Destinasi
kami sekali lagi adalah tujuan ke Bandung untuk berjalan-jalan dan juga
shopping,
kami sefamili sekali lagi berkesempatan menjelajah kota Bandung setelah 4 tahun
tidak ke sana. Seperti biasa, kami bertuah juga kerana dapat menempah tiket
promosi Malindo Air beberapa bulan sebelum perjalanannya berharga
RM744/return/2A2C. (Tips : Untuk mendapatkan tiket flight yang murah bagi
negara asean, kami menggunakan airpazz.com yang mana carian akan dibuat dengan
membandingkan semua syarikat penerbangan yang ada dan harga adalah lebih murah
berbanding dengan menempah direct daripada syarikat penerbangan tersebut. Sila
pastikan anda memberi details email dan nombor telefon untuk dihubungi oleh
mereka nanti walaupun telah dihantar email airpazz code untuk rujukan)
Untuk
accommodation di Bandung pada kali ini, kami mencari kelainan dengan menempah
hotel dan penginapan ala resort suasana pedalaman yang menonjolkan ciri-ciri alam semulajadi dengan persekitaran flora fauna iaitu di hotel Sapulidi Sawah berharga RM224/night di mana harga hotel ini
sangat mampu milik, selesa dengan staff yang efficient dan friendly. (Tips :
Terus ke website booking.com untuk membuat tempahan, tetapi anda juga boleh
memilih lokasi berlainan sesuai dengan itinerary masing-masing).
Sementara
itu, bagi memastikan acara shopping yang selesa kami menempah mobil &
driver melalui google serta berurusan dengan Pak Irfan dengan total harga pakej
RM700. Sepanjang berada di Bandung kami ditemani staf/drivernya Pak Angga, boleh
dihubungi dengan Whatsapp no. +62 821-2014-7598.
Selain
daripada kos-kos di atas, kami membawa cash lebih kurang RM3000 untuk bayaran
bagi tiket masuk ke Kawah Putih dan Floating Market, makan tengahari dan dinner
dan juga duit shopping.
Penerbangan
kami Malindo Air OD 0302 (Jet B737-800) KUL-BDO mengambil masa lebih kurang 2 jam
10 min pada Khamis 14 Jan 2016 dengan waktu berlepas pada pukul 12.10pm dan pada jam 1.30pm kami pun
selamat mendarat di Hussin Bandara Airport, Bandung. Selepas urusan imegresen
dan pemeriksaan keselamatan, kami bertemu dengan Pak Angga yang sedia menunggu
kami di arrival hall. Kami memberi satu salinan itinerary dan plan kami
sepanjang berada di Bandung terutama tempat-tempat shopping dan juga restoran.
Bandung
terkenal dengan jolokan Paris Van Java yang mempunyai banyak outlet untuk
bershopping yang terletak boleh dibahagikan kepada 5 kawasan iaitu di Pasar Baru,
Jalan Sukajadi, Dago, Jalan Riau & Jalan Cihampelas. Berikut adalah
aktiviti jualan yang terdapat di 5 kawasan tersebut;
PASAR BARU – Mall yang besar & luas semuanya tempat
kain-kain ela, kain sulam, jubah, T-shirt Bandung, Telekung, di sini kalau bawa
duit Malaysia pun diterima sebab ramai sangat orang Malaysia kat sini. Antara
hotel berdekatan ialah Aston Braga
Hotel Apartment, Arion Swiss Belhotel, Vue Palace Hotel, Cemerlang Hotel,
Carrcadin Hotel,
SUKAJADI – Kawasan Factory Outlet, Paling besar &
Famous RUMAH MODE, hotel pula Grand
Seriti, Villa Damar, Grand Setiabudi, Retanata Homestay, Edelweis, Sukajadi Hotel.
DAGO – Kawasan Factory Outlet yang paling banyak
seperti Donnatello, Jetset, Glamour, RunWay, Episode, Grande Blossom &
bnyak lagi. Hotel pula HOTEL DAGO ,The
Luxton, Scarlet Dago Hotel, Bumi Sawunggaling, Royal Dago, Sheraton, Jayakarta
Hotel , Puri Gardenia, Dago Guest House.
JALAN RIAU – Kawasan factory Outlet seperti The Secret,
Heritage, Formen, Terminal Tas. hotel pula Hotel Anggrek, Hotel Santika, Hotel Hyatt Regency, Grand Serela Hotel,
AMAris Cimananuk.
JALAN CIHAMPELAS – Kawasan Jeans & T-shirt tapi awas di
sini ada yang bukan original hotel pula ialah Aston Tropicana, Fave Hotel, Hotel Cihampelas, Amaris, Sensa Hotel,
Andelir.
(Tips
: Untuk memudahkan urusan imigresen, sediakan printed copies flight itinerary
dan semua hotel booking confirmation di dalam satu folder sebagai rujukan
nanti).
Kami
langsung dibawa oleh Pak Angga menuju ke Rumah Mode dan setibanya di gate masuk
kami ditahan oleh security yang memeriksa kendereaan dan luggage kami,
rupa-rupanya ada berlaku kejadian letupan bom di Jakarta beberapa jam sebelum
kami mendarat di Bandung. Selepas penat bershopping kami menuju pula ke Restoran
Kg Daun di alamat Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Villa Triniti, Desa Lembang,
Lembang, Jawa Barat untuk makan sebelum ke hotel Sapulidi untuk check-in dan
berehat di hotel. Hotel Sapulidi terletak di Komplek Graha Puspa, Jl. Sersan
Bajuri, Cihideung, Bandung Barat, Parongpong, Jawa Barat.
Day
2 (Jumaat : 15 Januari 2016) - Lembang Float Market
Kami
bangun seawal pagi pada hari Jumaat, 15 Januari 2016 untuk solat subuh dan
bersantai di balcony sambil melihat ikan berenang-renang di dalam kolam di tepi
bilik hotel. Setelah mandi manda dan bersiap diri kami bergerak ke kawasan
restoran Sapulidi yang terletak di luar dan kawasan lapang lalu duduk di sebuah
gazebo di tengah sawah untuk menimati breakfast. Setelah masing-masing membuat
tempahan dari pelayan, kami pun bersantai di pondok gazebo tersebut sambil
menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan juga udara pagi yang segar dan nyaman.
Sementara baby Aakif melayan ‘Giyan the Traveling Beruang’ makanan yang dipesan
dihantar dan kami pun makan berselera di tengah sawah.
Selepaas
selesai menikmati sarapan pagi, kami berjalan ke tepi kolam dan dipelawa oleh
pekerja hotel untuk menaiki perahu percuma dan dibawa mengelilingi kolam
sehinggalah melewati bilik kami. Pekerja hotel tersebut gigih mengayuh perahu
sambil anak-anak keriangan walaupun risau takut-takut perahu terbalik.
Selesai sahaja bersarapan, kami bersedia untuk
memulakan perjalanan kami ke Bamboo Park yang terletak hanya beberapa minit
sahaja dari hotel. Pada mulanya kami mencari juga bilik di sini tetapi telah
pun penuh di mana harganya sekitar RM250/night. Bamboo park juga terkenal
kerana mempunyai hotel pesona bamboo yang cantik dan tereletak di alamat Dusun Bambu, No.KM 11, Jl.
Kolonel Masturi, Situ Lembang, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat
40551.
Kami
adalah antara pengunjung yang awal tiba kerana di parking hanya ada beberapa
buah kereta sahaja dan beberapa bas pelancong yang baru masuk ke ruang parking.
Setelah membeli tiket, kami pun berjalan masuk ke dalam farm. Di dalam farm kami menyusuri track jambatan
yang tinggi sekitar 3-4 meter dari aras tanah untuk meninjau hutan bamboo dan
fauna flora di kawasan tersebut.
Setelah puas berjalan di sekitar Bamboo Park, kami bertolak ke Lembang Float Market menjelang tegahari kerana perlu sampai di situ sebelum solat jumaat. Lembang Floating Market terletak di Jl. Grand Hotel No. 33 E, Lembang, Bandung Barat. Setelah parking dan membeli tiket Mama, baby Aakif dan kakak masuk ke Lembang Float Market sementara Pak Angga membawa kaum lelaki untuk bersolat jumaat di masjid Al Furqan yang berdekatan dengan entrance Lembang Float Market hanya jalan kaki sekitar 500m sahaja.
Denai air mengalir di dalam Bamboo Park
Setelah puas berjalan di sekitar Bamboo Park, kami bertolak ke Lembang Float Market menjelang tegahari kerana perlu sampai di situ sebelum solat jumaat. Lembang Floating Market terletak di Jl. Grand Hotel No. 33 E, Lembang, Bandung Barat. Setelah parking dan membeli tiket Mama, baby Aakif dan kakak masuk ke Lembang Float Market sementara Pak Angga membawa kaum lelaki untuk bersolat jumaat di masjid Al Furqan yang berdekatan dengan entrance Lembang Float Market hanya jalan kaki sekitar 500m sahaja.
Setelah selesai solat jumaat, kami pun masuk ke Lembang Floating Market sambil berjalan-jalan meninjau menu-menu yang dijual di atas sampan,
kami pun memesan makanan masing-masing dan duduk di meja makan di mana Mama
& Baby Aakif menanti sambil menghabiskan makanan. Rambang jugalah mata
apabila melihat menu-menu makanan yang sungguh enak dan sudah tentulah
berselera untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan apabila berkunjung di
Lembang Float Market. Selain daripada itu terdapat kemudahan Surau untuk
bersolat serta gazebo-gazebo disediakan untuk berehat sambil makan. Terdapat
juga gera-gerai yang menjual t-shirts dan souveniers.
Note
: Lembang Market ini hanya dibuka dari jam 9.00am hingga 8.00pm. Di sini anda
boleh membeli t-shirt dan pelbagai souveniers dengan harga berpatutan.
Sekitar
jam 3.00 petang kami pun bertolak ke Bandung dan dalam perjalanan kami berhenti
makan sekitar jam 4.30pm di salah sebuah restoran yang direkomend oleh Pak
Angga dengan pelbagai menunya yang enak dan berselera. Kami check in di hotel
Zodiak Pascal yang terletak di Jalan Pasirkaliki No. 50, Bandung, Jawa Barat.
Day 3 (Sabtu : 16 Januari
2016) – Jalan-jalan ke kawah putih & juga shopping
Pada pagi Sabtu 16 Januari 2016, kami bangun awal
untuk bersolat subuh dan breakfast di hotel sebelum bertolak ke kawah putih.
Perjalanan ke sana akan mengambil masa selama hampir 3-4 jam mengikut keadaan
kesesakan lalulintas. Kawah Putih adalah merupakan salah satu kawasan tarikan
pelancong yang terkenal di Bandung dan terletak di Jl. Raya Soreang, Ciwidey,
Bandung, Jawa Barat. Kami membeli mask untuk dipakai bagi mengelakkan baud an juga habuk di
kawasan kawah tersebut.
Gambar kawah putih
Pengunjung mencari spot untuk berfoto
Trek ke kawah putih
Pengunjung ramai sedang menikmati panorama Kawah Putih
Gaya adik di tepi Kawah Putih
Pengunjung mencari spot untuk berfoto
Trek ke kawah putih
Pengunjung ramai sedang menikmati panorama Kawah Putih
Gaya adik di tepi Kawah Putih
Setibanya
kami di pekan Bandung, kami sempat singgah di Cibaduyut dan jalan Champelas
untuk bershopping dan jalan-jalan.
Untuk
dinner malam itu, kami dibawa oleh Pak Anga ke kedai café di sebelah malamnya
dan kami memesan kopi sambil makan roti bakar dan kek sambil berbual santai.
Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel dan berehat sahaja.
Day 4 – Shopping di Bandung
Kami
bangun awal pada hari Ahad 17 Januari 2016 dan bersiap sedia untuk beshopping
selepas menikmati breakfast. Dari hotel kami dibawa oleh Pak Anga ke
outlet-outlet di sekitar Bandung untuk shopping pakaian dan sebagainya tertumpu
di 5 kawasan tarikan kaki shopping iaitu di Pasar Baru, Jalan Sukajadi, Dago,
Jalan Riau & Jalan Cihampelas.
Kami
sempat bershopping dan jalan-jalan di Pasar Gasibu (Depan Gedung Sate), Jalan
Riau - Toko 3, Heritage, Cascade, Summit dan ke Jalan Braga (Lukisan & Art).
Kami
juga singgah ke Kartika Sari Brownies di Jl. Haji Akbar No. 4, Pasir Kaliki,
Cicendo, Bandung, Jawa Barat untuk membeli beberapa kotak brownies sebagai buah
tangan nanti.
Setelah
penat bershopping kami pun balik ke hotel untuk berehat.
Day
5 – Shopping di Bandung & balik ke KL
Pada
pagi Isnin 18 Januari 2016 kami hanya bersantai untuk breakfast kerana punya
banyak waktu sebelum bertolak ke Airport di mana kami perlu ke Airport
menjelang tengahari untuk flight balik ke Kuala Lumpur pada pukul 2.05pm.
Walau
bagaimanpun kami telah meminta Pak Anga untuk mengambil kami di hotel dan
singgah di shopping kompleks berdekatan ke Pasar Baru Trade Centre sementara
menunggu masa untuk ke Airport. Di situ sempat lagi baby Aakif menaiki train
mengelilingi ruang-ruang utama di shopping kompleks tersebut.
Kami
lunch di foodcourt yang tedapat berbagai menu hidangan dari gerai-gerai
jualannya di situ. Setelah makan tengahri kami menunggu Pak Anga di lobby
shopping kompleks tersebut dan beberepa minint sahaja Pak Anga telah sampai
untuk membawa kami ke Airport. Selepas urusan check-in luggage, pemeriksaan
imegresen dan keselamatan, kami pun boarding sekitar jam 1.30 untuk menunggu
flight di ruang pelepasan. Kami menaiki pesawat Malindo Air OD 0301 (Jet
B737-800) dari BDO ke KUL yang mengambil masa sekitar 2 jam 5min yang berlepas tepat jam 2.05pm dan mendarat di Kuala Lumpur pada jam 5.10pm.
Trip
kami pada kali ini hanyalah trip santai menikmati alam sekitar di samping
membeli belah di Bandung. Ke manakah destinasi selepas ini? Jangan lupa untuk
terus mengikuti entri kami seterusnya walaupun jarang-jarang bersiaran kerana
kekangan masa dan juga tugasan. Jumpa lagi & jom bercuti …….
No comments:
Post a Comment