Alhamdulillah, sejak dari zaman kolej lagi dah pasang cita-cita ingin memiliki superbike. Malahan, anak-anak kecil juga sangat meminati superbike sehinggakan tersangat riang apabila diberi pilihan menaiki superbike mini di theme park atau pasaraya.
Dulu semasa muda belia ada motor kap cai Honda EX5 yang digunakan untuk ke kuliah. Motor kap cai tersebut juga pernah menyusuri lorong-lorong di kota metropolitan Kuala Lumpur setelah memulakan kerjaya di kotaraya ini selepas bersesak-sesak dalam bas mini ketika itu.
Superbike mini
Test drive superbike mini
Dulu semasa muda belia ada motor kap cai Honda EX5 yang digunakan untuk ke kuliah. Motor kap cai tersebut juga pernah menyusuri lorong-lorong di kota metropolitan Kuala Lumpur setelah memulakan kerjaya di kotaraya ini selepas bersesak-sesak dalam bas mini ketika itu.
Setelah menamatkan zaman bujang motor kap cai tersebut dihantar ke kampung di manakala kereta pula digunakan untuk berualang alik ke tempat kerja. Tapi angan-angan untuk memiliki superbike terus terpahat di sanubari. Sejak itu, terfikir untuk membeli perkakas yang akan digunakan nanti.
Mula-mula helmet full-face Michel keluaran Bogo dibeli sekitar tahun 1990an bagi menyuntik semangat permulaan dan terus berazam di mana suatu hari nanti akan dimiliki juga superbike itu, walaupun helmet tersebut terpaksa hanya disimpan dan menghuni bilik stor rumah dan dibaluti kemas. Helmet fullface Michel Bogo bersaiz XL memang sepadan dan selesa walaupun nampak garang warna dan designnya.
Namun kadang-kadang terdetik juga keinginan di hati ini untuk memiliki helmet berjenama Shoe atau Arai apabila membaca FB group Road To Japan di mana ahli-ahlinya ada yang melancong ke sana dan membawa pulang helmet tersebut sebagai kenangan dan ole-ole / buah tangan yang digemari ramai. Lagi pun kalau dibeli di sini, tentulah harganya lebih mahal. Memang terasa rugi jugalah kerana melepaskan peluang membeli helmet tersebut semasa bercuti bersama famili sekitar setahun lepas di bulan December 2017. Namun hasrat dan angan-angan baru tersebut timbul pula untuk memiliki helmet-helmet tersebut apabila ramai yang repeat ke destinasi Jepun. Tapi... tak pasti lagi bila datenya untuk repeat ke sana lagi. Tambahan pula terdapat promo-promo di group whatsapp yang menjual helmet secara online ataupun kedai-kedai aksesori yang sentiasa menawarkan harga istimewa, antaranya group Helmet Boltz, Bike World Klang, Bikezone dan sebagainya.
Untuk yang ingin info trip ke Japan - Tokyo boleh klik di Japan Dec 2016 (Road To Japan 1) - zoom kotaraya Tokyo dan Mt Fuji
Promosi helmet berbagai design di web
Promosi helmet dan peralatan-peralatan motor di web
Pada awal bulan Februari 2018 dan di suatu petang selepas balik dari bertugas, bergegas ke kedai motor di Jalan Sentul untuk membeli sebuah helmet bagi kegunaan pillion. Oleh kerana hari itu adalah hari minggu tak banyak pula keda-kedai motor di situ dibuka jadi tak banyak choice. Memandangkan budget taklah sebesar helmet Shoe & Arai, setelah membelek beberapa helmet maka dipilih helmet LS2 dengan harga RM360 termasuk GST. Helmet ini ringan dan ketat walaupun bersaiz XL dan istimewanya mempunyai wisor gelap di lapisan dalam.
Untuk keselamatan semasa ride superbike seseorang rider haruslah menitik berat keselamatan dirinya. Jadi setiap pemilik mestilah memiliki jacket keselamatan yang melindungi bahu, lengan dan siku serta badan. Manakala seluar pula haruslah melindungi kepala lutut dan juga pinggang.
Justeru itu, sebagai bukti tetap menaruh angan-angan yang kuat dan masih terpahat untuk memiliki superbike, maka impian tersebut diteruskan dengan membeli suit jacket dan seluar keselamatan yang dipakai untuk menunggang superbike semasa bercuti dan mengunjungi Saravalle Design Outlet (SDO) di Milano, Italia pada 14 Mac 2015. Jacket tersebut berjenama AXO design Italia dan antara jacket yang dipakai Velentino Rossi jika ingin mendapat info lanjut bolehlah ke web axosport.com bagi melihat design-designnya. Manakala, seluar keselamatan pula berjenama smook. Total kos untuk suit tersebut adalah sekitar Euro 560 untuk jacket dan Euro 446 untuk seluar. Jacket kulit tersebut mempunyai lapisan dalam yang ketat dan amat selesa dipakai. Seluar juga mempunyai dua lapisan dan plat-plat perlindungan di lutut dan paha. Berat jugalah menarik beg yang hanya memuatkan jacket kulit dan seluar tersebut untuk dibawa balik ke tanahair.
Untuk yang ingin info trip ke Milano, Italia dan shopping di Saravalle Design Outlet (SDO) silalah klik Shopping di Saravalle Design Outlet, Milan
Sepatutnya rider perlu memakai kasut boot untuk memastikan keselamatan bahagian kaki. Namun, masih menjadi angan-angan untuk memiliki kasut boot yang diidamkan. Setakat ini, hanya memakai kasut Clarks tapi terasa sayang ketika meredah hujan lebat, nasib baik borong banyak kasut Clark semasa berkunjung ke London 2 tahun lepas. haha. So, angan-angan untuk memiliki kasuh boot masih diteruskan dengan gigihnya menabung setiap bulan agar suatu hari nanti termakbul angan-angan tu. Aminnnnnn........
Gambar shopping kasut di Clarks Village
Untuk yang ingin info trip shopping di outlet Clarks Village dekat London dan shopping kasut brand ala borong silalah klik ke Trip 1 - Europe - Drive ke Manchester & Wales
Ada juga mengintai safety boot yang waterproof di mana macam sesuai juga digunakan jika selesa dan mematuhi tahap keselamatan penunggang.
Antara brand safety boot adalah seperti gambar-gambar katalogu seperti berikut;
Brand Oscar
Macam tahan lama
Bergaya
Berbagai design
Pilihan berbagai warna
Sejak tahun 2015, mula giat membuat research dan meninjau-ninjau jentera superbike, manalah tahu bila budget mengcukupi dan keadaan mengizinkan, manalah tahu secara tiba-tiba ada peluang sambar superbike, taklah terfikir-fikir dan tertanya-tanya nanti mana satu jentera superbike menjadi pilihan kenalah mengikut budget, tujuan, citarasa dan sebagainya. Ini adalah kisah teladan juga kesan dari boss di office yang pada mulanya membeli jentera Naza Blade 650 dan setelah menggunakannnya hanya beberapa bulan kemudian betukar jentera dengan membeli pula jentera Kawasaki Z1000 untuk digunakannya berulang alik hari-hari dari Puchong ke office. Ngauman jentera tersebut membuak-buak lagi angan-angan untuk memiliki superbike mengikut budget yang termampu. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini terjadi disarankan agar membuat research dan pilihan yang tepat sebelum membeli superbike supaya aspek-aspek yang diidamkan dari segi budget, tujuan, citarasa dan sebagainya dipenuhi tanpa kerugian nanti.
Setelah bertahun-tahun memendam angan-angan tersebut, Alhamdulillah pada awal minggu bulan Januari 2018, dapat juga meluangkan waktu untuk singgah sebentar di Kedai Motorsikal Eang Chun di Jalan Genting Kelang berjumpa Mr Ah Wai bagi mendapat khidmat dan maklumat lanjut tentang harga dan stock jentera Kawasaki Versys 650. Jentera tersebut menjadi pilihan hati kerana sesuai dengan budget, tujuan dan status. Jentera ini sudah terbukti di media-media dan seantero dunia tentang kelasakannya menjelajahi serata dunia secara berkonvoi sehingga ke Eropah dan telah terbukti kemampuannya.
Selain daripada itu, team Kawasaki telah memperbaiki dan upgrade kualiti versi-versi jentera tersebut bermula dari tarikh pertama dikeluarkan sehinggalah ke generasi sekarang. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu dengan prestasi dan kualiti jentera Kawasaki Versys 650 ini.
Buku Jaminan 2 Tahun Kawasaki
Terdapat warna oren dan silver untuk dipilih ketika itu, maka jentera berwarna silver merupakan Versys 650 yang latest dikeluarkan oleh Kawasaki. Spesfikasinya adalah seperti snap buku panduan berikut;
Gambar spesifikasi 2 - Engine
Gambar Spesifikasi 3 - Transmission
Gambar Spesifikasi 4 - Gear
Gambar Spesifikasi 5 - Frame
Gambar Spesifikasi 6 - Electrical Equipment
Setelah masa berlalu sekitar dua tiga hari, tiba-tiba dapat call dari kedai motor tersebut untuk datang ke kedai bagi pengesahan thumb print dan sign loan agreement, kemudian pada tanggal 19/1/2018 jentera Kawasaki Versys 650 telah siap diperiksa dan didaftarkan di JPJ serta dilindungi dengan Insuran Etiqa, maka jentera tersebut sedia untuk dibawa pulang. Setelah diperiksa maka pada jam 2.15pm tayar jentera tersebut digolek buat kali pertama mengelilingi Kuala Lumpur untuk test power dulu. Vroommmm........
Gambar jentera baru di depan Kedai Eang Chun
Kawasaki menawarkan jaminan dan free labour servis selama 2 tahun atau 20,000km yang mana terdahulu. Jadi, ada penjimatan selama 2 tahun dan lagi pun daripada pandangan otai-otai rider jentera tersebut kos maintenance adalah murah dengan average RM200 per servis. Tambahan pula, spare part jentera tersebut mudah didapati dengan harga yang murah di seluruh negara terutamanya di Jalan Sentul, Kuala Lumpur atau di mana-mana kedai motorsikal.
Bagi yang ingin mencari pengalaman dan pengetahuan tentang enjin, aksesori, pengembaraan, kebajikan dan sebagainya bolehlah meyertai kelab-kelab permotoran atau mengunjungi pameran-pameran auto dan motorsikal yang dianjurkan oleh kelab-kelab berkenaan.
Promosi tayar motor
Promosi side box untuk dipasang di motor
Bagi yang ingin mencari pengalaman dan pengetahuan tentang enjin, aksesori, pengembaraan, kebajikan dan sebagainya bolehlah meyertai kelab-kelab permotoran atau mengunjungi pameran-pameran auto dan motorsikal yang dianjurkan oleh kelab-kelab berkenaan.
Jadi, kepada yang ada angan-angan untuk memiliki superbike, apa tunggu lagi silalah berkunjung ke agen-agen jualan Kawasaki untuk test drive jentera Kawasaki Versys 650.
Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking. indian motorcycle tours
ReplyDeleteSalam bang.. Dah ada helmet lain, helmet michel tu nak jual tak? Dulu beli kat mane bang? Tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Helmet Michel tu masih diguna dan dijaga baik dik. Otai masih berbisa, dulu beli di area Subang Parade rasanya.
Delete