Friday, 1 November 2024

Road To Lombok Part 2 – Lombok Kami Datang - Shopping di Mataram City, View Pantai Selong Belanak, Kuta, Mawun dan Snorkelling di Pulau Pasir, Pink Beach dan Pulau Gambir serta Melawat Rumah Tradisional Sasak

DAY 4 – JALAN-JALAN SHOPPING DI MATARAM, PANTAI SENGGIGI DAN PANTAI SELONG BELANAK, KUTA 

Pada pagi Jumaat 28 April 2023, kami bangun awal pagi dan berkemas beg dan bersiap sedia untuk checkout dari Hotel Le Kekiri Villa. Sementara menunggu Pak Irfan menjemput kami pada jam 10.00am, kami menemani Aakif yang teruja untuk mandi di swimming pool di hadapan villa tersebut. Mana tidaknya, swimming pool tersebut kosong dan hanya kami sahaja yang menginap di situ membolehkan Aakif berenang-renang di setiap sudut kolam tersebut. Kami sangat beruntung kerana menurut Cik Fenny, villa-villa tersebut baharu sahaja diperbaiki dan masih terdapat perancangan untuk renovate cafe dan pantry berdekatan dengan swimming pool tersebut bagi memberi kemudahan lebih selesa kepada pengunjung. 


Villa Le Kekiri


Swimming pool Le Kekiri 

Sekitar jam 9.00am, kami bertemu Cik Fenny untuk membuat bayaran cash kepadanya sebelum mengangkut semua beg ke dalam kereta Avanza Pak Irfan lalu bergerak meninggalkan villa tersebut menuju ke arah pantai Senggigi. Sebelum ke Pantai Senggigi kami meminta Pak Irfan membawa kami ke restoran satay rembiga dan restoran yang direcommendnya adalah Restoran Satay Rembiga Hajah Napisah yang terletak di C4P7+WQ7, Rembiga, Kec. Selaparang, Kota Mataram, Nusa Tenggara Bar. 83124, Indonesia. Mula-mula kami hanya memesan 20 cucuk satay rembiga ayam dan 20 cucuk satay rembiga daging, namun setelah dicuba memang terasa sedap walaupun pedas sehinggakan kami menambah pesananan 20 cucuk lagi…. sememangnya sungguh enak dan recommended….. 

Menu Famous di Restoran Rembiga Hajah Napisah 

Nikmatilah sajian asli satay rembiga 

Setelah kekenyangan menikmati menu breakfast satay rembiga kami pun bergerak menuju ke kawasan pantai Senggigi. Pak Irfan membawa kami ke gedung shopping Lombok Exotic Oleh-Oleh yang terletak di Senggigi, Jl. Raya Senggigi No.KM, Dusun Tanah Embet Barat, Batu Layar, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83355, Indonesia di mana terdapat pelbagai jualan oleh-oleh dari khusus Lombok. Kami membeli souvenirs, baju T ‘Lombok’ dan snek sebagai oleh-oleh untuk kenangan dan dimakan sepanjang perjalanan nanti. Terdapat kemudahan toilet, banyak kerusi lepak dan cafe serta rumah makan di sebelah gedung tersebut. Setelah berehat dan mundar-mandir di situ, Pak Irfan membawa kami ke gedung shopping Sasaku pula yang terletak hanya beberapa meter dari gedung Sasaku Oleh-Oleh Khas Lombok di sebelah jalan beralamat di F399+HR6, Senteluk, Kec. Batu Layar, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar., Indonesia. Di gedung Sasaku juga terdapat kemudahan toilet, banyak kerusi lepak dan cafe serta rumah makan di sebelah gedung tersebut yang agak lebih luas. Oleh kerana hari ini merupakan hari Jumaat maka sekitar pukul 12.00 tengahari, abah dan along mengikut Pak Irfan untuk bersolat Jumaat di Lombok Islamic Centre NTB yang terletak di Jl. Udayana, Gomong, Selaparang, Mataram City, West Nusa Tenggara 83125, Indonesia. Masjid tersebut tersegam indah di tengah-tengah Kota Mataram, Lombok merupakan pusat aktiviti agama Islam awam termasuk majlis kenduri dan sebagainya. 

 

Mesjid Lombok Islamic Centre



Melepak santai di Cafe Sasaku 

Setelah selesai solat Jumaat, Pak Irfan menuju semula ke gedung Sasaku mengambil masa 15 minit dengan jarak lebih kurang 8km sahaja untuk mengambil Mummy, Akif dan Kakak Damia di mana masing-masing kelihatan sedang lepak menunggu di meja Cafe dengan beberapa beg berisi barang yang telah dibeli. Setelah itu, kami menuju ke Rumah Tenunan Sukarara (Sukarara Weaving Village) yang terletak di Nusa Tenggara Bar. 83561, Sukarara, Kec. Jonggat, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar. 83561, Indonesia. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit sejauh 25km dan di pertengahan jalan hujan mula turun dengan lebatnya, tetapi setibanya di situ kami tidak kebasahan kerana Pak Irfan menghantar kami sehingga ke depan pintu lobby gedung Tenunan Sukurara tersebut. Sebaik sahaja sampai di pintu lobby gedung tersebut, Mummy dipelawa oleh pekerjanya untuk mencuba peralatan tenunan. 



Mummy gigih belajar menenun songket

Demo tenunan songket   

Setelah beberapa minit Mummy gigih menenun songket, kami pun berlegar-legar di ruang jualan gedung tersebut sambil memilih untuk membeli kain tenunan sampin, souvenirs dan snek lagi. Kami tidak dapat berfoto di hadapan rumah tradisional kayu kaun Sasak yang dibina di sebelah luar kawasan rumah gedung tenunan tersebut kerana hujan masih turun dengan lebat. Setelah itu, Pak Irfan memandu keretanya untuk mengambil kami di depan pintu lobby gedung tersebut memandangkan hujan masih renyai-renyai kemudian meneruskan perjalanan menuju ke pantai Selong Belanak yang terletak di Selong Belanak, Praya Barat, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83572, Indonesia. 

Setelah menempuhi perjalanan ke pantai Selong Belanak mengambil masa sekitar 40 minit dengan jarak 25km ke arah selatan Pulau Lombok, Pak Irfan memandu memperlahankan keretanya memasuki kawasan parking yang becak dan banyak kawasan jalan berlubang dilimpahi air hujan yang mula reda. Kami berjalan menuju ke tepi pantai dan kelihatan ramai pengunjung yang lepak di tepi pantai masing-masing menanti dan berharap dapat melihat sunset walaupun awan mendung masih menutupi ruang angkasa. Manakala jauh dari tepian pantai kelihatan ombak laut beralun kencang meluru dan menghentam pantai manakala kelihatan ada juga pengunjung yang gembira beramain papan luncur di celah-celah deruan ombak tersebut. Kami memesan dan tapau 4 ketul jagung bakar sebelum beredar meninggalkan kawasan pantai sunset Selong Belanak kerana mengikut penelitian kami dengan keadaan awan mendung tersebut memang sukar untuk melihat sunset. 

Kami mengambil keputusan untuk berhenti makan di restoran tak jauh dari hotel. Kami memesan beberapa menu yang semuanya kelihatan enak-enak belaka. Setelah siap menjamu selera kami pun bergerak menuju ke Ocean Views Villa beralamat di Jalan By Pass Kuta Awang KM 3 Kuta Pujut, Lombok Tengah, 83573 Kuta Lombok, Indonesia. Sebelum sampai ke hotel, kami singgah di supermarket di pekan Kuta untuk memebeli buah-buahan dan minuman. Selepas itu, kami mengguakan waze untuk menuju ke Hotel Ocean Views Villa di mana kami telah book di booking.com berharga RM260/Night (2Adults/2Childs+1 extra bed). 



View Hotel Oceans View Villa & Swimming Pool 

Keadaan hotel tersebut tidak memuaskan sehinggakan ada tingkap yang dibiarkan tanpa langsir. Dari balcony bilik kami, kelihatan swimming pool yang tidak maintain, dasar kolam yang kotor dan air yang tak jernih. Mujurlah kami hanya membuat booking hanya untuk semalam sahaja. Kami mengambil keputusan untuk berehat, makan snek dan buah-buahan dan minum air yang dibeli di supermarket tadi sambil berkemas dan bersembang.



DAY 5 – SNORKELING & BEACH HOPPING DARI TANJUNG LUAR KE PULAU PASIR, PULAU GAMBIR DAN PULAU PINK

 

Pada pagi Sabtu 29 April 2023, kami bangun awal pagi dan berkemas beg bagi memastikan tiada barang tertinggal dan bersiap sedia untuk checkout dari Hotel Oceans View Villa. Sementara menunggu Pak Irfan menjemput kami pada jam 9.30am, kami turun ke cafe untuk breakfast pada jam 7.30am dengan siap berpakaian untuk snorkeling. Aakif tidak lagi teruja untuk mandi di swimming pool di hotel Oceans View Villa memandangkan keadaan kolam yang tidak terurus dan kotor. 

Setelah siap breakfast dan memasukkan semua begpack ke dalam kereta Pak Irfan, kami pun meninggalkan hotel tersebut menuju ke jetty Tanjung Luar yang terletak di alamat Dermaga tanjung Luar, 6GHG+W2P, Jl. Dermaga II, Tj. Luar, Keruak, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Keadaan jalan pada pagi itu sungguh sesak menurut Pak Irfan menjadi budaya orang Lombok untuk menyambutnya pada minggu selepas Hari Raya di mana dinamakan hari ‘Raya Ketupat’. Kelihatan berbondong-bondong penduduk menaiki kenderaan sehinggakan penuh dan berhimpit ke arah masing-masing dan kelihatan ada juga yang singah ziarah di tanah perkuburan di tepi jalan raya.    

 

Suasana di Jeti Tanjung Luar

Menaiki boat di jeti

Sebaik sahaja sampai di jetty Tanjung Luar, kami menaiki boat dengan penyelamnya bernama Gopal langsung menuju ke Pulau Pasir dengan memakan masa sekitar 15 minit. Kami masih bernasib baik kerana boat masih boleh mendekati Pulau Pasir dan kami boleh turun di tengah-tengah laut dengan menjejaki tanah Pulau Pasir walaupun air laut separas atas tumit kaki sahaja. Dengan bantuan Gopal kami merakamkan beberapa aksi di Pulau Pasir.







Permandangan indah di Pulau Pasir

Selepas itu bot bergerak meninggalkan tanah Pulau Pasir yang putih bersinar itu menuju ke kawasan penternakan Lobster di mana dibina kelong-kelong yang terapung di tengah laut. Bot menghampiri salah sebuah kelong lantas kami naik ke kelong tersebut untuk memilih sendiri 6 ekor lobster bersaiz sederhana dan mendapat harga pukal IDR 1 juta. Lobster ini akan dibawa dan diberi kepada tukang masak di restoran terapung nanti di mana kami akan singgah semasa balik nanti untuk luch. 


Kelong nelayan membela lobster dan ikan

Lobster Lombok

Ketika membeli lobster tersebut, kami mengaimbau kenangan trip ke Mui Ne, Vietnam di mana kami pernah membeli lobster yang fresh dan murah berharga RM50/kg dengan kuantiti 2 ekor tanpa minta diskaun, kemudian lobster itu dibakar dan dimakan di tepi laut Mui Ne. Boleh ikuti kisah makan Lobster di Mui Ne, Vietnam di link Lobster murah Mui Ne,Vietnam ….. 




Restoran terapung di Lombok



Menu hidangan Lobster di Restoran Terapung Lombok

 

Kami meneruskan perjalanan untuk singgah di Pantai Pink dan memang menakjubkan apabila kami genggam sendiri pasir yang halus berwarna pink berbintik-bintik bersinar di tangan. Subhanallah….. Tanpa berlengah lagi kami mandi-manda dan berfoto di beberapa spot dengan bantuan Gopal.

 


Mandi-Manda di Pantai Pink yang indah

Setelah puas mandi-manda kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Petelu untuk snorkeling melihat terumbu karang dan banyak ikan berwarna-warni. Setelah itu, kami dibawa ke Pulau Gambir pula untuk snorkeling melihat terumbu karang dan banyak ikan berwarna-warni termasuk Nemo. Kawasan terumbu karang di Pulau Gambir ini sangat cantik berwarna-warni seakan-akan terumbu karang yang terdapat di Pulau Perhentian. Oleh kerana kesibukan kerja, sehingga kini kami masih belum berkesempatan menulis blog percutian sambil snorkeling di beberapa buah pulau di Malaysia…... tunggulah saat kerajinan muncul  nanti kami akan menceritakannya pula. 

Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Pantai Pink iaitu lokasi yang berlainan di mana kelihatan penduduk tempatan juga mengambil kesempatan di hari cuti hujung minggu untuk datang mandi-manda dan berkelah, kebanyakan mereka menggunakan jalan darat untuk sampai ke pantai tersebut.


Setelah puas mandi-manda dengan aktiviti snorkeling dan island hopping, kami meneruskan perjalanan balik untuk singgah di restoran terapung. Restoran yang kami singgah adalah Rumah Makan Apung yang terletak tak jauh dari jetty Tanjung Luar. Semasa kami mendarat di restoran tersebut kelihatan hidangan lunch yang sudah ditempah dan tersedia di meja makan. Kami membawa lobster yang dibeli dari nelayan tadi dan merujuk buku menu untuk membuat pesanan menu tambahan. Ada juga pelancong yang dijemput oleh pekerja restoran dari jetty berdekatan untuk makan di restoran tersebut yang juga menyediakan lobster dan seafood lain yang masih hidup segar dan boleh dipilih mengikut saiz yang dikehendaki.




Restoran terapung yg menyajikan menu Lobster..

 

Kami memilih masakan menu lobster dimasak pedas, ikan bakar dan juga menu seafood lain yang telah dipesan dan siap dimasak. Rasa semua menu seafood memang enak terutamanya lobster segar yang isinya sangat sedap dimasak dengan resepi pedas jika dibandingkan dengan lobster di Mui Ne, Vietnam, yang hanya dibakar sahaja namun kedua-dua lobster ini sangat sedap dan puas hati kerana sangat murah dan berbaloi. 

Setelah siap lunch, kami menaiki boat semula untuk menuju ke jetty Tanjung Luar mengambil masa sekitar 15 minit. Setelah sampai di jetty, kami berehat sebentar dan ada juga kemudahan toilet disediakan berhampiran jetty tersebut dan kami membasuh kaki dan membuang pasir-pasir halus yang melekat.  

Kami meneruskan perjalanan balik ke pekan Kuta dan awan mendung menandakan hujan akan turun. Dalam perjalanan hujan turun lebat dan kami mengambil keputusan untuk balik berehat di bilik hotel sahaja. Kami singgah di restoran yang berdekatan hotel sahaja untuk tapau makanan dan kami checkin bilik di Cewin Homestay beralamat di Jalan Baruna Santhi II, No. 5, Lingkungan Tanah Embet, Batu layar, Lombok Barat, 83555 Indonesia, yang kami tempah di Booking.com berharga IDR500,000 + extra bed (IDR25000). 

 



Penginapan di Cewin Homestay

Kami makan set tapau dinner masing-masing di bilik hotel dan berehat sambil makan snek sebelum masing-masing nyenyak tidur akibat keletihan seharian bersnorkeling. 

 

DAY 6 – FLIGHT AIRASIA INDONESIA DARI LOMBOK KE KLIA

Pada awal pagi Ahad 30 April 2023, kami keluar pada pukul 7.30am berjalan menuju ke pekan Kuta dan mencari restoran untuk breakfast. Kami singgah di Restoran The Hut yang kelihatannya macam baru sahaja dibuka dan memesan menu breakfast. 

Setelah siap breakfast yang ditapau, kami berjalan balik ke Cewin Homestay semula dan berkemas untuk checkout kerana sebelah petang kami akan terus ke airport. 

Kami meninggalkan Cewin Homesaty menuju ke Bukit Merese melewati Litar Permotoran Mandalika dan ramai orang berlegar-legar di hadapan pintu litar tersebut sambil berfoto dan shopping. Kami meneruskan perjalanan masuk kekawasan tanah tinggi dan kelihatan banyak kenderaan terutama motorsikal mendaki bukit menuju ke Bukit Merese dan pantai Tanjung Ann. Rupa-rupanya di sebalik tanah tinggi Bukit Merese itu kelihatan pantai Tanjung Ann yang sungguh menakjubkan. Hilang penat mendaki Bukit Merese setelah sampai ke puncaknya apabila dapat merakamkan gambar yang sungguh cantik view dari tanah tinggi dengan berlatarbelakangkan pantai Tanjung Ann.

 




View dari atas puncak Bukit Merese

Setelah selesai bergambar dari puncak Bukit Merese, kami berpatah balik semula menuju ke pantai Mabun memandangkan banyak masa lagi sebelum meninggalkan pekan Kuta menuju ke airport. Kami tiba di pantai Mabun yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Bukit Merese. Pantai Mabun juga sungguh lawa dengan airnya yang berwarna kebiruan memukau mata memandang. 


Aktiviti2x ombak dan suasana kedamaian di Pantai Mabun

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Rumah Sasak yang terletak di Rembitan, Pujut, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83573, Indonesia dalam perjalanan ke airport. Kami disambut oleh salah seorang penduduk kampung tersebut merangkap pemandu pelancong yang akan membawa kami ke setiap penjuru kampung tersebut sambil memberi penerangannya.




Warisan trasional di Kampung Sasak 

Dalam perjalanan ke airport kami singgah di restoran yang terletak di perjalanan menjuju ke airport untuk lunch dahulu. Setelah memesan menu makanan masing-masing, pengunjung boleh ke ruang mini market di sebelah ruang makan untuk shopping ole-ole seperti keropok, madu dan sebagainya serta pakaian seperti baju T, kain pelikat dan sebagainya serta barang-barang kraf.



Lunch sebeleum ke airport 

Setelah berehat dan menjamu selera kami meminta Pak Irfan terus menghantar kami ke airport lalu bergerak masuk ke immigration dan pemeriksaan keselamatan sebelum pergi ke gate untuk menunggu pesawat. Flight Air Asia Indonesia dari Lombok ke KLIA ditunda hampur 45 minit di mana pesawat meniggalkan Lombok lebih kurang jam 6.30pm dan sampai di KLIA 2 jam 9.45pm. Kami berjalan agak jauh dari gate Q ke terminal KLIA 2 bagi pemeriksaan immigration. Kami menaiki train ERL Transit untuk ke Putrajaya Sentral untuk mengambil kereta dan pulang ke rumah. 

 




Ready... bawalah kami pulang...

Kami berharap agar diberi peluang untuk menempuhi perjalanan ke negara-negara lain pula di trip akan datang. Amin3x... Jom ke destinasi santai ala DIY free style…… InshaAllah...

 Trip akan datang - South Korea (Joseon), tunggu kami datang....! Annyong.....

Trip akan datang - Menjejaki Kota Angkor Lama di Cambodia....

  

No comments:

Post a Comment