Sunday, 17 November 2024

Zoom Destinasi Trip Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di Perlis-Kedah (Mei 2024)

HARI 1 – TRIP MEMANDU KE PERLIS – Mengunjungi Restoran Laksa Kuala Perlis, Ladang Harumango, Pasar Padang Besar dan Tasik Timah Tasoh…..

 

Pada hari Jumaat 24 Mei 2024, kami memulakan perjalanan ke Perlis bagi menghadiri majlis pertunangan anak buah yang akan diadakanPada hari Ahad 26 Mei 2024 di Jitra, Kedah sambil berjalan-jalan cari makan di Perlis dan Kedah melalui Pulau Pinang. Sebelum bertolak ke Perlis, kami singgah di R&R bersolat jamak, makan dan memandu santai ke arah utara. Dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sekitar 5-6 jam lebih mengikut keadaan dan kesesakan dalam perjalanan nanti. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis berjalan lancar kerana tidak banyak kenderaan menggunakan lebuhraya memandangkan tiada cuti umum.   

Setelah menempuhi perjalanan yang agak lama dan beberapa kali berhenti, kami sampai ke Perlis iaitu melalui Tol Jalan Duta, Tol Juru, Tol Sg Dua dan ke Tol Alor Setar. Dari situ kami setting Waze untuk menuju ke Restoran D’Adna Laksa House Kuala Perlis yang famous viral laksa dan pulut panggang lokasinya terletak di 41, Jalan Sarawak, Taman Bukit Kubu Jaya, 02000 Kuala Perlis, Perlis.   


 Menu laksa famous di Restoran Kak Su (Rating : 4/5)

Laksa beras di Perlis masih mengekalkan cara pembuatan secara tradisional dengan menggunakan mesin laksa atau 'gebok'. Ramuan laksa beras ialah tepung tepung beras, ubi kayu dan beras kisar. Manakala kuahnya pula adalah merupakan proses yang dihasilkan dari ikan segar iaitu ikan temenung/kembong/selayang merupakan hasil laut yang segar terus didapati daripada nelayan dan peniaga di sekitar Jeti Kuala Perlis. Kuah laksanya berlemak, pedas dan manis terhasil daripada rasa ikan yang segar ini. Ia menjadi lebih istimewa jika menikmati laksa di restoran D’Adna Laksa House di mana laksanya akan dihidangkan bersama-sama pulut udang. Selain itu ada juga dijual kuih lain dan juga keropok lekor yang boleh dicuba.

Laksa menjadi salah satu makanan pilihan orang utara dan menjadi semakin laris permintaannya pada hujung minggu dan juga musim cuti sekolah. Sudah semestinya pelancong-pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk menyerbu restoran laksa ini untuk mencuba keenakan laksa beras asli.

Kepada penggemar-penggemar laksa, silalah terjah restoran-restoran laksa yang menjadi salah satu Lokasi pilihan kami;

Laksa saranghae Meru, Ipoh… link Laksasaranghae terbaik di Meru Ipoh

Laksa sekoq sebelah Langkawi Airport…. link di Laksa Sekoq di dekat Airport Langkawi

Menjelang solat jumaat, kami terus memandu menuju ke masjid terapung iaitu Masjid Al-Hussain yang terletak hanya lebih kurang 2.5 km sahaja dari restoran tersebut di lokasinya No. 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis bersebelahan jeti Kuala Perlis.

 

Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis

Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis dan juga menara yang tinggi boleh kelihatan sejauh 10km. Menara ini juga akan diterangi lampu warna-warni yang sekaligus menjadi lighthouse dan pedoman pada waktu malam kepada nelayan-nelayan sekitar Kuala Perlis. 

Bagi mewujudkan sentuhan alami yang bercirikan faktor persekitarannya dan berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid itu tidak dicat malah kekal menggunakan warna-warna batu-batuan sahaja. Sebelum sampai ke ruang dalam masjid para jamaah akan melintasi sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan ruang solat masjid tersebut.

Setelah selesai mendirikan solat jumaat dan berehat di gazebo depan masjid tersebut, kami menuju ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Chuping untuk singgah menikmati mangga harumanis dan ais krim di café Harumango, Bukit Chuping. Café Harumango tersebut terletak di Harumango, Kampung Chuping Bawah Bukit, 02500 Kangar, Perlis iaitu di depan ladang tanaman mangga harumanis yang sangat luas di kaki Bukit Chuping.

Buah-buah mangga harumanis ini ditanam di ladang Harumango di situ sesuai dengan tanah yang subur di kaki Bukit Chuping yang rata dan luas. Sudah semestinya buah-buah mangga Harumanis gred premium dipetik dengan tangan untuk memastikan kesegaran dan sedia dinikmati segera oleh pengunjung-pengunjug. Kelihatan banyak kereta diletakkan di depan café tersebut manakala pengunjung-pengunjung boleh menikmati menu-menu berasaskan mangga di café tersebut yang lapang. Sementara itu pengunjung-pengunjung juga boleh bergambar di dalam Kawasan ladang mangga di belekang café tersebut. Jomlah ke sini untuk menikmati Harumanis yang segar, sedap dan sekaligus boleh menghirup udara yang segar dan menikmati alam sekitar sekiranya datang ke Harumango, Bukit Chuping. Ramai pengunjung yang berpuas hati menikmati menu pulut mangga dan juga ais krim.


Pulut Manga & Ais Krim di Cafe Mangoman (Rating : 4.1/5)

Ladang Mangga Haromango di Kaki Bukit Chuping

Sekitar jam 3 petang kami bertolak ke Homestay Heaven Republic Studio yang terletak di No. 26, Kampung Oran, Mata Ayer, 01000 Kangar, Perlis untuk check-in dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti berikutnya. Homestay itu terletak di tepi jalan dan berdekatan Kawasan kampung yang terdapat sawah padi yang luas sejauh mata memandang. Setelah menghunbungi pemilik homestay itu yang keluar dari rumahnya bersebelahan homestay itu bagi menunjukkan bilik dan kunci, kami pun memindahkan beg ke dalam bilik. Homestay tersebut mempunyai bilik yang sangat luas dilengkapi 2 katil queen, meja study dan TV serta juga dapur dilengkapi peralatan memasak dan peti ais. Kami perasan di sekeliling homestay tersebut ada sahaja pokok buah mangga harumanis yang berbuah lebat dan juga kelihatan di sepanjang jalan di negeri Perlis. 

Pokok mangga yang berbuah lebat 

Kami mengikut Waze melalui jalan ke ladang Harumango menuju ke boarder Padang Besar, Perlis dengan mengambil masa sekitar lebih 30 minit. Kami tiba di Kawasan parking dan berjalan menuju ke kedai-kedai di Padang Waremart, Padang Besar di mana di situ banyak dijual makanan kering dan juga produk-proudkmakanan dari negara Thailand.

Kami singgah di foodcourt bersebelahan Padang Waremart di sebelah parking untuk makan pulut ayam di Restoran Mak Teh Pulut Ayam yang terleak di Tingkat 1, Plaza Niaga, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis. Petang tadi kami makan pulut Bersama mangga di Café Harumango manakala kali ini kami makan pulut Bersama ayam pula di sini. Memang tidak dapat dinafikan rasa pulut dan ayam goreng yang sedap terigat kenangan di zaman 80an di mana pada ketika itu ramai orang-orang kampung terutamanya pesawah padi membuat jamuan pulut dimakan dengan ikan masin. Memang sedap dan menjadi kenangan terindah sehingga kini….

 


Buah Limau Bali cicah asam boi

Pulut Ayam Mak Teh di Padang Besar, Perlis (Rating : 3.9/5)

Sekitar jam 6.00 petang kami meninggalkan pasar tersebut memecut laju untuk melihat suasana sunset di Tasik Timah Tasoh, Perlis pula. Dalam perjalanan kami kami singgah di gerai jualan air jus nuah mangga di tepi jalan yang fresh dan pekat untuk menghilangkan haus setelah berjalan-jalan di pasar tadi.

Setelah memandu hampir lebih 30 minit kami pun sampai ke Tasik Timah Tasoh yang terletak di Lot 3082, Jalan, Kampung Buit Manek, 02200 Kaki Bukit, Perlis. Bersempena Tahun melawat Perlis 2024-25, Kerajaan giat mempromosikan Tasik Timah Tasoh sebagai salah satu Lokasi tumpuan pelancong jika berkunjung ke utara Malaysia. Tasik Timah Tasoh ini bukanlah sekadar tasik biasa tetapi ianya sebuah tasik yang sangat indah sehingga dijadikan lokasi pergambaran muzik video dan drama kerana keindahannya alam semulajadi. Di sekitar tasik ini penunjung dapat melihat dusun buah-buahan yang subur seperti buah durian, rambutan, mangga dan durian Belanda, malah jika berbuah dibenarkan pengunjung untuk memetik terus sahaja dari pokok sekiranya membuat tempahan untuk menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat. 




Pokok bunga warna warni yanh cantik

Taman Tasik Timah Tasoh

Untuk merasai pengalaman kehidupan di desa yang sebenar, pengunjung juga contohnya kaki pancing boleh merasai pengalaman memancing di tasik ini merupakan habitat kepada pelbagai jenis ikan air tawar seperti Gelang Pam, Haruan, Ubi, Talapia dan Keli. Ikan-ikan yang ditangkap itu nanti boleh terus sahaja dibakar di tepi tasik ini serta boleh dinikmati segar-segar sambil bersantai di gazebo Tasik Timah Tasoh. Harus diingat terdapat papan-papan tanda dan tong-tong sampah disediakan supaya para pengunjung tidak mengabaikan kebersihan bagi mengekalkan keindahan alam semulajadi di tasik tersebut.

Selain daripada aktiviti-aktivit tersebut ada kelihatan juga pengunjung yang berkelah, menaiki tram, berbasikal dan berkayak atau berperahu mengelilingi tasik yang luas itu serta aktiviti memanah. Terdapat juga spot-spot yang dihiasi dengan pelbagai bentuk street art di mana menjadi rebutan para pengunjung merakamkan gambar dengan aksi masing-masing. Memang berbaloi juga sekiranya berkunjung di Taman Tasik Timah Tasoh untuk menghabiskan masa seharian di sini beriadah bersama keluarga tercinta.  



Aktivit-aktiviti riadah di Tasik Timah Tasoh

Setelah hari beransur gelap, kami memandu meninggalkan kawasan parking Tasik Timah Tasoh balik ke homestay. Kami singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman dan makanan ringan buat bekalan di homestay malam nanti.  Setelah solat jamak di bilik, kami berehat sambil menonton TV dan minum serta makan makanan ringan tadi. Kami juga makan buah-buahan dan makanan yang dibeli di ladang Harumango dan juga di pasar Padang Besar sebelum nyenyak tidur.  

 

HARI 2 – JALAN-JALAN PERLIS - Pekena Kopi O Arau, Melawat Ladang Superfruits Valley, Jalan-jalan Taman Tasik Melati dan Lunch di Restoran Anjung Keli……

Pada pagi Sabtu 25 Mei 2024, kami mengambil keputusan untuk terus berehat di bilik homestay setelah bangun awal untuk solat subuh. Kami bangun semula sekitar jam 8.30am lalu bersiap untuk try menu di Kedai Kopi Arau yang terletak di 136, Jalan Chin Ali, Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis. Kami bertuah kerana dapat parking di tepi jalan menuju ke kedai kopi tersebut. Kedai kopi tersebut terletak di dalam Kawasan perumahan kampung dan pengunjung haruslah berhati-hati memandu masuk melalui Lorong yang agak sempit ke depan kedai kopi tersebut. Kami nasihatkan agar pengunjung dating awal atau datang pada waktu yang bukan waktu puncak untuk mengelakkan kesesakan berselisih kereta di lorong sempit itu atau menunggu untuk mendapatkan parking. Setelah mendapat parking, pengunjung juga perlu bersabat untuk mendapatkan meja pula. Kami juga berlegar-legar mencari meja dan duduk di salah sebuah meja setelah sekumpulan pengunjung sudah siap breakfast. Kami duduk lalu memesan menu air kopi, nasi lemak, roti canai dan sate. Oleh kerana pengunjung yang ramai maka servisnya pun slow dan makanan lain telah pun sampai untuk dimakan cuma menunggu menu sate yang boleh tahan lamanya untuk menunggu. Ada juga pengunjung yang membawa kanak-kanak kecil berlelegar-legar di Kawasan kedai kopi o itu bagi meredakan anak-anak kecil yang puas bersama keluarga berada di situ bagi menunggu pesanan….   

 



Menu di Kedai Kopi Arau (Rating : 3.5/5)



Kedai Kopi Arau

Setelah bersantai minum kopi o dan menghabiskan sate yang baru dihidangkan, kami pun meninggalkan parking Kedai Kopi Arau untuk memandu berpatah balik semula ke homestay untuk berkemas dan checkout. Kami menelefon owner homestay tersebut memberitahu kami telah check-out dan meninggalkan kunci di pintu bilik homestay tersebut. Owner tersebut keluar dari pintu rumahnya untuk melambaikan tangan kepada kami dan mempelawa lagi kami untuk singgah di situ apabila berkunjung lagi ke Perlis.

Kami memecut meninggalkan homestay itu menuju ke bahagian utara mengarah ke Superfruits Valley yang terletak di Lembah Chuping, 02450 Padang Besar, Perlis yang merupakan satu kawasan perindustrian yang baru dimajukan oleh kerajaan. Kelihatan banyak tanah yang masih lapang dan hanya beberapa bangunan sahaja yang sedang dibina di tanah lapang tersebut. Kami memandu di jalan yang telah siap dibina hingga ke penghujung jalan dan mengikut tanda arah ke Superfruits Valley. Kami sampai di depan bangunan komersial Superfruits Valley sekitar jam 12.15pm lalu disambut dan diberi penerangan oleh owner ladang tersebut, Mr Robin Lim. Ladang ini mula diusahakan sejak tahun 2016 lagi dan tidak dibuka kepada umum pada ketika itu kerana pokok-pokok yang ditanam masih belum mencapai usia matang. Kini, ladang ini mula dibuka secara kecil-kecilan untuk kunjungan umum dan ladang ini berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan utama bagi agro pelancongan di Negeri Perlis.


Jalan ke Chuping Valley

Menurut Mr Robin, Superfruits Valley adalah bukti yang dibina atas keazaman semata-mata dalam membina ekosistem yang mampan di ladang seluas 50 hektar itu sambil menghasilkan 4 jenis superfruits termasuk buah gac, lemon, markisa dan buah tin (nama saintifiknya Ficus Carica) pada harga yang berpatutan untuk pengguna. Jika kita berkunjung ke ladang, kitab oleh me;ihat sendiri pemandangan yang mengagumkan dengan kesungguhan pekerjanya mengerjakan ladang etsrebut dengan menjaga alam semula jadi.

Selain dijual secara segar, buah tin juga turut diproses bagi menghasilkan 12 jenis produk hiliran seperti kaspul untuk penyakit kencing manis, pati untuk cergaskan minda, minyak untuk penyakit ekzema, jus dan sebagainya. Begitu jugalah dengan superfruits yang lain. Pengunjung boleh membeli produk-produk ini terus dari ladang tersebut.

 


Superfruits Valley

Merasa buah-buah yang ditanam di Superfruits Valley


Buah Gac yang baik untuk kesihatan jantung

Ais krim perisa buah

Dari Superfruits Valley kami berpatah balik menuju ke arah bandar Kangar dan memlaui kawasan sawah padi yang luas untuk singgah ke Tasik Melati Recreational Park yang terletak di Jalan Tasik Melati, Tasik Melati, 02400 Kangar, Perlis. Tasik tersebut dipenuhi dengan bunga-bunga lotus dan pengunjung boleh jalan-jalan ke tengah tasik dengan jambatan yang menghubunginya. Kelihatan ramai keluarga yang lepak santai sambil makan-makan dan jalan-jalan di sekitar taman tersebut. Terdapat juga beberapa gerai makanan yang dibuka untuk menyediakan makanan bagi pengunjung yang ingin makan atau tapau dan makan di sekitar tasik etsrebut.  

 




Taman Tasik Melati

Oleh kerana sudah terasa kelaparan dan jarum jam menunjukkan hampir lebih pukul 2 petang kami meninggalkan kawasan taman tasik tersebut untuk lunch di Restoran Anjung Keli yang terletak di Jalan Padang Behor, Kangar, Perlis itu. Menu utama restoran ini seudah semstilah ikan keli dengan berjenis menu masakannya yang menyediakan lebih 12 jenis sambal dan air asam serta berpuluh jenis ulam-ulaman sebagai pembuka seleranya yang boleh dicuba mengikut selera pengunjung masing-masing. Selain daripada itu terhidang juga berbelas jenis kerabu termasuk kerabu tradisional yang enak-enak kita sediakan dulu seperti pucuk paku, kerabu pucuk selom, kerabu kaki ayam serta banyak lagi.

Selain menu ikan bakar keli terdapat juga jenis ikan bakar seperti selar, pari, haruan, terubuk dan bermacam jenis lagi. Sudah semstinya konsep restoran sebegini adalah sesuai dikunjingi seisi keluarga di mana dapat pelbagai menu masakan mengikut citarasa tua, muda, kanak-kanak dan sebagainya.

Bagi yang berusia sememangnya keenakan masakan tradisional Melayu asli dicari seperti menu di Restoran Anjung Keli ini yang beroperasi seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan ditutup pada hari khamis minggu pertama dan ketiga sahaja.

Setelah kekenyangan menikmati menu ikan keli, kami memandu ke rumah abang di Jitra untuk bermalam di sana bagi majlis pertunagan pada keesokannya.

Menu di Restoran Anjung Keli (Rating : 3.9/5)

 

HARI 3 –MEMANDU BALIK KE KL – Menghadiri Majlis di Jitra & Lunch Tapau Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang, Penang……

 

Pada pagi Ahad 26 Mei 2024, kami bangun seawal pagi untuk soolat subuh dan bersiapsedia Bersama-sama menghadiri Majlis Pertunagan anak abang. Kami doakan majlis berjalan lancar dan dirahmati. Bermacam-macam menu yang dihidangkan di majlis tersebut dan kami mencuba kesemua hidangan sambil melihat gelagat dan melayan tetamu serta berborak dengan family. Majlis selesai sekitar jam 12 tengahari dan ramai ahli keluarga mula beransur meninggalkan majlis. Kami pun mengemas beg dan bergerak meninggalkan pekan Jitra pada jam 1 petang menghala masuk ke PLUS highway menuju ke arah selatan.  

 


Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang (Rating : 3.8/5)

Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang, Butterworth

Kami singgah di Butterworth, Pulau Pinang dan singgah di Restoran Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang yang terletak di Jalan Telekom, Kampung Benggali, 12200 Butterworth, Pulau Pinang. Kami memasan makanan untuk lunch dan tapau untuk dibawa balik ke KL. Setelah siap makan, kami pun memandu ke arah Kuala Lumpur dan setelah beberapa kali berhenti di R&R kami pun sampai di KL sekitar jam 9 malam. Kami juga pernah makan di Restoran Nasi Kandar sekitar Pulau Pinang, kisah lanjut di - Jalan-jalan makan nasi kandar di Pulau Pinang

Ikutilah kisah kami selanjutnya zoom ke lokasi-lokasi terpilih… Jomlah….

No comments:

Post a Comment