Melawat Hierapolis & Traventine Hot Spring serta Jalan-jalan di Denizli
Kami bangun sekitar jam 7.00am pada 18 Mac 2016 lalu breakfast di restoran hotel Ozturk, Pamukkale. Pamukkale, merupakan bahasa Turki, di mana “Pamuk” adalah kapas dan “Kale” pula bererti benteng yang membawa maksud Cotton Castleatau istana kapas. Ia juga digelar sebagai istana putih. Ia adalah sebuah kolam air panas semula jadi yang terletak di Denizli di barat daya Turki. Mengapa ia dikenali sebagai istana putih adalah kerana kepekatan calcite yang tinggi di dalam air sehingga menyebabkan persekitarannya menjadi putih dan terbentuknya seperti mineral teres berkarbonat. Sekitar jam 9.00am kami dibawa dengan sebuah van bersama-sama Daniyal iaitu pemandu pelancong untuk pakej tour kami ke hot spring di tengah bandar Karahayyt.
Pagi yang nyaman di Hotel Ozturk
Breakfast di Hotel Ozturk
Mr. Ismail Gumus menyusun aktiviti melawat Traventine
Perjalanan yang seronok di Pamukkale bermula dengan breakfast yang enak
Sepanjang perjalanan ke Karahayyt kami dapat melihat keindahan alam dengan view gunung ganang yang tinggi dan keputihan dilitupi salji putih. Kami dibenarkan bermain air panas tersebut sekitar 20min sambil berfoto.
Mr. Daniyal pemandu pelancong boleh berbahasa melayu sedikit..
Sepagi di Pamukkale
Pamukkale 'istana kapas'
Kemudian kami berpatah balik ke pintu utama Hierapolis terletak di bahagian atas bukit di mana ia adalah sebuah tapak World Heritage Unesco sebagai kota Romawi kuno diperintah Seljuk dan kemudian Ottoman. Di hadapan signboard Hierapolis adalah spot yang bagus untuk merakamkan saat manis sebagai bukti telah menjejakkan kaki di sana. Di situ juga kami membeli jus delima/pomegranate (Highly Recommended) yang fresh dan sedap berharga TL20 botol besar dari peniaga yang boleh berbahasaMelayu. Cayalah bro…..
Kolam air panas di Karahayyt
Berlegar-legar di tepi kolam air panas
Bergambar kenangan di Kolam Air Panas Karahayyt
Aliran air panas yang berasap
Air kolam yang sangat jernih dan panas
Berbincang kalaulah boleh mandi
Gaya Damia di tepi kolam air panas
Daniyal memberi tag masuk kepada setiap ahli keluarga kami. Sebenarnya tiket masuk ke Heirapolis dan Traventine berharga TL20 sekiranya tanpa agensi. (Info : Open hours : 8.00am - 8.00pm). Manakala Hierapolis terletak di bahagian atas Traventine yang mempunyai Hierapolis City, Hierapolis Theatre (mini coleseum) dan juga Pamukkale Castle. Menurut info tour guide, Kota Hierapolis berkeluasan sekitar 2,700 meter panjang dan 160 meter tinggi terletak di Lembah Sungai Menderes yang merupakan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaan Turki. Ia berasal dari perkataan Greek iaitu bandar suci dipercayai kota lama kerajaan Greek-Roman yang telah wujud lebih 2,000 tahun dengan kesan peninggalan runtuhan kota purba yang diasaskan oleh Raja Eumenes II di mana ia hampir musnah akibat berlakunya gempa bumi semasa dibawah penaklukan Rom pada abad ke-17 Masihi.
Singboard di pintu masuk ke Hierapolis
Menikmati jus pomegranate yang sangat fresh dan sedap.......
Sebuah kuil telah didirikan oleh orang Phrygia pada sekitar awal abad ke-3 sebelum Masihi. Lokasi pembangunan kuil ini telah bertukar menjadi Hierapolis dan dikembangkan menjadi sebuah spa pada abad ke-2 untuk ditunjukkan kepada Raja Pergamon, Eumenes II oleh Roma. Namun begitu, nama Hierapolis ini masih lagi diperdebatkan kerana sebahagian daripada mereka mempercayai bahawa namanya telah diambil sebagai penghormatan kepada Hiera, isteri Telephos yang telah menubuhkan dinasti Attalid. Ada juga yang berpendapat bahawa ia diambil dari sebuah kuil Hieron yang telah dibina di tempat itu.
Koleksi gambar-gambar kami di celah-celah runtuhan Hierapolis;
Kami bergambar di sekitar runtuhan yang dahulunya mungkin Hierapolis City dan berehat sebentar di kawasan kolam air panas yang dilengkapi food court, cafe dan kedai souveniours terletak di Hierapolis Museum iaitu sebuah muzium khas yang dibina oleh kerajaan Turkey di atas tapak bekas mandian Rom di kota lama Hierapolis pada tahun 1984 bagi menarik lebih ramai pengunjung ke situ. Pelbagai tinggalan artifak bersejarah yang dipamerkan termasuklah artifak dari Attuda, Collossae, Laodiceia dan kawasan-kawasan lain di Lembah Lycos selain kota kuno itu. Kolam air panas itu dibuka untuk orang ramai yang ingin mandi-manda dan berendam.
Berehat sambil berlegar-legar snap foto di taman dan kolam di Hierapolis;
Setelah menikmati secawan kopi kami terus berjalan mendaki bukit menuju ke Hierapolis Theatre berbentuk seperti mini Coleseumyang sudah menjangkau 1800 tahun. Ia mengimbau kenangan kami di Roma, Italy kerana bentuknya seakan-akan Coleseum di Rome cuma berbeza dari segi saiznya sahaja. Teater ini dibina pada tahun 206 di lereng bukit dan di bawah pengaruh Teater Greek yang mampu memuatkan seramai 12 ribu penonton. Selepas berlakunya gempa bumi yang besar, ia mengambil masa kira-kira selama 144 tahun untuk membangunkannya semula, namun merupakan salah satu teater yang terbaik yang dipelihara oleh orang-orang yang tinggal di Efesus dan Bodrum. Teater purba ini telah menjadi tuan rumah bagi majlis perayaan dan konsert selepas pemulihan dijalankan pada tahun 2013. Kami amat kagum dengan rekabentuk mini teater tersebut yang unik dan mempunyai gema semulajadi tanpa memerlukan sound sistem digital yang canggih. Tetapi susunatur tempat duduknya agak curam dan perlu berhati-hati sekiranya anda berniat untuk turun ke aras bawah sekali. Tanpa melepaskan peluang kami bergambar kenangan bersama Damian dan ahli keluarga yang lain.
Setelah bergambar di tangga-tangga Hieraplolis kami menuruni jalan menuju ke Traventine iaitu kolam air panas semula jadi yang bertingkat-tingkat dan berwarna keputihan sepanjang tahun. Sesetengah pengunjung yang tidak melepaskan peluang berendam air panas di Pamukkale dipercaya menyembuhkan rematik, tekanan darah, penyakit kulit dan cepat sembuh luka. Kami terpaksa berjalan kaki ayam sambil membawa kasut dan beg masing-masing menuruni tingkat-tingkat kolam air panas di Traventine dengan berhati-hati kerana takut terpijak permukaan tanahnya yang licin sehinggalah sampai ke pintu keluar di aras bawah sekali. Semasa kami menuruni Traventine kami terserempak juga dengan beberapa group pelancong dari Malaysia yang naik melalui Traventine untuk ke Hierapolis. Dari aras atas Traventine kami dapat zoom Pamukkale dan Denizli serta melihat gunung-ganang yang dlitupi salji putih di puncaknya. Permandangan gunung-ganang dan langit dipenuhi awan adalah tanda kebesaran Ilahi dan kami amat bersyukur sebagai hambaNya kerana dapat menghirup udara segar serta menikmati permandangan yang sangat memukau hati dan sanubari. Alhamdulillah……
Traventine, taman kolam air yang unik dan harus dikunjungi jika berkunjung ke Turkey...... Lihatlah view dan panoramanya yang sangat cantik......
Traventine, taman kolam air yang unik dan harus dikunjungi jika berkunjung ke Turkey...... Lihatlah view dan panoramanya yang sangat cantik......
Sebaik sahaja keluar dari pintu Traventine kami berjalan kaki menuju ke sebuah restoran tak jauh dari situ untuk lunch secara buffet di mana harga termasuk di dalam pakej tour guide Hierapolis dan Traventine hari itu. Banyak menu yang boleh dicuba mengikut selera masing-masing. Seperti biasalah kami suka makan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang sangat fresh dan segar. Selepas kekenyangan kami dibawa oleh Daniyal ke sebuah kilang perusahaan crystal dan silver di Pamukkale. Setelah bershopping dan melawat sekitar kilang tersebut, Daniyal membawa kami ke gedung fabrik yang menjual pelbagai jenama pakaian yang terkemuka. Berbaloi jugalah kepada sesiapa yang mempunyai hasrat untuk bershopping dan juga budget yang mengcukupi.
Pekan Pamukkale
Selepas kepenatan seharian berjalan dan bershopping, kami meminta Daniyal untuk menghantar group kami terus ke hotel memandangkan ksemuanya telah keletihan dan ingin berehat sahaja sementara menunggu dinner nanti. Sekali lagi kami mengambil keputusan untuk dinner di restoran hotel dan memesan menu yang enak dari Ismail Ozturk. Setelah menikmati dinner, kami berehat dan tidur nyenyak akibat sangat letih walaupun suhu di Pamukkale sangat sejuk.
Drive ke Izmir untuk ke Ephesus, Cave of 7 Sleepers, Tugu Maryam serta Jalan-Jalan di Izmir
Pada pagi 19 Mac 2016, kami bangun agak lewat sekitar jam 9am dan selepas mengambil breakfast kami mengemas dan menyusun barang-barang di dalam kereta untuk meneruskan perjalanan kami menuju ke Izmir. Sebelum berangkat kami masing-masing dibekalkan sekotak air mineral ikhlas dari keluarga Ismail Ozturk. Selepas serba sedikit maklumat dan direction diberi oleh Ismail ozturk kami meninggalkan perkaranngan hotel Ozturk dengan seribu kenangan manis dan pasti akan teringat kemesraan dan keakraban tuan punya hotel yang sangat baik hati. Semoga berjumpa lagi keluarga Ismail Ozturk yang menyimpan hasrat untuk melancong ke Malaysia dalam bulan September nanti. Setelah itu, kami berhenti di sebuah station minyak untuk mengisi minyak penuh dan rezeki kami sungguh murah kerana pekerja pump station tersebut memberi kami beberapa botol Coke dan air mineral untuk menghilangkan haus di dalam perjalanan nanti. Terima kasih bro & juga keluarga Ismail Ozturk……
Jarak antara Pamukkale ke Izmir adalah kira-kira 180km dan di sepanjang jalan terdapat gera-gerai buah-buahan dan sekiranya anda ternampak janganlah melepaskan peluang keemasan ini untuk berhenti dan menikmati jus buah-buahan terutamanya jus delima (pomegranate) yang fresh dan enak dengan harga yang sangat berbaloi sekitar TL2 sahaja (Highly Recommended ye!).
Gerai buah-buahan di tepi jalan
Cubalah nikmati jus pomegranate yang fresh dan enak....
Berhenti sebentar di pump station
Setelah memandu hampir 2 jam 30min kami dan sebelum tiba berhampiran bandar Selcuk hujan turun dan semakin lebat pula. Jadi sebelum tiba di jalan masuk ke tapak Ephesis kami mengambil keputusan untuk berhenti lunch di salah sebuah restoran di tepi jalan sementara menunggu hujan lebat berhenti. Setelah selesai menikmati lunch di restoran tersebut kami dipelawa oleh pekerja restoran untuk singgah di sebuah gedung pakaian berjenama iaitu Rossini Leather untuk meninjau-ninjau koleksi yang ada sambil bershopping jika berkenan sementara mennunggu hujan reda. Gedung tersebut hanyalah di seberang restoran itu sahaja. Setelah kami u-turn kami disambut mesra oleh staff di gedung pakaian tersebut yang sedia memayungi kami sehingga sampai ke pintu masuknya. Kami dibawa ke bilik fashion show yang sungguh eksklusif di mana model-modelnya teleah siap bersedia untuk memperagakan banyak koleksi pakaian berjenama yang dijual ke serata dunia. Selepas itu, kami dibawa ke ruang pameran untuk memilih dan mencuba koleksi pakaian terpilih yang diperagakan jika berkenan untuk dibeli.
Terpesona juga melihat gaya-gaya peragawan & peragawati fashion show di Rossini Leather....
Terpesona juga melihat gaya-gaya peragawan & peragawati fashion show di Rossini Leather....
Ada di antara kami yang tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki beberapa koleksi pakaian yang terdapat di gedung tersebut sementara ada yang bergilir-gilir ke ruang solat yang disediakan dan juga ke toilet. Setelah semuanya berpuas hati, kami keluar ke parking kereta dan menadapati hujan telah pun reda dan kami bersedia untuk bergerak ke Ephesus walaupun perancangan kami telah tertunda jauh dari perancangan jadual asalnya.
Sekitar jam 3.00pm kami sampai di pintu Ephesus dan beratur bagi mendapatkan tiket masuk di kaunternya. (Tips – Warga emas hanya dikenakan separuh harga dan terdapat track laluan khas untuk yang berkerusi roda. Setelah memanjat bukit sehingga ke castle, kami turun semula ke parking dan mula bergerak menuju ke The Cave of Seven Sleepers (gua ashabul kahfi) dan setelah parking kereta kena memanjat bukit curam untuk sampai ke sana. Ada di antara kami yang hanya menunggu dalam café di parking kerana sudah kepenatan berlegar-legar di Ephesus tadi. Kami bergegas memandu mendaki jalan berbukit dan berselekoh tajam menuju ke Rumah Maryam yang terletak di puncak Bukit Bulbul. Sesampai di pintu utamanya kami diberitahu rumah Maryam akan ditutup dalam masa 15 minit dan kami memandangkan ramai yang telah letih kami berpatah balik dan singgah di tugu Maryam sahaja sambil bergambar.
Antara koleksi gambar-gambar di Efes;
Antara koleksi gambar-gambar di Efes;
Gambar tugu Maryam
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan melintasi semula bandar Selcuk menuju ke Izmir. Jarak antara Selcuk ke Izmir hanyalah sejauh 80km dan setelah memandu hampir sejam kami pun tiba ke bandar Izmir dan mencari hotel Olympiyat Izmir yang terletak di celah-celah bangunan beralamat di 1296 Sokak No:24 Basmane, Konak, 35240 Izmir, Turkey. Phone +902324251269. GPS - N 038° 25.290, E 27° 8.488. Kami telah booking hotel tersebut di web booking.com dengan harga RM711/1N untuk 3bilik (harga termasuk breakfast). Selepas parking kereta betul-betul di celah-celah lorong di tepi hotel kami mengangkut beg ke bilik masing-masing lalu keluar dengan hanya berjalan kaki ke jalan utama untuk dinner di salah sebuah restoran di bandar Izmir. Selepas dinner kami kembali ke hotel untuk berehat dan tidur.
Hotel Olympiyat Izmir yang menyimpan koleksi basikal tua & bunganya.....
Parking betul-betul di lorong tepi hotel Olympiyat Izmir
Ikuti pengembaraan kami seterusnya ke bandar lagenda kuda kayu di Troia, Canakkale sebelum kembali semula ke kota Istanbul …….. Jom..!
Nota keypad zoomdglobe;
'Pada 16 Julai 2016 yang lepas berlaku cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turkey namun tidak berjaya. Harapan kami agar negara Turkey diberi keamanan dan perlindungan berkekalan semoga segala keindahan ciptaan Ilahi Rabbi dan juga lokasi-lokasi peninggalan sejarah Islam ini dapat dilihat oleh generasi seterusnya walaupun telah diabadikan dalam blog kami. Amin'
Nota keypad zoomdglobe;
'Pada 16 Julai 2016 yang lepas berlaku cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turkey namun tidak berjaya. Harapan kami agar negara Turkey diberi keamanan dan perlindungan berkekalan semoga segala keindahan ciptaan Ilahi Rabbi dan juga lokasi-lokasi peninggalan sejarah Islam ini dapat dilihat oleh generasi seterusnya walaupun telah diabadikan dalam blog kami. Amin'
No comments:
Post a Comment