Tuesday 4 February 2020

Vietnam December 2019 (Road To Vietnam 1) – Menerokai Tanah Tinggi Da Lat


DAY 3 – FLIGHT VIETNAM AIRLINES KE DA LAT & PONGOUR WATERFALL, VIETNAM

Pada awal pagi Rabu 11 December 2019, kami keluar dan checkout pada pukul 7.00am dan meminta pekerja tersebut memanggil teksi. Setelah 5 minit menunggu teksi Mai Linh bermeter sampai di depan lobby dan kami memberitahu pemandu tersebut untuk ke airport bagi meneruskan perjalanan kami ke Da Lat. Setelah membayar tambang teksi bermeter sekitar VND100k dan drop kami di bahagian domestic terminal, kami terus ke kaunter untuk mendapatkan tiket flight.

Teksi Mai Linh bermeter 


Jalan masuk ke Da Nang Airport




Minum kopi di Highlands Cafe, Da Nang Airport


Oleh kerana kami sampai awal di airport, bolehlah kami melepak di Highlands Café sambil minum kopi dulu sementara ada anak-anak yang nak ke toilet. Setelah lepak santai sambil berehat kami pun masuk ke immigration dan pemeriksaan keselamatan  sebelum pergi ke gate untuk menunggu pesawat. Flight Vietnam Airlines dari Da Nang ke Da Lat telah ditempah di web Trip.com berharga RM895. Trip.com sentiasa berkomunikasi dengan kami melalui email untuk sebarang kelewatan pesawat tersebut. Jadi, tak perlu risau sesiapa yang ingin menempah di web Trip.com tersebut dan jika anda bertuah pasti akan dapat harga yang murah dan berbaloi.

Minum k
Tiket Vietnam Airlines 


Vietnam Airlines VN1955 fly Da Nang ke Da Lat


Flight Vietnam Airlines Airbus 321 VN1955 berlepas dari Da Nang Airport pada jam 10.45am dan setelah meluncur di udara selama sejam kami pun diminta bersedia untuk mendarat di Lien Khuong Airport (DLI), Da Lat pada jam 11.45am. Setibanya di Da Lat Airport, kami disambut oleh wakil agen Private Tour Da Lat (Mr Van Vinh Nguyen hp - +8496 800 4828) yang akan membawa kami sepanjang berada di Da Lat. Cuaca di Da Lat sejuk jika dibandingkan dengan cuaca di Da Nang kerana Da Lat terletak di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Setelah meninggalkan airport kami dibawa oleh driver singgah ke Restoran Vegetarian di simpang jalan menuju ke Pongour Waterfall yang terletak dalam daerah Đức Trọng District, Lâm Đồng, Vietnam (48km dari hotel Hai Quyen (Thien Cu) Hotel). Setelah makan mee sup, kami meneruskan perjalanan ke Pongour waterfall dan berjalan kira-kira 10 minit untuk turun ke lembah bawah yang kelihatan air terjun yang menderu menuruni dari tanah tinggi ke lembah sungai. Dari lembah tersebut juga kami dapat melihat keindahan air terjun yang mencurah-curah di Pongour Waterfall. Sungguh tenang dan mendamaikan sekali bunyi deruan air tersebut sehinggakan kami leka seketika untuk meneruskan perjalanan ke kota Da Lat. 


Arrival Hall di Lien Khuong Airport (DLI), Da Lat 

Setelah merakamkan gambar kenangan di Pongour Waterfall yang sangat indah dan damai, kami bergerak menuju ke Da Lat Dairy Farm yang terletak di via Đường cao tốc Liên Khương - Prenn/ĐCT14 (34km dari Hotel Hai Quyen (Thien Cu) Hotel). Terdapat ladang ragut yang luas dan menghijau serta kilang proses tenusu di mana pengunjung boleh membeli minuman di kaunter yang terletak di hadapan kilang tersebut. Kami berehat di kerusi yang disediakan sambil minum susu dan juga bergambar di ladangnya.

Pongour Waterfall


Anak tangga yang curam ke kawasan lembah
Panorama di air terjun di Pongour Waterfall









Melepaskan lelah minum air di gerai Pongour Waterfall


Setelah menikmati minuman tenusu dan bergambar di ladang menghijau kami bergerak meninggalkan Da Lat Dairy Farm menuju ke pusat bandar Da Lat menyusuri jalan-jalan berliku dan lereng-lereng berbukit yang curam hinggalah tiba di Da Lat Old Railway Station yang terletak di Quang Trung, Phường 10, Tp. Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam (3.5km fr hotel). Railway station itu masih beroperasi untuk kegunaan ke kampung berdekatan dengan menggunakan train klasik dan enjin lama. Terdapat juga beberapa enjin dan coach lama diletakkan di station tersebut bagi tujuan pelancong untuk bergambar. Di suatu bahagian station tersebut terdapat juga café untuk berehat sambil minum kopi panas dan juga beberapa kedai cenderamata.




Pejabat dan Kilang Tenusu, Da Lat Dairy Farm




Shopping di Kiosk, Da Lat Dairy Farm








Zoom panorama di ladang Da Lat Dairy Farm




Da Lat Old Railway Station

Kaunter tiket Da Lat ke Trai Mat

Train warna hijau return trip Da Lat ke Trai Mat 







Gaya Aakif di station Da Lat Old Railway Staion 

Selepas siap bergambar di railway station tersebut, kami bergerak ke Flower Central Park berdekatan dengan Da Lat Lake lalu membeli tiket masuk berharga VND235k (3 Adult & 2 Child) lalu terus ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat jamak di suatu area gazebo yang agak terlindung di tepi tasik. Kami berjalan-jalan mengelilingi tasik sambil merakamkan gambar berlatarbelakangkan bunga-bungaan yang berwarna warni. Terdapat beberapa group pelancong dari Malaysia yang baru sampai ke taman bunga tersebut.


Kaunter Tiket Flower Central Park, Da Lat


Pintu gerbang di gate Da Lat Flower Park





Tasik dan air pancutan di Da Lat Flower Park



















Zoom bunga-bungaan di Da Lat Flower Park

Menjelang senja, kami menaiki kereta meninggalkan taman bunga untuk dinner di Restoran Kg Pandan, Da Lat yang terletak di BL 16, Yersin, Phường 9, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng 670000, Vietnam / +84 90 865 5426 / (6.30am-10.30pm) (4.1km fr hotel kami). Perjalanan hanya mengambil masa yang singkat sahaja kerana kebanyakan restoran halal berada di dalam kawasan bandar Da Lat.  Kami disambut oleh pekerja restoran yang berasal dari Malaysia dan sangat peramah orangnya di mana beliau telah bekerja di Vietnam selama 15 tahun lebih.





Menu dinner di Restoran Kg Pandan, Da Lat

Setelah menjamu selera dan minum kopi, kami beredar dari restoran tersebut mencari hotel untuk checkin. Kami akan tinggal di Hai Quyen (Thien Cu) Hotel, Da Lat yang beralamat di 01 Thu Khoa Huan, Da Lat, Vietnam. / T : +84 90 123 84 52 / N 011° 56.501, E 108° 26.042 / Refrigerator + private bathroom + 3 large double beds. Kami telah membuat tempahan hotel tersebut melalui web Booking.com berharga VND1.7juta (RM210) untuk 3 malam. Hotel agak suram dan lama sehinggakan kami memerlukan pekerjanya untuk mop lantai bilik tersebut.


Hai Quyen (Thien Cu) Hotel, Da Lat

Bilik di Hai Quyen (Thien Cu) Hotel, Da Lat


An Cafe dekat Hai Quyen (Thien Cu) Hotel, Da Lat

Suhu di Da Lat amat sejuk di waktu malam apatah lagi water heater di bilik mandi macam tidak berfungsi sahaja. Terketar-ketar anak-anak mandi air sejuk apatah dalam keadaan cuaca yang sejuk pula. Setelah berehat kami keluar berjalan sejauh lebih kurang 500m dari hotel untuk pergi shopping jeans Levis dan pakaian sukan di DP Stores (sebaris dgn Hotel River Prince Da Lat) dan borong sakan kerana harganya memang berbaloi. Kami mengambil keputusan untuk langsung ke Night Market Da Lat untuk meninjau dahulu kerana plan akan dating lagi di malam-malam berikutnya kerana jaraknya juga tidak berapa jauh dari hotel kami. Semasa mencari kedai DP Stores dan Night Market kami telah melalui jalan di hadapan Restoran Halal Hajah Hawa yang terletak di 2F, Phan Dinh Phung, TP Da Lat dan berasa sungguh bertuah dan gembira kerana memudahkan aktiviti makan kami especially untuk breakfast dan dinner. 

Setelah kepenatan, kami berjalan balik menuju ke hotel mengekori beberapa pelancong lain yang kelihatan di tangan masing-masing penuh berisi beg dan barang-barang yang dibeli. Kami makan makanan paket Brahim’s yang dibawa untuk mengurangkan isi beg yang perlu diganti ruangnya dengan jeans Levis dan pakaian sukan yang dibeli tadi.


DAY 4 – AKTIVITI DI TAMAN-TAMAN BUNGA, DATANLA WATERFALL DAN CLAY TUNNEL

Pada pagi Khamis 12 December 2019, kami bangun awal pagi dan menuju ke Restoran Hajah Hawa di alamat 2F, Phan Dinh Phung, TP Da Lat yang terletak dalam 150 meter dari hotel kami untuk tapau nasi lemak dan kopi o. Kami makan di bilik hotel sambil menunggu driver yang bersetuju untuk memulakan perjalanan pada jam 8.30am. Harga makanan breakfast nasi lemak dan teh tarik sekitar VBD400k sahaja.



Restoran Hajah Hawa

Aktiviti di awal pagi bermula dengan lawatan di Hydrangeas Garden yang terletak di Xã, Lâm Đồng, Vietnam (12km fr hotel). Setelah membayar tiket masuk VND80k (3Adult 2Child ), kami berjalan-jalan di taman bunga tersebut mengikut track yang disediakan dan berselfie di spot-spot yang banyak bunga berkembang. Dari jauh kelihatan bunga hydrangeas yang berwarna biru dan semakin dekat nampak lagi besar dan cantik.









Zoom bunga-bungaan di Hydrangeas Garden

Setelah itu kami dibawa ke Cau Dat Farm pula yang terletak di via QL20 (26km fr hotel). Kami terpaksa berjalan jauh mendaki bukit untuk sampai ke bangunan pejabat dan café di tengah-tengah ladang teh tersebut. Tiada sebarang caj tiket dikenakan untuk masuk ke Cau Dat Farm. Kawasan berbukit yang dipenuhi dengan teh yang kehijauan sangat mendamaikan apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sejuk seperti di tanah tinggi Cameron Highlands. Sambil berjalan dan mendaki bukit kami sempat bergambar di celah-celah dedaun teh yang sangat rimbun dan menghijau. Setelah sampai di Cau Dat Café kami memesan minuman masing-masing dan minum di suatu open table yang views ke ladang teh yang terasa kedinginan apatah lagi apabila angin bertiup masuk ke café tersebut.


Shuttle di depan Cafe Cau Dat Farm, Da Lat








Panorama indah ladang teh di tanah tinggi Cau Dat Farm, Da Lat







Lepak minum teh di Cafe Cau Dat Farm, Da Lat

Selepas itu kami singgah di Light Valley yang terletak di via QL20 (8.6km fr hotel) hanya bersebelahan dengan Sunny Farm. Tiket masuk untuk 5 orang adalah VND80k (3Adult 2Child). Di sini terdapat view yang cantik dari bahagian atas bukit zoom ke lembah yang terdiri dari kawasan perumahan, perindustrian dan ladang tanaman yang luas terbentang.  Kami terpaksa beratur untuk menunggu giliran bagi mendapatkan view yang cantik ke arah lembah tersebut.






Gaya dan aksi di tangga dan spot pilihan di Light Valley, Da Lat

Menjelang tengahari kami bergegas ke Restoran Fatimah untuk lunch yang terletak di 18-24 Nguyễn Du, Phường 9, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam / Waktu buka : 9.00am-7.55pm. Mujurlah masa kami tiba hanya ada 2-3 group pelancong sahaja dan sempatlah kami solat dahulu di surau yang terletak di bahagian dalam restoran tersebut. Makanan yang dihidangkan memang sedap dan kami sangat recommend untuk makan di restoran ini berbanding dengan restoran-restoran yang lain. Harga lunch kami adalah VND595k sahaja.

Restoran Fatimah, Da Lat.... sangat recommended... Trylah... 

Masakan yang sangat sedap & enak di Restoran Fatimah, Da Lat

Selepas lunch, kami menaiki kereta menuju ke Datanla Waterfall yang terletak di via QL20 (7km fr hotel). Kami telah menempah tiket masuk Bersama dengan Alpine Roller Coaster berjumlah VND680k (3Adult 2 Child) di web klook.com. Kami hanya mendapatkan gelang tangan untuk diikat sebelum menaiki roller coaster yang akan membawa kami ke air terjun Datanla. Setelah berlegar-legar menikmati panorama dan bunyi deruan air terjun sambil bergambar lalu kami pun menaiki roller coaster semula untuk membawa kami ke station semula. Kami lihat ada kawasan yang baru dibina cable car merentasi air terjun tersebut tetsapi masih belum dibuka untuk kegunaan pelancong. Di sepanjang perjalanan pergi dan balik menaiki roller coaster, pelancong boleh mengawal sendiri kelajuannya terutama di kawasan curam dan membelok di mana sesekali kedengaran ada pelancong lain yang menjerit kegayatan. Keadaan persekitaran hutan kebanyakan terdiri dari pokok alpine yang tumbuh di lereng-lereng tanah tinggi berbukit bukau. Namun terdapat hide speed camera yang akan merakam gambar aksi ketakutan dan kegayatan anda terutama di spot kawasan track yang menuruni bukit yang curam dan juga membelok. Aksi anda akan diabadikan di dalam potret yang boleh didapati di kaunter di tepi air terjun Datanla nanti. 




Alpine roller coaster di Datanla Waterfall











Zoom ceria trip family kami di air terjun Datanla Waterfall

Masing-masing teruja dan sangat gembira menaiki Alpine Roller Coaster di Datanla Waterfall tersebut yang akan menjadi suatu kenangan manis di dalam trip Vietnam ini. Kami melangkah ke kereta dan bergerak menuju ke Happy Hill yang terletak di via Hoa Phượng Tím (12.7km fr hotel) melalu Kawasan tasik dan jalan berbukit. Tiada sebarang caj masuk ke Happy Hill namun ada spot-spot yang cantik akan dikenakan caj jika ingin mengambil gambar di situ. Kami berjalan sehingga ke tepi tasik dan berpatah balik setelah mengambil gambar di beberapa spot yang kami pilih sendiri.












Zoom momen gembira di Happy Hill


Kami meneruskan perjalanan ke Clay Tunnels & Da Lat Infinity Lake yang terlatak di via Đường Hoa Hồng (13km fr hotel) dan dikenakan caj masuk sebanyak VND270l (3Adult 2Child). Terdapat banyak ukiran yang dibuat dari tanah liat dan batu-batan di sepanjang track di dalam taman tersebut. Kami terpaksa mengikut giliran apabila terserempak dengan group pelancong lain yang bergilir-gilir untuk mengambil gambar. Setelah berlegar di setiap jalan dan sudut di dalam taman tersebut kami pun tiba semula ke ppintu masuk lalu keluar untuk ke parking.  Kami bergerak menuju ke Da Lat dan meminta driver menurunkan kami berhampiran Da Lat Night Market kerana kami ingin berjalan menuju ke pejabat agen Mui Ne bagi menjelaskan baki bayaran pakej Mui Ne nanti. Kami telah menempah pakej Mui Ne berharga RM488 termasuk harga sleeper bus dari Da Lat ke Mui Ne. Pakej Mu Ne boleh ditempah melaui wazzap Mr Duong Min Phi hp - +84918313696 (Dalat Open Tour).




















Jalan-jalan di lembah ukiran Clay Tunnel, Da Lat


Setelah membuat pembayaran kami mengambil tiket dari agen tersebut dan beredar menuju ke Da Lat Night Market sebelum berjalan balik ke hotel kami. Pada malam itu kami makan stock paket Brahim’s yang dibawa untuk meringankan lagi begpack kami.


DAY 5 – MENEROKA CRAZY HOUSE & LOVE VALLEY SERTA AKTIVITI LEPAK SANTAI MINUM KOPI DI MELINH COFFEE GARDEN DAN LAM VIEN SQUARE & DOHA COFFEE

Pada pagi Jumaat 13 December 2019 merupakan hari terakhir kami di Da Lat di mana kami mengagahi untuk bangun awal pagi lalu berjalan menuju ke Restoran Hawa lagi yang terletak hanya 150 meter dari hotel kami untuk makan nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan minuman di restoran tersebut. Nasib kami baik kerana masih terdapat meja untuk kami berlima kerana terdapat beberapa group yang telah menempah meja awal-awal lagi untuk breakfast. Kami makan dan minum kopi o santai sahaja kerana menunggu driver yang akan tiba di hotel pada jam 8.30am. Harga makanan breakfast nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan minuman sekitar VBD500k sahaja.







Menu yang kami order di Restoran Hawa


Setelah selesai breakfast di restoran, kami berjalan balik ke hotel dan mendapati driver telah sedia menunggu kami untuk memulakan perjalanan pada hari itu. Lokasi pertama pada hari itu adalah menjelajahi Melinh Coffee Garden  yang terletak di via ĐT725 (15km fr hotel) di mana terdapat taman bunga, ladang kopi dan reban musang untuk menghasilkan kopi hasil dari buangan binatang tersebut. Terdapat  café yang menjual  kopi dari keuaran Melinh namun kami memesan kopi biasa kerana tidak menyukai kopi musang di Vietnam dan juga di Sumatera dahulu. Kami lepak santai menikmati views ladang yang luas di tepi lembah yang direntasi sungai dan kolam sehinggakan tidak sedar masaberlalu begitu pantas. Setelah itu, kami bergambar di taman bunga berhampiran yang mempunyai bunga matahari, hydrangeas dan lain-lain lagi.




Lepak minum kopi di Me linh Café





















Panorama di taman bunga Me Linh Cafe

Destinasi seterusnya adalah ke Crazy House yang terletak di Số 3 Đường Huỳnh Thúc Kháng, Phường 4, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam (2.5km fr hotel). Kami menuju ke kaunter untuk membeli tiket masuk berharga VND240k (3Adult 2 Child) di celah-celah group pelancong yang berborak di depan pintu masuk. Kami meluru masuk dan mela melangkah menaiki anak tangga yang sempit dan curam sesekali melintasi bilik tidur yang dilengkapi katil dan toilet yang boleh disewa bagi tujuan penginapan di situ. Semakin tinggi anak tangga semakin curam dan ada kawasan di mana pengunjung terutama yang membawa anak-anak kecil haruslah dipantau rapi kerana terdapat Kawasan yang terdedah dan mungkin boleh tergelincir dan jatuh… memang sesuai dengan namanya, jadi orang yang design rumah ini pun mengabaikan tahap keselamatan dan tidak memikirkan bahaya untuk anak-anak kecil mungkin. Ada juga orang dewasa yang terketar-ketar melalui tangga-tangga tersebut  Jadi, pesanan kami berhati-hatilah bila mengunjungi Crazy House ini.




















Menjelajahi ruang dan tangga di Crazy House

Menjelang tengahari, kami menaiki kereta untuk lunch di Restoran D'Halal Restaurant yang terletak BL38, KHQ Yersin, Phuong 9, TP Da Lat / Waktu buka : 8.00am-10.30pm (+84 70 567 8168 ) / 4.1km fr hotel. Setelah memesan makanan kami bergilir-gilir ke surau dan sempat solat berjemaah bersama-sama group dari Johor yang kebetulan singgah makan di restoran tersebut. Kami memilih pelbagai menu untuk lunch di mana masakan di restoran ini kesemuanya macam ada lebih rasa kunyit dan lada hitam, total lunch berharga VND720k.

Kedai makan Restoran D’Halal Da Lat


Menu yang kami order di Restoran D'Halal Da Lat 

Selepas lunch, kami dibawa ke Love Valley yang terletak di via Đường P. Đ Thiên Vương (7.5km fr hotel). Setelah mendapatkan tiket berharga VND880k (3Adult 2Child) kami melalui gate untuk berjalan masuk ke café bagi mendapatkan teh percuma. Kami minum teh semeja dengan group pelancong yang agak berusia dari China. Setelah itu kami berjalan ke perhentian shuttle bas di tepi kolam yang luas untuk menuju ke beberapa segmen di dalam Love Valley. Perjalanan di dalam Love Valley mengambil masa sedikit kerana jarak agak jauh anatara segmen-segmen yang ada di taman tersebut. Terdapat juga kawasan camping dan aktiviti trecking namun bahagian itu ditutup untuk upgrade dan penyelenggaraan rasanya.




Maze di Love Valley







Taman bunga di Love Valley





























Miniatur di Love Valley

Kami turun di hentian shuttle pertama untuk merakamkan gambar di taman bunga. Setelah itu kami menaiki shuttle bas menuju ke hentian shuttle kedua yang mempunyai miniature bangunan-bangunan terkenal di serata dunia. Kami amat berbangga apabila dari jauh kelihatan mercu KLCC di tepi hentian shuttle tersebut dan menjadi miniature pertama yang menyambut para pelancong dari serata dunia. Kami menaiki semula shuttle untuk kembali ke gate utama tadi dan sebelum keluar kami ke segmen Hoi An City di sebelah pintu masuk utama di mana terdapat gerai-gerai direka seperti bangunan-bangunan yang terdapat di Hoi An City. 



Deretan kedai Hoi An Ancient City di Love Valley

Menjelang senja kami berpatah balik menuju ke Da Lat untuk ke destinasi terakhir pengembaraan kami di Da Lat iaitu ke Lam Vien Square & Doha Coffee yang terletak di via Đường Nam Kỳ Khởi Nghĩa (2.4km fr hotel) betul-betul di tepi tasik Da Lat yang luas. Kami lantas masuk ke Doha Café sambal memesan minuman masing-masing dan naik ke tingkat atas bagi mendapatkan views yang menarik. Sambil caj handphone kami merakamkan gambar di sekitar café tersebut. Kami lepak dan minum sambil berehat setelah banyak berjalan di taman bunga, ladang kopi dan menaiki anak tangga di Crazy House.






Lepak minum kopi di Doha Café

Setelah kedaan di luar gelap dan cahaya lampu mula menerangi jalan dan dataran di depan Doha Café, kami keluar untuk meninjau dan berlegar-legar beberapa seketika di shopping complex yang berhampiran. Kami mengambil keputusan untuk balik ke Da lat Night Market untuk berjalan-jalan sebelum balik ke hotel. Setelah menghantar kami ke Da Lat Night Market dan mendapat bayaran baki RM650, driver tersebut mengucapkan Selamat Jalan kepada kami untuk ke Mui Ne dan Ho Chi Minh. Pakej Private Tour Da Lat boleh didapati dengan menghubungi agennya, Mr Van Vinh Nguyen hp - +8496 800 4828. Pakej 3hari kami di Da Lat untuk 3Adult 2Child dengan kereta Mitshubishi sama saiz dengan Avanza berharga RM850 / VND3.9juta sahaja.

Setelah kepenatan berjalan di Night Market Da Lat kami pun balik ke hotel untuk makan paket Brahim’s sambal berkemas barang untuk meneruskan pengembaraan kami ke Mui Ne pagi esok. Nantikan pengalaman kami makan lobster di Mui Ne dan berdayung sampan di anak sungai Mekong River. Jom………

Sebenarnya, pengembaraan kami di Vietnam bermula di Da Nang, jadi untuk menggamit kenangan kami semasa menerokai Hoi An Ancient City dan menaiki cable car di Ba Na Hills serta mendaki Marble Mountain di Da Nang silalah refer di blog Vietnam Dec 2019 (Road To Vietnam 1) – Da Nang & Hoi An  




No comments:

Post a Comment