Day 1 – Perjalanan ke Kuantan/Kemaman, Lunch di Warung Pak Su & Mak
Su & Dinner di Restoran Tusuk Foumous
Kisah ini adalah memori family
trip bersama kawan-kawan Aakif dan Geng Sejid kawan-kawan pejabat Mama yang
menjadi acara tahunan sejak 2 tahun lepas bermula di Pulau Perhentian,
Terengganu dan Janda Baik, Pahang. Pada tahun ini trip memilih destinasi ke
Kuantan, Pahang sempena cuti CNY dan jalan-jalan cari makan dii sekitar Kemaman
dan juga Kuantan.
Pada pagi Khamis tanggal 15 February 2018
kami sekeluarga bertolak menuju ke Kemaman menggunakan Lebuhraya LPT tetapi
singgah di Kuantan untuk makan tengahari di Warung Pak Su dan Mak Su yang
terletak di No. 1 , Jalan Tanjung Lumpur, Taman Tunas Jaya,
25300 Kuantan, Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Taman Tunas Jaya, 25300 Kuantan,
Pahang. Mengikut perkiraan masa Waze perjalanan akan mengambil masa
sekitar 2-3jam mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana berlaku
pertambahan akibat musim cuti CNY. Dalam perjalanan kami hanya singgah sebentar
minum kopi O di hentian R&R untuk menghilangkan rasa mengantuk dan
mengembalikan kesegaran untuk meneruskan pemanduan ke Kuantan. Setibanya di
Warung Pak Su dan Mak Su kami melihat ramai orang memenuhi ruang kedainya dan
nasib kami agak baik kerana terdapat satu family yang baru siap menikmati
makanan di situ. Kami duduk menggantikan mereka dan memesan menu seafood bakar
yang fresh seperti ikan, udang, sotong dan sebaginya. Menu di warung ini lebih
kurang yang tedapat di warung-warung di tepi pantai Penarik, Terengganu dan
PCB, Kelantan. Setelah selesai menjamu selera kami pun meneruskan perjalanan
menuju ke Kemaman mengikut jalan persisiran pantai.
Kami menghampiri Hotel Kemaman
Sands yang ditempah di web Booking.com dan beralamat di 1403, Jalan Geliga Pantai 3, Kampung Geliga Besar,
24000 Chukai, Terengganu. Kami memilih hotel ini kerana terdapat
swimming pool untuk memenuhi hasrat anak-anak yang suka mandi-manda. Setelah
checkin kami masuk ke bilik untuk berehat tetapi mendapati air-cond di bilik
tersebut rosak. Selepas mandi dan solat kami pergi semula ke kaunter untuk
meminta penukaran bilik dan diberi kunci untuk berpindah ke bilik yang baru dan
tiada masalah lagi untuk kami berehat setelah kepenatan dalam perjalanan yang agak
jauh.
Mandi-manda di kolan Kemaman Sands
Kami mengambil keputusan untuk
keluar makan malam di restoran yang berdekatan dengan hotel sahaja untuk
menjimatkan masa dan dapat cepat kembali berehat di bilik. Kami memilih restoran
Tusuk Foumous yang hanya jarak lebihkurang 200 meter dari hotel tersebut. Restoran
itu sungguh unik kerana dibina dan diubahsuai di antara rumah kediaman di dalam
taman.
Semasa kami tiba hanya ada beberapa
orang pelanggan dan kami pun terus memesan menu makanan dan minuman mengikut
pilhan masing-masing.
Hiasan di Restoran Tusuk Foumous
Menu-menu yang terdapat di Restoran Tusuk Foumous
Pelangan sedang memesan menu makanan
Setelah menikmati makanan yang
enak, kami pun kembali semula ke hotel untuk berehat dan tidur.
Day 2 - Mandi Manda di kolam Kemaman
Sands, Santai di menikmati Kek Kula Cakes dan Makan Seafood di Restoran Ana
Ikan bakar Petai, Kuantan
Pada pagi Jumaat 16 February 2018,
kami bangun dan mencari breakfast di warung di Jalan Geliga menghala ke Chukai/Kemaman
untuk membungkus nasi lemak dan kuih muih dan makan di bilik hotel. Selepas
breakfast baby Aakif dan Kak Damia terus meluru ke kolam untuk mandi-manda di
bahagian kanak-kanak.
Lebih kurang jam 11.00am kami meninggalkan
hotel Kemaman Sands menuju ke pekan Kuantan untuk berjumpa dengan kawan-kawan
yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Kami berkumpul di kedai Kula Cake yang
beralamat di 96, Jalan Besar, 25000
Kuantan, Pahang. Semasa kami tiba di kedai tersebut sudah ramai
pelanggan beratur untuk order kek pilihan masing-masing. Ada pula yang memenuhi
ruang makan di luar kedai kelihatan berborak sambil makan kek dan minum kopi.
Pelanggan yang beratur di Cula Cakes
Sebiji Kek Cula Cakes yang ditapau
Kek pilihan kami di Cula Cakes
Ruang lepak di Cula Cakes
Sementara yang lain makan kek dan
minum kopi, kaum lelaki berduyun-duyun berjalan menuju ke masjid negeri Pahang
yang terletak hanya 500 meter dari kedai tersebut untuk solat Jumaat. Setelah
selesai solat, kami kembali ke kedai untuk berborak sambil makan kek dan minum
kopi. Kedai kek ini sangat kreatif kerana konsepnya yang open tiada berbumbung
hanya ditutupi tumbuhan menjalar sebagai bumbung dan dindingnya pula dihiasi
lukisan mural dan digantung basikal lama dan barang-barang recycle.
Mesjid Negeri Kuantan
Di dalam perjalanan ke Hotel Swiss-Garden
Resot & Spa kami singgah di kedai makan di tepi pantai untuk lunch bagi
mengisi perut yang hanya dialas dengan kek sahaja. Kedai makan itu hanya
menyediakan nasi campur dan tanpa berlengah lagi kami mengambil menu-menu yang
terhidang di rak-rak yang disediakan.
View dari parking Hotel Swiss-Garden Resort & Spa, Kuantan
Lobby hotel diceriakan dengan warna-warni bunga
Setelah selesai lunch,
masing-masing meneruskan perjalanan ke hotel Swiss-Garden Resort & Spa,
Kuantan yang terletak di alamat 2656-2657, Mukim Balok Beach, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang Daru, Pahang. Kami disambut dengan meriah
sekali bersempena sambutan CNY di mana kanak-kanak diberi ais krim, pop corn
dan gula-gula. Setelah selesai urusan di kaunter pendaftaran masuk kami pun
masuk ke bilik masing-masing dan terpegun dengan sambutan sempena CNY di mana
dibekalkan buah limau dan coklat berbentuk wang emas di dalam bilik.
Makan aiskrim, coklat dan limau mandarin cenderahati
Bilik yang luas dan selesa dan dekat dengan swimming pool
Setelah berehat sebentar,
kanak-kanak excited untuk keluar ke kolam sebaik sahaja kelihatan hari mulai
redup dan tidak panas. Masing-masing berlari ke kolam yang dah mula diserbu
oleh pengunjung hotel tersebut.
Mandi-manda di swimming pool hotel
Dalam pukul 7.30pm kami berkonvoi menuju ke Restoran Seafood Ana Ikan
bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan yang mengambil masa
pemanduan kira-kira 20-30 minit sahaja. Terdapat ramai pelanggan sudah memenuhi
meja makan dan masing-masing sudah mula memasan menu makanan masing-masing.
Terdapat berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain kelihatan fresh dan
enak untuk dimasak mengikut selera masing-masing.
Ramai pengunjung mencari meja kosong
Day 3 – Melayan kanak-kanak mandi manda di kolam renang Hotel
Swiss-Garden Resort & Spa, Kuantan dan lunch di Restoran Mabiq, Kuantan
Pada pagi hari Sabtu tanggal 17
February 2018 kami bangun awal dan breakfast di cafeteria hotel sambil melihat
kanak-kanak mula memenuhi swimming pool. Baby Aakif pun tidak sabar lalu
berpakat dengan kawan-kawanya untuk cepat-cepat breakfast dan segera kembali ke
bilik untuk menukar pakaian mandi.
Terdapat kolam untuk dewasa dan juga kanak-kanak yang hanya bersebelahan shaja memudahkan lagi keluarga mengawasi anak masing-masing. Kelihatan beberapa keluarga warga China yang menyambut CNY di hotel tersebut mungkin dari beberapa projek pembangunan milik China di sekitar Kuantan.
Mujurlah semasa mandi manda awan menyelubungi langit dan mendung apabila menjelang tengahari dengan tiupan angin yang mengasyikkan. Ramai juga pengunjung hotel dan orang awam kelihatan berjalan-jalan di tepi persisiran pantai sambil menikmati deruan ombak dan angin.
Zoom ombak dan awan mendung
Menjelang tengahari, selepas checkout
kami menuju ke pecan Kuantan untuk makan tengahari di Restoran Pondok Agama Mabiq
yang terletak tidak bberapa jauh dari Kuantan. Restoran ini menghidangkan menu
nasi bakar dengan pelbagai pilihan menu yang sangat enak dan menarik. Restoran
Mabiq ini sangat fames sehinggakan kelihatan kawan lama yang menuntut di universiti
dahulu makan bersama-sama keluarganya namun kesuntukan masa untuk bertegur sapa
kerana terlalu ramai pelanggan mundar-mandir di setiap ruang restoran.
Sejarah penubuhan Sekolah Pondok dan Restoran MABIQ
Hidangan nasi campur dengan pelbagai menu pilihan
Pengunjung yang datang dari jauh
No comments:
Post a Comment