Friday, 15 November 2024

Korea : 10-18 September 2024 (Trip 2 - Road To Korea 2024 - Part 2) – Korea, Joseon Kami Datang Lagi….

 DAY 6 – JALAN-JALAN DI JEJU –… …View jalan pantai dari Seongsan hingga ke Jeju City

Pada pagi Isnin 16 September 2024, kami bangun untuk solat subuh dan breakfast ala-kadar sahaja untuk menghabiskan bekal yang kami bawa dan setakat ini mujurlah kuantitinya sudah semakin berkurangan. Kami berkemas bilik dan juga mengasingkan sampah 3R lalu mengumpulkannya berhamppiran bakul sampah do dalam bilik hotel. Kami menarik luggage masing-masing menuju ke kaunter dan memulangkan kunci kepada pekerjanya. Kami keluar di awal pagi kerana kereta kami diletakkan di hadapan jalan utama untuk memudahkan kami leluar. Kami memulakan pemanduan mengikut arah apps Naver menuju ke jalan tepi pantai ke sebelah Barat Laut Jeju untuk ke arah Songoksan dan singgah di Mangjangpo Port yang menjadi salah satu lokasi shooting k-drama Welcome to Samdalri. Kami dapati tempat itu ditutup memandangkan factor cuaca dan keadaan laut yang bergelora. Kami meneruskan pemanduan menuju ke Saeyeongyo bridge yang terletak di 40 Namseongjung-ro, Seogwi-dong, Seogwipo-si, Jeju-do. Sebenarnya view jambatan ini sangat cantik dan berwarna-warni pada waktu malam. Setibanya di situ kelihatan eamai penginjung yang beriadah di awal pagi sambil menghirup angin lautyang bertup kencang di samping kedengaran desiran ombak yang tak putus-putus membadai batu-batuan di tepi pantai tersebut. 

View dari hotel Eins, Seogwipo ke Jambatan Saeyeongyo







Jambatan Saeyeongyo

Setelah berlegar-legar di sekitar jambatan tersebut sambil mengambil gambar dan view kapal-kapal di jetty, kami pun meneruskan pemanduan dengan merujuk kepada apps Naver menuju ke arah kawasan berbukit Oedolgae Rock yang terletak di 791 서홍동 Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea. Kami parking di kawasan parking yang sangat luas dan tiada kereta pada hari itu kerana masih di awal pagi atau penduduk temapatan masih bercuti umum perayaan Chu Seok. Ada juga kelihatan beberapa penduduk tempatan yang keluar bersenam dan berjogging di Kawasan itu.

Oedolgae Rock adalah sebuah formasi batu yang terkenal yang terletak di sepanjang pantai Jeju, Korea Selatan. Nama "Oedolgae" dalam bahasa Korea berarti "Batu Kesepian" atau "Batu Sendirian," dan ini merujuk kepada sebuah batu besar yang berdiri sendiri di tengah laut, yang tampak seolah-olah terpisah dari daratan. Batu ini adalah salah satu tempat wisata alam yang menarik di Pulau Jeju dan memiliki kisah legenda yang menarik.

Legenda Oedolgae

Menurut legenda, Oedolgae adalah batu yang berkaitan dengan cerita seorang pahlawan yang disebut "Han" atau "Choi". Dalam cerita ini, Han adalah seorang pejuang yang berjuang untuk melindungi pulau Jeju dari ancaman musuh. Namun, setelah bertempur dengan gagah berani dia terpaksa meninggalkan kekasihnya. Sebelum pergi dia telah berjanji dengan kekasihnya untuk menunggu kedatangannya kembali tetapi pahlawan Han tidak pernah kembali.

Kekasihnya yang merasa sangat kesepian dan hampa setelah kehilangan Han berubah menjadi sebuah batu besar yang berdiri sendirian di laut sebagai simbol kesetiaan dan penantian. Batu tersebut kemudian dikenal dengan nama "Oedolgae," yang menggambarkan kesendirian dan kesetiaan yang tidak pernah pudar meskipun waktu berlalu.

Selain dari segi legenda, Oedolgae juga memiliki pemandangan yang sangat indah dan menjadi salah satu pusat pelancongan utama di Jeju. Pengunjung dapat menikmati pemandangan laut yang menakjubkan dan formasi batu yang unik tampak berbeza mengikut waktu dan cuaca. Tempat ini juga sering dijadikan lokasi shooting berbagai k-drama dan filem Korea meningkatkan lagi pupularitinya.

Secara keseluruhan Oedolgae bukan hanya sekadar formasi batu yang menarik tetapi juga memiliki nilai budaya yang mendalam berhubung dengan cerita lokal yang menambat hati tentang cinta, kesetiaan dan penantian. Kami juga menggunakan jalan yang menghampiri pantai dan melintasi Jungman Saekdal Beach di dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. 


Oedolgae rock

Selepas itu kami setting apps Naver untuk ke destinasi Jeju Tamna University (Closure) yang akan mengarah ke Rumah Warna Biru terletak di dalam kawasan hutan berdekatan universiti yang usang dan telah ditutup di mana rumah itu menjadi lokasi shooting k-drama Our Blues.

Rumah Warna Biru milik Seon-a dalam k-drama Our Blues tidak hanya menjadi tempat tinggalnya tetapi juga simbol dari perjuangan dan harapan. Dalam k-drama tersebut Seon-a menjalani kehidupan yang penuh dengan konflik pribadi terutama berhubung dengan masa lalunya yang sulit dan masalah keluarga. Rumahnya dengan keadaan yang sederhana melambangkan kenyataan hidup di sebuah pulau yang penuh cabaran tetapi juga menggambarkan kekuatan dan tempat untuk mencari kebahagiaan walaupun di dalam kesulitan.

Kami berhenti dan mengambil beberapa gambar dan hanya view rumah itu dari kejauhan sahaja. 

 




Rumah Biru (Our Blues)

Kami meninggalkan rumah tersebut dengan memandu kereta mengikut apps Naver melalui jalan di kiri kanan adalah kawasan hutan untuk menuju ke Saebil Café (Coffee @ Side Café) yang merupakan café famous dan viral dengan view menghadap bukit dan dataran yang luas terletak di 1529 Pyeonghwa-ro, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do. Bangunan café tersebut dahulunya adalah sebuah hotel yang telah diubahsuai menjadi café yang sangat cantik dan unik di tengah-tengah kawasan padang yang luas dan view bukit. Kami parking dan masuk ke kaunter lalu memesan kopi dan roti kosong untuk dicecah. 








Saebil Café (Coffee @ Side Café)

Dari café tersebut kami memandu ke arah jalan yang melintasi satu lagi kawasan padang yang luas untuk view Lonely Tree (Pokok Sebatang Kara) yang terletak di 843 Gwangsan-ro, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do hanya beberapa kilometer sahaja jaraknya dari Saebil Café. Jalan ini digunakan dalam k-drama Our Blues di mana karakter Han Su (dilakonkan oleh Kim Woo-bin) ketika memandu adalah salah satu simbol utama dalam cerita yang menggambarkan kesunyiaan dalam perjalanan hidup. Adegan ini terjadi ketika Han Su seorang lelaki yang kembali ke Jeju setelah lama meninggalkan pulau tersebut di mana dia memandu melintasi jalan yang sunyi dengan view Lonely Tree (Pokok Sebatang Kara) dan merenung tentang kehidupannya.  



Lonely Tree (Pokok Sebatang Kara) - (Jalan shooting k-drama Our Blues)

Setelah melalui jalan yang sunyi dan view Lonely Tree (Pokok Sebagtang Kara), kami pun meneruskan pememanduan untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Yongmeori Coast/Haean di tepi pantai bahagian barat daya Jeju.

Kami memandu santai dan berhati-hati dengan mengekalkan speed tak lebih dari 70 km/h dan tiba di parking. Ini adalah merupakan kali ke-2 kami sampai ke sini dan teruja melihat bangunan komersial di sebelah parking dan tidak lupa kedai Bakery Café House of Teddy Bear yang berkonsepkan beruang yang comel dengan dihiasi gambar beruang yang besar di dindingnya.

 

Kedai Bekery Cafe House of Teddy Bear

Selepas mengambil gambar di depan café beruang tersebut, kami berjalan masuk menuju ke kawasan kaunter Yongmeori Coast/Haean namun seperti di tahun lepas juga keadaan sama di mana ada papan tanda memberitahu kawasan lereng bukit tepi pantai tersebut ditutup memandangkan air laut bergelora dengan angin bertiup kencang. Kami melihat beberapa orang haenyeo di pusat aktviti sedang melayan pengunjung yang ingin makan hasil tangkapan mereka termasuk abalone yang menjadi seafood yang viral dan famous di Jeju.

Kami berjalan ke pusat komuniti haenyeo tersebut sambil mengambilgambar view laut dan lereng bukit menghadap laut terebut.  

 




Yongmeori Haean/Coast



Papan tanda penutupan akibat ombak bergelora



Haenyeo menjual hasil tangkapan


Cafe Yongmeori Haean/Coast

Setelah berlegar-legar di tepi Pantai kami pun Kembali ke bangunan komersial dan singgah di kedai souveniours untuk membeli t-shits Jeju sebelum menuju ke parking kereta semula. Kami memandu kereta menghampiri jalan pantai dan dari kejauhan lagi dapat view Bukit Song-aksan. Setelah menghampiri kawasan Bukit Song-aksan kami melihat ramai pengunjung yang bersiar-siar di hari cuti umum. Kami pun turut berhenti parking kereta di tepi jalan untuk view Bukit Song-aksan dari dekat sambil mengambil foto berlatarbelakangkan bukit tersebut. 

Bukit Song-aksan

Dari bukit Song-aksan tersebut kami memandu perlahan-lahan menuruni semula jalan berbukit tersebut melalui Jalan Pantai Olle 5 di Gyeong, Sangmo-ri di mana merupakan lokasi yang digunakan dalam drama Our Blues khususnya dalam adegan di mana karakter Seon-A (dilakonkan oleh Shin Min-A) mengalami insiden kehabisan minyak di sekitar kawasan tersebut. Jalan Pantai Olle sendiri adalah sebuah jalur pusat pelancongan yang melintasi pantai di Pulau Jeju dan sangat terkenal dengan view pemandangannya yang indah dan suasana yang tenang. 


Jalan Pantai Olle 5

Dari situ kami meneruskan perjalanan memandu kereta menuju ke kami pun meneruskan perjalanan memandu kereta menuju ke Daejong 5 days-Market yang terletak di Seogwipo-si, Daejeong-eup, Hamo-ri 1089-15. 

Di Daejong 5 days Market kami juga disapa dan dipelawa untuk membeli hasil jualan oleh peniaga di pasar tersebut di mana kami hanya membeli buah-buahan dan juga jagung rebus. Setelah berlegar-legar sambil snap gambar di setiap sudut pasar tersebut kami pun beredar untuk menuju ke Suwolbong Peak.



Buah-buahan fresh @ Daejong 5 days-Market


Buah Jagung yang rasanya berpulut

Kami memandu menuju ke Suwolbong Peak yang terletak di 1323 Sinchang-ri, Hangyeong-myeon, Jeju-si, Jeju-do dan bentuk jalannya sama seperti menuju ke Bukit Song-aksan cuma jalan kali ini melalui kawasan perkampungan dan perladangan. Kami memandu kereta mendaki bukit sehingga sampai dan berhenti di parking kereta di puncak bukit Suwolbong Peak. Kami berjalan ke gazebo di atas bukit tersebut dan mengambil foto berlatarbelakangkan lautan yang terbentang luas. Kelihatan ramai pengunjung yang berhenti rehat dan berteduh di gazebo tersebut sambil riuh rendah bersembang dan ketawa. 






Suwolbong Peak

Setelah itu kami memandu di sepanjang jalan tepi pantai ke arah Sinchang Windmill Coastal Road dan dari kejauhan lagi kami nampak beberapa tiang wind turbine yang sangat tinggi dan mempunyai kipas yang besar untuk penjanaan tenaga kuasa. Kami melihat banyak kereta yang berhenti di tepi jalan untuk view laut dan juga windmill tersebut. Kami juga terpaksa berpatah balik semula untuk mendapatkan view windmill di beberapa Lokasi yang terlepas tadi. Kami memandu berhati-hati dan perlahan kerana di musim cuti umum ini terdapat beberapa pelancong yang menggunakan scooter elektrik di sepanjang jalan tersebut.     

 









Sinchang Windmill Coastal Road

Kami meneruskan perjalanan menuju ke  AND Yu Café yang viral juga di daerah Halim-eup yang terletak di Halim-ro, Halim-eup, Jeju-si, Jeju-do / 33.40472,126.254363. Pada trip yang lalu kami singgah di Bonmal Cafe yang menjadi lokasi utama shooting k-drama Warm & Cozy. Ikuti kisah kami di Bonmal Café di link – Berehat di Café Bonmal, Jeju

Warm & Cozy k-drama shooting di Cafe Bonmal 

Kami bertuah kerana dapat parking di depan AND Yu Café tersebut kerana di kiri kanan jalan tersebut telah penuh dengan kereta lain. Kami masuk ke dalam café tersebut dan duduk di meja sebelum memesan minuman dan juga berger vegetariannya. AND Yu Café berkonsepkan design yang moden dengan sentuhan alam semulajadi. Interiornya dipenuhi dengan elemen alam seperti tanaman hijau, kayu, dan pencahayaan sederhana yang memberikan suasana yang tenang dan nyaman.

Kafe ini menawarkan banyak menu yang menggabungkan citarasa tradisional Korea dengan sentuhan moden. Minuman pula ada kopi, teh herbal, jus segar dan minuman lain juga. Selain itu kafe ini juga menawarkan makanan ringan seperti kuih, roti dan berbagai pilihan brunch.

Salah satu aspek penting dari konsep AND YU Cafe adalah hubungannya dengan alam sekitar. Pulau Jeju terkenal dengan lanskap alamnya yang luar biasa dan kafe ini berusaha mengintegrasikan keindahan alam tersebut ke dalam pengalaman bersantai para pengunjung. Ini memberikan pengalaman yang menyegarkan dan memberi kesempatan pengunjung bersantai sambil menikmati makanan dan minuman di ruang cafenya yang damai.

 




AND Yu Café

Setelah kekenyangan dan berehat santai sambil minum kopi di cafe itu, kami pun keluar memandu mengikut apps Naver menuju ke hotel Ocean Family Hotel (Sea View + Netflix) yang terletak di 7531 iljuseoro, Jeju 63111, SK yang telah ditempah dengan harga RM196.73 semalam di website Agoda.com.

Kami sampai di hotel lalu sempat bersolat jamak sebelum masak bekal dan berehat sambil makan buah-buahan yang dibeli di pasar-pasar yang kami singgah. Kami mengisi boring ICA Singapore secara online untuk persediaan mendarat dan transit di Singapura nanti sebelum berehat dan nyenyak tidur untuk meneruskan aktiviti di sekitar Jeju City pula.

 

 

DAY 7 – JALAN-JALAN DI SEOUL - Kemeriahan Jalan-Jalan Bershopping & Cari Makan di Jeju

Pada pagi Selasa 17 September 2024, kami bangun awal solat subuh dan menyediakan breakfast yang kami bawa semakin berkurangan dan hanya tinggal beberapa pack menu nasi goreng dan maggi sahaja. Sambil menikmati brekfast kami sempat bersiap dan berkemas untuk langsung keluar check-out menuju ke Iho Taewo Beach yang terletak di 1665-13 Iho 1(il)-dong, Jeju-si, Jeju-do, SK di mana hanya beberapa minit sahaja untuk sampai ke lokasi tersebut.

Sesampai kami di parking kelihatan ramai pengunjung yang datang untuk beriadah dan berjalan-jalan di tepi pantai tersebut dengan tiupan angin yang menyegarkan apatah lagi dapat melihat view laut yang berwarna kebiruan dan kehijaun yang sungguh menenangkan jiwa.

Kami terus berjalan menghampiri kawasan kuda yang berwarna merah tersergam di tepi Iho Taewo Beach tersebut manakala kuda yang berwarna putih di sebelah tambak yang bertentangan. Kami berjalan santai mengambil gambar di beberapa view berlatarbelakangkan kuda merah dan juga putih.








Iho Tewoo Beach

Kami berpatah balik semula ke parking kereta dan sesekali kedengaran enjin flight yang mendarat dan berlepas dari Jeju Airport tak berapa jauh dari pantai tersebut.

Kami memandu dengan berpandukan apps Naver menuju ke Dodubong Peak yang terletak di 산3-2 Dodu-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea. Setibanya di parking di kaki bukit tersebut kami berjalan mendaki bukit berpandukan apps Naver menuju ke Kawasan dataran yang agak luas di puncak di mana boleh kelihatan dengan jelas airport dan juga laut yang terbentang luas. Kelihatan beberapa orang sedang aktif mendaki dan bersenam di kawasan berdekatan dataran tersebut. Lokasi ini juga famous sebagai lokasi shooting k-drama yang Welcome to Samdalri yang berlatarbelakangkan view ke airport….. 

Dari dataran puncak tersebut pengunjung dapat view aktiviti kapal terbang yang mendarat dan juga berlepas di Jeju Airport dan sudah semestinya di waktu malam sungguh menarik dengan sinaran lampu berbagai warna di Jeju City.      











Dodubong Peak

Setelah berehat seketika melepaskan lelah, kami turun dengan menggunakan laluan anak tangga yang lebih dekat sambil mengambil gambar. Sesekali kami berselisih dengan pengunjung lain yang gigih mendaki anak tangga yang curam itu.

Kami melintasi kawasan parking di kaki bukit tersebut dan berjalan menuju ke Dodu Rainbow Coastal Road di mana terdapat bongkah-bongkah cube konkrit berwarna-warni disusun di tepi jalan sepanjang jalan tersebut. Kelihatan ramai pengunjung yang lalu Lalang sambil berfoto tanpa menghiraukan kenderaan yang kebanyakannya terpaksa memandu perlahan.

 


Dodu Rainbow Coastal Road

Kami memandu menuju ke Restoran Muslim Friendly Seafood Yongduam Badang Hoekuksu yang terletak di 614, Seohaean-ro, Jeju-si. Restoran tersebut betul-betul terletak di jalan utama dari Dodu Rainbow Coastal Road sejauh lebih kurang 2-3km sahaja dari parking Dodubong Peak. Di depan restoran tersebut terdapat parking yang luas dan selesa untuk kemudahan pengunjungnya. Kami masuk dan disambut oleh pekerjanya di kaunter dan memberitahu restoran tersebut hanya mempunyai menu masakan seafood sahaja. Kami merujuk menu yang diberi untuk memesan masakan Korean Style yang kesemuanya sedap dan enak. Banyak makanan terhidang di atas meja sehinggakan kami terpaksa tapau dan boleh makan untuk dinner nanti di hotel.

 


Menu Lunch di Restoran Yongduam Badang Hoekuksu

Setelah kekenyangan, kami pun meneruskan pemanduan mengikut apps Naver menuju ke Yongduam Rock (Dragon Head Rock) hanya bebrapa km sahaja dari restoran tersebut yang terletak di Yongduam-gil, Jeju-si, Jeju-do. Di situ terdapat parking yang luas dan kami berjalan masuk arah pantai yang berbatu-batuan itu. Kami singgah di kedai souveniours untuk membeli key-chain dan melihat-lihat barangan lain yang dijual seperti t-shitrs, topi dan sebagainya. Kami mengambil gambar di beberapa spot di atas tangga berlatarbelakngkan batu-batuan yang ada di antaranya bergerigi dan beberbetuk seperti kulit naga.


Yongduam Rock (Dragon Head Rock)

Dari situ kami memandu meningalkan kawasan pantai dan menuju ke Jeju City Centre untuk ke Jungang Underground (UG) Shopping Mall yang terletak di South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Ildo 1(il)-dong, 1425-3 KR. Setibanya di sana kami dapati banyak kedai di shopping mall itu ditutup bersempena cuti umum Chu Seok. Kami berjalan menuju ke Jeju Chilsung-ro Shopping Street beberapa meter Sahaja dari situ dan kami dapati masih ada beberapa kedai yang dibuka serta sedang membuat jualan harga promosi terutamanya bagi barangan seperti baju, t-shirt, seluar dan banyak lagi. Tanpa memikir Panjang kami pun shopping t-shirts dan souveniours di beberapa kedai yang membuat promosi tersebut.

Menjelang waktu petang, kami memandu ke hotel Elin Hotel yang terletak di 4, Eunnamn 1-gil, 639124, SK.  Kami mengangkut luggage dari kereta menuju ke bilik dan bersolat jamak sebelum turun untuk menghantar kereta kembali ke pejabat Tamra Rental Car.  Sebelum itu kami mengemas dan membersih kereta tersebut supaya ruang dalamannya kelihatan bersih dari sampah, beg dan botol minuman.

Kami bergerak meninggalkan hotel dan berhenti mengisi minyak agar penuh bagi memastikan pemulangan kereta nanti berjalan lancar dan yang sangat penting tiada caj tambahan dikenakan. Semasa menghantar kunci kereta tersebut techniciannya akan membuat pemeriksaan dan setelah selesai barulah kami beredar ke bus stop untuk balik ke hotel semula.

 

View dari jendela Hotel Elin, Jeju City

Kami menggunakan apps Naver untuk menaiki bas dengan kad T-Money menuju ke hotel Elin dan singgah di GS25 untuk membeli kopi dan snack. Kami makan makanan yang ditapau tengahari tadi sambil berehat di bilik serta mengemas dan menyusun pakaian dan barang-barang lain di dalam beg luggage dan begpack memandangkan kami akan ke Jeju Airport pagi esok untuk balik ke Kuala Lumpur.  

DAY 8 – JALAN-JALAN DI JEJU DAN FLIGHT DARI JEJU KE KLIA – Bye-bye Samdalri, Jeju

Pada pagi Rabu 18 September 2024, kami bangun awal solat subuh dan menyediakan breakfast sebelum checkout untuk pergi ke Jeju Airport dengan bas dan menggunakan kad T-Money yang masih ada bakinya. Setelah sampai di Jeju Airport kami berjalan menuju ke terminal pelepasan antarabangsa. Kami check-in di mesin kiosk Cebu Pacific Air dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Seperti di Seoul dan Busan Airport, di terminal Jeju Airport juga terdapat mesin kiosk untuk memudahkan penumpang check-in sebelum drop luggage di kaunter. Tiket flight Scoot Air kami tempah di websitenya dengan harga RM1,343.00 sehala (2 Adult).  



Jeju Airport

Kami boarding dan melalui pemeriksaan keselamatan untuk menaiki Flight TR 813 [Scoot 321-TRK] dari Jeju Airport (CJU) ke Changi Airport yang terbang meninggalkan Jeju pada jam 9.10am dan mengambil masa sekitar lebih 5 jam untuk sampai ke Changi International – Terminal 1, Singapura. Kami selamat mendarat di Changi, Singapura dan mengutip begpack untuk pusing-pusing di dalam terminal Changi Airport sahaja. 

Gate flight Scoot ke Changi

Memandangkan transit yang agak lama dan kami pula mempunyai masa lebih 5 jam di Singapura, kami hanya berjalan-jalan di dalam terminal airport sahaja kerana Changi Airport memang luas dan terdapat 3 terminal yang disampung dengan skytrain antara satu sama lain. Pertama sekali kami berkunjung ke HRC Singapura yang terletak di Terminal 2 iaitu di 60 Airport Boulevard Unit No 02-177, Changi Airport Terminal 2 Singapore Changi Airport (WSSS), Singapore 819643.

 


View dari skytrain antara terminal







Changi Airport

 

HRC Singapura

 





Taman Matahari

Selepas siap shopping beberapa t-shirt di HRC Singapura, kami beredar ke kedai makan hanya beberapa meter Sahaja di belakang HRC Singapura tersebut. Kami memsan menu nasi lemak the tarik kerana hamper seminggu sudah tidak merasa makanan sebegitu.    

 


Menu nasi lemak & teh tarik Singapura

Setelah selesai makan, kami pun berjalan menuju ke taman bunga matahari yang terletak di tingkat atas lalu keluar ke bahagian balkoni. Kelihatan ramai pengunjung menarik beg masing-masing sedang berehat dan lepak santai di beberapa kerusi yang terdapat disitu. Ada pula yang sedang leka dengan pelbagai aksi sedang merakamkan gambar masing-masing. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk mencari spot-spot yang berlatarbelakangkan bunga-bunga matahari yang kekuning-kuningan.  

Setelah itu kami berpatah balik turun ke terminal airport dan mencari surau untuk solat jamak sebelum Kembali semula ke gate departure untuk menunggu pesawat sebelum pemeriksaan keselamatan di pintu sebelum ke pesawat.



Flight Scoot ke KLIA2

Pesawat Scoot Air Flight FTR 466 [Scoot 321-TRK] meninggalkan Changi International Airport - Terminal 1, Singapura pada jam 8.30 pm dan menempuh penerbangan sekitar 1lebih kurang  sejam sebelum selamat selamat mendarat di KLIA2, Kuala Lumpur. Kami keluar dari pesawat dan berjalan melalui kaunter auto immigration dan keselamatan kemudian mengutip beg lalu keluar ke Hub Terminal untuk memulangkan Roaming Man di Hotel Capsule di mana wifi Roaming Man ini sangat berjasa dan menemani kami sepanjang perjalanan di Korea. Sementara itu, kami memesan grab car yang akan membawa kami balik ke rumah dengan terus memecut laju ke Kuala Lumpur.

Tunggulah kisah selanjutnya perjalanan kami zoom ke destinasi lain pula di coretan blog seterusnya….. InshaAllah…

No comments:

Post a Comment