Saturday, 25 April 2015

Europe Trip 2 : Part 1 - London

Flight Emirates KLIA ke Heathrow, London via Dubai, Qatar



Mulanya Destinasi Di Sini, kami bersyukur kerana kami sefamili sekali lagi berkesempatan menjelajah Europe di mana trip kali ini bermula di kota London. Seperti biasa, tempahan tiket dibuat beberapa bulan sebelumnya untuk membolehkan kami merangka perjalanan dengan teliti memandangkan trip kali ini akan melibatkan beberapa negara. (Tips : Untuk mendapatkan tiket flight yang murah, kami menggunakan kayak.com yang mana carian akan dibuat dengan membandingkan semua syarikat penerbangan yang ada dan harga adalah lebih murah berbanding dengan menempah direct daripada syarikat penerbangan tersebut. Jangan risau kerana tiada hidden charges dan kita hanya perlu membayar fee sebanyak 10USD sahaja on top of harga flight tiket tersebut. Harga ticket juga dalam USD). Kali ini, kami memilih untuk terbang bersama Emirates.


Untuk accommodation di London, kami selesa menginap di Travelodge, King Cross kerana lokasinya yang strategic berdekatan dengan main station, London King Cross / St Pancras (within walking distance) dan terdapat beberapa restaurant halal di sekitarnya. Sesiapa yang berminat dengan movie “Harry Porter” boleh bergambar di sini, di mana station St Pancras ini merupakan salah satu tempat shooting movie tersebut. Selain daripada itu, harga hotel ini sangat mampu milik, selesa dengan staff yang efficient dan friendly. (Tips : Terus ke website travelodge.com untuk membuat tempahan, anda juga boleh memilih lokasi berlainan sesuai dengan itinerary masing2).
Penerbangan kami pada Jumaat 6 Mac 2015 pukul 7.20pm dan jam 10.30am kami selamat mendarat di Terminal 3, Dubai International Airport. Connecting flight seterusnya ke Heathrow berlepas jam 3.10am dan selamat mendarat di Terminal 3, London Heathrow Airport pada jam 7.30am pada 7 Mac 2015. Selepas urusan imegresen dan pemeriksaan keselamatan, kami menaiki train dari airport ke King Cross / St Pancras station untuk check-in hotel. (Tips : Untuk memudahkan urusan imigresen, sediakan printed copies flight itinerary dan semua hotel booking confirmation di dalam satu folder memandangkan mereka akan bertanyakan standard questions mengenai trip kita i.e. tujuan trip, nak ke mana, berapa hari stay etc. Make sure everything in order sebab mereka agak sceptical jika belum buat hotel booking dan jika stay di rumah kawan/relatives, sila sediakan alamat lengkap).
 
Printed itinerary dan confirmation booking


Flight selamat mendarat di London Heathrow Airport


London Heathrow Airport
 
 
Train Airport ke Station King Cross/St Pancras

Sebelum menaiki train (ikut signboard untuk ke tube station Heathrow), kami membeli Oyster Card yang boleh dibeli di machine atau kaunter di Tube Station berharga (Adult – Deposit GBP5+nilai yang kita ingin top-up) & Child < 11 yrs travel for free). Kami sampai di King Cross / St Pancreas sekitar jam 10.30am dan terus ke Travelodge Hotel, King Cross di mana kami akan menginap selama 3 hari. Untuk early check-in, kami perlu membayar another GBP10. Untuk breakfast cum lunch, kami ke restoran Best Manga (Halal) berdekatan dengan hotel. Di sini, kami recommend untuk anda mencuba their succulent lamb shish, sangat sedap!
 
Trip kali ini merupakan susulan trip tahun lepas di mana kali ini kami hanya akan mengunjungi beberapa tempat sahaja seperti menaiki London Eye, menyusuri Thames river dan bershopping. (Note : Untuk berkongsi pengalaman mengenai tempat-tempat menarik yang kami telah kunjungi di London, bolehlah melawat entry Europe Trip 1 kami).


King Cross/St Pancras Station


Antara menu yang ada di Best Manga


London Eye, Big Ben dan Sainsbury’s, Camden Town

Selepas check in, kami berjalan keluar ke station Tube King Cross Station dan menaiki train Picadilly Line ke station Tube Leicester Square dan bertukar ke Northern Line untuk ke Station Tube Waterloo. (Tips : Download London tube map / print untuk memudahkan perjalanan, dan sekiranya anda travel on weekends, ada few stations yang tutup, jadi mungkin perlu interchange beberapa kali untuk ke destinasi). Apabila keluar dari station tersebut, jalan ikut signboard atau orang ramai yang berpusu-pusu ke London Eye. Kami terus beratur memandangkan ticket telah di book seminggu sebelum perjalanan (mereka akan email confirmation, print beserta bar code). Harga tiketnya (family) adalah GBP96 (RM370.00). Kami beratur sekitar 30mins sebelum dapat menaiki kapsul London Eye. Dari atas, bolehlah menikmati keindahan & permandangan kota London. (Tips : Silalah buat tempahan tiket awal untuk mengelak beratur panjang di kaunter jualan especially time peak season.)

Baby Aakif dalam capsule London Eye
 

View dari atas London Eye


Bergambar atas jambatan dengan view London Eye


 London Eye


Selepas turun dari London Eye, kami menyusuri Sungai Thames menuju ke Big Ben pula.

Selepas bergambar, kami berjalan ke station tube Westminster untuk menaiki train Circle Line ke station Embankment dan transit ke Northern Line untuk terus ke station Camden Town. Di Camden Town terdapat kedai serbaneka/pasaraya Sainsbury’s yang menjual pelbagai jenis chocolates dengan harga yang murah, di samping memborong fruit flavoured tea kegemaran kami untuk stock di KL. (Note : Sainsbury’s mempunyai banyak branch di kota London, tetapi di Camden Town adalah antara yang terbesar).

Since it was during weekend, jadi laluan masuk ke station agak sesak dan queue panjang, tapi mujurlah kami hanya perlu berpatah balik dengan menaiki train dengan jarak hanya satu perhentian sahaja untuk balik ke hotel Travelodge. For dinner, kami menapau kebab di Crystal Kebab (another halal restaurant) sebelah Mc Donalds King Cross di tepi station Tube King Cross/St Pancras.

Petticoat Lane Market & Shopping di Primarks & Mothercare

Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kami sangat teruja untuk ke Petticoat Lane Market kerana di situ terdapat pasar pagi yang menjual t-shirt, kasut Clarks (jika bernasib baik), beg, barangan kulit (mostly jackets), winter coat (only during winter season sahaja) dan lain-lain lagi dengan harga yang sangat murah. (Note : Petticoat Lane Market ini hanya dibuka pada hari Ahad sahaja). Untuk ke sini, kami menaiki train Circle Line ke station Liverpool Street dan naik escalator keluar ke jalanraya, kemudian perlu melintas jalan sahaja untuk ke Petticoat Lane Market. Di sini anda boleh membeli t-shirt London dan pelbagai souveniers dengan harga serendah GBP1! Setelah penat shopping, kami lunch di satu restoran Turki (restoran ini betul-betul berada di belakang tempat menjual leather jackets). Turkish pie sangat sedap dimakan panas-panas!

 Petticoat Lane Market

Bersantai di Petticoat Lane Market
 
Turkish pie in the making
 
 
Memandangkan baby Aakif akan meningkat usia 2 tahun, maka sudah tentulah pakaian kanak-kanak antara a must buy item dalam list. Di mana? Semestinya di Primarks dan Mothercare yang terletak berdekatan dengan station Marble Arch. (Mothercare is just opposite the road from Primarks). (Note : Primarks adalah sangat best okey! Jadi sekiranya anda ke London, jangan lepaskan peluang ke sini, for sure tak menyesal sebab terdapat pelbagai jenis barangan cantik dan berkualiti dengan harga yang murah tak masuk akal, lalalala….).

Primarks agak sesak dan agak sukar untuk mengawal kanak-kanak apatah lagi baby Aakif yang agak lasak. (Note : Semasa kami berada di Primarks, terdapat few announcements tentang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya namun tenggelam dengan suara orang ramai. Macamana kami menangani masalah ini? Mungkin di satu entry khusus kami akan share macamana babywearing memudahkan kami travel dari satu tempat ke satu tempat).

Setelah puas shopping, destinasi seterusnya adalah Harrods – tetapi kali ini bukan untuk bershopping, tetapi …….), jadi kami ke station Tube Bond Street untuk menaiki train Jubilee Line ke Green Parks dan transit ke Picadilly Line untuk ke station Knightbridge untuk ke Harrods. Luggage besar tidak dibenarkan dibawa masuk ke Harrods, jadi terpaksalah berpecah dua di mana Mama dan adik sahaja yang masuk dan yang lainnya menunggu di luar dengan luggage yang diisi pakaian baru dibeli sambil menghirup angin petang yang segar dan sejuk. Tujuan kami ke Harrods? Lalalala…. adalah untuk “menyelesaikan” craving yang kesekian kalinya kepada Laduree. Agak-agak bilalah diaorang ni nak bukak branch di KL yea? Okeh, belanja gambar Laduree satu…
 
Marble Arch
 
 Multi flavoured Laduree 


Untuk dinner malam itu, kami singgah di Crystal Kebab untuk tapau makanan kerana tidak bercadang untuk keluar di sebelah malammnya, di samping perlu berkemas untuk checkout keesokannya.

Tower Bridge

Kami bangun awal pada 9 Mac 2015 dan bersiap sedia untuk ke Tower Bridge. Dari station King Cross kami menaiki Circle Line terus ke station Tube Tower Hill. Keluar dan ikut signboard untuk ke Tower of London dan Tower Bridge melalui laluan underpass bagi pejalan kaki. Di persimpangan jejantas terdapat sebuah kedai yang menjual tshirt, makanan ringan dan minuman. Kami menyusuri jalan ke Tower of London & Tower Bridge dan sempat mengambil foto dan bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Kelihatan ramai juga pengunjung yang menanti untuk masuk ke muzium. Tower Bridge adalah antara tempat kegemaran kami di London, mungkin kerana terpesona dengan architecturenyakah atau kerana keglamerannya? Entahlah…
 
 
Gaya santai adik di Tower of London
 

Mama dan adik di Tower Hill

 
Lepaking
 
 
Tower Bridge 


Selepas itu kami patah balik semula dan masuk ke kedai di simpang underpass untuk membeli tshirt dan sedikit souveniers (lagi dan lagi, forever duk menyopping souveniers). Dari station Tube Tower Hill kami balik ke hotel Travelodge untuk mengambil luggage dan checkout sekitar jam 12.15pm. Kami ke station St Pancras dan membeli tiket ke London Gatwick Airport pula (St Pancras – London Gatwick perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam). (Note : Di sini, jangan lupa untuk return kad Oyster untuk mendapat deposit dan unused balance. Boleh dibuat di machine sahaja).

Sesampainya di Gatwick Airport, selepas urusan check-in, kami ke tingkat atas untuk solat jamak di bilik sembahyang pelbagai agama yang dipisahkan mengikut section. Surau terletak di bahagian hujung sekali siap dengan tempat wuduk.

Kemanakah destinasi kami di Europe selepas ini? Ikuti entri kami seterusnya…..



1 comment:

  1. Boleh emailkan intenary di london Afreez88@gmail.com. Tq

    ReplyDelete