Tuesday 23 February 2021

Kenangan Di Musim PKP: (Zoom Memori di Gold Coast, Australia Mac 2011) – Part 2 – Kemeriahan Taman Tema Dreamworld & SeaWorld di Gold Coast dan Bersantai Bersama Dolphin di Tangalooma Resort, Moreton island, Australia

DAY 3 – Zoom Bagaikan Bermimpi ke Dreamworld, Gold Australia

Ini adalah sambungan penulisan khas kenangan Memori Perjalanan kami ke Australia pada tahun 2011, di mana di musim PKP kami berhasil menjumpai file yang tersimpan foto-foto yang menggamit memori kami di Gold Coast Australia suatu ketika dahulu bermula plan dan gerakerja dalam bulan Februari 2011 dan perjalanan pada 16 Mac 2011 hingga 22 Mac 2011.

Kepada yang ingin mengungkap kisah Trip kami Part 1 iaitu Zoom kisah tempahan tiket Flight AAX D7 7207, Hotel Mantra Legend dan gorund services oleh Agen PNL Travel dan juga ADU, Australia boleh klik di Part 1 – Flight ke Gold Coast dan Shopping di Harbour Town.   

 

Pada pagi Jumaat 18 Mac 2011, kami breakfast dengan makanan bekal yang dibawa untuk turun di awal pagi ke lobby hotel bagi menunggu bas Con-x-ion yang akan membawa kami ke taman tema Dreamworld. Setelah menaiki bas Con-x-ion dan duduk di tempat yang hanya berbaki beberapa tempat sahaja, bas tersebut laju membawa kami meninggalkan hotel yang akan mengambil masa hampir 45 min untuk sampai ke DreamWorld yang terletak di Pacific Motorway, Oxenford Gold Coast. QLD 4210, Australia yang tidak jauh dari taman tema MovieWorld. Setelah menurunkan beg dan juga stroller kami berjalan terus ke kaunter dan menggunakan tiket yang diberi di kauneter MovieWorld semalam untuk masuk ke DreamWorld tersebut.


Menunggu bas Con-x-ion di kerusi lobby hotel


Setelah masuk melepasi gate DreamWorld, ternyata taman tema ini agak tenang sekali dengan banyak pokok dan landskap yang cantik tanpa terdengar jeritan dan riuh rendah pengunjung seperti di MovieWorld semalam.      




Bergambar di depan kaunter DreamWorld




 Bergambar bersama penyambut tetamu yang menanti ketibaan kanak-kanak...


Kanak-kanak ceria apabila melihat beberapa gelagat aksi patung yang menarik minat kanak-kanak yang baru berkunjung ke taman tema DreamWorld tersebut. Anak-anak yang baru tiba mesti tidak akan melepaskan peluiang untk menaiki train bersama family masing-masing.




 Zoom panorama menaiki train

 

Setelah itu kami bersama-sama beberapa pengunjung lain masuk ke kandang kanggaru untuk bergambar dan boleh membelai kanggaru yang sangat jinak terutamanya kepada kanak-kanak. Setelah itu kami pergi ke kawasan rumah yang menempatkan binatang-binatang termasuk kaola, kanggaru, ular dan sebagainya. Kami memberi tumpuan kepada renjer yang memberi penerangan tentang kehidupan kaola dan membenarkan pelancong bergambar bersama-sama kaola tersebut.

 









Bergambar dengan Sang Kanggaru yang jinak.....

 







 

Bergambar pula dengan Kaola yang comel.








Meninjau haiwan-haiwan lain seperti burung, ular dan sebagainya di DreamWorld


Setelah itu, kami berjalan mengikut peta dari laluan masuk utama  ke seksyen-seksyen lain di dalam taman tema DreamWorld tersebut. Terdapat banyak outlet, kiosk dan juga restor yang menjual cenderamata dan t-shirt serta menu makanan tertentu di dalam kawasan DreamWorld tersebut.    

Kami hanya menyertai permainan yang boleh disertai oleh kanak-kanak dengan memilih game cawan di mana kelihatan anak-anak sangat gembira menaiki cawan yang berputar-putar di dalam gelanggangnya. Kalau untuk orang tua memang pening-pening lalat juga selepas keluar dari cawan yang telah berhenti berputar-putar. Haha....    

 




Asyik bermain game cawan berputar-putar.....


Dari situ kami berjalan menuju ke kawasan Tiger island merupakan kandang harimau yang akan diadakan pertunjukan khas harimau bersama renjer yang berjaya menjinakkannya. Renjer tersebut melatih harimau dan memberi makan apabila harimau tersebut berjaya melakukan aksi yang disuruh.  


 























Zoom harimau beraksi di Tiger Island, DreamWorld.


Selepas terhibur dengan aksi di kandang harimau tersebut, kami keluar menuju ke laluan utama di dalam DreamWorld meninjau-ninjau beberapa kiosk dan outlet yang menjual t-shirt, cenderamata, makanan dan juga minuman. Setelah itu kami menuju ke kawasan game fun car kanak-kanak di mana sudah tentu kanak-kanak tidak akan melepaskan peluang untuk memandu kereta tersebut di dalam gelanggang yang besar sambil menjerit keriuhan dan kegembiraan apabila kereta tersebut merempuh antara satu sama lain.    

 















Santai di kiosk, outlet dan tepi jalan utama DreamWorld

 





Fly dilambung kaki obor-obor.... yeehaaaa....  


Kemeriahan menaiki fun car.... 





 Gembira terbang dengan Puppy & kuda di game Merry Go Round.



 Tiang game yang nampak dari jauh....

Setelah itu kami berjalan-jalan menuju ke bahagian yang lain pula di mana anak-anak memilih untuk bermain beberapa permainan seperti naik kuda di Merry Go Round dan game-game kanak-kanak yang lain juga. Kanak-kanak pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Sponge Bob dan rakan baiknya Steven di kawasan Nickelodeon Central.  Setelah kepenatan berjalan kami berhenti lepak di kerusi-kerusi yang terdapat di tepi jalan utama yang masih kosong sambil memerhati gelagat para pengunjung yang masing-masing membuat pilihan untuk menuju ke arah yang mempunyai game yang mereka minati. 

 



Geng SpongeBob di Nickelodeon.


Semasa berehat di kerusi dan juga melepak di tepi jalan utama kami melihat beberapa renjer membawa haiwan-haiwan penjagaan mereka seperti harimau dan sebagainya berisar-siar menegelilingi kawasan DreamWorld tersebut.

 





Gambar renjer dan haiwan bersiar-siar di DreamWorld


Sebelum balik kami pergi semula ke kawasan game cawan yang berputar-putar tadi kerana anak-anak masih tertarik untuk menaiki game tersebut setelah puas bermain dan berlegar-legar di sekitar taman tema DreamWorld sementara menunggu bas untuk balik semula ke hotel.






Game cawan berputar menjadi pilihan lagi...


Menjelang petang kami balik awal sedikit kerana telah kepenatan seharian berjalan-jalan di dalam taman tema DreamWorld dan kami plan untuk pergi ke menara Q1 Skypoint yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari Hotel Mantra Legend.

Setelah sampai ke hotel kami berehat sebentar dan solat jamak sebelum turun ke lobby gotel untuk berjalan menuju ke menara Q1 Skypoint yang terletak di alamat Level 77, Q1 Building/9 Hamilton Ave, Surfers Paradise QLD 4217, Australia hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki.  

 




Bergambar di gate Q1 Skypoint Building
























 

View zoom panorama Surfers Paradise dari Q1 Observation Deck


Setelah berlegar-legar di platform Q1 Skypoint dan mengambil gambar dari atas menara tersebut kami turun untuk tapau makan malam di restoran halal dan balik semula ke hotel untuk berhat dan tidur kerana esok pagi kami akan pergi ke SeaWorld pula.

 

DAY 4 – MENYELAMI KEHIDUPAN AIR DI TAMAN TEMA SEAWORLD

Pada pagi Sabtu 19 Mac 2011, kami turn awal selepas breakfast makanan yang kami bawa. Setelah itu kami turun ke lobby untuk menunggu bas Con-x-ion di depan lobby hotel untuk memebawa kami ke SeaWorld. Keadaan cuaca di pagi itu kelihatan mendung menandakan hujan bakal turun. Setelah bas sampai kami menaikinya sperti biasa bas-bas telah pun penuh dan ada hanya beberapa seat lagi yang tinggal. Bas bergerak meninggalkan hotel menuju ke SeaWorld yang terletak di Main Beach, Gold Coast QLD 4215, Australia sejauh 5 km mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

 














Zoom panorama dari tinglap bas Con-x-ion

 

Gambar gate SeaWorld

Setelah melepasi gate SeaWorld kami mengunjungi kiosk yang ada menjual baju hujan plastik yang nipis (ponco) dan paying memandangkan awan mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Kanak-kanak gembira melihat tasik yang besar di tengah-tengah World tersebut dan ada juga kelihatan cable car dan juga train yang boleh dinaiki untuk turun di station yang terdapat di seksyen-seksyen tertentu di dalam taman tema tersebut. Tanpa melengahkan masa kami mengikuti para pengunjung lain yang menuju ke arena di mana akan bermula pertunjukan nelayan, polis marin dan juga anjing laut. Apabila kami masuk dan duduk di tempat yang masih kosong, kelihatan di bawah stage ada store nelayan di tepi laut di mana muncul anjing laut yang memahami permintaan nelayan dan juga polis marin tersebut sambil memberi makan setelah anjing laut itu melakukan aksi-aksi yang tertentu. Kelihatan pengunjung terutama kanak-kanak sangat terhibur dengan persembahan tersebut.

 












Zoom pertunjukan dan aksi nelayan, polis marin dan anjing laut


Setelah selesai pertunjukan tersebut kami berjalan-jalan di jalan utama SeaWorld sambil menikmati permandangan sekitarnya walaupun hujan masih turun rintik-rintik dan membasahi jalan. Sesuailah kerana kami dapat feel di mana kebanyakan ruang di SeaWorld ini terdapat air dari kolam, aliran sungai, akuarium dan sebagainya. 

Kami menuju ke pentas di mana akan bermula pertunjukan Geng Sesame Street yang popular untuk tontonan kanak-kanak di TV iaitu Big Bird, Bert dan Ernies bersama rakan-rakan mereka yang petah mengajar kanak-kanak maksud perkataan dalam bahasa Inggeris. Mereka suka berkata-kata sambil mengajak kanak-kanak menyanyi dan menari bersama-sama.

 
















 Big Bird, Bert,Ernies dan rakan-rakan mereka di Island Holiday Show gembira bernyanyi dan menari...

 

Setelah terhibur dengan gelagat geng Sesame Street kami berjalan menuju ke bangunan akuarium dan berjalan melalui terowong dan juga basement bawah tanah untuk melihat pelbagai jenis ikan yang bebas berenang-renang melalui dinding kaca termasuk ikan yu, pari dan ikan-kan yang lain juga. Kami amat bertuah kerana ketika kami sampai ada beberapa orang pekerja berada di dalam sangkar ikan menyelam di dalam akuarium tersebut untuk memberi makan dan juga membersihkan akuarium kelihatan ikan ikan yu dan ikan-ikan lain juga berlegar-legar di sekitar sangkar tersebut.

 
















Zoom dari cermin akuarium ikan SeaWorld

Kami keluar dari akuarium tersebut untuk pergi ke kawasan taman tema yang lain di mana terdapat beberapa game yang menarik perhatian kanak-kanak. Along dan Adik memilih untuk bermain game Big Bird Bounce untuk menguji tahap gayat mereka. Mereka juga teruja kerana baru sahaja menyaksikan kepetahan dan gelagat Big Bird dan rakan-rakan yang amat mempersonakan di awal pagi tadi.








Game Big Bird bounce yang gayat & tinggi.....


Kami berhenti di restoran dan memesan fish & chip untuk melapik perut setelah kedinginan selepas hujan turun semasa kami berada di dalam bangunan akuarium tadi. Kami lihat beberapa ekor burung berlegar-legar di kawasan kerusi di luar restoran untuk mengutip sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja. Kami juga membaling beberapa keping kentang goreng kepada burung-burung tersebut yang mematuk dan mememakannya.

 

Setelah selesai makan, kami mengikuti para pengunjung lain yang menuju ke arena di mana akan bermula pertunjukan dolphin yang sangat istimewa dan jinak. Apabila kami masuk ada lagi kerusi yang masih kosong walaupun ramai pengunjung yang tiba berbanding di awal pagi tadi, terdapat kawasan tasik yang amat luas di mana muncul beberapa ekor dolphin yang akan meluncur di dalam tasik tersebut sambil menunjukkan aksi-aksi dan formasi yang akan diarahkan oleh penjaga mereka. Apabila mereka berjaya menyelesaikan tugas tersebut dan penonton bersorak kegembiraan dolphin-dolphin yang memahami permintaan dan mengikut arahan akan diberi makanan oleh penjaganya. Kelihatan pengunjung bersorak riuh sambil bertepuk tangan kegembiraan terutama kanak-kanak sangat terhibur dengan persembahan tersebut.

 


































Zoom Dolphin show

 

Setelah selesai pertunjukan kami menghabiskan masa berjalan-jalan di tepi tasik sambil melihat haiwan-haiwan terutama kumpulan ikan-ikan yang berenang-renang. Terdapat juga alat pancutan air di tepi jalan di mana kanak-kanak boleh menembak pancutan air ke arah tasik. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki cable car yang gayat menyebarangi kawasan taman tema tersebut. Selepas itu kami jua menaiki train yang boleh berhenti di mana-mana station di beberapa seksyen di dalam taman tema tersebut.    

 








Zoom panorama menaiki kereta cable & train merentasi tasik di SeaWorld

 

Menjelang petang kami keluar dari SeaWorld untuk menaiki bas Con-x-ion untuk membawa kami balik semula ke hotel.  Pada malam itu kami makan makanan yang dibawa dan berehat sambil berkemas kerana kami akan meniggalkan beg luggage di stor hotel dan hanya membawa begpack sahaja ke Moreton Island untuk semalam di sana.   

 

DAY 5 – TANGGALOOMA RESORT DI MORETON ISLAND   

Pada pagi Ahad 20 Mac 2011, kami turun awal selepas breakfast makanan yang kami bawa. Setelah itu kami turun ke lobby untuk meninggalkan luggage yang besar di dalam store hotel tersebut. Kami hanya membawa keprluan untuk mandi manda dan juga bermalam untuk semalam sahaja di Moreton island nanti. Kami duduk kerusi tetamu di depan lobby sambil menunggu bas Con-x-ion di untuk memebawa kami ke jeti di Holt Street Wharf mengambil masa lebih kuran 1 jam 15 minit sejauh 90km untuk menaiki feri pula ke Moreton Island, Tanggalooma Resort. Bas bergerak meninggalkan hotel dan sesekali singgah di hotel-hotel pula dan juga menjemput penumpang-penumpang tempatan di depan rumah mereka yang juga ingin ke jeti untuk bercuti di Moreton Island.

 





View perjalanan ke jeti Holt Street Wharf, Brisbane


Setelah sampai di jeti Holt Street Wharf kami menaiki feri yang akan membawa kami ke Moreton Island. Kami diberikan boarding pass dan luggage tag sebelum menaiki feri di jeti tersebut. Sebaik menaiki feri dan duduk di kerusi penumpang feri pun mula bergerak manakala kami mula mengambil gambar view ke laut dan juga keadaan di di dalam feri dan apabila berada di tengah laut kami meninggalkan kerusi tempat duduk untuk naik ke tingkat atas feri bagi mengambil gambar di situ ketika angin bertiup sangat kuat. Setelah berada beberapa minit di tingkat atas kami kembali semula ke kerusi di dalam feri untuk berehat sambil melihat view dan juga jeti yang beransur jauh ditinggalkan manakala feri bergerak ke hadapan menuju ke jeti Moreton Island.   

 












Gambar zoom view atas feri ke Moreton Island

.

Gambar – laut

Sebaik tiba di jeti Moreton Island, terdapat beberapa orang pekerja memunggah dan membawa luggage kami terus ke bilik sementara kami dibawa oleh penyelia hotel Tanggalooma Resort ke kaunter ceckin dan pendaftaran. Kelihatan beberapa tetamu hotel mandi manda di pantai berhadapan dengan bangunan hotel tersebut. Ada juga pengunjung terutama kanak-kanak yang mandi di swimming pool di dalam kawasan hotel juga mengadap laut yang membiru.

















Gambar bilik dan sekitar Tanggaloma Resort, Moreton island





















Zoom view tepi pantai Tanggaloma Island





Zoom mandi manda di pantai dan swimming pool hotel.


Setelah selesai check in kami masuk ke bilik untuk mandi, solat dan berehat. Kami turun untuk mandi-manda di tepi pantai dan juga di swimmimg pool hotel. Setelah berasa kelaparan kami ke salah sebuah restoran yang ada di tepi laut tersebut dan memesan fish and chip. Di sini juga kelihatan burung-burung singgah untuk mengutip makanan yang ditinggalkan di atas meja. Kami juga masuk ke outlet yang menjual cenderamata sambil bertanyakan tentang aktiviti yang boleh disertai di pulau tersebut. Namun oleh kerana keadaan cuaca yang mendung dan angin kuat pihak agen hotel tersebut memaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut terpaksa dihentikan bagi menjamin keselamatan pengunjung. Kami mengambil keputusan untuk terus mandi manda di tepi pantai dan juga swimmping pool sahaja sebelum naik ke bilik hotel semula untuk berehat.

 








Berehat makan selepas mandi manda

 




Zoom burung kutip makan di kiosk tepi pantai. 


Menjelang malam kami turun semula ke jeti untuk melihat pertunjukan pekerja hotel memberi makan beberapa ekor dolphin liar yang sentiasa muncul di jeti bagi mendapatkan makanan. Ia menjadi rutin harian di mana para pengunjung juga boleh turut serta memberikan makanan ikan kepada dolphin-dolphin tersebut yang sudah jinak kerana saban hari diberi makan oleh pekerja hotel dan juga pengunjung. Kanak-kanak kelihatan sungguh gembira apabila melihat dolphin-dolphin yang jinak itu datang mengambil makanan yang dihulurkan di tangan. Setelah selesai memberi makan dolphin-dolphin itu, kami kembali semula ke bilik hotel untuk makan bekalan yang dibawa sebelum berehat dan tidur akibat keletihan. 


























Zoom beri makan dolphin liar di pantai Moreton island


Nyenyak tidur di Hotel Tanggaloma Resort 

 

DAY 6 – BALIK KE SURFERS PARADISE

Pada pagi Isnin 21 Mac 2011, kami turun awal selepas breakfast makanan yang kami bawa untuk turun mandi-manda lagi di tepi pantai dan juga swimming pool sambil melihat keindahan Moreton Island. Setelah siap mandi manda kami berkemas luggage dan meniggalkannya di hadapan pintu bilih hotel untuk ke kaunter bagi penyerahan kunci bilik dan menunggu ketibaan feri sambil bersiar-siar di beberapa outlet dan megambil gambar di jalan-jaln sekitar resort tersebut. Luggage di depan bilik hotel akan diambil oleh pekerja untukdihantar ke jeti dan dimasukkan ke dalam feri. Kami beratur menaiki feri yang akan membawa kami dari jeti Moreton island balik semula ke jeti di Holt Street Wharf sebelum menaiki bas Con-x-ion untuk membawa kami ke Hotel Mantra Legend semula.




Mandi manda di swimmping pool hotel


Setelah tiba di jeti Holt Street Whaft, kami menaiki bas Con-x-ion yang telah sedia menati kami di parking untuk membawa kami balik semula ke Hotel Mantra Legend. Akibat keletihan ada penumpang yang tidur beberapa kali sepanjang perlanan dar jeti menuju ke rumah dan juga hotel masing-masing. Setelah sampai kami mengmbil semula kunci dan juga luggage yang ditinggalkan di stor untuk masuk ke bilik untuk mandi, solat, berehat dan tidur.

Di sebelah petang kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di Surfers Paradise sambil membeli t-shirt dan cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti.

Di sebelah malam pula kami berehat dan nyenyak tidur kerana keletihan berjalan jauh dari Moreton island ke Surfers paradise. Sebelum itu kami berkemas luggage dan menyusun pakaian dan cenderamata kerana esok kami akan checkout awal dan menunggu bas Con-x-on di awal pagi untuk menghantar kami ke airport.

 

DAY 7 – FLIGHT AIR ASIA X D7 2703 DARI GOLD COAT BALIK KE KLIA

Pada awal pagi Selasa 22 Mac 2011, kami keluar dan checkout pada awal pagi dan menunggu bas Con-x-ion di depan lobby hotel. Kami menaiki van Con-x-ion bersama beberapa penumpang yang akan pergi ke airport juga.



Gambar – view van Con-x-ion ke Coolongatta Aiport, Gold Coast

 

Setelah urusan di kaunters selesai, kami bergerak masuk ke immigration dan pemeriksaan keselamatan sebelum pergi ke gate untuk menunggu pesawat. Flight Air Asia X D7 2703 dari Coolongatta Airport, Gold Coast berlepas pada jam 9.40am dan setelah meluncur di udara selama 9 jam kami pun diminta bersedia untuk mendarat di KLIA pada jam 12.45am. Setelah mengambil luggage kami menempah teksi bermeter untuk membawa kami balik ke rumah.

 

Kami berharap agar diberi peluang untuk menempuhi perjalanan ke negara-negara lain pula di trip akan datang dan berdoa agar Covid-19 lenyap di mukabumi ini. Amin.……