Day 1 (23 Mac 2018) – Perjalanan ke Legoland, Johor Baharu
Kisah ini adalah memori family trip anak-nak mandi manda dan bermain permainan adventure di theme park Legoland, Johor Baharu serta bersempena cuti sekolah penggal 1. Kami menyimpan hasrat untuk ke situ semenjak mula-mula dibuka lagi ketika kami berkunjung ke theme Park Indoor Hello Kitty (Puteri Harbour) yang tak jauh dari situ. Ini kerana semasa dibuka kawasan dalam theme park itu agak terbuka dan panas kerana pokok-pokok belum tumbuh dan merimbun lagi, jadi terpaksalah kami menunda hasrat tersebut sehinggalah impian kami kini termakbul sudah. Alhamdulilah….
Pada pagi Jumaat tanggal 23 Mac 2018
kami sekeluarga bertolak menuju ke Johor Baharu menggunakan Lebuhraya PLUS tetapi
singgah di R&R Alor Gajah untuk breakfast di foodcoutnya dan solat dhuha di surau R&R yang sangat luas. Mengikut
perkiraan masa Waze perjalanan akan mengambil masa sekitar 2 jam mengikut
keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana berlaku pertambahan akibat musim
cuti sekolah. Pengguna lebuhraya dinasihatkan agar berhenti minum kopi O di
hentian R&R untuk menghilangkan rasa mengantuk dan mengembalikan kesegaran
untuk meneruskan pemanduan ke destinasi masing-masing.
Kami telah menempah pakej theme park Legoland dengan bilik hotel semasa berkunjung di Matta Fair awal bulan dengan penjimatan dan promosi tawaran berbaloi sekitar RM1,800 sahaja. Anak-anak memilih bilik hotel berkonsepkan ‘Pirate of Carabbean’ malah sangat teruja kerana theme park dan hotel masing-masing mempunyai swimming pool untuk mandi-manda sambil bermain game adventure yang sesuai.
Pintu bilik ketua lanun
Orang upahan lanun berkebun di taman depan bilik
Bilik tidur ketua lanun
Meja rehat ketua lanun
Bilik kelasi kapal
Mat yeh penjaga tresure hunt box
Mat yeh dan ahli pengembara kelasi kapal mencari harta karun
Treasure hunt dalam box
Meja rehat ketua lanun
Bilik kelasi kapal
Mat yeh penjaga tresure hunt box
Spy yang sentiasa meninjau kelasi kapal
Katil kelasi kapal
Treasure hunt dalam box
Kertas soalan treasure hunt
????
Hadiah terasure hunt
Hadiah terasure hunt
Sekitar jam 10.00am kami telah
pun sampai ke Legoland yang terletak di lalu terus memasuki kawasan parking basement hotel Legoland namun
kami hanya membawa beg berisi baju mandi sahaja kerana kami merancang untuk ke
bahagian Legoland Water Park pada hari itu memandangkan check in hanya
dibenarkan bermula jam 2.00pm nanti. Kami masuk ke bilik persalinan dan
meninggalkan beg pakaian dan barang-barang lain di loker yang terdapat di bilik
persalinan tersebut. Bayaran loker tersebut mengikut jam yang diperlukan oleh
pengunjung. Kami membeli pek kecil kalis air yang boleh memuatkan dokumen
bersaiz kad ic dan kunci yang boleh digantung di leher semasa mandi manda agar
tidak basah dan tercicir.
Pintu ke hotel
Tentera Rohan
Posto
Bersama Lion renjer hutan
Pendekar Rimau
Loker di bilik persalinan
Pek kalis air
Kolam Legoland Water Park
Ramai pengunjung menanti pelampung
Kanak-kanak riang bermandi-manda
Cafeteria di tepi kolam
Baby Aakif ceria mandi-manda
Playground di Legoland Water Park
Ramai menanti saat timba besar menuang air
Kami checkin pada pukul 4.00pm
dan masuk ke bilik untuk berehat berehat dan bersolat sementara menunggu waktu
untuk makan malam. Kami mengambil keputusan untuk keluar makan malam di
restoran yang berdekatan dengan hotel sahaja untuk menjimatkan masa dan dapat
cepat kembali berehat di bilik.
Setelah menikmati makanan nasi goreng dan tomyam kami pun kembali semula ke hotel untuk berehat dan tidur.
Day 2 - Seharian bermain game adventure di Legoland
Pada pagi Sabtu 24 Mac 2018, kami
bangun kami bangun awal dan breakfast di cafeteria hotel sambil melihat
kanak-kanak bermain di sudut playground tak jauh dari entrance cafeteria
tersebut. Anak-anak tidak sabar dan msaing-masing kelihatan cepat-cepat
breakfast dan segera bergerak ke theme park untuk bermain game adventure yang
terdapat di dalam theme park tersebut. Sebelum itu, kami checkout awal dan menyimpan
semua beg di dalam kereta kerana tidak mahu keluar masuk dari theme park
tersebut.
Cafeteria Hotel Legoland
Breakfast dengan pelbagai pilihan menu
Terdapat banyak segmen di dalam
theme park iaitu star wars, ninjago world, the beginning, miniland, imagination,
Lego Technic, Lego Kingdoms, Land of Adventure dan Lego City mengikut kategori
dan keinginan masing-masing. Kelihatan ramai pengunjung membanjiri theme
park bersempena megambil peluang cuti
sekolah.
Game kegemaran seisi keluarga
Super hero Legoland menyanyi dan menari
Gaya ninjago Baby Aakif
Di depan pintu Star Wars
Gaya ninjago Baby Aakif
Di depan pintu Star Wars
Diapait oleh R2D2
Mini taj mahal lambang cinta sejati si Raja untuk Isterinya
Castle tempat beradu para warrior
Zoom castle dari menara Taming Sari
Ninja-ninja kami beraksi di Legoland
Mini taj mahal lambang cinta sejati si Raja untuk Isterinya
Castle tempat beradu para warrior
Zoom castle dari menara Taming Sari
Ninja-ninja kami beraksi di Legoland
Setelah puas bermain game dan seharian di dalam Legoland Theme Park tersebut, sekitar jam 4.00pm kami pun keluar menuju ke pekan Johor Baharu untuk check in pula di Hotel Boutique Zoom Inn di 29c, Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor yang terletak di Danga Bay dekat Tune Hotel.
Checkin di kaunter
Ruang menunggu di Hotel Zoom Inn
Lukisan dinding bilik Hotel Zoom Inn
Selepas berehat di hotel, sekitar jam 6.00pm kami menuju ke Angsana JB Mall yang terletak di Plaza Angsana, 17, Jalan Bertingkat Skudai, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor untuk makan malam di foodcourtnya sahaja sambil jalan-jalan di sekitar shopping kompleks tersebut. Kami balik semula ke hotel setelah berlegar-legar sekitar 15 minit dan membeli air minuman dan snek untuk dimakan di hotel.
Begitulah kisah trip perjalanan santai family dan anak-anak ke theme park Legoland sempena cuti sekolah penggal 1- 2018. Sesungguhnya masa bersama keluarga amat bermakna dan menjadi kenangan indah sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, luangkanlah masa yang sesuai dan bawalah keluarga bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di zoomdglobe ke destinasi seterusnya. Jom….!!