Sunday 16 July 2023

Road To Lombok April 2023 - Part 1 – Lombok.. Kami Datang, Snorkelling di 3 Gili (Trawangan, Air & Menu) dan hiking ke Waterfall (Tue Telep & Sendang Gile) di Lembah Rinjani

 DAY 1 – FLIGHT KE LOMBOK

Alhamdulillah, setelah beberapa kali berkunjung ke pulau-pulau berdekatan di Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Perhentian, kini tibalah peluang kami untuk berkunjung ke Pulau Lombok untuk menikmati keindahan alam di lautan dengan aktiviti kegemaran kami sekeluarga iaitu snorkelling.

Kami langsung menempah penerbangan flight AirAsia Indonesia di web Airasia.com yang berharga RM3,890 (5pax/return) untuk 4 Adults 1 Child dengan menu makanan pergi dan balik tetapi hanya menggalas begpack sahaja tarikh pergi pada 25 April 2023 manakala tarikh kembali ke KL pada 30 April 2023. Kami akan bercuti ke Lombok sebaim sahaja meyambut Hari Raya Eidulfitri yang jatuh pada hari Sabtu, 22 April 2023.   

Seperti biasa kami membuat research dengan merujuk kepada FB, Google, Instagram untuk mendapatkan maklumat tentang Lombok terutamanya berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca dan sebagainya.

Setelah itu, kami merangka itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 6 Hari 5 Malam dan tanpa berlengah membuat tempahan hotel dan mendapatkan quotation untuk pakej Supir di sana. Kami menggunakan khidmat Supir iaitu Pak Irfan whatsapps no. +62 878-0808-0410 dengan kos ground berharga IDR5,450,000 untuk transport, boat, snorkelling dan bayaran masuk serta parking ke tempat-tempat pilihan. 

Pada pagi Selasa 25 April 2023, sekitar jam 10.00am kami membawa begpack masing-masing yang telah dikemas semalaman dan bergerak dengan kereta menuju ke Putrajaya Sentral. Kami akan park kereta di Putrajaya Sentral dengan caj RM12/day cashless parking boleh dibayar dengan Touch N Go, Kredit Kad dan Debit Kad. Dari situ kami akan menaiki ERL Transit dari station Putrajaya Sentral menuju ke KLIA2.

Setelah sampai di KLIA2 kami langsung ke gate Departure dan melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan untuk boarding dan berjalan menuju ke pintu Q-13 bagi menunggu ketibaan pesawat. Silalah print boarding pass setelah check-in di website Airasia supaya tidak perlu tergesa-gesa atau beratur check-in di kiosk atau kaunter kerana kami lihat ramai yang beratur dan berkerumun di situ. Kami sempat solat jamak di surau sebelum memasuki pesawat. Pesawat QZ 462 Airasia Indonesia berlepas pada jam jam 3.00pm delay selama lebih kurang 45 minit dan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dari KLIA2 menuju ke Lombok Airport mendarat di sana sekitar jam 6.00pm. 

Skrin info flight

Views semasa flight touch down Lombok


Setelah mendarat kami diminta untuk mengisi form custom declaration lalu menuju ke immigration sebelum keluar ke arrival hall di mana Driver atau Supir kami iaitu Pak Irfan telah lama menanti dengan kad nama family kami. Pak Irfan boleh dihubungi melalui whatsapp di atas jika berhajat untuk mendapat khidmatnya sepanjang di Lombok.   

Selamat Datang ke Lombok

Kami mengisi begpack ke dalam bonet belakang kereta Avanza Pak Irfan sebelum meluncur laju meninggalkan Lombok Airport menuju ke Jetty Teluk Nara mengambil masa sekitar 1 ½ jam. Di jetty tersebut kami akan menaiki speed boat private untuk menuju ke Gili Trawangan di mana kami akan explore pulau tersebut selama 3 hari 2 malam. Untuk makluman, terdapat juga jetty untuk menaiki feri awam yang tambangnya hanya sekitar IDR15,000 di jetty Bangsal tetapi perlu menunggu dan berebut di waktu musim cuti.   

Setelah memastikan begpack kami semuanya dikeluarkan dari kereta Pak Ifran dan dipindahkan masuk ke dalam ruang speed boat, kami pun meninggalkan jetty Teluk Nara laju menuju ke Jetty Gili Trawangan yang hanya mengambil masa sekitar 15 minit. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan lampu-lampu yang cerah bersinar dari kejauhan Gili Trawangan dan kerdipan bintang di awan. Kami sampai di Jetty Gili Trawangan sekitar jam 8.00pm dan kami hanya berjalan kaki beberapa minit menuju ke Hotel The Little Coco Villa yang beralamat di Jalan Bulu Babi, 83352 Gili Trawangan, Indonesia dan terletak hanya 800m sahaja dari jetty tersebut. Kami melalui beberapa deretan restoran dan pub yang meriah dengan kebanyakannya pelancong warga asing. Hotel tersebut mempunyai 2 bilik dengan private swimming pool ditempah di booking.com Genius dengan harga RM1,200/2 malam untuk 3Adults 2 Childs. Recommended dan kami review 9 star di booking.com



View di sekitar Little Coco Gili Trawangan


Menu  seafood & ikan bakar di pasar malam

Setelah check-in dan menyimpan beg di dalam bilik, kami keluar berjalan kaki menuju ke pasar malam Gili Trawangan yang famous dan viral dengan jualan makanan seafood yang fresh dan enak. Kelihatan hanya basikal, skuter elektrik dan kereta kuda (cidomo) yang boleh digunakan sebagai transport di pulau tersebut. Kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah skuter di hotel berharga IDR300,000/day. Oleh kerana hotel tidak mempunya stock basikal kanak-kanak, kami menyewa dari agen boat snorkelling di depan jetty Gili sebuah basikal kanak-kanak berharga IDR50,000 dan sebuah skuter berharga IDR300,000/day.

Cidomo (Kereta Kuda)

Pulau yang sibuk dengan basikal dan kereta kuda...


Kedai Souveniour di sepanjang jalan ke jeti

Kami berlegar-legar dari satu gerai ke satu gerai yang lain di sekitar kawasan pasar malam tersebut sambil memperhatikan pelbagai hidangan makanan laut seperti lobster, udang, ikan dan sebagainya. Setelah itu, apa lagi kami memilih meja yang kosong di depan berdekatan gerai yang menjadi pilihan kami serta memilih ikan, udang, sotong, kerang dan beberapa seafood lain sambil berbincang bagi tawar menawar harga di rak timbunan ikan-ikan dan seafood yang kelihatan sangat fresh. Setelah memilih beberapa ikan dan seafood peniaga mencadangkan beberapa menu untuk pilihan pengunjung. Di meja pula kami memesan air jus buah-buahan masing-masing dan jangan lupa memesan air kelapa muda yang banyak didapati di pulau tersebut. Harga makanan yang terhidang di atas meja kami keseluruhannya sekitar RM300. Kami membeli makanan ringan, snek, roti dan minuman dari mart di belakang pasar malam tersebut.


View night street shop di jalan utama

Jagung viral recommended untuk dicuba

Setelah kekenyangan menjamu selera, kami pun berpatah balik melalui jalan utama di mana terdapat deretan kedai, restoran dan pub yang riuh dipenuhi pengunjung. Lampu jalan terang benderang dan jalan sesak dengan pengunjung di sepanjang jalan menuju ke hotel. Sesampai sahaja di hotel, Aakif dan Kakak sempat lagi terjun ke swimming pool sementara yang lain berehat melayari internet sambil makan snek dan minum kopi.


DAY 2 – MENAIKI PRIVATE BOT SNORKELING DI 3 PULAU ~ GILI TRAWANGAN, GILI MENO & GILI AIR

Pada pagi Rabu 26 April 2023, kami bangun awal solat subuh dan meneruskan aktiviti mandi kolam lagi sementara menunggu breakfast yang dihantar ke meja makan bersebelahan kolam tersebut. Menu breakfast boleh dipilih di kaunter lobby mengikut selera masing-masing iaitu nasi goreng, mee goreng dan sandwich.


Menu breakfast Gili Trawangan

Kami telah pun memberi itinerary kepada Pak Irfan untuk memastikan semua aktiviti kami berjalan lancar. Setelah breakfast dan memakai baju snorkeling kami menunggu panggilan dari agen boat snorkeling, harganya termasuk di bawah Pakej Supir. Wakil boat tersebut datang ke lobby hotel dan kami berjumpanya di situ untuk meminta kami berjalan menuju ke jeti Gili Trawangan. Kami dibawa ke boat yang dipandu oleh Pak Marzan dan diiring oleh Pak Andy yang membawa go-pro bagi merakam aktiviti snorkeling kami nanti.  





Menaiki boat snorkelling



Aktiviti snorkelling...

Setelah tiba di lokasi pertama, kami pun terjun ke laut yang agak cetek dan bernasib baik kerana alunan air di kawasan pulau tersebut agak tenang dan memudahkan kami berlegar-legar jauh di sekitar boat. Lokasi pertama tersebut hanya memerhatikan kawasan terumbu karang dan ikan-ikan yang berwarna warni berlegar-legar di dalam air dan di celah-celah batu karang. Setelah beberapa minit di situ, kami dibawa untuk snorkeling memerhatikan objek patung orang di dalam air. Di situ terdapat ramai orang berlegar-legar di kawasan tersebut dan air di kawasan tersebut agak dalam dan berombak.



Menerokai objek patung di dasar laut

Setelah itu, kami dibawa ke kawasan terakhir untuk melihat penyu. Kedalam air di kawasan tersebut agak cetek dan boleh nampak penyu berenang pantas di sekitar kawasan tersebut. Kami sempat merakamkan detik-detik bersama penyu sehinggakan sempat menyentuhnya semasa penyu tersebut berenang ke permukaan air.    



Mengejar penyu

Menjelang tengahari kami berpatah balik ke jetty dan mengambil basikal serta skuter balik ke hotel. Aakif dan abah tidak sabar-sabar menaiki skuter untuk berjalan-jalan meninjau mencari ‘buaian ombak’ di gigi pantai di mana kami merancang untuk datang menyaksikan sunset menjelang senja nanti. Sementara, mummy, along dan kayak pula menuju ke Istanbul Kebab berhampiran jetty Gili untuk lunch. Setelah hampir lebih 30 minit menaiki skuter sehinggakan hampir tersesat di Gili Trawangan, kami kembali ke Istanbul Kebab untuk lunch di sana. 



Lunch di Istanbul Kebab  & gelato must try...

Setelah kekenyangan menjamu selera set lunch, menikmati ais krim gelato dan tapau set kebab di Istanbul Kebab kami pun balik semula ke hotel untuk mandi-manda di swimming pool dan solat jamak. 

Setelah berehat, hampir ke jam 5.00pm kami pun keluar berbasikal dan skuter menuju ke kawasan pantai mencari view yang paling jelas di mana kami duduk di kawasan sebuah restoran kayu. Kami memesan dinner seperti nasi goreng, mee goreng dan menu western bersama air jus dan air kelapa untuk dimakan sementara menunggu video ‘time lapse’ sunset yang dirakam di kamera handpone.




Lepak menanti sunset time

Kawasan di hadapan Restoran tersebut betul-betul menghadap laut dan angin sesekali bertiup kuat dan di tengah laut kelihatan awan mendung menandakan hujan akan turun di seblah malam. Setelah sunset hilang dan langit kelihatan semakin kelam sementara sajian lunch kami belum sampai kesemuanya, terasa rintik-rintik hujan menerjah kepala kami. Kami pun berpindah ke ruang dalam restoran untuk menghabiskan dinner. Setelah kekenyangan, hujan masih belum reda dan kami menyertai pelancong lain yang meredah hujan untuk kembali ke hotel walaupun bash kuyup kehujanan. Sesampai di hotel kami terus mandi dan berehat di dalam bilik sementara di luar hujan masih turun lebat sehingga lewat malam.


Berpindah dinner dalam restoran selepas sunset

DAY 3 – SUNRISE DI JETTY GILI TRAWANGAN DAN HIKING RINJANI KE WATERFALL ~ SENDANG GILE & TIU TELEP

Pada pagi Khamis 27 April 2023, kami bangun awal solat subuh dan berkemas begpack masing-masing memandangkan kami akan meneruskan percutian kami di Lombok pula. Selepas Subuh, mummy dan abah menaiki skuter menuju jetty Gili untuk merakam video ‘time lapse’ sunrise yang sangat cantik memandangkan keadaan cuaca yang cerah di pagi hari itu. Kami mencari pot untuk mengecas bateri skuter berdekatan dengan kaunter sewaannya lalu meninggalkan skuter tersebut di situ untuk dicaj baterinya agar bertambah kuasa kerana kami plan untuk berjalan-jalan keliling Pulau Gili selepas breakfast nanti. Setibanya kami di jetty Gili, telah kelihatan beberapa pengunjung yang telah tiba awal untuk menyaksikan sunrise yang akan terbit tak lama lagi. Kami pun mengambil spot yang masih kosong di celah-celah beberapa pengunjung tersebut. 


                                                                         Sunrise di jetty Gili Trawangan....


Setelah matahari naik, kami singgah di Cafe Hello Capitano tak jauh dari Kedai Utopia yang menjual peralatan surving, lalu memesan kopi dan lepak santai di meja luar cafe tersebut mengadap terus ke pantai yang luas sementara menunggu skuter yang sedang dicaj. 





Breakfast di kedai kopi berhampiran Kedai Utopia



Kedai Peralatan Serving Utopia

Selepas itu, kami balik ke hotel untuk menikmati breakfast yang telah tersdia di meja makan dan keluar berbasikal dan berskuter menuju ke kawasan ‘buaian ombak’ yang terletak di hadapan Hotel Tera tidak berapa jauh dari restoran sunset semalam. Kami berfoto di beberapa spot di kawasan buaian ombak tanpa menghampiri buaian tersebut kerana air sudah pasang dan kami malas untuk meredah air yang berombak kuat....    






Buaian ombak depan Hotel Tera

Sementara menunggu time checkout pada pukul 10.30am, Aakif dan Kakak meneruskan aktiviti mandi kolam lagi. Kami menyusun kerusi bantal besar yang masih kebasahan akibat hujan lebat semalam. Kami juga beberapa pakaian kami di ampaian mengharapkan agar cepat kering dan senang dibawa ke Lombok nanti.

Pada pukul 10.30am kami keluar ke lobby hotel untuk checkout dan mengembalikan skuter yang disewa lalu menaiki basikal dan skuter menuju ke jetty. Kami memulangkan basikal dan skuter di kaunter agen boat di hadapan jetty Gili tersebut. 


Speedboat kembali semula ke Lombok

Di laluan ke dermaga jetty kelihatan banyak pelancong beratur dan riuh rendah masing-masing sibuk menunggu ketibaan ferry awam. Kami berjalan di celah-celah kesesakan tersebut untuk menuju ke dermaga di mana speed boat kami telah menunggu. 

Speed boat tersebut memecut laju membelah ombak membawa kami menuju semula ke jetty di Teluk Nara dengan mengambil masa hanya 10 minit sahaja. sekitar jam 11.00am kami sampai di jetty Teluk Nara dan kelihatan susuk Pak Irfan telah sedia menunggu kami di situ. Kami singgah dahulu di toilet sebelum beredar meninggalkan jetty Teluk Nara. 

Sebaik sahaja menaiki kenderaan kami menerima cadangan Pak Irfan setelah berbincang di hari pertama agar dipinda itinerary hari ini langsung menuju ke Gunung Rinjani. Oleh itu, kami telah memakai baju dan seluar yang sesuai untuk mendaki kaki Gunung Rinjani bagi menyaksikan keindahan alam semulajadi yang hijau dan merasai aliran air terjun Sendeng Gila dan Tiu Telep. Perjalanan kami menuju ke kaki Gunung Rinjani mengambil masa selama lebih kurang 1 ½ jam.

Setelah sampai kami parking di depan Restoran Kaki Gunung Rinjani, Pak Irfan memperkenalkan kami dengan pemandu pelancong tempatan iaitu saudara Amin. Beliau menceritakan kisah kehidupannya dari kecil bersama ayahnya yang sering ke hutan mencari kayu-kayan, madu dan sebagainya. Kami berjalan dalam satu barisan mendaki menuju ke aras 1 sehingga sampai ke air terjun Sendeng Gile yang memakan masa selama lebih kurang 10 minit perjalanan. Sendeng Gile bermaksud ‘berhenti Gila’ mengikut dialek bahasa tempatan Sasak. Kami juga melihat aliran air terjun yang baru terjadi beberapa tahun ini akibat kesan dari gempa bumi. Aakif dan kakak sempat membeli air dan mee segera untuk dimakan bagi mengalas perut bagi mengumpulkan tenaga dan bersemangat untuk meneruskan pendakian sehingga ke aras ke 2 iaitu air terjun Tiu Telep.   



Air terjun Sendeng Gila

Setelah bergambar di beberapa spot di berlatarbelakangkan air terjun Sendeng Gila kami pun menyelusuri track mendaki menuju ke aras 2. Terdapat lebih kurang 70% kawasan track rata, 20% track pendakian dan 10% menyelusuri anak-anak sungai dan menyeberanginya. Sila pastikan anda memakai kasut yang sesuai dan pakaian yang selesa untuk tujuan pendakian. Terdapat beberapa gerai jualan di kawasan air terjun Sendeng Gila dan sebuah gerai berhampiran jambatan tali air dalam perjalanan ke aras 2 yang menjual air dan makanan ringan. Terdapat juga surau dan toilet di kawasan air terjun Sendeng Gila.

Semasa mendaki dinasihatkan agar tidak memegang atau menyentuh daun-daun atau tumbuhan di tepi track terutamanya daun jelatang yang gatal. Anda juga dinasihati agar menjaga barang-barang yang dibawa seperti beg, handpone, kamera dan sebagainya kerana terdapat beberapa kumpulan monyet yang sedang memerhatikan anda dari jauh. Anda juga dinasihatkan agar berhati-hati berjalan di track terutama di kawasan berbukit dan juga anak-anak sungai yang licin. Apatah lagi dalam perjalan mendaki hujan turun rintik-rintik sehingga kami sampai ke kawasan air Terjun Tiu Telep.



Mendaki ke Tiu Telep

Setelah berjalan selama lebh kurang 20 minit kami melihat dari jauh bunyi air terjun Tiu Telep. Semakin menghampiri kawasan air terjun tersebut kami merasai kesejukan dan kesegaran dari percikan air tersebut. Terbukti air terjun Tiu Telep sangat segar dan nyaman sekali baik untuk awet muda….   

Kami membasuh muka, tangan dan kaki sambil berendam di dalam anak sungai berhampiran air terjun Tiu Telep….. Memang indah sekali dan terasa segar dan nyaman…….   




Air terjun Tiu Telep

Setelah berfoto dan mandi-manda di kawasan air terjun Tiu Telep, kami berpatah balik menuruni kaki Gunung Rinjani dan hujan yang mula-mula rintik semakin lebat. Setelah tiba di jambatan laluan air, kami melalui tunnel laluan air tersebut yang merupkan jalan shortcut menuju ke aras 1 berdekatan kawasan air terjun Sendeng Gila tadi. Setelah beberapa minit melalui tunnel kami naik semula ke track dan hujan semakin lebat dan kami kebasahan kuyup. Kami terpaksa berhenti di gazebo bersama beberapa pengunjung tempatan sementara Amin mengambil daun keladi hutan yang besaiz besar untuk dijadikan payung bagi membolehkan kami meneruskan perjalanan sehingga ke parking. Kami memberi bayaran upah sebanyak IDR100,000 sebagai pemandu pelancong yang banyak memberi info dan menjaga keselamatan kami di sepanjang pendakian. jasamu dikenang dan semoga dimurahkan rezki serta dipermudahkan urusan seharianmu… Amin3x.       



Menyelusuri tunnel

Kami memesan makanan di Restoran kaki Gunung Rinjani dan bersolat jamak di surau berhampiran restoran dan parking. Setelah kekenyangan kami meneruskan perjalanan langsung balik ke hotel di mana kami terpaksa membatalkan hasrat untuk ke tanah tinggi Sembalun memandangkan hujan masih lebat dan tiada tanda-tanda untuk berhenti. Kami mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 2 jam untuk sampai ke pekan Mataram. Kami singgah di Restoran untuk tapau menu ayam taliwang yang famous dan viral di Lombok. Menjelang Magrib kami meneruskan perjalanan mencari hotel Le Kekiri yang terletak di alamat No. 99, NTB, Jl. TGH Nuruddin, 83351, Mataram, Indonesia di mana kami telah tempah di booking.com Genius berharga RM300/Night (3Adults/2 Childs + 1 xtra bed) tanpa breakfast.

Sesampai di gate hotel tersebut kelihatan Kak Fenny menanti kami untuk checkin dan menunjukkan villa 2 tingkat dan swimming pool yang luas di halamannya untuk kegunaan sharing 1 villa 2 tingkat dan 2 villa setingkat manakala terdapat 1 villa setingkat yang mempunyai private swimming pool. Kami berpuas hati dengan keluasan kawasan halaman villa tersebut dan menurut Cik Fenny cuma hanya kami sefamily sahaja yang menyewa dan checkin untuk hari itu. Manakala, di villa tersebut terdapat seekor kucing yang mundar mandir di sekitar kawasan villa tersebut di mana ianya adalah pet belaan Cik Fenny bernama Loly yang jinak dan manja pada awalnya hanya berlegar-legar di depan villa kami. 

Setelah mandi dan solat jamak, kami makan ayam taliwang dan berehat di hotel untuk bangun di awal pagi dan tak sabar untuk mandi di swimming pool di halaman villa tersebut.       



Hotel Le Kekiri

Ikutilah kemeriahan percutian trip ke Lombok di Part 2 di mana kami akan jalan-jalan shopping di Mataram City, melawat rumah suku kaum Sasak dan snorkeling dari Jetty Tanjung Luar ke Pulau Pasir, Teluk Gambir, Gili Petelu dan Pantai Pink serta keindahan pantai-pantai di Tanjung Ann, Kuta, Mawin dan Selong Beranak serta mendaki Bukit Merese. Tunggu……..