Day 1 – Perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah
Kisah ini adalah memori family
trip jalan-jalan ke Melaka untuk naik River Cruise dan bershopping di Jonker
Walk bersempena cuti sekolah penggal akhir 2017. Kami memang meminati destinasi
percutian ke Melaka kerana terdapat pelbagai aktiviti family yang boleh
dilakukan di negeri tersebut. Alhamdulilah, kali ini kami akan menyusuri Sg
Melaka dan jalan-jalan di Jonker Walk. Kisah ini kami badaikan berdasarkan gambar-gambar yang dirakamkan namun mengambil masa yang agak lama dek kerana kesibukan. Jom layan kisah kami di Melaka ye…...
Pada pagi Jumaat tanggal 30 Disember
2017 kami sekeluarga bertolak menuju ke Melaka menggunakan Lebuhraya PLUS. Mengikut perkiraan masa Waze perjalanan akan mengambil masa
sekitar 1 1/2 jam mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana berlaku
pertambahan akibat musim cuti sekolah penggal akhir 2017 ini. Seperti
biasalahlah pesanan kami agar berhentilah minum kopi O di mana-mana hentian
R&R untuk mengelakkan rasa mengantuk dan mengembalikan kesegaran untuk
meneruskan pemanduan ke destinasi masing-masing. Penginapan kami pula telah ditempah di
Booking.com yang mepunyai banyak rangkaian hotel seluruh dunia dan sangat mudah pula .
Sekitar jam 9.00am kami telah pun
sampai ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung Melaka di alamat Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir,
75000 Melaka yang terletak berdekatan dengan Dataran Pahlawan. Oleh
kerana masih pagi lagi masakan asam pedasnya belum siap dan kami hanya memesan
nasi lemak ayam goreng sahaja.
Selepas breakfast, kami memandu mendekati Jonker Walk dan mencari kawasan parking kereta di celah-celah Jalan Kota Laksamana yang semakin sesak dan sempit setelah kelihatan berduyun-duyun orang ramai berjalan pergi dan balik. Di Jonker Walk kami berjalan ke kedai Mamee yang terletak di 46 & 48, Jalan Hang Jebat, Melaka, 75200 Melaka dan shopping snek serta produk Mamee sambil melawat muzium di dalam bangunan tersebut. Terdapat juga bahagian dapur dan kelas masakan di mana pengunjung kanak-kanak diberikan sesi khas penerangan dan promosi mengenai produk keluaran Mamee dengan lebih detail.
Menu dimakan bersama nasi lemak & ayam goreng
Hotel murah di sebelah restoran
Selepas breakfast, kami memandu mendekati Jonker Walk dan mencari kawasan parking kereta di celah-celah Jalan Kota Laksamana yang semakin sesak dan sempit setelah kelihatan berduyun-duyun orang ramai berjalan pergi dan balik. Di Jonker Walk kami berjalan ke kedai Mamee yang terletak di 46 & 48, Jalan Hang Jebat, Melaka, 75200 Melaka dan shopping snek serta produk Mamee sambil melawat muzium di dalam bangunan tersebut. Terdapat juga bahagian dapur dan kelas masakan di mana pengunjung kanak-kanak diberikan sesi khas penerangan dan promosi mengenai produk keluaran Mamee dengan lebih detail.
Mamee Monster yang setia menunggu pengunjung
Kitar proses produk di kilang Mamee
Mamee Cafe
Signboard arah dalam Kedai Mamee
Workshop di 1F
Pengunjung boleh melihat Workshop dari luar tingkap kaca
Sudut menunggu di Kedai Mamee
Berehat bersama Mr Potaeto
Pek promosi produk-produk Mamee
Selepas itu kami masuk café kopi
pure untuk mencuba kopi-kopi yang terdapat di situ. Kedai kopi tersebut agak
sempit tetapi unik dengan pameran barang-barang dapur lama yang klasik dan
terjaga rapi.
Macam-macam kopi yang telah dipesan
Santai di meja kedai kopi
Kedai kopi yang dihiasi periuk belanga klasik
Menjelang tengahari, kami
mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Plaza Dataran Pahlawan Megamall yang
terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir sementara menunggu check in hotel
bermula jam 2.00pm nanti tetapi kami berhasrat untuk checkin lewat sekitar jam
4.00pm nanti. Sekitar jam 1.00 tengahari kelihatan kaum lelaki mula
meninggalkan pejabat dan shopping kompleks untuk menuju ke Mesjid Kampung Keling
yang terletak di Jln Hang Lekiu.
Setelah selesai solat jumaat, kami bertemu di roundabout Bandar Hilir depan Muzium Sejarah dan Melaka Clock Tower untuk berjalan-jalan sekitar Jonker Walk di sebelah Hard Rock Café ke arah A Famosa. Kelihatan banyak beca-beca cantik dihiasi pelbagai corak berwarna-warni meluncur laju membawa penumpang ke sana ke mari mengelilingi lalauannya di sekitar Bandar Melaka.
Sejerah Mesjid Kampung Kling dekat Jonker Walk
Solat Jumaat di Mesjid Kampung Kling
Setelah selesai solat jumaat, kami bertemu di roundabout Bandar Hilir depan Muzium Sejarah dan Melaka Clock Tower untuk berjalan-jalan sekitar Jonker Walk di sebelah Hard Rock Café ke arah A Famosa. Kelihatan banyak beca-beca cantik dihiasi pelbagai corak berwarna-warni meluncur laju membawa penumpang ke sana ke mari mengelilingi lalauannya di sekitar Bandar Melaka.
Selepas itu, kami menuju ke
Bangunan The Shore Shopping Galery yang terletak di
berhampiran jeti Cruise Sg Melaka. Di
bangunan tersebut kami menaiki escalator menuju ke Muzium 3D Interactive yang
mempunyai watak-watak superhero seperti Jedi Star Wars, Spiderman, Batman dan
lain-lain lagi. Anak-anak terpesona masuk ke muzium tersebut kerana boleh
meniru aksi-aksi superhero sambil bergambar.
Ruang lepak di pintu masuk Muzium 3D Interactive
Spiderman memanjat dinding
Meniru aksi spiderman
Diapit oleh bodyguard dari angkasa
Pak cik Mario
Geng minion
Setelah puas berlegar di dalam
muzium tersebut, kami pun menuju ke Hotel M2 Boutique yang terletak di
No 17, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, 75000 Melaka untuk checkin sekitar pukul 4.00pm
dan masuk ke bilik untuk berehat berehat dan mandi manda. Kami mengambil keputusan
untuk keluar makan di restoran yang berdekatan dengan hotel sahaja untuk
menjimatkan masa dan dapat meneruskan aktiviti menyusuri sungai Melaka pada
waktu malam nanti. Kami menuju ke Restoran LeQue yang terletak
dengan Shopping Kompleks Aeon Melaka lalu memesan makanan mengikut pilihan menu masing-masing.
Hotel-hotel pilihan di Melaka;-
i) Rama-Rama Designaner yang terletak di No 15 Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, Melaka Tengah, 75400 Melaka
ii) Atlantics Residence Melaka yang beralamat di A-11-09, 75300 Melaka, Malaysia
Hotel M2 Boutique, Melaka
Kaunter Hotel M2 Boutique
Ruang lepak di Hotel M2 Boutique
Minuman yang dijual di hotel
Snek dan biskut
Kemudahan microwave dan air panas disediakan
Nombor bilik yang sangat unik
Laluan yang selesa dan bersih ke bilik
Bantal dan tilam yang empuk
Katil 2 tingkat yang disukai kanak-kanak
i) Rama-Rama Designaner yang terletak di No 15 Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, Melaka Tengah, 75400 Melaka
ii) Atlantics Residence Melaka yang beralamat di A-11-09, 75300 Melaka, Malaysia
Setelah selesai makan kami naik semula ke hotel sementara menunggu waktu untuk menaiki Cruise Sg Melaka pula sekitar jam 9.00 malam. Apabila kami sampai di jeti Melaka Cruise River di sebelah The Shore Shopping Gallery sahaja, sudah terdapat beberapa family yang duduk di kerusi menanti bot manakala di didalam sungai telah kelihatan bot-bot membawa penumpang masing-masing berselisih laju sehinggakan membuat air sungai berkocak dan berombak kecil sehinggakan terbuai-buai bot yang tersadai di tepi jeti tersebut.
Mengambil tempat free seat dalam bot
Melihat lampu-lampu warna-warrni di tepi sungai
Pengunjung asyik menikmati keindahan Sg Melaka
Cruise Sg Melaka
Jeti bot mengambil dan menurunkan penumpang
Setelah menaiki bot tersebut
masing-masing mengambil tempat duduk dan bersedia untuk menyaksiakan panorama
di sepanjang Sungai Melaka. Dari dalam bot kelihatan view penempatan yang
disusuli dengan lampu yang terang benderang serta warna-warni bangunan yang
menceriakan lagi malam yang samar-samar bila melalui kawasan yang tidak
berlampu. Angin malam bertiup ditambah lagi dengan kelajuan bot sehinggakan
kadang-kadang terpecik air membasahi lantai bot dan tempiasnya hingga ke muka
pengunjung.
Bangunan plaza di tepi Sg Melaka
Trek monorel sejajar dengan Sg Melaka
Promosi karnival Sg Melaka
View bangunan tinggi dari cruise
Jambatan ala Raito Bridge, Venice...
Medan selera di tepi Sg Melaka
Jambatan Pasar yang merentasi Sg Melaka
Panorama malam yang sangat cantik
Bangunan lama yang dilukis mural di dinding
Cafe di tepi Sg Melaka
Dinding-dinding bangunan dilukis pelbagai cork mural
Lampu-lampu yang menerangi Sg Melaka
Biasan warna-warni lampu di permukaan air Sg melaka
View night cruise menyusuri Sg Melaka
HRC Melaka
Sungai Melaka
Berjalan ambil angin malam di tepian Sungai Melaka
Cahaya terang benderang dari jambatan
Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah
Menyusuri sungai Melaka
Setelah hampir 2 jam menyusuri
sungai Melaka dengan bot kami dibawa kembali ke jeti tadi dan terus balik ke
hotel semula ke hotel untuk berehat dan tidur.
Day 2 - Jalan-jalan sekitar Melaka
Pada pagi Sabtu tersebut kami keluar agak lewat kerana mengambil kesempatan bercuti untuk berada di bilik hotel sehinggakan breakfast pun kami hanya tapau dari foodcourt yang terletak di Jalan Tun Ali 4, Kampung Bunga Paya Pantai, 75300 Melaka dan berdekatan dengan dermaga jeti cruise Sungai Melaka sahaja. Kami hanya makan roti canai dan nasi lemak pada pagi itu.
Sekitar jam 10.00 pagi kami keluar menuju ke arah highway PLUS dengan berpandukan Waze menghala ke arah selatan untuk mencuba nasi Restoran Nasi Kambing 40 hari di Yong Peng Johor yang memekana masa 1 jam 45 minit dengan jarak pemanduan 135km dari Melaka. Pada jam menghampiri 12 tengahari, kami pun sampai di restoran tersebut dan kelihatan ramai pengunjung yang parking kereta dan menyerbu restoran tersebut. Kami pun turut beratur untuk memesan makanan walaupun dalam keadaan yang kelam kabut sehinggakan pekerja di situ pun nampak macam stress dan muka ketat sahaja. Justeru itu, kami berpendapat lebih berbaloi untuk pergi ke Restoran Bamboo Sg Kelah yang lebih mesra pelanggan. Hahaha....
Selepas menjamu selera kami pun berpatah balik ke highway PLUS menuju ke Melaka untuk menikmati kuih keria yang ditapau dan juga the famous Coconut Shake di Klebang. Kami lepak santai di restoran Klebang Coconut Shake dengan menu nasi lemak sambil melihat gelagat para pengunjung yang snagat ramai di hujung minggu.
Menjelang petang kami balik ke hotel untuk solat dan berehat sementara menunggu dinner sudah tentu menu seafood menjadi pilihan ramai sekiranya bertandang ke Melaka. Kami memilih Restoran Medan Ikan Bakar di Pernu untuk menjamu selera pada malam itu.
Day 3 - Tapau asam pedas Kak Su
bekalan balik ke KL
Pada pagi Sabtu tersebut kami keluar agak lewat kerana mengambil kesempatan bercuti untuk berada di bilik hotel sehinggakan breakfast pun kami hanya tapau dari foodcourt yang terletak di Jalan Tun Ali 4, Kampung Bunga Paya Pantai, 75300 Melaka dan berdekatan dengan dermaga jeti cruise Sungai Melaka sahaja. Kami hanya makan roti canai dan nasi lemak pada pagi itu.
Sekitar jam 10.00 pagi kami keluar menuju ke arah highway PLUS dengan berpandukan Waze menghala ke arah selatan untuk mencuba nasi Restoran Nasi Kambing 40 hari di Yong Peng Johor yang memekana masa 1 jam 45 minit dengan jarak pemanduan 135km dari Melaka. Pada jam menghampiri 12 tengahari, kami pun sampai di restoran tersebut dan kelihatan ramai pengunjung yang parking kereta dan menyerbu restoran tersebut. Kami pun turut beratur untuk memesan makanan walaupun dalam keadaan yang kelam kabut sehinggakan pekerja di situ pun nampak macam stress dan muka ketat sahaja. Justeru itu, kami berpendapat lebih berbaloi untuk pergi ke Restoran Bamboo Sg Kelah yang lebih mesra pelanggan. Hahaha....
Hidangan set menu nasi kari kambing 40 hari
Selepas menjamu selera kami pun berpatah balik ke highway PLUS menuju ke Melaka untuk menikmati kuih keria yang ditapau dan juga the famous Coconut Shake di Klebang. Kami lepak santai di restoran Klebang Coconut Shake dengan menu nasi lemak sambil melihat gelagat para pengunjung yang snagat ramai di hujung minggu.
Gerai kuih keria
The Famoue oconut Shake Klebang
Nasi lemak dan kuih muih
Ais krim tembikai
Gerai-gerai di hadapan laluan masuk ke restoran medan ikan bakar
Menu seafood
Dinner ikan bakar
Pada pagi minggu Ahad 31 Disember 2018,
kami bangun lewat juga sambil berehat di hotel. Kami breakfast tapau menu nasi lemak yang dibeli di gerai sekitar bandar Melaka sahaja.
Sekitar jam 10.00am kami checkout hotel dan menuju ke arah Restoran Asam Pedas Kak Su yang menjadi pot penting kami sekiranya ke Melaka untuk makan tengahari malah tidak ketinggalan untuk tapau asam pedas dan dibawa balik sebagai ole-ole ke KL nanti. Restoran Kak Su juga ada menyediakan ayam panggang pasu yang enak dan sangat sedap sekiranya dimakan dengan menu asam pedasnya. Selepas makan tengahari, kami membeli ais krim durian yang sangat sedap dimakan ketika cuaca panas. Memang recommended asam pedas, ayam panggang pasu dan ais krim durian... terbaik.
Restoran Asam Pedas Kak Su
Ramai pengunjung ke Restoran Asam Pedas Kak Su
Beratur memesan air krim durian....
Cubalah ais krim durian... ada hanya ketika bermusim...
Ais krim durian....
Ayam Pasu Kak Su
Setelah menjamu selerra kami menuju ke Freeport A Famosa Premium Outlet yang terletak di alamat Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Malacca. Terdapat pelbagai outlet seperti di Johor Premium Outlet, Mitsui Premium Outlet dan juga Genting Premium Outlet yang pernah kami singgah sebelum ini. Kanak-kanak sangat teruja dan riang kelihatan bermain di playground dan sudut-sudut permainan yang disediakan sementara pengunjung juga boleh merakamkan gambar detik-detik berkunjung di teppi kolam, kincir angin Belanda dan sebagainya.
Freeport A Famosa Premium Outlet
Kak Damia dan baby Aakif gembira
Baby Aakif repeat naik kuda...
View air pancutan dan kincir air
Kakak Damia terkenang Kampung Zaanse Schans
Pelantar kincir air yang menjadi tumpuan pengunjung
View yang damai seolah berada di Amsterdam
Bunga tulip putih seperti di Keukenhof... haha....
Begitulah kisah trip perjalanan santai family
dan anak-anak ke Melaka sempena cuti sekol;ah penggal akhir 2017.
Sesungguhnya benar sekali pandangan kami terhadap masa yang diperuntukkan bersama keluarga amatlah bermakna dan pastinya menjadi kenangan indah
sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, jangan teragak-agak ye untuk luangkanlah masa yang sesuai dan bawalah
keluarga anda bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di zoomdglobe ke destinasi
seterusnya. Jom….!