Flight Easyjet, London Gatwick ke Rome
Pada 9 Mac
2015 jam 8.00pm kami telah selamat mendarat dengan Flight Easyjet EZY5259 di
Rome Fiumicino Airport (Terminal 2). Penerbangan dari London – Rome mengambil
masa selama 2 jam 30 minit. Perancangan awal ialah menaiki train Leonardo
Express ke station Rome Termini dengan kos Eur14/pax kerana jarak hotel kami ke
station tersebut hanya 5 minit sahaja dengan berjalan kaki. Tiket train boleh
didapati di vending machine atau tabacci. (Tips : Option lain ialah dengan menaiki bas
seperti Terravision dan Atral di mana tiket boleh dibeli dari kaunternya di
airport). Tiba-tiba kami telah disapa oleh seorang pemandu limosin dan
menawarkan harga Eur15/pax untuk menghantar kami terus ke depan pintu hotel.
Kami bersetuju dengan harga tersebut memandangkan boleh menjimatkan masa dan
tenaga tanpa perlu menunggu train dan berjalan dengan luggage besar. Sesampainya
di hotel, kami disambut mesra oleh pekerja hotel berketurunan cina semasa
check-in di Hotel Quisisana, Via Filippo Turati 45 Central Station, Rome untuk
2 malam yang telah kami tempah di web Booking.com berharga Eur143 (RM572). Kebanyakan hotel di Eropah akan mengenakan caj city tax yang perlu dibayar berasingan di hotel sekitar Eur2-4/pax/night. Jadi peruntukkanlah budget untuk city tax sama ada dibayar cash atau kad.
Keesokan harinya, kami keluar seawal jam 7.30am
selepas menyediakan sendiri breakfast ala kadar untuk dimakan dan ditapau
kerana mengejar masa (harga penginapan termasuk breakfast). Kami disapa oleh
staff semalam dan sekali lagi dia mengingatkan kami untuk berhati-hati
sepanjang berada di Rome kerana banyak penyeluk saku yang sangat pro dan
mensasarkan golongan pelancong. Kami berjalan ke Station Metro Rome Termini
yang terletak beberapa meter sahaja dari hotel dan terus ke kedai serbaneka
untuk membeli tiket Biglietto Giornaliero B.I.G. (Integrated Daily Ticket):
€6.00 (RM24)/pax yang boleh digunakan dalam masa 24 jam selepas tiket
divalidate untuk naik bas dan metro. Selain di vending machine tiket tersebut
juga boleh dibeli di tobacco shops,
newsagents dan kedai serbaneka di metro station.
Destinasi pertama kami ialah Colloseum. Untuk ke
sini, kami menaiki train di station Metro Rome Termini ke station Collesio
(Blue Line Fwd: Laurentina). Entrance ticket telahpun dibeli sebelum perjalanan
di web Ticktaly.com dengan harga Eur40/Family atau RM160 (2 Adult 2 Child). Di
voucher yang kami print tertera tiket masuk perlu ditukar di Palantine Hill,
iaitu entrance ke Roman Forum.
Setelah bergambar dan mengambil tiket kami terus
masuk ke Roman Forum. Kami mengambil keputusan untuk melawati Roman Forum terlebih
dahulu sebelum berpatah balik ke Colloseum.
Entrance to Roman
Forum
Roman
Forum
Bangunan lama dalam Roman
Forum
Pemandangan di Roman
Forum
Di Colloseum
kami tidak perlu beratur panjang kerana dengan tiket tadi kami terus dibenarkan
masuk. Agak lelah juga kerana perlu memanjat anak tangga ke aras tertinggi
sekali kerana Colloseum mempunyai banyak aras seperti sebuah stadium. Alhamdullilah,
tercapai sudah impian kami untuk menjejakkan kaki ke salah satu UNESCO World
Heritage Site ini.
Colloseum
Interior of Colloseum
Di depan pintu keluar Colloseum terdapat struktur
Arc of Constantine yang juga menarik perhatian para pelancong untuk bergambar.
Di sekitar halaman Colloseum dan Arc of Constantine banyak gerai menjual makanan
ringan, t shirts, souveniers dan fridge magnets. Walaupun cuaca sejuk,
anak-anak teringin untuk menikmati gelato dengan pelbagai rasa buah-buahan yang
sungguh enak. Harga satu cone gelato adalah sekitar Eur6 / RM24. Nasib baiklah
rasanya berbaloi dengan harganya! Jangan lupa untuk membeli miniature Colloseum
di sini untuk kenangan.
Menikmati gelato
Seterusnya kami ke Maximus Circus dengan melewati
jalan di tepi Arc of Constantine dengan jarak lebih kurang 1km. Dari situ kami
melewati Maximus Circus untuk ke Metro
Circus Maximo (Blue Line) untuk berpatah balik ke Metro Rome Termini dan kemudiannya transit/tukar train ke Metro Ottaviano (Red Line) (Fwd: Battistini)
untuk ke Vatican City pula.
Sampainya di stasion Ottavio, kami berjalan
mengekori orang ramai yang berpusu-pusu juga untuk ke sana. Di tepi jalan ke
Vatican City terdapat gerai yang menjual longgokan souveniers dan fridge magnet
yang sangat murah (Eur1 each). (Tips : Kepada sesiapa yang meminati beg jenama
Long Champ, terdapat satu kedai on the way ke Vatican City di mana harga Long
Champ di sini agak murah).
Destinasi seterusnya ialah Spanish Step. Untuk ke
sini, kami berpatah ballik ke station Ottavio menuju ke station Metro Spagna
untuk ke Spanish Step. Di sini terdapat ramai orang ramai duduk bersantai di
atas tangga sambil menikmati view bangunan klasik dengan udara sejuk dan nyaman.
Setelah mendaki tangga sehingga ke atas,
kami tidak melepaskan peluang untuk membeli gambar-gambar lukisan permandangan
di Rome atau bandar-bandar lain di Italy yang sungguh cantik dengan harga yang
mampu milik.
Water fountain di Spanish Step
Membeli lukisan yang sangat cantik di Spanish Step
Kami kembali ke station Spagna untuk berpatah balik
ke station Metro Barbenni dan berjalan ke HRC untuk membeli t-shirts. Selepas
shopping kami berjalan ke arah station Metro Barbenni semula dan melewati
station tersebut untuk ke Trevi Fountain tetapi malangnya ianya masih ditutup
untuk renovation. Agak kecewa di situ…
Trevi
Fountain under renovation
Memandangkan anak-anak sudah kepenatan, kami decide
untuk menaiki bus sahaja pulang ke Rome Termini. Setiap bas yang lalu tertera
destinasi atau route yang dilalui dan kebanyakan bas akan melalui station utama
Rome Termini. Setelah turun bas, kami melintas jalan ke bangunan bersebelahan
dengan Museo Nazionale Romano di mana di situ terdapat banyak pilihan restoran
halal. Kami berehat sahaja di bilik hotel di sebelah malamnya kerana tidak
bercadang untuk keluar di dalam cuaca yang kesejukan.
Pisa Tower
dan Florence
Keesokannya, kami check-out awal untuk mengejar earliest
train ke Florence. Semua tiket inter-city train telah kami beli terlebih awal melalui
web Trenitalia dan Trenord yang merupakan syarikat pengendali kereta api di
Italy. (Tips : Elakkan membeli train international (Euro City) untuk inter city train kerana harganya yang
amat mahal, hampir 3x ganda daripada harga Trenitalia).
(Lagi tips yang sangat penting : Sekiranya anda
telah membuat tempahan tiket terlebih awal, sila print confirmation booking
beserta dengan bar code, coach dan seat number, tiket ini sudah tidak perlu
divalidate lagi di train station. Dan sekiranya ada sesiapa yang approach anda
untuk tolong angkatkan beg atau tolong carikan coach dan seat number anda, sila
ignore sebab diaorang adalah mereka-mereka yang mengambil kesempatan untuk
“pau” anda. Sebagai tips, diaorang tak accept coins, sebaliknya mahukan notes
sahaja, dan jika anda tak memiliki notes kecil, habislah…. Tetapi sekiranya
anda memang memerlukan bantuan, pastikan anda memiliki small notes yea i.e.
Eur5). Dan juga cuba untuk sampai awal di station, untuk mendapatkan info lengkap
perjalanan train dan platform di mana train anda akan depart (akan dipaparkan
di screen besar di station). Lagi tips yang kurang penting tetapi perlu untuk
“coffee lover”, silalah beli hot coffee di station, sedap seyhh…
(Lagi tips : Ticket yang baru di beli di kaunter
train sahaja yang perlu divalidate sebelum menaiki train. Failure to validate
will result in hefty fine. Machine untuk validate ticket ada di station dan
juga tiang-tiang berdekatan dengan platform).
Kami menaiki train Trenitalia - Fabrianca Express
yang bertolak tepat jam 6.50am dari Rome Termini ke Florence (Firenze Santa
Maria Novella Stazione) dengan harga yang ditempah di web beberapa bulan
sebelum perjalanan berjumlah EUR58/family(2A2C)(RM232). (Tips : Sila bawa
minuman dan makanan yang boleh dinikmati sepanjang perjalanan dan juga untuk
selesakan telinga anda ketika pecutan train mencecah 250km sejam. Phewwww………).
Sebaik sahaja sampai di Florence jam 8.30am , kami
mencari perkhidmatan left luggage office di Florence station yang terletak di
sebelah kanan track 16 dan tertera papan tanda besar ‘Deposito Bagagli a MANO
(luggage deposit)’ beside Police Office. Caj adalah untuk First 5 hrs: € 3.80,
6-12 hrs: € 0.60 (per hour), > 13 hrs: € 0.20 (per hour). Sebaik sahaja
luggage diterima, pekerja kaunter akan memberi slip tanda terima dan hendaklah
disimpan dengan baik bagi tujuan tuntutan dan pembayaran kelak.
Setelah itu, kami ke kaunter Trenitalia untuk
membeli train dari Florence ke Pisa Central dan harga return ticket adalah Eur48/family
(Eur7/way)(Total – RM192). (Tips : Kami tidak membeli tiket ini terlebih awal kerana
ia hanya mula dijual seminggu sebelum perjalanan. Lagipun tidak perlu risau
kerana terdapat banyak kekosongan seat di dalam train. Kepada family atau group
yang bercadang untuk duduk bersama di dalam train sila tunggu dan naik train
lebih awal kerana ia adalah free seating train).
Setibanya kami di Pisa Central, kami mengikut orang
ramai yang bergegas menuju ke bus stand di depan station keretapi berdekatan
dengan Pisa Jolly Hotel untuk menaiki Bus – LAM = Linea ad Alta Mobilità (Red/Orange
Color) di mana tiket boleh dibeli di atas bas dengan harga Eur4.40/Family
(RM20). Sampai di Pisa Central, para pengunjung boleh membeli belah di banyak
gerai yang menjual t-shirts, souveniers, fridge magnets dan makanan ringan atau
terus menuju ke kaunter tiket
berpandukan papan tanda. Oleh kerana kami telah pun menempah tiket di web WeekendInItaly.com, kami hanya perlu beratur
di pintu masuk Pisa Leaning Tower sahaja untuk naik terus ke tingkat atas tower
tersebut. Harganya adalah Eur 88.28 / 4 ticket (RM360). Waktu operasi The Leaning
Tower dan museumnya adalah dari jam 8:30 am - 8:30 pm. (Note : Ada had umur
untuk kanak-kanak naik ke tingkat atas kerana laluan sempit dengan anak tangga yang
tidak sekata). Oleh itu, sekali lagi kami terpaksa berpecah. Abah naik dahulu
dengan along dan adik sementara mama menunggu baby di bawah. Termengah-mengah
jugalah kami untuk menghabiskan misi menawan puncak The Leaning Tower of Pisa
dan mencatat sejarah kami sendiri. Selepas itu, turn mama pula naik sendirian
sementara yang lain menjaga baby Aakif yang rupa-rupanya ada agenda sendiri
mengejar pigeons di situ…
Dari jauh sudah kelihatan Pisa Tower
Winding steps leading to top of Pisa Tower
Penat mendaki naik ke Pisa Tower
The leaning tower of Pisa
Pisa Tower lagi
Last photo with Pisa tower as background
Setelah acara melawat Pisa Tower dan shopping di
gerai-gerai sekitarnya, lebih kurang jam 2.00pm kami ke bus stand di seberang
jalan untuk menunggu bas LAM untuk kembali ke bus station di Pisa Central atau Ponte di Mezzo dan berjalan kaki ke Pisa
Central.
Duomo Florence
Pada jam 7.30pm kami menaiki train Trenitalia -
FRECCIARGENTO 9446 dari Florence (Firenze Santa Maria Novella Stazione) ke
Venezia Santa Lucia (Venice) yang telah ditempah awal dengan tiket berharga
Eur58/Family (RM240). Pada jam
9.35pm kami sampai di Venice dan terpaksa gigih berjalan menarik luggage
membelah kepekatan malam ditiupi angin yang sangat sejuk menyusuri terusan/canal
sambil menikmati suasana yang sangat cantik. Berpandukan peta yang telah kami
print kami melalui beberapa jambatan dan tanpa disedari sekitar jam 10.00pm kami
telah pun sampai di depan Hotel Airone, Venice (Berhadapan the Venezia SL
Station tapi kena menyeberangi canal). Oleh kerana keletihan seharian berjalan
kami langsung berehat dan tertidur dengan sangat nyenyak.
View dari depan hotel kami
Menyusuri Canal di Venice
Pada keesokan harinya, kami check-out awal pagi dan
selepas meninggalkan luggage di hotel, kami mulakan misi menawan Venice city.
Kami menyeberangi canal untuk ke jeti Vaparetto (water bus) di depan Venezia
Santa Lucia Staion, Venice. Terdapat banyak jeti gondola yang menyediakan gondola
berbagai bentuk dan ukiran tetapi harganya pun boleh tahan. Kami hanya menaiki
water bus sahaja yang mana tiketnya valid untuk
tempoh 60mins perjalanan secara hop on hop off, boleh dibeli di kaunter
tiket jeti Ferrovia ke San Marco (Single Journey). (Tips : Harga Standard
single tickets adalah €7.00 each dan hendaklah divalidate terlebih dahulu di
mesin sebelum masuk ke deck/vaparetto bus stand sementara menunggu). Vaparetto
Water Bus Line #2 adalah paling cepat sampai
ke Grand Canal dalam masa 25 mins sahaja, berhenti hanya di Tronchetto (parking lot), Piazzale
Roma (bus station), Ferrovia (train station), San Marcuola, Rialto Bridge, San
Tomà (Frari Church), Accademia Bridge, and San Marco (west end of St. Mark’s
Square).
Selepas turun sebentar di Rialto Bridge untuk
bergambar dan juga shopping tshirts di HRC, kami menaiki semula
Vaparetto bus di jeti Rialto untuk ke jeti San Marco. Kami mengekori orang ramai
yang berjalan menuju ke San Marco dan melewati gerai-gerai di sepanjang jalan
di tepi canal. Kami bersantai seketika di dataran depan San Marco, St Mark Square dan Bell Tower. Setelah itu
dengan berpandukan map yang dibawa, kami berjalan balik ke Grand Canal &
Fish Market @ Rialto Bridge menyusuri dan memyeberangi canal-canal dalam bentuk
puzzle zig zag untuk ke hotel.
"Gondolas" icon of Venice
Suasana romantik ketika menaiki gondola
View from water bus
One of the shops in Venice
Italiano pasta
Italiano pasta lagi
View canal dan bangunan yang cantik
View from Venice's train station
Sebelum sampai ke hotel, kami berhenti di restoran
yang ada menjual pizza halal sebaris jalan dengan station Vinezia SM Novella
untuk lunch sambil berehat. Sekitar jam 3.00pm kami ke hotel untuk ambil
luggage dan solat jamak di suatu sudut
dataran berhampiran restoran tadi di antara canal dan gerai-gerai jualan. Pada
jam 5.50pm kami menaiki Trenitalia - Train FrecciaBianca 9742 dari Venice
(Venezia Santa Lucia) ke Milano Centrale yang telah ditempah dengan harga Eur36
(RM150) mengambil masa 2 jam setengah untuk tiba di Milan. Pada jam 8.25pm kami
selamat tiba di Milano Centrale
Station.
View dari train Venice ke Milan
Setibanya kami di Milano Centrale, kami terus
membeli tiket Metro+Tram untuk pakej 2 hari berharga - Eur5,5/pax (Total
RM96/Family/4 tiket). (Tips : Tiket boleh dibeli di kiosks, shops, metro
stations, tobacco shops di mana Single way ticket - 1 euro (75min + metro), 1
day ticket - 3 euros & 2 days ticket - 5,5 euros. Metro di Milano ada 3
lines aitu Red line --> North East & West; Green line --> North East
& South West; dan Yellow line --> North & South).
Untuk ke hotel, kami menaiki Tram no. 5 di luar
station menuju ke station tram terakhir iaitu V’le Ca’ Granda (Ospedale
Maggiore) berdekatan Hospital dan transit ke Tram no. 4 selanjutnya di situ
menghala ke Niguarda (Porco Nord) dan berhenti di station Niguarda Nord. Sebaik
sahaja naik ke tram, pastikan tiket tersebut divalidate di mesin yang
disediakan berdekatan pintu masuk tram. Setibanya di perhentian terakhir dekat
Hospital kami terpinga-pinga kerana itu adalah perhentian terakhir bagi tram
no. 5 kerana kami jangkakan ia akan terus membawa kami hingga ke station Niguarda
Nord. Kami bertanyakan 2-3 locals yang juga sedang menuggu tram. Alhamdullilah walaupun kurang fasih berbahasa
Inggeris mereka cuba menerangkan kepada kami untuk ke Niguarda Nord kami perlu
transit dan naik tram no. 4. Sebaik sahaja
turun di station Niguarda Nord tersebut kami berhenti untuk tapau makanan di
Restoran Sara yang menjual makanan halal.
Akhirnya, kami check-in sekitar jam 10.00pm di Hotel
Ornato Grouppo Minihotel, Milan untuk penginapan kami sepanjang 3 hari kami berada
di Milan. Kami berehat di bilik yang sangat luas, menarik dan sungguh berpuas
hati sambil makan kebab yang dibeli sebelum tidur. (Tips : Hotel Ornato memang recommended
kerana lokasinya dan harganya yang amat berpatutan dan dikelilingi kemudahan
yang diperlukan pelancong).
Ikuti kemeriahan kami menjelajah kota Milan dan nikmati
keindahan alam ciptaanNya di Prague dalam entri seterusnya………….
Itali memang best.... sebuah muzium terbuka
ReplyDeleteSaya cuma pergi Milan, Florence dan Rom sajer... ada rezeki nak terjah tempat lain pulak dalam Itali...
Shopping outlet juga menjadi tarikan agar ke sana lagi.
ReplyDeleteArtikel yang menarik. Boleh di jadikan reference di masa akan datang
ReplyDeleteTerima kasih untuk info yang bagus.
ReplyDeleteInsyaallah akan pergi ke Itali pada September 2017
Train Trenatalia dan Trenord sangat mudah dan pantas jika mahu ke destinasi bandar-bandar di Italy serta boleh plan dan ditempah awal di websitenya. Selamat bercuti....
ReplyDeletehi salam tuan. if tak keberatan boleh emelkan saya itinerary tuan sepanjang di eropah? ini emel saya hanaan_normi@yahoo.com
ReplyDeleteWaalaikumsalam lumie. Boleh. Sila rujuk email utk iti. Selamat bercuti ye. Terima kasih.
ReplyDeletesalam, boleh emailkan itinerary kpd sy juga ? thanks
ReplyDeleteWaalaikumsalam, boleh beri email address pls.. Thanks.
Deletesalam..tuan ..blog yang sangat bermanfaat dan lengkap..jika berkelapangan mohon sharekan itinerary kat emel saya..apeapelahlabu@gmail.com tq
ReplyDeleteSalam tuan. Terima kasih di atas guides and tips yang sangat bermanfaat ini. Sekiranya tidak keberatan mohon emailkan itinerary tuan ke saraidylla.isbah@gmail.com ya. Saya merancang nak ke italy dalam masa terdekat. Tq in advance!
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya Noormie. Blog tuan sangat detail untuk Saya Jadikan panduan. Saya akan ke eropah pada 26 April 2018. Mohon jasa baik tuan untuk share iti tuan ke email saya untuk Saya Jadikan rujukan. Terima kasih. Email:a.noormie@gmail.com
ReplyDeleteassalamualaikum tuan...perjalanan yg menarik..bole kongsikan iti dgn sy??? tq..
ReplyDeleteEmail : jill_aeya@yahoo.com
Assalam tuan. Saya sangat berminat dgn europe trip tuan. Boleh emailkan complete europe trip iti tuan ke email saya kunas1970@gmail.com. Jzkk.
ReplyDeleteSangat menarik..harap jgn delete....untuk rujukan semua
ReplyDeleteSalaam Adik,
ReplyDeleteTeruja tatkala baca blog Adik. Kakak sedang terfikir Akan itinerary utk ke Italy. Mohon kongsi itinerary Adik dengan kakak. Email: zara.razak69@gmail.com
Semoga Adik Dan keluaga sihat2x selalu. Terima kasih
Thank You and I have a dandy proposal: House Renovation Canada whole house remodel cost
ReplyDelete