DAY 6 – JALAN-JALAN DI JEJU – Jalan-jalan dari Seogwipo ke Seongsang
Pada awal pagi Rabu 30 Ogos 2023,
kami solat subuh dan masak nasi goreng untuk breakfast pagi itu sementara hujan
yang turun semula di awal pagi mula reda. Sambil makan kami juga bersiap dan
berkemas untuk keluar checkout lebih kurang pukul 9.00am. Kami berjumpa penjaga
rumah pension tersebut di kaunter hotel sebelum meninggalkan Seogwipo untuk
menuju ke arah Seonsang. Pada pagi itu kami akan singgah di Jeju Folk Village
terelebih dahulu yang terletak di 631-34 Minsokhaean-ro, Pyoseon-myeon,
Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea yang berada di tengah perjalanan menuju ke
Seongsang. Kami memandu berhati-hati kerana jalan licin di dalam keadaan hujan yang
renyai-renyai sedari awal pagi dan tiba di parking dan masing-masing memakai
raincoat yang nipis (mudah dibeli di kedai serbaneka) dan payung plastik (juga dibeli di kedai serbaneka).
Kami berjalan masuk menuju ke kawasan
kaunter untuk membeli tiket untuk masuk dan diberi voucher untuk membeli minuman
di café yeng terletak di situ. Kami berjalan masuk ke perkampungan tersebut dan
mengambil gambar berhadapan dengan air terjun. Café tersebut terletak bertentangan dengan air
terjun itu tetapi kami mengambil Keputusan untuk singgah di café bagi membeli
minuman kopi dan air mineral semasa keluar untuk balik nanti.
Bergambar air terjun di jalan masuk ke
Terdapat kemudahan tram yang
menunggu para pengunjung berhampiran dengan kaunter tiket tersebut. Kami
memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk masuk ke kampung tersebut agar dapat
masuk ke semua Kawasan perumahan di situ. Semua rumah di sini hanya diletakkan
model-model dan tidak didiamai oleh manusia seperti rumah di Seongeup Village
Folk.
Mencuba model di Jeju Folk Village
Kami berjalan menyusuri jalan
utama di kampung tersebut yang merupakan jalan utama berbentuk satu pusingan mengelilingi
kampung tersebut sambil berhenti di rumah-rumah yang dahulu terdiri dari kedai,
sekolah, pejabat dan sebagainya. Kami juga berhenti di toilet sebelum melangkah
keluar dan singgah di café untuk membeli air mineral dan kopi.
Kami meneruskan pemanduan menuju
ke Seongsang dan masuk ke arah bandar untuk singgah di Goseong 5-days Market yang
terkenal dengan lokasi shooting k-drama Our Blues. Pasar tersebut terletak di Seogwipo-si,
Seongsan-eup, Goseong-ri 1188-2. Namun kami dapati bahawa pasar tersebut
ditutup pada hari itu dan hanya dibuka 5 kali sahaja dalam sebulan. Kami
meninjau-ninjau di dalam pasar yang kosong hanya terdapat rak-rak untuk penjaja
meletakkan barang-barang jualan masing-masing.
Our Blues - kisah persahabatan akrab orang Jeju & Haenyeo
Setelah berlegar-legar di sekitar
pasar yang kosong sambil mengambil gambar, kami meneruskan pemanduan dengan
merujuk kepada apps Naver menuju ke arah kawasan berbukit Seopjikoji yang
terlatak di Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea.
Kalau di Malaysia kita boleh menyamakan Kawasan ini seperti di Tanjung Simpang
Mengayau (Tip of Borneo) di Kudat, Sabah.
Keindahan Laut Yang Sungguh Memukau di Seopjikoji
Setelah keletihan memanjat bukit
di Seopjikoji, kami pun turun dan berehat sekekap di Kawasan parking kereta
sebelum meneruskan pemanduan menuju ke jalan di tepi pantai melalui kawasan Field
of Rapeseed (Yellow flower). Kawasan ini juga merupakan spot utama dalam
beberapa k-drama kerana pada musim bunga terdapat bunga-bungaan kekuningan yang
sangat cantik.
Dari jalan pantai tersebut kami
memandu menuju ke sebuah restoran seafood yang tersenarai di dalam Muslim
Friendly Restaurant oleh KTO iaitu Restoran Seafood Jeju Ttukbaegi (제주뚝배기)
yang terletak di 255, Ilchul-ro, Seogwipo-si, Jeju-do. Kami masuk dan pekerjanya
membawa menu untuk kami pilih lalu kami pun memesan menu yang famous dan nampak
sedap di restoran itu.
Menu Korean style untuk lunch di Seongsan
Setelah hidangan dihidangkan
penuh meja kami mengambil gambar menu-menu masakan seafood Korean style. Memang
sedap dan enak masakan Korean style bagi pengemar-pengemar makanan korea yang
selalu kelihatan di dalam k-drama series hinggakan banyak restoran korea telah
dibuka di Malaysia dan di Greater KL.
Setelah siap menjamu selera kami
pun memandu dalam jarak tak sampai pun 500m dari restoran tersebut untuk ke Seongsan
Ilchibong. Kami parking kereta secara percuma dan berjalan menuju ke kaunter
tiket untuk membeli tiket. Terdapat juga kiosk di mana menerima pembayaran
secara kad kredit.
The top of Seongsang Ilchibong
Kami melalui kaunter pemeriksaan tiket untuk terus ke laluan ke puncak gunung tersebut. Ada juga laluan percuma yang hanya boleh sampai ke Kawasan di mana Haenyeo membuat pertunjukan pada jam 2pm. Kami menguatkan semangat untuk memanjat tangga-tangga yang agak curam untuk sampai ke puncak bukit Seongsan Ilchibong. Akhirnya kami Berjaya menakluki puncak Seongsan Ilchibong setelah beberapa kali berhenti mengambil kudrat sehinggakan kebasahan baju akibat peluh yang keluar mencurah-curah. Kami berada di pelantar tinjau di puncak bukit tersebut sambil mengambil beberapa gambar view ke bandar Seongsan dan juga ke lautan yang luas terbentang.
Setelah hilang rasa penat, kami
berjalan menuruni tangga di laluan yang khas untuk turun sahaja dan juga terpaksa
berhenti berehat beberapa kali sebelum sampai ke bahagian bawah lantas terus
menuju ke kawasan haenyeo show pula. Oleh kerana faktor cuaca dan ombak
bergelora show tersebut terpaksa dibatalkan. Kami hanya mengambil gambar Sahaja
di situ sebelum berjalan keluar menuju ke parking kereta.
Kami memandu meninggalkan bandar
Seongsan untuk menuju ke Yongnuni Oreum yang terletak di 산39
Jongdal-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea. Yongnuni Oreum adalah
merupakan Kawasan padang rumput berbukit yang luas dan menghijau. Kami hanya
meninjau dari parking sahaja tanpa memasuki kawasan tersebut kerana masih
keletihan mendaki gunung Seongsan Ilchibong tadi. Kami juga melintas kawasan
kereta rail Jeju yang terletak tak jauh dari Yongnuni Oreum.
Kami memandu menuju jalan pantai Woljeongri
Beach di mana Pantai ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi shooting
k-drama Our Blues dan juga beberapa k-drama yang lain. Kami juga melihat ramai
pengunjung melepak di tepi pantai sambil
berkelah dan juga ada yang gembira bermandi-manda.
Kami meneruskan pemanduan dari
pantai tersebut menuju ke Jeju City untuk check-in di Hotel Tong Yeondong Jeju
yang terletak di 28, Sajang 1-gil, 63133 South Korea. Kami menempah hotel ini dengan
harga RM203 /1 Nights (Booking.com). Kami mengangkut luggage dari kereta menuju
ke bilik dan bersolat jamak sebelum turun untuk menghantar kereta kembali ke
pejabat Tamra Rental Car.
Kami berhenti mengisi minyak agar
penuh bagi memastikan pemulangan kereta nanti lancar dan tiada caj tambahan
dikenakan. Semasa menghantar kunci kereta techniciannya akan membuat
pemeriksaan dan setelah selesai barulah kami beredar ke bus stop untuk menuju
ke shopping mall.
Kami menggunakan apps Naver untuk menaiki bas dengan kad T-Money menuju ke Jungang Underground (UG) shopping Mall yang terletak di South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Ildo 1(il)-dong, 1425-3 KR. Kami sampai ke shopping mall tersebut dan turun ke bahagian UG dan mendapati hanya beberapa kedai sahaja yang dibuka sementara rata-rata kedai telah ditutup seawall jam 7 petang tadi. Sebenarnya tujuan kami dalah untuk membeli t-shirt Jeju, kemeja dan souveniours. Kami berjalan ke pasar Dongmun Traditional Market yang berdekatan dengan salah satu exit 3 UG Shopping Mall tersebut. Kami berjalan-jalan sambil memerhati pengunjung lain membeli makanan dan ada juga gerai buah-buahan di pasar tersebut lalu kami membeli sedikit buah-buahan untuk dimakan di bilik hotel.
Jungang UG Shopping Mall dan
Dongmun Traditional Market, Jeju
Kami menaiki bas untuk kembali
semula ke bilik hotel. Kami masak dinner di bilik hotel sebelum berehat dan
berkemas beg untuk ke airport keesekonnya bagi meneruskan pengembaraan kami ke
Seoul.
DAY 7 – JALAN-JALAN DI JEJU &
SEOUL - Flight T-Way Jeju ke Seoul & Kemeriahan Jalan-Jalan Bershopping di
Seoul
Pada pagi Khamis 31 Ogos 2023, kami
bangun awal solat subuh dan menyediakan breakfast sebelum checkout untuk pergi
ke airport dengan bas dan menggunakan kad T-Money yang masih ada bakinya. Setelah
sampai di Jeju Airport kami berjalan menuju ke terminal domestik. Kami check-in
di mesin kiosk T-Way dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Seperti di Busan
Airport, di terminal ini juga terdapat mesin kiosk untuk memudahkan penumpang
check-in sebelum drop luggage di kaunter. Tiket flight T-Way kami tempah di
websitenya dengan harga RM630 sehala (4 Adult 1 Child).
Di Jeju Airport
Kami boarding dan melalui
pemeriksaan keselamatan untuk menaiki Flight T708 T'way dari Jeju Airport (CJU)
ke Gimpo Airport (GMP), Seoul yang terbang meninggalkan Jeju pada jam 9.45am
dan mengambil masa sekitar 1 jam 10 minit untuk sampai ke Gimpo, Seoul. Kami
selamat mendarat di Gimpo, Seoul dan mengutip luggage sebelum menuju ke train
station.
Train dari Gimpo Airport ke Seoul City
Simpan Beg at Yellow@Itaewon Guesthouse
Kami menaiki train Line Blue
(4001) via 4 menuju ke Gondeok, dan transit train Gondeok Line Brown (647) untuk
ke Itaewon (Exit via 3). Kami turun di station Itaewon untuk ke hotel dan
meninggalkan luggage kami di hotel tersebut sebelum kembali untuk check-in
lewat petang nanti. Dalam perjalanan ke hotel kami ternampak kedai kebab Halal
Kebab Sultan yang terletak di 126 Bogwang-ro, Yongsan District, Seoul, South
Korea dan kami singgah untuk order kebab bagi melapik perut kerana perlu
mengumpulkan tenaga di Seoul untuk berjalan kaki dan mendaki aak tangga dan
bukit terutamanya di Itaewon. Kebanyakan konsep restoran kebab di Seoul ini
adalah sama macam kebab di Bukit Bintang di mana kita boleh order di kaunter
atau pun di kiosk dengan bayaran cash atau kad kredit.
Sepanjang di Seoul kami akan
check-in di Hotel Yellow@Itaewon Guesthouse, Itaewon yang terletak di 3,
Bogwang-ro 51-gil, Yongsan-gu, 04391, Itaewon, Seoul, South Korea, 04391. Kami
telah menempah hotel ini dengan harga RM1,242.00 (5 Nights) di website Agoda.com
.
Setelah menyimpan luggage di
hotel tersebut, kami berjalan kaki semula menuju ke station Itaewon dan singgah
di kedai ayam Halal Guys yang terletak di 187 Itaewon-ro, Yongsan District,
Seoul, South Korea tak dari stesen tersebut. Sama seperti di kebab, boleh order
pilihan ayam di kaunter atau pun di kiosk dengan bayaran cash atau kad kredit.
The Halal Guys @
Itaewon
Setelah kekenyagan, kami masih
keletihan dan ingin berjalan-jalan santai Sahaja di Seoul untuk hari-hari yang
berbaki ini. Kami berjalan dengan berpandukan apps Naver lalu menaiki bas menuju
ke Myeondong Underground Shopping (UG) Centre, Namdameum Market dan Dongdameum
Market. Pada hari pertama kami hanya meninjau-ninjau kedai-kedai yang banyak
menjual pakaian, t-shirt, baju kanak-kanak, permainan, kasut, kosmetik, souveniours
dan sebagainya. Kami balik ke hotel di Itaewon untuk mengambil luggage dan
check-in serta berehat pada petang itu.
Pada sebelah malam kami hanya
berjalan-jalan di sekitar Itaewon dan berkesempatan singgah di restoran yang
menjadi lokasi shooting k-drama Itaewon Class sebagai Restiran Danbam. Terdapat ramai orang ramai berkerumun
di kedai-kedai makan dan pub di sekitar Itaewon. Dari restoran tersebut kami
balik ke hotel untuk berehat setelah seharian keletihan berjalan dari Jeju ke
Seoul.
Lokasi shooting Itaewon Class
DAY 8 – JALAN-JALAN DI SEOUL -
Bershopping di Seoul
Pada pagi Jumaat 1 September 2023,
kami bangun awal untuk solat subuh dan sambung berehat kerana masih keletihan
berjalan-jalan di Seoul. Kami perlu mengumpulkan tenaga memandangkan masih ada
beberapa hari lagi baki perjalanan kami di Seoul ini. Kami bangun semula
sekitar jam 9.00am dan mandi manda sebelum keluar untuk breakfast di Sultan
Kebab yang terletak berhampiran Itaewon Station. Selepas kekenyangan kami
berpatah balik semula ke bilik masing-masing ingin menggunakan toilet sebelum
keluar ke bus stop dan berpandukan apps Naver kami menuju ke Myeondong untuk
jalan-jalan di area yang menjadi salah satu lokasi tumpuan untuk shopping di Seoul.
Sultan Kebab
Bas ke Myeondong
Di Myeondong Underground Shopping
(UG) Centre terdapat banyak kedai menjual pakaian seperti T-Shirt, kemeja,
stokin dan CD k-pop serta pelbagai barang-barang yang menjadi pilihan para
pelancong. Kami berhenti di kedai CT Record yang menjual CD & DVD
artis-artis k-pop dengan harga yang amat berbaloi.
Kedai CT Record di Myeondong
Namdameum Shopping Street
Setelah berlegar-legar sambil bershopping di Myeondong UG Shopping Center, kami pun berjalan melintasi Myeondon Street mengarah ke Namdameum Market. Setibanya di sana kami solat di Surau yang diuruskan oleh peniaga kebab di situ iaitu Adnan Kebab. Setelah bersolat jamak, kami berlegar-legar di Namdameum Street Market untuk membeli pakaian kanak-kanak dan juga souveniours. Di hujung jalan kami singgah di kedai Kristal Benny yang menjual design jarum bunga-bunga kristal untuk tudung Wanita. Menurut Benny kedai dia menjadi tumpuan pelancong Wanita dari Malaysia, Singapura dan Indonesia… wah betul-betul terlajak laris….
Lebuh kurang jam 5 petang kami
menaiki train balik ke Itaewon semula dan berjalan menuju ke Restoran Eid Halal
Korean Food dan menempah menu-menu masakan korean style yang enak dan
meyelerakan. Kepada penggemar-penggemar Korean food disaran untuk mencuba
menu-menu Korean style bila berada di Joseon….
Menu Halal di Restoran Eid, Itaewon
Dari restoran tersebut kami berjalan kaki ke Mesjid Seoul yang terletak beberapa meter sahaja untuk berhenti solat jamak sebelum berjalan ke bus stop untuk ke Namsam Tower, Seoul. Masjid Seoul ini tersegam indah di atas kawasan berbukit di Itaewon dan menjadi persinggahan muslim di Seoul. Semasa kami sampai ke mesjid terdapat juga beberapa orang tempatan yang datang untuk mencari info dan melawat Mesjid Seoul.
Masjid Seoul di Itaewon
Dari bus stop berdekatan Myeondong Station, kami berjalan mendaki bukit menuju ke stesen kereta kabel dalam jarak sekitar 700 meter. Kami membeli tiket dan beratur di atas tangga ke stesen kereta kabel untuk naik ke puncak gunung di mana tersergam Menara Namsam Tower, Seoul. Terdapat ramai pengunjung di dalam sinaran lampu street lighting dan juga spotlight di kaki Menara Namsam tersebut. Kelihatan banyak keylock yang dipasang oleh remaja-remaja diletakkan di pagar di keliling gunung tersebut. Kenangan kami menaiki kabel car(ropeway) di Nagano, Jepun di link - Cable car Ryuoo Ski Park, Nagano
Perjalanan ke Seoul Tower di Myeondong
Menaiki cable car ke Namsam Tower
N Seoul Tower
Kami menaiki semula kereta kabel
untuk turun semula ke Myeondong dan menaiki train untuk balik balik ke Itaewon.
Setibanya di bilik hotel kami hanya makan makanan yang dibawa untuk mengalas
perut ketika berehat sebelum nyenyak tidur akibat keletihan berjalan dan
bershopping di Myeondong dan Namdameum, Seoul.
Setelah itu, kami balik ke hotel
untuk masak makananan yang dibawa dan berehat bagi mengumpulkan tenaga untuk
aktiviti keesokannya pula.
DAY 9 – JALAN-JALAN DI SEOUL –
Bersiar-Siar di Seoul City
Pada pagi Sabtu 2 September 2023,
kami bangun solat subuh dan berehat di bilik lagi untuk mengumpul tenaga dan
semangat bagi meneruskan aktiviti selanjutnya memandangkan banyak menggunakan
tenaga menapak untuk ke sesuatu destinasi. Kami menyediakan breakfast untuk
menghabiskan bekal yang kami bawa.
Setelah selesai breakfast kami
berjalan menuju ke train station Itaewon untuk ke Gyeongbokgung Palace. Kami memasuki
Pintu Gerbang istana tersebut dan meluru ke kaunter tiket. Setelah membeli
tiket kami pun masuk ke Kawasan istana di celah-celah pengunjung yang ramai
berduyun-duyun baru juga sampai dan masuk bersama-sama kami ke dalam Kawasan istana.
Masing-masing sibuk snap gambar istana dan juga bangunan-bangunan lain yang terdapat
di dalam kawasan itu.
Berkunjung ke Gyeongbokgung Palace
Dari Gyeongbokgung Palace kami
berjalan kaki keluar dari gate sebelah kiri sekali dan berjalan jauh lebih
kurang leboh 1km untuk ke Bukchon Hanok Village. Kami sempat singgah di Café
Osulloc, Seoul di dalam perjalanan menuju ke Bukchon Hanok Village.
Setelah sampai kami beratur membeli tiket dan masuk di celah-celah pengunjung
yang berkerumun di pintu utama masuk ke kampung tersebut. Ada beberapa pekerja
yang memalai vest memantau setiap check point untuk memastikan pengunjung yang
ramai itu tidak membuat bising dan menggagu ketenteraman penduduk di situ. Kami
berjalan ke setiap Lorong di celah-celah rumah sambil mengambil gambar di
bangunan-bangunan yang kebanyakan mempunyai design kebudayaan Joseon.
Meninjau kebudayaan Korea di Bukchon Hanok Village
Menjelang waktu petang kami menuju ke Restoran Halal BusanJib dan memesan menu-menu ayam goreng mengikut selera budak-budak. Kelihatan kebanyakan meja tersebut dipenuhi oleh pengunjung muslim kerana restoran ini menjadi pilihan utama pelancong Asia dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Berunai.
Manikmati ayam goreng Busanjib
Setelah itu, kami menaiki train
dari Myeondong menuju ke train Samseong (World Trade Center) dan berjalan kaki
berpandukan apps Naver menuju ke bangunan World Trade Center dan COEX Mall.
Kami teruja apabila sampai di kawasan Gangnam yang merupakan tempat elit
dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Kami terus masuk ke Starfield Library
yang terletak di aras bawah bangunan Starfield COEX Mall tersebut. Kelihatan
banyak buku-buku tersusun sama tinggi dengan ketinggian ruang library tersebut….
Nahhh…. Inilah tempat yang dikatakan hanya menjadi tumpuan untuk ulat-ulat buku
sahaja…..
Starfield Library, Gangnam
Setelah membelek-belek beberapa
buah buku sambil bersandar di kerusi empuk serta sesekali bangun untuk
mengambil beberapa buku-buku yang lain, kami pun mengambil Keputusan untuk
keluar dan menaiki bas untuk balik ke Itaewon. Kami masak makanan yang dibawa
dan berehat memandagkan esok kami perlu bangun awal untuk menerokai Nami Island
yang famous sebagai Lokasi shooting k-drama Winter Sonata.
DAY 10 – JALAN-JALAN DI SEOUL
– Welcome to Nami Island Country
Pada hari Ahad 3 September 2023,
kami bangun awal solat subuh dan sambung berehat memandangkan masih terasa keletihan
dan kelesuan sebelum bangun sekitar jam 9.00am untuk menyediakan breakfast.
Setelah breakfast kami turun berjalan menuju ke stesen Itaewon untuk menaiki
train ke Nami Island. Kami menaiki train di Itaewon Station menuju ke Sinnae
Station (6hoseon648) dan transit di stesen itu menuju ke Gapyeong (gyeongchunseon1830).
Semasa di transit stesen tak ramai orang yang menunggu train di platform
memandangkan stesen ini terletak di pinggir Seoul. Apabila sampai di Gapyeong
Station, kami melintas jalan untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke
Station Nami Island. Ada beberpa bas yang menuju ke sana dan ditunjukkan di
dalam apps Naver. Ada juga pengunjung yang mengejar masa boleh sahaja
menggunakan teksi yang lalu lalang di hadapan station tersebut.
Train ke Gapyeong Station
Kami turun dari bas tersebut
apabila sampai di station berdekatan dengan terminal ferry ke Nami Island.
Kelihatan terdapat pengunjung yang berani menggunakan tali luncur sedang
menjerit sambil menyeberangi tasik untuk ke Nami Island. Terdapat kemudahan
membeli tiket secara tunai di kaunter atau secara kad kredit di kiosk
bersebelahan kaunter. Setelah mendapatkan tiket, kami beratur untuk menaiki
ferry yang tiba beberapa minit selepas menunggu.
Feri ke Nami island
Kami menaiki ferry yang
mengibarkan bendera-bendera negara dan kami berdiri dengan kagum bergambar
berdekatan dengan Jalur Gemilang yang berkibar megah ditiup angin di sepanjang
ferry bergerak meninggalkan terminal menuju ke Nami Island.
Apabila tiba di jetty Nami
Island, kami langsung ke pusat informasinya untuk mengambil peta lokasi kerana
kami mengambil Keputusan untuk berjalan kaki Sahaja walaupun ada perkhidmatan
tram yang tersedia menanti para pengunjung.
Kami berjalan di antara
pokok-pokok pine yang tersusun berbaris melalui taman-taman bunga, anak-anak
sungai dan kolam yang dipenuhi bunga-bunga seperti lotus dan sebagainya. Nami
Island terkenal sebagai lokasi shooting beberapa k-drama seperti Winter Sonata
dan banyak lagi.
Keindahan Nami
Island
Railbike di Nami Island
Kami menempah basikal untuk
berkayuh di jalan-jalan sekitar Nami Island dan juga menaiki railbike bagi
menyaksikan view dari atas sangat gayat di mana aras railbike itu setinggi
pokok pine. Haha….
Setelah kepenatan mengayuh
basikal dan railbike, kami memasuki Restoran Dongmun (Asian Cuisine Restaurant)
yang mempunyai sijil halal untuk menempah makanan korean style dari list yang
terseid di dalam menunya.
Menu halal Korean style
di Restoran Dongmun (Asian Cuisine Restaurant)
Selepas menjamu selera kami solat
jamak di surau yang terletak di sebelah restoran tersebut. Surau di Nami Island
sangat selesa dan ada plak penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan
menjayakan surau tersebut. Jika diperhatikan bendera Nami Island yang
dikibarkan di ferry mempunyai bulan sabit.
Surau Nami
Island yang sangat selesa
Selepas bersiar-siar di sekitar
Nami Island kami pun menaiki ferry untuk balik ke bus stop dan terus menuju ke
train station. Memandangkan lewat petang dan masa yang diambil untuk kami ke
Seoul, kami tidak sempat untuk singgah di Morning Calm Garden dan Gapyeong
Railbike.
Kami balik ke hotel awal untuk
keluar ke kedai dobby di Itaewon untuk membersihkan baju yang sudah
berkurangan. Pada malam itu kami makan Sultan Kebab yang ditapau dan berehat
setelah seharian berjalan-jalan di Nami Island.
DAY 11 - JALAN-JALAN DI SEOUL
– Bersiar-Siar Dan Repeat Shopping di Seoul
Pada hari Isnin 4 September 2023,
seperti biasa kami bangun awal solat subuh dan sambung berehat lagi sebeleum breakfast
di bilik hotel. Pada hari ini kami menuju ke train station Itaewon untuk ke
Ehwa Women University yang terletak di 52 Ewhayeodae-gil, Seodaemun-gu, Seoul,
South Korea. Kami amat kagum dengan keindahan dan kehijauan university tersebut
yang memelihara alam sekitar dengan pembinaan bangunan yang mesra dengan alam
sekitar dan bentuk mukabumi yang beralun dan berbukit itu. Jarak bangunannya
pula jauh antara satu sama lain dan pelajar perlu gigih berjalan untuk ke kuliah…..
Ehwa Women University
Setelah berlegar-legar dan snap
gambar persekitaran university itu, kami menaiki bas untuk balik ke Myeondong.
Kami berjalan santai di Kawasan shopping street tersebut sambil memerhatikan
gelagat pengunjung yang mundar-mandir ke destinasi masing-masing dan ada juga
yang kelihatan keluar masuk setiap kedai di deretean tersebut. Kami menuju ke
Restoran Halal Busanjib untuk mencuba menu di kedai bersebelahannya di mana
sebelum ini kami masuk ke kedai yang menyajikan ayam goreng Korean style. Tanpa
melengahkan masa apabila duduk kami terus memesan menu masakan korean style
yang nampak sedap.
Restoran Korean style BusanJib
Menu Raw Crab yang ada juga rasa menyesal…. tak percaya? Silalah mencuba..... haha
Solat di Surau Adnan Kebab, Namdameum
Kami sekali lagi ke Namdmeum
Market untuk menukar baju kanak-kanak yang tersalah saiz dan shopping lagi di
Kedai Benny.
Shopping di Kedai Benny @ Namdameum dan sekitar Myeondong
Sebelum balik ke Itaewon kami
singgah di Kedai Kebab Alpedo Turkish yang terletak di 1F, 176 Itaewon-ro, Yongsan District, Seoul, South Korea untuk tapau kebab sebagai
dinner kerana kami perlu mengemas dan menyusun barang-barang di dalam beg untuk
flight balik ke Kuala Lumpur dan transit di Manila.
Tapau kebab Alpedo, Turkish sebelah Itaewon Station
DAY 12 – JALAN-JALAN DI JEJU –
Bye-bye Seoul… Jumpa lagi Joseon…
Pada pagi Selasa 5 September 2023,
kami bangun untuk solat subuh dan breakfast ala-kadar Sahaja berbaki bekal yang
kami bawa mujurlah kesemuanya sudah habis. Alhamdulillah…. Kami berkemas bilik
dan juga mengasingkan sampah 3R lalu menarik luggage masin-masing menuju ke
hadapan jalan utama di mana van carter telah pun menunggu. Kami telah menempah
van carter ke Incheon Airport dengan harga special di Booking.com… memang
berbaloi dan servis memuaskan.
Kami menaiki van tersebut seawal
pagi memandangkan flight awal yang kami book tiket flight Cebu Pacific Air di
websitenya dengan harga RM2,511.39 (KRW739,500) / 3bag 20kg chkin. Kami akan
transit di Manila
Setelah sampai di Incheon
International Airport - Terminal 1, kami solat subuh di sudut bahagian hujung airport
sebelum check-in di mesin kiosk dan drop luggage. Perkhidmatan wrap luggage
belum dibuka dan kami tawakal sahaja drop luggage ke pesawat di mana luggage
tersebut akan dikutip di Kuala Lumpur nanti.
Ke Incheon Airport
Flight Cebu Pacific
Setelah selesai menghantar
luggage di kaunter, kami terus boarding dengan melalui kawalan keselamatan yang
cepat dan berehat sementara menunggu pesawat. Pesawat Cebu Pacific Air Flight
NO. 5J 185 meninggalkan Incheon International Airport - Terminal 1 pada jam 7.55am
dan setelah menempuh penerbangan yang hanya sekitar 3 jam lebih kami pun
selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport - Terminal 3, Manila. Kami
keluar dari pesawat hanya membawa hand carry luggage dan berjalan menuju ke meja
khas untuk mengisi form kemasukan ke Filipina sebelum melalui kaunter
immigration dan keselematan.
Memandangkan transit yang lama
dan kami pula mempunyaik masa lebih 6 jam di kota Manaila, kami mengambil Keputusan
untuk keluar dari airport menuju ke HRC Manila yang terletak di Level 2, S
Maison, Conrad Manila, Seaside Boulevard, 1300 Coral Way, Pasay, Metro Manila,
Philippines. Kami memesan kereta grab dengan menggunakan apss Grab yang membawa
kami ke HRC Manila.
Di HRC Manila kami terserempak
dengan pegawai kedutaan Malaysia yang memberitahu selok belok shopping mall
tersebut dan restoran untuk lunch. Jasamu dikenang…..
Melewati waktu lunch tengahari,
kami pun mencari restoran yang disaran untuk lunch di mall bersebelahan HRC
Manila.
Pekena nasi lemak dan teh tarik di Manila
Setelah selesai lunch dii mall
tersebut, kami pun keluar semula menuju HRC Manila untuk menempah grab car
melalui apps Grab. Kami balik awal ke airport untuk mengelakkan waktu puncak di
mana pekerja-pekerja di kota Manila akan balik selepas waktu bekerja mereka.
Kami sampai di airport dan
mencari surau untuk solat jamak sebelum masuk semula ke gate departure melalui
pemeriksaan immigration dan keselamatan yang cepat dan teratur.
Pesawat Cebu Pacific Air Flight No. 5J 501 meninggalkan Ninoy Aquino International Airport - Terminal 3, Manila pada jam 8.50 pm dan menempuh penerbangan sekitar 3 jam lebih sebelum selamat selamat mendarat di KLIA2, Kuala Lumpur. Alahamdulillah...
Kami keluar dari pesawat dan berjalan melalui
kaunter auto immigration dan keselamatan kemudian mengutip beg lalu keluar ke
Hub Terminal untuk memulangkan Roaming Man yang sangat berjasa di Hotel Capsule.
Sementara itu, kami memesan grab car yang akan membawa kami ke Putrajaya
Sentral untuk mengambil kereta dan terus memecut laju ke Kuala Lumpur.
Hantar semula Roaming Man di Capsule Hotel, Hub Termminl KLIA2
(Recommended.... setia menemani kami sepanjang perjalanan)
Beg yang tercedera
roda akibat jauh berjalan
Ikutilah kisah selanjutnya perjalanan kami mungkinkah ada repeat tentang perjalanan Trip
Korea 2 nanti di coretan blog seterusnya….. InshaAllah…
No comments:
Post a Comment