Pada 20 Mac 2015 jam 8.30am setelah breakfast sendiri, kami keluar menuju ke Munich Hbf untuk ke Neuschwanstein Castle aka Sleeping Beauty Castle. Kami telah menempah ‘Bavaria Ticket’ atau ‘Munich/Bayern Lander Ticket’ di web DB Bahn untuk train U-Bahn atau S-Bahn dan sah digunakan di dalam daerah Bayern/Munich. Tiket tersebut boleh digunakan mengikut kiraan hari dari jam 9.00am sehingga 3.00am keesokan harinya dan valid untuk train dan bas ke Hohenschwangau, sebuah perkampungan di mana terletaknya Neuschwanstein Castle. Munich/Bayern ticket kami untuk 2 hari adalah €56 (RM240) yang sangat berbaloi untuk melawat daerah Bayern.
Untuk ke Neuschwanstein Castle, kami menaiki train ke Füssen train station dan setibanya di sana kami menaiki bas no. 78 yang sedia menuggu di depan station untuk ke Castle . (Option : Anda juga boleh menaiki teksi dengan harga sekitar Eur14 (1 way) yang mengambil masa 5 min sahaja).
Bas akan menurunkan penumpang di kaki bukit di mana terdapat kaunter tiket & kami berjalan terus ke reservation lane untuk menukar voucher kepada valid ticket. Tiket Neuschwanstein Castle berharga Eur12/pax (Child < 18 tahun free). Pelancong yang menempah tiket perlu menukarkan voucher yang diprint sejam sebelum waktu lawatan. Dari kaunter tiket, kami beratur untuk naik kereta kuda dengan harga Eur6/pax/up dan Eur3/pax/down. (Option : Perkhidmatan bas disediakan namun dihentikan semasa winter berharga €2.60 return ticket, atau boleh sahaja berjalan sendiri mendaki bukit yang biasanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke puncak).
Lawatan di dalam castle akan dibuat berperingkat mengikut waktu tiket yang dibeli dan akan bergerak di dalam kumpulan untuk menerokai setiap ruang di castle tersebut dengan diketuai oleh stafnya yang tak jemu-jemu memberi penerangan. Menurutnya istana tersebut di bina dan hanya sempat diduduki oleh King Ludwig selama 11 bulan sebelum beliau disahkan mengalami gangguan mental dan kemudiannya ditemui meninggal dunia bersama-sama dengan doktor peribadinya. Kematian beliau menjadi misteri sehingga ke hari ini dan masih terdapat sebahagian bahagian castle yang tidak sempat disiapkan. Malangnya pelancong tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam castle tersebut. View dari tingkap castle menyajikan sebuah permandangan alam ciptaanNya yang sangat menakjubkan dan terbayang di sanubari sehingga kini.

Adik di entrance Neuschwanstein Castle
Pemandangan bahagian depan Neuschwanstein Castle
Kawasan pergunungan di sekeliling Neuschwanstein Castle
Jalan menuju ke Neuschwanstein Castle
Neuschwanstein Castle
Replika Neuschwanstein Castle di pintu keluar
Setelah 30 min bersama group tour, kami berjalan turun ke pondok kereta kuda berdekatan pondok bas di Marienbrücke dan kelihatan ramai pelancong di kedai serbaneka dan ada juga sedang menikmati kopi di café sementara menunggu kereta kuda untuk turun ke Hohenschwangau. Dari situ, kami menaiki kereta kuda yang menuruni jalan cerun balik ke bus stand di Hohenschwangau. Semasa menaiki kereta kuda kami disapa oleh seorang lelaki tua pelancong dari Jepun yang ramah berborak dan sangat mengagumi orang Malaysia dan bercita-cita untuk melawat Kuala Lumpur dan negeri-negeri sekitarnya kerana sukakan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun katanya. Sebaik sahaja sampai di kaki bukit, kami bergegas ke bus stand dan terus menaiki bas. Bas meninggalkan Hohenschwangau pada jam 3:42pm dan kelihatan Neuschwanstein Castle semakin jauh sebelum hilang di celah-celah bangunan dan pokok-pokok menghijau menuju semula ke train station Füssen. Kami menaiki train yang bertolak dari Füssen pada jam 4:04pm dan sampai di station Munich Hbf pada jam 6:05pm.
Pondok menunggu kereta kuda di Marienbrücke
Mama dan baby atas kereta kuda
Zoom Neuschwanstein Castle dari kaki bukit
Kunjungan ke Stadium Alliance
Arena & BMW Welt
Pada 21 Mac 2015 kami bangun seawal jam 6.00am, kemudian kami check-out awal dan menyimpan luggage di stor hotel. Kami
menyeberangi jalan ke Munich Hbf untuk naik train Bahn ke Karlsplatz dan
transit ke Allianz Arriena Plaza dan turun di station train Frottmaning untuk
ke Bayern Munich Stadium di Allianz Arriena Plaza. Kami berjalan hampir 500m dalam
tiupan angin sejuk yang kencang untuk sampai ke stadium dan membeli tiket tour
untuk masuk ke stadium. Tiket masuk ke stadium adalah Eur33/family (RM144) - 60min tour. Sementara
menunggu masa lawatan, kami ke Fan Shop untuk membeli jersey dan
sebagainya untuk dijadikan kenangan oleh penyokong tegar seperti kami. Mia Sara
Mia mottonya….. Kami dibawa masuk oleh seorang staff yang fasih berbahasa
Inggeris ke ruang-ruang pilihan di dalam stadium tersebut sambal menceritakan
serba sedikit info mengenai pasukan Bayern Munich. Kami juga tidak melepaskan
peluang untuk merakam setiap detik yang sempat semasa berada di dalam stadium.
Bangunan unik Allianz Arriena Plaza
Di dalam Fan Shop
Bayern Munich Tour
Red & Blue for BM
Seat dalam BM Stadium di Allianz Arriena Plaza
Adik bergambar depan Thomas Muller
Along dan Captain BM
Player Bayern Munich beraksi di Allianz Arriena Plaza
Locker room
... Mia Sara Mia...
Sponsor board BM di Allianz Arriena Plaza
Bayern Munich Stadium di Allianz Arriena Plaza
Kami kemudiannya berjalan untuk berpatah balik ke train station dan naik train untuk ke BMW Welt berdekatan dengan Stadium Olympic pula. Kami transit di station Munchner Freiheit untuk ke station U-Bahn Olympia Zentrum & masuk ke BMW Welt (BMW Headquaters). Kami sempat berehat di padang yang sangat luas antara BMW Welt dan Stadium Olympia. Sempat anak-anak bermain bola yang baru dibeli di Fan Shop BM sebentar tadi. Setelah itu kami naik train Bahn untuk berpatah balik ke station Munich Hbf dan kami singgah di sebuah restoran halal di sebelah kanan station untuk menikmati nasi arab yang sungguh sedap dan berselera kerana selalunya di restoran hanya dijual kebab atau pizza sahaja. Setelah makan nasi arab kami melewati depan station untuk ke hotel bagi mengambil beg dan berpatah ke station semula untuk menunggu train selanjutnya ke Frankfurt.
Entrance ke BMW Welt
Kami menaiki train DB Bahn train ICE528 (Sparpreis
Ticket) yang telah ditempah di webnya dari Munich Hbf pada jam 4.51pm ke
Frankfurt dengan harga EUR58/5pax (RM248). Kami sampai di station Frankfurt
pada jam 8.00pm dan berjalan ke Hotel A&O Frankfurt di Mainzer Landstr yang
betul-betul bersebelahan dengan station Bahn Galluswarte. Kami telah menempah hotel
tersebut dengan harga EUR125/Family (RM542) untuk 2 malam. Setelah check-in kami
dinner ala kadar dengan makanan yang dibawa dan berehat untuk aktiviti selanjutnya
esok.
Daytrip ke
Cologne
Keesokannya, kami terus ke station Bahn Galluswarte untuk naik train ke station
Frankfurt Hbf dengan jarak dekat hanya satu station sahaja. Selain daripada itu
terdapat kemudahan tram di depan hotel kami. Untuk penjimatan yang amat
berbaloi, kami telah menempah Germany Weekend Train Ticket - 1 Family (sah
untuk perjalanan ke seluruh Germany untuk Weekend sahaja bermula dari 12am
sehari) di web DB Bahn. Terdapat train international Intercity direct ke Cologne yang laju tetapi agak mahal. Memandangkan tiket yang kami beli
tidak valid untuk train tersebut, kami hanya boleh ke Cologne dengan transit
di station Koblenz atau Siegen dengan perjalanan lebih kurang 3 sehingga 3
1/2jam. Akhirnya dengan tiket yang kami ada dan setelah mendapat penerangan
dari staff di kaunter DB Bahn, kami naik train dan transit di Koblenz Hbf dan selamat sampai di Cologne Hbf sekitar jam
3.00pm. Kami memperuntukkan masa selama 4 jam untuk menerokai pekan Cologne.
Kami melewati gereja di depan station untuk ke Hard Rock Cafe Cologne. Setelah itu kami ke Old Town Cologne dan menyusuri sungai Rhen ke
jetty ikan.
Dari jetty, kami membelakangi jetty dan sungai untuk ke dataran Alter
Mark/Teater Koln dan bergambar di depan patung Wili Millowitsch tokoh Cologne
yang menaiki kuda dengan pelbagai aksi. Kami berpatah balik dan melewati HRC
semula untuk ke Restoran Halal Sedunia untuk menikmati nasi arab dan kebab.
Setelah makan dan berehat kami meneruskan perjalanan ke Cologne Hbf. Sebelum itu, kami sempat singgah untuk bergambar di Cologne Cathedral yang sangat synonym dengan bandar Cologne. Dari kejauhan bangunannya kelihatan seakan keemas-emasan. Kami seterusnya menaiki train
Cologne dan transit untuk ke Frankfurt dan sampai di Frankfurt sekitar jam
10.00pm. Kemudian kami menaiki train ke station Bahn Galluswarte untuk balik ke
hotel. Kami makan ala kadar sambil berkemas beg dan menyusun dokumen untuk
claim VAT di airport.
HRC Cologne
Sungai Rhen di Cologne
Berehat sebentar di tepi Sungai Rhen
An evening in Cologne
Deretan bangunan di tepi Sungai Rhen di Cologne
Keindahan architecture di Cologne
The famous Cologne Cathedral
Cologne Hbf
Menjamu selera di Restoran Halal Sedunia, Cologne
Pada hari terakhir, kami
bangun seawal jam 4.00am untuk berkemas dan check out. Kami ke station Bahn
Galluswarte membeli tiiket di touch skrin machine untuk ke Frankfurt Flughafen Airport
dan terpaksa transit di Frankfurt Hbf hanya beberapa minit sahaja. Tiket S-Bahn
untuk ke airport adalah €2.20/pax. Setelah sampai ke Franskfurt Flughafen Airport
sekitar jam 7.30am, kami naik lift untuk menaiki aerotrain ke Terminal 2E dan
sampai di sana kami terus check in 2 beg besar dahulu di mana 1 beg lain
bersama dengan 1 begpack berisi barangan yang perlu dicop oleh kastam untuk VAT refund.
Setelah urusan tiket selesai kami terus kaunter kastam dan kaunter VAT
bersebelahannya sahaja dan sebelum check-in beg tersebut kami ke kaunter
wrapping untuk memastikan keselamatannya. Setelah itu kami kembali semula ke
kaunter khas bersebelahan kaunter kastam tadi untuk check-in luggage khas untuk
VAT sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter Emirates. Sungguh mudah
walaupun terpaksa bergegas ke hulu hilir. Hehe. Selepas itu kami ke kaunter
imegresen dan kawalan keselamatan untuk boarding ke gate flight Emirates.
Iklan Premier Tax Free (VAT)
Lokasi Kaunter VAT di Frankfurt Airport
Bawa original dokumen untuk claim VAT
Contoh borang claim VAT yang telah lengkap diisi
Penerbangan
kami pada Isnin 23 Mac 2015 flight FRA-DBX - EK44 (777-300ER) pada pukul 9.40am
dan kami selamat mendarat di Terminal 3, Dubai International Airport pada jam 7.00pm.
Connecting flight seterusnya ke KLIA berlepas jam 9.45pm dan selamat mendarat
di KLIA pada jam 8.50am pada 24 Mac 2015. Selepas urusan imegresen kami menaiki
teksi untuk balik ke rumah dengan penuh syukur kepadaNya.
Tips penting untuk kembara ke bumi Eropah :
1) Di Italy anda perlu membayar city tax di hotel yang anda menginap di mana charge dikenakan untuk per pax dan per night.
2) Sentiasa survey dan print map-map yang berkaitan (tube, train, bus route dan city map) untuk memudahkan perjalanan anda.
3) Sentiasa mengawasi barangan peribadi anda especially handbag atau pouch kerana terdapat ramai penyeluk saku professional di sana yang mensasarkan tourists.
4) Pilih hotel yang berdekatan dengan tube atau train station untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa. Kebanyakan hotel yang kami cadangkan di dalam entri-entri Eropah kami adalah highly recommended memandangkan lokasinya yang strategik, harga yang mampu milik tetapi sangat selesa.
5) Sentiasa comparekan harga hotel di beberapa website i.e. Agoda, Booking.com etc memandangkan mereka menawarkan harga yang berlainan untuk hotel yang sama.
6) Sekiranya anda dijangka akan tiba lambat untuk check-in di sesuatu hotel, seeloknya email pihak hotel terlebih dahulu untuk memberitahu estimated time of arrival anda.
7) Malaysian tidak memerlukan visa untuk ke negara Eropah (google schengen countries).
8) Sekiranya anda seorang kaki shopping, semestinya VAT refund sesuatu yang perlu anda ketahui. Minimum purchase untuk membolehkan anda claim VAT refund adalah berbeza mengikut negara yang anda kunjungi. Simpan borang beserta resit dan VAT refund hanya boleh dibuat di negara Eropah terakhir yang anda kunjungi. VAT (value added tax) adalah lebih kurang sama konsepnya dengan GST.
9) Terdapat charge berlainan sekiranya anda memilih untuk makan/minum di sesuatu cafe atau restoran di Italy. Silalah bersedia untuk menerima bilnya nanti kerana alunan muzik yang anda nikmati itu ada bayarannya...
Akhir sekali, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang ralat di dalam entri kami, kerana kami hanya manusia biasa yang mungkin kadang-kadang boleh menjadi sangat pelupa, dan ianya tanpa disengajakan...

Ikuti kemeriahan kami berjalan-jalan di sekitar
Europe (Trip 1 – tahun2014), Asia dan di bumi tercinta Malaysia jika
berkesempatan nanti di entri seterusnya. Jom………….
Terbaek..thanks for sharing
ReplyDeletePerkongsian y menarik. Nak tanya. Masa book tiket ke frankfurt tu. Ada letak bin/binti tak?
ReplyDeleteFirst Name : Mohd Ali
DeleteFamily name : Bin Ahmad.
Begitulah yg saya isi utk pembelian tiket