Sunday 15 May 2016

Europe Trip 3 : (Part 1) – Greece : Menjelajahi Kota Athens dengan Menaiki Tube/Metro & Menjelajahi kota putih Santorini

Flight Turkish Airways dari KL ke Athens

Zoom Destinasi kami kali ini adalah ke Greece, Turkey dan Netherlands di mana kami mulakan perancangan perjalanan kami dengan Bismillah serta penuh kesyukuran kepadaNya kerana diberi peluang menjelajah Europe lagi walaupun perjalanan kali ini hanyalah kami berempat beranak sahaja di mana Along tidak ikut serta kerana telah mula belajar di sekolah berasrama. Kami membuat tempahan tiket flight Turkish Airways sekitar bulan November 2015 dan kami mulalah merangka schedule perjalanan dan budget memandangkan banyak tempat menarik untuk dizoom dan dipilih di Greece, Turkey dan Netherlands. Kami menempah tiket flight Turkish Airlines terus di web Vayama.com yang sangat mudah di mana seperti biasa kami memilih tiket open jaw dengan memasuki Eropah melalui Athens, Greece dan keluar pula melalui Amsterdam, Netherlands denngan average harga RM2,400/pax. Kami akan memandu mengelilingi negara Turkey dalam tempoh masa 9 hari, selepas menjelajah kota Athens dan kemudiannya ke kota Amsterdam. Pada trip kali ini kami akan bergerak secara kumpulan besar seramai lebih kurang 10 orang di negara Turkey sahaja terdiri dari ibu, kakak, abang dan anak saudara yang akan turut serta. Untuk accommodation pula kami menempah melalui web booking.com dan agoda.com di mana kami akan memperincikan tentang hotel atau apartment yang akan kami pergi di part berikutnya nanti. Sementara itu kami menggunakan flight RyanAir pergi balik dari Athen ke Pulau Santorini, flight Pegasus Air dari Athens ke Istanbul dan Istanbul ke Amsterdam yang mana kami telah tempah di web masing-masing. Untuk perjalanan kami mengelilingi negara Turkey pula, kami menempah 2 buah kereta MPV Hyundai Staret Royal - Diesel di web turkeycars.com dengan memilih syarikat Active Rent Car berharga Eur45/day (RM220/day). Terdapat banyak web kereta sewa di Turkey seperti Europcar, Avis dan sebagainya tapi kenalah bijak membuat perbandingan harga supaya berbaloi. Kami juga akhirnya tidak berpuas hati dengan syarikat Active Rent Car ini gara-gara pengurusan masanya yang teruk dan berniat menipu pelanggan dengan mengenakan caj tambahan lagi setelah kereta dipulangkan. (Tips : Harus diingat bahawa harga fuel di Turkey berbeza-beza di mana akan lebih mahal harganya jika jauh ke pedalaman. Jadi, isilah fuel full tank di pekan-pekan besar sebelum meneruskan perjalanan).

Penerbangan kami pada Selasa 8 Mac 2016 dengan Flight A330-300 : TK61-Turkish Airlines (11jam 35min) dari Kuala Lumpur berlepas pada pukul 11.25pm dan jam 5.00am kami selamat mendarat di Istanbul International Airport (IST). Setelah melepasi kawalan imigresen kami mengikut signboard transit flight untuk berehat sambal menunggu connecting flight ke Athens. Setelah boarding kami dibawa oleh bas shuttle menuju ke pesawat untuk menaiki connecting Flight A330-300 : TK1845-Turkish Airlines (1jam 30min) seterusnya ke Athens yang berlepas jam 7.30am dan selamat mendarat di Athens Eleftherios Venizelos International Airport pada jam 9.00am hari Rabu 9 Mac 2016. Untuk memudahkan urusan imigresen, kami dari awal lagi telah menyusun itinerary dan semua booking confirmation.
 
Tiket flight Turkish Airlines
 Route to Istanbul by Turkish Airlines
Selepas urusan imegresen dan pemeriksaan keselamatan, kami menyeberangi jalan utnuk ke Metro station dan membeli tiket Metro di kaunter berharga Eur20/3pax. Tiket metro juga boleh dibeli di Vending Machine bersebelahan kaunter. Setelah validate tiket di gate masuk ke station, kami menaiki train Metro line 3 (Blue) dari Athens Airport ke Monastarakia Station di mana kami bercadang untuk meninggalkan sebahagian luggage bersaiz besar di Luggage Servis hanya di sebelah station tersebut bagi memudahkan kami menerokai kota Athens dan menjimatkan kos flight kami ke Santorini di sebelah petang nanti. (Tips : Sediakan printed copies flight itinerary dan semua hotel booking confirmation di dalam satu folder bagi memudahkan urusan imigresen dan keselamatan).
Map route train metro di kota Athens 

Cuaca di awal pagi agak sejuk sekitar 6 celcius. Kami keluar dari Monastrakia station dan menarik luggage dengan mencari signboard jalan Athinas str. & Ermou’ dan terpampang singboard Luggage Services di bangunan bertentangan dengan station tersebut. Semasa kami meninggalkan luggage kaunternya terletak di aras 2 tetapi semasa tiba untuk menuntut luggage kami kembali, mereka telah berpindah ke aras basement bangunan yang sama. Kaunter luggage tersebut beroperasi dari Oktober –Mac dari jam 08:00am sehingga jam 8:00pm dan kini alamatnya adalah di aras basement, Athinas str. & Ermou, 10551 Monastiraki, Athens. Manakala cajnya dalah seperti berikut - Medium: 4,00 euro (22cmx45cmx64cm), Large: 6,00 euro (28cmx45cmx70cm), Extra large: 8,00 euro (33cmx55cmx80cm). Staf di kaunter luggage itu sangat friendly dan kami mengambil masa untuk menyusun semula barang di dalam backpack yang lebih kecil dan meninggalkan 1 beg besar, 1 beg medium dan 1 begpack. Kami hanya membawa 2 begpack untuk ke Santorini.
(Tips : Luggage storage services juga terdapat berdekatan metro station di Piraeus, Monastiraki dan Omonia)

Setelah selesai menyimpan luggage kami berjalan sekitar station metro tersebut sambil zoom dan mengambil foto di spot-spot yang menarik. Kami ternampak pintu gerbang Athens Flea Market street yang terkenal dengan jualan souveniors, fm, lukisan dan sebagainya dengan harga yang berbaloi. Sebelum itu kami menghampiri gerai buah-buahan yang dari jauh lagi nampak sangat menarik susunan berwarna-warni buah-buahan dan kami dapati harganya sangat murah lantas kami membeli buah strawberi dengan harga Eur2/kg. Kami menyusuri jalan yang terdapat banyak kedai sambil membeli souveniours, fm, lukisan dan beberapa air botol air mineral. Di penghujung jalan kami belok kiri dan sampai ke pintu belakang Acropolis. Kami duduk di suatu sudut jalan di tepi pagar belakang Acropolis untuk membersih buah strawberi dengan air mineral di mana tanpa disedari kami telah pun menghabiskan buah tersebut dalam masa yang singkat kerana amat manis rasanya dan segar.
 Dataran station metro Monastrakia, Athens
Pintu gerbang Athens Flea Market

Setelah itu, dari pintu Acropolis kami berpatah balik menuju ke pintu Library, Acropolis sambil anak-anak melihat train metro di sebelah kanan kami bergerak dengan pelbagai design lukisan mural di dindingya. Di pertengahan jalan kami singgah di HRC yang beralamat di Hard Rock Cafe Athens, Adrianou 52, Athina 105 55, Greece untuk shopping t-shirtnya. Terdapat sebuah restoran halal selepas HRC di sebelah kiri menuju ke pintu Library, Acropolis.
HRC Athens
 
Pintu masuk ke Hadrian Library, Athens
 
 
 Zoom view di kawasan runtuhan Hadrian Library

Tiang Roman yang masih utuh di kawasan Hadrian Library
 
Setelah menghampiri pintu pagar Library, Acropolis kami membeli pass masuk 3 days Muzium Athens di mana kami boleh keluar masuk dalam tempoh masa 3 hari di Acropolis dan Hadrian Arch dengan hanya memberi keratan yang telah disediakan. Kami terus meninjau kawasan Hadrian Library, Acropollis sambil membaca info di signboard serta mengambil gambar. Selepas itu kami keluar dan memasuki pintu belakang Acropolis di Adrianou Street lalu masuk ke muzium Stoa of Attalos yang tak berapa jauh dari pintu tersebut.
 
Zoom Muzium Attalos dari Adrianou Street 

Jalan masuk ke Muzium Attalos

Berehat di tangga Muzium Attalos

 Baby Aakif bergaya seperti warrior di sebelah arca Pahlawan Athens

Antara Arca seorang Pahlawan Athens
 
Setelah kepenatan berjalan menerokai Hadrian Library dan Muzium Attalos di tapak Acropolis kami duduk di bangku di bawah pokok tidak berapa jauh dari pintu masuk tadi sambil makan bekal makanan yang kami bawa dari rumah iaitu nasi himpit dan serunding.
                                                                                                
Menjelang petang kami bergegas ke station metro Monastrakia untuk menuju ke Athens Eleftherios Venizelos International Airport kerana petang itu juga kami akan berlepas ke Santorini. Kami solat di ruang ibadat yang disediakan di airport sebelum boarding dan melalui kaunter imigresen dan juga kawalan keselamatan. Kami diberi keutamaan untuk masuk ke pesawat kerana membawa kanak-kanak iaitu baby Aakif dan ini memudahkan lagi pergerakan kami kerana hanya membawa begpack yang ringan.

Tiket pergi balik Fligtht Ryanair Athens-Santorini kami tempah di webnya dengan harga Eur144.29/Family. Flight Ryanair (1jam) dari Athens ke Santorini berlepas jam 6.25pm dan mendarat dalam keadaan tiupan angin kencang dan cuaca sangat sejuk sehinggakan pesawat mendarat seperti dalam keadaan mencemaskan dan penumpang berteriak ketakutan apabila tayar pesawat mencecah Santorini Airportpada jam 7.30pm. Anda tidak perlu berebut untuk ke pintu airport kerana keaddan di situ sangat lengang dan hanya sibuk apabila pesawat mendarat sahaja. Oleh kerana tiada perkhidmatan bas selepas pukul 6.55pm kami telah pun book van transfer di web suntransfer.com berharga Eur42/3pax dan sebaik sahaja melepasi kaunter imegresen dan kawalan keselamatan kami terus menaiki van menuju ke hotel kami di Georgia Studios, Fira Town untuk semalam berharga Eur41/Night yang ditempah di web booking.com. Kami memilih hotel tersebut kerana sangat dekat dengan terminal bas untuk ke Oia nanti. Kami disambut oleh receptionist yang baik tetapi tidak fasih berbahasa Inggeris sehinggakan terpaksa menggunakan khidmat rakannya yang turut menunggu ketibaan kami semata-mata untuk berkomunikasi sebagai jurubahasa dengan kami. Setelah berbincang waktu checkout awal pagi dalam jam 8.00am di mana kami perlu meninggalkan beg di storenya esok pagi kemudiaan akan mengambilnya kembali sekitar jam 6.00pm sebelum ke airport untuk balik semula ke Athens. Sebaik sahaja selesai perbincangan kami berehat dan tertidur dalam keadaan keletihan walaupun cuaca di situ tersangat sejuk.
 

Santorini – Zoom background bangunan putih di Oia & Fira
Pada hari Khamis 10 Mac 2016 setelah selesai breakfast yang disediakan sendiri secara ala kadar, kami keluar dari hotel sekitar jam 6.00am dan berjalan menuju ke tepi pantai untuk menikmati angin segar dan sejuk yang bertiup kuat. Kami singgah di gerai tepi jalan untuk membeli air mineral dan menanyakan arah ke terminal bas dan dengan bantuan peniaga tersebut kami dapat mengagak lokasi sebenar terminal bas yang jaraknya tidak berapa jauh dari hotel kami.
 
Gambar Damia di depan Georgia Studio
 
Bunga mekar musim sejuk di Santorini
 
 Hotel berdekatan pantai Fira

Zoom hotel berwarna putih di jalan menuju pantai Fira 

Kami berjalan melepasi Hotel Santorini dan terus belok kiri mendaki bukit dan di situlah letaknya terminal bas tersebut. Kami singgah untuk mendapatkan jadual pergi balik bas Oia bagi merancang masa yang cukup untuk meneroka kota putih Oia.


Jadual Bas ke Oia dari Fira
 
Jadual Bas dari Fira ke Airport

Kami menaiki bas yang bergerak ke Oia pada jam 8.30am setelah dipelawa oleh konduktor bas yang sudah tua tetapi sangat friendly apabila dia mengetahui arah tujuan kami. Selain daripada kami, terdapat juga pelancong dari serata dunia yang mungkin menyimpan impian seperti kami untuk ke Santorini sudah sekian lama. Tiket bas berharag Eur1.80/pax sehala dan dibayar di atas bas nanti. Kami bersyukur kerana dapat juga menjejakkan kaki ke kota putih Oia dan Fira di Santorini ini. Bas meninggalkan terminal Fira dan melewati jalan berbukit dan berliku di mana kami dapat menyaksikan permandangan yang sungguh menakjubkan dengan bangunan kebanyakannya serba putih mengadap ke laut tanpa sebarang halangan.
Baby Aakif ceria dalam bas menuju Oia 

 Menikmati view sepanjang jalan ke Oia

Jalan berliku ke Oia

Angin terus bertiup kuat diselubungi awan hitam berarak di langit dan suhu pula makin terasa sangat sejuk namun tidak sesekali menghalang kami untuk menerokai kota putih Oia sebaik sahaja kami tiba. Dalam masa lebih kurang 20min perjalanan kami sampai di terminal akhir bandar Oia dan tanpa berlengah lagi kami menuju ke celah-celah bangunan dan sampai di hujung jalan setelah melewati gereja. Kami berhenti rehat sebentar di bangku depan gereja tersebut sambil mengambil gambar dan menikmati permandangan yang sungguh cantik dan menakjubkan. Kebanyakan kedai ditutup pada musim sejuk dan ada juga pekerja sedang gigih membuat renovation dan juga bangunan baru. Sesekali kami berselisih dengan sekumpulan kuda padi yang membawa bahan binaan.
 

Langkah pertama menjelajahi kota Oia
 
Merakamkan detik-detik keriangan di Oia

 Zoom spot yang famous

 Sampai jua ke destinasi impian, Santorini....

View dari aras puncak tertinggi di pelantar tinjau

Zoom view kota Putih Oia
 
Kami berjalan sehingga ke penhujung jalan dan singgah di pelantar tinjau untuk mengambil foto zoom ke laut. Angin bertiup semakin kuat dan suhu pula semakin sejuk manakala awan hitam menyelubungi langit di Santorini menandakan hujan akan turun. Kami terus berjalan menyusuri banguan-bangunan putih dan berlindung di sebuah bangunan apabila hujan turun sambil berehat dan makan biskut yang dibawa. Setelah hujan reda kami teruskan perjalanan menjelajahi kota putih Oia sehingga bertemu kembali gereja tadi.
Model kuda padi konkrit tahan hujan dan angin kuat di Oia
Berhenti rehat seketika meunggu hujan reda
Kami ke simpang kiri jalan pula dan melewati Café dan membeli roti serta kopi panas sebagai lunch kami. Setelah itu kami melewati kedai barangan kulit yang masih sale dan kami berjalan sehingga ke penghujung jalan tersebut. Kami berpatah balik ke terminal bas Oia untuk menaiki bas ke Fira pada jam 2.20pm. Sementara menunggu bas, kami membeli fm dan souveniuors di kedai yang berhampiran.
View yang sangat mendamaikan

 Lereng bukit curam berwarna merah dan perang
 
 View hotel kelihatan bertingkat dari jalan di aras tertinggi 
 
Hotel baru dibina pastinya sesak di musim panas nanti
 Tepat jam 2.20pm bas bergerak ke Fira Town dan apabila turun kami terus ke kedai di hadapan terminal bas untuk membeli sekeping poskad dan setelah itu menuju ke pejabat pos untuk menghantar poskad tesebut kepada anak rakan lama yang hobinya sangat istimewa mengumpul poskad serata dunia. Semoga anak istimewa ini terus sihat dan suksess. Kami meneruskan perjalanan menerokai Fira Town dan masuk ke pasaraya Tesco untuk membeli snek dan air mineral untuk dijadikan bekalan di atas flight nanti. Kami terpaksa berpatah balik ke terminal bas untuk berlindung kerana hujan mula turun lebat menjelang petang. Setelah beberapa minit berada di situ hujan pun mulai reda dan bolehlah kami meneruskan perjalanan menuju ke stesen kereta kabel. Di sepanjang jalan kami sempat singgah di gerai-gerai sepanjang jalan dan sangat terpesona dengan seorang salesgirl di sebuah gerai yang boleh berbahasa Melayu. Cayalah Sis….
 Map untuk rujukan pelancong di Bas Station, Fira
 
Muzium Thira dalam perjalanan ke station cable car, Fira
Akhirnya kami sampai di penghujung jalan di stesen keretapi kabel dan ketika itu angin sangat sejuk bertiup dengan kuat. Setelah berfoto dan zoom view ke pelabuhan Fira, kami berpatah balik untuk mengambil beg yang ditinggalkan di store Georgia Studio dan langsung ke terminal bas untuk menunggu bas yang akan bertolak ke airport pada jam 5.30pm. Kami sempat solat jamak di kawasan taman di luar airport sementara menunggu pintu airport dan kaunter chek-in dibuka. Setelah boarding dan melalui kawalan keselamatan, kami menaiki airport shuttle bas menuju ke pesawat yang kemudiannya bersedia berlepas meninggalkan Pulau Santorini pada jam 7.45pm dengan seribu kenangan manis.

Kami selamat mendarat di Athens Eleftherios Venizelos International Airport pada jam 8.30pm dan dari airport kami terus ke station metro. Nasib kami agak malang kerana terpaksa berpatah balik untuk menaiki bas ke Athens setelah mengetahui ada strike pekerja train seharian pada hari itu. Setelah beratur membeli tiket di kaunter bas, kami menaiki bas yang penuh sesak dan sampai ke terminal bas terakhir berdekatan station Metro Stigma. Setelah bertanyakan beberapa orang tempatan, kami hanya berjalan kaki sekitar 20min untuk menuju ke Sparta Team Hotel yang letaknya berdekatan station Metro Ommania. Kami telah book hotel di Booking.com dengan harga Eur39.90/Night sebilik. Kami check-in sekitar jam 11.30pm dan tidur nyenyak setelah seharian kepenatan berjalan-jalan.

Kota Athens & Acropolis.

Pada hari Jumaat 11 Mac 2016, kami check-out seawal jam 7.00am dan meninggalkan beg di luggage storage hotel tersebut sebelum ke sebuah restoran halal betul-betul di depan hotel untuk breakfast roti kebab dan kuah daging. Selepas itu kami terus berjalan ke station Metro Omania untuk naik train terus ke Acropolis Station untuk menerokai Arch of Hadrian, Tiang Roman Olympic dan ke pintu utama Acropolis.
Station Metro Omania 
 Di station metro Acropolis, kami menggunakan escalator dan keluar ke main street, kemudian belok kiri lalu melintas jalan menyusuri pagar di sebelah kanan untuk ke Arch of Hadrian dan Tiang Roman Olympic. Kami terpesona dengan lukisan tiang Acropolis yang dijual di tepi jalan dan membelinya dengan harga Eur20. Ketika bergambar di Arch of Hadrian kami disapa oleh sekumpulan pelancong dari negara jiran Singapore yang tertarik dengan Baby Aakif yang dikendong di dalam baby carrier. Kami menggunakan pass masuk yang telah dibeli di pintu Library Hadrian, Acropolis dan sah untuk digunakan dalam tempoh 3 hari. Setelah mengambil gambar di kawasan padang dengan berlatarbelakangkan tiang Arch of Hadrian dan sekita Tinag Roman Olympic, kami berpatah balik menuju ke pintu masuk utama Acropolis. Memandangkan anak-anak telah penat berjalan maka mama sahaja yang sanggup mendaki ke puncak bukit di mana letaknya Acropolis sementara abah dan anak-anak hanya mampu zoom dari kejauhan sahaja. Tetapi di saat menunggu anak-anak berlari keriangan mengejar pigeon yang mendarat di tengah padang berlantaikan simen luas berdekatan jalan ke pintu utama Acropolis. 
 
    Arch of Hadrian 
 
Damia berehat di bangku dekat gate Tiang Roman Olympic


Tiang Roman Olympic
 
Zoom Acropolis dari tengah padang tapak Tiang Roman Olympic 
 
Baby Aakif mengejar pigeon di dataran menuju ke pintu utama Acropolis
 
Bendera Greece berkibar di tapak Acropolis

Mini stadium berbentuk Coleseum di Acropolis

Tiang-tiang Roman di Acropolis
   
Setelah mama turun kami bergegas kembali semula ke hotel untuk mengambil beg yang ditinggalkan di hotel dan berpatah balik semula ke Monastrakia untuk mengambil beg-beg bersaiz besar di Luggage Service. Sebaik menjelaskan bayaran kami masuk ke station Metro Monastrakia dan membeli tiket train ke airport di kaunternya. Sebaik sahaja train sampai di station airport kami meluru ke kaunter Pegasus dan sangat bersyukur kerana sempat sampai sebelum kaunter check-in luggage ditutup. Selepas melalui kaunter imegresen kami terpaksa menempuhi kawalan pemeriksaan keselamatan yang amat ketat sehinggakan perlu dikeluarkan semua peralatan gadjet dan komputer untuk diletakkan dalam bakul keselamatan dan adakalanya kelihatan mereka menggeladah setiap ruang dalam beg anda. Sabar je lah ya walaupun dalam keadaan penat berjalan. Hehe

Pesawat Pegasus Flight 8877 penerbangan dari Athens Eleftherios Venizelos Airport berlepas pada jam 4.30pm dan selamat mendarat di Istanbul Sabiha Cokcen (SAW) pada jam 6.45pm. Pegasus adalah merupakan pesawat tambang murah milik Turkish Airlines seperti Air Asia, di mana sepanjang penerbangan selama 2 jam 15min itu penumpang juga mempunyai option untuk membeli makanan atau barangan lain melalui webnya atau di atas flight. Tiket Pegasus kami tempah di webnya dengan harga Eur232/Family termasuk 1 luggage besar dan 1 luggage medium check-in dan 3 begpack yang dibawa ke atas pesawat. Setelah melalui kaunter imegresen kami ke bas station Havatas untuk mendapatkan tiket ke jetty ferry di Kadikoy. Waktu Operasi Bas Havatas : Trip SAW-Kadikoy (4.00am-1.00am) manakala dari Kadikoy-SAW (4.15am-12.45am). Kami menaiki bas dari Airport Istanbul Sabiha pada jam 7.00pm dan sampai di jetty ferry sekitar jam 8.20pm kerana masalah kesesakan jalanraya di Istanbul. Kami menarik luggage berjalan melawati bas-bas di station Kadikoy menuju ke kaunter tiket ferry lalu masuk ke dalam ferry yang bersedia untuk berlepas beberapa saat sahaja sekitar jam 8.30pm. Jadual Ferry Kadikoy ke Sikerci/Eminonu adalah seperti berikut ; Trip dari Kadikoy-Eminonu (7.00am-8.30pm) manakala trip Eminonu-kadikoy (7.10am-9.00am) dan boleh desemak di web http://en.sehirhatlari.com.tr/en.
Bas Havatas dari SAW Airport ke Jeti Ferry di Kadikoy

Di dalam ferry kami menikmati permandangan kota Istanbul dihiasi cahaya lampu yang terang benderang sambil memesan roti dan minum kopi panas dalam tiupan angin malam yang sangat sejuk. Dari station jetty di Eminonu, kami berjalan menuju tram station Sikerci dan membeli coin di vending machine untuk ke tram station Sultanahmet. Dari station tersebut kami melintas jalan menuju ke Old City Sultahnahmet Hotel yang terletak beberapa meter sahaja dari situ selama 20 min berjalan kaki sahaja sambil beberapa kali jugalah bertanyakan peniaga di sekitar kawasan tersebut kerana tersesat arah. Kami check in di Old City Sultahnahmet Hotel yang telah ditempah di booking.com untuk 3 malam dengan harga MYR251/Family. (Tips : Untuk memudahkan dan menjimatkan kos pilihlah hotel berdekatan dengan tram station)
 
View kota Istanbul dihiasi cahaya
Zoom Haghia Sopia, Istanbul dikelilingi cahaya
Berehat di atas Ferry sambil menghirup kopi panas
Baby Aakif terlelap dibuai angin malam Lautan Marmara di kota Istanbul   
Ikutilah perkongsian jelajah perjalanan kami selanjutnya di kota Istanbul bersama group keluarga yang baru tiba di Istanbul dari Kuala Lumpur dan akan turut serta menjelajahi negara Turkey dengan memandu sendiri kereta sewa. Ikutilah pengalaman pemanduan kereta mengelilingi negara Turkey dalam entri seterusnya…….. Jom