Thursday 9 March 2017

Japan December 2016 (zoomdglobe : Road To Japan 1 – Part 2) Bermain salji dan berendam dalam Onsem di Nagano, melihat Snow Monkey di Yamanouchi Nagano, menikmati udara nyaman di kampung Hida Furukawa, Takayama dan bersiar-siar di Shirakawago.


Day 5 – Menaiki Bas dari Shijuku Station ke Nagano Station dan Melihat Snow Monkey  di Yamanouchi, Nagano







Pada pagi Isnin 19 December 2016, kami bangun awal pagi untuk menyediakan bekal dan berkemas bilik apartment serta membuang sampah-sarap mengikut tong recycle yang disediakan. Setelah memulangkan kunci di dalam peti pos, kami pun keluar mengheret beg menuju ke laluan Exit 2 di Kita-Sando station untuk menaiki train menuju ke Shinjuku. Perjalanan kami pada pagi itu tidaklah tergesa-gesa seperti sebelumnya kerana boleh merancang perjalanan dan route ke Terminal Bas Shinjuku di new South Entrance Station. Kami akan menaiki bas dari Shinjuku menuju ke Nagano Station yang akan mengambil masa sekitar 4 jam. Reservation untuk Highway bus ekspress tersebut juga kami telah tempah di web https://www.highwaybus.com/gp/foreign/frgReserveComplete dan print slipnya. Kami terus ke kaunter untuk menukarkan printed reservation dengan tiket bas dengan membayar harga Y3900 (Adult) dan Y2900 (Child). Bas kami akan bertolak ke Nagano Station tepat pada pukul 6.45am di pintu C7.

 
Tiba awal di Terminal Bas Shinjuku

Ramai penumpang sedang menunggu bas

Koridor platform bas di Terminal Bas Shinjuku
 
Bangunan JR Station Shinjuku South Entrance
Platform C7 untuk naik bas menuju ke Nagano Station
 
 Bas ekspress dari Terminal Bas Shinjuku ke Nagano Station 

 Bas berhenti di R&R dalam perjalanan ke Nagamo Station  

Bas berhenti di R&R yang mempunyai kedai serbaneka, café, toilet dan kemudahan lain untuk pengguna highway. Setelah bas berhenti di beberapa hentian, akhirnya kami sampai ke Nagano Bus Terminal (Bus Stand) yang bersebelahan dengan Nagano Station. Cuaca di Nagano sangat sejuk walaupun telah menjelang tengahari sekitar jam 10.30am. Dari bus stand kami melintas jalan menuju ke Nagano Station yang agak besar. Kami mencari signboard ke arah train Nagaden Nagano Station terletak di aras bawah tanah/subway.   

Bas akan berhenti di hentian terakhir bus stand Nagano Station

Nagano Station

Setelah membeli tiket pergi balik Nagano Electric Railway (Nagano Dentetsu line) dari Nagano Station ke Yudanaka Station di Ticket Vending Machine (TVM) berharga Y1260/RM40/pax, kami pun bergegas masuk ke terminal dan kebetulan siren train berbunyi menandakan ia akan bertolak beberapa saat sahaja lagi sekitar jam 10.46am. Di gerabak kami terdapat seorang Mat Saleh mungkin solo traveller yang juga meluru masuk ke dalam train. Kami disajikan permandangan ladang yang luas dan di kejauhan kelihatan gunung yang tinggi dan kelihatan ada bahagian yang diseliputi salji putih. Setelah sampai di station Shinshu Nakano, ada pengumuman dalam Bahasa Jepun dan kami telah ketahui dari awal lagi melalui maklumat di internet yang penumpang perlu transit ke train lain untuk meneruskan perjalanan ke Yudanaka. Kami memberitahu Mat Saleh tersebut yang train itu akan stop dan sekiranya ingin ke Yudanaka perlu transit ke train di terminal sebelah sahaja. Beberapa minit kemudian train tersebut memulakan perjalanan menuju ke Yudanaka Station.      

Di dalam train Nagano Electric Railway (Nagano Dentetsu line)

View rail track dari dalam Nagano Electric Railway (Nagano Dentetsu line)
 
Setibanya train di Yudanaka Station, kami mencari locker untuk meninggalkan beg kami sementara menunggu waktu check-in ke hotel sekitar jam 3.00pm nanti. Di station Yudanaka terdapat kemudahan locker (caj min. Y300), Tourist Centre , kedai kiosk serbaneka, café dan toilet manakala terminal bas dan teksi hanya di depan station sahaja. Kelihatan bas menuju ke Snow Monkey telah pun sedia untuk bertolak pada jam 1.21pm. Pekerja di Tourist Centre menawarkan agar kami meninggalkan beg di dalam bilik Tourist Centre sahaja dan menyuruh kami terus menaiki bas ke Snow Monkey dan meminta kami mengambil luggage di Tourist Centre sebelum ditutup sekitar jam 6.00pm nanti. Kami terus membeli tiket berharga Y210/pax di kaunter dan menaiki bas yang telah sedia untuk bertolak. 

Suasana di dalam train ke Yudanaka Station


Transit di Station Shinshu Nakano
 
Map hotel-hotel di sekitar Shibu Onsen, Yudanaka
Timetable bas dari Yudanaka Station ke Kanbayashi via Snow Monkey/Shibu Onsen
 
Map laluan pejalan kaki dari bus stand A ke Snow Monkey Park
 
Setelah melalui jalan yang kecil di pekan Yudanaka tanpa sebarang kesesakan lalulintas kami pun sampai di bus stand A. dari situ kami perlu berjalan sejauh lebih kurang 2km untuk sampai ke Snow Monkey Park. Kami berjalan dalam keadaan cuaca yang sejuk menaiki bukit dan menyusuri jalan tanah becak dan ada ditakungi air selepas hujan. Kami perlu berhati-hati dengan keadaan jalan yang licin dan melangkah lopak air yang berselut. Kelihatan juga di bahagian atas bukit dan daun-daun pokok ditlitupi salji yang putih. 
Signboard Snow Monkey Park
 
Jalan-jalan menuju ke Snow Monkey Park...
 
 









Antara aksi-aksi di Snow Monkey Park...
 
 


Setelah sampai di kaunter tiket di puncak bukit kami pun membeli tiket masuk berharga Y500/RM15/pax. Setelah itu kami menuju ke kolam di mana terdapat banyak Snow Monkey berendam sementara ada juga kelompok yang menguis-nguis salji kecil untuk dimakan. Setelah merakan dan zoom gelagat dan aksi Snow Monkey berendam di dalam kolam air panas kami pun beredar semula ke kedai souveniour berhampiran kaunter tiket tadi untuk membeli beberapa souveniour dan juga poskad untuk dikirimkam buat anak rakan. Sorry sis... kami terlupa menulis nama pengirim dan menjadi suatu tanda tanya sehingga kini.... 

Dalam perjalanan balik menuju ke bas stand kami singgah di Enza Café untuk menghirup kopi panas terlebih dahulu dan di café ini juga ada dijual makanan halal yang boleh dicuba untuk mengalas perut setelah penat berjalan naik dan turun bukit.
Stop dan minum kopi di Cafe Enza

Memandangkan kami terpaksa menunggu lama sekiranya ingin menaiki bas kembali ke Yudanaka Station kami mengambil keputusan untuk berjalan sahaja menuju ke hotel Nozaru yang hanya 20 minit sahaja dari bus stand tersebut. Kami check in hotel Nozaru yang terletak di 2034 Hirao, Yamanouchi, Shimotakai District, Nagano Prefecture, Japan yang berkonsepkan gaya hidup rumah ninja. Bilik tersebut telah kami tempah di Booking.com berharaga Y19,200/RM773 (Family) untuk 2 malam. Pengunjung dikehendaki membayar city tax sekitar Y150/pax di sesetengah pekan dan bandar di Jepun dan pastikan semasa anda membuat tempahan lagi. Kami terserempak dengan Mat Saleh yang menaiki train ke Yudanaka Station tadi rupa-rupanya dia pun menginap di hotel tersebut. Setelah berehat, kami turun ke kaunter reception dan meminta staff hotel memanggil teksi untuk membawa kami ke Yudana Station bagi mengambil beg yang ditinggalkan di Tourist Centre tadi. Setibanya di station, kami berjumpa pekerja di Tourist Centre teresebut dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menawarkan tempat simpanan percuma serta menjaganya. Arigatou gozaimasu Sis… Jasa baik anda tetap dikenang…..
Bilik ala ninja di Hotel Nozaru
 
Hentian bas di jalan utamaa berdekatan Hotel Nozaru

Setelah sampai di perkarangan hotel Nozaru kami membayar tambang teksi pergi balik sekitar Y2100. Kami makan masakan yang dimasak sendiri kerana susah mencari kedai makanan halal di pekan Yudanaka. Setelah itu kami berehat setelah mengharungi perjalanan lama menaiki bas dan mendaki bukit ke Snow Monkey Park namun kami tidak sabar menunggu keesokan harinya untuk bermain salji di Ryoo Ski Park pula.

DAY 6 –Bermain salji di Ryoo Ski Park

Pada pagi Selasa 20 December 2016, kami bangun awal pagi dan menyediakan sarapan dan bekal untuk dibawa ke Ryoo Ski Park. Kami berjalan menuju ke jalan utama untuk menaiki bas menuju ke Yudanaka Station. Bas di pekan Yudana bersaiz comel-comel belaka dan kita merasa amat selamat dengan kaedah pemanduan yang santai (tambang bas Y210/pax sehala). Terdapat kemudahan shuttle bas secara percuma membawa kami dari Yudanaka Station ke Ryoo Ski Park yang mengambil masa hanya sekitar 30 minit sahaja.
 

Timetable shuttle bas dari Yudanaka Station ke Ryuoo Ski Park
 
Bangunan utama Ryoo Ski Park
 
Kedai Peralatan Sukan dan juga Tourist Information Counter

Tiket dan timetable ropeway di Ryuoo Ski Park
 
Setelah sampai di bangunan pengurusan Ryoo Ski Park, kami langsung ke kedai peralatan sukan di sebelah bangunan tersebut yang menjadi kaunter pertanyaan juga kerana pekerjanya boleh berbahasa Inggeris. Kami membeli pakej untuk naik ropeway ke puncak gunung di park tersebut berharga Y9,000 untuk 1-Day Ticket (Family 2A2C). Terdapat juga Adventure Kid Park tetapi ditutup pula di mana tiketnya berharga Y800/pax. Terdapat kemudahan toilet, café, kedai-kedai peralatan sukan dan kedai souveniour di bangunan pengurusan utama 2 tingkat tersebut. Setelah berehat kami naik ski bus yang beroda kabel untuk membawa kami ke station ropeway yang tidak berapa jauh dari bangunan pengurusannya. Setelah beberapa minit menunggu kami pun menaiki ropeway yang bersaiz agak besar dan kelihatan ramai pelancong asing juga membawa peralatan ski yang lengkap untuk bermain ski di beberapa lokasi yang disediakan di puncak park tersebut. Semasa menaiki ropeway kami disajikan dengan permandangan tanah tinggi yang kesemuanya diselaputi salji putih dan tebal dan kelihatan ramai pengunjung yang bermain ski.     

Ski bas yang membawa kami ke station ropeway
 
Menunggu kereta ropeway untuk naik ke atas
 
View sekitar Ryuoo Ski Park  
 
Timetable ropeway turun ke station bawah

Setelah hampir 15 minit menaiki ropeway kami pun tiba di station puncak park tersebut dan terdapat juga menara platform untuk meninjau dan melihat aktiviti ski di lereng bukit dan kawasan yang lebih rendah. Tidak berapa jauh dari station tersebut terdapat cafeteria tertutup yang luas untuk kemudahan para pengunjung. Kami berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut sambil zoom foto keluarga berlatarbelakangkan salji dan binaan snow man.  

Detik-detik keriangan bermain salji di Ryuoo Ski Park......
 
 






 
Kami berehat sambil minum kopi refill yang dibeli di café sambil melihat salji yang mula turun manakala anak-anak keluar masuk café untuk bergilir-gilir bermain salji di luar. Setelah puas bermain salji kami pun turun semula ke station ropeway di bawah dan menunggu ski bus untuk membawa kami ke bangunan pengurusan Ryoo Ski Park semula. Kami menunggu shuttle bas dan menaikinya pada jam 4.00pm untuk balik ke Yudanaka Station. Sesampainya di station, kami menaiki teksi untuk balik ke hotel Nozaru dengan tambang sekitar Y1100/RM20. Kami sempat solat jamak di bilik hotel dan meminta staff hotel membuat reservation teksi yang akan membawa kami awal pagi esok ke Yudanaka Station untuk menaiki train yang paling awal menuju ke Nagano Station. Kami tidur nyenyak dalam cuaca sejuk malam itu bagaikan masih terasa berada di kawasan salji Ryoo Ski Park…… Hehe. Kepada yang teringin berendam di kolam air panas (onsem) di hotel Nozaru carilah masa yang sesuai ye kerana anda hanya boleh bertuala di tempat tertentu sahaja. Hmmmm......   

Day 7 – Perjalanan train dari Nagano Station ke Matsumoto Station dan bas dari Matsumoto Station ke Takayama serta berjalan menghirup udara nyaman di Hida Furukawa, Takayama

Pada pagi Rabu 21 December 2016, kami keluar awal pagi dan teksi telah pun sedia menanti kami dengan caj Y1100 sehala. Kami membelah cuaca sejuk pagi itu tanpa kesesakan lalulintas pun dan sampai awal di Yudanaka Station. Kami menaiki train setelah gate dibuka dan semakin mendekati Nagano Station semakin ramai penumpang memasuki train sehinggakan bersesakan di mana masing-masing ingin ke tempat kerja atau sekolah.
Platform train di Nagano Station
 
Permirksaan tiket train (Wide-View) shinano
 
Di Nagano Station kami membeli tiket berharga Y3480(Adult) & Y1240(Child) untuk train (Wide-View) shinano No. 2 (Nagano Limited Ekspress) ke Matsumoto dengan bantuan staff yang berdiri di entrance gate lalu bergegas ke Track 6. Train (Wide-View) shinano No. 2 tujuan ke Nagoya membawa kami meninggalkan Nagano menuju ke Matsumoto Station. Setelah keluar dari Matsumoto kami berjalan mengikut signboard ke arah jalan besar lalu cepat-cepat melintas ke Terminal Bas Matsumoto di seberang jalan tersebut.
Matsumoto Bus Terminal
 
Tiket bas Alpico dari Matsumoto ke Takayama
 
Ruang menunggu di Matsumoto Bus Terminal
 
Platform di Matsumoto Bus Terminal
 
Bas melalui tunnel dalam perjalanan ke Takayama

Setelah membeli tiket bas dari Matsumoto Station ke Takayama berharga Y3,190 (Adult) dan Y1,600 (Child 6-12 tahun) kami pun berehat di ruang menunggu bersebelahan kaunter tersebut. Di bangunan terminal tersebut terdapat hypermarket dan toilet untuk kemudahan awam. Kami menaiki bas di Gate 10 pada jam 11.05am meninggalkan Matsumoto Station menuju ke Takayama Station mengambil masa perjalanan selama 2 jam setengah. Setelah sampai di Takayama Station pada pukul 1.30pm kami melintas jalan menuju ke hotel Country Takayama hanya di seberang jalan sahaja terletak di alamat Hanazatocho 6-38 (花里町6-38), Takayama, 506-0026 (高山市), Japan. Kami menempah hotel tersebut di Booking.com berharga Y10,800/RM407 (Family) untuk 2 malam. Kami memilih hotel berdekatan dengan terminal bas untuk memudahkan perjalanan menaiki bas keesokannya ke Shirakawago pula. Setelah meninggalkan luggage di kaunter hotel tersebut kami kembali ke train station untuk ke kampung Hida Furukawa dengan mula menggunakan pass Takayama-Hokuriku Travel valid selama 5 hari.
 
Station Hida Furukawa
 
Signboard map Hida Furukawa
Dataran di depan Station Hida Furukawa
 
Menyusuri Setogawa Canal yang bersih airnya di Hida Furukawa.......



 
 




 
 
Ikan-ikan koi dipindahkan ke kolam besar dekat Masushima Castle......
 

 
Di Station Hida Furukawa, kami mengambil map yang terdapat di station tersebut lalu keluar menyusuri jalan sambil mencari ikan koi (carp) di Setogawa Canal (longkang) sejak dari tahun 1968 lagi seperti yang dipaparkan di media sosial. Kami terbaca nota yang diletakkan di tepi longkang tersebut menyatakan bahawa ikan-kan koi tersebut telah dipindahkan ke kolam sepanjang musim sejuk dan hanya berenang-renang bebas di canal dari bulan April hingga November sahaja. Mengikut kisahnya 400 tahun lalu air diambil dari air takungan air di parit yang menjadi benteng Masushima Castle untuk mengerjalan ladang-ladang tanaman. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di beberapa view yang cantik di sekitar Hida Furukawa. Setelah menghampiri kawasan astaka kami solat jamak di suatu sudut astaka tersebut. Kami berpatah balik ke station dan menuju pula ke arah Masushima Castle dan bertuah kerana dapat melihat ikan-ikan koi bersaiz besar di dalam kolam besar di tepi castle tersebut. Setelah itu, kami berpatah balik ke station untuk balik ke hotel lalu check-in dan berehat di hotel tersebut. Sebelum itu kami singgah di kedai serbaneka yang terletak di bahagian bawah hotel tersebut untuk membeli makanan dan minuman halal.
Menu tomyam di restoran thai Thaniyapon (Halal)
 
Menjelang malam kami turun semula mencari restoran halal yang kebanyakan ditutup pula sehinggalah kami sampai ke restoran thai Thaniyapon yang diusahakan oleh pasangan suami isteri dari Jepun dan Thailand terletak di 1 Chome-15 Hanaokamachi, Takayama, Gifu Prefecture 506-0009, Japan. Menu di hotel tersebut sangat sedap dan recommended untuk dicuba ye. Restoran itu agak sempit dan kami bertuah kerana datang awal dan tak perlu menunggu lama kerana ada 2-3 group pelancong kebanyakannya dari asia perlu menunggu giliran untuk makan malam. Kami langsung balik ke hotel untuk berehat dan merancang untuk turun awal keesokannya untuk ke pasar pagi di Takayama.   

Day 8 – Bersiar-siar ke Miyagawa Morning Market & Jinya-mae Morning Market di Takayama dan jalan-jalan di Shirakawago.

Pada pagi Khamis 22 December 2016, setelah bangun breakfast ala kadar dengan makan onigiri dan sandwich dibeli di kedai serbaneka. Setelah itu kami keluar berjalan dalam keadaan cuaca pagi yang cerah dan sejuk menuju ke Miyagawa morning market. Pasar pagi ini terletak di tepi Sungai Miyagawa di Old Town dan air sungai tersebut sangat jernih sehinggakan kelihatan dari jauh ikan-ikan koi berwarna warni. Kami sampai terlalu awal kelihatan peniaga baru mengemas gerai masing-masing sebelum memulakan perniagaan. Setelah meninjau-ninjau pasar pagi tersebut kami berrgegas menuju ke pasar pagi Jinya-mae Market di depan Takayama Jinya pula. Kami singgah untuk bergambar di jambatan merah dalam perjalanan ke situ. Kami hanya berjalan-jalan di sekitar pasar pagi yang kebanyakannya menjual hasil-hasil tanaman dan juga barang kraftangan temapatan. Ketika hujan mula turun rintik-rintik kami bergegas balik ke hotel check-out dan terus ke terminal bas Takayama. Tips - Pasar pagi dibuka bermula jam 6.00am kebiasaanya tetapi di musim sejuk dibuka bermula jam 7.00am. 
Peniaga mula berkemas membuka gerai di pasar pagi
 
Air sungai Miyagawa yang jernih dan kelihatan ada ikan-ikan koi
 
Cili kering
 
Signboard Miyagawa Morning Market
 
Jambatan merah dekat Jinya-mae Morning Market
 
Di terminal bas Takayama kami adalah antara penumpang yang awal beratur menanti  bas Nohi  ke Shirakawago kerana tempat duduk bas tersebut adalah free seat serta first come first serve basis. Bas bergerak sebaik sahaja bas penuh meninggalkan penumpang yang kelihatan masih ramai dan terpaksa menunggu bas berikutnya pula. Kami mengambil keputusan untuk membuat reservation untuk bas seterusnyya ke Kanazawa nanti di terminal bas Shirakawago bagi melancarkan program percutian kami.
Gambar terminal bas Nohi Takayama

Bas bergerak dengan kelajuan yang sederhana melalui jalan sempit dan gunung ganang dan berhenti di suatu hentian di pergunungan. Setelah menempuhi perjalanan bas selama hampir sejam, kami selamat sampai ke Shirakawago dalam keadaan hujan lebat ketika itu. Setelah itu, kami mencari locker untuk menyimpan semua luggage dan janganlah gusar sekiranya semua locker penuh kerana pengujung boleh meninggalkan luggage mereka juga di dalam kawasan pejabat terminal bas tersebut. Caj untuk locker sekitar Y800. Kami ke kaunter untuk membuat reservation bas yang akan membawa kami ke Kanazawa petang nanti.
 Terminal bas Nohi Shirakawago
Timetable bas Shirakawago ke Kanazawa

Kami telah pun siap membawa payung dan juga ponco dan terus berjalan-jalan meninjau kawasan Shirakaawago sambil mengambil foto di spot-spot yang menarik seperti 3 buah rumah beratap jerami yang cantik dan sering dishare di laman media sosial. Oleh kerana keadaan hujan yang semakin lebat kami mengambil keputusan berpatah balik ke station lalu ke kaunter untuk menaiki bas yang lebih awal.

Zoom view menarik di sekitar Shirakawago.......
 








Menjelang senja kami pun sampai di Kanazawa station lalu terus berjalan menuju ke hotel di Kanazawa. Rupa-rupanya kami tersalah hotel kerana pergi ke hotel MYSTAYS Kanazawa Castle yang terletak di alamat 920-0852 Ishikawa Prefecture, 金沢市此花町Konohanamachi, 10, 17 manakala hotel yang kami tempah pula adalah HOTEL MYSTAYS Premier Kanazawa (ホテルマイステイズ金沢) – Kanazawadi, terletak di alamat Hirooka 2-13-5 / 広岡 2-13-5, Kanazawa, 920-0031, 金沢市, Japan. Hotel Mystays Premier Kanazawa kami tempah di Booking.com berharga Y9,900/RM388 semalam.
Hotel  MYSTAYS Premier Kanazawa
 
Bilik yang luas dan cantik

Sempat makan ni je sebagai alas perut sebelum tidur
 
Bilik di hotel tersebut memang cantik dan luas untuk 4 single bed. Kami check-in lalu makan bekalan yang dibeli di kedai serbaneka sambil berehat dan tidur nyenyak setelah seharian berjalan. Ikuti kisah percutian kami lagi ke Kyoto dan Osaka pula di siaran akan datang dengan pengalaman menaiki romantic train, bamboo grove dan Fushimi Inari Shrine di Kyoto dan jalan-jalan cari makan di restoran ramen Honolulu yang halal  serta keriangan di taman tema USJ Osaka. Jom……      

 

No comments:

Post a Comment