DAY 5 – AKTIVITI FAMILY TRIP BERSAMA AGENSI KK TOUR VIEW CHARYN CANYON, LAKE KAINDY DAN LAKE COLSAY
Pada pagi Rabu 18 Februari 2026, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast memanaskan nasi goreng ala Brahim pack dan juga kebab yang ditapau untuk dibawa dan makan di atas van semasa menuju ke canyon bersama group KK Tour. Kami memasan YandexGo menuju ke hentian bas di pinggir bandar Almaty di mana van group KK Tour akan mengambil pengunjung yang membuat group booking untuk mengikuti trip seharian ke Charyn Canyon, Lake Kaindy dan Lake Colsay.
Kami sampai awal di hentian bas tersebut dan kelihatan ramai pelancong yang menunggu group dari pelbagai syarikat agensi. Kami telah mendapat whatsapp detail no van sehari sebelum trip dan kami langsung mencari van yang sedia menunggu penumpang masing-masing. Kami juga sambut oleh seorang pekerja wanita yang bertindak sebagai pemnadu pelancong yang akan memberi penerangan sepanjang tour trip nanti dan juga peemandu van. Kami menunjukkan resit tempahan kepada pemandu pelancong tersebut dan terus masuk ke dalam van. Kami menunggu beberapa ahli trip yang baru tiba dan tergesa-gesa meluru masuk ke dalam van memandangkan van akan bergerak menuju ke Charyn Canyon yang mengambil masa hampir 3 jam 30 min dengan menempuh jarak perjalan sekitar 215km. Di sepanjang perjalanan ada yang menyambung tidur dan van berhenti di hentian R&R untuk membolehkan penumpang turun ke bilik air atau membeli makanan.
Setelah sampai ke pusat pelancongan di Charyn Canyon kami berlari menuju ke kawasan gunung-ganang yang curam sambil memerhati matahari yang semakin naik. Kami snap view zoom pemandangan gunung-ganang berbatuan yang sangat curam.
Charyn Canyon
Zoom Charyn Canyon
Setelah berlegar-legar berjalan view Charyn Canyon sehingga ke menara tinjau sejauh lebih 1 km kami pun berpatah balik ke van untuk meneruskan perjalanan ke Lake Kaindy pula. Sementara itu kami singgah di toilet di bangunan pusat pelancongan Charyn Canyon tersebut.
Setelah kesumua penumpang berada di dalam van, kami mula bergerak menuju ke Kaindy Lake yang akan mengambil masa perjalanan sekitar 2 jam dengan jarak sejauh 100km. Di sepanjang perjalanan kami melalui kawasan lembah yang sangat luas dilitupi salji putih berlatarbelakangkan gunung-ganang yang putih bersalji. Sesekali kami melalui kawasan kampung dan juga kelihatan binatang ternakan penduduk kampung seperti sekumpulan kuda, lembu dan juga kambing.
View perjalanan dari Charyn Canyon ke Lake
Van kami berhenti di beberapa spot yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar dan ada juga cafeteria di mana pelancong boleh minum kopi dan berehat sebentar.Di situ juga pelancong boleh mengambil gambar dengan helang atau menyewa pakaian tradisional penduduk setempat.
Setelah beberapa minit berhenti, van meneruskan perjalanan sehingga sampai ke hentian di tengah kampung. Kelihatan ada juga masjid di kampung yang terletak berhampiran pergu nungan tersebut menandakan kebanyakan penduduk di situ adalah Muslim. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kerana gterpaksa menaiki trak yang akan membaea kami masuk ke kawasan pedalaman yang jalannya agak mencabar dan berlopak serta dilitupi salji. Trak meluncur laju meninggalkan kampung tersebut menuju ke kawasan pedalaman di mana kami akan berkumpul sebelum memelukan perjalanan ke Kaindy Lake. Setelah sampai di kawasan berkunpul tersebut kelihatan banyak trak yang berhenti di situ setelah menurukan penumpang masing-masing. Dari situ pelancong boleh memilih sama ada menyyawa pperkhidmatan kuda, menyewa perkhidmatan trak-pickup dan juga berjalan kaki sahaja melalui kawasan berbukit menuju ke Kaindy Lake.
Menaiki kuda ke Kaindy Lake
Zoom Kaindy Lake
Trak pickup ke Kaindy Lake
View Perjalanan dengan Trak pickup ke Kaindy Lake
Keadaan Kaindy Lake yang luas menjadi cantik dikelilingi salji putih meliputi pokok-pokok dan juga gunung-ganang di sekitarnya. Kami mengambil gambar di beberapa spot yang putih bersih dan berjalan berhati-hati agar tidak tergelincir di kawasan yang ppenuh dengan salji. Srtelah berlegar-legar ke setiap sudut sekitar tasik tersebut kami pun berpatah balik ke kawasan di mana trak parking.
Kami menaiki trak semula yang menghantar kami ke restoran di tengah-tengah kampung tersebut. Kami membeli makanan masing-masing dan makan dengan berselera setelah kepenatan berjalan di tasik dalam cuaca yang sejuk.
Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki van menuju ke Lake Colsay dengan masa perjalanan sekitara 1 jam dengan jarak 100km. Kami sampai ke kawasan parking dan berjalan sekitar 3 km untuk menuju ke tasik Colsay. Di sini terdapat kemudahan toilet, kedai serbaneka, cafeteria dan gazebo untuk berehat. Cuma pelancong kena gigih berjalan jauh mengikut trek lalauan berkayu sehingga sampai ke tasik.
Cafe Tary di Colsay Lake
View sekitar Colsay Lake
Dari tasik tersebut kami perlu meneruskan pendakian melalui trek laluan kayu tersebut sejauh lebih kurang 1.5km untuk sampai ke Cafeteria Tary di mana di situ pelancong boleh zoom view permandangan yang sangat cantik dari kawasan tinggi di balcony cafeteria. Di cafe itu juga terdapat surau di mana kami menunaikan solat jamak sambil berehat minum kopi.
Setelah berehat dan hilang lelah mendaki kami bberpatah balik semula menyusuri tasik dan naik ke kawasan parking. Kami berkumpul di parking sebelum pamandu pelancong mengucapkan penghargaan kerana memilih KK Tour Agency bagi trip ke Charyn Canyon, Kaindy Lake dan Colsay Lake sebelum van meninggalkan tasik tersebut menuju ke Almaty City. Perjalanan balik akan mengambil masa selama 4 jam 30 minit dengan menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 300km.
Di dalam perjalanan setelah melalui kawasan lemabh pergunungan dan kampung-kampung, akhirnya van melalu kawasan highway yang jalannya agak selesa. Setelah beberapa jam melalui highway van pun berhenti di hentian R&R di mana para penumpang van boleh turun untuk singgah di toilet dan juga membeli jajan serta minuman.
Perjalanan van menghampiri Almaty City semakin perlahan kerana waktu puncak di mana terdapat banyak kenderaan di atas highway kerana pekerja keluar dari tempat kerja masing-masing balik ke rumah. Menghampiri jam 9 malam barulah kammi sampai ke hentian bas di mana dari situ kami memesan YandexGo menuju balik ke bilik apartment.
Kami sampai ke bilik dan berehat sebentar sebelum keluar semula menuju ke Navat Restaurant untuk dinner. Memandangkan keesokannya adalah permulaan Ramadhan di mana umat Islam akan berpuasa dan pada malam itu kami tidak sempat ke masjid menunaikan solat tarawikh dan hanya mengerjalannya di bilik apartment sahaja. Semasa balik ke bilik kami singgah di Mangal Doner menapau makanan untuk bersahur di awal pagi nanti.
Setelah makanan Mangal Doner siap ditapau, kami berjalan dalam cuaca yang berangin dan sejuk menuju balik menuju ke bilik apartment semula. Cuaca menjelang malam terasa semakin sejuk dan kami makan snek dan minuman setelah siap mengerjakan solat terawikh sambil berbual-bual dan berehat sehingga tertidur.
DAY 6 – AKTIVITI FAMILY TRIP VIEW AND SHOPPING DI ALMATY CITY DAN PENGALAMAN BERPUASA DAN BERTARAWIKH DI ALMATY CITY, KAZASHTAN
Pada pagi Khamis 19 Februari 2026, kami bangun awal untuk bersahur makanan yang ditapau dari Mangal dan minum air sebanyak mungkin untuk persediaan hari pertama berpuasa di Almaty.
Pada pagi itu kami keluar agak lewat setelah berehat di bilik apartment sahaja dengan memasan Yandex Go menuju ke Dostyk Plaza yang terletak di Самал, 2, Алматы, Алматы 050051. Kami masuk ke shopping mall tersebut dan berjalan-jalan window shopping sehingga sampai ke Gedung LC Waikiki yang agak besar di plaza shopping mall tersebut. Kebetulan terdapat jualan murah yang sedang berlangsung di mana kami shopping baju, seluar dan t-shirts serta pakaian musim sejuk sebagai persediaan untuk trip winter di masa hadapan. Setelah siap shopping baju kami berjalan-jalan memerhati gelagat pengunjung tempatan di shopping mall tersebut sambil berehat kerana keletihan memandangkan hari pertamma berpuasa.
LC Waikiki, Dostyk Plaza
Kami keluar berjalan menuju ke sebuah kedai coklat iaitu kedai Coklat Bayan Sulu yang terletak di xxxxx sejauh lebih kuran 700m dari shopping mall tersebut. Kami teruja sekali lagi apabila melihat pelbagai perisa coklat Bayan Sulu yang murah dan memilih beberapa perisa coklat yang berlogo Halal untuk dibawa balik sebagai ole-ole.
Coklat Bayan Sulu
Setelah itu kami berjalan menuju ke kedai souveniour tak berapa jauh dari kedai coklat tadi namun tidak berjumpa souveniour yang berkenan di hati. Kami mengambil keputusan untuk balik dahulu ke bilik apartment kerana telah terasa keletihan setelah berjalan jauh apatah lagi dalam keadaan berpuasa. Kami terus memesan YandexGo untuk balik semula ke bilik apartment dan berehat sebentar serta solat. Kami keluar semula dengan YandexGo menuju ke Green Bazaar dan beberapa kedai berdekatan untuk mengumpul koleksi souveniour dari Almaty. Kami melalui beberapa taman yang luas di tengah-tengah Almaty City di mana kelihatan daun-daunya setelah beberapa hari ini salji telah berkurangan di situ.
Kami balik semula ke bilik apartment untuk berehat sementara menunggu waktu berbuka di mana kami memesan YandexGo menuju ke Ozyurt Restaurant yang terletak di Tolebaev St 13, Almaty 050000, Kazakhstan. Semasa kami sampai terdapat ramai pengunjung yang telah sampai awal dan memesan menu kegemaran masing-masing untuk ber berbuka puasa. Kami dibawa oleh pekerjanya menuju ke meja yang masih kosong lalu kami memesan menu yang rata-rata kelihatan sedap.
Ozyurt Restaurant (Rating: 4.6/5)
Setelah berbuka puasa, kami berjalan sejauh 500m menuju ke Central Mosque Almaty yang terletak di Pushkin St 16, Almaty 050016, Kazakhstan untuk menunaikan solat tarawikh berjemaah. Terdapat bilik wuduk di luar masjid dan airnya sangat sejuk di musim winter. Kami cepat-cepat mengambil wuduk dan meluru masuk ke mesjid untuk mendapatkan ruang di dalam masjid yang semakin dipenuhi para jemaah.
Setelah selesai solaat terawikh kami berjalan balik menuju ke bilik apartment yang berjarak sekitar 1km lebih di dalam cuaca yang sejuk itu. Kami berbual-bual sambil melihat gelagat penduduk tempatan yang duduk melepak di cafe dan juga duduk di kerusi tepi jalan. Kami sampai di bilik dan singgah di Dergirmen yang terletak di Arbat Almaty, Abylai Khan Ave 64/1, Almaty 050000, Kazakhstan untuk tapau makanan bersahur nanti. Kami berehat setelah kepanatan berjalan dan berpuasa sehingga tertidur untuk bangun awal berdahur pula nanti.
DAY 7 – AKTIVITI JALAN-JALAN VIEW ALMATY CITY DAN PENGALAMAN BERPUASA, BERTARAWIKH DAN SOLAT JUMAAT DI ALMATY CITY, KAZASHTAN
Pada pagi Jumaat 20 Februari 2026 adalah merupakan hari ke-2 kami menjalanai ibadah puasa di Almaty City dalam kedaan cuaca yang sejuk jadi tidaklah terasa kehausan sangat cuma letih berjalan jauh sahaja. Pada pagi itu seperti biasa kami bangun bersahur makanan yang ditapau semalam dan berehat lama memandangkan keletihan berpuasa.
Kami hanya santai sahaja untuk hari Jumaat ini di mana kami memулица Жибек Жолы 53, Almaty 050000, Kazakhstanesan YandexGo untuk ke Green Bazaar yang terletak di bagi meneruskan shopping serta singgah di bangunan Rakhat Lotte Chocolate Factory yang terletak di Zenkov St, Almaty 050000, Kazakhstan bersebelahan dengan pasar tersebut.
Green Bazaar
Kedai Rakhat Lotte Chocolate Factory
Menjelang tengahari kaum lelaki kelihatan berduyun-duyun berjalan meninggalkan Green Bazaar dan juga cafe-cafe menuju ke Central Mosque Almaty yang terletak sejauh lebih kuran 600-700m dari Green Bazaar.
Kelihatan ramai jemaah yang mula memenuhi ruang utama untuuk mendengar kuliah jumaat sementara menunggu masuk waktu solat Jumaat. Katib membaca khutbah di dalam bahasa Rusia dan selepas selesai solat kami berjalan semula menuju ke Green Bazaar untuk sambung shopping. Kami berjalan sejauh lebih kurang 650m menuju ke Zenkov Cathedral (Ascension Cathedral) yang terletak di Gogol St 40в, Almaty 050010, Kazakhstan. Terdapat kawasan taman yang luas mengelilingi bangunan tersebut dan kelihatan penduduk lepak sambil menjalani aktiviti senaman dan juga berborak.
Taman sekitar Zenkov Cathedral (Ascension Cathedral)
Kami juga singgah di beberapa kedai pakaian dan juga souveniour untuk menambah koleksi fridge magnet, mug dan juga key-chain untuk dibawa balik. Setelah penat kami berjalan balik menuju bilik apartment untuk berehat sementara menunggu waktu berbuka dengan makan makanan yang telah ditapau.
Kami berehat pada malam itu setelah menunaikan solat tarawikh di bilik apartment. Kami juga berkemas memandangkan esok adalah hari terakhir berada di Almaty dan akan ke airport untuk balik ke Malaysia.
DAY 7 – LAST MINUTE JALAN-JALAN DAN SHOPPING DI ALMATY SERTA FLIGHT BALIK ALMATY KE KLIA
Pada pagi Sabtu 21 Februari 2026 kami bangun awal dan berjalan ke Dergirmen untuk tapau makanan bersahur. Setelah bersahur kami berehat sementara menunggu waktu subuh dan berkemas-kemas serta menyusun barang-barang yang dibeli di dalam beg.
Kami berehat dan keluar memesan YandexGo menuju ke LC Waikiki di Dostyk Plaza untuk sambung last minute shopping baju dan t-shirt lagi. Setelah selesai shopping di situ kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke bilik apartment untuk berehat sementara keluar berjalan menuju ke LC Waikiki yang terdapat berhadapan kedai Digermen hanya beberapa meter dari bilik apartment. Ternyata baju di situ mempunyai stok terhad sahaja jika dibandingkan tidaklah sebanyak yang tedapat di LC Waikiki di Dostyk Plaza. Jadi sekiranya pengunjung yang datang ke Almaty ingin shopping dan mempunyai banyak masa terluang disaran pergi ke Dostyk Plaza.
Kain baju di LC Waikiki
Menjelang petang kami balik ke bilik dan mengambil luggage lalu memesan YandexGo menuju ke Almaty Airport. Kami check-in luggage di kaunter lalu boarding dan berehat sambil menunggu panggilan masuk ke pesawat.
Airport International Almaty
Pada jam 7.00pm flight AirAsia X D7-601 berlepas meninggalkan Almaty International Airport menuju ke KLIA T2 dan selamat sampai ke tanah air sekitar jam 6.00am. Dari situ kami menaiki grab yang membawa kami balik ke Kuala Lumpur dengan selamatnya. Alhamdulillah.
Ikuti perjalanan kami di Family Trip seterusnya berjalan-jalan sekali lagi di Almaty (Kazashtan), Bishkek (Kyzyshtan) dan Bukhara, Samarkand dan Tashkent (Uzbekistan), InshaAllah….... jomlah.
.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
