DAY 1 – FLIGHT KE GOLD COAST & SHOPPING DI HARBOUR TOWN,
GOLD COAST AUSTRALIA
Ini adalah penulisan khas kenangan
Memori Perjalanan kami ke Australia pada tahun 2011, di mana semasa musim PKP ini kami
berhasil menjumpai file yang tersimpan foto-foto yang menggamit memori kami di Trip Zoomdglobe ke Gold Coast Australia suatu ketika hampir 10 tahun yang lepas telah bermula plan dan gerakerja dalam bulan Mei 2010 sehingga Februari 2011 lagi manakala perjalanan trip pula berlangsung pada 15 Mac 2011 hingga 22 Mac 2011.
Kami menempah penerbangan AirAsia X di
website AirAsia pada 18 Mei 2010 lagi dan berjaya mendapat tiket berharga
RM2022.00 (2A & 2C) termasuk dengan makanan dan luggage. Meu sajian makanan local dalam
perjalanan ke Gold Coast manakala makanan international pula dalam perjalanan balik.
Luggage pula kami book seberat 20kg untuk 2 Adult iaitu total 40kg perjalanan
pergi dan juga balik.
Setelah itu kami menghubungi
travel agensi PNL Travel yang terletak di Cheras di mana mereka mengenakan caj
ground sebanyak RM6,834.00 untk 2A2C termasuk menguruskan visa, hotel, ground
transport di Australia, tiket masuk ke taman tema iaitu MovieWorld, DreamWorld
dan juga SeaWorld. Kami mula membayar depo sebanyak RM1,200.00 pada 1 Oktober 2010
sementara mereka menguruskan visa dan sebagainya. Kami membayar baki depo dan
mendapatkan tiket, voucher dan dokumen perjalanan berkaitan pada 14 Februari 2011 dan
mula merangka plan-plan sampingan di sana agar tidak terluang masa di dalam
trip nanti. PNL Travel mempunyai rakan agensi mereka di sana iaitu Accomodation
Down Under Australia (ADU) beralamat di Mawarra Building, 15/3106 Surfers Paradise Blvd QLD 4217 Gold Coast, Australia di mana mereka jugalah yang akan berkhidmat menguruskan ground servis sepanjang
percutiaan kami di Gold Coast nanti.
Tiket AirAsia X D7 2702
Itinerary ADU Trip ke Gold Coast
Pada petang Selasa 15 Mac 2011,
kami berkemas sedari awal pagi dan mendail nombor bagi menempah teksi untuk
membawa kami ke airport. Setelah itu kami bersiap dengan beg yang akan dibawa
sepanjang percutian kami di Gold Coast Australia. Sekitar jam 5.00 pm teksi yang kami tempah sampai lalu kami
memasukkan beg dan menaiki teksi menuju ke KLIA.
Setelah sampai di KLIA kami
menuju ke kaunter check in untuk urusan tiket dan juga penyerahan luggage. Kami
boarding ke terminal untuk ke surau bersolat jamak dan juga berehat sambil
menunggu masa dan panggilan memasuki pesawat. Kami lihat ramai warga Australia
yang turut menunggu pesawat menuju ke Gold Coast. Along dan Adik kelihatan
gembira sambil menghabiskan masa bermain game PSP sambil sekali sekala meninjau
kapal terbang di landasan.
Gambar di atas Flight AAX D7 2702 ke Gold Coast
Setelah agak lama duduk di ruang
menunggu KLIA, kami pun diarah untuk memasuki pesawat dan masing-masing bersama
ahli keluarga dan beg beratur masuk ke dalam pesawat. Setelah berada di dalam
pesawat, masing-masing sibuk pula untuk menyimpan beg dan barang di ruang
penyimpanan pesawat. Namun bagi kami yang membawa kanak-kanak seharusnya
membawa beg tangan berisi peralatan game PSP, buku dan sebagainya agar mereka tidak bosan di
sepanjang perjalanan yang akan mengambil masa sehingga hampir 6 jam lebih. Pesawat AirAsia X
bernombor D7 2702 meninggalkan KLIA pada pukul 9.40pm dalam samar-samar cahaya
kelihatan di bumi tanahair Malaysia tercinta membawa kami membelah awan yang
tinggi menuju ke arah Negara Kanggaruu……
Sepanjang perjalanan kami dan
juga penumpang pesawat yang lain juga kelihatan masing-masing berehat dan ada
juga yang menikmati permandangan awan dari jendela pesawat tersebut. Kelihatan
ada juga penumpang yang nyenyak tidur dan ada juga yang berjaga sambil beberapa orang juga
kelihatan membaca buku dan sebagainya di sepanjang perjalanan tersebut. Untuk mengelakkan
rasa bosan silalah bawa makanan ringan seperti keropok, jajan atau jeruk, game
PSP, bahan bacaan dan sebagainya. Setelah mendapat sajian makanan dan minuman,
masing-masing sibuk menikmati makanan yang dipesan dan juga ada penumpang yang bergerak
meninggalkan tempat duduk untuk menuju ke toilet.
Gembira selamat tiba di Coolongatta Airport Gold Coast
View sepanjang perjalanan ke Hotel Mantra Legend, Surfers Paradise, Gold Coast
Sekitar jam 7.50 pagi hari Rabu
16 Mar 2011, setelah hampir 6 jam lebih penerbangan AirAsia X bernombor D7 2702, kami
pun selamat mendarat di Coolangatta Airport, Gold Coast, Australia. Kami
mengisi borang yang diminta dan juga menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan
untuk meuju ke kaunter imigresen dan juga pemeriksaan beg dan luggage yang amat
kekali terhadap pelancong yang ingin memasuki Australia. Kami
disoalsiasat tentang makanan yang dibawa termasuk makanan anak-anak terutamanya
makanan dalam tin dan juga mereka memeriksa dan menyelak beg pakaian dengan
amat teliti sekali. Setelah itu barulah kami dibenarkan untuk keluar dari terminal
terebut untuk menuju ke kawasan perhentian bas di hadapan airport. Kelihatan
ramai penumpang yang keluar dari airport menunggu bas dan menaiki bas untuk ke
destinasi masing-masing. Kami terpaksa membuat panggilan telefon ke agen ADU kerana
berlaku kelewatan untuk keluar dari terminal kerena terpaksa melalui
pemeriksaan yang agak lama. Agen tersebut memberitahu ada van yang akan datang
bagi trip seterusnya kerana bas Con-x-ion yang sepatutnya yang kami naiki telah
pun berlepas mengikut masa yang tepat.
Setelah van Con-x-ion yang
brekenaan sampai kami pun menaikinya bersama-sama beberapa penumpang yang lain
yang akan membawa kami dan drop di hotel masing-masing. Kami menuju ke Hotel Mantra
Legend yang terletak di Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise QLD 4217 Tel:
07-5588 7888 yang terkenal dan jadi
tumpuan pelancong dari Malaysia kerana terdapat beberapa restoran makanan halal
di sekitar hotel tersebut. Kami menikmati permandangan yang indah di sepanjang
perjalanan awal pagi itu bermula dari airport menuju ke hotel dan amat kagum
sekali dengan tahap kebersihan di Gold Coast. Setibanya di hotel tersebut kami
menuju ke kaunter untuk urusan penyimpanan beg luggage kerana kami akan checkin
pada waktu tengahari nanti sekitar jam 2pm. Sementara itu, kami mengambil
keputusan untuk menaiki teksi menuju ke Harbour Town iaitu salah sebuah Premium
Outlet untuk tujuan shopping.
View laut dalam perjalanan ke Harbour Town
Kami keluar ke depan hotel
tersebut dan meniki teksi bermeter yang tersedia menanti. Teksi bergerak
meninggalkan hotel tersebut untuk menuju ke Harbout Town yang mengambil masa
sekitar 30 minit. Sekali lagi kami disajikan permandangan yang sangat indah di
sepanjang perjalanan di mana kami juga melalui kawasan tepi pantai yang
kelihatan bot-bot mewah berlabuh di bay masing-masing. Setelah tiba di Harbour
Town yang terletak di Biggera Waters QLD 4216, Gold Coast, Australia kami pun menuju ke
restoran kebab halal untuk memesan makanan dan makan di meja makan di depan
restoran tersebut. Setelah kekenyangan kami menuju ke outlet Adidas, Levis dan
bermacam lagi jenama yang terkenal di mana kesemua outlet tersebut menawarkan
diskaun yang amat berpatutan. Kami membeli beberapa helai seluar Levis yang
memberi potongan harga happy hour yang sangat berbaloi. Begitu juga di outlet
Adidas dan outlet-outlet lain juga.
Setelah kepenatan shopping kami
berlegar-legar dan membeli buah-buahan yang fresh di salah sebuah kedai. Setelah itu kami
berehat di kerusi yang terdapat di dalam Kawasan Harbour Town sambil merhati
anak-anak bermain. Kami juga tidak ketinggalan untuk mengambil foto kenangan
yang boleh diabadikan kenangan Memori di Australia di dalam blog ini. Apabila menjelangnya waktu tengahari, kami
menaiki teksi bermeter untuk balik semula ke hotel. Kami berhenti di hadapan hotel dan
singgah di salah sebuah kedai cenderemata dan baju yang terletak betul-betul di
hadapan hotel di mana ia menjadi tumpuan para pelancong terutamanya dari Malaysia.
Ini adalah kerana pemilik kedai tersebut merupakan orang Malaysia yang
menawarkan harga yang amat-amat berbaloi.
Berehat sambil memerhati aktiviti kanak-kanak di sekitar Harbour Town
Kami checkin di Hotel Mantra beralamat
di Gold Coast, Australia (Fasiliti-Refrigerator
+ private bathroom + 2 larges double beds). Kami amat berpuas hati dengan bilik
yang sesuai untuk kami berempat. Kami mandi dan berehat sebentar setelah menempuhi
perjalanan dengan pesawat yang jauh dan juga shopping di Harbour Town.
Hotel Mantra Legend
Setelah solat jamak kami keluar ke
lobby hotel sekitar jam 3.30pm untuk membeli kebab halal di salah sebuah restoran hanya
berdepan dengan hotel kami. Setelah makan kami mengambil keputusan untuk
berjalan-jalan di sekitar hotel sehingga ke malam hari.
Shopping di HRC, Surfers Paradise, Gold Coast
Zoom panorama malam di Surfers Paradise
Jalan-jalan dan lepak dekat Night Market, Surfers Paradise, Gold Coast
Setelah berjalan beberapa meter
meninggalkan hotel, kami singgah di Hard Rock Café (HRC) Gold Coast yang
terletak di alamat Cnr
Cavill Ave &, Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise QLD 4217, Australia
untuk membeli t-shirt sebagai tanda kenangan dan memori zoom kami di sesuatu
tempat. Ini adalah t-shirt HRC yang pertama di dalam koleksi kami yang baru
berjinak-jinak dan menyimpan Hasrat untuk berjalan-jalan zoom ke luar negara.
Kami memilih beberapa design HRC lalu membayarnya di kaunter. Untuk mendapat
t-shirt yang murah pelanggan atau pengumpul koleksi t-shirt HRC boleh mendaftar
sebagai ahli dan menguimpul pointmnya. Sekiranya bertuah pelanggan pasti
terkejut dengan tawaran harga t-shirt yang amat murah dan ada Ketika akan
mendapat t-shirt HRC secara PERCUMA…..
Kami mundar mandir berjalan-jalan
meninjau bangunan-bangunan dan view tempat-tempat yang menjadi tumpuan
pelancong di sekitar bandar tersebut. Kelihatan ramai pelancong yang
berjalan-jalan dan ada yang membawa peralatan papan luncur air menuju ke
Kawasan pantai. Kami berjalan-jalan di tepi pantai menikmati keindahan ombak
dan angin laut. Kami berada di tepi pantai sehingga waktu petang dan menuju ke
Night Market yang berada di hujung pantai tersebut.
Kami berhenti melihat
barang-barang yang dijual di pasar malam tersebut dan membeli cenderamata untuk
dibawa balik nanti. Kami melihat telatah pelancong-palancong yang menikmati
saat-saat manis percutian mereka di tepi pantai Gold Coast sambal berjalan di
celah-celah cahaya lampu hiasan di sepanjang jalan menuju ke hotel masing-masing.
Setelah berhenti rehat beberapa kali di kerusi dan juga di tepi jalan, kami pun
sampai ke hotel sambil menarik nafas lega walaupun termengah-mengah kepenatan
berjalan.
Kami balik berehat di hotel dan
makan makanan yang dibeli di kedai serbaneka dan berehat serta solat sementara terlelap
keletihan.
DAY 2 – ZOOM KEMERIAHAN DI TAMAN TEMA WARNER
BROS MOVIE WORLD, GOLD COAST
Pada pagi Khamis 17 Mac 2011,
kami breakfast dengan makanan bekal yang dibawa untuk turun awal ke lobby
hotel. Kami menunggu bas Con-x-ion di depan hotel untuk pergi ke Warner Bros
Movie World pada hari itu. Setelah bas membawa kami meninggalkan hotel selama
hamper 45 min kami pun sampai di Warner Bos Movie World yang terletak di Pacific Mwy, Oxenford
QLD 4210, Australia. Setelah menurunkan beg kami berjalan terus ke kaunter
untuk mendapatkan tiket masuk. Kami telah menempah tiket bersama pakej agen di
Malaysia.
Menaiki bas Con-x-ion ke MovieWorld
Bangga berdiri melihat Jalur Gemilang berkibar di depan Gate MovieWorld
Setelah masuk melepasi gate WB Movie
World kami terdengar jeritan pengunjung yang bermain game di kawasan Escape
iaitu roller-coaster bertemakan movie superhero Superman yang terbang dan meluncur
laju di udara. Kami pula hanya memerhatikan teriakan dan jeritan para
pengunjung sambil merakamkan spot gambar-gambar di beberapa zoom menarik di
dalam kawasan Escape tersebut. Setelah itu kami juga mengabadikan gambar di
spot yang terdapat model kereta canggih kegunaan superhero Batman yang berbakti
dan menjadi penyelamat penduduk di Gotham City.
Bergambar di kawasan game Escape Superman dan Batman
Setelah itu, kami berjalan
mengikut peta di laluan utama masuk ke dalam Movie World tersebut. Kelihatan
banyak outlet yang menjual cenderemata dan t-shirt bertemakan movie kartun
watak-watak yang tertentu seperti Superman, Batman, Harry Potter dan sebagainya.
Kami melihat ada pengunjung yang berani masuk ke rumah hantu bertemakan movie
kartun Scooby Doo untuk mengalami sendiri suasana kegelapan dan ditambah lagi
dengan jeritan yang menyeramkan….. Di saat kami memikirkan keberanian
pengunjung-pengunjung tersebut tiba-tiba muncul Catwoman iaitu salah satu
watak di dalam movie Batman yang beraksi di atas kereta klasik di Gotham City.
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan watak Catwoman
tersebut.
Kami hanya menyertai permainan
yang boleh disertai oleh kanak-kanak dengan memilih game fun car di mana
kelihatan anak-anak sangat gembira memandu kereta tersebut di dalam gelanggang
yang disediakan.
Zoom Rumah Hantu Scooby Doo
Kegembiraan menaiki family fun car
Dari situ kami masuk ke bahagian
Arena untuk melihat pertunjukan movie aksi lagak ngeri pemanduan kereta di mana
dilakonkan oleh beberapa pemandu kereta dan motorsikal stunt yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi. Kelihatan aksi kejar mengejar kereta detektif yang mahir dengan sekumpulan penjenayah.
Memang real lakonannya denngan tembakan, kebakaran dan juga dentuman bom yang
mengeluarkan asap tebal apabila berlaku letupan.
Deruman aksi kereta lasak bagaikan dalam movie.....
Selepas terhibur dengan aksi
kejar-megejar kereta lasak tersebut hingga ke akhir babak, kami keluar menuju
ke laluan utama di dalam Movie World sambil berkumpul di tepi jalan untuk
menunggu persembahan watak-watak kartun seperti Bunny, Tweety dan rakan-rakan mereka ada yang nakal dan suka mengusik.
Mereka menari sambil menyanyi yang membuatkan kanak-kanak amat teruja
sehinggakan ada yang ingin memasuki laluan utama untuk turut serta.
Pertunjukan Istimewa Bunny, Tweety & Rakan-rakan yang ceria
Bermain game aksi mini & menaiki Merry Go Round di area WB KIDS
Gambar game-game lain yang diminati kanak-kanak
Setelah itu kami berjalan-jalan
menuju ke bahagian yang lain pula di mana anak-anak memilih untuk bermain
beberapa permainan seperti naik kuda di Merry Go Round, cawan berputar dan sebagainya.
Setelah itu anak-anak beratur untuk memandu kereta mengelilingi laluan khasnya
di mana kelihatan sesekali pemandu kanak-kanak melambai-lambai tangan kepada
ahli keluarga yang menanti di sepanjang laluan khas tersebut.
Setelah selesai sesi memandu
kereta, kami menuju ke stesen kereta api untuk menaiki kereta api yang akan
tiba. Gerabak-gerabak kereta api yang tersedia boleh dinaiki seisi keluarga
yang akan menyusuri track dengan permandangan sekitar Movie World yang indah.
Memandu Kereta Keliling Taman
Menaiki kereta api bersama family....
Kemudian, kami sampai ke bahagian
permainan fun car untuk kanak-kanak pula. Tanpa berlengah lagi anak-anak
mengambil keputusan untuk turut serta menaiki fun car tersebut. Kelihatan
kanak-kanak sangat ceria.
Setelah itu, kami berkumpul di
tepi laluan utama kerana akan diadakan pertunjukan aksi menyelamatkan orang
awam dan juga memcegah jenayah rompakan oleh Batman di Gotham City. Aksi
perlawanan mereka sungguh lincah dengan sound effect tembakan, letupan dan
aksi-aksi lain yang real dan mendebarkan para penonton. Kelihatan Batman
bertungkus lumus berlawan dengan penjenayah dengan dibantu oleh polis
metropolitan yang akhirnya mereka berjaya menumpaskan semua penjenayah.
Kami berlegar-legar lagi ke bahagian Adventure Ride yang bertemakan cow boy town dan ada permainan ala-ala di Grand Canyon di mana terdapat roller coaster yang melalui Kawasan gurun, gunung berapi dan meluncur menuruni Kawasan tasik yang berair dan kelihatan penunggangnya riuh rendah berjeritan tatakala roller coaster tersebut menjunam dari gunung yang tinggi. Kami sempat bergambar di beberapa spot di cow boy town tersebut tanpa diganggu oleh kaum red Indian…..
Gambar di sekitar Adventure
Ride ala-ala Cow Boy Town
Kami berkumpul di tepi jalan
utama semuloa untuk menyaksikan pertunjukan Scooby Doo Where Are You?.... yang
terkenal dengan aksi kelakar ging-ging yang mempunyai kepakaran meyelesaikan
misi-misi yang menyeramkan. Sesekali kami tertawa akibat gelagat Scooby Doo dan
Shaggy yang pandai berjenaka walau pun pada mulanya apa yang mereka rancangkan
memang tidak menjadi hanya mengharapkan keajaiban berlaku….. haha
Gambar aksi-aksi kelakar
Scooby Doo, Shaggy and geng menyelesaika misteri seram....
Setelah episode Scooby Doo
selesai kami berlegar-legar sambil singgah di outlet-outlet yang menjual
t-shirt dan cederamata bertemakan movie yang berkaitan. Boleh pilih design mengikut kesukaan masing-masing dan ada juga gera-gerai minuman di sekitar jalan-jalan utama dalam taman tema tersebut untuk menghilangkan haus ketika penat berjalan jauh.
Kemunculan watak-watak di MovieWorld semasa Grand Parade
Setelah itu kami bergegas ke
jalan utama lagi untuk melihat persembahan yang dinanti-nantikan iaitu Grand
Parade merupakan perbarisan watak-eatak utama yang terdapat di MovieWorld.
Kanak-kanak sanat teruja apabila melihat hero-hero yang mereka gemari melintasi
dan melambai-lambaikan tangan sambal beraksi.
Setelah itu kami pergi ke kawasan
air pancutan di mana terdapat beberapa orang kanak-kanak yang bermain air.
Nasib baik kami membawa baju mandi untuk anak-anak di mana mereka juga teruja
untuk turut serta bermain di celah-celah pancutan air tesrebut. Di saat inilah
kami boleh melepak dan berehat sambal menikmati permandangan di dalam Kawasan
taman tema dan juga melihat telatah dan gelagat pengunjung yang kebanyakan
dating Bersama rakan-rakan dan juga family.
Lagi Zoom Shopping di Outlet Sambil Berehat Santai di tepi jalan MovieWorld....
Setelah menjelang petang sekitar
jam 5pm, kami keluar dari taman tema Movieworld tersebut dan menuju ke hentian
bas untuk menunggu bas Con-x-ion. Kami menaiki bas yang singgah semula di beberapa
hotel untuk menghantar pelancong-pelancong ke hotel masing-masing. Bas bergerak
dan berhenti sehingga akhir sekali sampai ke hotel kami. Kami Kembali ke bilik
untuk mandi dan berehat sementara menunggu waktu malam untuk turun tapau
makanan di Restoran Melayu tidak jauh dari hotel tersebut.
Panorama malam berjalan kaki ke Gold Coast Wax Museum
Selepas makan kami keluar
berjalan kaki menuju ke Gold Coast Wax Museum yang terletak di 56 Ferny Ave, Surfers
Paradise QLD 4217, Australia hanya sejauh 900m dari hotel dan juga dekat
dengan HRC Surfers Paradise. Kami menikmati panorama malam yang indah di
sepanjang jalan Surfers Paradise menuju ke Wax Museum yang mengambil masa
sekitar 10minit perjalanan. Kami membeli tiket masuk lalu ditemani oleh pekerjanya
bermula dari entrance sehingga ke beberapa bahagian di dalam museum tersebut
sambal menerangkan serba sedikit berkenaan tema, sejarah dan koleksi yang
tedapat di museum tersebut. Museum tersebut juga tidak ketinggalan mempunyai
patung meyerupai beberapa personaliti terkenal di dunia seperti para pelakon
dan juga pemimpin-pemimpin negara. Kami tidak melepaskan peluang untuk turut
bergambar kenang-kenangan bersama selebriti tersebut.
Bergaya setaraf selebriti
terkenal….
Setelah meninjau setiap ruang di Wax Museum tersebut kami berjalan balik ke hotel untuk berehat dan tidak sabar pula untuk menunggu hari esok kerana kami akan meneruskan trip ke taman tema DreamWorld pula.Ikuti sambungan kisah perjalanan kami di Gold Coast untuk ke taman-taman tema terkenal yang lain seperti DreamWorld dan juga SeaWorld serta beberapa lokasi yang menarik di Zoom Trip Gold Coast - Part 2 yang akan datang. Jom.....
No comments:
Post a Comment