Wednesday 6 January 2016

Europe Trip 1 : (Part 1) – London : Drive to Manchester & Wales

Flight MAS KLIA ke Heathrow, London


Mulanya Destinasi Di Sini, kami amat bersyukur kepadaNya kerana dapat peluang menjelajah Europe di mana kami akan ke kota London, Amsterdam dan Paris. Kami membuat tempahan tiket beberapa bulan sebelumnya sekitar akhir Desember 2013 untuk membolehkan kami merangka schedule perjalanan dan budget memandangkan ini adalah trip pertama kami ke Eropah. Kami menempah tiket flight terus di web MAS walaupun pernah berkunjung ke MATTA Fair yang merupakan aktiviti dwi-tahunan di Kuala Lumpur yang famous dan ditunggu-tunggu oleh semua kaki travel. Kami memilih tiket open jaw di mana memasuki Eropah melalui London/UK dan keluar melalui Paris/France di mana kami akan memandu ke beberapa city di UK & Wales dalam 5 hari pertama, selepas itu menjelajah kota London, kota Amsterdam dan Paris dengan train dan bas. Untuk accommodation kami menempah melalui web travelodge.com, booking.com, premierinn.com, budgetplaces.com dan waytostay.com di mana kami akan memperincikan tentang hotel atau apartment yang akan kami pergi. Sementara itu kami menggunakan flight Easyjet dari London ke Amsterdam manakala train laju Thalys dari Amsterdam ke Paris yang kami tempah di web masing-masing. Untuk perjalanan kami dari London ke Manchester & Wales pula, kami menempah kereta Vauxhall Estate - Diesel di web sixt.com dengan harga GBP71.20/day (RM390/day). Terdapat banyak web kereta sewa di Eropah seperti Europcar, Avis dan sebagainya tapi kenalah bijak membuat perbandingan harga supaya berbaloi. (Tips : Harus diingat bahawa harga fuel di London & Wales berbeza-beza di mana akan lebih mahal harganya jika jauh ke pedalaman. Jadi, isilah fuel full tank di pekan-pekan besar sebelum meneruskan perjalanan).

Penerbangan kami pada Jumaat 23 May 2014 dengan Flight A380-MH2 MAS (13 hrs) dari Kuala Lumpur terus ke London Heathrow Airport pada pukul 11.40pm dan selamat mendarat di Terminal Terminal 4, London Heathrow Airport pada jam 7.30am pada 24 May 2014. Untuk memudahkan urusan imigresen, kami dari awal lagi telah menyusun itinerary dan semua booking confirmation. Setelah itu kami ke tempat menanti shuttle bas untuk ke pejabat Sixth yang terletak berhampiran airport. Cuaca di awal pagi agak sejuk sekitar 10 celcius. Kami menaiki shuttle bas yang disediakan oleh sixth secara percuma untuk mengambil kereta yang telah kami tempah. Lesen memandu Malaysia adalah sah digunakan untuk memandu kereta di UK dalam masa sebulan sahaja dengan hanya membawa surat pengesahan translation ke Bahasa Inggeris yang boleh didapati di mana-mana kaunter JPJ dengan caj RM10 sahaja.

Detik Flight A380-MH2 MAS touch down London Heathrow

(Tips : Untuk memudahkan urusan di kaunter imigresen, sediakan printed copies dan disusun mengikut itinerary terutamanya hotel booking confirmation atau alamat lengkap jika stay di rumah kawan/relatives, tiket flight pergi balik, tiket flight domestic, tiket train dan sebagainya. Sila bersedia dengan jawapan yang ringkas iaitu berapa hari di sesuatu lokasi & penginapan, tarikh ke sesuatu negara dan yang penting sekali bilakah tarikh keluar dari Eropah…. Mungkin berguna semasa di kaunter imegresen nanti).


Menunggu shuttle bas



Pengalaman Memandu ke Cadbury & Manchester


Setelah membuat pemeriksaan ke atas kereta Vauxhall dan memuatkan semua luggage, kami masing-masing mengenakan seat belt termasuk baby Aakif di dalam car seatnya barulah abah bersedia untuk memandu kereta berdasarkan GPS untuk ke destinasi pertama kami iaitu Birmingham di mana terletaknya Cadbury World di alamat Linden Rd Birmingham B30 2LU. Abah memandu dengan berhati-hati di highway tanpa toll kerana hujan mulai turun semasa perjalanan kami ke Birmingham sejauh 170km. Semasa tiba di Cadbury World setelah memandu sekitar 2 jam, abah menurunkan mama, along, kakak dan baby aakif di depan pintu sebelum menuju ke parking yang tiada bumbung disediakan tidak jauh dari bangunan utama. Kami hanya sempat minum di café Cadbury World sahaja kerana agak malang tiket untuk masuk ke dalam telah habis kerana hari itu terdapat ramai group student dan rombongan cik kiah. (Tiket masuk ke Cadbury World boleh ditempah melalui website, tetapi agaknya memang tiada rezeki kami kerana walaupun telah beberapa kali mencuba tetapi tidak Berjaya, ada saja errornya….)

Cadbury World
Coffee time



Kami meneruskan perjalanan ke Chester City setelah GPS diset dengan jarak sejauh 160km. Hujan mulai reda dan setelah memandu sekitar 2 jam kami selamat sampai di pekan Chester. Kami mencari parking dan terjumpa parking di aras basement di The Forum/Chester Market bersebelahan dengan Town Hall, Tourist Information Centre dan Chester Bus Exchange (perhentian bas). Di level GL bangunan The Forum/Chester Market tersebut, kami sempat shoping ke kedai Eur2 dengan membeli payung, makanan dan minuman ringan dan beberapa barangan keperluan lain. Setelah menyimpan barang-barang di dalam kereta, berpandukan map yang dibawa kami berjalan kaki saja ke arah Chester Cathedral, Roman Amphitheatre dan Roman Wall.


Pondon telefon klasik di Chester

Chester Cathedral

Liverpool House

Roman Amphitheatre
Ada laluan pejalan kaki di atas Roman Wall


Setelah penat berjalan-jalan di pekan Chester, kami meneruskan perjalanan menuju ke Manchester dan sebaik sahaja sampai kami terus ke station minyak untuk mengisi fuel. Setelah itu, kami check in hotel untuk 2 malam di Travelodge Didsbury, Manchester di alamat A34 Kingsway Manchester, Lancashire M20 5PG yang ditempah diwebnya berharga GBP28.50/night (RM154/malam). Kami masak sendiri bekalan yang dibawa dan setelah menjamu selera kami berehat di hotel semalaman. (Tips : Terdapat pasaraya Tesco di seberang jalan beroperasi 24jam)

Travelodge, Manchester
Ke Stadium Etihad & Old Traffold di Manchester

Pada hari minggu 25 May 2014, setelah breakfast dengan bekalan yang dibawa kami sangat teruja kerana antara schedule pada hari itu adalah ke stadium milik pasukan hebat dalam EPL iaitu Manchester City dan Manchester United. Kami menuju ke stadium Etihad terlebih dahulu yang terletak di Sport City, M11, 3FF. Kami hanya bergambar untuk kenangan di sekitar stadium tetapi tidak masuk ke dalam. Destinasi seterusnya ialah Old Trafford Stadium yang jaraknya hanya 10km dari situ yang terletak di Sir Matt Busby Way, Manchester M16 0RA.



Stadium Etihad

Di hadapan Stadium Etihad
Beraksi di Stadium Etihad

(Tips/Info : Stadium Tours starts jam 9.40 am - 4.30 pm (tour lasts 80 mins). Kami ke kaunter untuk membeli tour tiket GBP54/Family (RM292) dan dibawa masuk dan berjalan di dalam group ke ruang-ruang terpilih di dalam stadium. Selain daripada melihat padang bola kami juga dibawa oleh staff yang memberi penerangan dan info ke bilik-bilik seperti press conference, café, bilik rawatan dan sebagainya. Setelah selesai tour tersebut, kami tidak melepaskan peluang untuk shopping di kedai MU berdekatan gate masuk dan di ruang hadapan stadium.
Di Luar Stadium Old Trafford
Dalam Stadium Old Trafford
'Press Conference' di Stadium Old Trafford

Wefie dalam Stadium Old Trafford

 
Menjelang tengahari kami memulakan perjalanan melalui highway M56 dari Manchester untuk ke Chesire Oak bagi tujuan bershoping di situ. Setelah memandu sejauh 60km dari Manchester dengan masa lebih kurang 45 min, kami pun sampai di Cheshire Oak - Designer Outlet di alamat Kinsey Rd, Ellesmere Port, South Wirral CH65 9JJ. (Tips : Open hours : 10 am - 5 pm. Shopping @ Factory Outlet - Adidas, Armani, CK, Clarks, Crocs, Gap, Guess, Kipling, Levi's,MK, Mulberry, Next, Nike, Tag, Body Shop, Fossil, Lacoste, M&S, Cadbury etc).


Sudut landskap di Chesire Oak, Chester


Setelah puas bershopping kami memandu ke highway Parkgate Rd/A540 dari Chesire Oak menuju ke arah Liverpool. Jarak dari situ ke Liverpool hanyalah sekitar 30km. Kami memandu sehingga sampai di terowong bawah dasar sungai untuk ke Liverpool melalui kaunter tukar wang syiling dan selepas kaunter tersebut terdapat kotak toll untuk dicampakkan wang syiling secukupnya sebagai toll. Setelah memandu selama 40min kami sampai di bandar Liverpool dan kami mencari parking kereta di bangunan berhampiran Quen Square. (Tips: Pastikan kad parking dibawa bersama-sama dan disimpan dengan baik kerana ia digunakan untuk keluar masuk ke parking lot).


Quen Square Centre, Liverpool
Baby Aakif nyenyak tidur akibat cuaca yang nyaman


Menjelang lewat petang kami meninggalkan Liverpool untuk ke Manchester semula dengan jarak 65km selama lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami langsung ke Hard Rock Café, Manchester dan juga kedai Manchester City Fan Shop di Market Street, Manchester dan perlu sampai ke sana sebelum jam 7.00pm. Setelah bershopping tshirts dan jersi, kami langsung ke hotel dan menyediakan dinner sebelum berehat dan tidur nyenyak.



Menjelajahi Pergunungan dan Pantai di North Wales


Pada pagi 26 May 2014, setelah breakfast ala kadar dengan bekalan yang dibawa kami ke kaunter reception untuk early check out. Drop key, wave bye bye and that’s it, we’re done. Kami meneruskan perjalanan ke Conwy Castle dan melalui highway A55 dan M56 dari Manchester menuju ke North Wales sejauh 287km dan sekitar 1jam 30min. Sesampai di border North Wales kelihatan papan tanda dwibahasa iaitu ditambah bahasa tempatan untuk Wales namun kita pasti tidak akan tersesat kerana GPS amatlah membantu. Menghampiri pekan Conwy, kita dapat melihat dari jauh lagi Conwy Castle dan apabila sampai di di situ silalah cari parking yang berdekatan agar tidak kepenatan berjalan nanti. Conwy Castle terletak di alamat Rose Hill St Conwy LL32 8AY yang beroperasi dari jam 9.30 am - 5.00 pm. (info : Harga tiket Family GBP20.25). Namun kami hanya mengambil gambar di luarnya sahaja memandangkan banyak tempat yang kami perlu singgah dan perjalanan hari itu sangat jauh sehingga ke Bath City. Setelah menikmati aiskrim perisa buah kami berjalan menghala ke pantainya untuk ke ‘the smallest house in Britain’ yang beralamat di Conwy Quayside dengan bayaran masuk untuk Adult - 1GBP, Child - 50 p. (Info direction : follow B5106 dari mini roundbout at east end of town, and park your car on the right (pay and display). Di tepi pantai juga terdapat deretan kedai-kedai menjual tshirts, toys, souveniours dan FM.

Laluan masuk ke Conwy Castle


Laluan ke Conwy Castle
Berjalan kaki ke Conwy Castle

View dari atas Conwy Castle
Lorong pejalan kaki di atas tembok Conwy Castle
Conwy Castle
Pintu gerbang lalulan kereta ke parking lot di Conwy Castle
Bersama owner 'the smallest house in Britain’

Setelah shopping souveniours dan FM, kami meneruskan perjalanan dari Conwy untuk ke Snowdonia dengan menggunakan highway A55 sejauh 60km. Setelah drive hampir 1 jam kami melihat papan tanda Snowdonia National Park di mana kawasannya amatlah luas dengan gunung ganang berbatuan dan juga ada yang menghijau sejauh mata memandang. Kami berhenti seketika untuk mengambil angin dan berehat di R&R yang terdapat di lokasi tertentu sepanjang perjalanan. Selepas itu kami menuju ke Port Meirion iaitu sebuah pantai percutian yang cantik beralamat di Minffordd, Penrhyndeudraeth Gwynedd LL48 6ER sejauh lebih kurang 35km dan perjalanan sekitar 45min. (Info direction : Lihat signpost A487 at Minffordd between Penrhyndeudraeth and Porthmadog). Port Meirion dibuka dari jam 9.30am - 5.30pm dengan harga tiket Family of 4 - 30GBP. (Tips : Harga tiket 1/2 price entry after 3.30pm, jadi sila plan perjalanan anda untuk mendapat tiket yang murah ini).



View ladang yang luas dan cantik
Keadaan di dalam kawasan Port Meirion sungguh cantik sekali dengan view pantai dan rumah-rumah agam memukau setiap pandangan kita. Di sini juga terkenal dengan pinggan mangkuk branded Port Meirion dan jika kami tidak ke Amsterdam & Paris pasti kami akan membelinya sebagai koleksi.

Berhenti di RnR ke Snowdonia National Park
Kereta sewa Vauxhall Estate Diesel
Rumah agam di atas bukit di Port Meirion
Padang yang luas di Port Meirion
View dari padang di tengah Port Meirion
Rekabentuk klasik di Port Meirion
Warna warni yang klasik di Port Meirion
Gaya adik di tepi kolam Port Meirion
Laluan ke pantai Port Meirion
Orang ramai bersantai di tepi pantai Port Meirion
Di tepian pantai Port Meirion
Rekabentuk klasik dan cantik di Port Meirion
Gambar Port Meirion dari rumah agam atas bukit

Setelah bersiar-siar mengambil angin petang dan berfoto, kami meninggalkan Port Meirion melalui highway M5 untuk menghala ke Bath City dengan jarak perjalanan 289km dan mengambil masa selama 4jam 30 mins dalam cuaca yang mendung dan kekadang hujan. Setibanya di Bristol kami sampai ke hotel Premier Inn untuk check in beralamat di Avon House The Haymarket Bristol, Avon BS1 3LR. Kami check in di Premier Inn Bristol East untuk 2 malam dan setelah makan bekalan yang dibawa kami berehat dan nyenyak tidur akibat seharian memandu kereta.



Melawat Bath City & Stongehenge serta shopping di Clark Village


Kami bangun sekitar jam 7.00am pada 27 May 2014 dan di luar hotel hujan baru sahaja berhenti. Setelah breakfast kami pun menuju ke the Roman Baths, Stall St. Bath Avon BA1 1LZ. (Info : Open hours : 9.30am - 5.00pm). Kami terpaksa berjalan kaki kerana parking lot agak jauh juga dengan Roman Baths tersebut. Setelah membeli tiket di kaunter dan mendapatkan peralatan audio kami berjalan masuk dari satu bilik ke bilik yang lain sehinggalah sampai ke kolam air panas yang agak luas. Setelah berlegar-legar di beberapa bilik berdekatan kolam kami pun keluar dan melewati sebuah gereja yang agak tinggi menaranya. Kami terus ke parking lot untuk mendapatkan kereta bagi meneruskan perjalanan ke Stonehenge.
Kolam air panas di Bath City


Kolam air panas berada di aras bawah bangunan



Bangunan klasik di luar kolam Bath City


 
Pelancong luar terpesona dengan rekabentuk bangunan Roman
Jarak antara Bath City ke Stonehenge adalah kira-kira 60km dan setelah memandu hampir 1 jam kami pun tiba di Stonehenge yang terletak di tengah-tengah kawasan lapang di A344 Amesbury Wiltshire SP4 7DE. Kami beratur di kaunter untuk membeli tiket yang berharga GBP36.10/Family. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 9.30am - 5.30pm. Setelah mendapatkan tiket, kami beratur untuk menaiki shuttle bas atau tram yang banyak dan berulang-alik membawa penumpang ke dan dari Stonehenge yang terletak kira-kira 2-3km dari entrance. Kami amat bertuah dan bersyukur kepadaNya kerana dapat menyaksikan sendiri salah satu struktur yang tersenarai dalam 7 keajaiban dunia ini.
Berhenti di sisir jalan untuk view ladang ketika menuju ke Stongehenge

Ehsan pelancong lain yang sudi mengambil gambar kami sefamili di Stongehenge
Gaya tersendiri adik di Stongehenge




Along & adik gembira bergambar di Stongehenge

Batu Stongehenge tersusun rapi



Setelah berada di padang dan bergambar di sekeliling Stonehenge, kami meneruskan perjalanan untuk shopping terutamanya kasut di Clarks Village yang terletak di Farm Road Street, Somerset BA16 0BB. Waktu Clarks Village dibuka dalah dari jam 9.00am - 5.00pm di mana terdapat lebih 90 shops antaranya adalah Adidas, Body Shop, Cadbury, CK, Clarks, Gap, Levis, Monsoon, Samsonite, Timberland, Triumphs dan sebagainya. Oleh kerana tawarannya yang tersangat murah kami membeli beberapa pasang kasut untuk seisi keluarga dan juga sanak saudara yang tidak ketinggalan juga memesan. Setelah puas shopping kasut, kami memandu pulang ke hotel dengan yang jaraknya lebih kurang 60km. Setelah sampai di hotel, kami menyediakan dinner ala kadar dengan bekalan yang dibawa di samping berkemas dan update beg untuk ke kota London pula.


Hasil Shopping di Clarks Village

 
Menjejaki Oxford University & Windsor Castle serta Shopping di Bicester Village
Pada pagi 28 May 2014 kami bangun seawal 6.00am dan check out awal dan ke pump station terdekat di sebelah hotel untuk mengisi fuel. Kami meneruskan perjalanan dari hotel menuju ke Oxford University beralamat di Wellington Square Oxford OX1 2JD yang jauhnya sekitar 120km dengan perjalanan selama 1jam 40min. Walaupun kami sampai awal, agak sesak juga untuk masuk ke Oxford City di mana kelihatan ramai warganya yang berbasikal atau berjalan kaki sahaja. Rupa-rupanya Oxford University terletak di dalam Oxford City di mana bangunan-bangunan fakultinya bertaburan di dalam bandar tersebut. Kami lantas mencari parking berdekatan dengan sungai dan berjalan menuju ke Oxford Park, Sheldonian Theatre, Magdalen College, Harry Potter Shop dan juga kedai-kedai yang menjual tshirts, souveniours dan FM. Kami tidak melepaskan peluang ke sebuah bangunan lama yang menempatkan dewan makan di mana digunakan semasa shooting filem Harry Potter untuk menyaksikan sendiri dan berfoto kenang-kenangan. Semasa berjalan kaki ke parking lot kami singgah untuk membeli tshirts, souveniours dan FM.
Baby Aakif nyenyak tidur dalam perjalanan ke Oxford University


Shoot tangga dalam Harry Potter di Bangunan Oxford University


Kebersihan di pekan Oxford University

Shoot dewan makan dalam filem Harry Potter di Oxford University
Bangunan Oxford University yang sunyi - 'Peperiksaan sedang dijalankan'

Antara bangunan kuliah di Oxford University


Setelah itu, kami memecut kereta meninggalkan Oxford University dan Oxford City untuk ke Bicester Village yang terletak di 50 Pingle Dr, Bicester OX26 6WD yang jauhnya 25km selama 30min perjalanan. Waktu operasi untuk bershopping adalah dari jam 10.00am - 7.00pm di mana terdapat 130 shops yang menawarkan harga yang sangat murah iaitu Armani, Bally, Burberry, Clarks, Coach, Furla, Gucci, Levi's, MK, Mulberry, Pandora, Prada, Tag, Tods dan lain-lain lagi. Di sini juga terdapat kaunter khas untuk membuat claim VAT pada hari yang sama. Seronoknya bershopping dan dapat penjimatan yang berganda pula. Weehuuu………….



Beruang 'meeting point' di Bicester Village

Setelah puas hati bershopping kami meninggalkan Bicester Village dan singgah ke Windsor Castle yang terletak di Windsor Berkshire SL4 INJ berdekatan London/Uxbridge. Istana ini dibuka dari jam 9.45 am - 5.15pm di mana waktu masuk bagi lawatan terakhir adalah pada tepat jam 4.00pm dengan bayaran sekali masuk GBP48/Family. Setelah meletakkan kenderaan di parking lot, kami berjalan mendaki bukit ke istana tersebut sambal meninjau-ninjau kedai yang menjual tshirts, souveniours dan FM. Memandangkan kami terpaksa rushing untuk ke kota London yang jauhnya lebih kurang 60km lagi dan jika jalan sesak mungkin mengambil masa lebih 1 jam, kami tidak berkesempatan untuk masuk ke istana tersebut. Setelah bersiar-siar sambil berehat kami meneruskan perjalanan ke kota London untuk check in hotel Travelodge - Central King Cross yang beralamat di Willings House 356-364 Grays Inn Rd, WC1X 8BH.

Berehat sebentar kerana laluan berbukit menuju ke Windsor Castle
Bergambar kenangan di depan pintu Windsor Castle
Oleh kerana kami perlu menghantar kereta sewa tepat jam 7.00pm kami hanya meninggalkan luggage dan bergegas menghantar kereta sewa. Sebelum itu, kereta perlulah diisi fuel full tank kembali untuk mengelakkan extra charges pula. Beberapa minit ke jam 7.00pm kami telah pun sampai di pejabat Sixt di London Edgware Road, Bell Street Car Park, NW1 5BZ iaitu hanya lebih kurang 20min sahaja dari Travelodge King Cross. Selepas memulangkan kereta sewa kami singgah di restoran kebab untuk tapau makanan dan berjalan ke station Tube Edgware untuk ke station Tube King Cross/St Pancras.

Sebelum menaiki train di station Tube Edgware, kami membeli Oyster Card yang boleh dibeli di machine atau kaunter di Tube Station berharga (Adult – Deposit GBP5+nilai yang kita ingin top-up) & Child < 11 yrs travel for free) sebelum menaiki train ke station Tube King Cross/St Pancras untuk penginapan selama 4 malam.

Kemanakah destinasi kami selepas ini di Kota London dan pengalaman menaiki Tube Underground? Ikuti entri kami seterusnya…..