Wednesday, 26 April 2017

Persediaan Homestay Zoomdglobe di Golden Hills, Cameron Highlands


Setelah mengambil kunci pada 26/1/2017, kami mula membeli perkakas rumah secara berperingkat sehinggalah sehari sebelum memindahkan perkakas tersebut ke apartment Homestay Zoomdglobe di Golden Hills, Cameron Highlands.

 Cash & Carry sofa bed
Sofa bed yang selesa dan lembut
Set katil di dalam kotak
Lukisan map
TV
Peti ais dan washing machine baru
Setelah mengumpulkan barang-barang bersaiz besar seperti sofa bed, peti ais, mesin basuh, TV, katil, meja makan dan almari kami mencari lori sewa untuk menghantar barang-barang tersebut ke Cameron Highlnads. Kami menghubungi Perkhidmatan Lori Sewa Zazira yang mengenakan caj penghantaran dan 2 orang pekerja sebanyak RM850 untuk lori 1 ton. Pada awal pagi 8/4/2017 kami menghubungi pemandu lori iaitu Pak Jan (018-388 4926) yang sepatutnya tiba pada jam 8.00am tetapi akhirnya tiba sekitar 9.30am untuk membawa barang-barang tersebut ke Cameron Highlands. Kami bergesa bertolak ke Cameron Highlands pada jam 10.00am kerana kerja-kerja pemasangan lampu akan dimulakan sekitar jam 3.00pm oleh kontraktor elektrik yang berada di sana.  

Dari KL kami menyusuri lebuhraya Utara-Selatan dan exit ke Tapah untuk mendaki jalan bengkang-bengkok naik ke Cameron Haighlands melalui kampung orang asli dan melintasi sempadan negeri Perak dan Pahang untuk ke Ringlet. Setelah sampai di pekan Tanah Rata kami singgah di Gerai Box Port di Tanah Rata untuk makan tengahari sementara menunggu kontraktor elektrik tiba sambil mendapatkan lokasi lori sewa berada. Dalam perjalanan menuju ke apartment kami terpaksa melaluli kawasan pasar malam dan memandu dengan perlahan kerana banyak kereta lain juga bergerak perlahan menuju ke pasar malam dan ada yang sedang mencari parking yang masih kosong di tepi kiri dan kanan jalan tersebut. 

Exit Tapah untuk ke Cameron Highlands
Air terjun di Lata Iskandar
 
Jalan Sg Ruil (tapak pasar malam baru), Cameron Highlands
 
Pengunjung yang baru balik shopping di pasar malam 
Selain berdekatan tapak pasar malam Cameron Highlands, di Apartment Barrington Square juga terdapat kemudahan kedai serbaneka dan Restoran The Mint di Ground Floor. Terdapat kemudahan private parking di Basement untuk owner dan visitor. 
Kami memulakan kerja pemasangan lampu, curtain, memasang katil dan perabot yang lain serta perhiasan deco rumah pada jam 3.30pm dan lori pula mula memunggah barang pada jam 4.00pm. Sementara kerja-kerja pemasangan lampu dan perabot serta pemunggahan barang dari lori sewa dijalankan, kami mendapati orang ramai serta pelancong berpusu-pusu mengunjungi pasar malam di Jalan Sg Ruil yang terletak berhadapan dengan apartment kami. Kami turun untuk solat di surau yang terletak di hujung jalan pasar malam tersebut iaitu di kawasan Komuniti Orang Asli Sg Ruil yang baru dan moden. Terdapat juga kemudahan tandas awam berbayar untuk kemudahan pengunjung pasar malam berdekatan dengan surau.
Apartment Barrington Square
View dari tingkat 4 apartment Barrington Square
Kemudahan Lif
Public CCTV dan bangku di kawasan menunggu lif
Banyak tong sampah di kawasan public
Kerja-kerja pemunggahan barang-barang dari lori siap pada jam 6.00pm manakala kerja-kerja pemasangan lampu, perabot pula diteruskan sehingga siap sekitar jam 11.00pm. Kami bersyukur kerana setelah berusaha keras akhirnya dapat menyiapkan kelengkapan di Homestay Zoomdglobe dengan kerjasama dan bantuan semua yang terlibat. Terima kasih semua…..
Memunggah barang ke apartment
 
Pemasangan lampu, curtain dan perabot
 
Map zoomdglobe yang sedia untuk digantung di dinding
 
Kini, impian kami menjadi kenyataan di mana Homestay Zoomdglobe dapat menerima tetamu bermula Mei 2017. Apartment Studio 1 bilik & 1 bilik air ini sesuai untuk keluarga muslim yang hendak bercuti di Cameron highlands. Apartment ini terletak di tingkat 4 yang disediakan 1 katil Queen, 2 sofa bed, toto, kelengkapan memasak dan dapur gas, peti ais, mesin basuh, built in water heater dan ampaian di balcony tertutup. Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di Homestay Zoomdglobe terutamanya keluarga muslim bolehlah Whatsapp kami di no. 012-6727825/012-6727850. Silakanlah yeee……   
Photo snap Homestay Zoomdglobe.......