DAY 1 – FLIGHT KE SEOUL – Jalan-Jalan Di Seoul
Alhamdulillah, Impian kami yang
menebal untuk repeat ke Korea, Joseon termakbul juga. Ini semua adalah kerana
gara-gara perancangan asal trip untuk Ging Sejid tetapi kerana ahli-ahli semua
tidak mencapai kata sepakat maka hanya kami sahajalah yang menruskannya. Trip
kali ini lebih santai kerana trip couple dan repeat di sesetengah lokasi yang
kami rasa perlu singgah lagi di samping lokasi-lokasi tambahan yang lain.
Seperti yang kami ceritakan di
kisah trip terdahulu, Korea memang terkenal dengan pengambaran k-drama Netflix
dengan view permandangan yang cantik dan indah di samping Sejarah dan budaya
yang tersendiri semenjak dari zaman Joseon lagi. Keindahan dan kecantikan Korea
serta kebudayaannya boleh disaksikan dalam k-drama Netflix yang menjadi pilihan
kami seperti Warm & Cozy, Our Blues, Interest of Love dan banyak lagi.
K-drama terkini 2024 yang menjadi rating pilihan kami adalah Welcome to
Samdalri….
Untuk trip kali ini kami membuat
sedikit sahaja research untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang Korea
secara amnya dan Seoul dan Jeju secara khususnya terutama berkenaan
tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca dan sebagainya
yang belum kami buat untuk trip sebelumnya. Lagi pun trip kali ini kami
mengambil keputusan tidak pergi ke Busan kearana ingin fokus berjalan-jalan di
Seoul dan Jeju Sahaja.
Kami menempah penerbangan flight
AirAsia X di web Airasia.com yang berharga RM1109 (2pax/one way) untuk 2 Adults
sahaja. Manakala, untuk penerbangan
balik pula kami menempah penerbangan flight Scoot di webnya yang berharga RM1,343.30
(2pax/one way) untuk 2 Adults sahaja tetapi kali ini perlu transit di Changi,
Singapura pula.
Untuk pergerakan ke Jeju pula
kami menempah penerbangan domestik iaitu flight Air Busan di websitenya yang
berharga RM848 (2pax/one way) untuk 2 Adults sahaja dari Gimpo, Seoul ke Jeju.
Setelah itu, kami mengemaskini rangka
itinerary dari Trip 1 2023 yang lalu di mana sepanjang pengembaraan kami selama
8 hari dan tanpa berlengah membuat tempahan hotel dan merangka perjalanan di
dalam bandar-bandar Seoul dan juga Jeju dengan menggunakan T-Money dan memandu
kereta di Jeju.
Pada pagi Selasa 10 September 2024,
sekitar jam 2.00pm kami membawa 1 bagasi besar dan masing2x begpack yang telah
dikemas semalam dan bergerak menuju ke LRT station untuk ke Putrajaya Sentral. Dari
Putrajaya Sentral, kami akan menaiki ERL Transit menuju ke KLIA2.
Setelah sampai di KLIA2 kami langsung ke kaunter di hotel Capsul yang terletak di Hub Pengangkutan di luar bangunan terminal untuk mengambil portable wifi Roamingman yang telah disewa berharga RM148 selama 7 hari. Mengikut pekerjanya Roaming Man akan membuka kiosknya sendiri bebebarapa bulan lagi untuk memudahkan lagi para pelanggannya menyewa, mengambil dan memulangkan urusan tempahan portable wifi Roamingman tersebut. Tidaklah terjadi seperti kes yang kami alami tahun Trip Korea 2023 yang lalu di mana kami terus ke gate Departure dan melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan kerana menyangka kaunter Roaming Man terdapat di hotel Capsule berhampiran Gate Deprature dan terpaksalah untuk keluar semula bagi mengambilnya dan masuk semula melalui proses pemeriksaan immigration dan juga keselamatan. Tetapi sepanjang perjalanan menggunkan portable Roaming Man sangat mudah dan recommended…
Setelah sampai di KLIA T2 dan
mengambil protable wifi, kami check-in di mesin kiosk dan ke kaunter perkhidmatan
wrap luggage untuk meastikan beg tidak rosak. Beg yang kami bawa di Trip 1
Korea 2023 cuma mengalami kerosakan di tayar sahaja dan keadaan beg
kesuluruhannya baik walaupun tidak diwrap kerana perkhdimatan wrapping di
Incheon tidak dibuka lagi pada awal pagi itu, Alhamdulillah selamat isi di
dalam bagasi kami… Setelah wrap luggage
kami beratur ke kaunter dan perlu drop luggage secara self-services dan ini
mengambil masa yang agak lama bagi pengguna yang pertama kali menggunakannnya.
Kami mengikut arahan di app Airasia tersebut dengan teliti dan berhati-hati
supaya tidak berlaku kesalahan dan apabila siap kami terus beredar untuk
berehat, solat jamak dan minum-minum sebelum boarding.
Flight Air Asia ke Incheon, Seoul
Semasa boarding kami melalui auto
gate Immigration dan kawalan keselamatan sebelum berehat menunggu ketibaan pesawat.
Pesawat Air Asia Flight D7 504 meninggalkan KLIA2 T2 pada jam 10.50pm dan
setelah menempuh penerbangan yang agak lama kami pun selamat mendarat di Incheon
International Airport - Terminal 1, Seoul pada jam 6.50am hari Rabu 11 Ogos
2024. Kami keluar dari pesawat hanya membawa hand carry luggage dan berjalan
menuju ke meja khas untuk mengisi form kemasukan ke Filipina sebelum melalui
kaunter immigration dan keselematan.
Kami telah pun menempah pre-order
makanan mengikut kegemaran masing-masing termasuk Nasi Lemak Pak Nasir. Kami solat subuh di atas flight setelah masuk
waktu dan kelihatan hari semakin cerah beberapa jam sebelum pesawat mendarat di
Incheon Airport.
Incheon Airport
Setelah mendarat kami menyediakan dokumen-dokumen berkenaan
terutamanya passport dan K-ETA sebelum beratur ke kaunter immigration.
Alhamdulillah, proses mendaftar masuk amatlah mudah dan cepat sekali di
Incheon, Seoul berbanding di Busan yang bagi kami pun amat mudah juga walaupun
sebelum ada terbaca di group FB menyatakan pelbagai pengalaman ngeri sehinggakan
ada yang tidak dibenarkan masuk ke Korea dan dihantar balik.
Setelah selesai proses tersebut kami menuju ke kaunter bagasi
untuk mengambil luggage. Kami sempat snap gambar di beberapa sudut Incheon Airport
sebagai tanda kenangan menjejaki kaki lagi ke Incheon Airport sebelum melangkah
keluar menuju ke kedai serbaneka bagi top-up T-Money yang kami dapat dari KTO secara
percuma di Booth KTO semasa Matta Fair berlangsung di Kuala Lumpur.
Setelah itu, kami menarik beg luggage
dan membawa begpack masing-masing dengan berpandukan apps Naver dan juga
signboard berjalan menuju ke train station
di mana kami menaiki train Line Blue 4 untuk ke Myeondong, Seoul.
Kami turun di Myeondong station dan
berandukan apps Naver kami berjalan menuju ke hotel untuk meninggalkan luggage
kami di situ sebelum kembali untuk check-in lewat petang nanti. Dalam
perjalanan ke hotel kami ternampak Restoran Kampungku namun belum dibuka lagi
lalu kami terus Sahaja ke hotel. Harus diingat bahawa berjala-jalan di Korea
teruatamanya di Seoul dan Busamn memerlukan banyak tenaga dengan penggunaan
kaki bagi mendaki anak tangga dan bukit terutamanya di Myeondong dan Itaewon.
Sepanjang di Seoul kami akan
check-in di Hotel SPACE Guesthouse, Myeondong yang terletak di 32-4, Sogong-ro
6-gil, Jung-gu, 04630, SK , 04391. Kami telah menempah hotel ini dengan harga RM373.17
(2 Nights) di website Booking.com.
Hari Rabu 11 Ogos 2024 adalah
merupakan Hari Pertama kami di Korea di mana kami akan jalan-jalan santai
sekitar Seoul City. Sesampai di pintu hotel kami memasukkan nombor code pintu
utama yang diwazzapkan ke handphone kami lalu menyimpan luggage di ruang tepi
pintu bilik, kami berjalan kaki semula menuju ke station Myeondong dan menunggu
bas 710 untuk membawa kami ke Yonsei University yang terletak di 50 Yonsei-Ro,
Seodaemun-gu, Seoul. Kami amat kagum dengan keindahan dan kehijauan Yonsei
University tersebut yang memelihara alam sekitar dengan pembinaan bangunan yang
mesra dengan alam sekitar dan bentuk mukabumi yang beralun dan berbukit itu.
Jarak bangunannya pula jauh antara satu sama lain dan pelajar perlu gigih
berjalan untuk ke kuliah. Bentuk muka bumi dan persekitarannya adalah sama
dengan Ehwa Women University yang kami pergi pada Trip Korea 1 2023 yang lalu
rupa-rupanya terletak bersebelahan di seberang jalan sahaja.
Koop Yonsei University
Kami masuk dan mencari bangunan
utama yang dilitupi tumbuhan menjalar dan daun-daun hijau di dinding bangunan
tersebut di mana selalu dijadikan lokasi dalam shooting k-drama seperti True
Beauty dan banyak lagi. Dari kejauhan kami hanya Nampak sebahagian sahaja
daun-daun yang melitupi dinding bangunan itu dan mungkin di musim lain nanti
daun-daun itu akan tumbuh menghijau kembali. Sesampai kami di situ terdapat
sekumpulan pelajar yang sedang membuat rakaman program di sekitar bangunan
tersebut. Kami snap gambar di beberapa sudut bangunan tersebut sebelum ramai
pengunjung tiba untuk masing-masing berebut mengambil gambar.
Setelah keletihan berlegar-legar
dan snap gambar di situ, kami berjalan balik dan singgah di bangunan Koop
Yonsei University dan melihat-lihat jualan seperti souveniours, alatulis, buku,
pakaian, pinggan-mangkuk dan sebagainya. Setelah memilih beberapa souveniours,
beg dan peralatan tulis kami terus ke kaunter bayaran lalu berehat sebentar di
lounge di depan koop tersebut.
Kami keluar menuju ke bus stop untuk pergi ke Café Pokpo yang viral
kerana menghadap air terjun di bukit yang terletak di 262-29 Yeonhui-ro,
Seodaemun-gu, Seoul. Setelah menaiki bas lebih kurang 30 minit kami pun sampai
di hentian bedekatannya dan kami turun berjalan kaki menuju ke Café tersebut.
Dari jauh kelihatan ramai pengunjung yang lepak santai sambil minum kopi. Kami
pun turut memesan kopi dan duduk di dalam café tersebut menghadap air terjun sambil
memerhatikan gelagat pengunjung yang mundar-mandir di kawasan itu terutamanya
di platform untuk mengambil gambar.
Setelah hilang penat dan berehat
agak lama, kami pun berpatah balik ke Myeondong semula dengan menaiki bas dan
berpandukan apps Naver turun menuju ke Restoran Kampungku yang terletak di 16-4
Namsan-dong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul. Kami masuk ke restoran dan memesan menu Halal
korean style yang nampak sedap. Semasa kami masuk kelihatan
pengunjung-pengunjung lain keabanyakannya dari negara Malaysia, Singapura,
Indonesia dan Brunei memenuhi restoran halal ini.
Setelah kekenyangan dan berehat santai sambil minum kopi di restoran itu, kami pun berjalan hanya sekitar 2-3 ratus meter sahaja untuk sampai ke hotel SPACE Guesthouse. Kami masuk mengambil luggage dan menggunakan nombor code pintu bilik yang telah diwazzapkan kepada kami. Kami berehat dan solat jamak sebelum keluar bepandukan apps Naver untuk menaiki bas ke Deoksugung Palace yang terletak di 99 Sejong-daero, Jung-gu, Seoul. Kelihatan ramai kumpulan pelajar sekolah yang membuat rombongan ke situ dan mereka kelihatan gembira sesekali dapat menjalankan aktiviti trip ke luar kawasan sekolah. Malangnya pertunjukan Change of Guard yang dijadualkan pada 2.00pm dibatalkan akibat faktor cuaca.
Deoksugung Palace
Dari Deoksugung Palace kami menuju pula ke destinasi seterusnya iaitu ke National Folk Museum Korea yang terlatak di 37 Samcheong-ro, Jongno-gu, Seoul. Di sini dipamerkan tentang kebudayaan dan sejarah kehidupan orang Korea sejak dari zaman Joseon.
National Folk Museum
Kami berjalan melintasi Gwanghwamun Square untuk menuju ke Tongin Market di mana di dataran tersebut kelihatan ramai pengunjung terutamanya pelancong sedang berkumpul menyaksiakan opera pementasan drama ketika di zaman Joseon. Kami berjalan-jalan di deretan kedai dalam Tongin Market dan membeli buah-buahan yang fresh dan sedap. Teringat kisah Trip Korea 1 2023 ke Busan di mana terdapat banyak buah-buahan di sekitar Gukje Market. Kisahnya di link – Jalan-Jalan Busan di Gukje Market
Persembahan opera Zaman Joseon
Tongin Market dan Seochon Hanok
Village terletak berdekatan Sahaja iaitu di 28-1 Tongui-dong, Jongno District,
Seoul. Oleh itu, kami terpaksa berjalan sehingga ke hujung jalan Tongin Market untuk keluar ke jalan Seochon
Hanok Village dan mengikut signboard di penjuru jalan menuju ke deretan
kedai-kedai di Lorong-lorong kawasan tersebut. Rekabentuk kampung ini adalah
lebih kurang di Kampung Baru yang berdekatan dengan Kuala Lumpur City Centre.
Di Seochan Hanok Village kami melintasi Restoran Halal Iftar yang juga menjadi
salah satu tumpuan pelancong muslim jika berkunjung ke Seoul City.
Di penghujung jalan Seochon Hanok
Village, kami singgah di gerai menjual buah-buahan untuk membeli buah yang
kelihatan fresh. Setelah itu, kami menaiki bas balik ke Myeondong dan hari juga
semakin gelap lalu kami menuju ke Restoran Halal BusanJib untuk mencuba menu
BBQ ala Korean Style pula di mana di Trip Korea 1 2023 yang lalu kami telah
mencuba menu ayam goreng dan menu masakan makanan Korean. Masih kelihatan
kebanyakan meja-meja sentiasa dipenuhi oleh pengunjung muslim yang menjadi
pilihan utama pelancong Asia dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Berunai. Restoran
ini terletak bersebelahan kedai ayam goreng dan kedai menu masakan Korean
style. Kami terpaksa menunggu sekitar 20 minit memandangkan meja sudah penuh
dan selepas ada kekosongan barulah kami dipelawa masuk dan duduk di meja. Apabila
duduk kami dilayan oleh seorang pekerja asal dari Malaysia yang mencadangkan menu
BBQ yang sesuai untuk portion kami berdua agar tidak membazir dan berbaloi.
Restoran BusanJib
Makan BBQ daging di Busanjib
Setelah kekenyangan dan berpuas
hati menu BBQ yang sedap dan berbaloi, kami pun melangkah keluar dari restoran
tersebut untuk berlegar-legar jalan-jalan di sekitar kawasan Myeondong Night
Street dan melintasi Myeondong UG Shopping Mall untuk balik ke hotel semula.
Kami berehat di hotel sambil berkemas luggage sementara menunggu aktiviti
bershopping lagi di Seoul dan menaiki flight Air Busan untuk ke Jeju.
Jalan-jalan shopping di Myeondong Night Market
DAY 2 – JALAN-JALAN DI SEOUL -
Kemeriahan Jalan-Jalan Bershopping & Cari Makan di Seoul
Pada pagi Khamis 12 September 2024,
kami bangun awal solat subuh dan menyediakan breakfast yang kami bawa. Kami
telah membeli pelbagai menu nasi goreng bukan ayam dan daging dikhuatiri tidak
dinearkan dibawa masuk, jadi kami hanya membeli Brahim Nasi Goreng Seafood dan
perisa-perisa lain sebanyak hamper 20 bungkus berharga sekitar RM200 di Brahim
Bangi. Setelah breakfast nasi goreng, kami menuju ke station Myeondong untuk
naik train Subway Line 4 +(chungmuro stn) Line 3 (Jongno stn) ke Anguk Station.
Kami berjalan kaki menuju ke Hanboknam Hanbok yang terletak di 1f, 86-1
Donhwamun-ro, Jongno-gu, Seoul untuk mengambil baju hanbok yang kami tempah di
Klook.com (Voucher at Changdeokgung Store) berharga RM238 (Untuk 2 pasang
Adults). Kami menempah hanbok yang akan digunakan untuk masuk ke Changdeokgung Palace selama 4 jam.
Sesampai di Hanboknam hujan turun
renyai-renyai dan sebaik sahaja kami memilih baju Hanbok dan meyimpan barang di
locker, hujan mulai reda dan hanya rintik-rintik sahaja. Kami berjalan ke pintu
Changdeokgung Palace dan masuk ke dalam menuju ke arah Tour Secret Garden. Di
situ kelihatan ramai pengujung luar negara menunggu giliran untuk pelancong
asing masuk. Kami ke kaunter untuk menunjukkan tiket yang kami telah tempah di
web www.cdg.go.kr (Sesi English - 10:30,
11:30, 14:30, & 15:30) dengan RM69.30 untuk sesi pukul 10.30am.
Apabila pintu dibuka kami bersama
pelancong Mat Saleh yang lain berduyun-duyun mula masuk ke kawasan Secret
Garden mengikut Tour Guide wanita Korea yang memberi penerangan dalam English.
Kami berhenti di beberapa spot
dan kebanyakan bangunan didirikan di tepi kolam dan pada musim bunga sudah
semestinya kolam dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni seperti di Nami
Island. Ikuti kisah kami di Nami Island (Trip to Korea 1) – Nami Island
Kami menjadi tumpuan kerana dalam kumpulan itu hanya kami
berdua sahaja yang memakai Hanbok dan berjalan-jalan di Secret Garden tersebut.
Dressing Hanbok by HanbokNam
Berkunjung ke Changdeokgung Palace
Secret Garden
Apabila sampai di lokasi
terakhir, Tour Guide tersebut memneritahu kumpulan tersebut boleh bersurai dan
boleh berlegar-legar di dalam kawasan itu dan dibenarkan untuk keluar ke pintu
utama tadi. Dalam perjalanan ke pintu utama, barulah terserempah 2-3 orang
couple yang memakai Hanbok untuk bersiar-siar ke istana tersebut.
Setelah berlegar-legar di kawasan
istana itu, kami keluar menuju ke arah kedai Hanboknam untuk memulangkannya
semula. Setelah itu, berpandukan apps Naver kami berjalan kaki sekitar lebih
kurang 900m untuk sampai ke Kimchi Museum yang terletak di Museum Kimchikan,
35-4 Insadong-gil, Jongno-gu, Seoul. Setelah membayar tiket di pintu masuk kami
pun berjalan-jalan dari satu sudut ke satu sudut yang lain sambil membaca
info-info tentang kimchi. Di Kimchi Museum dari aras bawah hingga ke aras atas
semuanya pengkisahan mengenai sejenis makanan kegemaran orang-orang Korea iaitu
Kimchi. Menurut informasi di situ, Kimchi adalah salah satu makanan tradisional
khas Korea yang sangat terkenal. Kimchi dibuat dari sayuran kebiasaannya sawi
putih yang difermentasi dengan berbagai campuran seperti cili merah, bawang
putih, halia, garam dan ada juga isi ikan. Proses fermentasi kimchi memberikan
rasa masam yang tersendiri serta kandungan probiotik yang baik untuk
pencernaan.
Kimchi boleh disajikan sebagai
lauk sampingan dalam hampir semua hidangan menu Korea dan juga digunakan dalam
berbagai masakan lainnya seperti sup (kimchi jjigae) atau hidangan nasi.
Makanan ini tidak hanya popular di Korea tetapi juga mulai terkenal di berbagai
negara termasuk Malaysia karena manfaat kesihatannya dan rasanya yang unik. Di tingkat seterusnya kelihatan bilik dapur di mana akan diadakan kelas mempelajari cara-cara menyediakan kimchi.
Sampai sahaja di tingkat atas
Kimchi Museum, para pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kimchi yang
disediakan untuk semua pengunjung merasainya.
Kelas membuat kimchi
Kimchi Museum
Dari Kimchi Museum kami menaiki
bas ke Namdameum Market. Setibanya di sana kami mencari surau utuk solat jamak
di Surau yang diuruskan oleh peniaga kebab di situ iaitu Adnan Kebab tetapi
malangnya Adnan Kebab ditutup pula dan tidaklah dapat kami berbersolat di
suraunya. Kami masuk ke Namdameum Street Market untuk membeli pakaian
kanak-kanak dan juga souveniours. Kami tidak ketinggalan untuk singgah di
singgah lagi ke kedai Kristal Benny di hujung jalan bagi mendapatkan beberapa
koleksi design jarum bunga-bunga kristal tudung wanita dengan harga yang amat
berbaloi. Menurut Benny kedainya sentiasa menjadi tumpuan pelancong wanita dari
Malaysia, Singapura dan Indonesia yang kadang-kadang repeat shopping
lagi…. wah memang betul-betul terlajak
laris ni….
Kedai Benny @ Namdameum Market
Dari Namdameum kami menaiki bas
ke Myeondong untuk singgah di hotel Sahaja bagi mendirikan solat jamak dan
berehat sebentar sebelum keluar kembali ke train station untuk ke Yang Good
(Yangguk) Halal Korean BBQ yang terlatk di 15, Nonhyeon-ro 95-gil, Gangnam-gu,
Pyeonghwa Bldg. 1F, Seoul 06131 (Gangnam/Yeoksam). Dengan berpandukan apps
Naver kami berjalan kaki di dalam hujan renyai-renyai yang turun apabila kami
keluar dari station tersebut. Kami menggunakan paying yang dibawa berjalan
perlahan-lahan ke restoran tersebut. Kami hanya walk-in masuk ke restoran
tersebut dan jam menunjukkan sekitar jam 4 petang di mana restoran tersebut
baharu sahaja dibuka dan banyak meja yang masih kosong (Waktu operasi : 4.00pm
– 9.00pm) . Kami bertuah kerana beberapa hari lagi bermula 15 – 18 Ogos 2024,
restoran itu ditutup untuk cuti umum Korea sambutan Hari Chu Seok.
Kami dibawa ke meja yang muat
untuk 4 orang dan mula memesan daging dan kambing produk Halal dari Australia
yang dibakar secara layan diri di meja masing-masing ala Korean Style. Rasa
daging dan kambing yang disediakan memang sedap dan berbaloi untuk dicuba jika
berkunjung ke restoran yang famous ini….
Makan BBQ
Setelah habis bersantai membakar
daging dan kambing serta berehat menunggu hujan reda, kami pun bergerak
mengikut apps Naver menuju ke train station untuk ke Goto Mall Underground (UG)
Shopping Mall yang terletak di 194 Sinbanpo-ro, 반포4동
Seocho-gu, Seoul 서울 서초구 신반포로 200 고투몰. Setibanya di sana kami sangat terpegun
dengan keluasan shopping di situ kerana terdapat banyak kedai yang menawarkan
harga promosi sehinggakan harganya tersangat murah jika dibandingkan di
Malaysia dan juga di Bandung, Indonesia terutamanya bagi barangan seperti baju,
t-shirt, seluar dan banyak lagi.
Kami
masuk ke beberapa buah kedai untuk membeli baju, t-shirts, seluar dan
souveniours. Namun oleh kerana kawasan shopping kompleks yang sangat luas kami
tidak mampu untuk pergi ke semua bahagian akibat kepenatan berjalan.
Goto Mall UG Shopping Mall
Memandangkan keadaan semakin
gelap kami pun keluar dari Goto Mall UG Shopping Mall tersebut untuk menaiki
bas balik ke Myeondong semula. Kami hanya berlegar-legar di Myeondong UG
Shopping Centre bebrapa minit sebelum keluar berjalan balik menuju ke
hotel.
Sesampai di hotel, kami berkemas
dan berehat kepenatan kerana seharian berjalan jauh dari Changdeokgung Palace
di Seoul City sehingga ke Goto Mall di Gangnam.
DAY 3 – JALAN-JALAN DI SEOUL
DAN FLIGHT KE JEJU – Bye-bye Seoul & Welcome to Samdalri… Jeju
Pada pagi Jumaat 13 September 2024,
kami bangun awal untuk solat subuh dan sambung berehat kerana sudah terasa keletihan
berjalan-jalan di Seoul. Kami perlu mengumpulkan tenaga memandangkan pada hari
ini kami akan ke Gimpo Airport untuk menaiki flight ke Jeju pula. Kami bangun
semula sekitar jam 9.00am dan hanya breakfast bekal yang dibawa di bilik hotel
sahaja. Cuaca pagi itu mendung dan sejuk memandangkan hujan baru Sahaja reda
dan masih rintik-rintik di luar. Kami berjalan berpandukan apps Naver menuju ke
Myeondong train station untuk menuju ke Seoul City Wall (Naksan Mountain Trail)
yang terletak di 622-83 Changsin-dong, Jongno District, Seoul. Setibanya di
station berdekatan lokasi tersebut kami berjalan mendaki bukit berpandukan apps
Naver menuju ke Seoul City Wall (Naksan Mountain Trail). Kelihatan beberapa
orang sedang aktif berjogging dan bersenam di kawasan berdekatan trail
tersebut. Lokasi ini juga famous sebagai lokasi shooting k-drama yang menajdi
pilihan kami iaitu Interest Of Love…..
Naksan Mountain trail ini
menyediakan track mendaki ke puncak view ke Seoul City Centre yang kelihatan
bangunan-bangunan yang tinggi dari puncak bukit tersebut. Permandangan yang
indah sekiranya dapat view di waktu malam dengan sinaran lampu berbagai warna
di Seoul City Centre.
Interest Of Love
Seoul City Wall
(Naksan Mountain Trail)
Setelah berpeluh dan berehat
sebentar di puncak bukit tersebut, kami turun semula menuju ke train station
untuk ke Station Dongdaemun History & Culture Park (Exit 6). Kepada
penonton Interest of Love sudah semestinya mengenali bangunan Ibu Pejabat KCB
Bank di mana menjadi lokasi utama shooting k-drama tersebut.
Ibu Pejabat KCB Bank
dalam k-drama Interest of Love
Shopping di Namdameum
Kami juga sempat shopping kasut Onitsuka Tiger berhampiran Namdameum dan mengisi borang untuk claim tax free. Setelah itu kami balik mengambil luggage di hotel dan check-out, kami keluar dari Myeondong station menaiki train ke Gimpo Airport (Subway Line 4 & 5) mengambil masa sekitar setengah jam. Kami berjalan santai masuk ke terminal domestik di Gimpo Airport kami berjalan menuju ke terminal domestik. Kami terus check-in di mesin kiosk lalu ke kaunter Busan Air untuk drop luggage. Janganlah risau kerana proses check-in di kiosk sangat mudah dengan pelbagai bahasa….
Kami telah book tiket flight Busan
Air di websitenya dengan harga RM 848 (2pax Adults/One Way). Terdapat banyak
domestik flight di Korea seperti Air Busan, T-Way, Jin Air dan Air Seoul.
Flight Busan Air
Setelah selesai drop luggage di
kaunter, kami terus boarding dengan melalui kawalan keselamatan yang cepat dan mudah
lalu mendirikan solat jamak di suatu sudut yang tidak ramai orang lalu-lalang
memandangkan di Terminal Domestik Gimpo Airport tidak meyediakan ruang solat
seperti di Terminal Antarabangsa Gimpo Airport. Kami berehat sementara menunggu
pesawat tiba lalu masuk ke pesawat Busan Air Flight BX8023 Airbus A321
(Mid-sized) yang meninggalkan Gimpo Airport pada jam 7.05pm dan selamat
mendarat di Jeju Airport pada jam 8.25pm. Setelah keluar kami mengambil luggage
dan berjalan menuju ke hentian bas untuk menaiki bas menuju ke hotel Elin Hotel,
Jeju. Kami check-in di Hotel Elin Hotel yang terletak di 4, Eunnamn 1-gil,
639124, SK yang telah ditempah dengan harga RM152.96 semalam di website Booking.com.
Jeju Airport
Kami turun ke kedai serbaneka GS25
untuk membeli air mineral dan kopi dan balik ke bilik semula untuk masak Nasi
Goreng Brahim bagi mengumpulkan tenaga untuk berjalan-jalan di Jeju pula. Kami
minum kopi sambil berehat dan tidur nyenyak menanti aktiviti untuk keesokannya
mengambil kereta dan memandu ke Gujwa dan Seongsan….. Salah satu destinasi
pastinya disambut ‘Welcome to Samdalri’…..
DAY 4 – JALAN-JALAN TEPI
PANTAI JEJU – Our Blues & Welcome to Samdalri
Sabtu 14 September 2024, kami solat subuh dan makan makanan yang dibawa sebelum bersiap dan berkemas untuk keluar checkout seawall jam 7.00am. Dari hotel dengan menggunakan apps Naver kami menarik luggage ke bus stop berhampiran dan menaiki bas menggunakan T-Money untuk menuju ke Pejabat Tamra yang terletak di 5 Gonghang-ro, Jeju-si (Tel. KR (064)742-0507 jejutamrarent@gmail.com) tak jauh dari Jeju Airport.
Kami telah menempah dan menyewa kereta
jenis Kia New Morning 2020 di website Tamra berharga KW246,560.00 (RM854.33)
(4days) termasuk perlindungan insurance full coverage. Kami terus ke kaunter
untuk pendaftaran dan setelah mendapat kunci, kami membuat pemeriksaan dan
mengambil beberapa keping gambar untuk rujukan semasa penghantaan nanti.
Memandu kereta sewa Kia Tamra
Dengan Bismillah dan doa menaiki
kenderaan, kami pun memulakan pemanduan mengikut arah apps Naver menuju ke jalan
tepi pantai ke sebelah Timur Laut Jeju untuk ke Gujwa dan Seongsan iaitu Lokasi
famous lokasi shooting k-drama Our Blues dan Welcome to Samdalri…….
Our Blues
Welcome to Samdalri
Kami setting apps Naver menuju ke destinasi Jeju Large Limousine Call van iaitu merupakan rumah tauke ikan dalam k-drama Our Blues yang terletak di 3096, jocheon-ri, jocheon-eup, Jeju yang mengambil masa sekitar setengah jam dari Jeju City. Rumah tersebut betul-betul terletak di tepi laut dan memang viewnya amat cantik kea rah lautan yang terbentang luas. Kelihatan burung-burung camar singgah dan melepak di atas batu-batuan dan sesekali terbang apabila ombak melanda batu-batuan tersebut.
Rumah tauke ikan (k-drama : Our Blues)
Gimnyeong Beach Lighthouse
Pantai yang jernih dan indah
Selepas itu kami setting apps Naver untuk ke destinasi Jeju Batdam Theme Park yang merupakan kerusi warna biru menghadap laut dan di situ juga terletak Gimnyeong Beach Lighthouse dan Woljeongri Beach terletak di 세기알해변 (25 Gimnyeong-ro 21gil) OR Gimnyeong-ro 17gil, Jeju yang terkenal dengan deretan kerusi warna-warni di sepanjang jalan juga sebagai lokasi di dalam shooting k-drama Our Blues. Manakala, Gimnyeong Beach Lighthouse adalah salah satu lokasi shooting k-drama Welcome to Samdalri dalam episod yang terawal. Kami berpeluang berhenti dan duduk di kerusi warna-warni di tepi jalan pantai dan bertuah kerana ada pelancong dari China yang mempelawa kami untuk mengambil gambar yang romantis view ke laut Jeju….
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia
Pasiran pantai
Kerusi Woljeongri
Beach
Setelah bercanda di tepian pantai
kami pun menruskan perjalanan memandu kereta menuju ke Goseong 5days Market yang
menjadi salah satu lokasi utama shooting k-drama Our Blues yang terletak di Seogwipo-si,
Seongsan-eup, Goseong-ri 1188-2. Kami amat bertuah pada trip kali ke-2 ini
kerana pada hari itu kami dapat menyaksikan sendiri suasana kehidupan yang real
seperti di dalam k-drama Our Blues. Kemeriahan pasar itu memang mengagumkan
dengan karektor orang-orang Jeju yang akrab dalam persahabatan dan kehidupan
sementara kesatuan wanita Haenyeo yang kukuh dan tiada terungkai sehingga ke
dasar lautan Jeju…..
Goseong 5days Market
(Our Blues)
Di Goseong 5 days Market kami
disapa dan dipelawa untuk membeli hasil jualan penduduk tempatan dan kami hanya
membeli buah-buahan untuk dimakan di hotel nanti. Setelah berlegar-legar sambil
snap gambar di setiap sudut pasar tersebut kami pun beredar untuk lunch di
restoran seafood yang telah kami singgah di Trip 1 2023 lalu di mana restoran
ini tersenarai di dalam Muslim Friendly Restaurant oleh KTO iaitu Restoran
Seafood Jeju Ttukbaegi (제주뚝배기) yang terletak di 255,
Ilchul-ro, Seogwipo-si, Jeju-do yang terletak tak jauh dari Seongsan Ilchibung.
Kami parking kereta di depan
restoran tersebut dan masuk lalu pekerjanya yang sama membawa menu untuk kami pilih
recommended menu yang sangat famous dan sedap di restoran itu. Terdapat review
5 star rating di dinding oleh pengunjung-pengunjung muslim dari Malaysia….
Menu Korean style
untuk lunch
Restoran ini ternyata masih
mengekalkan menu yang sedap dan enak masakan Korean style bagi pengemar makanan
korea perlu singgah mencubanya.
Setelah siap menjamu selera kami
pun memandu berpandukan apps Naver memecut ke Bellongjang Market (flea market) bersebelahan
Sehwa Traditional 5-days Market yang
terletak di 1500-43, Sehwa-ri, Gujwa-eup Jeju-si, Jeju-do yang beroperasi pada
hari Sabtu dari jam 11.00am – 1.00pm. Malangnya kami sampai selepas jam 1.00pm
di mana pasar-pasar tersebut baru saha ditutup.
Sehwa Traditional 5-days Market di tepi pantai Jeju
Dari pasar terebut kami memandu
mengikut arah apps Naver menuju ke Samdal & Yongpil House yang terletak di 1040
Siheung-ri Seongsan-eup Seogwipo-si Jeju-do. Rumah ini adalah merupakan lokasi
yang dijadikan rumah watak utama pengkaji cuaca Jeju, Yongpil yang berjiran
dengan jurufoto professional, Samdal serta kisah kesatuan wanita Haenyeo di
kampung Samdalri….
Samdal House (Welcome to Samdalri)
Yongpil House (Welcome to Samdalri)
Kami juga singgah di lokasi di
mana watak-watak kesemua wanita Haenyeo akan melepak dan berborak di bawah
sepohon pokok di Tengah-tengah Kampung Samdalri iaitu di Gujwa Town
tree yang terletak di 22 Daesu-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do. Dari Kawasan
pokok itu kami terus memandu ke Pyeongdaeri Beach yang hanya beberapa meter
sahaja dari situ.
Gujwa Town
tree (Welcome to Samdalri)
Sekitar jam 5.00 petang kami memandu dan
singgah ke Hotel MCC / 2.0 star 호텔 yang
terletak di 29, Seopjikoji-ro 25beon-gil, Jeju 699-901 yang telah kami tempah
berharga RM131.04 semalam di website Agoda.com. Semasa check-in kami disambut
oleh pekerjanya yang mengenali Malaysia dan menyokong team bolasepak Harimau
Malaysia.
Kali
keluar semula setelah solat jamak mengikut apps Naver menuju ke Seopjikoji.
Kelihatan awan yang membiru dan senja yang merah di langit manakala biasannya
kelihatan sangat cantik dan indah di lautan yang luas dengan air yang jernih
sehinggakan kelihatan batu karang berwarna-warni di dasar laut. Sangat
recommended untuk dating dan view sendiri keindahan alam di Seopjikoji ketika
sunset. Allahuakbar…
Senja yang merah di Seopjikoji
Setelah
itu, kami balik ke hotel dan pastinya menjadi kenangan view yang sangat indah
seperti Trip Korea 1 2023 manakala kali ini ketika senja di Seopjikoji…..
Di suatu senja di
musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau
tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah arti senyummu
Kami
sampai di hotel dengan rasa yang sangat gembira dan pada malam itu kami berehat
sambil makan buah-buahan yang dibeli sebelum nyenyak tidur untuk meneruskan
aktiviti di sekitar Seongsan pula.
DAY 5 – JALAN-JALAN DI JEJU –
Jalan-jalan dari Seogwipo ke Seongsang
Pada awal pagi Ahad 15 September
2024, kami solat subuh dan masak nasi goreng untuk breakfast pagi itu. Sambil
makan kami juga bersiap dan berkemas untuk keluar check-out lebih kurang pukul 10.00am
nanti. Sebelum itu, kami keluar menuju Gwangchigi Beach untuk ke Jeju Olle Trail -
Route 01 (Siheung - Gwangchigi) yang terletak di Coastal Road, Seongsan dari
Jongdal-ri ke Siheung-ri di man dari tingkap kereta dapat view kecantikan
Gwangchigi-haebyeon Beach tersebut.
Sesampa kami di parking, kelihatan
ramai pengunjung yang dating untuk beriadah di tepi Pantai tersebut. Kami terus
menyusuri track di Jeju Olle Trail di sepanjang pantai Gwangchigi Beach dan di
akhir route tersebut kelihatan bumbung hotel kami yang agak dekat. Kami
berpatah balik semula ke parking kereta dan tidak terasa keletihan kerana cuaca
yang redup dengan tiupan angin yang menyegarkan apatah lagi dapat melihat view
laut yang berwarna kebiruan dan kehijaun yang sungguh menenangkan jiwa.
Jeju Olle
Trail - Route 01 (Siheung - Gwangchigi)
Kami balik semula ke hotel MCC untuk
mengambil luggage di hotel dan check-out. Setelah berkemas bilik serba sedikit
kami turun ke aras bawah dan meninggalkan kunci dan tuala di bakul yang
disediakan.
Kami meninggalkan hotel MCC di
Seongsan bergerak menuju ke Haenyeo Museum yang terletak di 26
Haenyeobangmulgwan-gil, Gujwa-eup, 특별자치도, Jeju-si, Jeju-do, South Korea. Kami
parking dan menuju masuk ke kaunter museum untuk membeli tiket.
Pada tahun 2016, UNESCO mengakui Haenyeo
sebagai salah satu dari Warisan Budaya Dunia dengan menghargai tradisi mereka
yang unik dalam menerokai lautan tanpa alat bantuan moden.
Namun, meskipun haenyeo memiliki
warisan yang sangat kuat jumlah mereka semakin berkurang seiring peredaran
waktu. Banyak generasi muda Jeju yang enggan mewarisi tradisi ini menyebabkan kerajaan
dan berbagai pihak berusaha melestarikan profesion ini melalui pendidikan dan
latihan bagi para generasi muda mereka.
Haenyeo adalah sebutan untuk penyelam wanita
tradisional dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Mereka terkenal karena kebolehan
mereka dalam menyelam ke dasar laut tanpa peralatan pernafasan moden untuk
mengambil berbagai jenis hasil laut seperti abalon (kerang), kerang, rumput
laut dan lainnya. Haenyeo telah menjadi sebahagian dari budaya dan sejarah
Pulau Jeju sejak berabad lamanya.
Sejarah Haenyeo
Tradisi haenyeo sudah ada sejak
sekitar abad ke-17 dan berkembang menjadi salah satu simbol identiti tersendiri
di Pulau Jeju. Masyarakat haenyeo dulunya terdiri dari wanita yang menyara
keluarga dengan melakukan pekerjaan di laut terutama pada waktu suami mereka
pergi berperang atau bekerja di luar pulau. Secara praktikalnya haenyeo harus
memiliki daya tahan fizik yang luar biasa untuk menyelam dalam kedalaman yang
cukup signifikan tanpa menggunakan alat bantu pernafasan hanya menggunakan mask
atau pelindung mata dan tangan untuk membantu mereka ketika berada di bawah permukaan
air.
Ciri Khas Haenyeo
- Kebolehan Menyelam:
Haenyeo terlatih untuk menahan nafas dalam waktu yang lama dan menyelam
hingga kedalaman 10 hingga 20 meter.
- Pakaian Tradisional:
Mereka mengenakan pakaian sederhana biasanya berupa seluar panjang dan
pelampung atau pakaian yang direka untuk memberi keselesaan ketika
menyelam didalam air yang sejuk.
- Kerja Keras dan Kesungguhan:
Menyelam untuk mengambil hasil laut adalah pekerjaan yang sangat berat dan
banyak haenyeo yang tetap bekerja hingga usia tua sehingga ada yang
menjangkau usia 80-an atau 90-an.
- Keberagaman Peringkat Umur:
Salah satu ciri khas dari haenyeo adalah mereka adalah wanita dari
berbagai usia tetapi banyak di antaranya adalah wanita yang sudah berusia lanjut.
Sosial dan Budaya
Haenyeo tidak hanya merupakan simbol kekuatan wanita di Jeju tetapi juga memiliki peranan penting dalam menjaga pemeliharaan dan persekitaran laut. Dalam budaya Jeju pekerjaan ini sangat dihormati sebagai usaha murni dan kerja keras yang menjaga sumber laut dan alam sekitar.
Hanyeo
museum
Setelah berlegar-legar ke setiap
Tingkat di Haenyeo Museum sambil membaca informasi kami akhirnya keluar dari
museum tersebut mencari cafeteria untuk lepak dan berehat. Kami memandu kereta
mengikut jalan di tepi Pantai untuk menuju ke Oleun (Orrrn) 오른 Café yang
merupakan café famous dan viral dengan view menghadap laut yang terletak di 394 Ojo-ri, Seongsan-eup, 특별자치도,
Seogwipo-si, Jeju-do. Kami parking dan masuk ke kaunter lalu memesan air kopi
dan jus buah limau.
Café Orrrn
Setelah itu kami menuju ke Seongsan
untuk lunch di Restoran CoCoMAMA Seongsan yang merupakan restoran famous dan
viral dengan view menghadap laut yang terletak di 258-11 Ilchul-ro ,
Seongsan-eup, Seogwipo-si / T:8264-782-5569. Restoran ini juga berada beberapa
meter Sahaja dari parking Seongsan Ilchibung. Kami duduk di meja menghadap laut
lalu memesan menu seafood. Sementara menanti makanan siap kami melihat view
laut yang berombak kuat dan view ke puncak Seongsan Ilchibung di mana kami
telah mendaki sehingga ke puncaknya pada Trip Korea 1 yang lalu. Boleh ikuti
kisah kegigihan kami menawan puncak Seongsan Ilchibong di link – Korea Trip
1 2023 : Mendaki ke Puncak Seongsan Ilchibong
Dari Restoran CocoMama kami menuju ke
parking Seongsan Ilchilbong dan turun berjalan kaki menuju ke kawasan Haenyeo
Shows pada jam 2.00pm. Kelihatan orang ramai yang berkerumun di kawasan tersebut
beredar dari situ menandakan pertunjukan pada hari itu juga bakal dibatalkan.
Sesampainya kami di situ kami dimaklumkan oleh 2 orang Haenyeo yang menunjukkan
pemakluman yang ditulis di signboard pusat komuniti Haenyeo bahawa pertunukan
dibatalkan kerana faktor cuaca dan ombak yang bergelora.
Haenyeo di
Seongsan Ilchibong
Kami pun kembali semula ke parking
Seongsan Ilchibong dan singgah di toilet berhampiran parking tersebut. Selepas
itu, kami pun beredar meninggalkan Seongsan Ilchibong menuju ke Lokasi Welcome
to Samdal-ri Shooting Location yang merupkan Pusat Komuniti Haenyeo yang
terletak di 1-4 Samdal-ri, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do. Angin bertiup
sangat kencang dan air laut bergelora dan kedenganran jelas desiram ombak yang
membadai batu-batan di sekitar kawasan itu. Di pusat komuniti ini juga menjadi
tempat lepak Haenyeo untuk berehat sebelum dan selepas turun ke laut. Keihatan
peralatan untuk meyelam seperti pelampung, jaring, pisau cangkuk dan sebagainya
disusun dan digantung di dinding bangunan tersebut.
Pusat
Komuniti Haenyeo.. Welcome to Samdalri
Dari situ kami meneruskan perjalanan ke Seogwipo untuk menuju ke Cheonjiyeon Waterfall yang terletak di 2-15, Namseongjung-ro, Seogwipo-si, Jeju-do, Korea. Kami berjalan dari parking depan waterfall tersebut dan melintasi sungai menuju ke kaunter untuk membeli tiket. Dari kaunter tiket kami berjalan hamper 500m Bersama-sama Kumpulan pelancong lain untuk sampai ke kawasan Cheonjiyeon Waterfall. Kelihatan ramai orang beratur di hujang jalan tersebut untuk mendapatkan giliran masig-masing mengambil gambar berlatarbelakangkan air terjun tersebut.
Cheonjiyeon Waterfall
Setelah snap gambar di beberapa spot berlatarbelakangkan
air terjun, kami pun berjalan kembali ke Kawasan parking. Kami juga mengambil
gambar di jambatan batu-batu konkrit yang dibina melintasi sungai tersebut.
Dari parking air terjun itu, kami
memandu menuju ke Seogwipo City dan singgah di kedai serbaneka untuk membeli
kopi dan buah-buahan yang fresh dan sedap dimakan sebelum ke hotel Eins,
Seogwipo.
Kedai
serbaneka – beli kopi dan buah-buahan
Selesai shopoing di kedai serbaneka,
kami menuju ke parking untuk check-in di Eins Hotel yang terletak di 432,
Taepyeong-ro, Seogwipo City, 63595 Seogwipo. Kami parking di luar berhadapan
dengan jalan utama kerana kami akan keluar di awal pagi esok untuk meneruskan
perjalanan kami ke Yongmeori Haean/Coast di bahagian tenggara Jeju.
Ikutilah kisah perjalanan Trip Korea 2
– 2024 berjalan-jalan ke Songaksan, Sinchang Haean / Windmill Coastal Road dan Shopping
di Jeju City…..