Pada pagi Jumaat 28 April 2023, kami bangun awal pagi dan berkemas beg dan bersiap sedia untuk checkout dari Hotel Le Kekiri Villa. Sementara menunggu Pak Irfan menjemput kami pada jam 10.00am, kami menemani Aakif yang teruja untuk mandi di swimming pool di hadapan villa tersebut. Mana tidaknya, swimming pool tersebut kosong dan hanya kami sahaja yang menginap di situ membolehkan Aakif berenang-renang di setiap sudut kolam tersebut. Kami sangat beruntung kerana menurut Cik Fenny, villa-villa tersebut baharu sahaja diperbaiki dan masih terdapat perancangan untuk renovate cafe dan pantry berdekatan dengan swimming pool tersebut bagi memberi kemudahan lebih selesa kepada pengunjung.
Swimming pool Le Kekiri
Sekitar jam 9.00am, kami bertemu Cik Fenny untuk membuat bayaran cash kepadanya sebelum mengangkut semua beg ke dalam kereta Avanza Pak Irfan lalu bergerak meninggalkan villa tersebut menuju ke arah pantai Senggigi. Sebelum ke Pantai Senggigi kami meminta Pak Irfan membawa kami ke restoran satay rembiga dan restoran yang direcommendnya adalah Restoran Satay Rembiga Hajah Napisah yang terletak di C4P7+WQ7, Rembiga, Kec. Selaparang, Kota Mataram, Nusa Tenggara Bar. 83124, Indonesia. Mula-mula kami hanya memesan 20 cucuk satay rembiga ayam dan 20 cucuk satay rembiga daging, namun setelah dicuba memang terasa sedap walaupun pedas sehinggakan kami menambah pesananan 20 cucuk lagi…. sememangnya sungguh enak dan recommended…..
Menu Famous di Restoran Rembiga Hajah Napisah
Nikmatilah sajian asli satay rembiga
Setelah kekenyangan menikmati menu breakfast satay rembiga kami pun bergerak menuju ke kawasan pantai Senggigi. Pak Irfan membawa kami ke gedung shopping Lombok Exotic Oleh-Oleh yang terletak di Senggigi, Jl. Raya Senggigi No.KM, Dusun Tanah Embet Barat, Batu Layar, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83355, Indonesia di mana terdapat pelbagai jualan oleh-oleh dari khusus Lombok. Kami membeli souvenirs, baju T ‘Lombok’ dan snek sebagai oleh-oleh untuk kenangan dan dimakan sepanjang perjalanan nanti. Terdapat kemudahan toilet, banyak kerusi lepak dan cafe serta rumah makan di sebelah gedung tersebut. Setelah berehat dan mundar-mandir di situ, Pak Irfan membawa kami ke gedung shopping Sasaku pula yang terletak hanya beberapa meter dari gedung Sasaku Oleh-Oleh Khas Lombok di sebelah jalan beralamat di F399+HR6, Senteluk, Kec. Batu Layar, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar., Indonesia. Di gedung Sasaku juga terdapat kemudahan toilet, banyak kerusi lepak dan cafe serta rumah makan di sebelah gedung tersebut yang agak lebih luas. Oleh kerana hari ini merupakan hari Jumaat maka sekitar pukul 12.00 tengahari, abah dan along mengikut Pak Irfan untuk bersolat Jumaat di Lombok Islamic Centre NTB yang terletak di Jl. Udayana, Gomong, Selaparang, Mataram City, West Nusa Tenggara 83125, Indonesia. Masjid tersebut tersegam indah di tengah-tengah Kota Mataram, Lombok merupakan pusat aktiviti agama Islam awam termasuk majlis kenduri dan sebagainya.
Mesjid Lombok Islamic Centre
Melepak santai di Cafe Sasaku
Setelah selesai solat Jumaat, Pak Irfan menuju semula ke gedung Sasaku mengambil masa 15 minit dengan jarak lebih kurang 8km sahaja untuk mengambil Mummy, Akif dan Kakak Damia di mana masing-masing kelihatan sedang lepak menunggu di meja Cafe dengan beberapa beg berisi barang yang telah dibeli. Setelah itu, kami menuju ke Rumah Tenunan Sukarara (Sukarara Weaving Village) yang terletak di Nusa Tenggara Bar. 83561, Sukarara, Kec. Jonggat, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar. 83561, Indonesia. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit sejauh 25km dan di pertengahan jalan hujan mula turun dengan lebatnya, tetapi setibanya di situ kami tidak kebasahan kerana Pak Irfan menghantar kami sehingga ke depan pintu lobby gedung Tenunan Sukurara tersebut. Sebaik sahaja sampai di pintu lobby gedung tersebut, Mummy dipelawa oleh pekerjanya untuk mencuba peralatan tenunan.
Demo tenunan songket
Setelah beberapa minit Mummy gigih menenun songket, kami pun berlegar-legar di ruang jualan gedung tersebut sambil memilih untuk membeli kain tenunan sampin, souvenirs dan snek lagi. Kami tidak dapat berfoto di hadapan rumah tradisional kayu kaun Sasak yang dibina di sebelah luar kawasan rumah gedung tenunan tersebut kerana hujan masih turun dengan lebat. Setelah itu, Pak Irfan memandu keretanya untuk mengambil kami di depan pintu lobby gedung tersebut memandangkan hujan masih renyai-renyai kemudian meneruskan perjalanan menuju ke pantai Selong Belanak yang terletak di Selong Belanak, Praya Barat, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83572, Indonesia.
Setelah menempuhi perjalanan ke pantai Selong Belanak mengambil masa sekitar 40 minit dengan jarak 25km ke arah selatan Pulau Lombok, Pak Irfan memandu memperlahankan keretanya memasuki kawasan parking yang becak dan banyak kawasan jalan berlubang dilimpahi air hujan yang mula reda. Kami berjalan menuju ke tepi pantai dan kelihatan ramai pengunjung yang lepak di tepi pantai masing-masing menanti dan berharap dapat melihat sunset walaupun awan mendung masih menutupi ruang angkasa. Manakala jauh dari tepian pantai kelihatan ombak laut beralun kencang meluru dan menghentam pantai manakala kelihatan ada juga pengunjung yang gembira beramain papan luncur di celah-celah deruan ombak tersebut. Kami memesan dan tapau 4 ketul jagung bakar sebelum beredar meninggalkan kawasan pantai sunset Selong Belanak kerana mengikut penelitian kami dengan keadaan awan mendung tersebut memang sukar untuk melihat sunset.
Kami mengambil keputusan untuk berhenti makan di restoran tak jauh dari hotel. Kami memesan beberapa menu yang semuanya kelihatan enak-enak belaka. Setelah siap menjamu selera kami pun bergerak menuju ke Ocean Views Villa beralamat di Jalan By Pass Kuta Awang KM 3 Kuta Pujut, Lombok Tengah, 83573 Kuta Lombok, Indonesia. Sebelum sampai ke hotel, kami singgah di supermarket di pekan Kuta untuk memebeli buah-buahan dan minuman. Selepas itu, kami mengguakan waze untuk menuju ke Hotel Ocean Views Villa di mana kami telah book di booking.com berharga RM260/Night (2Adults/2Childs+1 extra bed).
View Hotel Oceans View Villa & Swimming Pool
Keadaan hotel tersebut tidak memuaskan sehinggakan ada tingkap yang dibiarkan tanpa langsir. Dari balcony bilik kami, kelihatan swimming pool yang tidak maintain, dasar kolam yang kotor dan air yang tak jernih. Mujurlah kami hanya membuat booking hanya untuk semalam sahaja. Kami mengambil keputusan untuk berehat, makan snek dan buah-buahan dan minum air yang dibeli di supermarket tadi sambil berkemas dan bersembang.
DAY 5 –
SNORKELING & BEACH HOPPING DARI TANJUNG LUAR KE PULAU PASIR, PULAU GAMBIR
DAN PULAU PINK
Pada pagi
Sabtu 29 April 2023, kami bangun awal pagi dan berkemas beg bagi memastikan
tiada barang tertinggal dan bersiap sedia untuk checkout dari Hotel Oceans View
Villa. Sementara menunggu Pak Irfan menjemput kami pada jam 9.30am, kami turun
ke cafe untuk breakfast pada jam 7.30am dengan siap berpakaian untuk
snorkeling. Aakif tidak lagi teruja untuk mandi di swimming pool di hotel
Oceans View Villa memandangkan keadaan kolam yang tidak terurus dan
kotor.
Setelah siap breakfast dan memasukkan
semua begpack ke dalam kereta Pak Irfan, kami pun meninggalkan hotel tersebut
menuju ke jetty Tanjung Luar yang terletak di alamat Dermaga tanjung Luar,
6GHG+W2P, Jl. Dermaga II, Tj. Luar, Keruak, Kabupaten Lombok Timur, Nusa
Tenggara Barat, Indonesia. Keadaan jalan pada pagi itu sungguh sesak menurut
Pak Irfan menjadi budaya orang Lombok untuk menyambutnya pada minggu selepas
Hari Raya di mana dinamakan hari ‘Raya Ketupat’. Kelihatan berbondong-bondong
penduduk menaiki kenderaan sehinggakan penuh dan berhimpit ke arah
masing-masing dan kelihatan ada juga yang singah ziarah di tanah perkuburan di
tepi jalan raya.
Suasana di Jeti Tanjung Luar
Sebaik sahaja sampai di jetty Tanjung
Luar, kami menaiki boat dengan penyelamnya bernama Gopal langsung menuju ke
Pulau Pasir dengan memakan masa sekitar 15 minit. Kami masih bernasib baik
kerana boat masih boleh mendekati Pulau Pasir dan kami boleh turun di
tengah-tengah laut dengan menjejaki tanah Pulau Pasir walaupun air laut separas
atas tumit kaki sahaja. Dengan bantuan Gopal kami merakamkan beberapa aksi di
Pulau Pasir.
Permandangan indah di Pulau Pasir
Selepas itu bot bergerak meninggalkan tanah Pulau Pasir yang putih bersinar itu menuju ke kawasan penternakan Lobster di mana dibina kelong-kelong yang terapung di tengah laut. Bot menghampiri salah sebuah kelong lantas kami naik ke kelong tersebut untuk memilih sendiri 6 ekor lobster bersaiz sederhana dan mendapat harga pukal IDR 1 juta. Lobster ini akan dibawa dan diberi kepada tukang masak di restoran terapung nanti di mana kami akan singgah semasa balik nanti untuk luch.
Kelong nelayan membela lobster dan ikan
Restoran terapung di Lombok
Menu hidangan Lobster di Restoran Terapung Lombok
Kami meneruskan perjalanan untuk singgah
di Pantai Pink dan memang menakjubkan apabila kami genggam sendiri pasir yang
halus berwarna pink berbintik-bintik bersinar di tangan. Subhanallah….. Tanpa
berlengah lagi kami mandi-manda dan berfoto di beberapa spot dengan bantuan
Gopal.
Mandi-Manda di Pantai Pink yang indah
Setelah puas mandi-manda kami meneruskan
perjalanan menuju ke Pulau Petelu untuk snorkeling melihat terumbu karang dan
banyak ikan berwarna-warni. Setelah itu, kami dibawa ke Pulau Gambir pula untuk
snorkeling melihat terumbu karang dan banyak ikan berwarna-warni termasuk Nemo.
Kawasan terumbu karang di Pulau Gambir ini sangat cantik berwarna-warni
seakan-akan terumbu karang yang terdapat di Pulau Perhentian. Oleh kerana
kesibukan kerja, sehingga kini kami masih belum berkesempatan menulis blog
percutian sambil snorkeling di beberapa buah pulau di Malaysia…... tunggulah
saat kerajinan muncul nanti kami akan menceritakannya pula.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di
Pantai Pink iaitu lokasi yang berlainan di mana kelihatan penduduk tempatan
juga mengambil kesempatan di hari cuti hujung minggu untuk datang mandi-manda
dan berkelah, kebanyakan mereka menggunakan jalan darat untuk sampai ke pantai
tersebut.
Setelah puas mandi-manda dengan aktiviti snorkeling dan island hopping, kami meneruskan perjalanan balik untuk singgah di restoran terapung. Restoran yang kami singgah adalah Rumah Makan Apung yang terletak tak jauh dari jetty Tanjung Luar. Semasa kami mendarat di restoran tersebut kelihatan hidangan lunch yang sudah ditempah dan tersedia di meja makan. Kami membawa lobster yang dibeli dari nelayan tadi dan merujuk buku menu untuk membuat pesanan menu tambahan. Ada juga pelancong yang dijemput oleh pekerja restoran dari jetty berdekatan untuk makan di restoran tersebut yang juga menyediakan lobster dan seafood lain yang masih hidup segar dan boleh dipilih mengikut saiz yang dikehendaki.
Restoran terapung yg menyajikan menu Lobster..
Kami memilih masakan menu lobster dimasak
pedas, ikan bakar dan juga menu seafood lain yang telah dipesan dan siap
dimasak. Rasa semua menu seafood memang enak terutamanya lobster segar yang
isinya sangat sedap dimasak dengan resepi pedas jika dibandingkan dengan
lobster di Mui Ne, Vietnam, yang hanya dibakar sahaja namun kedua-dua lobster
ini sangat sedap dan puas hati kerana sangat murah dan berbaloi.
Setelah siap lunch, kami menaiki boat
semula untuk menuju ke jetty Tanjung Luar mengambil masa sekitar 15 minit.
Setelah sampai di jetty, kami berehat sebentar dan ada juga kemudahan toilet
disediakan berhampiran jetty tersebut dan kami membasuh kaki dan membuang pasir-pasir
halus yang melekat.
Kami meneruskan perjalanan balik ke pekan
Kuta dan awan mendung menandakan hujan akan turun. Dalam perjalanan hujan turun
lebat dan kami mengambil keputusan untuk balik berehat di bilik hotel sahaja.
Kami singgah di restoran yang berdekatan hotel sahaja untuk tapau makanan dan kami checkin bilik di
Cewin Homestay beralamat di Jalan Baruna Santhi II, No. 5, Lingkungan Tanah Embet, Batu layar, Lombok
Barat, 83555 Indonesia, yang
kami tempah di Booking.com berharga IDR500,000 + extra bed (IDR25000).
Penginapan di Cewin Homestay
Kami makan set tapau dinner masing-masing
di bilik hotel dan berehat sambil makan snek sebelum masing-masing nyenyak
tidur akibat keletihan seharian bersnorkeling.
DAY 6 – FLIGHT AIRASIA INDONESIA DARI
LOMBOK KE KLIA
Pada awal pagi Ahad 30 April 2023, kami keluar pada pukul
7.30am berjalan menuju ke pekan Kuta dan mencari restoran untuk breakfast. Kami
singgah di Restoran The Hut yang kelihatannya macam baru sahaja dibuka dan memesan menu
breakfast.
Setelah siap breakfast yang ditapau, kami berjalan balik ke Cewin Homestay semula dan berkemas untuk checkout kerana sebelah petang kami akan terus ke airport.
Kami meninggalkan Cewin Homesaty menuju ke Bukit Merese
melewati Litar Permotoran Mandalika dan ramai orang berlegar-legar di hadapan
pintu litar tersebut sambil berfoto dan shopping. Kami meneruskan perjalanan
masuk kekawasan tanah tinggi dan kelihatan banyak kenderaan terutama motorsikal
mendaki bukit menuju ke Bukit Merese dan pantai Tanjung Ann. Rupa-rupanya di
sebalik tanah tinggi Bukit Merese itu kelihatan pantai Tanjung Ann yang sungguh
menakjubkan. Hilang penat mendaki Bukit Merese setelah sampai ke puncaknya
apabila dapat merakamkan gambar yang sungguh cantik view dari tanah tinggi
dengan berlatarbelakangkan pantai Tanjung Ann.
View dari atas puncak Bukit Merese
Setelah selesai bergambar dari puncak Bukit Merese, kami
berpatah balik semula menuju ke pantai Mabun memandangkan banyak masa lagi
sebelum meninggalkan pekan Kuta menuju ke airport. Kami tiba di pantai Mabun
yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Bukit Merese. Pantai Mabun juga
sungguh lawa dengan airnya yang berwarna kebiruan memukau mata memandang.
Aktiviti2x ombak dan suasana kedamaian di Pantai Mabun
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Rumah Sasak yang terletak di Rembitan, Pujut, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83573, Indonesia dalam perjalanan ke airport. Kami disambut oleh salah seorang penduduk kampung tersebut merangkap pemandu pelancong yang akan membawa kami ke setiap penjuru kampung tersebut sambil memberi penerangannya.
Warisan trasional di Kampung Sasak
Dalam perjalanan ke airport kami singgah di restoran yang terletak di perjalanan menjuju ke airport untuk lunch dahulu. Setelah memesan menu makanan masing-masing, pengunjung boleh ke ruang mini market di sebelah ruang makan untuk shopping ole-ole seperti keropok, madu dan sebagainya serta pakaian seperti baju T, kain pelikat dan sebagainya serta barang-barang kraf.
Lunch sebeleum ke airport
Setelah berehat dan menjamu selera kami meminta Pak Irfan
terus menghantar kami ke airport lalu bergerak masuk ke immigration dan
pemeriksaan keselamatan sebelum pergi ke gate untuk menunggu pesawat. Flight
Air Asia Indonesia dari Lombok ke KLIA ditunda hampur 45 minit di mana pesawat
meniggalkan Lombok lebih kurang jam 6.30pm dan sampai di KLIA 2 jam 9.45pm.
Kami berjalan agak jauh dari gate Q ke terminal KLIA 2 bagi pemeriksaan
immigration. Kami menaiki train ERL Transit untuk ke Putrajaya Sentral untuk
mengambil kereta dan pulang ke rumah.
Kami berharap agar diberi peluang untuk menempuhi
perjalanan ke negara-negara lain pula di trip akan datang. Amin3x... Jom ke destinasi santai ala DIY free style…… InshaAllah...
No comments:
Post a Comment