DAY 6 – DAY TRIP DI SANDUNES DAN MAKAN SEAFOOD DI MUI NE, VIETNAM
Trip kami sebenarnya bermula di Da Nang, boleh refer di Da Nang dan Hoi An Ancient City
Jeep Kuning yang membawa kami di Mui Ne
Kaunter tiket Fairy Stream
Meredah air sungai berpasir perang di Fairy Stream
Minum kelapa di gerai tepi sungai
Signboard lokasi kedai halal di Mui Ne
Ada juga pelancong yang menyewa bot nelayan untuk bersiar-siar di laut persisir sekitar Fisherman Village namun kami terpaksa melihat sahaja kerana menunggu lobster yang sedang dibakar. Lagipun masa mencemburui kami kerana harus meneruskan trip ke sandunes pula. Kami makan lobster bakar yang rasa isinya sangat sedap walaupun tidak dimasak dengan pelbagai resepi dan perasa namun sangat berpuas hati kerana berbaloi.
Setelah mundar-mandir di white sandunes dan beraksi dengan gaya-gaya di padang pasir, kami pun kembali ke parking jeep dan membasuh kaki dan membuang pasir-pasir halus yang melekat. Ada juga yang ke toilet sambil menunggu driver jeep yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakan mereka.
Menunggu sleeper bus Mui Ne ke Ho Chi Minh City
Sleeper bus Mui Ne ke Ho Chi Minh City
Dalam bas ke Ho Chi Minh City
Pada pagi Ahad 15 Dec 2019, kami menaiki sleeper bus dari Mui Ne ke Ho Chi Minh City yang termasuk di dalam Pakej Mui Ne 1 day trip kami. Pada jam sekitar 5.00am kami sampai di HCM setelah melalui perjalanan yang memakan masa 5-6 jam membelah kegelapan malam. Setelah menurunkan beg kami berjalan terus ke Hotel Reddoorz near Ben Thanz Market 2 yang terletak di 224 Ly Tu Trong, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. / T : +84 1900 636454 / N 010° 46.350, E 106° 41.688 / (Private bathroom + 2 large double beds) untuk meninggalkan beg. Kami telah menempah hotel ini di Booking.com berharga 744,192 (RM134) untuk 2 malam. Staffnya meminta kami meninggalkan beg di satu penjuru bersebelahan lobby dan meminta kami untuk datang kembali pada pukul 2 petang nanti untuk checkin. Kami berjalan berpandukan waze untuk ke Mesjid Ar Rahim yang terletak di 45 Nam Kỳ Khởi Nghĩa, Phường Nguyễn Thái Bình, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam (350m fr Saigon Bus Stn) untuk solat subuh. Di perjalanan kami sempat berjumpa dengan Jemaah yang baru balik dari masjid dan bertanyakan arah sebagai panduan untuk sampai ke masjid. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Mesjid Ar Rahim untuk solat subuh dan berehat seketika sebelum keluar jalan-jalan ke Ho Chi Minh City.
Pada pagi Isnin 16 Dec 2019, kami menunggu bas Amin Tour di depan hotel untk menuju ke jeti bot ke Sg Mekong dalam 1-Day Trip Tour yang kami tempah melalui wazzap Amin. Pemandu pelancong kami pada hari itu adalah Saudara Karim yang berasal dari Vietnam dan fasih berbahasa Melayu kerana pernah belajar di sekolah agama di Sepang, Selangor. Setelah menaiki bas yang penuh dengan pelancong dari Malaysia dan Singapura kami pun bertolak meningglkan Ho Chi Minh City untuk ke jeti yang mengambil masa sekitar 2 jam. Kami terhibur dengan info dan jenaka yang disampaikan oleh Saudara Karim di sepanjang perjalanan tersebut. Kami berasa amat bersyukur kerana kemajuan Islam dan penduduk Melayu di Malaysia berbanding dengan komuniti Islam di Vietnam yang tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari pemerintah. Bas yang membawa kami singgah di gedung membeli belah yang menjual pakaian muslim, beg, kasut dan lain-lain lagi yang murah di dalam perjalanan ke jeti. Setelah berhenti selama 30 minit bas pun bertolak meninggalkan Gedung tersebut tetapi bagi yang masih terfikir-fikir dan masih belum membuat keputusan untuk shopping tidak akan hampa kerana di dalam perjalanan pulang nanti bas akan singgah sekali lagi di situ.
Setelah selesai trip tour kami di
Sg Mekong, kami kembali ke jeti untuk naik bas kembali semula ke Ho Chi Min
City. Bas singgah semula di gedung membeli belah bagi menunaikan hajat sesiapa
yang ingin menyambung aktiviti bershopping di gedung tersebut. Bas bergerak
kembali ke Ho Chi Minh City dan keadaan jalan semakin sesak apabila memasuki
pusat bandar. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di Ben Thanz Market
kerana kami ingin singgah minum kopi o. Setelah berjalan-jalan di pasar malam
sambil minum kopi o, kami terus berjalan balik ke hotel untuk berehat dan
berkemas kerana pagi esok kami akan ke airport untuk menaiki pesawat balik ke
Kuala Lumpur.
Trip kami sebenarnya bermula di Da Nang, boleh refer di Da Nang dan Hoi An Ancient City
Kami juga telah fly Vietnam Airlines ke Tanah Tinggi Da Lat dan berjalan-jalan selama 3 hari, sangat menarik boleh refer blog Tanah Tinggi Da Lat
Trip kami bersambung ke Mui Ne, Vietnam.... Pada pagi Sabtu 14 December 2019,
kami bangun awal pagi dan berkemas beg dan bersiap sedia untuk checkout. Kami
mengambil pack makanan yang telah ditempah di Restoran Hawa berharga VND 750k sahaja untuk
breakfast di bilik hotel dan juga dibawa sebagai bekalan makanan lunch di Mui
Ne nanti. Setelah selesai breakfast kami pun turun ke lobby untuk checkout dan berehat di lobby sambil
menunggu bas shuttle yang akan membawa kami ke kaunter agen bagi menaiki
sleeper bus ke Mui Ne. Sekitar jam 8.30am shuttle bus tiba untuk membawa kami
dan terpaksalah berhimpit kerana bas shuttle itu hampir penuh sesak lagi pun kami
adalah antara penumpang terakhir sekali yang diambil. Setelah sampai di kaunter agen semua penumpang
turun dari shuttle bus lalu masing-masing mengumpulkan beg untuk di masukkan ke
dalam sleeper bus mengikut destinasi masing-masing kerana ada pelancong yang
akan pergi ke Na Trang dan juga ke Ho Chi Minh. Kami beratur di kaunter untuk
mendapatkan tiket dan juga details trip kami di Mui Ne nanti. Setelah semua
urusan di kaunter selesai, kami pun menaiki sleeper bus dan mendapat tempat
tidur di bahagian belakang bas. Harga tiket sleeper bus ini (Da Lat ke Mui Ne) dan sleeper bus tengah malam nanti (Mui Ne ke Ho Chi Minh City) termasuk pakej 1 Day
Trip Mui Ne berharga RM448 (3Adult 2Child) daripada agen Dalat Open Tour / Mr
Duong Minh Phu - +84918313696.
Setelah memastikan beg kami
dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan bas, kami hanya membawa pek makanan bekal
yang kami tempah di Restoran Hajah Hawa sahaja. Sepanjang perjalanan mengambil
masa kira-kira 4 jam, kami berehat agak selesa dalam keadaan baring ading berlunjur
kaki menikmati permandangan dari jendela bas tersebut. Kami melalui beberapa
pekan dan juga ladang tanaman yang luas menghijau dan ada juga jalan berliku
dan berbukit menuruni tanah tinggi Da Lat. Kelihatan ada juga penumpang yang
nyenyak tidur dan ada juga yang berjaga sepanjang perjalanan tersebut. Untuk
mengelakkan rasa bosan silalah bawa makanan ringan seperti keropok, jajan atau
jeruk. Sleeper bus tersebut akan berhenti di R&R untuk penumpang makan,
berehat dan ada yang ingin ke toilet. Penumpang tidak perlu bersusah payah memakai kasut kerana pemandu bas akan menyediakan selipar sementara di dalam bakul untuk dipakai di R&R tersebut. Setelah berhenti hampir 20 minit, pemandu
bas mengarahkan kesemua penumpang naik untuk meneruskan perjalanan menuju ke Mui
Ne.
Sekitar jam 12 tengahari sleeper
bus telah sampai di perhentian pertama di bandar Phu Thuy untuk menurunkan penumpang
di situ lalu meneruskan perjalanan ke Mui Ne yang merupakan hentian terakhir
bas tersebut sebelum berpatah balik ke Da Lat semula. Terdapat kaunter agennya
di tepi jalan di mana ada menjual tiket-tiket bas bagi pelancong yang ingin meneruskan
perjalanan ke tempat lain pula. Agen tersbeut juga menawarkan bilik untuk kami
berehat sementara menunggu driver jeep untuk menjemput kami bagi sessi trip ke
fairy, fishermen village, red and white sanddunes. Setelah bersetuju dan
membayar harga bilik sekitar VND500k (RM100), kami berlima makan bekal yang
dibawa di restoran hanya di sebelah kaunter dengan memsan air di restoran
tersebut. Restoran tersebut betul-betul menghadap laut dan angin bertiup kuat
sehinggakan sesekali sekala kami terpaksa memegang beg plastik yang ada di atas
meja dari ditiup angin. Setelah kekenyanagan, kami menaiki teksi yang lalu
untuk ke hotel yang berhampiran jaraknya sekitar 1 km sahaja dari kaunter agen
tersebut. Kami checkin di Minh Hung Hotel beralamat di 147 Nguyễn Đình Chiểu, khu phố 2, Thành phố Phan Thiết, Bình Thuận
800000, Mui Ne, Vietnam (Fasiliti-Refrigerator + private bathroom
+ 2 larges double beds). Kami amat berpuas hati dengan bilik yang sesuai untuk
kami berlima walaupun kami hanya singgah untuk berehat sehingga jam 12 tengah
malam sahaja. Bolehlah kami menyediakan paket makanan Brahim’s yang masih
berbaki lagi.
Setelah berehat dan solat kami
keluar ke lobby hotel sekitar jam 2.30pm untuk menaiki jeep ke Fairy Stream
yang terletak di via Huỳnh Thúc Kháng (4.2km fr city). Di jalan kelihatan
banyak jeep ulang alik sesekali membunyikan hon dan meyalakan lampu membuatkan
bandar Mui Ne tidak sepi dan sentiasa ceria dek riuh rendah bunyi deruan jeep
dan hon. Driver jeep tersebut membelok ke jalan tepi pantai dan singgah ke
pejabatnya untuk berjumpa dengan penyelia yang memberi ucapan selamat dating
dan menerangkan serba-sedikit itenirary trip kami hari itu. Sejurus selepas
itu, kami dibawa terus ke Fairy Stream yang terletak tak jauh dari pejabat
tersebut. Setelah parking kami masuk ke tepi sungai dan meninggalkan kasut
dengan caj VND5k. Kami turun ke dalam sungai yang berwarna perang airnya lalu
menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk berharga VND40k(3Adult
2Child). Kelihatan ramai pelancong dari seluruh dunia berjalan mengharungi
denai air di paras buku lali sambil menikmati permandangan bukit berwarna
perang. Sesekali angin kuat bertiup dan pasir-pasir halus tersebut berterbangan
di udara sehinggakan kami terpaksa berhenti dan meutup mata serta mulut. Apabila
angin sudah reda kami pun meneruskan perjalanan mudik ke hulu lagi. Terdapat
banyak café untuk lepak minum kopi di sepanjang sungai tersebut.
Jeep Kuning yang membawa kami di Mui Ne
Kaunter tiket Fairy Stream
Meredah air sungai berpasir perang di Fairy Stream
Minum kelapa di gerai tepi sungai
Signboard lokasi kedai halal di Mui Ne
Setelah berjalan agak jauh dan air
sungai pun sudah semakin cetek. Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik
sambil menyambung aktivit merakamkan gambar kenangan sepanjang spot-spot yang
menarik di Fairy Stream. Setelah sampai berdekatan kaunter tiket, kami singgah
di gerai tepi sungai tersebut untuk minum air kepala muda yang fresh berharga
sekitar VND40k sebiji sambil berehat melepaskan lelah setelah berjalan
mengharungi air perang sungai tersebut.
Kami membasuh kaki dan mengambil
kasut di rak tadi lalu menuju ke jeep untuk membawa kami ke Fisherman Village.
Dari jauh lagi kami sudah nampak bot-bot nelayan dengan kibaran bendera vietnam
yang berwarna merah. Setelah menurunkan kami di tepi jalan, jeep tersebut
beredar bagi membolehkan kami bersiar-siar di tepi pantai sambil zoom
aktiviti-aktiviti yang terdapat di Fisherman Village tersebut. Fisherman
Village ini harus dikunjungi oleh anda sekiranya ke Mui Ne yang terletak di via
Huỳnh Thúc Kháng (1.4km fr city). Ini adalah kerana terdapat gerai-gerai yang
menjual hidupan laut/seafood yang fresh dan murah seperti lobster, sotong dan
lain-lain lagi. Kami merasa teruja apabila melihat lobster yang merah dan murah
berharag RM50/kg lalu memilih 2 ekor untuk dibakar dan dimakan di gerai
tersebut tanpa berunding untuk menurunkan harganya. Terfikir juga kalua minta
diskaun mesti dapat murah lagi tu…..
Ada juga pelancong yang menyewa bot nelayan untuk bersiar-siar di laut persisir sekitar Fisherman Village namun kami terpaksa melihat sahaja kerana menunggu lobster yang sedang dibakar. Lagipun masa mencemburui kami kerana harus meneruskan trip ke sandunes pula. Kami makan lobster bakar yang rasa isinya sangat sedap walaupun tidak dimasak dengan pelbagai resepi dan perasa namun sangat berpuas hati kerana berbaloi.
Bot-bot nelayan di persisiran pantai Fisherman Village
Setelah menghabiskan makan
lobster bakar, kami menaiki jeep menuju ke white sandunes yang letaknya di via ĐT706/ĐT716
(27km fr city). Di situ kami menyewa sebuah jeepnya berharga VND800k untuk
membawa kami ke tengah-tengah kawasan rata di atas bukit di white sandunes bagi
merakamkan gambar views yang cantik di sekelilingnya terutama zoom ke tasik
dalam keadaan panas terik dan sesekali
ditiup angin ala-ala ribut pasir. Ada juga disediakan ATV bagi individu untuk disewa
selain jeep untuk group yang ramai.
Setelah mundar-mandir di white sandunes dan beraksi dengan gaya-gaya di padang pasir, kami pun kembali ke parking jeep dan membasuh kaki dan membuang pasir-pasir halus yang melekat. Ada juga yang ke toilet sambil menunggu driver jeep yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakan mereka.
Menjelang senja driver jeep
tersebut memecut laju untuk membawa kami ke Red Sandunes yang terletak di via ĐT706/ĐT716
(7km fr city) bagi melihat sunset di situ. Kami berjalan mendaki bukit tersebut
menghampiri pelancong yang seawal lagi sudah tiba untuk merakamkan gambar
sunset. Setelah awan merah mula menghilang dan keadaan sekitar semakin gelap
kami berjalan menuruni bukit untuk ke parking jeep. Kami menaiki jeep tersebut
yang membelah suasana gelap menuju ke hotel. Setibanya di hotel, kami
bersiar-siar berjalan kaki di jalan depan hotel yang terdapat deretan restoran
seafood yang penjualnya ramah menegur dan bercakap Bahasa Melayu. Ada yang
pernah datang ke KL untuk berkerja namun
kembali ke tanah air untuk hidup bersama anak dan juga keluarga. Kami
berhenti di sebuah gerai untuk membeli buah limau, mangga dan jambu untuk
dimakan di hotel.
Kami balik berehat di hotel dan makan makanan yang kami sambil berehat dan solat sementara menunggu sleeper bus yang akan menjemput kami di depan hotel pada jam 1 pagi nanti. Setelah melelapkan mata seketika kami berkemas dan checkout dengan memulangkan kunci bilik kepada guard di biliknya lalu menunggu sleerp bus yang akan membawa kami ke Ho Chi Minh City.
Zoom sunset di red sandunes Mui Ne
Kami balik berehat di hotel dan makan makanan yang kami sambil berehat dan solat sementara menunggu sleeper bus yang akan menjemput kami di depan hotel pada jam 1 pagi nanti. Setelah melelapkan mata seketika kami berkemas dan checkout dengan memulangkan kunci bilik kepada guard di biliknya lalu menunggu sleerp bus yang akan membawa kami ke Ho Chi Minh City.
Menunggu sleeper bus Mui Ne ke Ho Chi Minh City
Sleeper bus Mui Ne ke Ho Chi Minh City
Dalam bas ke Ho Chi Minh City
DAY 7 – JALAN-JALAN HO CHI MINH
CITY SAMBIL SHOPPING DI HRC, SAIGON SQUARE DAN BEN THANZ MARKET
Pada pagi Ahad 15 Dec 2019, kami menaiki sleeper bus dari Mui Ne ke Ho Chi Minh City yang termasuk di dalam Pakej Mui Ne 1 day trip kami. Pada jam sekitar 5.00am kami sampai di HCM setelah melalui perjalanan yang memakan masa 5-6 jam membelah kegelapan malam. Setelah menurunkan beg kami berjalan terus ke Hotel Reddoorz near Ben Thanz Market 2 yang terletak di 224 Ly Tu Trong, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. / T : +84 1900 636454 / N 010° 46.350, E 106° 41.688 / (Private bathroom + 2 large double beds) untuk meninggalkan beg. Kami telah menempah hotel ini di Booking.com berharga 744,192 (RM134) untuk 2 malam. Staffnya meminta kami meninggalkan beg di satu penjuru bersebelahan lobby dan meminta kami untuk datang kembali pada pukul 2 petang nanti untuk checkin. Kami berjalan berpandukan waze untuk ke Mesjid Ar Rahim yang terletak di 45 Nam Kỳ Khởi Nghĩa, Phường Nguyễn Thái Bình, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam (350m fr Saigon Bus Stn) untuk solat subuh. Di perjalanan kami sempat berjumpa dengan Jemaah yang baru balik dari masjid dan bertanyakan arah sebagai panduan untuk sampai ke masjid. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Mesjid Ar Rahim untuk solat subuh dan berehat seketika sebelum keluar jalan-jalan ke Ho Chi Minh City.
Setelah bergambar di depan mesjid,
kami keluar menuju ke Restoran Kg Pandan, Ho Chi Minh City untuk breakfast di
mana restoran-restoran lain masih belum dibuka lagi. Setelah breakfast, kami
mula berjalan menuju ke Independence Palace yang terletak di 135 Nam Kỳ Khởi
Nghĩa, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh 700000, Vietnam / via Nam Kỳ Khởi
Nghĩa and Lý Tự Trọng (900m fr hotel) / Open - 7.30am-4.00pm. Jalan sekitar
bangunan itu penuh sesak dengan kenderaan dan juga ada polis mengawal dan
menutup jalan-jalan tertentu kerana terdapat acara kerajaan dan parti
pemerintah sempena sambutan hari memperingati sejarah kemerdekaan Vietnam. Kami
hanya sempat bergambar di depan bangunan tersebut lalu beredar kerana ramai
pengunjung kebanyakan rakyat Vietnam mula membanjiri sekitar bangunan dan
jalan-jalan ke bangunan tersebut.
Setelah itu, kami terpaksa
mengikut jalan jauh kerana terdapat jalan-jalan yang ditutup untuk menuju ke
bangunan klasik Saigon Central Post Office yang terletak di 2 Công xã Paris, Bến
Nghé, Quận 1, Hồ Chí Minh 710009, Vietnam (near Saigon notre dome) / Open -
8.00am-5.30pm tetapi kami hanya memerhatikan bangunan itu dari jauh kerana jalan
ke situ telah ditutup untuk orang awam. Begitu juga dengan bangunan Saigon
Notre Dome & Basilica yang terletak di 01 Công xã Paris, Bến Nghé, Quận 1,
Hồ Chí Minh, Vietnam/ via Nguyễn Du and Lý Tự Trọng (1.1km fr hotel) / near HRC
/ Open - 8.00am-5.00pm.
Kami berjalan menghampiri HRC Ho
Chi Minh tetapi kedainya masih belum dibuka lalu kami berjalan terus menuju ke
Saigon Square yang terletak di 81, Nam Ky Khoi Nghia, Ben Nghe, Quan 1, Ho Chi
Minh, Vietnam dan juga Ben Thanz Market yang terletak di Cho, Duong Le Loi,
Phuong Ben Thanh, Quan 1, Ho Chi Minh, Vietnam untuk shopping pakaian teruatama
baju dan seluar jeans dan juga makanan serta buah-buahan. Dalam perjalanan kami singgah di Kedai Rose Backpack untuk shop beg yang cantik setelah memilih beberapa timbunan beg di yang memenuhi setiap ruang di dalam kedai tersebut. Kami makan lunch di restoran halal Osman
terletak tidak jauh dari Ben Thanz
tersebut. Sementara menanti makanan, kami melintas jalan ke pejabat Amin Tour
untuk menjelaskan baki bayaran Tour Sg Mekong berjumlah total RM235 (3Adult 2
Child) yang kami booking di wazzap Aamin hp - +84 97 400 17 56.
Dari Kawasan Ben Thanz kami
berjalan selama 10min untuk sampai ke Hotel Reddoorz near Ben Thanz Market 2
untuk checkin, mengambil beg di lobby, menghantar barang yang telah dibeli ke
bilik hotel. Staff hotel tersebut sudah bertukar shift dan kami diberitahu
bahawa booking kami telah dibatalkan. Kami menunjukkan email dari Booking.com
dan juga hotel sendiri yang mengingatkan kami tarikh checkin dan booking yang
telah dibuat tetapi tiada pula email yang memaklumkan bahawa booking kami telah
dibatalkan. Setelah menyemak dengan Booking.com, staff tersebut membenarkan kami
untuk checkin. Terkejut juga dengan servis hotel tersebut yang agak pelik
kerana sebelum ini kami sering menggunakan Booking.com di serata tempat dan
negeri yang kami telah kunjungi dan ini adalah kali pertama kami dilayan
sedemikian rupa oleh staff hotel tersebut. Walau bagaimanapun sedikit tidak
akan mematahkan semangat kami untuk terus bermusafir di Vietnam dan juga
tempat-tempat lain. Begitulah adat anak rantau bermusafir di negara orang pasti
ada pengalaman pahit dan manis yang harus ditempuhi dengan redha. Kami naik ke
bilik untuk berehat setelah berhumpas pulas menyelesaikan masalah di kaunter
hotel tersebut walau pun kami masih dalam keadaan kepenatan setelah menaiki bas
semalaman.
Menjelang senja selepas berehat
dan solat, kami keluar semula dan menahan teksi bermeter untuk ke Hard Rock
Café, Ho Chi Minh City yang terletak di 39 Lê Duẩn, Street, Quận 1, Hồ Chí Minh
700000, Vietnam / via Lý Tự Trọng and Lê Duẩn (1.5km fr hotel) / Open - 11.00am-12.00am.
Staff HRC sangat mesra dan berbual-bual dengan kami sambil mempromosi design
baju limited edition hanya dijual di kedai tersebut. Setelah membeli baju HRC,
kami bertuah kerana ada penumpang yang baru turun di situ dan kami pula
mengambil tempat duduk di dalam teksi bermeter itu untuk membawa kami balik ke Ben
Thanz Market semula untuk shopping lagi di pasar malam pula.
Dari Ban Thnaz Market kami berjalan
balik ke hotel menjinjing beg HRC dan juga barang yang dibeli di pasar malam. Setelah
makan buah-buahan sambil menonton TV kami tidur dengan nyenyak walau pun
keadaan di luar hotel sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti malam seperti
melepak dan berkaraoke.
DAY 8 – TOUR SG MEKONG – NAIK BOT
MENYUSURI SG MEKONG, NAIK KUDA, BERSAMPAN DI ANAK SG MEKONG DAN MELAWAT KILANG
KOPI
Pada pagi Isnin 16 Dec 2019, kami menunggu bas Amin Tour di depan hotel untk menuju ke jeti bot ke Sg Mekong dalam 1-Day Trip Tour yang kami tempah melalui wazzap Amin. Pemandu pelancong kami pada hari itu adalah Saudara Karim yang berasal dari Vietnam dan fasih berbahasa Melayu kerana pernah belajar di sekolah agama di Sepang, Selangor. Setelah menaiki bas yang penuh dengan pelancong dari Malaysia dan Singapura kami pun bertolak meningglkan Ho Chi Minh City untuk ke jeti yang mengambil masa sekitar 2 jam. Kami terhibur dengan info dan jenaka yang disampaikan oleh Saudara Karim di sepanjang perjalanan tersebut. Kami berasa amat bersyukur kerana kemajuan Islam dan penduduk Melayu di Malaysia berbanding dengan komuniti Islam di Vietnam yang tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari pemerintah. Bas yang membawa kami singgah di gedung membeli belah yang menjual pakaian muslim, beg, kasut dan lain-lain lagi yang murah di dalam perjalanan ke jeti. Setelah berhenti selama 30 minit bas pun bertolak meninggalkan Gedung tersebut tetapi bagi yang masih terfikir-fikir dan masih belum membuat keputusan untuk shopping tidak akan hampa kerana di dalam perjalanan pulang nanti bas akan singgah sekali lagi di situ.
Setelah beberapa minit meneruskan
perjalanan, bas pun sampai ke jeti dan kami turun ke jeti untuk bergambar
beramai-ramai terlebih dahulu sebelum naik ke bot. Bot akan membawa kami ke
beberapa pulau yang berdekatan. Ada pulau yang terdapat perusahaan kelapa dan
gula-gula dan ada juga pulau yang menjalankan ternakan lebah madu dan lain-lain
lagi. Selain daripada itu, kami juga dibawa menaiki kuda sebelum sampai ke jeti
kecil untuk menaiki sampan yang didayung oleh golongan wanita penduduk kampung
tersebut membawa kami ke kuala di mana terdapat jeti untuk menaiki bot kami
tadi di Sg Mekong. Jangan lupa untuk menyediakan sedikit imbuhan/tips
seikhlasnya untuk diberi kepada tuan kuda dan juga pendayung sampan tersebut.
Kami juga dibawa ke sebuah
restoran halal Vietnam Sanizah Nawiyah yang menyajikan nasi, kari ikan, sayur
dan lain-lain di mana masakannnya sedap apatah lagi dimakan beramai-ramai di
bawah rimbunan pohon dedaunan dan bunga-bungaan. Selepas makan kami solat di surau yang
disediakan. Kami juga dihiburkan oleh penyanyi terdiri daripada gadis-gadis
Vietnam semasa menikmati buah-buahan seperti betik, mangga, tembikai dan lain-lain lagi.
DAY 9 – FLIGHT VIETJET DARI HO
CHI MINH CITY KE KLIA
Pada awal pagi Selasa 17 December 2019, kami keluar dan
checkout pada pukul 6.30am dan menunggu teksi bermeter di depan hotel. Kami
memberitahu pemandu tersebut untuk ke airport untuk menaiki pesawat VietJet
perjalanan Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur. Setelah membayar tambang teksi
bermeter sekitar VND180k kami terus ke kaunter untuk mendapatkan tiket flight
dan pekerja di kaunter VietJet sangat strict dalam pengiraan berat beg
sehinggakan kami terpaksa menyusun semula barang-baran di dalam beg-beg kami.
Setelah urusan di kaunters elesai, kami bergerak masuk ke
immigration dan pemeriksaan keselamatan
sebelum pergi ke gate untuk menunggu pesawat. Flight VietJet dari Ho
Chi Minh ke KLIA telah ditempah di web VietJet.com berharga RM976 (4Adult
1Child).
Flight VietJet VJ 825 berlepas
dari Ho Chi Minh Airport pada jam 9.40am dan setelah meluncur di udara selama
3 jam kami pun diminta bersedia untuk mendarat di KLIA pada jam 12.45am. Kami
menaiki aero train untuk membawa kami ke terminal utama KLIA bagi pemeriksaan
immigration. Kami menaiki train ERL Transit ke Putrajaya Sentral untuk
mengambil kereta dan pulang ke rumah.
Kami berharap agar diberi peluang
untuk menempuhi perjalanan ke negara-negara lain pula di trip akan datang.
Jom……
|