandangkan ramai yang telah rentas negeri di awal bulan September apabila
dibenarkan oleh Kerajaan memandangkan golongan dewasa telah mencapai 90%
divaksin. Namun SOP dan kawalan penjarakan sosial masih dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memastikan
orang ramai mematuhinya terutama mengamalkan cuci tangan, mengelak tempat sesak
dan penjarakan sosial sejauh 1 meter.
Suasana perjalanan di highway ke Cherating
Setelah menempuhi perjalanan hampir selama lebih kurang hampir 3 jam kami sampai ke Kuantan iaitu melalui Lebuhraya Karak dan LPT Fasa 1 lalu keluar di Tol Kuantan dan mengukut Waze menuju ke Restoran Akub Ikan Patin 2 yang terletak di 36, Jalan Kuantan Sungai Lembing, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Jam menunjukkan pukul 11.00am dan kami merupakan pelanggan pertama yang masuk ke restoran tersebut lalu memilih hidangan-hidangan menu yang masih panas dan berasap lagi kerana baru sahaja selesai dimasak. Selepas kami memesan hidangan lauk-pauk termasuk menu ikan patin, sayur dan sebagainya kelihatan beberapa pengunjung telah mula masuk dan memenuhi meja-meja di dalam restoran tersebut. Kami sempat berbual dengan staf di restoran tersebut yang peramah dan menceritakan keda-kedai makan di sekitar Kuantan dan juga Cherating yang perlu singgah oleh pengunjung terutama food hunters di mana kebanyakan kedai-kedai yang disarankan telah pun berada di dalam list itinerary kami dalam trip kali ini.
Menu pilihan selera ikan patin di Restoran Akub
Setelah selesai lunch special menu ikan patin, kami mengikut Waze yang telah ditetapkan menuju ke Cendol
Mustafa Kuantan yang terletak di Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat,
25000 Kuantan, Pahang sejauh 6km dengan masa pemanduan sekitar 15minit. Kami
hanya memesan 2 mangkuk menu cendol sahaja untuk dikongsi kerana masih terasa
kekenyangan. Terdapat kawasan parking yang luas di hadapan kedai cendol
tersebut dan banyak kerusi dan meja yang disusun memanjang sesuai menjadi
tempat lepak group-group konvoi motor, basikal, kereta dan sebagainya.
Cendol Mustafa Kuantan
Setelah menghabiskan masa beberapa jam di sekitar Kuantan, barulah kami meneruskan perjalanan menuju ke Cherating mengikut Waze dengan masa pemanduan 50minit sejauh 41km dari Kuantan untuk sampai ke spot lokasi pertama di Cherating iaitu Café Marion, Cherating beralamat di 1011, Jalan Kampung Cherating Lama, Cherating, 26080 Balok, Pahang. Mengikut staf Restoran Akub ramai pengunjung yang singgah membeli kopi dan kek di café tersebut. Nasib menyebelahi kami kerana setibanya di situ kelihatan ramai pengunjung yang sedang beratur dan menurut Kakak Rela yang mengawal lalulintas di situ memberitahu nombor Q sudah pun kehabisan namun kami antara yang terawal sampai sedudah kehabisan nombor, tetapi kebiasaannya masih lagi berpeluang untuk mendapat dan memilih menu-menu yang menjadi pilihan pengunjung. Di belakang kami masih kelihatan ramai pengunjung yang baru tiba dan turut beratur bagi mencuba nasib masing-masing.
Cubaan grab kopi dan kek Cafe Marion
Setelah Berjaya grab kopi
dan kek di Marion Café kami dengan hati yang gembira mengikut Waze menuju ke
Hotel Samsuria Beach Resort & Residence, Cherating yang terletak di Jln Sg
Ular Damar 1, Balok, Cherating, Pahang untuk checkin dan berehat. Kami berhenti
di Warung Keropok Lekor Pok Dee untuk cuba keropok lekor yang digoreng panas
dan juga membungkusnya untuk dimakan di bilik hotel nanti. Hotel Samsuria kami book
melalui Booking.com berharga RM252 semalam sahaja. Hotel tersebut
mempunyai kawasan private parking yang luas jadi tidak perlu risau tentang
parking kereta sehinggakan terdapat petak parking kereta mengelilingi setiap
block hotel. Setelah mendaftar masuk, kami memandu kereta menuju ke kawasan
parking berhampiran block yang terletak di belakang hotel tersebut dan
betul-betul mengadap swimming pool lalu mengambil semua beg dan berjalan masuk
ke bilik. Hotel tersebut mempunyai bilik studio yang sangat selesa dan amat sesuai untuk kami sefamily
dilengkapi 1 katil queen, sofa, meja study dan ruang memasak dan meja makan serta fridge
dan juga TV. Bilik hotel tersebut sesuai untuk seisi keluarga dan bilik airnya
pun bersih.
Gambar bilik apartment Hotel Samsuria Resort & Residence, Cherating (Rating – 8.5/10)
Pada petang itu kami
menghabiskan masa berehat di bilik sambil makan puding diraja yang dibeli di
Restoran Patin Akub di Kuantan dan juga menghabiskan keropok lekor yang dibeli
di Warung Pok Dee tadi. Kami keluar ke pantai untuk mandi-manda dan Aakif teruja dan gembira mandi di pantai dan bermain ombak yang semakin kecil menghampiri pantai.
Puding diraja Restoran Akub, Kuantan
Aakif gembira mandi-manda dan bermain ombak pantai Samsuria
Selepas solat jamak
Maghrib dan Isyak, kami keluar untuk mencari makan di restoran yang terletak di
sekitar Cherating dan menu seafood menjadi pilihan pengunjung yang sampai ke
Cherating. Terdapat banya restoran yang beroperasi di waktu malam, kami
mengambil keputusan untuk mencari restoram berdekatan dengan Café Marion di
Kampung Cherating Lama namun kelihatan restoran ada yang madih belum beroprasi
dan ada beberapa restoran yang kami lihat telah penuh dengan pelanggan dan
sudah tentulah pasti mengambil masa yang lama untuk memasak menu pilihan
pelanggan masing-masing. Justeru itu, kami berpatah balik menuju ke hotel dan
mengambil keputusan untuk berhenti di restoran tepi jalan yang kurang
pelanggan. Setelah melepasi Warung Pok Dee kami lihat sebuah restoran yang
terdapat hanya 2-3 buah kereta pelanggan yang parking di depannya lalu kami membelok
dan parking kereta untuk makan di restoran tersebut. Restoran tersebut adalah Restoran
Sri Baging yang terletak di Kampung Baging (Jalan Kemaman – Kuantan) 26080 Cherating, Pahang Malaysia. Kami memesan beberapa menu seafood
dan specialnya Menu Ikan Siakap 3 stim yang sangat sedap dan recommended namun
pelanggan perlu bersabar kerana kekurangan pekerja dalam tempoh pembukaan
rentas negeri ini. Kami sangat berpuas hati tentang menu masakan dan
recommended untuk singgah makan di Restoran Sri Baging, Cherating. Setelah
selesai menjamu selera, kami baik semula ke hotel dan makan nasi kandar yang
ditapau di bilik hotel sambil berehat dan menonton TV.
Menu hidangan makanan di Restoran Sri Baging (Rating – 4.8/5.0)
Setelah selesai dinner
seafood, kami memandu balik ke hotel Samsuria hanya 5 min pemanduan dengan
jarak sekitar 6 km sahaja. Setelah sampai ke parking, hotel kami mengambil
keputusan untuk berjalan-jalan di tepi pantai sambil menyaksikan cahaya bulan
penuh yang terang. Sebelum masuk ke bilik untuk berehat dan tidur.
Zoom cahaya bulan di tepi pantai
Hari 2 – Jalan-Jalan Cari
Makan Cherating dan Kuantan
Pada pagi Minggu hari Ahad, 24 Oktober
2021, kami bangun awal untuk mengerjakan solat subuh dan keluar ke tepi pantai
untuk melihat suasana panorama awal pagi ketika sang mentari mula menyinari
cahaya. Subhanallah syukur dan puji-pujian kepada Pencipta Allah S.W.T dan
selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kami sempat
merakamkan panorama pagi sepanjang persisiran pantai yang hanya bebeberapa
meter dari bilik hotel. Setelah berlegar-legar di tepi pantai sambil melihat
panorama yang indah itu kedengaran deruan ombak yang membelah pantai dan terasa
desiran angin yang amat nyaman sekali. Terhibur rasa hati sambil bernyanyi
kecil alunan lagu….
Antara Anyer dan Jakarta
by Dato Shiela Majid
Deru
sang ombak bersilir ke pantai
Disambut
alunan nyiur melambai
Rembulan
megah di atas mahligai
Tersenyum
melihat kita berdua
Angin
membawa lagu cinta
Sejuta
bintang bermain mata
Seakan
rela dua insan
Di
dalam senarionya
Antara
Anyer dan Jakarta
Kita
jatuh cinta
Antara
Anyer dan Jakarta
Kisah
cinta tiga malam
Kan
kuingat selamanya
Antara
Anyer dan Jakarta
Zoom panorama pagi di pantai Samsuria, Cherating
Setelah langit cerah,
kami meninggalkan kawasan pantai tersebut untuk balik ke bilik dan untuk
berehat dan mandi-manda sebelum keluar breakfast. Pada pagi ini, kami plan
untuk breakfast di Ombok Cherating Surf Café yang terletak di No 1006-1 , Kedai
Jalan Kemaman, Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang iaitu
bertentangan dengan Café Marion yang kami datang semalam. Kami parking di tepi
jalan lalu masuk ke Ombok Café yang berkonsepkan design klasik. Kami antara
pelanggan yang awal memasuki Café tersebut kerana banyak meja yang belum penuh
lagi. Sekiranya anda berkunjung ke Cherating, silalah datang awal ke Café
tersebut kerana mejanya yang limited agar tidak perlu menunggu Q lama yang akan
menggangu plan itinerary nanti. Kami terpesona dengan design Café dan juga
keramahan staf yang sentiasa melayani pelanggan. Kami memesan menu breakfast
yang terdapat di dalam senarai buku menunya untuk dicuba. Kebanyakan menu di
Café tersebut adalah masakan barat seperti checken chop, fish and fries dan
lain-lain lagi.
Breakfast di Ombok Café
Selepas kami memesan
beberapa menu hidangan breakfast, kelihatan pelanggan lain mula masuk dan
memenuhi meja di dalam Café tersebut. Terdapat ramai juga pengujung yang terpaksa
beratur sementara menanti meja kosong.
Setelah selesai breakfast, kami terus menuju
ke Hotel Samsuria semula mengambil masa sekitar 15 minit jarak lebih kurang
14km untuk berkemas dan bersedia untuk check-out dan menyambung percutian kami
di Kuantan pula.
Setelah checkout dan memulangkan kunci bilik, kami
memandu mengikut Waze sejauh 33km mengambil masa sekitar ½ jam menuju ke
Berjaya Megamall, Kuantan yang terletak di G33, (Ground Floor), Berjaya
Megamall, Jalan Tun Ismail, 25000, Kuantan, Pahang untuk mencari filem kamera
adik yang telah kehabisan akbibat dari shoot panorama yang cantik di pantai
Cherating.
Zoom shoot view dan lepak di pantai Teluk Cempedak
Setelah berjaya membeli
filem kamera kami menuju ke Pantai Teluk Cempedak yang terletak sejauh 5.km mengambil masa
sekitar 10 minit sahaja. Kami measuki Kawasan parking setelah scan MySejahtera
di pondok laluan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan. Kelihatan ramai
pengunujung yang beratur membeli makan di McD dan sekitar kiosk gerai di tepi
pantai. Terdapat juga kanak-kanak yang berlari gembira di atas pasir sambil
meniup belon, bermian layang-layang dan sebagainya. Kami sempat memasuki toilet
sebelum turut beratur untuk masuk ke Starbuck bagi memsan kopi dan mencari meja
untuk lepak sambil menikmati panorama di pantai tersebut dari cermin dinding
Starbuck yang terletak di tepi pantai Teluk Cempedak. Selepas itu, kami
berlegar-legar di Kawasan kiosk jualan dan juga menghampiri tepi pantai Teluk
Cempedak sementara Aakif membeli dan bermain air belon. Kami juga berjalan
melewati sekumpulan monyet yang melepak di atas tiang dan penghadang jambatan
di sepanjang Kawasan berbukit di sebelah hujung pantai Teluk Cempedak.
Hati-hati apabila anda enghampiri sekawan monyet-monyet ini yang
sentiasamenumpukan perhatian kepada barang-barang yang dibawa oleh pengnjung,
jadi dinasihatkan agar pengunjung lebih berhati-hati atau pun simpan
barang-barang di dalam beg dan sebagainya.
Setelah berpatah balik ke kawasan parking,
kami pun meninggalkan kawasan pantai itu untuk menuju ke tengah bandar semula.
Ketika itu hari sudah menjelang tengahari kami memandu menuju ke Restoran Jaman
Tory yang terletak di Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan yang mengambil masa
selama 20 minit sejauh 12km dari pantai Teluk Cempedak. Kelihatan ramai orang
sedang makan tengahari di restoran tersebut. Ada kemudahan surau di sebelah
restoran tersebut. Setelah memesan menu special iaitu ikan patin dan beberapa
menu yang lain kami mengambil beberapa pilihan spot gambar di dalam ruang-ruang
yang dihiasi cantik sekali bertemakan konsep melayu tradisi dan diletakkan
basikal dan vespa lama di bahagian hujung restoran tersebut. Menu ikan patin
dibakar panas-panas menambahkan selera makan tengahri di situ. Recommended
resepi ikan patin terbaik…. Rating 4.8/5.0
Zoom menu pilihan di Restoran Jaman Tory
Setelah menghabiskan makanan tengahri di restoran tersebut, kami baru memulakan perjalanan untuk checkin hotel di Swiss Belhotel Kuantan yang terletak di Jln Tanjung Lumpur 1, Kuantan Waterfront Resort City mengambil masa selama 20 minit dengan jarak pmanduan sekitar 10 km. Kami telah tempah bilik hotel di Agoda.com dengan harga RM570 semalam (SeaView Room). Kami checkin di bilik tingkat 17 yang mempunyai 2 bilik yang luas bilik utama katil bersaiz king dan bilik ke2 pula 2 katil singgle yang dilengkapi kemudahan sofa, meja makan, fridge dan TV di ruang tamu yang sangat luas dan selesa.
Ibubapa perlu awasi SOP di swimming pool di musim Covid19
Gym di Hotel Swiss-Belhotel Kuantan
Sesampai di bilik hotel,
kami mandi manda dan berehat memandangkan Kak Damia ad akelas tuisyen di
sebelah malam dan ujian secara online keesokan harinya. Kami meninjau-ninjau
swimming pool yang terletak di tingkat 5 dan mendapati terlalu ramai
kanak-kanak yang sedang mandi-manda di swimming pool tersebut dan kurang
pematuhan terhadap SOP di musim Covid-19. Jadi kami membuat keputusan agar
anak-anak hanya berehat di dalam bilik sahaja ye. Tunggulah sehingga keadaan
kes Covid19 reda atau pun kesempatan untuk bercuti di Lexis Hibiscus di Port
Dickson mengikut plan sudah dibook dan ditunda selama hampir setahun kerana kes
Covid19. Jangan lupa ikuti kisah percutian kami nanti di Lexis Hibiscus di Port
Dickson.
Tapau pizza di the 92's Cafe Kuantan
Menjelang senja kami
keluar ke pekan Kuantan untuk tapau pizza di & beli roti kedai runcit
bersebelahan Pizza The 92’s Café yang terletak di A7, Transit Point, Jalan Dato
Lim Hoe Lek, Taman Union, 25200 Kuantan, Pahang dengan pemanduan Waze selama 11
minit sejauh 5km. Setelah memsan menu pizza di situ, kami pergi ke kedai runcit
di sebelah kafe tersesebut untuk membeli roti, air mineral dan keropok untuk
dimakan di bilik hotel. Kami menunggu pizza di dalam kereta yang diparking di
depan kafe sehingga staf mereka menghantar pizza yang telah siap ditapau. Kami
balik ke hotel untuk berehat sambil Kak Damia mengikuti kelas tuisyen dan
mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pagi esok.
Hari 3 – Minum Kopi O di Kuantan Sebelum Kembali ke KL
Pada pagi Isnin 25 Oktober 2021, kami breakfast di Cafe lobby hotel yang menyediakan banyak pilihan menu seperti nasi lemak, nasi goreng, mee, roti canai, kuih-muih dan salad serta pelbagai lagi menu yang lain. Sementara itu, Kak Damia pula brekfast roti yang dibeli semalam dan membancuh air kopi yang disediakan di meja hotel bagi menghadapi test secara online pada pagi itu.
Zoom sunrise dari Swiss-Belhotel Kuantan
Breakfast di Lobby Hotel
Selesai sahaja breakfast, kami keluar menuju ke bahagaian pantai di belakang hotel dan melihat seorang pak cik cleaner yang gigih membersih pantai agar tidak tercemar dengan sampah-sarap di tengah-tengah terik mentari pagi. Pak cik kelihatan cerai dan sihat, kami doakan agar dia diberi ganjaran setimpal atas segala usahanya untuk memastikan negara bersih dan penduduk sihat serta memajukan industri pelancongan negara.
Cleaner yang gigih menjaga pantai.... Budimu tetap dikenang.
Zoom hari yang indah dari jendela bilik hotel
Menghampiri tengahari setelah Kak Damia selesai test kami pun checkout hotel lalu menuju ke MiCasa Café by the River di tepi Sungai Pahang yang terletak di sebelah hotel Mega View Hotel, Lot 567, Jalan Pasar, 25000 Kuantan, Pahang sejauh 6km dengan masa pemanduan lebih kurang 4 minit. Apabila memasuki kafe tersebut kami memesan menu yang menajdi pilihan masing-masing. Kafe tersebut berada di ruang terbuka namun perlu memasukinya dari pintu hotel. Dari ruang dalam kafe terebut kelihatan jelas signboard bersaiz besar zoom KUANTAN di tepi tebing sungai.
Zoom menu di MiCasa Cafe
Setelah siap makan tengahari di kafe tersebut kami menuju pula ke Restoran Mabiq 2 yang terletak di 2, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang dengan masa perjalanan 5 minit sejauh 3.5 km untuk tapau menu ikan patin untuk dibawa balik ke KL dan juga dihantar kepada Along di kampus UITM Dengkil. Di dalam perjalanan balik kami singgah juga di Gerai Pak Su Mak Su yang terletak di Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Peramu Maju, 26060 Kuantan, Pahang sebelum meneruskan perjalanan memasuki tol LPT Fasa 1 untuk menuju ke Kuala Lumpur menempuh perjalanan sejauh 235km dengan masa pemanduan hampir 2 jam 45 minit.