Friday, 7 February 2020

Vietnam Dec 2019 (Road To Vietnam 1) – Tanah gersang di Sandunes dan sungai pasir (Fairy Stream) di Mui Ne serta Mudik Sg Mekong dan Shopping di Ho Chi Minh City

DAY 6 – DAY TRIP DI SANDUNES DAN MAKAN SEAFOOD DI MUI NE, VIETNAM


Trip kami sebenarnya bermula di Da Nang, boleh refer di Da Nang dan Hoi An Ancient City

Kami juga telah fly Vietnam Airlines ke Tanah Tinggi Da Lat dan berjalan-jalan selama 3 hari, sangat menarik boleh refer blog Tanah Tinggi Da Lat


Trip kami bersambung ke Mui Ne, Vietnam.... Pada pagi Sabtu 14 December 2019, kami bangun awal pagi dan berkemas beg dan bersiap sedia untuk checkout. Kami mengambil pack makanan yang telah ditempah di Restoran Hawa berharga VND 750k sahaja untuk breakfast di bilik hotel dan juga dibawa sebagai bekalan makanan lunch di Mui Ne nanti. Setelah selesai breakfast kami pun turun ke lobby untuk checkout dan berehat di lobby sambil menunggu bas shuttle yang akan membawa kami ke kaunter agen bagi menaiki sleeper bus ke Mui Ne. Sekitar jam 8.30am shuttle bus tiba untuk membawa kami dan terpaksalah berhimpit kerana bas shuttle itu hampir penuh sesak lagi pun kami adalah antara penumpang terakhir sekali yang diambil.  Setelah sampai di kaunter agen semua penumpang turun dari shuttle bus lalu masing-masing mengumpulkan beg untuk di masukkan ke dalam sleeper bus mengikut destinasi masing-masing kerana ada pelancong yang akan pergi ke Na Trang dan juga ke Ho Chi Minh. Kami beratur di kaunter untuk mendapatkan tiket dan juga details trip kami di Mui Ne nanti. Setelah semua urusan di kaunter selesai, kami pun menaiki sleeper bus dan mendapat tempat tidur di bahagian belakang bas. Harga tiket sleeper bus ini (Da Lat ke Mui Ne) dan sleeper bus tengah malam nanti (Mui Ne ke Ho Chi Minh City) termasuk pakej 1 Day Trip Mui Ne berharga RM448 (3Adult 2Child) daripada agen Dalat Open Tour / Mr Duong Minh Phu - +84918313696.   


Menunggu shuttle bus di lobby hotel


Kaunter agen tiket sleeper bus dan pakej trip Mui Ne

Sleeper bus Da Lat ke Mui Ne

Setelah memastikan beg kami dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan bas, kami hanya membawa pek makanan bekal yang kami tempah di Restoran Hajah Hawa sahaja. Sepanjang perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam, kami berehat agak selesa dalam keadaan baring ading berlunjur kaki menikmati permandangan dari jendela bas tersebut. Kami melalui beberapa pekan dan juga ladang tanaman yang luas menghijau dan ada juga jalan berliku dan berbukit menuruni tanah tinggi Da Lat. Kelihatan ada juga penumpang yang nyenyak tidur dan ada juga yang berjaga sepanjang perjalanan tersebut. Untuk mengelakkan rasa bosan silalah bawa makanan ringan seperti keropok, jajan atau jeruk. Sleeper bus tersebut akan berhenti di R&R untuk penumpang makan, berehat dan ada yang ingin ke toilet. Penumpang tidak perlu bersusah payah memakai kasut kerana pemandu bas akan menyediakan selipar sementara di dalam bakul untuk dipakai di R&R tersebut. Setelah berhenti hampir 20 minit, pemandu bas mengarahkan kesemua penumpang naik untuk meneruskan perjalanan menuju ke Mui Ne.







Vies sepanjang jalan ke Mui Ne



Bas berhenti di R&R

Sekitar jam 12 tengahari sleeper bus telah sampai di perhentian pertama di bandar Phu Thuy untuk menurunkan penumpang di situ lalu meneruskan perjalanan ke Mui Ne yang merupakan hentian terakhir bas tersebut sebelum berpatah balik ke Da Lat semula. Terdapat kaunter agennya di tepi jalan di mana ada menjual tiket-tiket bas  bagi pelancong yang ingin meneruskan perjalanan ke tempat lain pula. Agen tersbeut juga menawarkan bilik untuk kami berehat sementara menunggu driver jeep untuk menjemput kami bagi sessi trip ke fairy, fishermen village, red and white sanddunes. Setelah bersetuju dan membayar harga bilik sekitar VND500k (RM100), kami berlima makan bekal yang dibawa di restoran hanya di sebelah kaunter dengan memsan air di restoran tersebut. Restoran tersebut betul-betul menghadap laut dan angin bertiup kuat sehinggakan sesekali sekala kami terpaksa memegang beg plastik yang ada di atas meja dari ditiup angin. Setelah kekenyanagan, kami menaiki teksi yang lalu untuk ke hotel yang berhampiran jaraknya sekitar 1 km sahaja dari kaunter agen tersebut. Kami checkin di Minh Hung Hotel beralamat di 147 Nguyễn Đình Chiểu, khu phố 2, Thành phố Phan Thiết, Bình Thuận 800000, Mui Ne, Vietnam (Fasiliti-Refrigerator + private bathroom + 2 larges double beds). Kami amat berpuas hati dengan bilik yang sesuai untuk kami berlima walaupun kami hanya singgah untuk berehat sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Bolehlah kami menyediakan paket makanan Brahim’s yang masih berbaki lagi.




Sleeper bus sampai di depan kaunter agen di Mui Ne 



Teksi bermeter di Mui Ne





Bilik di Minh Hung Hotel, Mui Ne

Setelah berehat dan solat kami keluar ke lobby hotel sekitar jam 2.30pm untuk menaiki jeep ke Fairy Stream yang terletak di via Huỳnh Thúc Kháng (4.2km fr city). Di jalan kelihatan banyak jeep ulang alik sesekali membunyikan hon dan meyalakan lampu membuatkan bandar Mui Ne tidak sepi dan sentiasa ceria dek riuh rendah bunyi deruan jeep dan hon. Driver jeep tersebut membelok ke jalan tepi pantai dan singgah ke pejabatnya untuk berjumpa dengan penyelia yang memberi ucapan selamat dating dan menerangkan serba-sedikit itenirary trip kami hari itu. Sejurus selepas itu, kami dibawa terus ke Fairy Stream yang terletak tak jauh dari pejabat tersebut. Setelah parking kami masuk ke tepi sungai dan meninggalkan kasut dengan caj VND5k. Kami turun ke dalam sungai yang berwarna perang airnya lalu menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk berharga VND40k(3Adult 2Child). Kelihatan ramai pelancong dari seluruh dunia berjalan mengharungi denai air di paras buku lali sambil menikmati permandangan bukit berwarna perang. Sesekali angin kuat bertiup dan pasir-pasir halus tersebut berterbangan di udara sehinggakan kami terpaksa berhenti dan meutup mata serta mulut. Apabila angin sudah reda kami pun meneruskan perjalanan mudik ke hulu lagi. Terdapat banyak café untuk lepak minum kopi di sepanjang sungai tersebut.






Jeep Kuning yang membawa kami di Mui Ne

Kaunter tiket Fairy Stream












Meredah air sungai berpasir perang di Fairy Stream





Minum kelapa di gerai tepi sungai



Signboard lokasi kedai halal di Mui Ne 

Setelah berjalan agak jauh dan air sungai pun sudah semakin cetek. Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik sambil menyambung aktivit merakamkan gambar kenangan sepanjang spot-spot yang menarik di Fairy Stream. Setelah sampai berdekatan kaunter tiket, kami singgah di gerai tepi sungai tersebut untuk minum air kepala muda yang fresh berharga sekitar VND40k sebiji sambil berehat melepaskan lelah setelah berjalan mengharungi air perang sungai tersebut.

Kami membasuh kaki dan mengambil kasut di rak tadi lalu menuju ke jeep untuk membawa kami ke Fisherman Village. Dari jauh lagi kami sudah nampak bot-bot nelayan dengan kibaran bendera vietnam yang berwarna merah. Setelah menurunkan kami di tepi jalan, jeep tersebut beredar bagi membolehkan kami bersiar-siar di tepi pantai sambil zoom aktiviti-aktiviti yang terdapat di Fisherman Village tersebut. Fisherman Village ini harus dikunjungi oleh anda sekiranya ke Mui Ne yang terletak di via Huỳnh Thúc Kháng (1.4km fr city). Ini adalah kerana terdapat gerai-gerai yang menjual hidupan laut/seafood yang fresh dan murah seperti lobster, sotong dan lain-lain lagi. Kami merasa teruja apabila melihat lobster yang merah dan murah berharag RM50/kg lalu memilih 2 ekor untuk dibakar dan dimakan di gerai tersebut tanpa berunding untuk menurunkan harganya. Terfikir juga kalua minta diskaun mesti dapat murah lagi tu…..





Lobster bakar yang juicy dan kenyal


Sotong


Sepah, siput dan lokan

Ada juga pelancong yang menyewa bot nelayan untuk bersiar-siar di laut persisir sekitar Fisherman Village namun kami terpaksa melihat sahaja kerana menunggu lobster yang sedang dibakar. Lagipun masa mencemburui kami kerana harus meneruskan trip ke sandunes pula. Kami makan lobster bakar yang rasa isinya sangat sedap walaupun tidak dimasak dengan pelbagai resepi dan perasa namun sangat berpuas hati kerana berbaloi.




Bot-bot nelayan di persisiran pantai Fisherman Village

Setelah menghabiskan makan lobster bakar, kami menaiki jeep menuju ke white sandunes yang letaknya di via ĐT706/ĐT716 (27km fr city). Di situ kami menyewa sebuah jeepnya berharga VND800k untuk membawa kami ke tengah-tengah kawasan rata di atas bukit di white sandunes bagi merakamkan gambar views yang cantik di sekelilingnya terutama zoom ke tasik dalam keadaan  panas terik dan sesekali ditiup angin ala-ala ribut pasir. Ada juga disediakan ATV bagi individu untuk disewa selain jeep untuk group yang ramai.   

Setelah mundar-mandir di white sandunes dan beraksi dengan gaya-gaya di padang pasir, kami pun kembali ke parking jeep dan membasuh kaki dan membuang pasir-pasir halus yang melekat. Ada juga yang ke toilet sambil menunggu driver jeep yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakan mereka.   











Panorama zoom di tanah gersang white sandunes Mui Ne

Menjelang senja driver jeep tersebut memecut laju untuk membawa kami ke Red Sandunes yang terletak di via ĐT706/ĐT716 (7km fr city) bagi melihat sunset di situ. Kami berjalan mendaki bukit tersebut menghampiri pelancong yang seawal lagi sudah tiba untuk merakamkan gambar sunset. Setelah awan merah mula menghilang dan keadaan sekitar semakin gelap kami berjalan menuruni bukit untuk ke parking jeep. Kami menaiki jeep tersebut yang membelah suasana gelap menuju ke hotel. Setibanya di hotel, kami bersiar-siar berjalan kaki di jalan depan hotel yang terdapat deretan restoran seafood yang penjualnya ramah menegur dan bercakap Bahasa Melayu. Ada yang pernah datang ke KL untuk berkerja namun  kembali ke tanah air untuk hidup bersama anak dan juga keluarga. Kami berhenti di sebuah gerai untuk membeli buah limau, mangga dan jambu untuk dimakan di hotel.








Zoom sunset di red sandunes Mui Ne 

Kami balik berehat di hotel dan makan makanan yang kami sambil berehat dan solat sementara menunggu sleeper bus yang akan menjemput kami di depan hotel pada jam 1 pagi nanti. Setelah melelapkan mata seketika kami berkemas dan checkout dengan memulangkan kunci bilik kepada guard di biliknya lalu menunggu sleerp bus yang akan membawa kami ke Ho Chi Minh City.      


Menunggu sleeper bus Mui Ne ke Ho Chi Minh City

Sleeper bus Mui Ne ke Ho Chi Minh City





Dalam bas ke Ho Chi Minh City



DAY 7 – JALAN-JALAN HO CHI MINH CITY SAMBIL SHOPPING DI HRC, SAIGON SQUARE DAN BEN THANZ MARKET

Pada pagi Ahad 15 Dec 2019, kami menaiki sleeper bus dari Mui Ne ke Ho Chi Minh City yang termasuk di dalam Pakej Mui Ne 1 day trip kami.  Pada jam sekitar 5.00am kami sampai di HCM setelah melalui perjalanan yang memakan masa 5-6 jam membelah kegelapan malam. Setelah menurunkan beg kami berjalan terus ke Hotel Reddoorz near Ben Thanz Market 2 yang terletak di 224 Ly Tu Trong, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. / T : +84 1900 636454 / N 010° 46.350, E 106° 41.688 / (Private bathroom + 2 large double beds) untuk meninggalkan beg. Kami telah menempah hotel ini di Booking.com berharga 744,192 (RM134) untuk 2 malam. Staffnya meminta kami meninggalkan beg di satu penjuru bersebelahan lobby dan meminta kami untuk datang kembali pada pukul 2 petang nanti untuk checkin. Kami berjalan berpandukan waze untuk ke Mesjid Ar Rahim yang terletak di 45 Nam Kỳ Khởi Nghĩa, Phường Nguyễn Thái Bình, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam (350m fr Saigon Bus Stn) untuk solat subuh. Di perjalanan kami sempat berjumpa dengan Jemaah yang baru balik dari masjid dan bertanyakan arah sebagai panduan untuk sampai ke masjid. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Mesjid Ar Rahim untuk solat subuh dan berehat seketika sebelum keluar jalan-jalan ke Ho Chi Minh City.






Mesjid Ar Rahim, Ho Chi Minh City






Menu breakfast di  Restoran Kg Pandan, Ho Chi Minh City

Setelah bergambar di depan mesjid, kami keluar menuju ke Restoran Kg Pandan, Ho Chi Minh City untuk breakfast di mana restoran-restoran lain masih belum dibuka lagi. Setelah breakfast, kami mula berjalan menuju ke Independence Palace yang terletak di 135 Nam Kỳ Khởi Nghĩa, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh 700000, Vietnam / via Nam Kỳ Khởi Nghĩa and Lý Tự Trọng (900m fr hotel) / Open - 7.30am-4.00pm. Jalan sekitar bangunan itu penuh sesak dengan kenderaan dan juga ada polis mengawal dan menutup jalan-jalan tertentu kerana terdapat acara kerajaan dan parti pemerintah sempena sambutan hari memperingati sejarah kemerdekaan Vietnam. Kami hanya sempat bergambar di depan bangunan tersebut lalu beredar kerana ramai pengunjung kebanyakan rakyat Vietnam mula membanjiri sekitar bangunan dan jalan-jalan ke bangunan tersebut.  

Independence Palace, Ho Chi Minh City

Kesibukan jalan di Ho Chi Minh City

Setelah itu, kami terpaksa mengikut jalan jauh kerana terdapat jalan-jalan yang ditutup untuk menuju ke bangunan klasik Saigon Central Post Office yang terletak di 2 Công xã Paris, Bến Nghé, Quận 1, Hồ Chí Minh 710009, Vietnam (near Saigon notre dome) / Open - 8.00am-5.30pm tetapi kami hanya memerhatikan bangunan itu dari jauh kerana jalan ke situ telah ditutup untuk orang awam. Begitu juga dengan bangunan Saigon Notre Dome & Basilica yang terletak di 01 Công xã Paris, Bến Nghé, Quận 1, Hồ Chí Minh, Vietnam/ via Nguyễn Du and Lý Tự Trọng (1.1km fr hotel) / near HRC / Open - 8.00am-5.00pm.

Kami berjalan menghampiri HRC Ho Chi Minh tetapi kedainya masih belum dibuka lalu kami berjalan terus menuju ke Saigon Square yang terletak di 81, Nam Ky Khoi Nghia, Ben Nghe, Quan 1, Ho Chi Minh, Vietnam dan juga Ben Thanz Market yang terletak di Cho, Duong Le Loi, Phuong Ben Thanh, Quan 1, Ho Chi Minh, Vietnam untuk shopping pakaian teruatama baju dan seluar jeans dan juga makanan serta buah-buahan.  Dalam perjalanan kami singgah di Kedai Rose Backpack untuk shop beg yang cantik setelah memilih beberapa timbunan beg di yang memenuhi setiap ruang di dalam kedai tersebut. Kami makan lunch di restoran halal Osman terletak tidak jauh  dari Ben Thanz tersebut. Sementara menanti makanan, kami melintas jalan ke pejabat Amin Tour untuk menjelaskan baki bayaran Tour Sg Mekong berjumlah total RM235 (3Adult 2 Child) yang kami booking di wazzap Aamin hp - +84 97 400 17 56.    


Kedai Rose Backpack 


Shop di dalam Ben Thanz Market


Restoran Haji Osman

Dari Kawasan Ben Thanz kami berjalan selama 10min untuk sampai ke Hotel Reddoorz near Ben Thanz Market 2 untuk checkin, mengambil beg di lobby, menghantar barang yang telah dibeli ke bilik hotel. Staff hotel tersebut sudah bertukar shift dan kami diberitahu bahawa booking kami telah dibatalkan. Kami menunjukkan email dari Booking.com dan juga hotel sendiri yang mengingatkan kami tarikh checkin dan booking yang telah dibuat tetapi tiada pula email yang memaklumkan bahawa booking kami telah dibatalkan. Setelah menyemak dengan Booking.com, staff tersebut membenarkan kami untuk checkin. Terkejut juga dengan servis hotel tersebut yang agak pelik kerana sebelum ini kami sering menggunakan Booking.com di serata tempat dan negeri yang kami telah kunjungi dan ini adalah kali pertama kami dilayan sedemikian rupa oleh staff hotel tersebut. Walau bagaimanapun sedikit tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus bermusafir di Vietnam dan juga tempat-tempat lain. Begitulah adat anak rantau bermusafir di negara orang pasti ada pengalaman pahit dan manis yang harus ditempuhi dengan redha. Kami naik ke bilik untuk berehat setelah berhumpas pulas menyelesaikan masalah di kaunter hotel tersebut walau pun kami masih dalam keadaan kepenatan setelah menaiki bas semalaman.

Berehat sebentar di depan kaunter hotel

Menjelang senja selepas berehat dan solat, kami keluar semula dan menahan teksi bermeter untuk ke Hard Rock Café, Ho Chi Minh City yang terletak di 39 Lê Duẩn, Street, Quận 1, Hồ Chí Minh 700000, Vietnam / via Lý Tự Trọng and Lê Duẩn (1.5km fr hotel) / Open - 11.00am-12.00am. Staff HRC sangat mesra dan berbual-bual dengan kami sambil mempromosi design baju limited edition hanya dijual di kedai tersebut. Setelah membeli baju HRC, kami bertuah kerana ada penumpang yang baru turun di situ dan kami pula mengambil tempat duduk di dalam teksi bermeter itu untuk membawa kami balik ke Ben Thanz Market semula untuk shopping lagi di pasar malam pula.



Bilik hotel Reddoorz near Ben Thanz Market 2




Shop di HRC, Ho Chi Minh City

Dari Ban Thnaz Market kami berjalan balik ke hotel menjinjing beg HRC dan juga barang yang dibeli di pasar malam. Setelah makan buah-buahan sambil menonton TV kami tidur dengan nyenyak walau pun keadaan di luar hotel sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti malam seperti melepak dan berkaraoke.


DAY 8 – TOUR SG MEKONG – NAIK BOT MENYUSURI SG MEKONG, NAIK KUDA, BERSAMPAN DI ANAK SG MEKONG DAN MELAWAT KILANG KOPI

Pada pagi Isnin 16 Dec 2019, kami menunggu bas Amin Tour di depan hotel untk menuju ke jeti bot ke Sg Mekong dalam 1-Day Trip Tour yang kami tempah melalui wazzap Amin. Pemandu pelancong kami pada hari itu adalah Saudara Karim yang berasal dari Vietnam dan fasih berbahasa Melayu kerana pernah belajar di sekolah agama di Sepang, Selangor. Setelah menaiki bas yang penuh dengan pelancong dari Malaysia dan Singapura kami pun bertolak meningglkan Ho Chi Minh City untuk ke jeti yang mengambil masa sekitar 2 jam. Kami terhibur dengan info dan jenaka yang disampaikan oleh Saudara Karim di sepanjang perjalanan tersebut. Kami berasa amat bersyukur kerana kemajuan Islam dan penduduk Melayu di Malaysia berbanding dengan komuniti Islam di Vietnam yang tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari pemerintah. Bas yang membawa kami singgah di gedung membeli belah yang menjual pakaian muslim, beg, kasut dan lain-lain lagi yang murah di dalam perjalanan ke jeti. Setelah berhenti selama 30 minit bas pun  bertolak meninggalkan Gedung tersebut tetapi bagi yang masih terfikir-fikir dan masih belum membuat keputusan untuk shopping tidak akan hampa kerana di dalam perjalanan pulang nanti bas akan singgah sekali lagi di situ. 


Saudara Karim berceloteh di dalam bas

Aakif gembira di dalam bas trip ke Sg Mekong 

Setelah beberapa minit meneruskan perjalanan, bas pun sampai ke jeti dan kami turun ke jeti untuk bergambar beramai-ramai terlebih dahulu sebelum naik ke bot. Bot akan membawa kami ke beberapa pulau yang berdekatan. Ada pulau yang terdapat perusahaan kelapa dan gula-gula dan ada juga pulau yang menjalankan ternakan lebah madu dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, kami juga dibawa menaiki kuda sebelum sampai ke jeti kecil untuk menaiki sampan yang didayung oleh golongan wanita penduduk kampung tersebut membawa kami ke kuala di mana terdapat jeti untuk menaiki bot kami tadi di Sg Mekong. Jangan lupa untuk menyediakan sedikit imbuhan/tips seikhlasnya untuk diberi kepada tuan kuda dan juga pendayung sampan tersebut.

Jeti Sg Mekong 












Zoom lautan biru dalam perjalanan menaiki bot ke pulau








Melawat kilang gula-gula kelapa


Secangkir madu semanis puan...



Sarang lebah bermadu



Aakif dan haiwan di pulau - phyton dan cat 





Menaiki kereta kuda


Minum air kelapa 







Mendayung sampan

Kami juga dibawa ke sebuah restoran halal Vietnam Sanizah Nawiyah yang menyajikan nasi, kari ikan, sayur dan lain-lain di mana masakannnya sedap apatah lagi dimakan beramai-ramai di bawah rimbunan pohon dedaunan dan bunga-bungaan. Selepas makan kami solat di surau yang disediakan. Kami juga dihiburkan oleh penyanyi terdiri daripada gadis-gadis Vietnam semasa menikmati buah-buahan seperti betik, mangga, tembikai dan lain-lain lagi.





Lunch dan lepak di bawah rimbunan dedaun






Buah-buahan yang fresh

Setelah selesai trip tour kami di Sg Mekong, kami kembali ke jeti untuk naik bas kembali semula ke Ho Chi Min City. Bas singgah semula di gedung membeli belah bagi menunaikan hajat sesiapa yang ingin menyambung aktiviti bershopping di gedung tersebut. Bas bergerak kembali ke Ho Chi Minh City dan keadaan jalan semakin sesak apabila memasuki pusat bandar. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di Ben Thanz Market kerana kami ingin singgah minum kopi o. Setelah berjalan-jalan di pasar malam sambil minum kopi o, kami terus berjalan balik ke hotel untuk berehat dan berkemas kerana pagi esok kami akan ke airport untuk menaiki pesawat balik ke Kuala Lumpur.




Restoran Hajah Basiroh


Vietnam Best Coffee - RM3 percup


DAY 9 – FLIGHT VIETJET DARI HO CHI MINH CITY KE KLIA

Pada awal pagi Selasa 17 December 2019, kami keluar dan checkout pada pukul 6.30am dan menunggu teksi bermeter di depan hotel. Kami memberitahu pemandu tersebut untuk ke airport untuk menaiki pesawat VietJet perjalanan Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur. Setelah membayar tambang teksi bermeter sekitar VND180k kami terus ke kaunter untuk mendapatkan tiket flight dan pekerja di kaunter VietJet sangat strict dalam pengiraan berat beg sehinggakan kami terpaksa menyusun semula barang-baran di dalam beg-beg kami.




Ho Chi Minh City Airport

Setelah urusan di kaunters elesai, kami bergerak masuk ke immigration dan pemeriksaan keselamatan  sebelum pergi ke gate untuk menunggu pesawat. Flight VietJet dari Ho Chi Minh ke KLIA telah ditempah di web VietJet.com berharga RM976 (4Adult 1Child).

Flight VietJet VJ 825 berlepas dari Ho Chi Minh Airport pada jam 9.40am dan setelah meluncur di udara selama 3 jam kami pun diminta bersedia untuk mendarat di KLIA pada jam 12.45am. Kami menaiki aero train untuk membawa kami ke terminal utama KLIA bagi pemeriksaan immigration. Kami menaiki train ERL Transit ke Putrajaya Sentral untuk mengambil kereta dan pulang ke rumah.

Kami berharap agar diberi peluang untuk menempuhi perjalanan ke negara-negara lain pula di trip akan datang. Jom……