Sunday 24 April 2016

Europe Trip 1 : (Part 4) – France : Jelajah Kota Paris dan Keriangan Disneyland, Paris

Pengalaman naik High Speed Rail (HSR) Train 9322 - Thalys dari Amsterdam Central ke Paris Nord

Pada keesokan harinya 5 June 2014, kami check-out awal pagi dan menarik luggage ke station train Amsterdam Central. Kami akan menaiki train High Speed Rail (HSR) Thallys untuk ke kota Paris yang telah ditempah di web Thalys berharga Eur160.50/Family. Kami menaiki train Train 9322 - Thalys ke Paris Nord pada jam 8.18am dan dijangka sampai dalam masa 3 jam 30 min.

Sesampainya di Paris, setelah melalui kaunter imegresen kami terus mencari mesin tiket untuk membeli Paris Vissite Card. Daripada Paris Nord kami naik train ke Metro Bastille (Orange Lane) untuk ke hotel penginapan di kota Paris.
Bergambar dahulu di depan Thallys


High Speed Rail (HSR) Thallys untuk ke kota Paris
Sesampainya di station Metro Bastille kami turun dan berjalan ke apartment Roquette Bijou Apartments di Paris Bastille Roquette (53BIS, rue de la Roquette Paris 75010) di mana kami akan tinggal selama 3 malam dengan harga Eur295. Sesampai di depan pagar apartment kami mendapati pintu utama apartment berkunci dan barulah kami sedar bahawa pekerja apartment tersebut tidak berada di situ sepanjang masa dan perlu dimaklumkan tentang schedule ketibaan sekali lagi terlebih dahulu sebelum sampai di hotel tersebut. Kami menyangkakan yang pihak apartment tersebut akan mengikut schedule yang kami telah nyatakan di dalam booking dan email kepada mereka sebelum ini. Tetapi Alhamdullilah, nasib kami sangat baik kerana terdapat seorang wanita yang baik hati warga tempatan yang juga menginap di apartment tersebut dan juga boleh berbahasa Inggeris dengan agak baik kerana beliaulah yang membantu kami menelefon pihak waytostay.com yang kemudiannnya menghubungi kami dan menghantar staf apartment tersebut untuk memberi kunci apartment kepada kami. Walaupun di awalnya terdapat sedikit kelewatan dan masalah penyerahan kunci kami merasa amat berpuas hati setelah melangkah masuk ke bilik apartment sebilik itu yang sangat luas dan bersih dilengkapi pelbagai kemudahan seperti wifi free, peralatan memasak, peti ais, iron dan sebagainya dengan rekabentuknya ala-ala klasik. Kepada wanita tersebut kami ucapkan ‘Thank you sis’.
Map train di kota Paris
 
Setelah meninggalkan luggage di hotel kami bergegas ke station Metro Bastille untuk naik train Purple Lane kemudiannya transit di station Metro Repbuclique untuk bertukar ke train Light Green Lane menuju ke station Metro La Fayette. La Fayette adalah shopping centre eksklusif yang terletak di Galeries Lafayette Haussmann, 40, Boulevard Haussmann yang beroperasi dari jam 9.30am - 9.00pm. La Fayette juga terletak berhampiran bangunan Opera yang tersegam indah di seberang jalannya. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli the famous Laduree di sini. Kemudian, kami ke station Metro Havre Caumartin berdekatan dengan Opera iaitu di Printemps dan kedai-kedai yang terletak di 64, Blvd. Haussmann, 9th arrondissement yang terdapat barangan jualan seperti beg kulit LV dan Long Champs yang murah. Pelancong juga boleh sampai ke sana dengan menaiki train ke Metro: Chaussée d'Antin, Opéra, atau train Trinité RER: Auber (Line A) atau train Haussmann St-Lazare (Line E).
Setelah puas bershopping di area La Fayette, kami menuju ke station Metro Charles de Gaulle-Etoille dan menaiki train Orange Lane ke station Metro Bastille untuk kembali semula ke bilik apartment. Oleh kerana keletihan, kami singgah di restoran halal dalam perjalanan balik dan tapau kebab untuk dinner. Malam itu kami tidur nyenyak setelah seharian berjalan dan berehat memandangkan anak-anak tidak sabar menanti hari esok untuk ke Disneyland Paris.
 
Mengunjungi kota kemeriahan Disneyland Paris
Pada pagi 6 June 2014, setelah breakfast kami mula melangkahkan kaki keluar dari hotel sekitar jam 7.00am untuk ke kota kemeriahan Disneyland Paris. Kami berjalan ke station Metro Bastille Train dan naik train Yellow Lane menuju ke station Metro Charles De Lyon. Dari station Metro Charles De Lyon untuk ke Disneyland Paris pengunjung boleh menaiki train RER A ke station Disneyland (Stn Marne La Valle, Disneyland). Tiket sehala diperlukan dari mana-mana station Metro/RER di zone 1 untuk ke Disneyland Resort Paris yang mana boleh didapati di mesin atau kaunter. Manakala station RER yang boleh transit ke RER A adalah seperti Charles de Gaulle Etoile, Auber, Les Halles, Gare de Lyon dan Nation. Harga tiket dari Nation - Euro 7.30 sehala/org.
 

Adik bergambar di depan Disneyland

Warna-warni bunga-bungaan di depan Dineyland Paris
Gambar di depan pintu Disneyland Paris

Sesampainya di station Marne La Valle, Disneyland kami mengikuti orang ramai yang bersesak-sesak keluar untuk ke pintu utama Disneyland Paris. Tips : Untuk menjimatkan masa dan mengelak daripada beratur panjang membeli tiket train balik, silalah pilih atau rancang masa yang sesuai untuk mendapatkan tiket train tersebut.
Kami telah menempah tiket masuk ke Disneyland melalui webnya dengan harga Eur156/Family. (Tips : Jika anda ingin mendapat harga tiket yang murah anda perlu menempahnya dengan menggunakan webnya berbahasa France (pakai google translate). Usaha anda untuk menggunakan google translate pasti berbaloi dan puas hati dengan hasil penjimatan nanti). Oleh kerana kami pernah ke Disneyland Hong Kong, maka kami masih ingat peraturan dan persediaan untuk masuk ke Disneyland Paris.
Sleeping Beauty Castle mercu tanda di Dineyland Paris
Baby Aakif teruja menaiki 'baby chucky' train di Dineyland Paris

Sailor man di tasik Dineyland Paris

 
Masa untuk belayar

Zoom kampung koboi di tepi tasik Dineyland Paris

Pintu gerbang batuan Disneyland Paris

Train 'Once Upon A Time' di Disneyland Paris
 
Bagi yang berkesempatan dan punya banyak masa terluang jangan lepaskan peluang untuk singgah ke La Valle Village (Factory Outlet) yang berdekatan sahaja jika dari Disneyland Paris. Dari station Disneyland (Stn Marne La Valle, Disneyland) naik RER Line A4 menuju ke Stn Val d'Europe/Serris Montévrain, ke arah kanan & jalan sepanjang deretan kedai/bangunan dlm 15 min sampailah ke La Valle Village yang mempunyai berbagai oulet beroperasi dari jam 10.00am - 7.00pm. Untuk kaki shopping anda perlu tahu bahawa tax refund sah jika jumlah belian > Eur175 dalam satu resit di sesebuah kedai. Jika anda berkunjung ke La Valle Village silalah menjamu selera menu Kebab Arab di Restoran Noura dengan harga serendah Euro 7 -8/set. (Tips : Harga beg Long Champ paling murah di sini).
Menjelang petang kami ke kaunter tiket di station Disneyland (Stn Marne La Valle, Disneyland) dan beratur panjang untuk membeli tiket di mesin. Kami mengambil agak lama untuk menggunakan mesin tersebut kerana terpaksa membaca arahan step by step. Mujurlah ada warga tempatan yang membantu kami membeli tiket. Setelah itu kami kembali semula ke station Metro Champs Elysées-Etoile selepas transit di station Metro Charles De Gaulle Etoille dan bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Setelah itu, kami naik train di station Metro Champs Elysées-Etoile untuk balik ke station Metro Bastille dan kembali ke hotel untuk berehat.
 
Berjalan-jalan di Kota Paris dengan train Metro
Pada pagi Sabtu 7 June 2014, kami bangun seawal jam 7.00am kerana aktiviti seharian kami pada hari itu adalah menjelajahi kota Paris dengan menaiki train. (Option : Seperti kota London dan kota-kota lain di Eropah, di Paris juga terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan Hop On Hop Off iaitu Big Bus Tour dan sebagainya, tetapi bandingkanlah harga dan route yang dilaluinya agar tertunai hajat di hati untuk sampai ke sesuatu destinasi impian).

Destinasi pertama kami adalah ke Musée du Louvre di mana kami menaiki train Orange Lane (1) dari station Metro Bastille ke station Metro Louvre. Kami turun di station tersebut dan berjalan ke
hadapan Musée du Louvre di mana di sinilah tersimpannya potret Mona Lisa yang sangat terkenal. Kami tidak melepaskan peluang bergambar di dataran luas dan di pintu masuknya yang mempunyai bumbung kaca berbentuk pyramid dan juga pancutan air. Kami tidak bercadang untuk masuk memandangkan kelihatan ramai orang beratur dan bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket. Kami berlegar-legar di kawasan dataran dan mengambil gambar di setiap sudut bangunan dan juga tugu berdekatan muzium tersebut.

Kubah kaca di Musée du Louvre

Peluang keemasan berposing di Musée du Louvre
Berehat sebentar di Musée du Louvre

Tugu di dataran luas depan Musée du Louvre

Setelah itu kami berjalan kembali ke station Metro Louvre ke Eiffel Tower yang menjadi setiap impian pelancong kalau ke kota cinta Paris. Untuk ke sana kami menaiki train Orange Lane (1) semula dan transit di station Metro Charles de Gaulle Etolle ke train Light Green Lane (6) ke station Bir Hakeim/Champ De Mars. Dari station terebut kami terpaksa berjalan kaki di laluan yang penuh sesak dan berduyun-duyun dengan orang ramai lalu lalang. Sebelum sampai di tempat yang kami tujui, tiba-tiba kami diterpa oleh sekumpulan remaja yang kononnya sedang membuat kajiselidik pelancongan dan masing-masing meminta kami menurunkan tandatangan. Di dalam suasana yang agak kecoh tersebut, kami perasan yang zip porch telah terbuka dan cepat-cepat kami keluar dari kerumunan tersebut. Kami bersyukur kerana tiada apa yang hilang. (Tips : Banyak penyeluk saku yang menyasarkan tourist dan anda dinasihatkan berhati-hati sepanjang berada di kota Paris terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai). Dengan lebih berwaspada, kami meneruskan perjalanan kami ke Eiffel Tower yang sudah kelihatan puncak menaranya dengan perasaan yang lega sekali setelah menempuh insiden di mana kami hampir kehilangan passport dan sebagainya. Syukur Alhamdullilah.

Bergambar di Eiffel Tower
Pelancong lepak di taman dekat Eiffel Tower
Baby Aakif celebrate 1st birthday di hadapan Eiffel Tower

Zoom Eiffel Tower

Lagi gambar di Eiffel Tower
Eiffel Tower lagi

Birthday baby gembira di Eiffel Tower
Selepas bergambar kenangan di Eiffel Tower (until now Eiffel Tower remains one of our favourite building!) kami berjalan kembali ke station Metro Bir Hakeim untuk menaiki train Light Green (6) Lane ke station Metro Charles de Gaulle Etolle semula. Di bawah station ini anda boleh membeli souvenirs yang murah dengan penjual berkulit hitam. Kami turun di station Metro Charles de Gaulle Etolle untuk ke Arc de Triomphe. Setelah bergambar di depan tugu tersebut kami berjalan menyusuri kedai-kedai di Avenue des Champs Elysees sehinga tiba ke kedai no. 101 LV outlet untuk shopping handbag. Para pengujung dikehendaki beratur dan setiap orang akan diberi kupon setelah itu barulah dibenarkan masuk ke outlet tersebut. Kami juga turut menikmati kopi panas dan roti di tepi jalan Avenue des Champs Elysees sambil melihat gelagat orang ramai yang lalu lalang. Terdapat juga golongan gelandangan yang mundar mandir ke hulu hilir mencari rezeki seharian mereka.


No. 101 outlet LV

Beratur untuk shopping di LV outlet

Kami ke station Metro berdekatan iaitu station Metro George V untuk naik train Orange Lane (1) ke station Franklin D Roosevelt untuk transit naik train Light Green (9) ke station Chaussee d’Antin La Fayette untuk shopping dan merayap lagi di sekitar bangunanOpéra, Galeries Lafayette Haussmann dan Galeries Lafayette Mansion. Selepas itu, kami ke station Metro Chaussee d’Antin La Fayette semula dan naik train Purple Lane (8) menuju ke station Metro Richelieu Drouot dan turun di station tersebut dan berjalan dengan berpandukan map menuju ke Hard Rock Café, Paris untuk shopping tshirts. Menjelang petang kami kembali semula ke station Metro Richelieu Drouot untuk naik train Purple Lane (8) semula untuk balik ke station Bastille. Oleh kerana kepenatan kami tapau kebab dan beberapa menu lain di restoran halal dalam perjalanan balik ke apartment. Pada malam itu, kami hanya berehat di bilik sambil mengemas beg sambil menyediakan dokumen untuk claim VAT dan sebagainya.


Flight MAS dari Charles de Gaulle Airport, Paris ke KLIA

Kami bangun seawal jam 5.00am untuk berkemas dan menyediakan breakfast sendiri ala kadar sebelum keluar dari bilik apartment tersebut. Kami memastikan tiada apa lagi tertinggal memandangkan kami perlu meninggalkan kunci di dalam bilik tersebut sebelum berangkat pulang. Kami menarik luggage ke station Metro Bastille untuk naik train Purple Lane (8) ke station Metro Opera dan berpandukan map dan papan tanda arah kami berjalan menuju ke bus stand RoissyBus dengan harga Eur19/pax untuk ke Charles de Gaulle Airport, Paris. Bas RoissyBus agak panjang dan mudah untuk mengangkat 2 beg luggage kami yang besar ke dalam bas tersebut. Bas mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke Charles de Gaulle Airport, Paris. Kami terus ke kaunter MAS untuk check-in luggage. Kami menghadapi masalah di kaunter kerana pertukaran ejaan nama yang dibuat di KL tidak dikemaskini di dalam system untuk penerbangan pulang. Namun, staff MAS di Paris tersebut cuba menghubungi pihak-pihak yang berkenaan di mana kami dibenarkan menaiki pesawat hanya beberapa minit sahaja sebelum pintu gate ditutup. Di masa yang sama kami ke mesin digital di airport tersebut untuk menyelesaikan urusan VAT kastam dan kami hanya membuat pengeposan untuk claim VAT. (Tips : Anda juga boleh ke kaunter refund desk di Aras Pelepasan di Charles de Gaulle Airport, Paris. Serahkan VAT refund forms di kaunter tersebut untuk disahkan. Tetapi sila bersabar jika terdapat giliran yang panjang di kaunter tersebut. Untuk refund cash segera, pergi ke kaunter Travelex hanya bersebelahan dengan refund desk yang biasanya beratur panjang atau kaunter Travelex selepas urusan imigresen, di dalam departure hall dekat Printemps di mana kurang giliran menunggunya. Jika pelancong memilih untuk cash refund, mereka akan dicaj Eur3 per refund form, di mana akan ditolak dari bayaran tersebut. Pelancong juga boleh memilih untuk menerima bayaran dalam mata wang negara masing-masing atau boleh memilih kredit ke credit card. Sila pastikan VAT refund form number diambil untuk memudahkan penyemakan refund status dari Global Blue website jika diperlukan kemudian. Letakkan form di dalam envelope dan poskan).
Setelah menjalani pemeriksaan keselamatan dan imegresen kami sekeluarga antara kumpulan yang paling akhir memasuki pintu pesawat. Akhirnya Flight MAS A380 - MH21 selamat terbang dari Charles de Gaulle, Paris pada jam 12.00 tengahari menuju ke KL dan kami bersyukur kepadaNya setelah selamat sampai di KLIA pada jam 6.25am keesokannya.


Flight MAS A380 - MH21 takeoff di Charles de Gaulle Airport, Paris
Memori indah untuk Baby Aakif

Ikuti kemeriahan kami menjelajah ke Asia dan destinasi-destinasi menarik lain di Malaysia dalam entri seterusnya………….