Tuesday 5 May 2015

Europe Trip 2 : Part 5 – Germany (Munich, Cologne & Frankfurt)

Menerokai Neuschwanstein Castle aka Sleeping Beauty Castle

Pada 20 Mac 2015 jam 8.30am setelah breakfast sendiri, kami keluar menuju ke Munich Hbf untuk ke Neuschwanstein Castle aka Sleeping Beauty Castle. Kami telah menempah ‘Bavaria Ticket’ atau ‘Munich/Bayern Lander Ticket’ di web DB Bahn untuk train U-Bahn atau S-Bahn dan sah digunakan di dalam daerah Bayern/Munich. Tiket tersebut boleh digunakan mengikut kiraan hari dari jam 9.00am sehingga 3.00am keesokan harinya dan valid untuk train dan bas ke Hohenschwangau, sebuah perkampungan di mana terletaknya Neuschwanstein Castle. Munich/Bayern ticket kami untuk 2 hari adalah €56 (RM240) yang sangat berbaloi untuk melawat daerah Bayern.

Untuk ke Neuschwanstein Castle, kami menaiki train ke Füssen train station dan setibanya di sana kami menaiki bas no. 78 yang sedia menuggu di depan station untuk ke Castle . (Option : Anda juga boleh menaiki teksi dengan harga sekitar Eur14 (1 way) yang mengambil masa 5 min sahaja).

Bas akan menurunkan penumpang di kaki bukit di mana terdapat kaunter tiket & kami berjalan terus ke reservation lane untuk menukar voucher kepada valid ticket. Tiket Neuschwanstein Castle berharga Eur12/pax (Child < 18 tahun free). Pelancong yang menempah tiket perlu menukarkan voucher yang diprint sejam sebelum waktu lawatan. Dari kaunter tiket, kami beratur untuk naik kereta kuda dengan harga Eur6/pax/up dan Eur3/pax/down. (Option : Perkhidmatan bas disediakan namun dihentikan semasa winter berharga €2.60 return ticket, atau boleh sahaja berjalan sendiri mendaki bukit yang biasanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke puncak).

Lawatan di dalam castle akan dibuat berperingkat mengikut waktu tiket yang dibeli dan akan bergerak di dalam kumpulan untuk menerokai setiap ruang di castle tersebut dengan diketuai oleh stafnya yang tak jemu-jemu memberi penerangan. Menurutnya istana tersebut di bina dan hanya sempat diduduki oleh King Ludwig selama 11 bulan sebelum beliau disahkan mengalami gangguan mental dan kemudiannya ditemui meninggal dunia bersama-sama dengan doktor peribadinya. Kematian beliau menjadi misteri sehingga ke hari ini dan masih terdapat sebahagian bahagian castle yang tidak sempat disiapkan. Malangnya pelancong tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam castle tersebut. View dari tingkap castle menyajikan sebuah permandangan alam ciptaanNya yang sangat menakjubkan dan terbayang di sanubari sehingga kini.

 

Adik di entrance Neuschwanstein Castle
 
 Pemandangan bahagian depan Neuschwanstein Castle
 
 Kawasan pergunungan di sekeliling Neuschwanstein Castle
 
 Jalan menuju ke Neuschwanstein Castle
 
 Neuschwanstein Castle
 
                                                  Replika Neuschwanstein Castle di pintu keluar

 
Setelah 30 min bersama group tour, kami berjalan turun ke pondok kereta kuda berdekatan pondok bas di Marienbrücke dan kelihatan ramai pelancong di kedai serbaneka dan ada juga sedang menikmati kopi di café sementara menunggu kereta kuda untuk turun ke Hohenschwangau. Dari situ, kami menaiki kereta kuda yang menuruni jalan cerun balik ke bus stand di Hohenschwangau. Semasa menaiki kereta kuda kami disapa oleh seorang lelaki tua pelancong dari Jepun yang ramah berborak dan sangat mengagumi orang Malaysia dan bercita-cita untuk melawat Kuala Lumpur dan negeri-negeri sekitarnya kerana sukakan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun katanya. Sebaik sahaja sampai di kaki bukit, kami bergegas ke bus stand dan terus menaiki bas. Bas meninggalkan Hohenschwangau pada jam 3:42pm dan kelihatan Neuschwanstein Castle semakin jauh sebelum hilang di celah-celah bangunan dan pokok-pokok menghijau menuju semula ke train station Füssen. Kami menaiki train yang bertolak dari Füssen pada jam 4:04pm dan sampai di station Munich Hbf pada jam 6:05pm.


 Pondok menunggu kereta kuda di Marienbrücke

 Mama dan baby atas kereta kuda

Zoom Neuschwanstein Castle dari kaki bukit 


Dari Munich Hbf, kami menaiki train ke Marienplatz (Old and New Town Hall) untuk turun di station Marienplatz dan sebaik sahaja keluar tersergam di depan kami bangunan Rathaus, kemudian berpandukan map yang dibawa kami berjalan ke arah pintu gerbang dan terus ke Hard Rock Cafe @ Marienplatz untuk shopping tshirts. Kami singgah di kedai kebab halal untuk tapau dinner dan meneruskan perjalanan ke hotel. Selepas makan dan berehat kami tidur nyenyak bagaikan beradu di dalam sebuah istana khayalan seindah Neuschwanstein Castle yang baru kami lawati...
 


Kunjungan ke Stadium Alliance Arena & BMW Welt

Pada 21 Mac 2015 kami bangun seawal jam 6.00am, kemudian kami check-out awal dan menyimpan luggage di stor hotel. Kami menyeberangi jalan ke Munich Hbf untuk naik train Bahn ke Karlsplatz dan transit ke Allianz Arriena Plaza dan turun di station train Frottmaning untuk ke Bayern Munich Stadium di Allianz Arriena Plaza. Kami berjalan hampir 500m dalam tiupan angin sejuk yang kencang untuk sampai ke stadium dan membeli tiket tour untuk masuk ke stadium. Tiket masuk ke stadium adalah Eur33/family (RM144) - 60min tour. Sementara menunggu masa lawatan, kami ke Fan Shop untuk membeli jersey dan sebagainya untuk dijadikan kenangan oleh penyokong tegar seperti kami. Mia Sara Mia mottonya….. Kami dibawa masuk oleh seorang staff yang fasih berbahasa Inggeris ke ruang-ruang pilihan di dalam stadium tersebut sambal menceritakan serba sedikit info mengenai pasukan Bayern Munich. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merakam setiap detik yang sempat semasa berada di dalam stadium.
 
Bangunan unik Allianz Arriena Plaza
 
Di dalam Fan Shop
 
 Bayern Munich Tour 
 
Red & Blue for BM
 
Seat dalam BM Stadium di Allianz Arriena Plaza
 
 Adik bergambar depan Thomas Muller
 
 Along dan Captain BM
 
 Player Bayern Munich beraksi di Allianz Arriena Plaza
 
 Locker room
 
... Mia Sara Mia...
 
 Sponsor board BM di Allianz Arriena Plaza
 
Bayern Munich Stadium di Allianz Arriena Plaza

 
Kami kemudiannya berjalan untuk berpatah balik ke train station dan naik train untuk ke BMW Welt berdekatan dengan Stadium Olympic pula. Kami transit di station Munchner Freiheit untuk ke station U-Bahn Olympia Zentrum & masuk ke BMW Welt (BMW Headquaters). Kami sempat berehat di padang yang sangat luas antara BMW Welt dan Stadium Olympia. Sempat anak-anak bermain bola yang baru dibeli di Fan Shop BM sebentar tadi. Setelah itu kami naik train Bahn untuk berpatah balik ke station Munich Hbf dan kami singgah di sebuah restoran halal di sebelah kanan station untuk menikmati nasi arab yang sungguh sedap dan berselera kerana selalunya di restoran hanya dijual kebab atau pizza sahaja. Setelah makan nasi arab kami melewati depan station untuk ke hotel bagi mengambil beg dan berpatah ke station semula untuk menunggu train selanjutnya ke Frankfurt.
  

Entrance ke BMW Welt
 
Kami menaiki train DB Bahn train ICE528 (Sparpreis Ticket) yang telah ditempah di webnya dari Munich Hbf pada jam 4.51pm ke Frankfurt dengan harga EUR58/5pax (RM248). Kami sampai di station Frankfurt pada jam 8.00pm dan berjalan ke Hotel A&O Frankfurt di Mainzer Landstr yang betul-betul bersebelahan dengan station Bahn Galluswarte. Kami telah menempah hotel tersebut dengan harga EUR125/Family (RM542) untuk 2 malam. Setelah check-in kami dinner ala kadar dengan makanan yang dibawa dan berehat untuk aktiviti selanjutnya esok. 



Daytrip ke Cologne

Keesokannya, kami terus ke station Bahn Galluswarte untuk naik train ke station Frankfurt Hbf dengan jarak dekat hanya satu station sahaja. Selain daripada itu terdapat kemudahan tram di depan hotel kami. Untuk penjimatan yang amat berbaloi, kami telah menempah Germany Weekend Train Ticket - 1 Family (sah untuk perjalanan ke seluruh Germany untuk Weekend sahaja bermula dari 12am sehari) di web DB Bahn. Terdapat train international Intercity direct ke Cologne yang laju tetapi agak mahal. Memandangkan tiket yang kami beli tidak valid untuk train tersebut, kami hanya boleh ke Cologne dengan transit di station Koblenz atau Siegen dengan perjalanan lebih kurang 3 sehingga 3 1/2jam. Akhirnya dengan tiket yang kami ada dan setelah mendapat penerangan dari staff di kaunter DB Bahn, kami naik train dan transit di Koblenz Hbf  dan selamat sampai di Cologne Hbf sekitar jam 3.00pm. Kami memperuntukkan masa selama 4 jam untuk menerokai pekan Cologne. Kami melewati gereja di depan station untuk ke Hard Rock Cafe Cologne. Setelah itu kami ke Old Town Cologne dan menyusuri sungai Rhen ke jetty ikan. Dari jetty, kami membelakangi jetty dan sungai untuk ke dataran Alter Mark/Teater Koln dan bergambar di depan patung Wili Millowitsch tokoh Cologne yang menaiki kuda dengan pelbagai aksi. Kami berpatah balik dan melewati HRC semula untuk ke Restoran Halal Sedunia untuk menikmati nasi arab dan kebab. Setelah makan dan berehat kami meneruskan perjalanan ke Cologne Hbf. Sebelum itu, kami sempat singgah untuk bergambar di Cologne Cathedral yang sangat synonym dengan bandar Cologne. Dari kejauhan bangunannya kelihatan seakan keemas-emasan. Kami seterusnya menaiki train Cologne dan transit untuk ke Frankfurt dan sampai di Frankfurt sekitar jam 10.00pm. Kemudian kami menaiki train ke station Bahn Galluswarte untuk balik ke hotel. Kami makan ala kadar sambil berkemas beg dan menyusun dokumen untuk claim VAT di airport.               

 

 HRC Cologne
 
 Sungai Rhen di Cologne
 
 Berehat sebentar di tepi Sungai Rhen 
 
 An evening in Cologne
 
 Deretan bangunan di tepi Sungai Rhen di Cologne
 
Keindahan architecture di Cologne
 
The famous Cologne Cathedral
 
Cologne Hbf 

  Menjamu selera di Restoran Halal Sedunia, Cologne 
 
Flight Emirates Frankfurt ke KLIA via Dubai, Qatar

Pada hari terakhir, kami bangun seawal jam 4.00am untuk berkemas dan check out. Kami ke station Bahn Galluswarte membeli tiiket di touch skrin machine untuk ke Frankfurt Flughafen Airport dan terpaksa transit di Frankfurt Hbf hanya beberapa minit sahaja. Tiket S-Bahn untuk ke airport adalah €2.20/pax. Setelah sampai ke Franskfurt Flughafen Airport sekitar jam 7.30am, kami naik lift untuk menaiki aerotrain ke Terminal 2E dan sampai di sana kami terus check in 2 beg besar dahulu di mana 1 beg lain bersama dengan 1 begpack berisi barangan yang perlu dicop oleh kastam untuk VAT refund. Setelah urusan tiket selesai kami terus kaunter kastam dan kaunter VAT bersebelahannya sahaja dan sebelum check-in beg tersebut kami ke kaunter wrapping untuk memastikan keselamatannya. Setelah itu kami kembali semula ke kaunter khas bersebelahan kaunter kastam tadi untuk check-in luggage khas untuk VAT sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter Emirates. Sungguh mudah walaupun terpaksa bergegas ke hulu hilir. Hehe. Selepas itu kami ke kaunter imegresen dan kawalan keselamatan untuk boarding ke gate flight Emirates.

 Iklan Premier Tax Free (VAT)

 Lokasi Kaunter VAT di Frankfurt Airport
 
 Bawa original dokumen untuk claim VAT
 
 Contoh borang claim VAT yang telah lengkap diisi


Penerbangan kami pada Isnin 23 Mac 2015 flight FRA-DBX - EK44 (777-300ER) pada pukul 9.40am dan kami selamat mendarat di Terminal 3, Dubai International Airport pada jam 7.00pm. Connecting flight seterusnya ke KLIA berlepas jam 9.45pm dan selamat mendarat di KLIA pada jam 8.50am pada 24 Mac 2015. Selepas urusan imegresen kami menaiki teksi untuk balik ke rumah dengan penuh syukur kepadaNya.


Tips penting untuk kembara ke bumi Eropah :

1) Di Italy anda perlu membayar city tax di hotel yang anda menginap di mana charge dikenakan untuk per pax dan per night.
2) Sentiasa survey dan print map-map yang berkaitan (tube, train, bus route dan city map) untuk memudahkan perjalanan anda.
3) Sentiasa mengawasi barangan peribadi anda especially handbag atau pouch kerana terdapat ramai penyeluk saku professional di sana yang mensasarkan tourists.
4) Pilih hotel yang berdekatan dengan tube atau train station untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa. Kebanyakan hotel yang kami cadangkan di dalam entri-entri Eropah kami adalah highly recommended memandangkan lokasinya yang strategik, harga yang mampu milik tetapi sangat selesa.
5) Sentiasa comparekan harga hotel di beberapa website i.e. Agoda, Booking.com etc memandangkan mereka menawarkan harga yang berlainan untuk hotel yang sama.
6) Sekiranya anda dijangka akan tiba lambat untuk check-in di sesuatu hotel, seeloknya email pihak hotel terlebih dahulu untuk memberitahu estimated time of arrival anda.
7) Malaysian tidak memerlukan visa untuk ke negara Eropah (google schengen countries).
8) Sekiranya anda seorang kaki shopping, semestinya VAT refund sesuatu yang perlu anda ketahui. Minimum purchase untuk membolehkan anda claim VAT refund adalah berbeza mengikut negara yang anda kunjungi. Simpan borang beserta resit dan VAT refund hanya boleh dibuat di negara Eropah terakhir yang anda kunjungi. VAT (value added tax) adalah lebih kurang sama konsepnya dengan GST.
9) Terdapat charge berlainan sekiranya anda memilih untuk makan/minum di sesuatu cafe atau restoran di Italy. Silalah bersedia untuk menerima bilnya nanti kerana alunan muzik yang anda nikmati itu ada bayarannya...

Akhir sekali, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang ralat di dalam entri kami, kerana kami hanya manusia biasa yang mungkin kadang-kadang boleh menjadi sangat pelupa, dan ianya tanpa disengajakan...

 
Ikuti kemeriahan kami berjalan-jalan di sekitar Europe (Trip 1 – tahun2014), Asia dan di bumi tercinta Malaysia jika berkesempatan nanti di entri seterusnya. Jom………….   

 

 




 

3 comments:

  1. Terbaek..thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Perkongsian y menarik. Nak tanya. Masa book tiket ke frankfurt tu. Ada letak bin/binti tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First Name : Mohd Ali
      Family name : Bin Ahmad.

      Begitulah yg saya isi utk pembelian tiket

      Delete