Pada 13 Mac 2015, jam 8.30am setelah breakfast
sendiri, kami naik tram no. 4 di depan hotel arah Cairoli/Foro Buonaparte untuk
ke station Metro M3 Maciachini dan transit arah San Donato ke station Milano
Centrale. Kami akan menaiki train jam 10.00am ke Stazione FFS Lugano,
Switzerland di mana tiketnya telah ditempah di web Trenitalia dengan harga
Eur92/Family/4 ticket (RM395) dan di print di station Florence. Sesampainya di
Lugano, kami ke kaunter SBB terlebih dahulu untuk print tiket balik nanti ke
Milan iaitu jam 6.43pm. Kebetulan pula pada hari itu, cuaca agak sejuk dengan
angin yang bertiup agak kencang.
Kami menuju ke bus stand untuk mendapatkan tiket
bas ke Caserate di mesin touch screen. Harga tiket sehala adalah CHF1.80
“short-path” untuk perjalanan sehingga 4 stops, CHF2.30 untuk perjalanan 1 jam,
dan CHF6.90 untuk day pass. Kami naik bas #4 dari Lugano ke Caserate menghala
ke Paradiso (San Salvatore), via station, Lugano Centro dan berhenti di bus
stand Castagnola (untuk ke station funicular ke Monte Brè). (Tips : Pelancong
juga boleh naik bas ekspress Fanibuss (direct ke Funicular Stn)).
Setibanya di bus stand Castagnola kami turun dan
berjalan kaki berpandukan papan tanda ke arah Monte' Bre ‘funicolare per il
centro sign’ untuk menaiki funicular. (Nota : Naik dan terus duduk dalam
funicular, tiket hanya dijual di perhentian funicular seterusnya). Funicular
ini akan bergerak automatically selepas bunyi alarm tanpa pemandu. Funicular di
track section 2 pula mempunyai pemandu ke Monte Brè bergerak setiap 5 minit dan
beroperasi dari jam 5:20am - 11:50pm. Tiket boleh dibeli di station section 2 ini
dengan harga CHF23 untuk return ticket. Funicular akan mendaki ke Monte Bre
sehingga ke puncak di tengah pekan dinamakan ‘Old Town’ di Piazza Cioccaro.
Di pertengahan jalan, tiba-tiba sahaja adik
menjerit kegembiraan kerana teruja melihat salji putih yang menutupi lereng
bukit yang jelas kelihatan dari tingkap funicular. Tercapai jua hasrat along
dan adik yang ingin bermain salji di sini. Jangan risau kerana terdapat
kemudahan toilet dan restoran di atas puncak Monte Bre berdekatan station
funicular. Kami mendaki anak tangga melewati gereja untuk ke platform yang
boleh menikmati permandangan gunung-gunung yang ditutupi salji putih di sekitar
Monte Bre.
Kami mengikuti track ke puncak Monte Bre untuk
menikmati pemandangan indah di samping melihat keindahan tasik Lugano dari
puncak bukit. Selepas penat berjalan, kami berpatah balik ke restoran depan
station untuk menikmati kopi panas. Selepas itu tibalah masanya untuk melayan
kehendak anak-anak untuk bermain snow. Baby pun bukan main gembira lagi
berjalan di atas snow.
Puncak Monte Bre, Switzerland ditawan
View Alps dari Monte Bre, Switzerland
View gunung-gunang sekitar Monte Bre
Menikmati angin sejuk nyaman dan keindahan alam ciptaanNya
Alhamdullilah, damainya terasa
Baby gembira berjalan di atas snow
Bertatih atas salji
Qu Puteh....
Nyaman dan sejuk - lepak time
Ais kepal (lupa bawak sirap!)
Baby Aakif teruja main salji
Akhirnya, tertewas jua
Lake Lugano, Switzerland
Lake Lugano, Switzerland
Berjalan menikmati tiupan angin sejuk dan nyaman
Kami menyusuri jalan di tepi tasik lugano menuju ke
arah Lugano Centro dan melewati via Nassa (Opening Times - 8.00am hingga
9.00pm) yang merupakan salah satu tumpuan pelancong untuk bershopping sebelum
tersedar yang kami telah tersesat jalan. Kami kemudiannya menahan bas ke
station bus Lugano Centro dan transit di situ untuk ke station Lugano FFS. Kami
menaiki train kembali ke Milan pada jam 6.43pm dan sampai di Milan pada jam
7.50pm. Kami mengambil Metro M3 di Milan Centrale ke arah Comasina dan turun di
station Metro Macachini untuk transit ke tram no. 4 arah Niguarda (Porco Nord)
untuk ke Niguarda Nord. Sekali lagi kami berhenti di Restoran Sara untuk tapau
makanan untuk dinner kami nanti.
Shopping di Saravalle Design
Outlet (SDO), Milan
Aktiviti keesokan harinya adalah bershopping. Di
mana? Tentulah di Saravalle Design Outlet. Tak lengkap perjalanan rasanya kalau
ke Milan tetapi tidak singgah di sini. Daripada hotel, kami naik tram no. 4 ke
station Metro M3 Macachini arah San Donato menuju ke station Duomo. Di station
Duomo kami transit ke Metro M1 arah Biscegli menuju ke station Cordona. Dari
station Cordona kami berjalan menyusuri jalan Foro Buonaparte menuju ke pejabat
bas Zani Viaggi berhampiran Plaza Castello untuk menukar voucher yang telah
ditempah sebelumnya berharga Eur20/return/pax. Bas bergerak pada jam 10.00am
dari Milan, Foro Bonaparte dan tiba di
SDO pada jam 11.30am. Bas yang sama akan bertolak pulang tepat pada pukul 5.00pm.
Terdapat 180 stores yang menawarkan diskaun dari 30%-70% sepanjang tahun
beroperasi setiap hari dari jam 10.00am ke 8.00pm.
Setelah puas bershopping, kami menaiki bas untuk
balik ke Milan Foro Bonaparte pada jam 5.00pm dan setelah sampai kami menuju ke
station Cordona untuk ke station Duomo. Kami turun di station Duomo untuk
bergambar di sekitar station tersebut. Di sinilah dijalankan shooting penggambaran filem
“Shopaholic” lakonan Umie Aida dan Erra Fazira dibuat. Fefeeling cam retis pula
bergambar di sini…
Setelah itu, kami pulang ke hotel tetapi kali ini
kami singgah di station tram Niguarda Centro kerana ingin tapau kebab dan
makanan lain di Restoran Turki pulak. Kami meneruskan perjalanan balik ke hotel
untuk berehat sambal menyediakan dokumen perjalanan serta berkemas beg untuk
early check-out besok.
Duomo, Milan
Bersantai di Lake Como, Milan
Keesokannya, 15 Mac 2015, seawal jam 6.30am setelah
breakfast sendiri, kami check-out dengan membawa luggage naik tram no. 4 di
depan hotel ke station Metro M3 Maciachini dan transit arah San Donato ke
station Milano Centrale. Di station Milano Centrale kami meninggalkan beg di
kaunter left luggage dan hanya membawa 1 begpack dan barang keperluan sahaja.
KiPoint Left luggage di Milano Centrale terletak di ground level, Piazza Luigi
di Savoia. Caj untuk sebuah beg adalah €6 untuk first 5 hours, €0,90/hour
untuk 6th to the 12th hour, dan €0,40 untuk every additional hour.
Kami menaiki train Trenod REG 25258 dari station
Milano Centrale ke Como Govianni yang ditempah di www.trenord.it dengan harga Eur13.80/Family
(RM60). Kami bertolak pada jam 8.10am dan sampai di Como pada jam 9.00am.
Sebenarnya kami telah melalui station ini ketika menaiki train ke Lugano
tempohari. Kami berjalan kaki menyusuri Lake Como sambil
bergambar sehingga ke station kecil Como Lago. Dari situ kami berpatah balik
semula ke station Como Govianni setelah hampir tengahari untuk naik train
Trenitalia jam 12.15pm balik ke Milano Centrale yang ditempah di web Trenitalia
berharga Eur26/Family (RM110).
Landskap di depan Como Govianni
Lake Como
Lepak di tepi Lake Como
View gunung di tepi Lake Como
Setibanya kami di Milano central pada jam 12.50pm kami mengambil luggage dan terus berjalan keluar menuju ke bas Terravision untuk ke Milan Bergamo Airport. Kami telah menempah dan mencetak tiket dari web Terravision dan sebenarnya boleh juga walk in dan membuat bayaran ketika menaiki bas tersebut.
Kami akan menaiki flight WizzAir dari Milan Bergamo
Airport ke Prague Airport dengan harga Eur187 (RM817) termasuk 3 luggage (32kg/beg) + 4 bagpack. Sesampainya
di Milan Bergamo Airport, kami terus ke kaunter untuk check-in luggage dan
ke imegresen dan pemeriksaan keselamatan. Flight Milan Bergamo – Prague mengambil masa selama 1
jam 30 minit dan selamat mendarat dengan tepukan gemuruh oleh penumpang di
dalam pesawat. Sebaik turun, kami dibawa oleh shuttle bas ke terminal untuk ke
kaunter imegresen. Sebaik sahaja kami keluar dari balai ketibaan kami disambut
oleh pemandu limosin yang memaparkan nama kami (Nota : Kami telah tempahan awal
di web Prague Transfer berharga CZK660 (RM100)). Pemandu limosin itu memecut
laju meninggalkan airport dan membelah
kesejukan malam untuk tiba di hotel sekitar jam 9.30pm. Urusan check in untuk 1
malam berjalan lancar di Hotel Fusion, Prague yang terletak hanya beberapa
meter dari Station Prague (Praha hlavní nádraží) yang berharga Eur98/Family
(RM400) (harga termasuk breakfast). Oleh kerana keletihan kami makan roti ala
kadar sahaja untuk dinner dan terus tidur untuk check out awal pagi esok dan
menerokai bandar Prague.
Jambatan sebelum sampai ke Dancing House
Kami check-out seawal jam 8.00am dan selapas
menikmati roti dan buah di hotel, kami merujuk map yang dibawa kami berjalan
menuju ke destinasi pertama iaitu The Dancing House.
The Dancing House
Dari situ kami menyeberangi jambatan Jiraskuv dan
menyusuri sungai untuk ke station funicular di kaki bukit Petrin Hill. Di sebelah
station funicular di kaki bukit Petrin Hill, kami sempat melayan anak-anak
bermain di playground dalam suhu sejuk dan tiupan angin yang nyaman sambal
bergilir solat jamak di suatu sudut padang itu. Selepas itu, kami mendaki Petrin
Hill dengan funicular berharga 24CZK/way/pax yang boleh dibeli di vending
machine. Sesampainya di puncak, kami berjalan menerusi taman bunga rose yang
cantik menuju ke tower. Kelihatan juga Hunggary Wall yang tinggi merentangi kawasan puncak bukit memisahkan antara taman dan tower tetapi terdapat laluan seakan pintu gerbang keluar masuk. Bayaran naik ke Petrin Tower yang setinggi 55m adalah
120CZK dengan memanjat 299 anak tangga atau boleh shortcut dengan lift kecil
dengan bayaran tambahan 60CZK. Abah dan along memilih naik menggunakan lift dan
menuruni anak tangga semasa turun selepas menikmati permandangan indah kota
Prague. (Tips : Anda dinasihatkan membeli tiket funicular >90 min kerana
boleh digunakan untuk turun semula setelah aktiviti memanjat Petrin Tower).
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke St. Vitus
Cathedral & Prague Castle, Prague 1 yang terletak di atas bukit juga.
Tercungap-cungap jugalah kami mendaki jalan cerun untuk naik ke tempat
tersebut. Di depan castle terdapat guard ala-ala guard Buckingham Palace.
View Prague dari Petrin Tower
Guard di entrance Prague Castle
Selepas itu kami berjalan menyeberangi the famous Charles
Bridge yang sesak dengan orang ramai dan kelihatan beberapa kelibat pelancong
dari Malaysia. Charles Bridge menghubungi antara Old Town dan Lesser Town.
(Tips : Fridge magnet yang paling murah boleh didapati di kedai-kedai
souveniers yang berderet sebelum anda menyeberangi Charles Bridge dari belah
Lesser Town). Sepanjang perjalanan menyeberangi Charles Bridge, kami terpesona dengan
keindahan kota Prague (Nota : Tak lengkap perjalanan anda ke Prague jika tidak
ke sini).
Charles Bridge, dari Lesser Town
An evening in Prague
View bangunan klasik dari Charles Bridge
Setelah itu kami terus ke Astronomical Clock dan
Tyn Church di Old Town Square dan juga shopping tshirts di Hard Rock Café, Old
Town sebelum berjalan balik ke hotel.
HRC Prague
The famous Astronomical Clock
Old Town, Prague
Menjelang malam serta sementara menunggu train overnight
kami ke Vienna lewat tengah malam nanti, kami menjamu selera di sebuah restoran
Turki yang terletak antara hotel dan juga train station. Di kawasan ini
terdapat banyak restoran halal yang menyajikan menu-menu dari pelbagai negara.
Kami langsung ke hotel setelah berehat dan kekenyangan untuk mengambil beg yang
ditinggalkan di hotel. Kami ke station Praha
Hlavní Nádraží untuk menaiki train Chez Railway ke Vienna (station Wien Hbf)
dan transit di station Brevlav (50min) ditempah melalui web www.cd.cz/eshop.com dengan harga CZK4118/Family
(RM625). Tepat pada jam 11.50pm train EN477 bertolak ke Brevlav dan kami hanya
tidur-tidur ayam kerana takut terlepas perhentian transit kami kelak. Pada jam 3.51am kami sampai di station
Breclav dan turun ke platform dalam keadaan cuaca awal pagi yang sangat sejuk
lalu terus masuk ke dalam station. Sekitar jam 4.30am kaunter tiket keretapi
dibuka dan terdapat orang awam yang mula membeli tiket untuk ke tempat kerja
dan sebagainya. Pada jam 4.49am kami menaiki train R407 dan kami bertuah kerana
train free seat tersebut masih terdapat satu family compactment yang kosong
untuk kami sekeluarga berehat sepanjang menaiki train dari Breclav menuju ke
Wien Hbf, Vienna.
Setibanya di Vienna kami turun dan konduktor train
tersebut berulang kali bertanya tentang schedule perjalanan kami seterusnya
untuk memastikan kami turun di station yang betul kerana mungkin beliau ingin
membantu setelah melihat kami membawa 2 beg besar dan kanak-kanak. Thanks Sis
& jasamu kami kenang.
Ikuti kemeriahan kami berjalan-jalan di Negara
Austria dengan menjelajah historical city Vienna dan nikmati keindahan alam
ciptaanNya di salt mine lake sekitar Salzbug di entri seterusnya. Jom………….
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete