Thursday 16 August 2018

Percutian ke Pulau Lagenda Langkawi, Kedah Darul Aman


Day 1 (17 Mac 2017) Ke Pulau Lagenda Langkawi & Makan Laksa Sekoq dekat pantai tepi Airport Langkawi

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan untuk mengunjungi Pulau Lagenda Langkawi di Kedah Darul Aman setelah hampir lebih 5 tahun tidak mengunjunginya. Kami menempah pesawat AirAsia yang berharga sekitar RM500/family (3A2C). Sementara itu, kami membuat tempahan hotel di Booking.com dengan memilih Hotel Belukar Lodges dengan bayaran sekitar RM400 untuk 4 hari 3 malam. Kami juga telah menghubungi En Tengku Zamri whatsapps no. 019-9119428 yang menyediakan servis kereta sewa di mana kami hanya membuat booking kereta MyVi dengan bayaran sekitar RM300 selama 4 hari berada di Pulau Langkawi.  

Map Spot pelancong di Langkawi

Pada tengahari Jumaat itu sekitar jam 11.00 pagi lagi pada 17 Mac 2017, kami dah berkemas begpack setiap orang dan bersiap sedia turun dari rumah ke LCCT dengan memandu kereta dan parking kenderaan di Park n Ride Putrajaya Sentral. Setelah memulakan perjalanan sekitar jam 12.00 tengahari dan memandu selama 30 minit melalui highway kami pun selamat sampai ke Putrajaya Sentral. Setelah meletakkan kenderaan di parking P2, kami ke kaunter ERL untuk membeli tiket ke KLIA2. Setibanya di LCCT kami terus sahaja ke kaunter Air Asia kemudiannya kami beratur untuk check-in luggage serta boarding pada jam 2.00pm lalu menaiki Flight AK 6310 pada jam  2.50am akhirnya mendarat di Langkawi International Airport ((LIA) pada jam 3.30pm. Semasa menghampiri LIA pilot memberitahu terdapat beberapa pesawat tempur pertunjukan LIMA 17 yang sedang membuat latihan di udara mungkin akan kelihatan melintas hampir dengan pesawat Malindo Air tersebut.  

Makan & lepak di airport sebelum menaiki flight

Setelah melewati gate arrival kami terus ke kaunter kereta sewa untuk berjumpa dengan En Tengku Zamri bagi mengambil kunci kereta dan membayar tempahan kereta sewa bersama deposit. Setelah itu, kami memandu keluar airport dan mencari stesen minyak untuk mengisi full tank. Di stesen minyak kami terpaksa beratur panjgang kerana terdapat banyak kereta team LIMA 17 Langkawi.  

Setelah itu kami memandu ke untuk menikmati makan tengahari laksa famous ikan sekoq di tepi pantai Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah tak jauh dari airport tersebut. Kami menghubungi wakil Homestay Belukar Lodge untuk memberitahu kami akan check-in lewat petang selepas makan dan telah menduga akan berlaku kesesakan lalulintas kerana terdapat acara raptai LIMA 17 sedang dijalankan.

Laksa ikan sekoq yang original

Zoom jet raptai LIMA17 melintasi ruang udara Langkawi

Belukar Lodge adalah merupakan sebuah bilik dilengkapi 1 katil Quuen dan 1 katil 3 tingkat dengan 1 bilik air terletak di alamat Km 11 Jalan Padan Matsirat,, Kampung Bayas, 07000 Langkawi, Kedah yang sesuai untuk keluarga muslim yang ingin singgah bercuti di Pulau lagenda Langkawi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di Belukar Lodge bolehlah Whatapps pengurusnya Pn Fatimah di 012-6727825/012-6727850 atau booking di web Trivago.com. Silakanlah yeee……  

Anak-anak kami memang excited  untuk menginap di Belukar Lodge kerana teruja dengan katil 3 tingkat di mana dari rumah lagi masing-masing telah memilih untuk mendapatkan katil idaman di setiap tingkat. Hehe
Setelah melalului beberapa lencongan jalan terutamanya di sekitar LIA, kami mengikut route di Waze handphone untuk ke Belukar Lodge. Setelah sampai di gate Belukar Lodge kami menghubungi wakilnya untuk mendapatkan kunci bilik. Sambil menunggu beliau kami melihat beberapa pesawat LIMA 17 Langkawi beberapa kali melintasi ruang angkasa untuk raptai dan latihan.

Papan tanda di pintu masuk ke Belukar Lodge

Kaunter dan pejabat Belukar Lodge

Kawasan parking luas di depan Belukar Lodge

Katil 3 tingkat yang disukai kanak-kanak

Setelah mengambil kunci dan mendaftar, kami pun masuk ke bilik untuk berehat sebentar sambil menunggu masa yang sesuai untuk keluar mencari restoran makan malam nanti.

Setelah siap menikmati makanan menu di restoran tak berapa jauh dari hotel tersebut kami mula menguatkan semangat untuk menuju ke Kompoleks HIG (Haji Ismail Group) di Kawasan Bebas Cukai pekan Langkawi yang famous dengan aktiviti jualan borong berbagai jenis coklat, jam, hand beg dan macam-macam lagi. Selain daripada shopping kompleks terdapat juga rangkaian hotel HIG untuk pengunjung menginap.  

Hasil serbuan di Supermarket HIG

Shopping Mall HIG

Setelah puas bershopping beberapa pek coklat kami pun beransur pulang ke hotel untuk berehat setelah seharian penat memandangkan perjalanan yang jauh dari rumah dan airport lagi.


Day 2 ( 18 Mac 2017)  Menaiki cable car SkyCab Langkawi, Water Duck bus, Mardi Agrotechnology Park…

Pada pagi Sabtu 19 Mac 2017, setelah mandi dan bersolat subuh kami tak sabar menunggu hari  terang untuk keluar breakfast. Kami akan breakfast special pada pagi itu di mana famous diviralkan di FB dan laman social tentang keunikan Warung Pak Malau yang terletak tak jauh dari Makam Mahsuri di alamat Warung Nasi Dagang Pak Malau, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah. Yang uniknya, warung itu didirikan di sebelah rumah tradisional yang dijadikan muzium oleh tuan rumah. Menurut kisahnya tuan rumah adalah merupakan penduduk asal Langkawi yang pernah berhijrah ke  beberapa buah negeri semasa bertugas.

Di Warung Pak Malau juga terdapat menu masakan Kelantan yang famous iaitu nasi dagangnya selain daripada menu tempatan. Kami sangat berselara menikmati breakfast di tepi rumah tradisonal berlatarbelakangkan sawah padi dan gunung-ganang yang menghijau sambil dihembus bisikan angin yang tentunya fresh serta siulan burung-burung yang berkicauan menambahkan lagi ceria suasana pagi yang sungguh riang.    


Rumah tradisional yang cantik

Ruang info di sudut atas rumah Pak Malau

Rumah tradisional yang luas dan damai

Makan di Warung Nasi Dagang Pak Malau

Zoom sekitar Warung Nasi Dagang Pak Malau

Reban itik di tepi sawah dekat Warung Nasi Dagang Pak Malau

Setelah selesai breakfast, kami menuju ke Langkawi SkyCab yang terletak berdekatan Pantai Kok, Langkawi. Kami parking di ruang parking yang dibuka dan berjalan masuk ke kawasan kaunter jualan tiket cable car untuk menuju ke puncak pelantar platform SkyCab tersebut. Sky Cab Langkawi beroperasi dari jam 9.30am hingga 7.00pm setiap hari.


Entrance ke SkyCab Terminal Station


Bangunan terminal station dan kaunter SkyCab


Kapsul SkyCab Langkawi


Zoom puncak dari kapsul SkyCab


Perasaan berdebar dan gementar 


SkyCab mula mendaki Gunung 


Zoom ke pulau-pulau dari tingkap kapsul SkyCab 


Menghampiri station SkyCab di puncak


Alhamdulillah..... Selamat sampai di puncak


Zoom permandangan yang indah

Lepak santai @ Cafeteria di platform puncak 

Setelah beratur hampir 20 minit kami pun sampai ke kapsul cable car dan apabila pintu dibuka kami seramai 5 beranak terus menyerbu masuk ke dalam kapsul cable car tersebut. Kami teringat kenangan indah sewaktu menyerbu masuk ke cabsul car di Bursa, Turkey. Memori indah menaiki cable car di Bursa, Turkey boleh dicapai di link Cable Car Bermain Salji di Uludaq    

Setelah menahan perasaan cemas dan gayat kami pun sampai di steseyen puncak cable car dan berjalan di platform sambil meninjau permandangan sejauh mata memandang kea rah lembah dan gunung yang menghijau dan juga laut yang membiru terdampar indah. Kami berlegar-legar di atas platform sambil merakam gambar view yang sungguh mempersonakan. Kami sempat meredakan perasaan cemas dan lelah ketika di dalam kapsul cable car tadi dengan berehat sambil menghirup kopi, jus dan ais krim. Tidak banyak aktiviti yang dibuat di atas platform tersebut, lalu kami mengambil keputusan untuk turun semula ke stesyen utama SkyCab di bawah. 



Cemas seketika semasa kapsul SkyCab mula menuruni station puncak

Zoom dari tingkap yang luas dalam kapsul SkyCab

Sayangilah hutan dan alam semulajadi 


Pohon yang hijau dan rendang

Setelah sampai di bawah, kami meninjau beberapa seksyen di sekitar steseyen SkyCab tersebut seperti kandang arnab, kapal angkasa 3D dan lain-lain sebelum memasuki Studio 3D pula. Di dalam Studio 3D terdapat ramai pengunjung yang bersilih ganti mengambil gambar di segmen-segmen 3D yang unik dan cantic sekali. Di tengah-tengah bahagian laluan studio tersebut ramai pengunjung berkumpul untuk menantikan tayangan  layar 3D setelah pengumuman dibuat. Beberapa minit kemudian kami duduk di celah-celah pengunjung yang ramai untuk menyaksikan juga tayangan layar 3D yang menarik bersertakan sound effect yang bagus.  



Memberi makan arnab

Sayap ala angel

Ombak besar

Along imbangkan diri takut terbalik 
Gaya seperti di Surfers Paradise  

Cool...... 

Mangsa ujikaji

Comelnyalah

Kami keluar menuju ke kaunter Water DuckTour Bus untuk membeli tiket dan menanti bas tersebut di hentian yang disediakan. Setelah penuh, bas tersebut berjalan meyusuri jalan raya menuju ke tepi pantai tak berapa jauh dari stesyennya tadi. Kami dibawa menyusuri hotel dan resort mengadap laut, jeti kapal-kapal ekslusif dan juga perkampungan nelayan. Suasana laut dan permandangan tersebut amat menarik dan mempersonakan semua pelancong yang menaiki bas tersebut.


Kaunter tiket DuckTour Langkawi


Bas Water DuckTour 

Bersedia untuk bergerak ke laut

Zoom kampung nelayan di tepi pantai

Berselisih dengan kapal layar

Zoom dari dalam Water DuckTour Bus

Kami lansung meuju ke Mardi Agrotechnology Park yang merupakan kawasan tapak tanah di bawah seliaan Mardi namun mempunyai pakej agro tourism yang dibuka untuk lawatan kepada orang awam yang terlatk di No. 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Ulu Melaka Kuah, 07000, Langkawi, Kedah. Usaha murni Mardi ini sungguh baik demi menyemai daya tarikan kepada orang awam untuk mengetahui usaha-uasaha kerajaan untuk meningkatkan perusahaan pertanian agar terus berkembang maju menjadi business dan manfaat kepada semua.

Menaiki tram 


Tram pusing-pusing di dalam Mardi Agrotechnology Park 


Makan hasil tanaman buah-buahan di kantin


Cenderahati anyaman daun kelapa berbentuk burung dari Mardi


Maskot nangka yang setia menanti pengunjung


Arca giant durian di Mardi Agrotechnology Park

Kami bercadang untuk makan menu seafood yang fresh dan terkenal dengan harga yang berpatuatan di Langkawi. Kami menuju ke Restoran Nelayan Bukit Malut, Langkawi yang terletak tak jauh dari Hospital Langkawi dan beberapa meter sahaja dari jeti nelayan. Semasa kami sampai hanya terdapat beberapa oranng pelancong mat saleh yang sedia untuk memesan menu makan malam. Begitu juga kami meninjau-ninjau kaunter ikan, udang, ketam dan hidupan laut yang lain untuk memesan ikan bakar, sotong, ketam dan lain-lain yang perlu dimasak menu mengikut selera kami oleh chefnya.    

Sementara menunggu masakan terhidang kami sempat berjalan ke jeti nelayan sambil memerhatikan deretan perahu yang tersusun di tepi jeti tersebut. Kami juga terpesona dengan keakraban kaum nelayan yang membantu rakannya menurunkan perahu baru yang sampai ke dalam sungai tersebut.

Beberapa minit kemudian kami kembali ke restoran dan kebetulan menu makanan yang dipesan tersedia untuk dihidang dan tibalah masa kami untuk menjamu selera.

Makan seafood Restoran Kg Nelayan Bukit Malut

Setelah kekenyangan kami meneruskan perjalanan balik ke hotel yang jaraknya dalam 2-3km sahaja dari situ untuk berehat.


Day 3 ( 19 Mac 2017)  Menaiki bot ke Gua Kelawar & Sangkar Ikan di Kilim Geoforest Park dan menziarahi Makam Mahsuri…

Pada pagi minggu kami keluar lewat sedikit sekitar jam 9.00am langsung ke Restoran Kak Yan Nasi Campur yang terkenal untuk breakfast. Restoran tersebut terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah. Restoran tersebut menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan juga para pelancong kerana menu hidangannya yang pelbagai dan enak-enak belaka mengikut selera masing-masing.

Brekfast di Restoran Nasi campur Kak Yan

Selesai breakfast kami pun bertolak menuju ke Kilim Geoforest Park terletak di Jalan Ayer Hangat, Langkawi. Setibanya di entrance kami melihat sudah ramai pengunjung yang berduyun-duyun menanti perahu masing-masing. Kami pula baharu mencari kaunter pertanyaan untuk mendapatkan pakej yang disediakan. Setelah berlegar-legar di kawasan tersebut kami dioffer suatu pakej yang berbaloi oleh sekumpulan pengusaha perahu/bot yang kebanyakannya terdiri dari penduduk tempatan. Kami akan dibawa ke Gua Kelawar, Sangkar Ternakan Ikan, Pulau Helang dan beberapa gunung-gunung di sekitar Kilim Geoforest Park. Setelah menanti bot beberapa minit kami pun dijemput ke jeti untuk mememulakan pengembaraan kami di sekitar Kilim Geoforest Park tersebut.   

Jeti Kilim Geoforest Park

Map pulau-pulau di kawasan Kilim Geoforest Park

Ruang menunggu bot

Sudut info di jeti Kilim Geoforest Park

Setelah kami sekeluarga masing-masing mengambil tempat di dalam bot, kami dibawa menyusuri sungai ke Gua Kelawar yang terletak sekitar 5-10 minit perjalanan dari jeti utama. Kami turun di jeti Gua Kelawar. Kami diminta berjalan kaki di atas laluan khas yang disediakan melalui gua-gua terdapat samar-samar lampu di mana terdapat banyak kelawar yang bergantungan di bahagian atas gua. Selain daripada itu, kami juga dapat melihat tumbuhan paya bakau yang tumbuh di sekitar gua-gua tersebut.   

Bot mula membawa pengunjung dari jeti

Jeti Gua Kelawar


Bot menurunkan pengunjung di jeti Gua Kelawar


Di atas jeti Gua Kelawar


Jambatan menuju ke Gua Kelawar 


Zoom kelawar di dalam gua

Info hutan kayu bakau


Jambatan melintasi kawasan hutan kayu bakau


Para pengunjung diberi taklimat berkenaan hutan kayu bakau


Jalan ke jeti Gua Kelawar


Info berkenaan Gua Kelawar

Setelah sampai ke penghujung jalan yang menghubungkannya ke jeti tadi, kami menaiki bot semula untuk ke destinasi seterusnya iaitu meninjau kawasan ternakan ikan, udang dan hidupan laut yang lain. Kami dibawa ke beberapa sanngkar yang khas menempatkan ternakan hidupan laut yang diusahakan di situ. Yang uniknya pengunjung boleh memilih ikan, udang dan hidupan laut yang lain dan boleh menikmatinya dengan menu masakan mengikut selera masing-masing di restoran terapung hanya bersebelahan dengan sangkar-sangkar ternakan tersebut.    


Bot membawa pengunjung ke Kolam Ternakan

Kolam ternakan

Di atas platform kolam ternakan

Sangkar ternakan ikan

Pekerja menyauk ikan 

Pekerja memberi makan ikan pari

Sangkar ternakan udang

Oleh kerana kesuntukan masa kami meneruskan perjalanan menyusuri gua-gua dengan bot tersebut yang hanya boleh dilalui ketika air surut. Ketika melalui kawasan ini kelajuan bot diperlahankan ditakuti tersangkut dengan bumbung gua dan pelancong pula dapat melihat dengan teliti permukaan batu gua yang akan ditenggelami air ketika air pasang.

Enjin bot dimatikan ketika menghampiri gua

Bot menyusuri gua yang boleh dilalui ketika air surut

Kami berpatah balik melalui kawasan sangkar ternakan tadi untuk ke gua Helang. Apibila menghampiri kawasan tersebut kelihatan dari jauh kumpulan burung helang berwarna warni terbang mundar mandir sesekali menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan yang dibunag oleh beberepa tekong bot yang membawa penumpang masing-masing. Kami juga tidak ketinggalan untuk merakamkan foto di saat burung helang terbang di gigi air.

Zoom dari dalam bot

Helang terbang mundar-mandir mendeekati bot

Helang terbammg mmenjunam untuk mendapatkan makanan di permukaan air

Setelah itu, kami dibawa ke kawasan gunung yang tertulis abjad besar ‘Kilim Geoforest Park’ dan masing-masing telah bersiap sedia untuk bergambar berlatarbelakangkan abjad besar tersebut.

'Kilim Geoforest Park' kelihatan dari jauh

Berwefie berlatarbelakangkan 'Kilim Geoforest Park'

Menjelang tengahari kami berpatah balik ke jeti utama setelah melawati lokasi-lokasi yang ditawarkan dalam pakej lawatan kami ke Kilim Geoforest Park tersebut. Kami langsung mencari stesen minyak di jalan Ayer hangat tersebut menghala ke Langakwi Wildlife Park memandangkan penanda aras minyak kereta sewa tersebut sudah merah dan perlu diisi segera.

Setelah mengisi minyak kereta, kami menuju ke Restoran Kak Yan Nasi Campur semula untuk makan lunch di situ. Hujan mula turun dan nasib kami sangat beruntung  kerana kereta Axia yang kecil dan comel tersebut dapat menghampiri kawasan ruang makan jadi tidaklah kami basah kuyup meredah hujan lebat. Hujan semakin reda sebaik sahaja kami selesai meanimati lunch dan ingin beredar ke Makam Mahsuri yang tidak berapa jauh dari restoran tersebut.


Menu makan lunch di Restoran Nasi Campur Kak Yan

Kami melalui jalan yang sama menuju ke Warung Pak Malau dan membelok ke kiri mengikut signboard tanda arah ke Jalan Makam Mahsuri lalu masuk ke kawasan parking yang disediakan untuk pengunjung.    

Setelah membeli tiket masuk kami pun berjalan ke bahagian bangunan yang merupakan muzium yang memaparkan maklumat berkenaan sejarah Mahsuri dan keluarganya.

Pintu masuk ke Makam Mahsuri

Muzium Kota Mahsuri

Kolam ikan di bahagian depan bangunan ke Makan Mahsuri

Telaga Mahsuri

Jika anda inginkan penjelasan yang lanjut eloklah anda menyaksikan persembahan drama berkenaan kisah Mahsuri di Panggung Drama mengikut jadual yang diatur oleh pengurusan Makam Mahsuri. Drama ringkas itu hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam tetapi membolehkan para pengunjung lebih mengenali Mahsuri dan lagenda yang menjadi sejarah zaman berzaman di Pulau Lagenda Langkawi sehingga ke hari ini.

Persembahan Memori Mahsuri

Selepas persembahan tersebut kami singgah di beberapa buah rumah tradisional kayu yang utuh yang ada di sekitar kawasan tersebut. Apabila berada di situ, pengunjung boleh menyingkap suasana kehidupan sebenar di kampung suatu ketika dahulu.

Rumah tradisional Mahsuri

Rumah kayu

Sebaik sahaja berehat di cafeteria di sebelah rumah tradisional tersebut kami beredar dari Makan Mahsuri menuju ke tepi pantai Cenang. Kami parking kereta di depan barisan kedai-kedai yang banyak menjual souveniour, pakaian, restoran, chalet dan sebagainya. Sementara menanti makan malam dan menjelang waktu senja kami berjalan-jalan di atas pasir di tepian Pantai cenang sambil memerhatikan para pengunjung bermain laying-layang, bersukan bola sepak pantai, berkayak, speed boat dan berbagai aktiviti lagi. Angin kuat bertiup nyaman sunggub mengasyikkan membuatkan para pengunjung tidak mahu berganjak dari pantai tersebut.     

Bercanda di pasiran pantai.....

Papan tanda info pakej-pakej aktiviti di Pantai Cenang, Langkawi

Mentari merah di ufuk Pantai Cenang, Langkawi

Warna langit kemeraha-merahan dan suasana semakin gelap membuatkan kami mengambil keputusan untuk beredar menuju ke Restoran Seafood untuk memesan makan malam. Kami singgah di Restoran Telaga Seafood di Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah yang tak berapa jauh dari pantai tersebut dan tanpa berlengah memesan menu makan malam. 

Gazebo di Restoran Telaga Seafood

Pengunjung mula memesan menu seafood

Menu mee goreng udang seafood

Setelah kekekenyangan menikmati menu makanan seafood kami pun beredar kembali ke hotel sesekali masih kedengaran deruman pesawat Lima 17 yang sedang membuat latihan. Kami berehat setelah kepenatan berjalan-jalan seharian sementara menunggu untuk menyambung perjalanan bagi aktiviti selanjutnya esok.  


Day 4 (20 Mac 2017) – Berjalan ke Langkawi Wildlife Park dan Underwater World Langkawi

Pada pagi hari Isnin kami breakfast ala kadar biskut dan sebagainya di hotel dan bersiap-siap untuk checkout dan meninggalkan kunci kepada wakil homestay sebelum menuju ke Langkawi Wildlife Park berkonsepkan Mini Zoo tertutup dan Kandang Haiwan. Kami telah menempah tiket masuk ke Langkawi Wildlife Park bersama pakej Underwater World Langkawi (Aquarium) di web www.mylangkawideals.com dan hanya print digital tiket untuk masuk ke tempat-tempat tersebut.

Terdapat banyak kandang haiwan termasuklah burung, monyet, kuda, buaya, burung dan bermacam-macam lagi species hidupan yang lain. Kami memberi makanan kepada monyet, arnab, ikan dan beberapa haiwan yang dibenarkan sahaja di mana makanan haiwan ini boleh dibeli di kaunter tiket. Langkawi Wildlife Park terletak di Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah manakala dibuka dari jam 8.30am hingga 7.00pm setiap hari.   

Memberi makan kepada Flamingo 

Flamingo yang jinak

Memberi makan ikan 

Spesis burung Ostrich 

Pertunjukan kaedah memberi makan buaya 

Setelah puas berlegar-legar di dalam zoo tersebut kami pun berpatah balik ke arah Pantai Cenang untuk ke Laman Padi dan Underwater World Langkawi (Aquarium) yang terletak di Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah dengan meredah hujan yang mulai turun. Sebaik sampai di Laman Padi kami meredah hujan rintik-rintik menuju ke Restoran Laman Padi untuk memesan makanan masakan ala kampong yang sangat enak. Terdapat gazebo di tengah sawah padi yang mengingatkan kami suasana makan semasa berkunjung ke Sapulidi, Bandung. Boleh klik memori itu di Trip Makan di Sapulidi Sawah di Bandung

Orang-orang di Laman Padi

Gazebo di tengah sawah

Instagram promosi Laman Padi

Terdapat lkemudahan surau untuk solat dan tandas awam di sebelah restoran tersebut. Sementara yang lain beribadah, kanak-kanak boleh melihat ikan berenag di dalam kolam tak berapa jauh dari surau tersebut.

Setelah selesai bersolat, kami bertolak ke Underwater World Langkawi (Aquarium) pula hanya mengambil masa 5 sekitar minit dari Laman Padi yang terlatak di Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah. Kanak-kanak sangat teruja kerana dapat masuk ke aquarium untuk melihat spesis ikan dan hidupan laut yang lain. Sangat berbaloi walaupun memerlukan kos tiket yang agak mahal. Hehe

Ikan besar di dalam aquarium

Penguin di sudut ais Aquarium

Ikan jerung berlegar-legar ke setiap ruang

Setelah menjelajah di setiap sudut aquarium sambil membaca keterangan berkenaan hidupan laut itu kami berehat seketika di café sambil menikmati ais krim. Terdapat bilik animasi di sebelah café di mana kanak-kanak boleh melukis di skrin computer dan memilih design-design landskap yang tersedia di skrin computer tersebut.


Berehat makan ais krim dan minum Coke di Cafeteria Aquarium

Kami menaiki tangga untuk ke tingkat atas yang menyediakan game  3D di mana Along dan Kakak Damia mencuba game mengikut pilihan situasi adventure, horror dan sebagainya.

Bermain game 3D

Kami bertolak dari parking Underwater World Langkawi dan bergegas ke airport untuk menghantar kereta sewa kepada staff En Tengku Zamri yang menanti kami di parking LIA. Selepas urusan pendaftaran masuk, pemeriksaan imegresen dan keselamatan, kami pun boarding sekitar jam 7.00pm untuk menunggu flight dan solat di ruang pelepasan. Kami menaiki pesawat Air Asia AK 6315 dari Langkawi ke Kuala Lumpur yang mengambil masa sekitar 45min yang berlepas tepat jam 7.25pm.

Trip kami pada kali ini hanyalah trip santai menikmati alam sekitar di samping membeli belah di Pulau Lagenda Langakwi. Ke manakah destinasi selepas ini? Jangan lupa untuk terus mengikuti entri kami seterusnya walaupun jarang-jarang bersiaran kerana kekangan masa dan juga tugasan. Jumpa lagi & jom bercuti …….