Wednesday, 29 April 2015

Europe Trip 2 : Part 2 - Italy (Rome, Florence, Pisa Tower & Venice)


Flight Easyjet, London Gatwick ke Rome

Pada 9 Mac 2015 jam 8.00pm kami telah selamat mendarat dengan Flight Easyjet EZY5259 di Rome Fiumicino Airport (Terminal 2). Penerbangan dari London – Rome mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Perancangan awal ialah menaiki train Leonardo Express ke station Rome Termini dengan kos Eur14/pax kerana jarak hotel kami ke station tersebut hanya 5 minit sahaja dengan berjalan kaki. Tiket train boleh didapati di vending machine atau tabacci. (Tips : Option lain ialah dengan menaiki bas seperti Terravision dan Atral di mana tiket boleh dibeli dari kaunternya di airport). Tiba-tiba kami telah disapa oleh seorang pemandu limosin dan menawarkan harga Eur15/pax untuk menghantar kami terus ke depan pintu hotel. Kami bersetuju dengan harga tersebut memandangkan boleh menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu menunggu train dan berjalan dengan luggage besar. Sesampainya di hotel, kami disambut mesra oleh pekerja hotel berketurunan cina semasa check-in di Hotel Quisisana, Via Filippo Turati 45 Central Station, Rome untuk 2 malam yang telah kami tempah di web Booking.com berharga Eur143 (RM572). Kebanyakan hotel di Eropah akan mengenakan caj city tax yang perlu dibayar berasingan di hotel sekitar Eur2-4/pax/night. Jadi peruntukkanlah budget untuk city tax sama ada dibayar cash atau kad.    

Keesokan harinya, kami keluar seawal jam 7.30am selepas menyediakan sendiri breakfast ala kadar untuk dimakan dan ditapau kerana mengejar masa (harga penginapan termasuk breakfast). Kami disapa oleh staff semalam dan sekali lagi dia mengingatkan kami untuk berhati-hati sepanjang berada di Rome kerana banyak penyeluk saku yang sangat pro dan mensasarkan golongan pelancong. Kami berjalan ke Station Metro Rome Termini yang terletak beberapa meter sahaja dari hotel dan terus ke kedai serbaneka untuk membeli tiket Biglietto Giornaliero B.I.G. (Integrated Daily Ticket): €6.00 (RM24)/pax yang boleh digunakan dalam masa 24 jam selepas tiket divalidate untuk naik bas dan metro. Selain di vending machine tiket tersebut juga boleh dibeli di  tobacco shops, newsagents dan kedai serbaneka di metro station.

Destinasi pertama kami ialah Colloseum. Untuk ke sini, kami menaiki train di station Metro Rome Termini ke station Collesio (Blue Line Fwd: Laurentina). Entrance ticket telahpun dibeli sebelum perjalanan di web Ticktaly.com dengan harga Eur40/Family atau RM160 (2 Adult 2 Child). Di voucher yang kami print tertera tiket masuk perlu ditukar di Palantine Hill, iaitu entrance ke Roman Forum.

Setelah bergambar dan mengambil tiket kami terus masuk ke Roman Forum. Kami mengambil keputusan untuk melawati Roman Forum terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Colloseum.


Entrance to Roman Forum



Roman Forum





Bangunan lama dalam Roman Forum

Pemandangan di Roman Forum

 Di Colloseum kami tidak perlu beratur panjang kerana dengan tiket tadi kami terus dibenarkan masuk. Agak lelah juga kerana perlu memanjat anak tangga ke aras tertinggi sekali kerana Colloseum mempunyai banyak aras seperti sebuah stadium. Alhamdullilah, tercapai sudah impian kami untuk menjejakkan kaki ke salah satu UNESCO World Heritage Site ini.

 Colloseum

 Interior of Colloseum

Di depan pintu keluar Colloseum terdapat struktur Arc of Constantine yang juga menarik perhatian para pelancong untuk bergambar. Di sekitar halaman Colloseum dan Arc of Constantine banyak gerai menjual makanan ringan, t shirts, souveniers dan fridge magnets. Walaupun cuaca sejuk, anak-anak teringin untuk menikmati gelato dengan pelbagai rasa buah-buahan yang sungguh enak. Harga satu cone gelato adalah sekitar Eur6 / RM24. Nasib baiklah rasanya berbaloi dengan harganya! Jangan lupa untuk membeli miniature Colloseum di sini untuk kenangan.

Menikmati gelato
Seterusnya kami ke Maximus Circus dengan melewati jalan di tepi Arc of Constantine dengan jarak lebih kurang 1km. Dari situ kami melewati  Maximus Circus untuk ke Metro Circus Maximo (Blue Line) untuk berpatah balik ke Metro Rome Termini  dan kemudiannya transit/tukar train ke  Metro Ottaviano (Red Line) (Fwd: Battistini) untuk ke Vatican City pula.

Sampainya di stasion Ottavio, kami berjalan mengekori orang ramai yang berpusu-pusu juga untuk ke sana. Di tepi jalan ke Vatican City terdapat gerai yang menjual longgokan souveniers dan fridge magnet yang sangat murah (Eur1 each). (Tips : Kepada sesiapa yang meminati beg jenama Long Champ, terdapat satu kedai on the way ke Vatican City di mana harga Long Champ di sini agak murah).

Destinasi seterusnya ialah Spanish Step. Untuk ke sini, kami berpatah ballik ke station Ottavio menuju ke station Metro Spagna untuk ke Spanish Step. Di sini terdapat ramai orang ramai duduk bersantai di atas tangga sambil menikmati view bangunan klasik dengan udara sejuk dan nyaman. Setelah mendaki  tangga sehingga ke atas, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli gambar-gambar lukisan permandangan di Rome atau bandar-bandar lain di Italy yang sungguh cantik dengan harga yang mampu milik.
 
Water fountain di Spanish Step

Membeli lukisan yang sangat cantik di Spanish Step
 
Kami kembali ke station Spagna untuk berpatah balik ke station Metro Barbenni dan berjalan ke HRC untuk membeli t-shirts. Selepas shopping kami berjalan ke arah station Metro Barbenni semula dan melewati station tersebut untuk ke Trevi Fountain tetapi malangnya ianya masih ditutup untuk renovation. Agak kecewa di situ…
 
Trevi Fountain under renovation

Memandangkan anak-anak sudah kepenatan, kami decide untuk menaiki bus sahaja pulang ke Rome Termini. Setiap bas yang lalu tertera destinasi atau route yang dilalui dan kebanyakan bas akan melalui station utama Rome Termini. Setelah turun bas, kami melintas jalan ke bangunan bersebelahan dengan Museo Nazionale Romano di mana di situ terdapat banyak pilihan restoran halal. Kami berehat sahaja di bilik hotel di sebelah malamnya kerana tidak bercadang untuk keluar di dalam cuaca yang kesejukan.   


Pisa Tower dan Florence

Keesokannya, kami check-out awal untuk mengejar earliest train ke Florence. Semua tiket inter-city train telah kami beli terlebih awal melalui web Trenitalia dan Trenord yang merupakan syarikat pengendali kereta api di Italy. (Tips : Elakkan membeli train international (Euro City)  untuk inter city train kerana harganya yang amat mahal, hampir 3x ganda daripada harga Trenitalia).

(Lagi tips yang sangat penting : Sekiranya anda telah membuat tempahan tiket terlebih awal, sila print confirmation booking beserta dengan bar code, coach dan seat number, tiket ini sudah tidak perlu divalidate lagi di train station. Dan sekiranya ada sesiapa yang approach anda untuk tolong angkatkan beg atau tolong carikan coach dan seat number anda, sila ignore sebab diaorang adalah mereka-mereka yang mengambil kesempatan untuk “pau” anda. Sebagai tips, diaorang tak accept coins, sebaliknya mahukan notes sahaja, dan jika anda tak memiliki notes kecil, habislah…. Tetapi sekiranya anda memang memerlukan bantuan, pastikan anda memiliki small notes yea i.e. Eur5). Dan juga cuba untuk sampai awal di station, untuk mendapatkan info lengkap perjalanan train dan platform di mana train anda akan depart (akan dipaparkan di screen besar di station). Lagi tips yang kurang penting tetapi perlu untuk “coffee lover”, silalah beli hot coffee di station, sedap seyhh…

(Lagi tips : Ticket yang baru di beli di kaunter train sahaja yang perlu divalidate sebelum menaiki train. Failure to validate will result in hefty fine. Machine untuk validate ticket ada di station dan juga tiang-tiang berdekatan dengan platform).

Kami menaiki train Trenitalia - Fabrianca Express yang bertolak tepat jam 6.50am dari Rome Termini ke Florence (Firenze Santa Maria Novella Stazione) dengan harga yang ditempah di web beberapa bulan sebelum perjalanan berjumlah EUR58/family(2A2C)(RM232). (Tips : Sila bawa minuman dan makanan yang boleh dinikmati sepanjang perjalanan dan juga untuk selesakan telinga anda ketika pecutan train mencecah 250km sejam. Phewwww………).

Sebaik sahaja sampai di Florence jam 8.30am , kami mencari perkhidmatan left luggage office di Florence station yang terletak di sebelah kanan track 16 dan tertera papan tanda besar ‘Deposito Bagagli a MANO (luggage deposit)’ beside Police Office. Caj adalah untuk First 5 hrs: € 3.80, 6-12 hrs: € 0.60 (per hour), > 13 hrs: € 0.20 (per hour). Sebaik sahaja luggage diterima, pekerja kaunter akan memberi slip tanda terima dan hendaklah disimpan dengan baik bagi tujuan tuntutan dan pembayaran kelak. 

Setelah itu, kami ke kaunter Trenitalia untuk membeli train dari Florence ke Pisa Central dan harga return ticket adalah Eur48/family (Eur7/way)(Total – RM192). (Tips : Kami tidak membeli tiket ini terlebih awal kerana ia hanya mula dijual seminggu sebelum perjalanan. Lagipun tidak perlu risau kerana terdapat banyak kekosongan seat di dalam train. Kepada family atau group yang bercadang untuk duduk bersama di dalam train sila tunggu dan naik train lebih awal kerana ia adalah free seating train).

Setibanya kami di Pisa Central, kami mengikut orang ramai yang bergegas menuju ke bus stand di depan station keretapi berdekatan dengan Pisa Jolly Hotel untuk menaiki Bus – LAM = Linea ad Alta Mobilità (Red/Orange Color) di mana tiket boleh dibeli di atas bas dengan harga Eur4.40/Family (RM20). Sampai di Pisa Central, para pengunjung boleh membeli belah di banyak gerai yang menjual t-shirts, souveniers, fridge magnets dan makanan ringan atau terus  menuju ke kaunter tiket berpandukan papan tanda. Oleh kerana kami telah pun menempah tiket di web  WeekendInItaly.com, kami hanya perlu beratur di pintu masuk Pisa Leaning Tower sahaja untuk naik terus ke tingkat atas tower tersebut. Harganya adalah Eur 88.28 / 4 ticket (RM360). Waktu operasi The Leaning Tower dan museumnya adalah dari jam 8:30 am - 8:30 pm. (Note : Ada had umur untuk kanak-kanak naik ke tingkat atas  kerana laluan sempit dengan anak tangga yang tidak sekata). Oleh itu, sekali lagi kami terpaksa berpecah. Abah naik dahulu dengan along dan adik sementara mama menunggu baby di bawah. Termengah-mengah jugalah kami untuk menghabiskan misi menawan puncak The Leaning Tower of Pisa dan mencatat sejarah kami sendiri. Selepas itu, turn mama pula naik sendirian sementara yang lain menjaga baby Aakif yang rupa-rupanya ada agenda sendiri mengejar pigeons di situ…  


Dari jauh sudah kelihatan Pisa Tower 
 

Winding steps leading to top of Pisa Tower
 
 

Penat mendaki naik ke Pisa Tower


The leaning tower of Pisa   


Pisa Tower lagi


Last photo with Pisa tower as background


Setelah acara melawat Pisa Tower dan shopping di gerai-gerai sekitarnya, lebih kurang jam 2.00pm kami ke bus stand di seberang jalan untuk menunggu bas LAM untuk kembali ke bus station di Pisa Central  atau Ponte di Mezzo dan berjalan kaki ke Pisa Central.

 Sementara menunggu train ke Venice, kami berjalan berpandukan peta yang kami print menerusi jalan Via dei Stazione, Via dei Panzani, Via dei Cerattani, Via dei Vecchietti, Via dei Peccori dan tiba ke HRC Firenze di alamat Via Dè Brunelleschi, 1, 50123 Firenze, Italy. Selepas membeli t-shirts kami menuju ke Duomo pula sebelum berpatah balik ke Florence Station. Sementara menunggu train kami solat jamak di sudut hujung lapang kawasan menunggu di station tersebut. Di sini juga kami ke kaunter Trenitalia untuk menukar voucher dan print tiket perjalanan seterusnya dari Milan ke Lugano, Switzerland  dan juga return tiket Milan ke Como.


Duomo Florence


Pada jam 7.30pm kami menaiki train Trenitalia - FRECCIARGENTO 9446 dari Florence (Firenze Santa Maria Novella Stazione) ke Venezia Santa Lucia (Venice) yang telah ditempah awal dengan tiket berharga Eur58/Family (RM240). Pada jam 9.35pm kami sampai di Venice dan terpaksa gigih berjalan menarik luggage membelah kepekatan malam ditiupi angin yang sangat sejuk menyusuri terusan/canal sambil menikmati suasana yang sangat cantik. Berpandukan peta yang telah kami print kami melalui beberapa jambatan dan tanpa disedari sekitar jam 10.00pm kami telah pun sampai di depan Hotel Airone, Venice (Berhadapan the Venezia SL Station tapi kena menyeberangi canal). Oleh kerana keletihan seharian berjalan kami langsung berehat dan tertidur dengan sangat nyenyak.
 
View dari depan hotel kami


Menyusuri Canal di Venice

Pada keesokan harinya, kami check-out awal pagi dan selepas meninggalkan luggage di hotel, kami mulakan misi menawan Venice city. Kami menyeberangi canal untuk ke jeti Vaparetto (water bus) di depan Venezia Santa Lucia Staion, Venice. Terdapat banyak jeti gondola yang menyediakan gondola berbagai bentuk dan ukiran tetapi harganya pun boleh tahan. Kami hanya menaiki water bus sahaja yang mana tiketnya valid untuk  tempoh 60mins perjalanan secara hop on hop off, boleh dibeli di kaunter tiket jeti Ferrovia ke San Marco (Single Journey). (Tips : Harga Standard single tickets adalah €7.00 each dan hendaklah divalidate terlebih dahulu di mesin sebelum masuk ke deck/vaparetto bus stand sementara menunggu). Vaparetto Water Bus  Line #2 adalah paling cepat sampai ke Grand Canal dalam masa 25 mins sahaja, berhenti  hanya di Tronchetto (parking lot), Piazzale Roma (bus station), Ferrovia (train station), San Marcuola, Rialto Bridge, San Tomà (Frari Church), Accademia Bridge, and San Marco (west end of St. Mark’s Square).

Selepas turun sebentar di Rialto Bridge untuk bergambar dan juga shopping tshirts di HRC, kami menaiki semula Vaparetto bus di jeti Rialto untuk ke jeti San Marco. Kami mengekori orang ramai yang berjalan menuju ke San Marco dan melewati gerai-gerai di sepanjang jalan di tepi canal. Kami bersantai seketika di dataran depan San Marco,  St Mark Square dan Bell Tower. Setelah itu dengan berpandukan map yang dibawa, kami berjalan balik ke Grand Canal & Fish Market @ Rialto Bridge menyusuri dan memyeberangi canal-canal dalam bentuk puzzle zig zag untuk ke hotel.
 

"Gondolas" icon of Venice
Suasana romantik ketika menaiki gondola
  
View from water bus
One of the shops in Venice
  
Italiano pasta
Italiano pasta lagi
 View canal dan bangunan yang cantik
View from Venice's train station


Sebelum sampai ke hotel, kami berhenti di restoran yang ada menjual pizza halal sebaris jalan dengan station Vinezia SM Novella untuk lunch sambil berehat. Sekitar jam 3.00pm kami ke hotel untuk ambil luggage  dan solat jamak di suatu sudut dataran berhampiran restoran tadi di antara canal dan gerai-gerai jualan. Pada jam 5.50pm kami menaiki Trenitalia - Train FrecciaBianca 9742 dari Venice (Venezia Santa Lucia) ke Milano Centrale yang telah ditempah dengan harga Eur36 (RM150) mengambil masa 2 jam setengah untuk tiba di Milan. Pada jam 8.25pm kami selamat tiba di Milano Centrale  Station. 

View dari train Venice ke Milan

Setibanya kami di Milano Centrale, kami terus membeli tiket Metro+Tram untuk pakej 2 hari berharga - Eur5,5/pax (Total RM96/Family/4 tiket). (Tips : Tiket boleh dibeli di kiosks, shops, metro stations, tobacco shops di mana Single way ticket - 1 euro (75min + metro), 1 day ticket - 3 euros & 2 days ticket - 5,5 euros. Metro di Milano ada 3 lines aitu Red line --> North East & West; Green line --> North East & South West; dan Yellow line --> North & South).

Untuk ke hotel, kami menaiki Tram no. 5 di luar station menuju ke station tram terakhir iaitu V’le Ca’ Granda (Ospedale Maggiore) berdekatan Hospital dan transit ke Tram no. 4 selanjutnya di situ menghala ke Niguarda (Porco Nord) dan berhenti di station Niguarda Nord. Sebaik sahaja naik ke tram, pastikan tiket tersebut divalidate di mesin yang disediakan berdekatan pintu masuk tram. Setibanya di perhentian terakhir dekat Hospital kami terpinga-pinga kerana itu adalah perhentian terakhir bagi tram no. 5 kerana kami jangkakan ia akan terus membawa kami hingga ke station Niguarda Nord. Kami bertanyakan 2-3 locals yang juga sedang menuggu tram.  Alhamdullilah walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris mereka cuba menerangkan kepada kami untuk ke Niguarda Nord kami perlu transit dan naik tram no. 4. Sebaik sahaja turun di station Niguarda Nord tersebut kami berhenti untuk tapau makanan di Restoran Sara yang menjual makanan halal.

Akhirnya, kami check-in sekitar jam 10.00pm di Hotel Ornato Grouppo Minihotel, Milan untuk penginapan kami sepanjang 3 hari kami berada di Milan. Kami berehat di bilik yang sangat luas, menarik dan sungguh berpuas hati sambil makan kebab yang dibeli sebelum tidur. (Tips : Hotel Ornato memang recommended kerana lokasinya dan harganya yang amat berpatutan dan dikelilingi kemudahan yang diperlukan pelancong).  

Ikuti kemeriahan kami menjelajah kota Milan dan nikmati keindahan alam ciptaanNya di Prague dalam entri seterusnya………….   




17 comments:

  1. Itali memang best.... sebuah muzium terbuka

    Saya cuma pergi Milan, Florence dan Rom sajer... ada rezeki nak terjah tempat lain pulak dalam Itali...

    ReplyDelete
  2. Shopping outlet juga menjadi tarikan agar ke sana lagi.

    ReplyDelete
  3. Artikel yang menarik. Boleh di jadikan reference di masa akan datang

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk info yang bagus.
    Insyaallah akan pergi ke Itali pada September 2017

    ReplyDelete
  5. Train Trenatalia dan Trenord sangat mudah dan pantas jika mahu ke destinasi bandar-bandar di Italy serta boleh plan dan ditempah awal di websitenya. Selamat bercuti....

    ReplyDelete
  6. hi salam tuan. if tak keberatan boleh emelkan saya itinerary tuan sepanjang di eropah? ini emel saya hanaan_normi@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam lumie. Boleh. Sila rujuk email utk iti. Selamat bercuti ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam, boleh emailkan itinerary kpd sy juga ? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, boleh beri email address pls.. Thanks.

      Delete
  9. salam..tuan ..blog yang sangat bermanfaat dan lengkap..jika berkelapangan mohon sharekan itinerary kat emel saya..apeapelahlabu@gmail.com tq

    ReplyDelete
  10. Salam tuan. Terima kasih di atas guides and tips yang sangat bermanfaat ini. Sekiranya tidak keberatan mohon emailkan itinerary tuan ke saraidylla.isbah@gmail.com ya. Saya merancang nak ke italy dalam masa terdekat. Tq in advance!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,saya Noormie. Blog tuan sangat detail untuk Saya Jadikan panduan. Saya akan ke eropah pada 26 April 2018. Mohon jasa baik tuan untuk share iti tuan ke email saya untuk Saya Jadikan rujukan. Terima kasih. Email:a.noormie@gmail.com

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum tuan...perjalanan yg menarik..bole kongsikan iti dgn sy??? tq..
    Email : jill_aeya@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Assalam tuan. Saya sangat berminat dgn europe trip tuan. Boleh emailkan complete europe trip iti tuan ke email saya kunas1970@gmail.com. Jzkk.

    ReplyDelete
  14. Sangat menarik..harap jgn delete....untuk rujukan semua

    ReplyDelete
  15. Salaam Adik,
    Teruja tatkala baca blog Adik. Kakak sedang terfikir Akan itinerary utk ke Italy. Mohon kongsi itinerary Adik dengan kakak. Email: zara.razak69@gmail.com
    Semoga Adik Dan keluaga sihat2x selalu. Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Thank You and I have a dandy proposal: House Renovation Canada whole house remodel cost

    ReplyDelete