Sunday 6 November 2016

Europe Trip 3 : (Part 6) – Netherland : Jelajah Kota Amsterdam, Kemeriahan di taman miniature Madurodam dan berkunjung kembali ke perkampungan Zaanse Schans

Penerbangan jet Fly Pegasus ke Amsterdam dan berkunjung ke taman miniature Madurodam

Sudahtentu ramai pengembara menantikan Matta Fair yang telah berlangsung pada 2-4 September 2016 yang lalu. Zoomdglobe juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke sana bagi mendapatkan tiket-tiket yang sepatutnya menjadi pilihan dan rebutan. Pengembaraan kami akan diteruskan pada musim cuti sekolah di bulan Disember nanti. Jadi, kami meninjau-ninjau beberapa booth di Matta Fair dan sudah tentu sedikit sebanyak akan membantu perjalanan kami nanti, In sha Allah. Jangan lupa bagi mengikuti kisah pengembaraan family kecil kami di bulan Desember nanti ya. Di kesempatan ini zoomdglobe akan menyambung semula kisah pengembaraan dari Turkey ke Amsterdam setelah sekian lama menunda siaran. Bulan September merupakan hari sedih bagi family zoomdglobe kerana ayahanda tercinta telah kembali ke rahmatullah pada pagi Isnin 26 September 2016. Al fatihah buat awrwah ayahanda kami. Amin....

Bermulanya lagi zoom destinasi ke Amsterdam buat kali ke-2, kami amat bersyukur kerana kami sefamili sekali lagi berkesempatan menjelajah Netherlands bermula di kota Amsterdam plan membawa anak-anak ke miniature Madurodam, berkunjung sekali lagi ke perkampungan Zaanse Schans, menyusuri kampung air di Giethoorn dan melawat taman bunga tulips di Keukonhof. Kepada yang ingin membuat flash back kami berjalan-jalan di Amsterdam di trip yang lepas boleh mula klik Europe Trip 1 (Amsterdam) https://zoomdglobe.blogspot.my/2016/03/europe-trip-1-part-3-netherland-jelajah.html.
Seperti biasa, tempahan tiket flight dari Istanbul ke Amsterdam dibuat sebaik sahaja kami menempah tiket flight Turkish Airlines open jaw ke Athens dan balik dari Amsterdam. Selain daripada itu, kami merangka dengan teliti perjalanan di Netherlands kerana lokasi-lokasi yang akan kami kunjungi terletak agak jauh dari kotanya di mana perjalanan akan mengambil masa sekitar 2-3 jam menaiki train, bas, tram dan sebagainya. (Tips : Daripada pengalaman kami yang lalu di mana untuk mendapatkan tiket flight yang murah, kami menggunakan kayak.com yang mana carian akan dibuat dengan membandingkan semua syarikat penerbangan yang ada dan harga adalah lebih murah berbanding dengan menempah direct daripada syarikat penerbangan tersebut. Jangan risau kerana tiada hidden charges oleh kayak.com kerana anda hanya perlu membayar fee sebanyak 10USD sahaja on top of harga flight tiket tersebut. Harga ticket juga dalam USD). Tetapi untuk perjalanan dari Istanbul ke Amsterdam kali ini, kami mendapati bahawa lebih murah untuk menempah tiket terus di Fly Pegasus jika dibandingkan dengan senarai yang ditawarkan di web kayak.com). Harga yang kami dapat adalah Eur242 (RM1,177.00)/family (2A2C).

Untuk accommodation pula kami memilih Hotel Beursstraat di kota Amsterdam di mana kami akan membuat day trip ke Madurodam, Zaanse Schans dan Keukonhof. Lagipun kami selesa tinggal di sekitar Amsterdam Central di mana terdapat kemudahan train keretapi ke destinasi-destinasi zoom kami kali ini dan juga terdapat beberapa restaurant halal di sekitarnya. Kami menempah Hotel Beursstraat Amsterdam yang beralamat di Beursstraat 7, Amsterdam, 1012 JT Netherlands (hanya 5-10 min berjalan kaki dari Amsterdam Central) di expedia.com dengan harga RM1,630 (3 Nigths/Family). (Tips : Hotel-hotel di Europe mengenakan City Tax sekitar Eur2-4/night yang perlu dibayar cash di hotel tersebut). Kami berpuas hati kerana Hotel Beursstraat tersebut telah menyediakan bilik yang amat selesa untuk kami sekeluarga berbanding dengan Hotel Travel yang kami book sebelum ini dalam trip terdahulu. Jadi, untuk traveller yang berjalan bersama-sama anak-anak kecil ke Amsterdam kami amat recommend anda tinggal di Hotel Beursstraat.

Pada petang Selasa, 22 Mac 2016 kami bertolak ke Istanbul Sabiha Gocken Airport dengan shuttle bas pada jam 3.00pm dan tiba di airport sebelum pukul 5.00pm. Setelah check in bagasi di kaunter kami solat jamak dahulu dan berlegar-legar di kawasan airport. Setelah melalui pemeriksaan keselamatan dan imigresen , penerbangan flight Pegasus PC477 kami berlepas pada pukul 7.10pm dan selamat mendarat pada jam 10.30pm di Schiphol Airport. (Tips : Untuk memudahkan urusan imigresen, sediakan printed copies flight itinerary dan semua hotel booking confirmation di dalam satu folder).

Sesampai di Schpoll Airport, anda tidak perlu gusar kerana terdapat banyak jenis train dari Schiphol Airport ke Amsterdam City dengan tambang sekitar Eur15.50 untuk 4 orang. Kami menaiki Train NS Hispeed dari Airport Schiphol di Platform 3 dan sampai Amsterdam Central di Platform 13b. Kami menarik luggage berjalan melawati station tram di sebelah kanan sebaik sahaja melepasi pintu keluar dari hadapan Amsterdam Central dan melintas jalan menuju ke Hotel Beursstraat yang terletak beberapa meter sahaja dari situ selama tidak sampai 10 min berjalan sahaja. Pada malam itu hujan renyai-renyai dan angin kuat terasa amat dingin semasa kami berjalan menuju ke hotel. Staff hotel tersebut memberi salam sebaik sahaja kami muncul di pintu hotel dan kami membalas salamnya dengan mesra dan setelah kami memberi dokumen perjalanan untuk pendaftaran check in, beliau pun memberi kunci bilik serta beberapa bronchur dan map sebagai rujukan kami nanti. Sebelum sampai di hotel tadi kami telah pun singgah dan tapau dinner di sebuah restoran halal tidak berapa jauh dari hotel tersebut. Setelah makan dan mandi kami tidur nyenyak setelah seharian berjalan jauh.


Sepagi di Miniature City Madurodam, Hague

Pada pagi 23Mac 2016 jam 7.00am, kami berjalan ke Station Amsterdam Central. Pengangkutan awam senang didapati di Amsterdam dan menjadi pilihan pelancong iaitu tram, sneltram, bas, train, teksi dan sebagainya. Semasa berjalan-jalan terutama semasa hendak menyeberangi jalan haruslah berhati-hati kerana penduduk tempatan Amsterdam amat gemar berbasikal sehinggakan kelihatan orang berbasikal di setiap ruang yang dikunjungi. Harga tram pass untuk 24hrs & 1 hr boleh dibeli terus dari driver tram berharga 24 hrs - Eur7.50/org & 1 hr - Eur2.80. Pass dikira mengikut jam dari start touch di scanner/validate dan berakhir 24jam akan datang tanpa kira hari yang berlainan. Berbaloi kerana boleh naik dan turun beberapa kali dalam masa seperti yang ditetapkan.

Setelah sampai di Station Amsterdam Central, kami juga melihat beberapa anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing bagi memastikan keselamatan di Netherlands juga. Kami menghampiri kaunter tiket di train station tersebit dan membeli tiket Intercity Train untuk ke The Hague. Untuk memudahkan penumpang schedule perjalanan train sentiasa akan diupdate di skrin-skrin besar di setiap sudut dalam station Amsterdam tersebut. Jadi, sentiasalah memerhatikan skrin semasa anda berjalan-jalan untuk memastikan anda menuju ke terminal yang betul.



Train dari Amsterdam Central ke The Hague

Meninjau permandangan indah dari jendela train



Perjalanan girang dengan hati yang melonjak sama.....


Kincir angin Belanda


Setelah menempuh perjalanan hampir 2 jam kami pun sampai di station the Hague. Di station tersebut kami ke kaunter tiket untuk mendapatkan pass tram dari station the Hague Central untuk ke Madurodam Miniature City. Station tram hanya berada di beberapa langkah sahaja dari pintu station train the Hague tersebut. Perjalanan tram dari station train the Hague ke station Madurodam hanya melepasi beberapa station sahaja dengan masa perjalanan tidak sampai 30min pun. Sebaik sahaja turun dari tram anda hanya berjalan beberapa langkah sahaja untuk sampai ke pintu entrance Madurodam Miniature City dan perlu mendapatkan tiket masuk. Setelah mendapatkan tiket, kami pun masuk ke Madurodam Miniature City dan anak-anak berlari keriangan sambil menuju ke spot-spot bangunan dan bandar-bandar yang tersusun di sepanjang jalan di dalam Madurodam Miniature City.



Kakak posing di Madurodam Miniature City
Bola berskala besar...
Terompah juga berskala besar...
Terdapat juga miniature Schpoll Airport, landasan train, highway, pelabuhan dan lain-lain lagi yangsibuk berfungsi dan bergerak seperti aktiviti seharian kita. Kanak-kanak teruja apabila melihat kapalterbang yang bergerak di landasan di miniature Schpoll Airport, keretapi laju merentasi rel yang mengelilingi miniature city tersebut dan sesekali berhenti di train stationnya, kapal-kapal kargo yang belayar dan berlabuh di port serta bangunan-bangunan terkenal yang terdapat di dalam miniature city tersebut seperti Muzium Rijksmuseum dan sebagainya.

Berposing & view Madurodam;





Mengahmpiri tengahari, hujan turun pula dan kami terpaksa berlindung di kedai souverniours di dalam miniature city sambil membeli fridge magnet, poskad, t-shirts dan sebagainya. Jika anda ingin membeli poskad jangan lupa untuk membeli stemnya sekali dan boleh terus masukkan di tong peti surat di luar kedai tersebut.
Antara gambar miniature bangunan di Madurodam;













Setelah beberapa minit berteduh dan hujan mulai berhenti, kami terus berluru keluar menuju ke tram station lalu menaiki tram untuk kembali semula ke station the Hague kemudiannya mendapatkan train untuk balik semula ke Amsterdam Central.

Gambar baby Aakif excited melihat train yang berlegar-legar sekitar Madurodam City;










Sepetang berjalan-jalan di Zaanse Schans

Kami mengambil keputusan untuk pergi ke perkampungan Zaanse Schan dengan menaiki bas pula memandangkan pada trip yang lepas kami telah pun menaiki train untuk ke sana. Kami menaiki bas di terminal bas Amsterdam Central (sila rujuk di kaunter train atau pemandu bas untuk mengetahui bas terkini ke Zaanse Schans). Tiket bas berharga Eur10 sehala untuk 2 Adult & 2 Child yang boleh dibeli dari pemandu bas.

Setelah melalui perjalanan selama lebih kurang 1 jam kita akan sampai ke perhentian bas perkampungan Zaanse Schan iaitu di sebelah kawasan parking kereta dan muzium di mana jalan menuju ke jambatan (boleh angkat) yang menyeberang terusan.

Kami dapati keadaan di kampung tersebut masih sama tanpa banyak perubahan di mana rumah-rumah klasik lama masih berpenghuni dan penduduknya menjalani aktiviti seharian dengan mengusahakan perusahaan kecil-kecilan hasil tenusu, coklat, keju dan sebagainya. Rumah windmill juga masih utuh dan berfungsi dengan baik (Tips : anda boleh masuk dan naik ke atas windmill tersebut dengan entrance fee yang sangat minimal).
Berambar kenangan di entrance ke Zaanse Schan;
Pada kali ini kami memasuki pintu berhampiran kawasan letak kereta dan muzium yang mana terdapat kaunter fotographer yang akan merakamkan gambar pengunjung untuk diabadikan di dalam bentuk kalendar nanti. Sebaik melepasi entrance tersebut kami masuk ke kedai-kedai souveniours dan bergambar di beberapa terompah giant di sekitar kedai-kedai tersebut.
Terompah gergasi menjadi spot pilihan untuk berfoto;






Pada kali ini juga kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati kopi panas di kiosk café di tengah-tengah perkampungan itu dalam keadaan tiupan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa yang sangat nyaman dan mendamaikan para pengunjung….. Highly recommended kopi di sini untuk dicuba dan pastinya anda juga akan nanti seperti kami sentiasa merindui aroma kopi tersebut. Jika anda ke sini, mesti mencuba secangkir kopi dan rasailah kenikmatannnya tersendiri yang tidak akan dapat dilupakan seumur hidup. Memang terbaik!




Setelah berlegar-legar sambil snap gambar di perkampungan Zaanse Schan yang sungguh cantih kami berpatah balik menuju ke arah pintu masuk tadi dan di situ kami membeli gambar sefamili dalam bentuk kalendar yang dijual oleh photographer berharga lebih kurang Eur15.










Setelah itu, kami menujuke bus stand semula untuk menunggu bas ke Amsterdam Central. Di bus stand kelihatan ramai amai pengunjung yang turut menanti bas tersebut dalam keadaan angin sejuk yang bertiup kuat. Perjalanan balik ke Amsterdam Central mengambil masa agak lama kerana keadaan jalan yang sesak menjelang waktu petang kerana masing-masing ingin pulang ke rumah setelah office ditutup. Di atas bas, kami sempat ditegur oleh warga Malaysia berbangsa cina yang sama-sama menaiki bas tersebut di mana mereka melancong bersama 3 orang anak remaja mereka yang transit dari Singapura. Mereka mengagumi anak-anak kami yang kelihatan ceria semasa berjalan-jalan di negara orang.
Setelah menghampiri terminal Amsterdam central kami kami singgah tapau makanan di sebuah restoran halal yang terletak dalam perjalanan dari Amsterdam Central menuju ke hotel. Selepas makan kami berehat setelah seharian berjalan-jalan ke Madurodam dan Zaanse Schan kerana keesokannya pula kami terpaksa bangun awal pagi untuk mengejar train ke Giethoorn.

Ikuti perjalanan menaiki train dan kemudiannya menaiki bas untuk ke Giethoorn bagi menikmati suasana keindahan kampungnya yang hanya mempunyai terusan canal tanpa jalanraya di dalam entri seterusnya…………. Jom!

No comments:

Post a Comment