Monday 4 May 2015

Europe Trip 2 : Part 4 – Austria (Vienna & Salzburg)

Jalan-jalan di Kota Vienna

Suhu sangat sejuk di awal pagi itu di station Wein Hbf, cepat-cepat kami masuk ke station dan mencari papan tanda ke Storage Luggage untuk menyimpan beg kerana petang hari yang sama,  kami akan menaiki train untuk ke Salzburg pula dan menginap di sana selama beberapa hari. Bilik Storage Luggage memang besar dan beroperasi secara self service di mana terdapat locker yang disediakan dalam pelbagai saiz iaitu small - 45x35x85cm, medium - 60x35x85cm, large - 90x35x85cm dan jumbo - 90x50x85cm. Kami memasukkan beg ke dalam 1 locker small dan 1 locker besar kemudian ikut arahan dalam pilihan pelbagai Bahasa dan masukkan coins secukupnya untuk mendapat resit yang mempunyai bar code tersendiri bagi setiap locker. Simpan resit ini kerana mesin tersebut akan dibuka secara automatic bila diimbaskan bar code tersebut.
Selepas itu kami terus ke kaunter tiket untuk membeli Wein - Visiotor Card (48hrs) dengan harga Eur40/Family (RM175) yang valid untuk menaiki train dan bas di sekitar kota Vienna. Dengan berpandukan map yang telah dibawa, kami menaiki train ke Schloss Schönbrunn iaitu monumen 1860. Dr station Wein Hbf perjalanannya selama 10 min dengan naik train subway U4 dan turun di Schönbrunn kemudian berjalan 5 min mengikut orang ramai dari station Schönbrunn menuju ke istananya. Dari situ kami melewati taman yang luas ditumbuhi pepohon menghijau dalam suasana sejuk yang nyaman dan tanpa terasa penat kami sudahpun sampai di depan muzium.
 
Selepas itu, kami terus berjalan ke station tram untuk kembali ke kota Vienna. Map route tersebut memaparkan yang tram itu akan ke Wein Whf di mana kami boleh transit untuk ke Rathaus. Sesampainya di station Wein Whf kami makan di Restoran Halal yang terdapat di tengah-tengah station berhampiran elevator untuk ke station subway. Sesudah itu, kami validate tiket sebelum ke escalator dan meneruskan perjalanan denga subway U3 transit di station Volks-theater dan naik train subway U2 dan turun di station Rathaus. Rathaus adalah bangunan pentadbiran  yang menguruskan kota Vienna macam DBKL lah kalau di Kuala Lumpur. Bangunannya sangat cantik dan unik. Kami terus berjalan ke kanan Rathaus untuk melihat bangunan Parlimen Austria. Selepas itu kami berpatah balik dan berhenti di public WC berhampiran sebuah taman yang luas betul-betul terletak di belakang Rathaus dalam keadaan suhu yang sangat sejuk.

Entrance ke Schloss Schönbrunn
Berehat seketika di taman di depan Schloss Schönbrunn
Lepak sambil menikmati angin sejuk  & nyaman 

Kami kembali semula ke station Rathaus untuk ke station transit Schottenring untuk naik subway U4 dan turun di station Schwedenplatz. Kami berjalan ke arah Stephanplatz dan dengan jarak beberapa meter kami nampak kedai HRC di sebelah kiri bertentangan dengan Starbuck. Kami terus ke sana untuk shopping tshirts dan sempat menikmati kopi panas setelah bersiar-siar sambil shopping souveniers dan fridge magnets.

Di depan Station Rathaus
 Jalan dari parlimen Austria ke Rathaus

Rathaus, cantik dan unik
Coffee time 
 
Kami menaiki semula train di station Schwedenplatz untuk kembali semula ke station Wein Hbf. Sesudah solat jamak di sudut Storage Luggage kami ke locker dan touch resitnya yang ada bar code secara automatic pintu locker terbuka. Sangat user friendly gitu... Kami menaiki lift ke platform untuk naik train ke Salzburg Hbf yang telah ditempah di web OBB dengan harga Eur38 (RM165). Train Railjet 68 akan mengambil masa 2 1/2 jam untuk sampai di Salzburg Hbf setelah bertolak pada jam 5.48pm. Train sampai di Salzburg Hbf pada pukul 8.52pm dan kami langsung ke kedai serbaneka di dalam train tersebut untuk membeli roti, minuman dan makanan ringan. Berdasarkan city map yang kami bawa, kami menuju ke escalator dan berjalan dalam ketenangan malam dan tiupan angin sejuk ke hotel yang tidak jauh dari station.  Kami check-in di hotel yang telah ditempah di Booking.com iaitu Atel Hotel Lasserhof - Salzburg untuk 2 malam (17-18 March 2015) dengan harga Eur178/Family (RM773) (harga termasuk breakfast). Kami berehat sambil makan makanan yang dibeli di station tadi dan tertidur akibat keletihan sehari berjalan di kota Vienna.

Menyusuri Tasik Hallstatt & Tasik Wolfgang di Salzburg, Austria

Untuk memudahkan perjalanan kami di pekan Salzburg, kami telah menempah Salzburg card di web Tourism Salzburg dengan harga Eur96 (RM408) yang sah digunakan untuk menaiki pengangkutan awam di pekan tersebut. (Tips : Kami berpendapat bahawa memadai membeli tiket sehari untuk menaiki public transport di pekan Salzburg kerana tempat yang kami kunjungi sebenarnya berada di pinggir pekan Salzburg dan kami perlu membeli tiket lain untuk ke sana). Jika berkesempatan anda boleh menempah train-train tempatan untuk ke Hallstatt dan juga ke Hallein Salt Mine Lake. Setelah breakfast di hotel, kami ke station Salzburg Hbf dan terus ke Tourist Info Centre untuk menukarkan voucher kepada Salzburg Card (Salzburg Card hanya sah digunakan untuk public transport di kawasan pekan Salzburg sahaja). Kami langsung ke platform train jam 9.30am yang menuju ke  Attnang Puchheim mengambil masa selama  45min di mana kami akan turun di situ untuk transit ke Hallstatt.

(Tips : Train di Austria terbahagi kepada 2 jenis iaitu private (IC) dan non-private, non-private (run by government operator) pula terbahagi kepada 2 iaitu fast train dan normal train (REX). Harga tiket private dan fast train non-private agak mahal, jadi jika anda ingin mengurangkan perbelanjaan bolehlah menggunakan train normal non-private, tapi memakan masa yang lebih sedikit untuk sampai ke destinasi memandangkan train ini akan berhenti di banyak station. Anda boleh membeli tiket train normal non private ini  dengan konduktor di atas train untuk kegunaan 24 jam dengan harga Eur34).

Train platform di Salzburg Hbf

Apabila sampai di Attnang Puchheim, jika anda dari pekan Salzburg train ke Hallstatt perlu diambil di platform bertentangan kerana train itu akan berpatah balik kearah Salzburg sebelum menyimpang ke Hallstatt. Perjalanan dari Attnang Puchheim ke Hallstatt railway station adalah selama  1 1/2jam. Sepanjang perjalanan, kami disajikan view yang sangat indah sehingga tak jemu mata memandang. Perjalanan yang lama langsung tidak terasa memandangkan kami terpegun dengan keindahan alam ciptaanNya.

View dari train Attnang Puchheim ke Hallstatt  

Perkampungan di tepi track ke Hallstatt

Alps yang mengujakan 

Gunung ganang yang cantik di Hallstatt


Apabila tiba di station Hallstat Bahnhst, kami berjalan melewati train office kemudian belok kanan menuruni jalan cerun jaraknya 50m ke nearby jetty di mana boat menunggu untuk menyeberangi tasik ke perkampungan Hallstatt (Hallstatt Markt. Boat menyeberangi tasik untuk ke  village dalam jangkamasa 15 min sahaja. Tiket boat dibeli semasa naik ke boat dengan jumlah Eur18(RM136).
 

Hallstatt Station 

 Papan tanda jetty ke Hallstatt Markt 
 

Dari jetty, kami berjalan di jalan sempit antara celah-celah bangunan menuju ke Hallstatt Lahn di mana terdapat perhentian bas, 2nd jetty & public car park. Dari situ kami mengikut papan tanda ke station funicular dengan berjalan kaki selama 5 min. Walaubagaimanapun, malangnya  perkhidmatan funicular masih ditutup sepanjang winter sehingga akhir bulan Mac. Berdasarkan maklumat, pelancong boleh membeli tiket funicular return ticket berharga €13 untuk naik sehingga ke hilltop restaurant dan view platform dan perlu berjalan kaki beberapa meter untuk ke salt mine.




 Lake Hallstatt
 
 View tasik & gunung ganang di Hallstatt
 

Air tasik & gunung ganang yang cantik di Hallstatt

Funicular station di kaki bukit Hallstatt (closed in winter)
 
 View air tasik yang tenang di Lake Hallstatt

  View yang sangat mendamaikan

 Santai di tepi Lake Hallstatt

 Berlatarbelakang alps yang sungguh cantik

  Menghayati keindahan alam ciptaanNya
 
 Kenangan terindah di Lake Hallstatt
 
Kami bersiar-siar di perkampungan tersebut sebelum kembali semula ke jetty untuk menaiki boat dan kembali ke train station. Kami sangat bersyukur kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya dengan permandangan tasik dan salji yang masih menutupi tanah serta pergunungan di sekitarnya sungguh cantik dan menakjubkan. Nyata jolokan yang diberi kepada Hallstatt sebagai one of the most beautiful village in the world tidak dapat disangkal lagi...

Walaupun berat hati untuk meninggalkan perkampungan ini, tetapi perjalanan harus diteruskan ke destinasi seterusnya. (Tips : Terdapat small inn kepada sesiapa yang bercadang untuk menginap di sini). Kami naik train yang tiba sejurus kami berlabuh di jetty berhampiran train station dan turun di Bad Ischl Station pula. Dari situ, kami menaiki bas no. 547 di perhentian bas terletak hanya bersebelahan train station Bad Ischl untuk ke St Wolfgang Lake. Tiket bas lebih kurang Eur9/Family boleh dibeli dari pemandu bas. Tetapi kami terlewat sampai di St Wolfgang Lake lebih kurang jam 3.45pm dan tidak berkesempatan untuk ke St Gilgen (across the lake from Wolfgang Lake). (Tips : Sebelum menaiki bas sila ambil katalog yang disediakan di perhentian bas untuk mengetahui jadual dan route bas. Boat terakhir yang menyeberangi St Wolfgang ke St Gilgen adalah pada pukul 3.00pm sementara boat terakhir dari St Gilgen balik ke jetty di jalan utama adalah pada pukul 5.00pm (€6.80 per adult, Child 6-14 - 50%). Pelancong juga boleh menaiki bas no. 150 dari St. Gilgen terus ke Salzburg yang mengambil masa selama 30 min).


Boat di St Wolfgang Lake untuk ke St Gilgen 

 St Wolfgang Lake
 
 Menikmati keindahan alam di St Wolfgang Lake
 
 Gaya santai di St Wolfgang Lake
 
Zoom St Wolfgang Lake

Setelah berehat dan berlegar-legar di sepanjang tasik tersebut kami menaiki bas semula untuk berpatah balik ke Bad Ischl Station. Kami menaiki train dari Bad Ischl railway station berpatah balik ke Attnang Puchheim, dan transit di situ untuk kembali semula ke Salzburg station. Oleh kerana sukar untuk mendapatkan restoran halal di pekan Salzburg kami langsung ke hotel dan menyediakan makanan yang dibawa sendiri. Pada malam itu kami tidur bermimpikan keindahan bumi Austria...   


Menjejaki Hallein Salt Mine Lake

Pada pagi 19 Mac 2015, sekitar jam 7.45am kami check out awal dan tinggalkan luggage di bilik bawah tangga hotel. Kami menikmati kopi dan sarapan pagi dengan roti serta buah-buahan yang disediakan oleh hotel. Sejurus keluar di pintu hotel kami terasa suhu pagi yang sangat sejuk. Aktiviti kami untuk setengah hari itu dalah berkunjung ke Hallein Salt Mine Lake. Tanpa membuang masa kami bergegas ke station Salzburg Hbf untuk menaiki train terus ke station Hallein Hbf. Setelah berada di dalam train selama 1 ½ jam kami pun selamat sampai di station yang dituju. Dari station tersebut kami perlu naik bas no. 41 yang sedia menunggu di sebelah station di mana bas akan melalui Scheierwerg / Hallien Adventure Town / Salt Lake Mine. Di station bas tersebut kami melihat ada penumpang train yang membawa peralatan kasut dan papan ski untuk aktiviti ski ais. Kami bertanyakan pekerja bas tersebut untuk mendapat kepastian dan bus stand yang kami perlu turun untuk ke Hallien Salt Mine dan berpuas hati kerana penerangan mereka sangat membantu dan meyakinkan kami. Setelah turun di bus stand Scheierwerg kami berjalan ke bangunan entrance Hallien Salt Mine dan singgah di kedai serbaneka untuk membeli souveniers dan fridge magnets sebelum berlegar-legar di sekitar kawasan yang masih ditutupi salji. Jika berminat pelancong juga boleh masuk ke theme park di Hallien Salt Mine dan menerokai sendiri ke kawasan-kawasan tasik dan tanah tinggi selama 1 jam dengan membeli tiket di kaunter berdekatan kedai serbaneka tersebut. Oleh kerana baby tidak dibenarkan masuk, maka kami membuat keputusan memadai untuk berjalan-jalan di sekitar bangunan entrance sahaja sambil melayan kerenah anak-anak dan baby Aakif bermain salji di situ.

 
Platform di Hallein Hbf

Salji depan entrance ke Hallein Salt Mine Lake

 Bermain salji lagi di Hallein Salt Mine Lake

View di Hallein Salt Mine Lake


Bus stand Scheierwerg hentian ke Hallien Salt Mine

Menjelang tengahari kami berpatah balik ke station Salzburg Hbf untuk menerokai pekan Salzburg yang terkenal dengan gelaran ‘sound of music’. Kami menaiki bas dengan menggunakan Salzburg Card turun di bus stand selepas menyeberangi sungai untuk ke Mozart Geburtshaus dan Mozart Wohnhaus. Di sinilah dimana the famous Mozart di lahirkan. Kami makan tengahari di Nordsee yang menyediakan seafood yang sangat fresh hanya di sebelah Mozart Geburthaus. Sangat recommend seafood di sini memandangkan rasanya sangat fresh dan yummy... Setelah itu kami ke Hohensalzburg  Castle (via Residenplantz) dan ke jambatan yang terkenal di sini di mana terdapat banyak mangga dipasang oleh orang awam mungkin menjadi simbolik tersendiri kepada mereka.

Mozart Geburthaus

 Rumah di mana Mozart Geburthaus dilahirkan
 
 Adik di depan Museum Mozart
 
Rumah Mozart
 
Salzach River

 Love Bridge di Salzburg
 
 Gaya santai di Love Bridge @ Salzburg
 
 Mangga dikunci di Love Bridge 
 
 View dari sebuah castle 'sound of music' @ Salzburg
 
 Entrance ke castle 'sound of music' @ Salzburg

 
Menjelang petang kami menaiki bas semula untuk ke hotel bagi mengambil beg yang kami tinggalkan di stor untuk meneruskan perjalanan dengan train ke Germany. Di dalam perjalanan ke hotel kami singgah di kedai serbaneka milik seorang Afghanistan berhampiran underpass dekat station Salzburg Hbf  semasa berjalan balik ke hotel. Setelah solat jamak di hotel, tepat jam 5.00pm kami menaiki train dari Salzburg Hbf ke Munich Hbf dengan menempah SparSchiene ticket di web DB Bahn dengan harga (Eur25/family)(RM108). Kami sampai di station Munich Hbf tepat jam 8.00pm dan berjalan ke hotel Amba yang terletak bersebelahan station tersebut. Kami check in di Hotel Amba - Munich yang ditempah di web Booking.com untuk 2 malam 19-20/3/2015 dengan harga Eur198 (RM860).

Ikuti pula kisah menarik pengembaraan kami menjelajahi Negara Germany di sekitar Munich, Cologne dan Frankfurt………..

 







1 comment:

  1. Very nice info! Thanks a lot for sharing!

    ReplyDelete