Saturday, 2 May 2015

Europe Trip 2 : Part 3 – Milan, Monte Bre Switzerland, Lake Como & Prague

Train dari Milan ke puncak Monte Bre di Lugano, Switzerland

Pada 13 Mac 2015, jam 8.30am setelah breakfast sendiri, kami naik tram no. 4 di depan hotel arah Cairoli/Foro Buonaparte untuk ke station Metro M3 Maciachini dan transit arah San Donato ke station Milano Centrale. Kami akan menaiki train jam 10.00am ke Stazione FFS Lugano, Switzerland di mana tiketnya telah ditempah di web Trenitalia dengan harga Eur92/Family/4 ticket (RM395) dan di print di station Florence. Sesampainya di Lugano, kami ke kaunter SBB terlebih dahulu untuk print tiket balik nanti ke Milan iaitu jam 6.43pm. Kebetulan pula pada hari itu, cuaca agak sejuk dengan angin yang bertiup agak kencang.

Kami menuju ke bus stand untuk mendapatkan tiket bas ke Caserate di mesin touch screen. Harga tiket sehala adalah CHF1.80 “short-path” untuk perjalanan sehingga 4 stops, CHF2.30 untuk perjalanan 1 jam, dan CHF6.90 untuk day pass. Kami naik bas #4 dari Lugano ke Caserate menghala ke Paradiso (San Salvatore), via station, Lugano Centro dan berhenti di bus stand Castagnola (untuk ke station funicular ke Monte Brè). (Tips : Pelancong juga boleh naik bas ekspress Fanibuss (direct ke Funicular Stn)).

Setibanya di bus stand Castagnola kami turun dan berjalan kaki berpandukan papan tanda ke arah Monte' Bre ‘funicolare per il centro sign’ untuk menaiki funicular. (Nota : Naik dan terus duduk dalam funicular, tiket hanya dijual di perhentian funicular seterusnya). Funicular ini akan bergerak automatically selepas bunyi alarm tanpa pemandu. Funicular di track section 2 pula mempunyai pemandu ke Monte Brè bergerak setiap 5 minit dan beroperasi dari jam 5:20am - 11:50pm. Tiket boleh dibeli di station section 2 ini dengan harga CHF23 untuk return ticket. Funicular akan mendaki ke Monte Bre sehingga ke puncak di tengah pekan dinamakan ‘Old Town’ di Piazza Cioccaro.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba sahaja adik menjerit kegembiraan kerana teruja melihat salji putih yang menutupi lereng bukit yang jelas kelihatan dari tingkap funicular. Tercapai jua hasrat along dan adik yang ingin bermain salji di sini. Jangan risau kerana terdapat kemudahan toilet dan restoran di atas puncak Monte Bre berdekatan station funicular. Kami mendaki anak tangga melewati gereja untuk ke platform yang boleh menikmati permandangan gunung-gunung yang ditutupi salji putih di sekitar Monte Bre. 

Kami mengikuti track ke puncak Monte Bre untuk menikmati pemandangan indah di samping melihat keindahan tasik Lugano dari puncak bukit. Selepas penat berjalan, kami berpatah balik ke restoran depan station untuk menikmati kopi panas. Selepas itu tibalah masanya untuk melayan kehendak anak-anak untuk bermain snow. Baby pun bukan main gembira lagi berjalan di atas snow.

Di dalam train ke Stazione FFS Lugano, Switzerland

 Puncak Monte Bre, Switzerland ditawan

 View Alps dari Monte Bre, Switzerland
 
 View gunung-gunang sekitar Monte Bre 
 
 Menikmati angin sejuk nyaman dan keindahan alam ciptaanNya 
 
 Alhamdullilah, damainya terasa
 
 Baby gembira berjalan di atas snow
 
Bertatih atas salji
 
 Qu Puteh....
 
 Nyaman dan sejuk - lepak time 
 Ais kepal (lupa bawak sirap!)
 
 Baby Aakif teruja main salji
 
  Akhirnya, tertewas jua
 
  Aksi si pencari bongkah ais (team Kristof Frozen)   
Menjelang jam 3.30pm kami menaiki funicular untuk turun dari Monte Bre dan kembali semula ke bus stand di Caserate. Tetapi memandangkan masih banyak masa, kami membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke station Lugano FFS sambil menikmati keindahan tasik. Alhamdullilah, indah sungguh alam ciptaanNya.

 Lake Lugano, Switzerland

  Lake Lugano, Switzerland

 Berjalan menikmati tiupan angin sejuk dan nyaman


Kami menyusuri jalan di tepi tasik lugano menuju ke arah Lugano Centro dan melewati via Nassa (Opening Times - 8.00am hingga 9.00pm) yang merupakan salah satu tumpuan pelancong untuk bershopping sebelum tersedar yang kami telah tersesat jalan. Kami kemudiannya menahan bas ke station bus Lugano Centro dan transit di situ untuk ke station Lugano FFS. Kami menaiki train kembali ke Milan pada jam 6.43pm dan sampai di Milan pada jam 7.50pm. Kami mengambil Metro M3 di Milan Centrale ke arah Comasina dan turun di station Metro Macachini untuk transit ke tram no. 4 arah Niguarda (Porco Nord) untuk ke Niguarda Nord. Sekali lagi kami berhenti di Restoran Sara untuk tapau makanan untuk dinner kami nanti.    


Shopping di Saravalle Design Outlet (SDO), Milan

Aktiviti keesokan harinya adalah bershopping. Di mana? Tentulah di Saravalle Design Outlet. Tak lengkap perjalanan rasanya kalau ke Milan tetapi tidak singgah di sini. Daripada hotel, kami naik tram no. 4 ke station Metro M3 Macachini arah San Donato menuju ke station Duomo. Di station Duomo kami transit ke Metro M1 arah Biscegli menuju ke station Cordona. Dari station Cordona kami berjalan menyusuri jalan Foro Buonaparte menuju ke pejabat bas Zani Viaggi berhampiran Plaza Castello untuk menukar voucher yang telah ditempah sebelumnya berharga Eur20/return/pax. Bas bergerak pada jam 10.00am dari Milan, Foro Bonaparte  dan tiba di SDO pada jam 11.30am. Bas yang sama akan bertolak pulang tepat pada pukul 5.00pm. Terdapat 180 stores yang menawarkan diskaun dari 30%-70% sepanjang tahun beroperasi setiap hari dari jam 10.00am ke 8.00pm.

Setelah puas bershopping, kami menaiki bas untuk balik ke Milan Foro Bonaparte pada jam 5.00pm dan setelah sampai kami menuju ke station Cordona untuk ke station Duomo. Kami turun di station Duomo untuk bergambar di sekitar station tersebut. Di sinilah dijalankan shooting penggambaran filem “Shopaholic” lakonan Umie Aida dan Erra Fazira dibuat. Fefeeling cam retis pula bergambar di sini…

Setelah itu, kami pulang ke hotel tetapi kali ini kami singgah di station tram Niguarda Centro kerana ingin tapau kebab dan makanan lain di Restoran Turki pulak. Kami meneruskan perjalanan balik ke hotel untuk berehat sambal menyediakan dokumen perjalanan serta berkemas beg untuk early check-out besok.

Duomo, Milan


Bersantai di Lake Como, Milan

Keesokannya, 15 Mac 2015, seawal jam 6.30am setelah breakfast sendiri, kami check-out dengan membawa luggage naik tram no. 4 di depan hotel ke station Metro M3 Maciachini dan transit arah San Donato ke station Milano Centrale. Di station Milano Centrale kami meninggalkan beg di kaunter left luggage dan hanya membawa 1 begpack dan barang keperluan sahaja. KiPoint Left luggage di Milano Centrale terletak di ground level, Piazza Luigi di Savoia. Caj untuk sebuah beg adalah €6 untuk first 5 hours, €0,90/hour untuk 6th to the 12th hour, dan €0,40 untuk every additional hour.

Kami menaiki train Trenod REG 25258 dari station Milano Centrale ke Como Govianni yang ditempah di www.trenord.it dengan harga Eur13.80/Family (RM60). Kami bertolak pada jam 8.10am dan sampai di Como pada jam 9.00am. Sebenarnya kami telah melalui station ini ketika menaiki train ke Lugano tempohari. Kami berjalan kaki menyusuri Lake Como sambil bergambar sehingga ke station kecil Como Lago. Dari situ kami berpatah balik semula ke station Como Govianni setelah hampir tengahari untuk naik train Trenitalia jam 12.15pm balik ke Milano Centrale yang ditempah di web Trenitalia berharga Eur26/Family (RM110).

 Landskap di depan Como Govianni
 
 Lake Como 
 
 Lepak di tepi Lake Como 
 
View gunung di tepi Lake Como 


Setibanya kami di Milano central pada jam 12.50pm kami mengambil luggage dan terus berjalan keluar menuju ke bas Terravision untuk ke Milan Bergamo Airport. Kami telah menempah dan mencetak tiket dari web Terravision dan sebenarnya boleh juga walk in dan membuat bayaran ketika menaiki bas tersebut.

Kami akan menaiki flight WizzAir dari Milan Bergamo Airport ke Prague Airport dengan harga Eur187 (RM817) termasuk  3 luggage (32kg/beg) + 4 bagpack. Sesampainya di Milan Bergamo Airport, kami terus ke kaunter untuk check-in luggage dan ke imegresen dan pemeriksaan keselamatan. Flight  Milan Bergamo – Prague mengambil masa selama 1 jam 30 minit dan selamat mendarat dengan tepukan gemuruh oleh penumpang di dalam pesawat. Sebaik turun, kami dibawa oleh shuttle bas ke terminal untuk ke kaunter imegresen. Sebaik sahaja kami keluar dari balai ketibaan kami disambut oleh pemandu limosin yang memaparkan nama kami (Nota : Kami telah tempahan awal di web Prague Transfer berharga CZK660 (RM100)). Pemandu limosin itu memecut laju meninggalkan airport  dan membelah kesejukan malam untuk tiba di hotel sekitar jam 9.30pm. Urusan check in untuk 1 malam berjalan lancar di Hotel Fusion, Prague yang terletak hanya beberapa meter dari Station Prague (Praha hlavní nádraží) yang berharga Eur98/Family (RM400) (harga termasuk breakfast). Oleh kerana keletihan kami makan roti ala kadar sahaja untuk dinner dan terus tidur untuk check out awal pagi esok dan menerokai bandar Prague.


 Jambatan  sebelum sampai ke Dancing House
  
Kami check-out seawal jam 8.00am dan selapas menikmati roti dan buah di hotel, kami merujuk map yang dibawa kami berjalan menuju ke destinasi pertama iaitu The Dancing House.


The Dancing House


Dari situ kami menyeberangi jambatan Jiraskuv dan menyusuri sungai untuk ke station funicular di kaki bukit Petrin Hill. Di sebelah station funicular di kaki bukit Petrin Hill, kami sempat melayan anak-anak bermain di playground dalam suhu sejuk dan tiupan angin yang nyaman sambal bergilir solat jamak di suatu sudut padang itu. Selepas itu, kami mendaki Petrin Hill dengan funicular berharga 24CZK/way/pax yang boleh dibeli di vending machine. Sesampainya di puncak, kami berjalan menerusi taman bunga rose yang cantik menuju ke tower. Kelihatan juga Hunggary Wall yang tinggi merentangi kawasan puncak bukit memisahkan antara taman dan tower tetapi terdapat laluan seakan pintu gerbang keluar masuk. Bayaran naik ke Petrin Tower yang setinggi 55m adalah 120CZK dengan memanjat 299 anak tangga atau boleh shortcut dengan lift kecil dengan bayaran tambahan 60CZK. Abah dan along memilih naik menggunakan lift dan menuruni anak tangga semasa turun selepas menikmati permandangan indah kota Prague. (Tips : Anda dinasihatkan membeli tiket funicular >90 min kerana boleh digunakan untuk turun semula setelah aktiviti memanjat Petrin Tower).

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke St. Vitus Cathedral & Prague Castle, Prague 1 yang terletak di atas bukit juga. Tercungap-cungap jugalah kami mendaki jalan cerun untuk naik ke tempat tersebut. Di depan castle terdapat guard ala-ala guard Buckingham Palace.


 View Prague dari Petrin Tower

 Guard di entrance Prague Castle

 Jalan cerun dari Castle ke bandar Prague 
 
Selepas itu kami berjalan menyeberangi the famous Charles Bridge yang sesak dengan orang ramai dan kelihatan beberapa kelibat pelancong dari Malaysia. Charles Bridge menghubungi antara Old Town dan Lesser Town. (Tips : Fridge magnet yang paling murah boleh didapati di kedai-kedai souveniers yang berderet sebelum anda menyeberangi Charles Bridge dari belah Lesser Town). Sepanjang perjalanan menyeberangi Charles Bridge, kami terpesona dengan keindahan kota Prague (Nota : Tak lengkap perjalanan anda ke Prague jika tidak ke sini).
 
Charles Bridge, dari Lesser Town
 
 An evening in Prague 
 
View bangunan klasik dari Charles Bridge
 
Setelah itu kami terus ke Astronomical Clock dan Tyn Church di Old Town Square dan juga shopping tshirts di Hard Rock Café, Old Town sebelum berjalan balik ke hotel.
  HRC Prague 
 
The famous Astronomical Clock 
 
 Old Town, Prague
 
Menjelang malam serta sementara menunggu train overnight kami ke Vienna lewat tengah malam nanti, kami menjamu selera di sebuah restoran Turki yang terletak antara hotel dan juga train station. Di kawasan ini terdapat banyak restoran halal yang menyajikan menu-menu dari pelbagai negara. Kami langsung ke hotel setelah berehat dan kekenyangan untuk mengambil beg yang ditinggalkan di hotel. Kami ke station  Praha Hlavní Nádraží untuk menaiki train Chez Railway ke Vienna (station Wien Hbf) dan transit di station Brevlav (50min) ditempah melalui web www.cd.cz/eshop.com dengan harga CZK4118/Family (RM625). Tepat pada jam 11.50pm train EN477 bertolak ke Brevlav dan kami hanya tidur-tidur ayam kerana takut terlepas perhentian transit kami kelak.   Pada jam 3.51am kami sampai di station Breclav dan turun ke platform dalam keadaan cuaca awal pagi yang sangat sejuk lalu terus masuk ke dalam station. Sekitar jam 4.30am kaunter tiket keretapi dibuka dan terdapat orang awam yang mula membeli tiket untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Pada jam 4.49am kami menaiki train R407 dan kami bertuah kerana train free seat tersebut masih terdapat satu family compactment yang kosong untuk kami sekeluarga berehat sepanjang menaiki train dari Breclav menuju ke Wien Hbf, Vienna.
Setibanya di Vienna kami turun dan konduktor train tersebut berulang kali bertanya tentang schedule perjalanan kami seterusnya untuk memastikan kami turun di station yang betul kerana mungkin beliau ingin membantu setelah melihat kami membawa 2 beg besar dan kanak-kanak. Thanks Sis & jasamu kami kenang.
Ikuti kemeriahan kami berjalan-jalan di Negara Austria dengan menjelajah historical city Vienna dan nikmati keindahan alam ciptaanNya di salt mine lake sekitar Salzbug di entri seterusnya. Jom………….   
 
 

1 comment: