DAY 1 – Trip to Balkan - Flight MAS ke Sarajevo & Berjalan Di Kota Sarajevo dan Drive Menyusuri Sungai dan Lake di Jacje, Bosnia hingga ke Kotor dan Cross Border ke Mostar, Montenegro
Alhamdulillah, destinasi kami
seterusnya adalah menjelajah dan zoom ke Balkan salah satu destinasi wishlist
yang sekian lama tertunda. Sehingga ke saat terakhir pada bulan Ogos kami
terpaksa mengikuti perkembangan akibat pergolakan antara IsraXXel dan IrAAn. Apabila
keadaan mulai tenang kami pun cepat-cepat membuat itinerary dan persediaan awal
kali ini untuk Trip ke Balkan. Alhamdulillah, kami mula membuat pembacaan
dengan merujuk kepada Google dan FB mencari-cari idea untuk trip ke Balkan pada
kali ini. Dengan cuti tahunan yang berbaki kami perlu memilih negara-negara
Balkan yang tertentu sahaja untuk Trip kali ini agar dapat explore secukupnya
dan akan merangka trip lain selepas ini untuk ke negara-negara Balkan yang lain
pula. InshaAllah…..
Setelah merangka itinerary kami
memilih tarikh iaitu hampir dengan musim cuti persekolahan dan juga ketika itu juga
banyak Public Holiday sempena menyambut bulan kemerdekaan dan juga Hari
Malaysia nanti. Syukur Alhamdulillah, dengan hanya mengambil
cuti Annual Leave 8 hari sahaja kami dapat merangka trip bercuti selama hampir
17 hari. Kami menempah penerbangan MAS di web Expedia yang berharga RM12,700 (4pax/2
way) untuk 4 Adults open jaw perjalanan pergi dari Kuala Lumpur (KUL) –
Sarajevo (SJJ) manakala perjalanan balik pula dari Istanbul (IST) – Kuala
Lumpur (KUL) di mana akan transit di Doha, Qatar. Kalaulah angkara si IsraXXel
Laknatulah tidak mengganas dan mencari hal dengan IrAAn kami dah pun booking
lebih awal dan grab harga yang lebih murah lagi…. Kami mendoakan agar saudara-saudara
kita di Gaza sentiasa di bawah pelihraan Allah dan suatu hari nanti dengan
pertolongan tentera Allah bumi Gaza akan bebas Merdeka dari cengkaman dan
keganasan IsraXXel Laknatullah. Amin3x….
Untuk pergerakan di bumi Balkan dari
Sarajevo ke bandar-bandar lain di di Bosnia Herzegovina, kami menempah kereta
sewa jenis Dacia Logan Automatik melaui wazzap Mr. Denis Rustemovic (no. hp
+00620001111) setelah merujuk FB sahabat group Road to Balkan iaitu FB
Puan Redziah Mohamad yang pernah menempah kereta sewa dari Trio.com rent a
car, Sarajevo. Kami mendapat harga istimewa setelah beberapa kali diberi
pilihan jenis kereta berserta harganya, akhirnya kami bersetuju menempah kereta
tersebut dengan harga EUR550 (RM1,707.34) untuk tempoh 12 hari. Paling terkejut
kerana apabila sampai di Sarajevo Airport kami diberikan kereta Toyota Yaris
Hybrid dengan harga yang sama.
Setelah itu, kami mula membuat
research dengan merujuk kepada katalog dan brochure dari kawan-kawan yang
pernah ke Balkan dan juga berpandukan FB, Google dan Instagram untuk
mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat menarik di Balkan secara khususnya
terutama berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport,
cuaca dan sebagainya.
Setelah itu, kami merangka
itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 16 Hari 16 Malam dan tanpa
berlengah terus membuat tempahan hotel dan plan method perjalanan di dalam
bandar-bandar utama di Balkan bermula dari Sarajevo menggunakan public
transport sehingga ke Kawasan pedalamannya yang bergunung-ganang dengan memandu
kereta sewa.
Setelah menjelajah negeri-negara Balkan iaitu Bosnia Herzegovina, Montenegro, Albania, Macedonia, Bulgaria dan Kosovo, kami akan menaiki flight Anadolu Jet (Ajet) iaitu kapal terbang domestik tambang murah milik Turkish Ailines dari Sarajevo (SJJ) – Istanbul Sabiha Gocken (SAW). Kami telah menempah tiket melalui Agoda.com dengan harga EUR337.00 (RM1,652.00) untuk 4 Adults dengan hand carry dibenarkan 4kg personal + 8 kg small bag dan check-in luggage hanya 1 beg besar dengan berat 20kg.
Google Map – Route
Trip to Balkan 1 (September 2025)
Pada malam cuti Mauludir Rasul
Nabi Muhammad SAW pada 4hb September 2025, kami keluar sekitar jam 8.30 malam dengan
masing-masing membawa beg yang telah dikemas beberapa hari lepas dan memesan
perkhidmatan e-haling Grab kereta Alza untuk membawa kami menuju ke KLIA
airport Terminal 1. Grab tersebut memecut laju membawa kami melalui highway
SPE, MEX dan NKVE dan sekitar jam 10 malam kami telah pun sampai ke KLIA. Setelah
tiba di KLIA, kami langsung ke aras Departure Hall berjalan menuju ke kaunter
Roaming Man di hujung kaunter R untuk mengambil Portable Wifi yang kami telah
tempah di web Roaming Man berharga RM188.10 + RM100 depo pakej 15 hari di
Balkan 45GB. Pakej 45GB yang dikongsi 4
peranti gadjet mengcukupi untuk trip di Balkan ini namun semakin slow apabila
menghampiri hari ke 15 ketika penggunaannya telah melepasi limit 45GB. Kami
menyarankan agar kepada pengguna internet yang tegar atau kumpulan yang lebih 4
pax supaya memesan pakej yang lebih besar untuk memastikan internet dapat
diaksess di sepanjang pengembaraan nanti. Lagi pun pengembara akan menghadapi
masalah coverage internet di negara Kosovo dan pada ketika itu kami hanya
bergantung kepada internet di bilik sewaan sahaja.
Kepada pengembara yang ingin
selesa berhubung internet sepanjang pengembaraan silalah buat booking Roaming
man di mana kami sangat recommend berdasarkan pengalaman kami di beberapa buah
negara dunia yang kami telah kunjungi. Untuk mendapatkan diskaun silalah guna
promosi kod iaitu RM407978.
Roaming Man
Berdasarkan pengalaman kami di
Taiwan, pada trip kali ini kami hanya membawa power bank yang bersaiz kurang
20,000mAh untuk mengelakkan ianya dirampas semasa pemeriksaan keselamatan di
airport. Bagi pengembara yang menaiki pesawat, sudah pasti ingin membawa
peralatan bateri powerbank untuk mengecas handpone, portable wifi dan
sebagainya. Power banks yang dibenarkan adalah berkapasiti tidak melebihi 100Wh
/ 20,000mAh (seperti peraturan IATA) dan
seseorang hanya dibenarkan membawa kuantiti terhad sebanyak 2 sahaja. Adalah
dilarang dan ditegah sama sekali untuk menggunakan perlatan bateri power banks
tersebut di sepanjang penerbangan bagi memastikan keselamatan semua penumpang dalam
penerbangan terjamin.
Melalui pencarian di google,
power bank yang dibenarkan adalah seperti berikut;
Power bank/spare dry batteries
- < 100Wh, < 2g
- Each person is allowed to carry a maximum of 2
power banks.
- Batteries must be individually protected to
avoid short circuit.
- DO NOT place power bank in hand
carry or checkin baggage
- Power bank MUST ALWAYS BE CARRIED
ON-PERSON
- The use of power banks within aircraft cabin
is strictly prohibited under all circumstances
- Power banks must not exceed 100Wh / 20,000mAh
(as per IATA regulations)
Sementara
menunggu ketibaan flight MAS MH164, kami sempat solat jamak Isyak dan
Magrib di surau berdekatan lalu menunggu di pintu flight sehinggalah pengumuman
dibuat untuk boarding masuk ke pesawat. Pesawat MAS MH164 flight dari Kuala
Lumpur (KUL) – Doha Hamad Airport (DOH) berlepas sekitar jam 2.55 pagi dan mengambil
masa lebih kuran 7 jam 20 min di mana kami akan transit selama 1 jam 55 min di
Doha. Setelah itu, kami akan menaiki connecting flight MH4388 dari Doha (DOH) –
Sarajevo (SJJ) mengambil masa sekitar 5 jam 50 min akan mendarat di Sarajevo
International Airport di Bosnia Herzegovina.
Di sepanjang pernerbangan MAS
kami disajikan dengan layanan Malaysia Hospitality menu-menu makanan dan
minuman mengikut kegemaran masing-masing. Kami dijamu makan sebanyak 2 kali dan
selepas itu sesekali kami tertidur dan berehat setelah keletihan bergegas
menuju ke KLIA1. Menjelang masuk waktu subuh kami solat subuh di atas flight
apabila diberitahu oleh pramugara telah masuk waktu subuh dan beliau juga
menyediakan sejadah.
Passport dah ready jom boarding... ayuh Rajawali terbang tinggi......
Setelah mendarat di Doha Hamad
Airport (DOH), kami melalui pemeriksaan keselamatan untuk transit ke connecting
flight share code bersama di antara MAS dan Qatar Air yang akan berlepas
sekitar jam 6.50am dari Hamad International Airport menuju ke Sarajevo Airport mengambil
masa selama lebih 5 jam selamat mendarat sekitar jam 11.10 pagi. Di Sarajevo
Airport kami menyediakan dokumen-dokumen berkaitan seperti passport, itinerary,
hotel dan juga lain-lain dokumen keselamatan sebelum beratur di kaunter
immigration. Alhamdulillah, proses mendaftar masuk tersangatlah mudah dan cepat
di Sarajevo Airport berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.
Setelah selesai proses tersebut kami
berjalan sambil mengambil gambar di luar Sarajevo Airport tersebut sambil menunggu
Bas Centrotrans Eurolines - Aerodrom di depan pintu keluar Arrival di Sarajevo
Airport. Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan bas dan juga hotel kami segera
mengaktifkan portable Wifi Roaming Man. Setelah connecting wifi selesai kami berjaya
mengaksess internet di mana proses pengaktifan Roaming Man tersangatlah mudah
dan sangat membantu untuk pengembara… recommended.
Setelah menunggu hampir 20 minit kelihatan
muncul bas berwarna biru dengan sign Aerodrom dan kelihatan ramai penumpang
turun dengan bagasi masing-masing di hujung pintu Departure di Sarajevo
Airport. Setelah penumpang semua turun barulah bas tersebut bergerak dan
berhenti tepat betul-betul di hadapan pintu Arrival di Sarajevo Airport dan
ramai juga penumpang dengan bagasi masing-masing beratur untuk menaiki bas
tersebut. Tambang bas tersebut adalah sebanyak KM5 seorang dan boleh dibayar
secara cash terus kepada driver. Berikut adalah jadual yang kami snap di tiang
berhampiran parking dan lokasi penumpang menunggu bas.
Jadual bas Aerodome
Sarajevo Airport – Sarajevo City
Setelah semua penumpang naik di
situ bas tersebut bergerak menuju ke kawasan parking iaitu lokasi di mana bas akan
berhenti lama bagi menunggu penumpang-penumpang yang lain yang akan meninggalkan
airport mengikut jadual yang tertera di tiang berdekatan parking tersebut.
Setelah sampai tepat waktunya, bas
pun mula bergerak menuju ke Sarajevo City dan berhenti di setiap bus stop di
sepanjang route perjalanannya bagi menurunkan penumpang dan juga mengambil
penumpang.
Sarajevo Airport
Bas Aerodome
Sepanjang perjalanan mengambil
masa kira-kira hampir 30-45 minit, kami menikmati permandangan dari jendela bas
tersebut yang berhenti di beberapa bus stop bagi mengambil penumpang dan
sesekali ada kereta berhenti bersebelahan bas. Kami juga terpesona dengan
kemesraaan penduduk Sarajevo di mana kebanyakannya akan tersenyum menyambut
kedatangan pengembara Malaysia sehinggakan ada yang melambai-lambai tangan.
Setelah sampai ke Bascarsija
iaintu bus stop terakhir di Sarajevo City, kami menarik bagasi masing-masing
menuju Restoran Steakhouse kerana pada masa itu jam baru menunjukkan sekitar
pukul 1.00 tengahari. Kami berjalan berpandukan Google Maps ke restoran halal Restoran Bosnian House - Bosanska Kuca/Steak house yang terletak di Bravadziluk 3,
Bashcarsija, 71000 Sarajevo (Opn-24hrs). Akhirnya setelah berjalan beberapa
minit sahaja menyusuri jalan di Sarajevo Old Town kami pun sampai di hadapan
restoran tersebut. Cuaca di Sarajevo sekitar 20 degree walaupun cuaca panas
terasa selesa namun tidaklah terasa keletihan sangat semasa berjalan menuju ke
restoran tersebut.
Kami disambut mesra oleh pekerja yang
menghulurkan menu untuk kami teliti dan berdasarkan review di media sosial kami
membuat tempahan mengikut selera masinh-masing. Restoran tersebut menyajikan
menu halal masakan steak untuk pengembara Muslim.
Restoran
Menu steakhouse
(Rating : 4.4/5)
Di sepanjang
jalan Sarajevo Old Town terdapat juga beberapa restoran Halal yang boleh
menjadi pilihan pelancong Muslim untuk bertukar menu dan selera. Di antara
restoran yang halal dan terkenal adalah Restoran Cafe Fast Food Alo Alo yang
terletak di dalam Kawasan Sarajevo Old City tersebut. Jadi tak perlu risau jika
berkunjung ke Sarajevo usahlah risau tentang makanan halal kerana ada sahaja
restoran termasuklah menu fast food.
Suhu sangat selesa jalan-jalan di Sarajevo Old Town
View sekitar Sarajevo City Hall
Sambil menunggu pesanan makanan siap
dimasak, kami menghantar wazzap kepada hotel yang kami tempah di iaitu Studio -
Cozy Apartment in heart of Sarajevo yang terletak di Brodac Brodac 2 3rd Floor,
71000 Sarajevo, Bosnia and Herzegovina - Whatsapp/call +971507502565. Kami telah menempah bilik di web Booking.com
dengan harga EUR44 (RM218.00) untuk bilik Studio untuk penginapan semalam
sahaja. Hotel ini sungguh selesa dan recommended untuk family trip. Anda juga
boleh melihat review yang kami tinggalkan di Booking.com sebagai panduan anda
untuk membuat tempahan agar mendapat bilik yang sesuai bagi percutian anda.
Sementara menunggu makanan tiba, kami meninggalkan meja tempahan tersebut dan
bergegas untuk mengambil kunci setelah bilik tersedia.
Setelah kekenyangan lunch menu
steak masing-masing, kami pun menarik bagasi masing-masing menuju ke bilik dan
berehat serta solat jamak. Kami keluar semula berjalan-jalan ke Sarajevo Old
Town dan mengikut schedule itinerary sekitar bandar Sarajevo iaitu singgah ke
masjid, city hall dan lain-lain.
Setelah kembali semula ke bilik,
kami masak makanan pack Brahim yang dibawa sambil berehat setelah seharian
menempuh perjalanan jauh menaiki pesawat seawal pagi dari Kuala Lumpur, transit
di Doha dan juga sempat menerokai beberapa tempat menarik di sekitar Kota Sarajevo.
DAY 2 – Trip to Balkan - Drive Dari Sarajevo, Bosnia singgah
di Life Tunnel, Menyusuri Sungai dan Lake serta Pliva Waterfalls di Jacje
Pada pagi Sabtu 6 September 2025,
kami bangun solat subuh dan menyediakan sarapan ala-kadar dari bekal yang kami
bawa serta berehat sebentar sebelum check-out dan turun ke hentian bus shuttle
Sarajevo-Airport. Setelah bertanyakan salah seorang driver bas yang berhenti menunggu
di bus stop Bascarsija, dia menunjukkan hentian bas shuttle yang tak jauh dari
junction City Hall Sarajevo dan berdekatan dengan bilik Studio kami sahaja.
Oleh kerana jadual bas tidak kerap untuk weekend, kami terpaksa menunggu hampir
1 jam lebih dalam kesejukan pagi untuk menaiki bas pada jam 7.45am menuju ke
Sarajevo Airport. Setelah menaiki bas hampir 35 minit kami pun sampai ke
Sarajevo Airport lalu dan berjalan menuju ke kaunter Trio Rental Cars yang
terletak di hujung kawasan parking kereta. Kami berjumpa dengan Mr. Dennis
(Contact No. ; +38765657301) yang menguruskan tempahan melalui wazzap untuk
kereta jenis Dacia Logan Automatik berharga EUR550 selama 12 hari bermula dari
6 September hingga 17 September 2025. Kami amat gembira kerana Mr. Dennis telah
menawarkan dan menyediakan kereta Toyota Yaris Hybrid tanpa sebarang perubahan
harga.
Untuk memandu di Balkan,
memerlukan International Driving Licence (IDL) dan jangan lupa membbawa lessen
fizikal Malaysia. IDL pula boleh dipohon di mana-mana pejabat JPJ dengan
bayaran RM150 yang valid hanya setahun sahaja. Lesen memandu fizikal Malaysia
hanya boleh dipohon di Ibu Pejabat JPJ Negeri yang memerlukan bukti pembelian
tiket ke luar negara.
Semasa mengambil kereta sewa,
kami perlu membuat pemeriksaan terlebih dahulu dan snap gambar keliling kereta
wlaupun kami mengambil insuran yang melindungi kemalangan dan kerosakan
sepenuhnya. Mr Dennis menunjukkan kad-kad minyak yang boleh digunakan di
mana-mana petrol pump dokumen insuran untuk cross border ke negeri-negeri
Balkan sementara tol lebuhraya pula boleh dibayar cash atau kad kredit. Untuk
perjalanan kami keseluruhannya sejauh lebih kurang 2,500km memerlukan minyak
sebanyak RM830 manakala tol pula sekitar RM100 sahaja.
Gambar snap semasa checking kereta
Pemanduan di Balkan memerlukan
skill dan tumpuan namun sesiapa yang pernah memandu di Taiwan akan berasa lebih
senang untuk memandu di Balkan. Purata speed limit di Balkan sekitar 50-80km/h
di jalan Persekutuan manakala speed limit 110-130km/h di highway. Hanya di
Albania dan Bulgaria perlu lebih teliti dan berhati-hati di mana system traffic
light sama seperti di Taiwan di mana agak mengelirukan kerana kesemua kereta berebut
jalan sama ada untuk laluan terus atau membelok, kena pandai-pandai mengagak
kelajuan kereta yang datang agar tidak berlaku kemalangan ya…. Kebanyakan jalan
di Tirana terutamanya di pusat bandar iaitu di kawasan perumahan jalannnya adalah
sangat sempit dan usah percaya 100% kepada Google Maps kerana ia boleh membawa
anda ke lorong-lorong yang terlalu sempit serta jalan mati…... berwaspadalah
ya……..
Kebanyakan tempat tumpuan
pelancong akan disediakan tempat letak kereta yang mempunyai kaunter bayaran
dan ada juga yang menyediakan kemudahan bayaran di mesin kiosk secara tunai
atau kad kredit.
Kemudahan parking kereta di Balkan
Setelah membuat pemeriksaan bersama ke atas kereta Toyota tersebut dan membuat bayaran sewa tanpa deposit kami pun meninggalkan kawasan parking tersebut sengan gembiranya.
Setelah proses pengambilan kereta
sewa selesai, kami pun menyimpan begpack di bahagian bonet dan berpandukan
Google Maps menuju ke destinasi bermula setelah setting perjalanan Google Maps menuju
ke destinasi pada hari itu iaitu ke Tunnel of Salvation yang terletak di BA 1,
Sarajevo 71000, Bosnia & Herzegovina hanya beberapa minit sahaja pemanduan
dari Sarajevo Airport.
Kami membayar parking lalu
bergegas ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk ke Tunnel tersebut berharga
KM20 (4 pax). Bersama kami di pintu masuk Adalah sekumpulan pelancong dari
negara China. Mereka masuk Bersama-sama kami dan masing-masing berpecah setelah
leka melihat gambar-gambar yang dipaparkan di dinding luar tunnel tersebut.
Kami juga meneliti gambar-gambar dan video yang terdapat di beberapa section
dalam tunnel tersebut.
Tunnel of Salvation, Sarajevo
Setelah siap berjalan ke setiap sudut di dalam tunnel tersebut, kami pun mengambil keputusan untuk keluar dan meneruskan perjalanan menuju ke Vesno Bosna terletak di Ilidža, Sarajevo 71000, Bosnia (Open-24hrs). Di sini juga kami perlu membayar parking manakala tiada sebarang bayaran masuk ke taman Vesno Bosna tersebut. Kami berjalan menyusuri sungai dan terpukau dengan kejernihan air yang mengalir deras. Kami snap beberapa gambar sambil berjalan menuju ke dalam kawasan taman tersebut. Akhirnya kami pun sampai ke kawasan tasik yang menjadi hot spot pelancong mengambil gambar berlatarbelakangkan tasik yang jernih dan berwarna warni. Terdapat playground kanak-kanak yang menjadi perhatian mereka manakala tidak jauh dari situ terdapat juga café di mana pengunjung boleh berehat.
Vesno Bosna
Setelah membeli ais krim di café tersebut, kami berjalan perlahan-lahan sambil menikmati ais krim tersebut dan duduk berehat sebentar sementara menunggu ada yang ingin singgah ke toilet. Kami meneruskan pemaduan mengikut setting Google Maps ke kota Travnik Fortress (Castle) - Old Town yang terletak di 6MJC+286, Travnik, Bosnia / (Open: 8.00am-8.00pm). Kami terus ke kawasan parking persendirian di halaman sebuah rumah dan berjalan hanya beberapa meter untuk mendaki ke kota Travnik Fortress (Castle) - Old Town. Sambil berlegar-legar snap gambar boleh singgah untuk try sewa main game memanah dan juga kostum ala-ala Barbarian suit serta meninjau wanita tempatan menyulam batik.
Kota Travnik Fortress
(Castle) - Old Town
Aktiviti di Kota Travnik Fotress
Setelah itu, kami meneruskan
perjalan sejauh lebih kurang 3 km menuju pusat bandar Travnik dan singgah di
masjid Turki Masjid Sulejmaniye/Ornamented Mosque. Kami masuk ke café turki dan
memesan menu yang ada hanya minuman dan dessert sahaja di mana kami dibenarkan
tapau makanan dari restoran berdekatan dengan masjid tersebut.
Masjid & Café di Turkeye
Mosque di bandar Travnik
Setelah kekenyangan kami
meneruskan pemanduanmengikut Google Maps dan singgah di Džamija Malezija (Masjid
Malaysia) yang terletak di 6HRG+55R, Bosanska ulica, Turbe 72283, Bosnia. Kami
singgah solat jamak sambil meninjau-ninjau Kawasan sekitar. Terdapat juga café
halal di tingkat bawah bahagian hadapan masjid tersebut. Kami juga melihat rekabentuk beberapa buah
rumah di sekitar masjid tersebut menyerupai rekabentuk rumah-rumah di Malaysia.
Masjid Jamek Malaysia
di Turbe menghala ke Mlincici/Jacje
Setelah selesai beribadah di
masjid Malaysia, kami meneruskan perjalanan dengan berpandukan Google Maps
menuju ke North Sarajevo (Mlincici) / Sipovo. Jalan menuju ke situ agak jauh
dan berhati-hatilah memandu di jalan yang banyak selekoh seperti ular kena
palu……. Hati-hati juga dengan speed limit kerana terdapat banyak CCTV dan speed
trap.
Setelah sampai di pelan Jacje, kami
menuju ke parking dan berjumpa dengan host iaitu Madam Sabina yang sangat mesra
dan melayan kami dengan memberi maklumat lanjut tentang tempat-tempat menarik
di Jacje. Pada malam itu kami akan menginap di Three Bedroom Apartment iaitu Apartman
Centar Jajce teretak di Vodopad centar, 70101 Jajce, Bosnia and Herzegovina.
Keadaan rumah apartment itu sangat luas dan memiliki fasiliti yang secukupnya
sesuai untuk percutian family yang boleh memuatkan sehungga maksimum 10-12 orang.


Bilik yang sangat selesa - 3 bedroom Apartman Centar Jacje
View sekitar Apartman Centar Jajce
Kami keluar semula berjalan
menuju ke Pliva Waterfalls hanya sekitar 300m dari bilik apartment. Cuaca mulai
sejuk dan nyaman semasa kami sampai di air terjun tersebut dan berlegar-legar
sambil snap gambar dan menikmati desiran dan keindahan air terjun tersebut.
Kami berjalan perlahan-lahan sambil menghirup udara petang dan sesekali
bergambar di spot yang cantik.
Kelihatan juga ramai pengunjung
lain yang duduk di kerusi-kerusi yang disediakan di dalam taman itu dan ada
juga yang berdiri sambil berbual-bual. Setelah menjelang senja, kami pun
berjalan meninggalkan kawasan taman dan air terjun berpatah balik semula melalui
kawasan deretan kedai-kedai, restoran dan pub-pub sebelum sampai ke bilik
apartment. Pada malam itu kami masak nasi goreng pack Brahim sambil
berehat.
DAY 3 – Trip to Balkan - Drive
Dari Jacje, Bosnia dan singgah di Kota Kotor Serta Cross Border Menuju ke Kota
Mostar, Montenegro
Pada pagi Ahad 7 September 2025,
kami bangun seawal pagi untuk solat subuh dan sediakan breakfast sebelum
meneruskan aktiviti selanjutnya pada hari ke-3 di Bosnia & Herzegovina. Kami
turun membawa bagasi masing-masing dan memuatkannya ke dalam boot kereta sebelum
setting Google Maps untuk ke Mlincici (Lake) /Watermills yang terletak di Malo
Plivsko Lake, Mlinčići dengan jarak sejauh 5km dari pekan Jacje. Kami berhenti
di Gas Station untuk mengisi angin tayar sebelum meneruskan perjalanan ke tasik
tersebut.
Malo Plivsko Lake,
Mlinčići
Mlincici Watermills
Kami terpegun dengan biasan
pohon-pohon menghijau di dalam air tasik tersebut seakan-seakan lukisan yang
terpampang luas. Kami berhenti di tepi tasik untuk merakamkan beberapa spot
yang amat cantik. Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Mlincici
Watermills dan meletakkan kereta di tepi jalan. Keadaan cuaca amat sejuk di
awal pagi dan terdapat banyak petak-petak parking dan hanya sesekali kelihatan
kereta dan caravan berhenti untuk mengambil gambar. Kami meniti laluan kayu di
celah-celah rumah kayu sambil mendengar desiran air di bawah laluan jambatan kayu
dan juga di antara celah-celah rumah tersebut. Kami teringat windmill yang
terdapat di Zaan Schan, Belanda….
Kenangan berjalan di Windmill di
Zaan Schan…. klik
Setelah berjalan berlegar-legar
di setiap sudut sambil mengambil gambar di Mlincici Watermills tersebut kami
pun kembali ke parking kereta untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi
berikutnya iaitu ke Blue Water (Plava Voda). Kami setting Google Maps untuk
memandu menuju ke Blue Water Spring yang terletak di Blue Water (Plava Voda)
6M. JC+5MV, Travnik, Bosnia & Herzegovina. Terdapat deretan kedai-kedai
yang menjual pelbagai souveniour, t-shirts dan bendera. Kami terserempak dengan
beberapa orang pelancong dari Malaysia semasa kami berpatah balik menuju ke
kereta.
Blue Water (Plava
Voda)
Dari kami memandu mengikut Google
Maps menuju ke Restoran Kovacevic - Jablanica yang terletak di Donja Jablanica
88420, Bosnia (Open - 7.00am-11.00pm). Dalam perjalanan ke restoran tersebut
kami terpukau dengan keindahan dan tekstur gunung-ganang batuan yang
berlapis-lapis dan tanpa melepaskan peluang berhenti di tepi jalan seketika untuk
snap gambar.
Jalan menuju ke Jablanica
Setelah memandu hampir lebih 2
jam kami pun sampai ke restoran tersebut dan mencari parking yang kelihatan
penuh sesak dan terpaksa menunggu beberapa minit setelah ada pengunjung yang
siap lunch dan ingin beredar. Restoran tersebut sungguh luas dan besar terletak
di tepi sungai dan menyediakan view gunung-gunang yang memukau. Setelah masuk
dan duduk di meja yang masih kosong, kami memesan menu special yang viral iaitu
kambing bakar golek.
Restoran Kovacevic (Rating: 4.8/5)
View dari balcony Restoran Kovacevic
Serlain menu kambing bakar,
pengunjung sudah semestinya akan mencari meja-meja di tepi tingkap mengadap air
yang biru kehijauan dengan biasan gunung-ganang yang memukau. Namun, oleh
kerana meja di spot sebegitu sudah penuh kami cuba mendapatkan meja yang paling
hampir ke tingkap. Namun jangan risau dan gundah gulana jika anda tidak berjaya
mendapat meja-meja itu kerana anda boleh turun ke tingkat bawah berhampiran
toilet di mana terdapat balkoni yang luas untuk anda snap gambar-gambar view
yang cantik.
Setelah siap menjamu selera,
pengunjung boleh membuat bayaran secara cash atau kad kredit. Dari situ kami
berpatah balik ke pekan Jablanica untuk singgah di pekan Konjic. Menurut
maklumat di group RTB, daerah Konjic adalah kawasan di mana askar Malaysia
ditempatkan sebagai tentera pengaman semasa perang dahulu. Kami singgah di
pekan Konjic berjalan-jalan view jambatan dan sungai setelah parking berdekatan
sebuah masjid dan cafeteria. Setelah snap beberapa gambar kami pun berpatah
balik menuju ke Mostar. Di dalam perjalanan ke Mostar kami melintasi salah
sebuah restoran yang viral juga dan terkenal dengan menu kambing goleknya yang juga
viral menjadi tumpuan dan kesukaan pengembara Malaysia iaitu Restoran SEDMICA,
Jablanica yang terletak di Gornje Paprasko BB, 88420, Bosnia & Herzegovina (Open
- 7.00am-11.00pm).
View di Pekan Konjic
Kami memandu berhati-hati
menyusuri jalan-jalan yang bengkang-bengkok dan sesekali mendaki dan sesekali
menuruni bukit untuk menuju ke Mostar. Setelah memandu sekitar 45 minit
perjalanan, kami pun tiba di bilik apartment di Mostar iaitu The Jewel of
Mostar yang terletak di 46 Rade Bitange, 88000 Mostar, Bosnia & Herzegovina.
Kami telah pun tempah apartment tersebut di Booking.com berharga EUR88.40 (RM432)
untuk bilik 1 x Apartment with Balcony, 3
adults, 1 child dan memberitahu owner tersebut agar menyediakan kemudahan parking
lot untuk kami park kereta sewa. Dalam perjalanan tadi, owner apartment
tersebut telah menghantar wazzap memberitahu kaedah mengambil kunci secara
self-service dari kotak kunci berpassword dan lokasi parking percuma hanya
lebih kurang 300m dari apartment tersebut.
View sekitar Mostar Bridge
Setelah solat jamak, kami pun
turun semula berjalan ke Mostar Old Town dan kelihatan sangat ramai pengunjung
yang sesak lalu-lalang berselisih di Mostar Old Bazaar sambil kami berjalan-jalan
perlahan-lahan meninjau jambatan Mostar dan view pekan Mostar tersebut.
Setelah kepenatan, kami pun balik
untuk masak bekalan yang dibawa dan berehat setelah kepenatan menjalankan
aktiviti seharian perjalanan dari Jacje hingga ke Mostar.
DAY 4 – Trip to Balkan - View
Kota Mostar, Montenegro (Rumah Sufi Tekija Blagaj / Dervish House, Air Terjun Kravica
Waterfall & Jambatan Old Arch Mostar)
Pada pagi Isnin 8 September 2025,
kami bangun awal untuk solat subuh dan
breakfast bekalan yang kami bawa sahaja untuk menghabiskan stok. Bagi
menjimatkan masa serta agak susah untuk mendapatkan restoran halal di kawasan
pedalaman seperti Mostar dan juga di Kotor, Montenegro nanti maka kami memastikan
dibawa bekalan seperti biskut dan mee segera.
Pada pagi itu kami keluar di awal
pagi menuju ke pekan Mostar dan singgah di Money Changer untuk mendapatkan
sejumlah wang Bosnian Mark yang semakin berkurangan akibat gigih berbelanja
sehingga hari ke-4 kini. Setelah selesai menukar wang, kami memandu kereta
mengikut Google Maps yang mengarahkan kami menuju ke bangunan Tekija Blagaj /
Dervish House yang terletak di 7W43+V7H, Blagaj bb, 88000, Bosnia &
Herzegovina (Open - 8.30am-8.30pm – Entrance Fee EUR5/pax). Kami mengambil
gambar di bebrapa spot menarik dalam bangunan tersebut dan juga di luar kawasan
berhampiran gunung-ganang batuan dan juga sungai yang jernih airnya. Kami juga
singgah di salah sebuah restoran di tepi sungai dan memesan menu breakfast
serta set teh dan kopi sambil mengambil gambar view spot dari restoran tersebut
zoom ke bangunan Tekija Blagaj / Dervish House tersebut.
Tekija Blagaj /
Dervish House
Coffee time (Rating: 4.4/5)
Setelah selesai makan dan minum,
kami pun memandu meneruskan perjalanan ke Počitelj Fotress yang terletak di PMJ+J9X,
Počitelj 88300, Bosnia & Herzegovina. Kami memandu berhati-hati mendaki
jalan berbukit sehingga betul-betul sampai ke parking dan sangat dekat dengan
kaunter bayaran masuk ke kota tersebut. Setelah membayar tiket, kami berjalan
mendaki perlahan-lahan masuk untuk meninjau-ninjau kota tersebut sambil mengambil gambar view ke arah bandar Mostar
dari jauh.
Počitelj Fotress
Setelah itu, kami meneruskan
pemanduan pula ke destinasi berikutnya iaitu ke Kravica Waterfall yang terletak
di 5J55+595, Studenci, Bosnia & Herzegovina (Open - 7.00am-10.00pm & Entrance
Fee KM20/pax). Kami mengambil gambar di sekitar waterfall tersebut dan
kelihatan juga ada pengunjung yang mandi-manda di situ.
Kravica Waterfall
Kami berpatah balik menuju ke
bilik apartment dan singgah solat jamak sebelum keluar semula untuk
berjalan-jalan di sekitar Mostar Old bridge / Ancient Arch Bridge dan juga
shopping di Mostar Old Bazar. Dari maklumat Mostar Old bridge (dikenali juga
sebagai Ancient Arch Bridge / Stari Most) tersebut dibina sejak zaman kerajaan
Uthmaniah iaitu pada tahun 1556 di atas perintah Sultan Sulaiman pada ketika
itu.
Mostar Old bridge /
Ancient Arch Bridge / Stari Most
Kami singgah untuk tapau dinner di
Restoran Tima Irma yang terletak di Mostar Old Bridge Bazar beralamat di Onešćukova
7, Mostar 88000, Bosnia (Open - 9.00am-11.00pm). Terdapat banyak menu halal
yang boleh dicuba seperti cevapi, pizza dan sebagainya.
Menu tapau dari Restoran Tima Irma (Rating: 4.6/5)
Pada malam itu kami berehat
sambil berkemas bagasi masing-masing memandangkan pada pagi esok kami akan
keluar check-out awal untuk meneruskan perjalan ke Kotor, Montenegro dan perlu
bersiap sedia dengan dokumen-dokumen berkenaan bagi memudahkan checking di
cross border antara Bosnia & Herzegovina dan Montenegro nanti.
DAY 5 – Trip to Balkan – Memandu
Dari Bosnia & Herzegovina ke Kota Kotor, Montenegro Via Trabinje, Bosnia serta
Border Crossing di Zupci/Sitnica (BIH/MNE)
Pada pagi Selasa 9 September
2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast dengan memanaskan
nasi goreng ala Brahim pack yang kami beli menerusi shopee. Kami makan sambil
menyemak senarai aktiviti-aktiviti dari itinerary dan juga menyusun dokumen
supaya teratur di dalam folder memandangkan pada hari itu kami akan cross
border antara Bosnia & Herzegovina dan Montenegro. Kami singgah di petrol
pump bersebelahan parking untuk mengisi minyak penuh tangki kereta sekitar
EUR50 memandangkan perjalanan kami akan melalui kawasan berbukit-bukit sehingga
ke Kotor, Montenegro.
Setelah memandu dengan berpandukan Google Maps setting ke Kotor, Montenegro berjarak 187km mengambil masa lebih 3 jam di mana akan melalui bandar Trebinje, Bosnia & Herzegovina. Kami akan singgah di bandar Trabinje, Bosnia & Herzegovina sebentar untuk berehat sambil view pekan tersebut.
Pasar pagi di pekan Trebinje
Kami meneruskan pemanduan perjalananan
menaiki dan menuruni bukit menghampiri border bagi pemeriksaan keselamatan
immigration dan kastam di Zupci/Sitnica yang hanya mengambil masa beberapa
minit sahaja, kami pun dibenarkan meneruskan perjalalan ke Kotor, Montenegro.
Ucapan Zdravo! dobro jutro adalah dalam Bahasa Montenegrin yang
bermaksud Hai! Selamat Pagi…..
Cross border ke Montenegro
Kami terus memandu menghampiri
pusat bandar Kota Kotor dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas menuju ke
pusat bandar tersebut. Kami juga diarahkan oleh polis untuk berpatah balik sebaik
sahaja kami sampai di parking berhampiran pusat bandar tersebut kerana telah
pun penuh. Kami berlegar-legar di sekitar jalan-jalan utama namun tidak berjaya
untuk masuk ke kawasan parking.
Kami berpatah balik menuju semula
ke bilik apartment Sole Apartmant's yang
terletak di Dobrota BB Kod Studentskog Doma, 85331 Kotor, Montenegro. Kami
menghubungi owner apartment tersebut untuk meminta check-in dan beliau akan
memberitahu apabila bilik telah siap dikemaskan. Kami sampai awal sekitar jam
2.30pm dan menunggu di parking sebelum check-in masuk ke bilik family di Apartment
with Sea View Lokasi terletak berdekatan atau opposite Maria 2 apartments atau
20 meters above C-Group apartments (Rujukan Google earth maps: Radovic Sole
apartments, dobrota, Kotor) di mana bilik kami nanti terletak di tingkat 2 di
atas rumah host/owner tersebut. Kami telah menempah apartment tersebut di web Booking.com
yang berharga EUR144.00 (RM712.00) untuk 2 malam untuk 3 Adults & 1 Child.
View sekitar Apartment Sole, Kotor
Kami sangat berpuas hati keadaan
bilik dan sangat recommended untuk family trip 4-5 orang. Tambahan pula, bilik
tersebut mempunyai balcony dan boleh buka sliding door untuk view direct ke
laut/selat yang luas dipenuhi kapal dan boat serta view persekitaran
gunung-ganang yang sangat menakjubkan. Kami sempat solat jamak dan juga membasuh baju kerana rumah tersebut dilengkapi dengan peralatan memasak dan juga washing machine. Setelah memasukkan baju ke dalam washing machine, kami bergegas
keluar dan memandu semula menuju ke pusat bandar Kotor dan syukur Alhamdulillah
nasib kali ini menyebelahi kami apabila berjaya masuk ke parking dekat Town
Gates bersebelahan Kotor Old Town. Kelihatan ramai pengunjung yang
berlegar-legar di tepi Kotor Bay dan keluar masuk ke Kotor Old Town sambil
mengambil gambar di beberapa spot yang view kesemuanya cantik-cantik belaka.
View Kotor Old Town
Dari parking kami dapat melihat
dari kejauhan sayup-sayup ramai pengunjung yang memanjat tangga berbukit untuk
ke Kotor Fortress & Ladder of Kotor. Oleh kerana terlalu tinggi kami hanya
mampu melihat dari Kotor Old Town sahaja sambil zoom dari bawah untuk
merakamkan gambarnya.
Kami berjalan di celah-celah
pengunjung yang ramai untuk menuju ke Bucko Halal Restaurant yang terletak
di 213 Njegoševa, Škaljari 85330, Montenegro. Berdasarkan menu di paparan skrin
dan buku menu kami membuat pesanan di mana terdapat juga menu set beberapa
ketul ayam goreng Hot & Spicy dan juga Original seperti KFC. Selain itu
terdapat juga menu style ala resepi negara Timur Tengah.
Menu di Bucko Halal Restoran (Rating: 4.7/5.0)
Setelah kekenyangan, kami pun
berjalan berpatah balik dan masuk melalui gate berhampiran roundabout ke bas
station meninjau lorong-lorong sempit dan bangunan-bangunan di dalam Kotor Old
Town. Sesekali kami snap gambar spot di depan bangunan-bangunan yang kebanyakan
design roman klasik.
Ketika kami berlegar-legar di
dalam Kotor Old Town kelihatan awan mendung dan sesekali terasa gerimis dengan
angin kencang menandakan hujan akan turun. Kami keluar melalui Sea Gate dan
singgah di Kotor Bay untuk view kapal dan juga boat. Setelah itu kami singgah
di mart untuk membeli air minuman dan juga buah-buahan lalu menuju ke parking
untuk berpatah balik semula menghala ke bilik apartment untuk singgah sebentar.
Kotor Bay
Setelah itu, kami keluar berpatah
balik menuju ke Perast dan kelihatan awan gelap masih di langit serta angin
kencang bertiup apabila kami sampai di parking dermaga boat untuk ke pulau
Sveti Stefan, Kotor dan pulau Our Lady if the Rocks. Tuan punya boat
memberitahu boat untuk ke pulau itu terhad pada hari itu kerana mengjangkakan ribut
akan berlaku pada sebelah malam dan hujan lebat akan turun. Tetapi masih ada
juga kelihatan beberapa kumpulan pelancung yang menyewa boat untuk pergi ke
pulau Sveti Stefan, Kotor dan pula Our Lady if the Rocks, Kotor.
View pulau Our Lady of the Rocks dan Sveti Stefan di Kotor
Setelah snap beberapa gambar view berlatarbelakngkan selat dan pulau Sveti Stefan, Kotor dan pulau Our Lady if the Rocks, Kotor kami pun berpatah balik menuju ke apartment di dalam hujan yang mulai turun dan semakin lebat.
Pada malam itu kami makan menu
ayam goreng dan pizza berbaki yang ditapau dari Restoran Bucko Halal Restaurant.
Sambil menyidai kain di ampain dalam rumah, dari jendela bilik dan balcony kelihatan
lampu-lampu dari kapal dan juga kedengaran angin bertiup kencang. Betullah
jangkaan pengemudi boat tadi yang mengatakan ribut dan angin kencang akan
bertiup di sebelah malam itu. Kami berehat dan terus tertidur berselimut akibat
kesejukan pada malam itu dan bangun di awal keesekannya untuk meneruskan
aktiviti di Kotor.
DAY 6 – Trip to Balkan – View
Kota Kotor & Budva Montenegro (Jalan-jalan ke Kotor Old Town & zoom
Budva City)
Pada pagi Rabu 10 September 2025,
kami bangun awal untuk solat subuh dan
breakfast bekalan yang kami bawa sahaja bagi mengumpulkan tenaga untuk aktiviti
hari ke-2 di Kota Kotor, Montenegro.
Oleh kerana semalam hujan ribut dan angin yang kuat, cuaca agak sejuk di
Kota Kotor pada pagi itu kelihatan diselubungi kabus tebal menutupi kawasan
pergunungan tersebut manakala suhu mencecah 12 degree. Kami berehat sebentar
sambil berkemas bilik dan keluar untuk meneruskan aktiviti ke Budva City yang
terletak sejauh 70km dengan masa pemanduan 1 jam 30 min. Gerimis yang masih
renyai-renyai di luar dan cuaca pagi yang sangat sejuk tidak mematahkan
semangat kami untuk keluar memandu menuju ke Budva City. Setelah sampai di
Budva City, kami mencari parking dan berjalan menuju ke Budva Old Town lalu
singgah di café untuk membeli kopi sebelum berlegar-legar di dalam deretan
kedai Bdva Old Town tersebut.
Kami sampai ke kedai Luffy’s yang
merupakan karaktor animasi Jepun yang terkenal di dalam drama Netflix siri
terkini 750 - One Piece. Terdapat kad Wanted Luffy dan team termasuk souveniour
lain seperti mug, t-shirts, key-chain, topi dan sebagainya. Kepada peminat fan
Luffy dan team janganlah skip Budva Old Town dan singgahlah ke kedai Luffy’s
sebagai tanda anda juga mampu belayar sehingga ke Budva dan mengumpul koleksi
souveniour Luffy and team. Ingatlah pesanan Chopper ayuh minnaa……
Kedai Luffy’s
Meronda-ronda di Budva Old Town
Kami teruskan berlegar-legar di
Budva Old Town untuk membeli souveniour dan juga koleksi barang-barang lain.
Setelah keletihan, kami keluar menuju ke parking dan singgah di public toilet
berbayar EUR1 tak jauh dari parking.
Serelah itu kami setting Google
Maps yang mengarahkan kami menuju ke Sveti Stefan View Point di Budva yang
terletak di 7V2W+3WV, Sveti Stefan, Montenegro dengan mengambil masa pemanduan
selama 25 min sejauh 11km. Kami parking dan berjalan menghampiri Pantai untuk
zoom dan view bagi mengambil gambar di beberapa spot yang berlatar-belakangkan Sveti
Stefan Budva dan juga Pantai yang berombak dan kebiru-buruan airnya yang sangat
cantik dan menakjubkan.
Sveti Stefan View
Point di Budva
Setelah itu, kami memandu berpatah balik menuju ke parking berdekatan roundabout restoran Bucko Halal Restaurant yang terletak di 213 Njegoševa, Škaljari 85330, Montenegro.Dari parking tersebut kami berjalan masuk melalui gate berdekatan menuju ke kedai Hard Rock Café Kotor untuk membeli t-shirts dan juga singgah di beberapa kedai souveniour untuk membeli mug, tumblers dan juga souveniours yang lain. Kami berlega-legar sambil merakamkan gambar di spot-spot yang cantik dan menarik di dalam Kotor Old Town. Setelah hari hampir petang kami pun berpatah balik ke parking dan singgah ke restoran Bucko Halal Restaurant sekali lagi untuk tapau makanan. Kami memandu balik ke bilik apartment untuk berehat, berkemas bagasi, mandi manda dan solat jamak. Selepas itu kami makan makanan yang ditapau tadi sambil berehat dan tertidur di mana kami akan meninggalkan Kota Kotor Montenegro seawal pagi untuk cross border esoknya menuju ke Tirana, Albania pula.
Ikuti perjalanan kami di Family
Trip to Balkan – part seterusnya Memandu ke Tirana, Albania - Ohrid, Macedonia –
Sofia, Bulgaria dan Pristina, Kosovo zoom negara-negara Balkan……… Jom….











































