Day 1 – Pesawat dari KL ke Haneda, Tokyo
Pada pagi Khamis bertarikh 15 December
2016, kami melangkah dengan penuh kesyukuran kerana berkesempatan untuk
bermusafir ke negeri matahari terbit dan melihat Gunung Fujisan di Negara
Jepun. Kami bertolak dari rumah jam 8.30am melalui highway MEX untuk keluar di Putrajaya ke Park n Ride. Di situ,
kami parking kereta dengan caj bayaran berharga RM2 siang & malam RM6.
Setelah itu, kami menaiki lift untuk ke kaunter ERL lalu membeli tiket ERL ke
KLIA2 berharga dalam lingkungan RM10 seorang. Kami akan ke negara Jepun dengan
pesawat AirAsia X yang ditempah di webnya berharga RM1,100 per pax termasuk
luggage dan makan malam.
Ceria menaiki ERL ke KLIA
Set Samurai Wifi
Setibanya di KLIA2, kami
langsung ke kaunter Luggage di Arrival Hall KLIA2 untuk mengambil Samurai Wifi yang
telah siap ditempah di web berharga RM259/12day (Portable Wifi, charger &
aksesori) dan naik escalator untuk ke kaunter T AirAsia X . Kami menimbang dan
mengemas kembali beg agar beratnya tak melebihi 45kg mengikut berat yang kami
telah tempah di web dahulu. Kami terpaksa mengeluarkan beg yang berisi kasut
boot anak-anak seberat 3 kg sekiranya tidak kami akan dikenakan caj tambahan
RM150 utk 3 kg tu. Setelah selesai urusan di kaunter kami masuk ke pintu pelepasan antarabangsa untuk pemeriksaaan imigration dan keselamatan. Kami terus boarding ke Gate P12
di hujung terminal di mana perlu berjalan jauh tetapi kami tidak perlu rushing memandangkan
kami tiba awal di terminal tersebut. Kami solat jamak di surau berdekatan Gate
P9 sambil berehat menunggu kaunter ke pintu pesawat dibuka.
Pesawat AirAsia X D7 522 yang sepatutnya
berlepas pada pukul 2.30pm tetapi pilot membuat pengumuman memberitahu pesawat
dibenarkan berlepas pada jam 3.15pm. Setelah menaiki pesawat selama hampir 6 jam lebih, kami selamat mendarat sekitar jam 11.00pm di Haneda Tokyo International
Airport.
Baby Aakif berkongsi seat bersama Gian the Travelling Beruang
Kami lihat ramai beratur di
kaunter immigration tetapi prosesnya agak cepat sahaja lalu kami ke kaunter
kastam yang hanya membelek hand carry beg berisi boot yang dikeluarkan tadi
seberat 3 kg. Kami terpegun dengan kegigihan pekerja di kaunter tuntutan
luggage yang menyusun beg-beg penumpang dengan teratur untuk memudahkan
penumpanng mengambil beg masing-masing. Setelah mendapatkan beg, kami meninggalkan
airport dan terus berjalan menuju ke station train untuk naik Yamanote Line sekitar
pukul 11.55pm. Kami membeli tiket di Ticket Vending Machine (TVM) yang sangat
mudah untuk digunakan. Alhamdulillah, masih sempat mengutip tiket train anak yang
tertinggal di mesin auto gate di station airport. Kami bergegas naik train Yamanote
Line yang membelah kesejukan malam untuk ke Harajuku.
Tips : Train terakhir
Keikyu Line dari airport akan bertolak pada pukul 12.01am dan sampai ke station
Shinagawa pada jam 12.22am dan perlu transit ke train Yamanote Line yang
beroperasi dari 4.30am hingga 1.00am. Bagi yang ada wifi bolehlah merancang route perjalanan dan menyemak train di Jepun melalui web http://www.hyperdia.com/en/ yang sangat membantu sepanjang perjalanan bagi menjimatkan masa dan tidak tersesat arah halatuju ke sesuatu destinasi di sini.
Perkerja
gigih menyusun beg-beg penumpang di Haneda
Takeshita Street dekat station Harajuku, Yamanote Line
Di station Harajuku kami
berpandukan map yang telah dihantar melalui email oleh tuan rumah Cozy Apartment. Setelah
berjalan selama 20 minit kami pun sampai di apartment tersebut walaupun terlajak
beberapa meter dan setelah merujuk peta semula kami pun berpatah balik untuk
mendapatkan simpang yang betul ke apartment tersebut. Oleh kerana berjalan dalam
kesamaran cahaya street lighting membelah kegelapan malam roda sebuah beg besar
kami mengalami kerosakan mungkin terlanggar batu atau bonggol di tepi jalan namun
kami gagahi juga menariknya hingga ke apartment. Cozy Apartment beralamat di
2-30-8, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo terletak berhampiran Kita-Sando Station, MeijiJingu-Mae
Station dan Harajuku Station serta Takeshita Street, Harajuku yang kami tempah
di web agoda.com berharga Y42900/RM1,800
untuk 4 malam. Kami mengambil kunci di dalam peti surat yang dilock dengan password
yang telah dihantar melalui email oleh tuan rumah bernama Mr Toru. Kami amat
berpuas hati dengan bilik yang sememangnya luas dan besar dengan peralatan
rumah yang lengkap untuk kemudahan kami sepanjang berada di kotaraya Tokyo ini.
Bilik di Cozy Apartment
Map direction ke Cozy Apartment yang diemail
Contact Owner Cozy Apartment, near Takeshita Street, Harajuku
Day 2 – Tsukiji Market, Ginza
dan HRC Roppongi
Pada pagi Jumaat 16 December 2016, kami
keluar sekitar jam 7.00am berjalan menuju ke station Subway MeijiJingu-Mae dengan keadaan cuaca sejuk
sekitar 5 degree manakala angin bertiup kuat untuk ke Tsukiji Market. Kami membeli tiket manual di station MeijiJingu-Mae
memandangkan kami belum menukarkan voucher 72hrs Tokyo tiket lagi. Di awal pagi
kami melihat ramai orang berjalan menuju ke pasar Tsukiji dalam keadaan tiupan
angin yang amat sejuk itu. Di pasar, kami membeli ikan salmon berharga Y600 sebanyak 2
ketul dan 3 bungkus ikan bilis untuk dimasak sepanjang perjalanan seterusnya nanti.
Jalan menuju ke MeijuJingu-Mae Station
Bangunan Sumitomo Office, Harajuku
Signboard Tsukiji
Market
Pasar tertutup di Tsukiji Market
Tanda harga di pasar tertutup Tsukiji Market
Zoom makanan laut yang fresh dijual di Tsukiji Market....
Setelah itu, kami menaiki train
menuju ke station Ginza di mana kami akan menukarkan voucher kupon ticket Osaka
Amazing & printed voucher 72hrs Tokyo Tiket di
bangunan EXITMELSA yang tak jauh dari station Tokyo Metro iaitu hanya beberapa
langkah sahaja dari exit A2. Waktu operasi kaunter adalah dari 11.00am – 8.00pm
(Mon – Fri) tetapi tutup awal pada jam 4.00pm pada hari Ahad dan cuti umum
Jepun. Kami membeli tiket Osaka Amazing 2 days berharga RM508/family di booth HIS (Matta Fair) dan
72hrs Tokyo pula berharga RM225/3Adult dibeli dari web klook sementara untuk tiket
Child kami membelinya secara manual di TVM nanti. Kami terpaksa menunggu lama
kerana masalah teknikal data tiada dalam system gara-gara masalah komunikasi
pengurusan HIS dengan kaunter agen tersebut. Walaupun terpaksa menunggu lama,
petugas di kaunter tersebut membantu sedaya upayanya dan akhirnya dapat
jugaklah kami menukarkan voucher dengan tiket-tiket tersebut. Nasihat kami agar
berhati-hatilah memilih agen atau syarikat untuk membeli tiket atau khidmat
travel kerana ramai juga yang tertipu oleh agen pelancongan yang kini sering tular
di Facebook dan media sosial.
Kaunter di
EXITMELSA untuk menukar tiket dibeli dari agen HIS dan klook
Replika rail di station
Ginza
Setelah itu, kami menuju ke station
untuk ke Akhibara Digital City. Kami makan tengahari di kiosk kebab Turkish di
Akhihabara Digital City dan mengerjakan solat jamak di Pasaraya Laox yang
menyediakan kemudahan surau di tingkat 4. Kami juga membeli beg luggage besar baru
berharga Y1500 untuk menggantikan beg kami yang kerosakan rodanya.
Setelah itu kami menuju ke station
Asakusa pula untuk ke Nakamise Shopping Street. Sebenarnya Sensoji Temple juga
tidak jauh dari station ini tapi kami hanya bergambar di depan pintu gerbang
‘berloceng besar’ dan berlegar di sekitar market tersebut sahaja. Kami berjalan
di deretan kedai sambil melihat souveniour, pedang samurai dan juga t-shirts
sahaja.
Zoom pintu gerbang di Nakamise Shopping Street......
Kedai-kedai di Nakamise Shopping Street
Menjelang malam pula kami menuju
ke HRC Roppongi yang terletak 5-4-20 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032 Japan.
Dari station kami berjalan menuju arah HRC dan kelihatan bercahaya Menara Tokyo
Tower megah dalam kegelapan neon-neon lampu malam. Setelah shopping dan bergambar
di sekitar HRC Roppongi serta beberapa zoom berlatarbelakangkan Tokyo Tower,
kami pun melangkah menuju ke station semula lalu berhenti di 7 eleven untuk membeli
makanan dan minuman halal sebagai bekalan.
Mencari google map dari Roppongi station ke HRC Roppongi
Zoom Tokyo Tower
Warna-warni Tokyo Tower
Di depan HRC Roppongi
Sale di HRC Roppongi
Semasa berjalan balik dari
station MeijiJingu-Mae menuju ke apartment kami melalui Harajuku &
Takeshita Street di mana kelihatan sangat meriah tetapi apakan daya kami
terpaksa terus balik ke bilik untuk berehat memandangkan seharian kepenatan
berjalan dan juga kami perlu bangun awal pagi esok untuk menaiki bas ke Mount
Fuji pula. Di simpang menuju ke
apartment terlihat ada signboard ke Kita-Sando Station (Subway) yang hanya 400m dari
apartment lebih dekat untuk mendapatkan train nanti.
Day 3 – Zoom Mount Fuji, Icon Negara Jepun
Pada awal pagi Sabtu 17 December 2016, kami keluar berjalan ke Kita-Sando station untuk menaiki train menuju ke Shinjuku Station di mana kami masuk melalui laluan Exit 2 di station subway Kita-Sando. Perjalanan kami pada pagi itu memang tergesa-gesa memandangkan kami terpaksa mengejar waktu bas bertolak ke Mount Fuji tepat pada pukul 7.15am. Reservation untuk bas tersebut kami tempah di web https://www.highwaybus.com/gp/foreign/frgReserveComplete di mana pembayaran akan dibuat secara tunai di kaunter Shinjuku dan hanya print slipnya sahaja. Kami sampai di South Exit Shinjuku Station sekitar jam 7.10am tetapi mengambil masa yang agak lama untuk mencari terminal bus ekspress, rupa-rupanya kena melintas Koshu-kaido Street dan menaiki escalator atau lift kerana terminal terletak di tingkat 3 bangunan new South Entrance station tersebut.
Laluan Exit 2 Station Subway Kita-Sandao
Train
awal pagi dari station Kita Sando ke Shinjuku
Di kaunter terminal bas Shinjuku
Bas dari Shinjuku melalui taman tema Fuji-Q ke Station Kawaguchiko
Gara-gara mengambil masa mencari terminal bas Shinjuku, kami telah terlepas
bas jam 7.15am dan kelihatan ketika itu ada dua remaja perempuan dari Malaysia
juga mengalami nasib yang sama. Petugas di kaunter itu memberitahu cuma ada kekosongan
untuk bas pada jam 12.00 tengahari sahaja. Kami melihat kedua remaja perempuan tersebut
beredar meninggalkan terminal setelah diberitahu waktu bas berikutnya yang hanya
boleh dinaiki sekitar tengahari dan petang sahaja. Pada mulanya kami juga hendak
balik serta meninggalkan terminal bas tetapi kami mengambil keputusan untuk bertanya
di kaunter yang lain pula dan petugas di kaunter tersebut memberitahu masih ada
kekosongan untuk kami 5 orang bagi bas pada jam 7.45am. Kami terus membeli
tiket pergi balik berharga Y12,260/RM515. Kami amat bersyukur dan bertuah kerana
hajat kami untuk sampai dan melihat Mount Fuji icon negara Jepun akhirnya tertunai
juga, Alhamdulillah.
Bas mengambil masa lebih kurang 2
jam untuk sampai di station Kawaguchiko. Terdapat kemudahan storage luggage,
toilet, kedai serbaneka dan juga Tourist Centre juga. Kami mengambil beberapa
keping map dan berjalan dalam cuaca sejuk dan berangin ke Lake Kawaguchi sambil
berfoto di beberapa zoom yang cantik. Setelah menuruni jalan berbukit dan agak menghampiri
kawasan tasik, kami singgah di restoran Aladin untuk menikmati roti nan dan nasi
briyani yang sering mendapat pujian di laman facebook. Terdapat kemudahan kedai
serbaneka (mart) berhadapan dengan restoran tersebut untuk mendapatkan makanan
dan minuman.
Baby Aakif teruja melihat train di depan Station Kawaguchiko
Signboard di pekan menuju Lake Kawaguchiko
Alladin Indo Restaurant di tepi Lake Kawaguchiko
Signboard di pekan menuju Lake Kawaguchiko
Menu enak dan memang selera di Alladin
Baby Aakif makan roti nan
Setelah menikmati makan tengahari
dan menghirup kopi panas, kami berjalan menuju tasik dan melintasi parking,
kaunter sewa boat, menara pandang & tunnel untuk terus berjalan sehingga
kelihatan jelas Mount Fuji. Pada pukul 3.00pm kami berpatah balik dan solat di
area menara pandang. Kami melihat ada satu keluarga Jepun sedang berkelah di
sebuah meja di tepi tasik dan kebetulan ada pula sebuah lagi meja yang kosong
jadi kami pun berhenti untuk menikmati makan makanan yang dimasak sendiri di
apartment. Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik ke station bas dan
sempat berfoto zoom di sekitarnya sementara menunggu bas balik ke Shinjuku.
Lake Kawaguchiko
Welcome To Lake Kawaguchiko
Zoom Mount Fuji dan Lake Kawaguchiko ............
Sesampainya bas kami di Shinjuku,
kami menaiki train dan transit di Shibuya untuk ke Euno Station. Kami berjalan
menuju ke HRC Uyeno-Eki Tokyo, Japan, 〒110-0005 Tokyo, 台東区上野7−1−1 アトレ上野1階 yang terletak di dalam bangunan shopping complex di seberang
jalan. Setelah membeli beberapa helai t-shirts, kami berehat sebentar di
sekitar shopping complex di mana terdapat kemudahan toilet sambil
berlegar-legar meninjau kedai-kedai pakaian, elektronik, café dan berbagai lagi
yang ada antaranya sedang menawarkan promosi diskaun. Setelah itu, kami keluar
menuju ke arah pasar malam Ameyoko lalu makan di kedai makanan arab yang
menjual kebab daging dan ayam halal.
Setelah selesai makan kami berjalan ke station untuk pulang ke apartment.
Day 4 –Tiket Hokuriku di Tokyo
Station, Kemeriahan taman tema Disneysea dan berjalan di Takesheta Street, Harajuku
Pada pagi cuti hari minggu 18 December 2016, kami
bangun awal pagi dan menyediakan sarapan dan bekal untuk dibawa ke Disneysea.
Sebelum itu, kami perlu singgah di Station Tokyo untuk menukarkan voucher tiket
Hokuriku-Takayama Tourist Pass. Tiket Hokuriku-Takayama dibeli di Matta Fair dari
booth HIS berharga RM1796 (2A2C) untuk kegunaan di daerah Takayama (Nagano,
Takayama, Shirakawago, Karuzawa) sehingga Kansai (Osaka & Kyoto) valid
selama 5 hari. Station Tokyo sangatlah besar hinggakkan kami terpaksa berjalan
jauh apatah lagi banyak laluan ditutup untuk renovation. Setelah selesai
menukarkan voucher yang dikeluarkan oleh agen HIS dengan kad pass tersebut kami bergesa naik
train untuk ke DisneySea.
Tiket 72hrs Tokyo Pass kami hanya valid
sehingga station Shin-Kaba sahaja. Manakala dari station tersebut kami perlu
membeli manual tiket di Ticket Vending Machine (TVM) untuk perjalanan ke
Maihama Station. Setibanya di Maihama Station, kami berjalan menuju ke arah station
Resort Gateway untuk membeli tiket di Ticket Vending Machine (TVM) berharga Y260/pax untuk menaiki train dihiasi warna-warni background Mickey Mouse
ke Disneysea station.
Zoom castle dari jalan utama ke
Tokyo Disneyland
Laluan ke Tokyo Disneyland Station
Tokyo Disneyland Station
Ceria menunggu train Mickey Mouse
Train Mickey Mouse circle lane next station - Bayside Station
Di dalam train Mickey Mouse
Zoom the globe di depan Disneysea, Tokyo .....
Pada mulanya kami gementar dan
teragak-agak ketika melalui entrance ke taman tema tersebut memandangkan kami ada
membawa bekalan makanan yang dimasak sendiri dan juga serunding serta makanan
ringan yang lain, namun berasa lega setelah melepasinya tanpa pemeriksaan yang
ketat. Setelah masuk kami terkejut melihat ramai pengunjung duduk mengadap
tasik rupa-rupanya mereka menanti special event sempena menyambuit krismass.
Kami berehat sebentar di bangku di hujung tasik sambil makan bekalan yang dibawa
sambil berehat setelah kepenatan berjalan. Setelah itu kami menuju ke kawasan gua batu dan sampai ke
depan station train elektrik. Kami melayan permintaan Baby Aakif yang teruja
untuk menaiki train tersebut yang membawa kami ke stationn di Hollywood Town.
Di situ kami lihat ramai pengunjung berkerumun menyaksiakan pertunjukan live
& komedi dari krew kapal di kawasan lapang dan tidak berapa jauh dari kapal
besar mereka. Setelah berlegar-legar menyaksiakn aktiviti di sekitar kawasan
itu kami menuju ke Wonderland di mana giliran Along dan adik pula bermain
roller coaster. Kami solat di ruang bahagian kerusi mengadap sungai di bawah
pokok-pokok yang agak privacy tanpa kelibat orang lalu lalang.
Pengunjung lepak menunggu special event sempena krismass
Laluan tunnel di kawasan bergua batu
Train elektrik baru tiba di station
Train elektrik membawa kami ke Hollywood Town
Taman zoom the globe di Disneysea.....
Tasik Disneysea yang luas
Ais krim Disneysea
Baby AAkif dilema untuk menghabiskan aiskrim
Gian the Travelling Beruang from Malaysia
Baby AAkif dan Gian
Street art lukisan air dilukis spontan oleh pekerja Disneysea
Lampu warna-warni menghiasi kapal berlabuh di Disneysea
Dalam perjalanan dari station
subway ke Takeshita Street di Harajuku, kami singgah di sebuah kedai kasut yang
tertera banner SALE dan along membeli kasut futsal Nike di kedai tersebut.
Setelah sampai di Takeshita Street masing-masing merungut keletihan dan
kelaparan lalu kami terlihat signboard kedai makan halal iaitu kedai kebab king
di 2nd Floor Foodcout (Halal Chicken Only). Di Takehita Street, kami
membeli biskut kapal Y55 limited 20 kotak seorang di mana terpaksalah kami
bertiga bergilir-gilir memborong biskut tersebut. Selepas itu, giliran adik pula untuk memesan
gula kapas bersaiz medium tetapi memandangkan waktu perniaagaannya yang hampir
tamat peniaga itu dengan ikhlasnya menyediakan gula kapas yang bersaiz extra
large special untuk adik. Kami berjalan pulang meredah kesejukan malam dengan
perasaan yang sungguh gembira sambil menghabiskan gula-gula kapas tersebut beramai-ramai.
Takeshita Street, Harajuku
Gula-gula kapas giant di Takeshita
Street
Willy Wonka choc
Promosi biskut kapal hanya Y55 di Takeshita Street, Harajuku
Pada malam itu kami berehat
sambil mengemas barang untuk meneruskan perjalanan dan percutian kami dengan
menaiki bas dari Shinjuku ke Nagano pula. Nantikan sambungan keceriaan
perjalanan kami seterusnya menuju ke Nagano yang terkenal dengan kolam air
panas (Onsen), bermain salji di Ryoo Ski Resort dan melihat Snow Monkey
berendam dalam kolam air panas Yamanouchi. Jom……
No comments:
Post a Comment