Tuesday, 4 September 2018

Family Trip di Theme Park Legoland, Johor 2018 - Mandi Manda & Game Adventure

Day 1 (23 Mac 2018) – Perjalanan ke Legoland, Johor Baharu

Kisah ini adalah memori family trip anak-nak mandi manda dan bermain permainan adventure di theme park Legoland, Johor Baharu serta bersempena cuti sekolah penggal 1. Kami menyimpan hasrat untuk ke situ semenjak mula-mula dibuka lagi ketika kami berkunjung ke theme Park Indoor Hello Kitty (Puteri Harbour) yang tak jauh dari situ. Ini kerana semasa dibuka kawasan dalam theme park itu agak terbuka dan panas kerana pokok-pokok belum tumbuh dan merimbun lagi, jadi terpaksalah kami menunda hasrat tersebut sehinggalah impian kami kini termakbul sudah. Alhamdulilah….    

Pada pagi Jumaat tanggal 23 Mac 2018 kami sekeluarga bertolak menuju ke Johor Baharu menggunakan Lebuhraya PLUS tetapi singgah di R&R Alor Gajah untuk breakfast di foodcoutnya dan solat dhuha di surau R&R yang sangat luas. Mengikut perkiraan masa Waze perjalanan akan mengambil masa sekitar 2 jam mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana berlaku pertambahan akibat musim cuti sekolah. Pengguna lebuhraya dinasihatkan agar berhenti minum kopi O di hentian R&R untuk menghilangkan rasa mengantuk dan mengembalikan kesegaran untuk meneruskan pemanduan ke destinasi masing-masing.  

Kami telah menempah pakej theme park Legoland dengan bilik hotel semasa berkunjung di Matta Fair awal bulan dengan penjimatan dan promosi tawaran berbaloi sekitar RM1,800 sahaja. Anak-anak memilih bilik hotel berkonsepkan ‘Pirate of Carabbean’  malah sangat teruja kerana theme park dan hotel masing-masing mempunyai swimming pool untuk mandi-manda sambil bermain game adventure yang sesuai.


Pintu bilik ketua lanun

Orang upahan lanun berkebun di taman depan bilik 

Bilik tidur ketua lanun


Meja rehat ketua lanun


Bilik kelasi kapal


Mat yeh penjaga tresure hunt box


Spy yang sentiasa meninjau kelasi kapal

Katil kelasi kapal

Mat yeh dan ahli pengembara kelasi kapal mencari harta karun


Treasure hunt dalam box

Kertas soalan treasure hunt


????
Hadiah terasure hunt

Bilik air lanun


Sekitar jam 10.00am kami telah pun sampai ke Legoland yang terletak di 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor lalu terus memasuki kawasan parking basement hotel Legoland namun kami hanya membawa beg berisi baju mandi sahaja kerana kami merancang untuk ke bahagian Legoland Water Park pada hari itu memandangkan check in hanya dibenarkan bermula jam 2.00pm nanti. Kami masuk ke bilik persalinan dan meninggalkan beg pakaian dan barang-barang lain di loker yang terdapat di bilik persalinan tersebut. Bayaran loker tersebut mengikut jam yang diperlukan oleh pengunjung. Kami membeli pek kecil kalis air yang boleh memuatkan dokumen bersaiz kad ic dan kunci yang boleh digantung di leher semasa mandi manda agar tidak basah dan tercicir.

Pintu ke hotel

Tentera Rohan

Posto

Bersama Lion renjer hutan

Pendekar Rimau

Loker di bilik persalinan

Pek kalis air

Kolam Legoland Water Park

Ramai pengunjung menanti pelampung

Kanak-kanak riang bermandi-manda

Cafeteria di tepi kolam

Baby Aakif ceria mandi-manda

Playground di Legoland Water Park

Ramai menanti saat timba besar menuang air 

Kami checkin pada pukul 4.00pm dan masuk ke bilik untuk berehat berehat dan bersolat sementara menunggu waktu untuk makan malam. Kami mengambil keputusan untuk keluar makan malam di restoran yang berdekatan dengan hotel sahaja untuk menjimatkan masa dan dapat cepat kembali berehat di bilik.

Setelah menikmati makanan nasi goreng dan tomyam kami pun kembali semula ke hotel untuk berehat dan tidur.


Day 2 -  Seharian bermain game adventure di Legoland

Pada pagi Sabtu 24 Mac 2018, kami bangun kami bangun awal dan breakfast di cafeteria hotel sambil melihat kanak-kanak bermain di sudut playground tak jauh dari entrance cafeteria tersebut. Anak-anak tidak sabar dan msaing-masing kelihatan cepat-cepat breakfast dan segera bergerak ke theme park untuk bermain game adventure yang terdapat di dalam theme park tersebut. Sebelum itu, kami checkout awal dan menyimpan semua beg di dalam kereta kerana tidak mahu keluar masuk dari theme park tersebut.


Cafeteria Hotel Legoland

Breakfast dengan pelbagai pilihan menu 


Terdapat banyak segmen di dalam theme park iaitu star wars, ninjago world, the beginning, miniland, imagination, Lego Technic, Lego Kingdoms, Land of Adventure dan Lego City mengikut kategori dan keinginan masing-masing. Kelihatan ramai pengunjung membanjiri theme park  bersempena megambil peluang cuti sekolah. 


Game kegemaran seisi keluarga


Super hero Legoland menyanyi dan menari


Gaya ninjago Baby Aakif


Di depan pintu Star Wars

Diapait oleh R2D2


Mini taj mahal lambang cinta sejati si Raja untuk Isterinya


 
Castle tempat beradu para warrior 


Zoom castle dari menara Taming Sari


Ninja-ninja kami beraksi di Legoland


Setelah puas bermain game dan seharian di dalam Legoland Theme Park tersebut, sekitar jam 4.00pm kami pun keluar menuju ke pekan Johor Baharu untuk check in pula di Hotel Boutique Zoom Inn di 29c, Jalan Bertingkat Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor yang terletak di Danga Bay dekat Tune Hotel.


Checkin di kaunter

Ruang menunggu di Hotel Zoom Inn

Lukisan dinding bilik Hotel Zoom Inn


Selepas berehat di hotel, sekitar jam 6.00pm kami menuju ke Angsana JB Mall yang terletak di Plaza Angsana, 17, Jalan Bertingkat Skudai, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor untuk makan malam di foodcourtnya sahaja sambil jalan-jalan di sekitar shopping kompleks tersebut. Kami balik semula ke hotel setelah berlegar-legar sekitar 15 minit dan membeli air minuman dan snek untuk dimakan di hotel.

Begitulah kisah trip perjalanan santai family dan anak-anak ke theme park Legoland sempena cuti sekolah penggal 1- 2018. Sesungguhnya masa bersama keluarga amat bermakna dan menjadi kenangan indah sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, luangkanlah masa yang sesuai dan bawalah keluarga bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di zoomdglobe ke destinasi seterusnya. Jom….!!

No comments:

Post a Comment