Friday 3 August 2018

Bandung Trip 2 : Trip Jalan-jalan dan Zoom ke Bandung & Lembang, Indonesia

Destinasi kami sekali lagi adalah tujuan ke Bandung untuk berjalan-jalan dan juga shopping, kami sefamili sekali lagi berkesempatan menjelajah kota Bandung setelah 4 tahun tidak ke sana. Seperti biasa, kami bertuah juga kerana dapat menempah tiket promosi Malindo Air beberapa bulan sebelum perjalanannya berharga RM744/return/2A2C. (Tips : Untuk mendapatkan tiket flight yang murah bagi negara asean, kami menggunakan airpazz.com yang mana carian akan dibuat dengan membandingkan semua syarikat penerbangan yang ada dan harga adalah lebih murah berbanding dengan menempah direct daripada syarikat penerbangan tersebut. Sila pastikan anda memberi details email dan nombor telefon untuk dihubungi oleh mereka nanti walaupun telah dihantar email airpazz code untuk rujukan)

Untuk accommodation di Bandung pada kali ini, kami mencari kelainan dengan menempah hotel dan penginapan ala resort suasana pedalaman yang menonjolkan ciri-ciri alam semulajadi dengan persekitaran flora fauna iaitu di hotel Sapulidi Sawah berharga RM224/night di mana harga hotel ini sangat mampu milik, selesa dengan staff yang efficient dan friendly. (Tips : Terus ke website booking.com untuk membuat tempahan, tetapi anda juga boleh memilih lokasi berlainan sesuai dengan itinerary masing-masing).

Sementara itu, bagi memastikan acara shopping yang selesa kami menempah mobil & driver melalui google serta berurusan dengan Pak Irfan dengan total harga pakej RM700. Sepanjang berada di Bandung kami ditemani staf/drivernya Pak Angga, boleh dihubungi dengan Whatsapp no. +62 821-2014-7598. 

Selain daripada kos-kos di atas, kami membawa cash lebih kurang RM3000 untuk bayaran bagi tiket masuk ke Kawah Putih dan Floating Market, makan tengahari dan dinner dan juga duit shopping. 

Penerbangan kami Malindo Air OD 0302 (Jet B737-800) KUL-BDO mengambil masa lebih kurang 2 jam 10 min pada Khamis 14 Jan 2016 dengan waktu berlepas pada pukul 12.10pm dan pada jam 1.30pm kami pun selamat mendarat di Hussin Bandara Airport, Bandung. Selepas urusan imegresen dan pemeriksaan keselamatan, kami bertemu dengan Pak Angga yang sedia menunggu kami di arrival hall. Kami memberi satu salinan itinerary dan plan kami sepanjang berada di Bandung terutama tempat-tempat shopping dan juga restoran. 

Bandung terkenal dengan jolokan Paris Van Java yang mempunyai banyak outlet untuk bershopping yang terletak boleh dibahagikan kepada 5 kawasan iaitu di Pasar Baru, Jalan Sukajadi, Dago, Jalan Riau & Jalan Cihampelas. Berikut adalah aktiviti jualan yang terdapat di 5 kawasan tersebut;

PASAR BARU – Mall yang besar & luas semuanya tempat kain-kain ela, kain sulam, jubah, T-shirt Bandung, Telekung, di sini kalau bawa duit Malaysia pun diterima sebab ramai sangat orang Malaysia kat sini. Antara hotel berdekatan ialah Aston Braga Hotel Apartment, Arion Swiss Belhotel, Vue Palace Hotel, Cemerlang Hotel, Carrcadin Hotel,

SUKAJADI – Kawasan Factory Outlet, Paling besar & Famous RUMAH MODE, hotel pula Grand Seriti, Villa Damar, Grand Setiabudi, Retanata Homestay, Edelweis, Sukajadi Hotel.

DAGO – Kawasan Factory Outlet yang paling banyak seperti Donnatello, Jetset, Glamour, RunWay, Episode, Grande Blossom & bnyak lagi. Hotel pula HOTEL DAGO ,The Luxton, Scarlet Dago Hotel, Bumi Sawunggaling, Royal Dago, Sheraton, Jayakarta Hotel , Puri Gardenia, Dago Guest House.

JALAN RIAU – Kawasan factory Outlet seperti The Secret, Heritage, Formen, Terminal Tas. hotel pula Hotel Anggrek, Hotel Santika, Hotel Hyatt Regency, Grand Serela Hotel, AMAris Cimananuk.

JALAN CIHAMPELAS – Kawasan Jeans & T-shirt tapi awas di sini ada yang bukan original hotel pula ialah Aston Tropicana, Fave Hotel, Hotel Cihampelas, Amaris, Sensa Hotel, Andelir.

(Tips : Untuk memudahkan urusan imigresen, sediakan printed copies flight itinerary dan semua hotel booking confirmation di dalam satu folder sebagai rujukan nanti).


Kami langsung dibawa oleh Pak Angga menuju ke Rumah Mode dan setibanya di gate masuk kami ditahan oleh security yang memeriksa kendereaan dan luggage kami, rupa-rupanya ada berlaku kejadian letupan bom di Jakarta beberapa jam sebelum kami mendarat di Bandung. Selepas penat bershopping kami menuju pula ke Restoran Kg Daun di alamat Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Villa Triniti, Desa Lembang, Lembang, Jawa Barat untuk makan sebelum ke hotel Sapulidi untuk check-in dan berehat di hotel. Hotel Sapulidi terletak di Komplek Graha Puspa, Jl. Sersan Bajuri, Cihideung, Bandung Barat, Parongpong, Jawa Barat.


Day 2 (Jumaat : 15 Januari 2016) - Lembang Float Market

Kami bangun seawal pagi pada hari Jumaat, 15 Januari 2016 untuk solat subuh dan bersantai di balcony sambil melihat ikan berenang-renang di dalam kolam di tepi bilik hotel. Setelah mandi manda dan bersiap diri kami bergerak ke kawasan restoran Sapulidi yang terletak di luar dan kawasan lapang lalu duduk di sebuah gazebo di tengah sawah untuk menimati breakfast. Setelah masing-masing membuat tempahan dari pelayan, kami pun bersantai di pondok gazebo tersebut sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan juga udara pagi yang segar dan nyaman. Sementara baby Aakif melayan ‘Giyan the Traveling Beruang’ makanan yang dipesan dihantar dan kami pun makan berselera di tengah sawah.

Giyan the Travelling Berunag berehat di gazebo 

Selepaas selesai menikmati sarapan pagi, kami berjalan ke tepi kolam dan dipelawa oleh pekerja hotel untuk menaiki perahu percuma dan dibawa mengelilingi kolam sehinggalah melewati bilik kami. Pekerja hotel tersebut gigih mengayuh perahu sambil anak-anak keriangan walaupun risau takut-takut perahu terbalik.

Selesai sahaja bersarapan, kami bersedia untuk memulakan perjalanan kami ke Bamboo Park yang terletak hanya beberapa minit sahaja dari hotel. Pada mulanya kami mencari juga bilik di sini tetapi telah pun penuh di mana harganya sekitar RM250/night. Bamboo park juga terkenal kerana mempunyai hotel pesona bamboo yang cantik dan tereletak di alamat Dusun Bambu, No.KM 11, Jl. Kolonel Masturi, Situ Lembang, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551.


Kami adalah antara pengunjung yang awal tiba kerana di parking hanya ada beberapa buah kereta sahaja dan beberapa bas pelancong yang baru masuk ke ruang parking. Setelah membeli tiket, kami pun berjalan masuk ke dalam farm.  Di dalam farm kami menyusuri track jambatan yang tinggi sekitar 3-4 meter dari aras tanah untuk meninjau hutan bamboo dan fauna flora di kawasan tersebut. 
Denai air mengalir di dalam Bamboo Park

Setelah puas berjalan di sekitar Bamboo Park, kami bertolak ke Lembang Float Market menjelang tegahari kerana perlu sampai di situ sebelum solat jumaat. Lembang Floating Market terletak di Jl. Grand Hotel No. 33 E, Lembang, Bandung Barat. Setelah parking dan membeli tiket Mama, baby Aakif dan kakak masuk ke Lembang Float Market sementara Pak Angga membawa kaum lelaki untuk bersolat jumaat di masjid Al Furqan yang berdekatan dengan entrance Lembang Float Market hanya jalan kaki sekitar 500m sahaja.

Setelah selesai solat jumaat, kami pun masuk ke Lembang Floating Market sambil berjalan-jalan meninjau menu-menu yang dijual di atas sampan, kami pun memesan makanan masing-masing dan duduk di meja makan di mana Mama & Baby Aakif menanti sambil menghabiskan makanan. Rambang jugalah mata apabila melihat menu-menu makanan yang sungguh enak dan sudah tentulah berselera untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan apabila berkunjung di Lembang Float Market. Selain daripada itu terdapat kemudahan Surau untuk bersolat serta gazebo-gazebo disediakan untuk berehat sambil makan. Terdapat juga gera-gerai yang menjual t-shirts dan souveniers.
Note : Lembang Market ini hanya dibuka dari jam 9.00am hingga 8.00pm. Di sini anda boleh membeli t-shirt dan pelbagai souveniers dengan harga berpatutan.

Sekitar jam 3.00 petang kami pun bertolak ke Bandung dan dalam perjalanan kami berhenti makan sekitar jam 4.30pm di salah sebuah restoran yang direkomend oleh Pak Angga dengan pelbagai menunya yang enak dan berselera. Kami check in di hotel Zodiak Pascal yang terletak di Jalan Pasirkaliki No. 50, Bandung, Jawa Barat.

Menu enak-enak belaka sedia terhidang di meja makan


Bersedia untuk menjamah makanan 


Day 3 (Sabtu : 16 Januari 2016) – Jalan-jalan ke kawah putih & juga shopping

Pada pagi Sabtu 16 Januari 2016, kami bangun awal untuk bersolat subuh dan breakfast di hotel sebelum bertolak ke kawah putih. Perjalanan ke sana akan mengambil masa selama hampir 3-4 jam mengikut keadaan kesesakan lalulintas. Kawah Putih adalah merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Bandung dan terletak di Jl. Raya Soreang, Ciwidey, Bandung, Jawa Barat. Kami membeli mask untuk dipakai bagi mengelakkan baud an juga habuk di kawasan kawah tersebut.

Gambar kawah putih


Pengunjung mencari spot untuk berfoto


Trek ke kawah putih


Pengunjung ramai  sedang menikmati panorama Kawah Putih  


Gaya adik di tepi Kawah Putih

Setibanya kami di pekan Bandung, kami sempat singgah di Cibaduyut dan jalan Champelas untuk bershopping dan jalan-jalan.

Untuk dinner malam itu, kami dibawa oleh Pak Anga ke kedai café di sebelah malamnya dan kami memesan kopi sambil makan roti bakar dan kek sambil berbual santai. Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel dan berehat sahaja.


Day 4 – Shopping di Bandung

Kami bangun awal pada hari Ahad 17 Januari 2016 dan bersiap sedia untuk beshopping selepas menikmati breakfast. Dari hotel kami dibawa oleh Pak Anga ke outlet-outlet di sekitar Bandung untuk shopping pakaian dan sebagainya tertumpu di 5 kawasan tarikan kaki shopping iaitu di Pasar Baru, Jalan Sukajadi, Dago, Jalan Riau & Jalan Cihampelas.

Kami sempat bershopping dan jalan-jalan di Pasar Gasibu (Depan Gedung Sate), Jalan Riau - Toko 3, Heritage, Cascade, Summit dan ke Jalan Braga (Lukisan & Art).

Kami juga singgah ke Kartika Sari Brownies di Jl. Haji Akbar No. 4, Pasir Kaliki, Cicendo, Bandung, Jawa Barat untuk membeli beberapa kotak brownies sebagai buah tangan nanti.
Setelah penat bershopping kami pun balik ke hotel untuk berehat.


Saat memesan kopi sambil berborak di Cafe


Kopi kaw.....


Pak Angga dan minuman kegemarannya


Day 5 – Shopping di Bandung & balik ke KL

Pada pagi Isnin 18 Januari 2016 kami hanya bersantai untuk breakfast kerana punya banyak waktu sebelum bertolak ke Airport di mana kami perlu ke Airport menjelang tengahari untuk flight balik ke Kuala Lumpur pada pukul 2.05pm.

Walau bagaimanpun kami telah meminta Pak Anga untuk mengambil kami di hotel dan singgah di shopping kompleks berdekatan ke Pasar Baru Trade Centre sementara menunggu masa untuk ke Airport. Di situ sempat lagi baby Aakif menaiki train mengelilingi ruang-ruang utama di shopping kompleks tersebut. 


Train warna-warni berlegar di dalam shopping kompleks

Kami lunch di foodcourt yang tedapat berbagai menu hidangan dari gerai-gerai jualannya di situ. Setelah makan tengahri kami menunggu Pak Anga di lobby shopping kompleks tersebut dan beberepa minint sahaja Pak Anga telah sampai untuk membawa kami ke Airport. Selepas urusan check-in luggage, pemeriksaan imegresen dan keselamatan, kami pun boarding sekitar jam 1.30 untuk menunggu flight di ruang pelepasan. Kami menaiki pesawat Malindo Air OD 0301 (Jet B737-800) dari BDO ke KUL yang mengambil masa sekitar 2 jam 5min  yang berlepas tepat jam 2.05pm dan  mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.10pm.


Baby Aakif dan Giyan Travelling Beruang tabah menunggu pesawat

Trip kami pada kali ini hanyalah trip santai menikmati alam sekitar di samping membeli belah di Bandung. Ke manakah destinasi selepas ini? Jangan lupa untuk terus mengikuti entri kami seterusnya walaupun jarang-jarang bersiaran kerana kekangan masa dan juga tugasan. Jumpa lagi & jom bercuti …….


No comments:

Post a Comment