Thursday 23 March 2017

Japan December 2016 (zoomdglobe : Road To Japan 1 – Part 3) Romantic Train, Bamboo Grove dan Fushimi Inari di Kyoto, Halal Ramen Honolu, Ketam bakar Restoran Kanidoraku Dotonbori-Higashi dan kemeriahan Universal Studio Japan (USJ) di Osaka.

Day 9 – Jalan-jalan naik Romantic Train, Bamboo Grove dan Fushimi Inari Shrine di Kyoto

Pada pagi Jumaat bertarikh 23 December 2016, kami melangkah keluar bilik hotel dan check-in agak lewat. Dari hotel kami menarik luggage menuju ke ke station train Kanazawa untuk ke Kyoto pula. Di station Kanazawa kami masih menggunakan Hokuriku Takayama Travel Pass untuk menaiki train JR Ltd. Express Thunderbird 17 (Direct non-stop) dari Kanazawa ke Kyoto yang mengambil masa perjalanan 2 jam 30 minit sahaja. Setibanya di Kyoto Station kami ke Terminal Info Counter yang bertentangan dengan Kyoto Station untuk membeli Kyoto Sightseeing One day Pass Card - All-day Pass berharga ¥1,200 (Adult) dan ¥600 (Child) yang boleh digunakan untuk menaiki city buses & subway di mana kegunaannya adalah unlimited untuk tempoh 1 hari.
Tiket di Kyoto dan osaka
 
Setelah itu kami menaiki train Karasumaru Line dari Kyoto Station menuju ke Karasuma Oike Station untuk menghantar beg di apartment Jan-dals 2 Bedroom Apartment near Karasumaoike beralamat di 191-4-503 Nakahori-cho, Nakagyo-ku, Central Kyoto, Kyoto, Japan 6040844. Apartment ini kami telah tempah di web agoda.com berharga Y10,481 (RM417) semalam termasuk hotel tax, servise tax & cleaning.

Kami merujuk peta kawasan apartment di central kyoto yang diprint dan melintas jalan menuju ke apartment tersebut. Sampai di seberang jalan kami disapa oleh seorang lelaki tua Jepun yang menegur kami lalu nampak ingin membantu kami untuk mencari apartment tersebut. Pada masa yang sama juga kami menghantar e-mail kepada tuan rumah dan dia pantas reply memberitahu apartmentnya telah tersedia untuk kami masuk dan pintunya tidak berkunci. Rupa-rupanya Uncle tadi membawa kami ke pondok polis yang berdekatan sambil meminta anggota polis tersebut menunjukkan arah yang betul untuk ke apartment tersebut.  Setelah mendapat penerangan jelas dari anggota polis tersebut kami pun sampai di apartment dan menuju ke pintu rumah tersebut. Arigatou gonzaimasu Uncle & pak cik polis…… Kami membuka pintu rumah tersebut ternyata ia memang dibiarkan tidak berkunci dan apabila masuk kami menjumpai kuncinya terletak di atas meja di ruang tamu. Kami berpuas hati dengan ruang tamu yang sederhana luas jika dibandingkan bilik-bilik di Tokyo, Nagano dan Kanazawa di mana bilik tidurnya hanya muat-muat untuk 2 katil double bed sahaja.  Tetapi di ruang tamu disediakan toto untuk dihampar sekiranya pengunjung hendak berbaring atau tidur di ruang tamu.

Setelah solat jamak dan berehat sebentar, kami menuju semula ke station subway untuk meneruskan perjalanan ke Station JR Saga Arashiyama. Setelah sampai ke station tersebut kami berjalan ke train station bersebelahannya sahaja. Di station klasik tersebut kami berataur untuk membeli tiket train berharga Y620/pax untuk menaiki Sagano Romantic Train dari Torokko Saga Station menuju ke Torokko Komaeka Station. Romantic train tersebut melalui kawasan hutan yang mempunyai daun berwarna-warni dan relnya betul-betul di tepi sungai yang berarus deras dan berbatu.
Sungai zoom dari dalam Romantic Train
 
Sungai yang berarus deras dan berbatu
 
Suasana dalam coach Romantic Train
 

Station Umahori
 
Setelah sampai di station terakhir kami berjalan menuju ke station JR Umahori untuk menaiki train ke JR Saga Arashiyama semula. Dari station tersebut kami berjalan menuju ke Togetsuko Bridge melalui kedai-kedai souveniour, kedai makan dan juga kedai pakaian. Kami sempat berhenti untuk membeli buah-buahan dan juga aiskrim perasa buah di salah sebuah kedai di situ. Kami bergambar di beberapa sudut di Togetsuko Bridge yang sesak dengan orang ramai lalulintas.
Gadis Jepun mengayakan pakaian tradisional geisha kyoto
 
Di Togetsuko Bridge
 
Hirup udara segar di Togetsuko Bridge
 
Gaya Along di Togetsuko Bridge
 
Gaya famili kami di atas Togetsuko Bridge
 
Dari Togetsuko Bridge kami berjalan menuju ke Bamboo Groves yang mempunyai walking path di mana para pengunjung akan menikmati keindahan alam semulajadi dengan rimbunan pohon buluh yang tersusun cantik apatah lagi di malam hari ketika Kyoto Light Up Event (Kyoto Arashiyama Hanatouro) yang diadakan pada 2 minggu terakhir bulan December di seluruh Arashiyama area. Setelah melalui Bamboo Groves kami meneruskan sahaja perjalanan kami berpandukan waze terus ke Station JR Saga Arashiyama semula. Dari situ kami menaiki train menuju ke JR Inari Station untuk pergi ke Fushimi Inari Shrine 伏見稲荷大社 pula yang terletak hanya berdekatan JR Inari Station tersebut. Para pengunjung perlu masa yang agak lama sekitar 2 - 3 jam sekiranya ingin berjalan-jalan ke semua kawasannya yang sangat luas dan ada juga kawasan yang perlu mendaki dan menuruni bukit. Tetapi para pengunjung tidak perlu tergesa-gesa kerana ianya dibuka 24 jam dan boleh keluar masuk pada bila-bila sahaja.


Zoom pokok buluh di Bamboo Grove
 
Setelah merakamkan beberapa foto kenangan di sekitar Fushimi Inari yang bercahaya pada malam itu, kami pun beredar untuk balik ke bilik apartment. Sesampainya di apartment kami hanya makan ala kadar dengan masak sendiri di dapur bilik apartment sebelum berehat dan tidur.
Pintu gerbang di Fushimi Inari
 
Ramai pengunjung sehingga malam di Fushimi Inari
 
Gambar castle di fushimi inari
 
 
Day 10 – Perjalanan dari Kyoto ke Osaka
Pada pagi Sabtu 24 Decemeber 2016, kami keluar awal dan berjalan menuju ke Karasuma Oike Station dan membeli tiket manual di Tiket Vending Machine (TVM) untuk ke Kyoto Station. Setelah itu, kami menaiki train menuju ke Osaka dengan menggunakan Hokuriku-Takayama Pass. Setibanya kami di Osaka, kami menggunakan Osaka Amazing 3 days pula untuk menaiki train subway menuju ke Nodahanshin di mana tiket Osaka Amazing masih boleh digunakkan. Di station Nodahanshin kami perlu berjalan kaki dalam jarak yang dekat ke Noda Station pula dan di situ kami membeli tiket manual di Tiket Vending Machine (TVM) untuk Hanshin Main Line menuju ke station Amagasaki di mana terletaknya bilik apartment AK Biz Cozy Apartment beralamat di   5-69 Showa-Minamidori, Amagasaki, Hyogo, Amagasaki, Osaka, Japan 660-0882, OSAKA. Bilik tersebut kami tempah di agoda.com dengan harga Y17,980/RM870 untuk 3 malam. Kami sangat berpuas hati dengan apartment baru dan keadaan bilik yang sangat luas dan selesa yang boleh muat sehingga lebih 10 orang. 
Kedaan ruang tamu dan dapur apartment AK Big Cozy
 
Bilik tidur apartment AK Big Cozy di Amagasaki, Osaka

Setelah itu, kami kembali ke Amagasaki station untuk ke Noda Station dan transit di Nodahansin Station menuju ke Namba station pula untuk ke Restoran Ramen Honolu yang famous di media sosial. Kami makan tengahari dengan beberapa pengunjung dari Malaysia yang katanya sudah dua kali datang ke Jepun dan tidak pernah melepaskan peluang datang makan di Restoran Halal Ramen Honolulu tersebut.     
Restoran Ramen Honolu dekat Namba station
 
Menu Ramen Honolu yang famous....
 
 
Jalan dari Namba station ke Restoran Ramen Honolu
 
Bergambar di depan Jalan ke Restoran Ramen Honolu

Setelah itu kami menuju ke station Asakusa pula untuk ke Kuromon Ichiba Market Street terletak di 2 Chome-4-1 Nipponbashi, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0073, Japan. Kami berjalan di deretan kedai yang rata-rata menjual seafood yang dibakar lalu singgah di kedai buah-buahan untuk membeli buah anggur dan pisang sahaja.
 
Kuromon Ichiba Market Street
  
Kaki ketam
 
Ketam bakar

Buah strawberi
 
Buah anggur yang manis
  
Makanan laut
 
Sotong
 
Sotong fresh untuk dibakar
 
Hasil laut sperti kerang dll
 
Keadaan sibuk di Kuromon Ichiba Market Street
Sekitar jam 7.00pm kami berjalan mencari restoran yang menjual ketam di mana terdapat replika ketam besar di depan signboard kedainya iaitu Restoran Kanidoraku Dotonbori-higashi かに道楽 道頓堀東店 beralamat di 1 Chome-1-3 Dōtonbori, Chūō-ku, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-0071, Japan. Dengan bantuan seorang pekerja yang boleh berbahasa Inggeris, kami meminta chefnya menyediakan masakan ketam bakar dan set nasi yang halal tanpa alcohol dan sebagainya. Kami makan dengan berselera di bilik khas hanya kami sekeluarga sahaja dalam suasana ala ninja jepun di restoran mewah yang cajnya agak mahal.     
Di depan Restoran Kanidoraku
 
Replika ketam besar di depan restoran
 
Menu ketam bakar 


Kaki ketam yang siap dihiris rapi
 
Acara membakar kaki ketam
 
Menu nasi pun ada....
 
Canal Dotonbori di waktu malam
 
 Berjalan-jalan di area Dotonbori 
  
Setelah kekenyangan kami berjalan-jalan sekitar canal di dotonburi. Kami singgah untuk minum teh tarik di kedai Kenny Asia tetapi terdapat notis di pintunya tertulis tidak lagi menerima pelanggan  kerana full reservation pada malam itu.

Menjelang malam pula kami menuju ke HRC Osaka yang terletak dekat dengan Hommachi Station (Chuo Line), Minami Area beralamat di 541-0054 Osaka Chuo-ku Ito Building 1F, 3-6-14 Minami-Hommachi. Kami mendapati ramai pengunjung sedang lepak di HRC Osaka pada malam Krismass. Setelah selesai shopping, kami menaiki train balik ke station Amagasaki untuk berehat dan tidur selesa di AK Big Cozy Apartment, Osaka. 
 
Di depan restoran Kenny Asia milik rakyat Malaysia

HRC Osaka
 
 

Day 11 – Kemeriahan taman tema Universal Studio Japan (USJ) Osaka dan Teh Tarik Kenny Asia Japan, Dotonburi
 
Pada awal pagi Ahad 25 December 2016, kami keluar berjalan ke station Amagasaki untuk ke Station Universal City. Reservation untuk USJ, Osaka kami tempah dan print slipnya dari web klook.com. Kami berjalan mengikut signboard arah ke USJ, Japan melalui deretan kedai-kedai lalu singgah di GAP Outlet yang sedang menawarkan promosi murah. Setelah berbelanja t-shitrs dan seluar untuk anak-anak kami berjalan ke arah pintu entrance ke USJ dan melepasi kawalan keselamatan yang sangat mudah dan cepat. Anak-anak sangat gembira bertemu beberapa karektor watak-watak kartun di USJ dan membeli Bob the Minion yang diisi penuh dengan pop-corn. Kami berehat di sekitar park sementara menanti anak-anak bergilir bermain permainan dan masuk ke studio 3D yang menayangkan filem aksi dan kartun. Kami menghabiskan masa seharian di USJ dan keluar setelah semua berpuas hati dan keletihan. Setelah melalui pintu keluar kami singgah di kedai HRC Osaka yang terletak berhampiran pintu besar USJ dan membelek-belek t-shirts yang designnya memang sama dengan yang terdapat di HRC Osaka. 
 
Di hadapan GAP outlet di pintu masuk USJ
Sabar menunggu yang lain sedang shopping
 
 Bangunan di USJ

 
 Jalan menuju ke USJ

Map theme park USJ, Osaka
 
Antara watak karektor kartun di USJ
  
Kanak-kanak bermesra dengan karektor kartun di USJ
 
 Bergambar sebelum shopping
 
Ramai pengunjung di USJ
Kedai yang menjual barang Harry Potter
 
 Kemeriahan di USJ 

 Sibuk ke sana sini di dalam theme park USJ

 Gaya bagaikan puteri...

 Berehat selepas shopping toys
 Makan dan minum time...

Kostum gaya seorang pengunjung USJ

 Pokok krismass

Zoom the globe....... USJ, Osaka
Watak Spidey menjadi tarikan kanak-kanak

Bangunan kedai dalam USJ

 Bob Minion... Ahahaaa.... 
 
 Perarakan yang sungguh meriah
 
Acara perarakan di USJ 
 

Harry Potter... antara spot tarikan pengunjung ke USJ, Osaka........
 
 











 
Pengunjung ramai sehingga menjelang waktu malam di USJ......
 

 



Kami mengambil keputusan untuk pergi lagi ke sekitar Kuromon Ichiba Market lagi dan sesampainya di situ kami mendapati kebanyakan kedainya telah pun ditutup. kami singgah di Restoran Kenny Asia dan bertuah pada kunjungan kali ini kerana  masih ada tempat kosong untuk kami berlima lalu memesan teh tarik dan beberapa menu nasi goreng. Kami sempat bergambar dengan pemilik restoran dan merakam gambar isterinya membuat teh tarik special untuk kami. Cayalah sis…….
 
Kenny Asia Halal Malaysia
 
Teh tarik special di Restoran Kenny Asia
 
Bergambar bersama Mr Kenny Asia
 
Setelah kekenyangan menikmati nasi lemak dan minum teh tarik, kami berjalan ke train station untuk balik ke hotel. Kami berkemas dan update beg-beg supaya senang dan tidak terganggu semasa di kaunter airport nanti.

DAY 12 – Flight Osaka ke KL
Pada pagi Isnin 26 December 2016, kami bangun awal pagi dan setelah berkemas bilik kami menuju ke station Agamasaki untuk ke Airport melalui Namba station. Setibanya di station Namba, kami membeli tiket train ke airport di TVM dengan bantuan staff di kaunter train tersebut. Train ke airport mengambil masa selama sejam juga kerena lokasinya yang agak jauh dari Osaka. Jadi, tips yang kami boleh sarankan supaya anda merancang perjalanan untuk sampai awal di airport. Train ke Kansai Airport akan melalui kawasan tanah seperti ditambak dan juga jambatan menuju ke airport.

Penduduk tempatan bersenam di kawasan station Amagasaki
 
keletihan kerana perlu bangun seawal pagi

Train menuju ke Namba Station 
 
Tiket train ke airport

Kami menaiki ke aras departure untuk check in luggage setelah merujuk paparan skrin yang disediakan berdekatan laluan lif. Setelah selesai urusan check-in di kaunter kami mencari restoran halal yang letaknya hanya di aras bawah hall tersebut di mana kami perlu turun dengan menggunakan escalator ke aras 3 dan terus menuju ke restoran halal tersebut yang tidak jauh dari tangga tersebut. Kami melihat tanda halal terpampang di pintu masuk restoran dan tanpa berlengah lagi terus duduk lalu memesan menu mengikut pilihan dan selera masing-masing.

(Tips : Kami telah check-in di web dan print boarding slip sebelum datang ke Jepun lagi. Sila simpan dan asingkan dengan folder lain agar tidak tercicir ye)

 

Menu di restoran halal airport Kansai (aras 3)
Menu masakan Jepun yang dicuba dan sedap
 
Baby Aakif tersenyum gembira di atas flight dari Kansai ke KL

Setelah menjamu selera, kami beratur untuk masuk ke pintu pemeriksaan keselamatan dan imegresen untuk ke gate sebelum berlepas dengan pesawat AirAsia X D7 533 pada jam 11.00am yang terbang pulang ke Kuala Lumpur Di atas flight kami juga menikmati makanana seperti nasi lemak Pak Nasir dan beberapa menu yang telah ditempah di web AirAsia yang lebih murah dan mendapat diskaun pre-order.

Setelah selamat mendarat di KLIA pada pukul 5.30pm kami solat jamak sebelum balik ke rumah dengan penuh kesyukuran dan seribu kenangan di negara matahari terbit itu. In sha Allah jika diberi rezki dan peluang kami akan kembali lagi ke daerah yang lain pula di negara Jepun. In sha Allah. Aminnn…….